isi ctu(bb)

26
CTU 263-islam and management Kaedah-kaedah fiqh dalam pengurusan dan pengaplikasianya masa kini PENDAHULUAN Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu. Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya, kami dapat menyiapkan tugasan yang diberi dalam masa yang ditetapkan. Kaedah-kaedah fiqh dalam pengurusan Islam dan pengaplikasiannya masa kini’, demikian tajuk tugasan yang telah kami pilih. Seperti yang kita sedia maklum, fiqh dari segi bahasa yakni bahasa Arab bermaksud memahami dan mengetahui akan sesuatu atau memahami tujuan berdasarkan dari percakapan seseorang’. Manakala dari segi istilah syarak pula bermaksud semua hukum-hukum agama yang dibawa oleh syariat Islam sama ada hukum-hukum ini berkaitan dengan perkara akidah, akhlak, ibadat dan muamalat.’ Fiqh dan syariat adalah antara 2 cabang dalam Islam yang tidak jauh bezanya. Fiqh merangkumi hukum-hukum amali, hukum ibadat, muamalat, munakahat dan jenayah manakala syariat lebih umum kerana syariah merangkumi semua hukum. Terdapat beberapa kaedah dalam fiqh ini yang telah disepakati oleh para ulama fikah bertujuan untuk mengurus kehidupan manusia agar menjadi lebih teratur dan terjamin. Kesimpulannya, Islam itu adalah agama yang indah dan mudah. Buktinya, seluruh makhluk Allah S.W.T. hidup berdasarkan prinsip- prinsip yang terdapat dalam Al-Quran, As-Sunnah dan juga 2 sumber lain seperti ijma’ dan qiyas. Dengan berpandukan kesemua prinsip- prinsip tersebut, seluruh makhluk Allah S.W.T. berada dalam landasan yang betul. 1 | Page

Upload: bibi-hawani

Post on 29-Jun-2015

1.731 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: isi ctu(bb)

CTU 263-islam and management Kaedah-kaedah fiqh dalam pengurusan dan pengaplikasianya masa kini

PENDAHULUAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu. Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya, kami dapat menyiapkan tugasan yang diberi dalam masa yang ditetapkan.

‘Kaedah-kaedah fiqh dalam pengurusan Islam dan pengaplikasiannya masa kini’, demikian tajuk tugasan yang telah kami pilih. Seperti yang kita sedia maklum, fiqh dari segi bahasa yakni bahasa Arab bermaksud ‘memahami dan mengetahui akan sesuatu atau memahami tujuan berdasarkan dari percakapan seseorang’. Manakala dari segi istilah syarak pula bermaksud ‘semua hukum-hukum agama yang dibawa oleh syariat Islam sama ada hukum-hukum ini berkaitan dengan perkara akidah, akhlak, ibadat dan muamalat.’

Fiqh dan syariat adalah antara 2 cabang dalam Islam yang tidak jauh bezanya. Fiqh merangkumi hukum-hukum amali, hukum ibadat, muamalat, munakahat dan jenayah manakala syariat lebih umum kerana syariah merangkumi semua hukum.

Terdapat beberapa kaedah dalam fiqh ini yang telah disepakati oleh para ulama fikah bertujuan untuk mengurus kehidupan manusia agar menjadi lebih teratur dan terjamin.

Kesimpulannya, Islam itu adalah agama yang indah dan mudah. Buktinya, seluruh makhluk Allah S.W.T. hidup berdasarkan prinsip-prinsip yang terdapat dalam Al-Quran, As-Sunnah dan juga 2 sumber lain seperti ijma’ dan qiyas. Dengan berpandukan kesemua prinsip-prinsip tersebut, seluruh makhluk Allah S.W.T. berada dalam landasan yang betul.

1 | P a g e

Page 2: isi ctu(bb)

CTU 263-islam and management Kaedah-kaedah fiqh dalam pengurusan dan pengaplikasianya masa kini

DEFINISI FIQH.

Ilmu Fiqh (Bahasa Arab: الفقه merupakan salah satu cabang ilmu yang (أصولberperanan penting dalam menyelesaikan masalah yang timbul, di mana masalah ini tidak dijumpai dalam sebarang nas-nas dari Al-Quran atau As-Sunnah.

Fiqih menurut bahasa :

bermaksud memahami sesuatu perkara, seperti dalam firman Allah :

“Maka mengapa orang-orang itu (orang munafik) hampir-hampir tidak memahami pembicaraan sedikitpun?” (QS.An Nisa :78)

dan sabda Rasulullah s.a.w :“Sesungguhnya panjangnya solat dan pendeknya khutbah seseorang, merupakan tanda akan kefahamannya” (Muslim no.1437, Ahmad no.17598, Daarimi no.1511)

Fiqih secara istilah syarak mengandung dua erti:

1. Pengetahuan tentang hukum-hukum syari’at yang berkaitan dengan perbuatan dan perkataan mukallaf (mereka yang sudah terbebani menjalankan syari’at agama), yang diambil dari dalil-dalilnya yang bersifat terperinci, berupa nash-nash Al-Qur’an dan As-sunnah serta cabang ilmunya iaitu ijma’ dan ijtihad.

2. Hukum-hukum syari’at itu sendiriMenjadi perbezaan antara kedua-dua definisi tersebut iaitu yang pertama di gunakan untuk mengetahui hukum-hukum (Seperti seseorang ingin mengetahui apakah suatu perbuatan itu wajib atau sunnah, haram atau makruh, ataupun mubah, ditinjau dari dalil-dalil yang ada), sedangkan yang kedua adalah untuk hukum-hukum syari’at itu sendiri (iaitu apa sahaja hukum yang terkandung dalam solat, zakat, puasa, haji, dan lain-lain yang berupa syarat-syarat, rukun –rukun, kewajipan-kewajipan, atau sunnah-sunnahnya).

HUBUNGAN ANTARA FIQ DAN AQIDAH ISLAM.

Diantara keistimewaan fiqih Islam –yang kita katakan sebagai hukum-hukum syari’at yang mengatur perbuatan dan perkataan mukallaf – memiliki hubungan yang kuat dengan keimanan terhadap Allah s.w.t dan rukun-rukun aqidah Islam yang lain. Terutama aqidah yang berkaitan dengan iman dengan Hari Akhirat.

Hal ini dapat dilakukan kerana iman yang teguh kepada Allah s.w.t dan dapat menjadikan seorang muslim berpegang teguh dengan hukum-hukum agama, dan menerapkannya sebagai bentuk ketaatan dan kerelaan. Sedangkan orang yang tidak beriman kepada Allah tidak merasa terikat dengan solat mahupun puasa dan tidak sedar adakah perbuatannya termasuk yang halal atau haram. Maka berpegang teguh dengan hukum-hukum syari’at merupakan sebahagian dari keimanan terhadap Dzat yang menurunkan dan mensyari’atkannya terhadap para hambaNya.

2 | P a g e

Page 3: isi ctu(bb)

CTU 263-islam and management Kaedah-kaedah fiqh dalam pengurusan dan pengaplikasianya masa kini

Contohnya:

a. Allah memerintahkan bersuci dan menjadikannya sebagai salah satu yang harus dalam keimanan kepada Allah sebagaimana firman-Nya :

“Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki.” (QS.Al maidah:6)

b. Juga seperti solat dan zakat yang Allah kaitkan dengan keimanan terhadap Hari Akhirat, sebagaimana firman-Nya :“(iaitu) orang-orang yang mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan mereka yakin akan adanya negeri akhirat.” (QS. An naml:3)

Demikian pula taqwa, pergaulan baik, menjauhi kemungkaran dan contoh lain, yang tidak memungkinkan untuk disebutkan satu persatu. (lihat fiqhul manhaj hal.9-12).

FIQIH ISLAM MENCUKUPI SELURUH KEPERLUAN MANUSIA

Penjelasannya seperti berikut:Kalau kita memperhatikan kitab-kitab fiqih yang mengandungi hukum-hukum syari’at yang bersumber dari Kitab Allah, Sunnah Rasulnya, serta Ijma (kesepakatan) dan Ijtihad para ulama kaum muslimin, nescaya kita akan dapati kitab-kitab tersebut terbahagi kepada tujuh bahagian, yang kesemuanya membentuk satu undang-undang umum bagi kehidupan manusia baik dari segi peribadi mahupun bermasyarakat. Perinciannya adalah seperti berikut:

1. Hukum-hukum yang berkaitan dengan ibadah kepada Allah. Seperti wudhu, solat, puasa, haji dan yang lain. Dan ini disebut sebagai Fiqih Ibadah.

2. Hukum-hukum yang berkaitan dengan masalah kekeluargaan. Seperti pernikahan, talaq, nasab, persusuan, nafkah, warisan dan yang lain. Dan ini disebut sebagai fikih Al-ahwal As sakhsiyah.

3. Hukum-hukum yang berkaitan dengan perbuatan manusia dan hubungan diantara mereka, seperti jual beli, jaminan, sewa menyewa, pengadilan dan yang lainnya. Dan ini disebut fiqih mu’amalah.

4. Hukum-hukum yang berkaitan dengan kewajipan-kewajipan pemimpin (kepala negara). Seperti menegakkan keadilan, membanteras kezaliman dan menerapkan hukum-hukum syari’at, serta yang berkaitan dengan kewajipan-kewajipan rakyat yang dipimpin. Seperti kewajipan taat dalam hal yang bukan maksiat, dan yang lain. Dan ini disebut dengan fiqih siasah syar’iah.

5. Hukum-hukum yang berkaitan dengan hukuman terhadap pelaku-pelaku kejahatan, serta penjagaan keamanan dan ketertiban. Seperti hukuman terhadap pembunuh, pencuri, pemabuk, dan yang lainnya. Dan ini disebut sebagai fiqih Al ‘ukubat.

6. Hukum-hukum yang mengatur hubungan negeri Islam dengan negeri lainnya. Berkaitan dengan pembahasan tentang perang atau damai dan yang lain. Dan ini dinamakan dengan fiqih as Siyar.

3 | P a g e

Page 4: isi ctu(bb)

CTU 263-islam and management Kaedah-kaedah fiqh dalam pengurusan dan pengaplikasianya masa kini

7. Hukum-hukum yang berkaitan dengan akhlak dan perilaku, yang baik maupun yang buruk. Dan ini disebut dengan adab dan akhlakPenerangan diatas telah menunjukkkan bahawa fiqih Islam dengan hukum-hukumnya meliputi semua keperluan manusia dan memperhatikan seluruh aspek kehidupan peribadi dan masyarakat.

4 | P a g e

Page 5: isi ctu(bb)

CTU 263-islam and management Kaedah-kaedah fiqh dalam pengurusan dan pengaplikasianya masa kini

APLIKASI KAEDAH FIQH DALAM PENGURUSAN

a) ADAT DAPAT DITETAPKAN SEBAGAI HUKUM

Adat bererti berulang sesuatu berkali-kali dan menjadi kebiasaan sehingga mantap di

dalam jiwa manusia dan dapat diterima. Sementara ‘Urf pula memberi erti sesuatu yang

telah dikenali oleh manusia atau masyarakat dan menjadi kebiasaan mereka mematuhinya

sama ada perkataan mahupun perbuatan dan juga perkara-perkara yang mereka tidak

lakukan. Adat yang am mahupun yang khas akan menjadi hakam atau tempat rujuk bagi

mensabitkan hukum syara’. Adat hanyalah menjadi hukum bagi mensabit hukum syara’

apabila tidak terdapat nas bagi hukum yg hendak disabitkan

Adat yang juga dikenali dengan ‘Urf menurut jumhur fuqaha’ telah ditakrifkan dengan

“sesuatu yang telah menjadi kebiasaan oleh manusia dan mematuhi dalam urusan

kehidupan harian oleh manusia dan mematuhinya dalam urusan kehidupan harian sehingga

sebati dengan mereka dan menjadi sesuatu perkara yang lumrah, sama ada ‘urf itu qauli

atau amali, ‘am atau khas, salih atau fasid”.

Para ulama telah menjadikan ‘Urf sebagai salah satu asas bagi dibinakan beberapa hukum

keatasnya.

“Terimalah apa yang mudah dilakukan dan suruhlah dengan perkara yang baik”

(Al-A’raf:199)

Mustafa ahmad al-Zarqa’ berpendapat bahawa ‘urf dalam ayat ini adalah

dikehendaki dengan maknanya yang lughawi iaitu perkara yang baik menjadi kebiasaan

bukan dimaksudkan dengan maknanya pada istilah fiqh, maka berdalil dengan ‘Urf dalam

ayat ini boleh mengukuhkan pemakaian ‘urf dengan maknanya yang istilahi kerana ‘Urf

manusia dalam amalan-amalan dan mu’amalat mereka adalah dari sesuatu adat yang

mereka kira baik dan menjadi kebiasaan oleh akal mereka. Ini disebabkan kebiasaanya, ‘Urf

satu kaum itu menandakan hajat dan keperluan mereka kepada perkara yang sudah

dikenali dan teradat di kalangan mereka, maka mengambil kira amalan yang baik itu

sebahagian daripada perkara-perkara yang dikira baik. Syaikh as-Sa’di pula berpendapat

dalam al-Qowa’id al-Jami’ah (hal. 35):”Urf dan adat kebiasaan dijadikan rujukan dalam

semua hukum syar’i yang belum ada ketentuannya.”

5 | P a g e

Page 6: isi ctu(bb)

CTU 263-islam and management Kaedah-kaedah fiqh dalam pengurusan dan pengaplikasianya masa kini

Urf terbahagi kepada dua iaitu ‘Urf ‘am (umum) dan ‘Urf khosh (khusus) . ‘Urf ‘am

(umum ialah ‘urf yang berlaku di seluruh negeri muslim, sejak zaman dahulu sampai saat

ini. Para ulama sepakat bawa ‘urf” umum ini bisa dijadikan sandaran hukum. Manakala ‘Urf

khosh (khusus) ialah sebuah ‘urf yang hanya berlaku di sebuah daerah dan tidak berlaku

pada daerah lainnya. ‘Urf ini diperselisihkan oleh para ulama apakah boleh dijadikan

sandaran hukum ataukah tidak.

‘Urf juga terbahagi kepada ‘Urf qouli (ucapan) dan ‘Urf amali (perbuatan . ‘Urf qouli

(ucapan) ialah sebuah ucapan yang dalam masyarakat tertentu yang difahami bersama

dengan makna tertentu, bukan makna lainnya. Contohnya ada seseorang berkata: “Demi

Allah, saya hari ini tidak akan makan daging.” Ternyata kemudian dia maka ikan, maka

orang tersebut tidak dianggap melanggar sumpah, kerana kata “daging” dalam kebiasaan

masyarakat kita tidak dimaksudkan kecuali untuk daging binatang darat seperti kambing,

sapi, dan lainnya. Manakala, ‘Urf amali (perbuatan) ialah perbuatan yang sudah menjadi ‘urf

dan kebiasaan masyarakat tertentu. Sebagai contoh,dalam masyarakat tertentu ada ‘urf

orang bekerja dalam Bandar atau pecan mendapat cuti satu hari, pada hari Jum’at. Jika,

seseorang yang melamar pekerjaan menjadi pengawal keselamatan dan berjanji akan

dibayar setiap bulan sebanyak RM 500, maka pekerja tersebut berhak bercuti setiap hari

Jumaat dan tetap mendapatkan gaji tersebut.

Terdapat beberapa syarat keharusan beramal dengan adat resam atau ‘Urf. Pertama

ialah Urf itu berlaku umum. Ertinya ,‘urf itu dipahami oleh semua lapisan masyánakat, baik di

semua daerah maupun pada daerah tertentu. Oleh kanena itu, kalau hanya merupakan ‘urf

orang-orang tententu saja,tidak bisa dijadikan Sebagai sebuah sandaran hukum. Kedua, ‘Urf

itu tidak bertentangan dengan nash syar’i. Sebaliknya jika ia berlawan dengan nas maka ‘urf

tersebut tidak boleh diambilkira dan diamalkan seperti bermu’amalah riba.

Bagi ‘Urf yang bertentangan secara total dengan dalil ‘urf semacam ini batil.

Contohnya, pada sebuah masyarakat yang mempunyai ‘urf ketika majlis pernikahan maka

kedua pengantin dipertontonkan didepan dengan segala hiasannya dan disaksikan oleh

semua yang hadir.Maka ‘urf ini wajib ditinggalkan kerana bercanggah dengan banyak dalil

mengenai perintah menundukkan pandangan, larangan tabarruj bagi wanita, dan lainnya.

Selain itu,‘Urf yang dirujuk dalam sesebuah tindakan sudah wujud ketika hendak

dilakukan tindakan itu. Dimana urf itu telah mendahului waktu tindakan . Urf yang dirujuk

juga seharusnya tidak mengandungi sesuatu perkataan atau perbuatan yang jelas

menyalahi ‘Urf. Dengan perkataan lain, tidak harus berpegang kepada ‘Urf apabila kedua

6 | P a g e

Page 7: isi ctu(bb)

CTU 263-islam and management Kaedah-kaedah fiqh dalam pengurusan dan pengaplikasianya masa kini

pihak yang berakad diam atau tidak memperincikannya. Maka, hendaklah diamalkan syarat

yang telah dipersetujui dan urf perlu diketepikan kerana kaedah fiqhiyyah menyatakan:

“Setiap hukum yang sabit berdasarkan ‘urf ,apabila du orang yang berakad

berterus terang mengenepikan dan bersetuju dengan syarat yang selari denga

maksud akad maka sah(akad dan syarat itu)”

Kesimpulanya, ‘Urf dan adat resam tetap diambil kira dalam memberi fatwa dan

penghakiman, bagi menjaga dan memelihara kemaslahatan manusia.

b) SETIAP PERKARA DIMULAI DENGAN NIAT

Niat adalah tekad dihati, dilafazkan dilidah dan dibuktikan dengan perbuatan.

Dimana ,dalam kehidupan seharian kita setiap urusan dihubungkan dengan Allah. Setiap

amalan kita akan dicatat dan dihitung dihari akhirat kelak.Niat menurut pengertian bahasa

dimaksudkan: “Qasad (maksud yang digerak dan dikehendaki oleh hati), azam (atau

‘azamul qalb, iaitu apa yang telah dicita-citakan di hati) dan iradah (iaitu al-iradatul jazimah,

iaitu kehendak keinginan hati dalam keadaan yang sedar) . Manakala segi istilah niat ada

lah gerak hati kearah melaksanakan suatu pekerjaan dengan tujuan kearah melaksanakan

suatu pekerjaan dengan tujuan mencari keredhaan Allah. Kita seharusnya berniat menanam

tekad mendapatkan keredhaan Allah s.w.t kerana niat menentukan setiap amalan/urusan

bernilai disisi Allah.

Dalil kaedah ini ialah hadith Rasulullah s.a.w:

“segala sesuatu bergantung kepada tujuanya”

Amalan dan tindakan seseorang(mukallaf) sama ada perbuatan mahupun

perkataan,maka natijahnya dan hukum syara’nya berbeza dengan sebab berbeza tujuan

amalan seseorang dan tindakannya. Contohnya apabila seseorang itu melakukan sesuatu

pekerjaan dengan tujuan tertentu maka berlakulah hukum syara’ tertentu keatasnya.

Kemudian apabila dia melakukan pekerjaan yang sama juga dengan tujuan yang berbeza

maka wujudlah hukum yang lain pula.

Tujuan utama niat ialah untuk membezakan antaran ibadah dengan adat dan

membezakan antara satu ibadah dengan ibadah yang lain.Ulama fiqh bersepakat

menyatakan sekiranya seseorang berniat untuk melakukan kebajikan dan tidak dapat

ditunaikannya disebabkan sesuatu masyaqqah atau keadaan tertentu ia tetap diberi pahala.

7 | P a g e

Page 8: isi ctu(bb)

CTU 263-islam and management Kaedah-kaedah fiqh dalam pengurusan dan pengaplikasianya masa kini

Niat juga membezakan tingkatan ibadah antara satu sama lain. Contohnya, berwuduk dan

n]mandi adakalanya bertujuan untuk memyejukan badan dan adakalanya untuk tujuan

beribadah.

Niat boleh dihimpunkankan dan terdapat beberapa padanan. Pertama ialah,

sesesorang menyertakan niat ibadah dengan niat yang lain daripada ibadah. Contohnya ,

seseorang menyembelih haiwan korban kerana Allah dan kerana yang lian daripadaNya.

Kedua, seseorang berniat ibadah sunat lain bersama ibadah fardu. Ini terdiri daripada

beberapa bentuk antaranya ialah yang tidak mengakibatkan batal dan keduanya sama sah.

Contohnya , seseorang bertakbiratul ihram sambil berniat solat frdhu dan tahiyatul masjid,

maka solatnya sah dan keduanya terjadi sekali gus. Ketiga, bersama kefardhuan seseorang

berniat fardhu lain. Ibn al- subuki berkata bahawa hal ini tidaklah mencukupi kecuali dalam

masalah haji dan umrah. Kelima, apabila seseorang berniat sunat dan disertakan dengan

sunat yang lain maka keduanya tidak jadi. Ini dikatakan oleh al Qaffal. Namun ianya

disanggah dengan niat seseorang sewaktu mandi jumaat dan eid, maka kedua-duanya

sama-sama jadi. Dan kelima ialah apabila seseorang berniat bersama dengan yang lain

selain ibadah dan kedua-duanya berbeza dari segi hukumnya. Cabangnya, antara lain ialah

seseorang berkata kepada isterinya ,”engkau haram bagiku”’ dan berniat cerai dan zihar.

Menurut pendappat paling sahih ,dia dibolehkan memilih.

Syarat niat pula ialah yang pertama islam. Niat tidak sah sekiranya ibadah daripada

orang kafir. Ada yang mengatakan bahawa wuduknya sah , dan ada yang mengatakan

tayyamumnya sah. Kedua,tamyiz dimana tidak sah ibadah anak dibawah umur iaitu belum

mumayyiz dan oang gila. Dikecuaalikan daripada ketentuan ini iaah anak kecil yang

diwudukkan oleh walinya untuk tawf mengantikan ihramnya ataupun wanita gila yang

dimandikan oleh suaminya daripada haid ataupun suaminya berniat. Ketiga ialah

mengetahui objek niat diman Al baghawi mengatakan “orng yang tidak mengetahui

kefardhuan wuduk dan solah , tidak sah melakukannya. Padanan keempat ialah tidak

mendatangkan lawannya atau sesuatu yang menafikannya.contohnya apabila seseorang

murtad ditengah solat ,puasa , haji atau tayyammum. Maka, batal semuanya.

Apa yang menafikan niat ialah niat memutuskan. Dalam hal ini terdapat beberapa

cabang iaitu, seseorang niat memutuskan iman , maka ia murtad seketika. Tetapi apabila

seseorang berniat makan atau berniat untuk melakukan perkara yang membatalkan puasa,

puasanya tidak terbatal. Perkara yang termasuk niat ialah tidak mampu melakukan objek

niat , adakalanya secara akal, syarak dan adat. Dimana misalnya seseorang niat dengan

wudhuknya untuk solat dan bukan untuk solat , maka tidak sah kerana berlawanan antara

keduanya. Termasuk dalam perkara yang menafikan niat ialah ragu dan tidak mantap.

8 | P a g e

Page 9: isi ctu(bb)

CTU 263-islam and management Kaedah-kaedah fiqh dalam pengurusan dan pengaplikasianya masa kini

Dimana seseorang ragu adakah dia hendak memutuskan solatnya atau tidak , atau dia

menggantung pembatalannya pada sesuatu maka batal solatnya.

Kedudukan Niat dalam ibadat adalah pada status rukun atau syarat. Majoriti ulama

mazhab al-syafie berpendapat niat adalah rukun daripada ibadat. Hal ini kerana ia berada

atau terletak dalam ibadat. Sedangkan syarat itu hendaklah berada atau seharusnya ada

sebelum menunaikan ibadat, serta wajib ada syarat tersebut selagi perkara itu berlangsung.

Ibn al-Sabbagh dan Qadi Abu al-Tayyib berpendapat niat adalah syarat, bukan rukun kerana

jika tidak dikatakan syarat sudah tentu perlu kepada niat yang lain pula dan tidak memadai

satu niat tersebut sahaja, iaitu perlu kepada niat yang dikatakan rukun tersebut.

Setiap pekerjaan harus didasari dengan niat. Al-Khauyi mengatakan, “Seakan-akan

Rasulullah memberi pengertian bahawa niat itu bermacam-macam sebagaimana perbuatan.

Seperti orang yang melakukan perbuatan dengan motivasi ingin mendapatkan redha Allah

dan apa yang dijanjikan kepadanya, atau ingin menjauhkan diri dari ancaman-Nya.

c) KEYAKINAN TIDAK DIATASI OLEH KERAGUAN

Kaedah ini bermaksud, bahawa sesuatu yang telah diyakini tidak akan hilang dengan kedatangan syak (keraguan) ke atasnya, tetapi ia boleh hilang dengan yakin sepertinya juga. Ertinya apabila telah sabit sesautu perkara atau keadaan dengan yakin kemudian dengan tiba-tiba timbul syak tentang wujud sesuatu yang menghilangkannya, maka perkara yang telah diyakini itulah diambil kira hinggalah sabit benar-benar sebab yang menghilangkannya. Pada prinsipnya, yakin tidak akan diketepikan hukumnya dengan semata-mata syak.

Kaedah ini turut menjelaskan mengenai keyakinan yang kita perlu ada dalam melaksanakan sesuatu perkara mengikut syariat islam. Keyakinan yang kita perlu ada mestilah yang berpaksikan kebenaran dan tidak bertentangan dengan ajaran islam. Keyakinan dalam melaksanakan sesuatu perkara yang dilakukan perlu ada agar keraguan dan was-was dapat dielakkan.

Dalil-dalil berkenaan kaedah ini ialah :

a. AL-QUR’AN

Dan kebanyakkan mereka tidak menurut, melainkan suatu sangkaan sahaja (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak memenuhi kehendak menentukan sesuatu kebenaran (i’tiqad). (Yunus : 36)

9 | P a g e

Page 10: isi ctu(bb)

CTU 263-islam and management Kaedah-kaedah fiqh dalam pengurusan dan pengaplikasianya masa kini

b. AL-SUNNAH

Dari Abu Said al-Khudri, beliau berkata baginda Rasulullah s.a.w bersabda, “Apabila salah seorang kamu telah timbul syak dalam solatnya, tidak diketahui lagi berapa (rakaatkah) yang telah dilakukan, tiga atau empat, maka hendaklah buangkan yang syak (ragu-ragu), itu dan tunaikanlah atas apa yang telah diyakini”. (Hadith Riwayat Muslim)

Kaedah-kaedah sampingan yang terbit dari kaedah ini :

1.

Asal masalah ialah kekalnya sesuatu perkara di atas keadaannya yang asal

Kaedah ini hampir sama maksudnya dengan yang di atas. Maksudnya “perlu dikekalkan keadaan yang sedia ada pada mana-mana dan berterusan dalam semua waktu sehinggalah sabit terputusnya atau bertukarnya”.

Contoh –contoh hukum yang termasuk di bawah kaedah ini :

a. Sesiapa yang yakin taharahnya atau masih suci dan syak yang dia berhadas, maka dia dianggap orng yang masih suci. Atau dia yakin berhadas dan syak samaada dia masih taharah, maka dia dikira oang yang berhadas.

b. Seseorang yang makan pada akhir malam dan syak tentang naik fajar, maka puasanya sah kerana asalnya malam itu kekal.

c. Wanita yang ditalak raj’ie mendakwa sucinya berlanjutan dan belum selesai ‘iddahnya, maka dibenarkan dakwaannya dan dia masih berhak mendapat nafkah idah.

10 | P a g e

Page 11: isi ctu(bb)

CTU 263-islam and management Kaedah-kaedah fiqh dalam pengurusan dan pengaplikasianya masa kini

2.

Asal pada perkara-perkara yang baru muncul itu adalah tiada

Umum diketahui bahawa al-‘adam adalah lebih dahulu dari al-wujud, maka setiap sesuatu yang didakwa muncul dan wujudnya bererti ia didahului oleh al-adam(tiada). Oleh itu, maka al-adam (tiada) itulah yang diyakini kerana ia suatu keadaan yang biasa dan perubahannya kepada wujud itu suatu perkara baru yang diragukan, lagi pun al-adam itulah yang asal, maka mesti dikekalkan hingga terbukti sabit sesuatu yang menghilangkannya.

Contoh-contoh :

a. Seseorang yang makan harta oaring lain lalu mengatakan “Kamu telah membenarkan aku memakannya”,padahal dinafikan oleh tuan punya makanan, maka hendaklah diterima kata tuan makanan kerana asalnya harta seseorang itu haram tanpa izinnya.

b. Suami Isteri yang telah lama tinggal bersama, apabila si isteri mendakwa tidak diberi pakaian dan nafkah maka dakwaan isteri akan diambil kira kerana pada asalnya kadua perkara itu kekal tanggungjawab suami dan tidak ditunaikan.

c. Seorang bapa mengahwinkan anak perempuannya dengan anggapan anaknya masih gadis, kemudian terbukti anaknya tidak lagi dara pada waktu ‘akad dilakukan dengan keterangan empat orang wanita maka tidak lagi batal nikahnya itu kerana boleh jaadi daranya hilang dengan jari atau kuku, kerana pada asalnya masih dara.

3.

Asal sesuatu perkara adalah bebas dari tanggungjawab

Contoh-contoh :

a. Sesiapa yang mendakwa orang lain berhutang dengannya maka dia membuktikan dakwaan itu apabila yang didakwa menafikannya kerana dia berpegang kepada keadaan yang asal iaitu “Baraah al-zimmah”. Maka pada zahirnya dia tidak mempunyai tanggungan hutang melainkan terbukti sebaliknya.

11 | P a g e

Page 12: isi ctu(bb)

CTU 263-islam and management Kaedah-kaedah fiqh dalam pengurusan dan pengaplikasianya masa kini

4.

Asal masalah pada setiap yang baru itu hendaklah dianggapkan berlakunya pada waktu yang terhampir.

Contoh-contoh :

a. Seseorang mengambil wuduk dari satu bekas air buat beberapa hari dan sembahyang dengan menggunakan air itu, kemudian pada satu hari didapati ada najis tikus dalam bekas air itu. Maka tidak wajib dia mengqadha’ sembahyang beberapa hari itu kecuali sembahyang yang benar-benar diyakini wuduknya dari air bernajis.

b. Seseorang telah memukul perut perempuan yang hamil lalu perempuan itu melahirkan anak dan hidup beberapa hari dalam keadaan sihat kemudiaan mati. Maka tidak wajib diat (apa-apa gantian), Kerana pada zahirnya bayi itu mati disebabkan faktor lain.

c. Seseorang telah melihat najis pada kainnya sedangkan dia telah sembahyang dengan kain itu buat beberapa waktu dan dia tidak mengetahui bilakah kain itu terkena najis. Maka hendaklah dia mengulangi sembahyang dari hadas terakhir yang ia berhadas(berwuduk).

5.

Asal pada(kebanyakan) perkara adalah haram sehinggalah terdapat dalil yang mengharuskannya.

Contoh-contoh :

a. Haiwan yang samar-samar keadaannya.b. Tumbuh-tumbuhan yang tidak diketahui namanya.c. Binatang Zirafah menurut al-Subki halal dimakan, kerana asalnya harus dan tidak

ada taring serta tiada dalil haram yang menjelaskannya. Kebanyakkan ulama Syafi’iyyah tidak menentukan haram halalnya tetapi ada juga yang mengatakan haram.

12 | P a g e

Page 13: isi ctu(bb)

CTU 263-islam and management Kaedah-kaedah fiqh dalam pengurusan dan pengaplikasianya masa kini

d) KESUKARAN MEMBAWA KEPADA KEMUDAHAN/KERINGANAN.

Islam memberikan pengecualian kepada manusia apabila berhadapan dengan situasi yang mendesak. Bentuk pengecualian adalah seperti memberi kelonggaran atau membenarkan pemilihan alternative lain. Dalam konteks pentadbiran, Kaedah ini memberikan banyak pilihan/alternative kepada setiap pekerja dalam menghadapi pelbagai rintangan dan halangan pengurusan.

Dalil-dalil Kaedah ini :

1. AL-QUR’AN

Allah mengkehendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak mengkehendaki kamu menanggung kesukaran.

(Al-Baqarah : 185)

Dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama.

(Al-Hajj : 78)

2. AL-SUNNAH

Sesungguhnya Allah s.w.t telah mensyari’atkan agama Islam , maka dijadikannya mudah dan tidak menyusahkan dan Dia tidak menjadikannya sempit.

(Riwayat at-Tabrani)

13 | P a g e

Page 14: isi ctu(bb)

CTU 263-islam and management Kaedah-kaedah fiqh dalam pengurusan dan pengaplikasianya masa kini

Sebab-sebab Keringanan Dalam Syari’at Islam

1. Kekurangan : Tidak dikenakan bebanan syara’ ke atas orang gila, kanak-kanak dan oarng yang tidur. Demikian juga wanita tidak ditaklifkan dengan sembahyang berjemaah, sembahyang Jumaat dan Jihad.

2. Jahil : Harus fasakh perkahwinan kerana ‘aib pada salah seorang pasangan suami isteri yang disembunyikan dan seorang lagi tidak mengetahui kedudukan yang sebenar.

3. Sakit : Harus bagi doktor memandang aurat perempuan kerana berubat atau bersalin

4. Musafir : Diharuskan bagi orang yang musafir berbuka puasa, jama’ dan qasar sembahyang empat rakaat.

5. Terlupa : Tidak dianggap satu kesalahan dosa yang dilakukan dengan sebab terlupa seperti makan atau minum pada siang hari pada bulan Ramadhan.

6. Ikrah(Paksaan) : Dibolehkan makan bangkai (binatang yang mati atau disembelih dengan tidak mengikut syara’) dan minum arak untuk menyelamatkan nyawa.

7. Umum al-Balwa : Dimaafkan gharar yang sedikit dalam urusan jual beli, percikan najis dan percikan tanah-tanah di jalan raya.

“Rukshah” (Keringanan Syara’) Mencakupi Tujuh Jenis Hukum.

1. Pengguguran : Digugurkan hukum sembahyang sembahyang Jumaat, puasa, haji, dan Jihad kerana keuzuran tertentu.

2. Pengurangan : Solat Qasar.3. Penggantian : Digantikan wudhu’ dengan tayammum ketika ketiadaan air.4. Pendahuluan(taqdim) : Didahulukan solat Asar dengan ditunaikan dalam waktu

Zuhur (jama’ taqdim) dan dahulukan zakat sebelum cukup haul.5. Penangguhan(ta’khir) : Ditangguhkan sembahyang Zuhur ke Asar (jama’

ta’khir)6. Kelonggaran : Diharuskan minum arak bagi orang yang tercekik kerongkong

ketika ketiadaan air halal, berlafaz dengan kalimah kufur ketika dipaksa sedangkan hati tetap beriman.

7. Perubahan : Mengubah kelakuan sembahyang yang ma’ruf ketika ketakutan dalam peperangan.

Beberapa Kaedah yang Terbit :

1.

Sesuatu perkara apabila tersepit ia jadi luas.

14 | P a g e

Page 15: isi ctu(bb)

CTU 263-islam and management Kaedah-kaedah fiqh dalam pengurusan dan pengaplikasianya masa kini

Contoh-contoh :

a. Seorang wanita yang kehilangan walinya ( tidak diketahui di mana dia berada, hidup atau mati) sedangkan tidak ada wali hakim di tempat itu, maka bolehlah dia melantik seorang lelaki sebagai wali tahkim bagi menikahkannya denagn lalaki pilihannya.

b. Diharuskan perempuan yang ber’iddah keluar rumah apabila keadaan mendesak seperti bekerja untuk menyara hidup.

c. Diterima saksi wanita (bidan) dalam kes melahirkan anak untuk menjaga nasab.

d. Orang berhutang yang jatuh menjadi papa kedana perlu ditangguh tuntutan bayar hutang sehingga dia senang atau digugur sahaja tuntutan hutang itu.

2.

Sesuatu perkara apabila apabila jadi luas maka ia jadi sempit.

Maksud dari kaedah di atas ialah apabila darurat telah menimpa seseorang atau jamaah. Kalau beramal dengan hukum yang disyara’kan dalam keadaan biasa akan menyulitkan dan membebankan mereka untuk melasanakannya. Maka kerana itu diberi diberi keringanan dan kemudahan ke atas mereka selagimana darurat itu masih wujud. Tetapi apabila hialng darurat tersebut nescaya kembali hukum kepada asal ia disyara’kan.

e) KEMUDARATAN HENDAKLAH DIHINDARKAN (al-darar yuzal)

Asas kepada kaedah ini ialah hadis daripada Rasulullah S.A.W. Darar bermaksud melakukan kerosakan ataupun kejahatan kepada orang lain. Para ulama berpendapat bahawa seseorang tidak harus melakukan atau memulakan kejahatan mahupun membalas kejahatan dengan kejahatan kembali. Hal ini terbukti apabila seseorang hakim hendak menjatuhkan hukuman kepada pesalah, hukuman tersebut hendaklah setimpal dan tidak melebihi kemudaratan yang menimpa seseorang itu.

Oleh sebab itu, pihak pengurusan haruslah memastikan setiap perancangan, penyusunan serta barisan kepimpinan tidak terlibat dengan unsur-unsur yang boleh mendatangkan kemudaratan.

Ulama telah sepakat bahawa kaedah ini mengecualikan darar yang diizinkan olah syarak seperti Qisas, Hudud dan Ta’zir kerana sesungguhnya menolak kerosakan hendaklah didahulukan dari menarik kebaikannya. Walau bagaimanapun, hukuman-hukuman itu pada hakikatnya tidak disyariatkan melainkan kerana hendak menolak kemudaratannya.

15 | P a g e

Page 16: isi ctu(bb)

CTU 263-islam and management Kaedah-kaedah fiqh dalam pengurusan dan pengaplikasianya masa kini

Masalah-masalah yang termasuk dibawah kaedah ini ialah:

1. pembeli boleh memulangkan barang kepada penjual kerana terdapat kerosakan dan kecacatan terhadap barangan tersebut.

2. Mufti yang tidak bersopan dilarang mengeluarkan fatwa, dan doktor yang jahil dilarang merawat orang kerana dikhuatiri amalan-amalan mereka ini membawa kemudaratan kepada diri mereka sendiri dan orang lain.

3. Qisas, hudud dan ta’zir.

Kaedah-kaedah yang terbit dari kaedah

I. Darurat mengharuskan yang dilarang.

Maksud kaedah ini ialah bahawa setiap yang dilarang oleh syarak boleh bertukar menjadi harus ketika darurat. Keadaan darurat yang mengharuskan Yang haram itu dinamakan rukhsah. Rukhsah itu mengharuskan yang diharam kerana darurat tetapi kekal pengharamannya apabila hilang darurat tersebut.

Contohnya ialah:

Harus makan bangkai ketika terdesak. Diharuskan memandang aurat kerana darurat atau keperluan perubatan. Lelaki boleh memandang wanita kerana tujuan pinangan, mengajar, mu’malat dan

perubatan.

II. Sesuatu yang diharuskan kerana darurat dihadkan menurut kadar darurat sahaja

Islam mengharuskan yang dilarang ketika darurat kerana hendak menolak kemudaratan dari manusia. Oleh yang demikian, manusia tidak harus mengambil peluang untuk terus-menerus merasa selesa dan senang dengan yang haram atas alasan darurat. Contoh dalil bagi kaedah ini ialah:

Maka sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak menginginnya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidak ada dosa atasnya.

(Al-Baqarah:173)

16 | P a g e

Page 17: isi ctu(bb)

CTU 263-islam and management Kaedah-kaedah fiqh dalam pengurusan dan pengaplikasianya masa kini

III. Kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan juga

Kemudaratan boleh dihilangkan dengan kemudaratan yang lebih rendah tetapi tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan yang sama dengannya atau yang lebih mudaratnnya. Hal ini kerana kalau boleh dihilangkan dengan mudarat juga maka kemudaratan ini tidak bererti bahkan ia merupakan kemudaratan yang baru diwujudkan.

Antara contoh amali di bawah kaedah ini ialah:

Seseorang yang berhajat menolak kebinasaan dirinya dari kebuluran, tidak memperoleh sesuatu melainkan harta atau makanan orang lain yang sama berhajat sepertinya juga, maka dia tidak boleh mengambil harta orang itu.

Kalau seseorang dipaksa membunuh seseorang yang lain, dia tidak halal membunuhnya kerana pembunuhan itu menimbulkan kemudaratan yang sama atau lebih besar darinya. Tetapi kalau seseorang dipaksa minum arak kalau dia tidak memilih untuk membunuh, maka halal baginya meminum arak kerana ancaman membunuh itu lebih besar dan berat dari minum arak.

IV. Apabila bertembung dua kemudaratan hendaklah diberi perhatian kepada mudarat yang terbesar diantara keduanya dengan memilih kemudaratan yang paling ringan.

Sekiranya seseorang itu diberi pilihan untuk melakukan kemudaratan dan terdapat satu kemudaratan yang besar dan satu kemudaratan yang kecil, maka hendaklah dia memilih kemudaratan yang lebih ringan kerana kesannya adalah kurang sedikit.

Contohnya ialah:

Disyarakkan qisas, hudud, dan mempertahankan diri daripada serangan penceroboh.

Diharuskan membedah perut wanita yang mati bagi menyelamatkan janin apabila ada harapan janin itu masih hidup.

V. Menolak kerosakkan lebih utama dari mengambil kebaikannya

Maksud kaedah ini ialah apabila bertembung mafsadah (keburukan) dengan maslahah (kebaikan), maka hendaklah didahulukan menolak keburukan kerana penekanan Syara’ kepada perkara-perkara larangan melebihi perkara-perkara yang diperintah. Contoh dalil ialah melalui sabda Rasulullah S.A.W.:

17 | P a g e

Page 18: isi ctu(bb)

CTU 263-islam and management Kaedah-kaedah fiqh dalam pengurusan dan pengaplikasianya masa kini

Apabila aku perintah kamu lakukan sesuatu maka hendaklah kamu kerjakannya seberapa yang kamu mampu, dan apabila aku larang kamu dari sesuatu perkara maka hendaklah kamu jauhinya.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Oleh itu, dimaafkan meninggalkan sebahagian yang wajib dengan sedikit masyaqqah, dan tidak dibenarkan sama sekali membuat perkara yang dilarang apatah lagi yang membawa kepada dosa-dosa besar.

Contoh –contoh amali bagi kaedah ini ialah:

Berlebih-lebihan berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung adalah disunatkan ketika berwudhu’, tetapi makhruh bagi orang yang berpuasa kerana kepentingan menjaga kesahihan puasa perlu diutamakan.

Diharuskan berdusta apabila ia mendatangkan kebaikan yang lebih seperti berdusta untuk mendamaikan di antara 2 orang yang bertikai.

Menyelati bulu dan rambut dengan jari-jari ketika berwudhu’ dan mandi disunatkan tetapi makhruh bagi muhrim iaitu orang yang sedang dalam ihram haji atau umrah bagi mengelakkan membayar fidyah disebabkan menggugurkan rambut.

PENUTUP18 | P a g e

Page 19: isi ctu(bb)

CTU 263-islam and management Kaedah-kaedah fiqh dalam pengurusan dan pengaplikasianya masa kini

Secara kesimpulannya, kaedah-kaedah fiqh ini sebenarnya telah banyak diaplikasikan dalam kehidupan seharian bukan sahaja dari segi aspek pengurusan Islam tetapi dalam kesemua aspek kehiduan kita secara langsung mahupun tidak langsung. Mungkin banyak yang tidak sedar lantaran kita sebagai manusia tidak mempunyai ilmu yang mencukupi dalam bidang Usul Fiqh ini. Mungkin juga disebabkan kita malas untuk mendalami ilmu-ilmu Islam. Oleh itu, tidak hairanlah hampir keseluruhan umat manusia di akhir zaman ini banyak yang tersesat dari landasan cara hidup Islam yang betul.

Cara hidup Islam yang bersandarkan kepada Al-Quran, dan As-Sunnah ini sebenarnya amat indah untuk kita hayati. Buktinya sesiapa yang berpegang kepada prinsip ini tidak akan sesat hinggalah bila-bila masa.

Senarai rujukan:

19 | P a g e

Page 20: isi ctu(bb)

CTU 263-islam and management Kaedah-kaedah fiqh dalam pengurusan dan pengaplikasianya masa kini

Fiqhah Daulah dalam perspektif Al-Quran dan As- Sunnah- Dr yussuf Al

Qardawi

Fiqh islam – H, sulaiman Rasjid.

http://suriaterang.blogspot.com/2008/02/kaedah-fiqh-segala-urusan-

berdasarkan.html

http://sksv.blogspot.com/2008/06/fardu-ain-memahami-istilah-kaedah-

usul.htm

http://lebaiyusri.blogspot.com/2008/10/kaedah-fiqh-dalam-pasaran-modal-

islam.html

http://sosiologi-ku.blogspot.com/2009/02/persoalan-niat-solat.html

http://lib.kedah.uitm.edu.my/psblibrary/notes/languagestudies/layout/notes/

CTU%20263/8.pdf

Kaedah-kaedah hukum islam mazhab syafie- Imam Jalaluddin Abdul Rahman

Al sayuti

Pengantar syariat islam-Mohd Salleh haji Ahmad

20 | P a g e