report ctu 555

13
FAKULTI PENGURUSAN HOTEL DAN PELANCONGAN PENGURUSAN HOTEL (HM240) SEJARAH MALAYSIA (CTU 555) (Hubungan Etnik Di Malaysia) PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT (Jadual Mukmin untukPegurusan Masa ) Disediakan oleh: Mohamed Hirsham bin Azmi 2015101001 Suhaimi bin Yusoff @ Aziz 2014567249 Siti Nazihah binti Md.Aliman 2014753485 Siti Nurul Ain binti Mohd Yunus 2013978273

Upload: nazihah

Post on 08-Jul-2016

63 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

LAPORAN PROJEK CTU555(Projek khidmat masyarakat)

TRANSCRIPT

Page 1: Report Ctu 555

FAKULTI PENGURUSAN HOTEL DAN PELANCONGAN

PENGURUSAN HOTEL (HM240)

SEJARAH MALAYSIA (CTU 555) (Hubungan Etnik Di Malaysia)

PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT(Jadual Mukmin untukPegurusan Masa )

Disediakan oleh:

Mohamed Hirsham bin Azmi 2015101001

Suhaimi bin Yusoff @ Aziz 2014567249

Siti Nazihah binti Md.Aliman 2014753485

Siti Nurul Ain binti Mohd Yunus 2013978273

Page 2: Report Ctu 555

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya dapat lagi kami merasa nikmat dari-Nya serta tenaga yang dianugerahkan kepada kami dapat juga kami menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya. Pertamanya, kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah kami untuk subjek CTU 555 iaitu Ustazah Mahfuzah Binti Mohammed Zabidi kerana tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya dapat membuka ruang untuk kami menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya. Seterusnya, kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada respondan kami untuk menyertai kajian kami berkenaan projek kami.

Dengan kerjasama daripada beliau dapat kami mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah dan melancarkan lagi tugasan kami yang sedang kami lakukan.. Ucapan penghargaan ini juga kami tujukan buat diri kami sekumpulan kerana telah bersama-sama menjayakan dan menyiapkan projek khidmat masyarakat walaupun dalam masa yang singkat.

Akhir kata, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara

langsung atau tidak langsung dalam menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya. Sekian, Terima Kasih.

Page 3: Report Ctu 555

PENGENALAN

 Projek khidmat masyarakat untuk subjek CTU 555 ini ialah menghargai masa. Sebagai

seorang pelajar yang berwibawa adalah pelajar yang bijak menguruskan masa dengan

sebaiknya. Pengurusan masa adalah penting kerana masa adalah aset yang bernilai dalam

hidup manusia. Semua perkara bergantung kepada ketentuan masa sama ada memberi

keuntungan atau kerugian. Dengan itu pepatah ada mengatakan bahawa 'masa itu emas'.

Pengurusan masa adalah kemampuan untuk meancang dan mengawal penggunaan masa kitadalam

sehari dengan cara yang efektif untuk mencapai matlamat kita.Penggunaan masa yang

efektifmerujuk kepada bagaimana kita merancang masa itu dengan lebih berkesan

dan mendatangkankeuntungan kepada kita.Sebagai seorang pelajar,matlamat kita untuk

belajar dan berjuang adalahmenjurus kepada matlamat sebenar kita untuk bejaya

dalam bidang pendidikan kerana pada pandangkita pendidikan sahaja yang boleh mengubah

taraf hidup kita menjadi lebih baik dai yangsebelumnya.Untuk itu,Pelbagai caa dan pelbagai

kaedah harus disusun dan dirancang dengan begiturapi untuk membawa kita kepada matlamat

tersebut. Pengurusan masa ini semestinya mempunyai agenda yang tesendiri dalam mencapai

kemajuan diri pada masa akan datang.Pengurusan masa yang tidak baik selalunya akan

menyebabkan adanya penangguhan dalam membuat aktiviti yang dirancang.Pengurusan yang

tidak baik ini boleh kita kaitkan dengan disiplin yangrendah.Disiplin yang rendah

biasanya akan menggangu kita untuk mematuhi jadual harian yang telah kita buat.Sebagai

contoh,Jadual haian yang kita hasilkan lebih memfokuskan kepada aktiviti pengetahuan dan

riadah,tetapi tahap disiplin yang rendah ini akan mendorong kepada kita untuk melakukan

perkara lain selain daripada aktiviti yang tersenarai dalam jadual harian

kita.Contohnya,melepak bersama kawan-kawan.

Di sini, kami berkerjasama satu kumpulan ingin mengeluarkan suatu bentuk jadual

yang berkait dengan rohani dan juga jasmani. Dengan adanya jadual ini mungkin para pelajar

UiTM Puncak Alam dapat melaksanakan perkara wajib dengan smpurna dan di tambah

dengan perkara sunat dan bonus. Justeru kami memilih pendekatan terhadap pelajar

Universiti Teknologi Mara Kampus Puncak Alam bagi memupuk sifat dalam menghargai

masa dalam menguruskan masa seharian mereka dengan sebaikny

Page 4: Report Ctu 555

Permulaan Projek

Pada permulaan perbincangan antara ahli kumpulan, kami telah mengemukakan tiga

pilihan topik yang akan menjadi tajuk projek bagi kumpulan kami. Tajuk-tajuk yang

dibincangkan adalah perniagaan, kesihatan dan pengurusan masa. Setelah memikirkan dan

memerah otak, kami telah memilih topik pengurusan masa dalam kalangan pelajar untuk

kami jadikan tajuk projek kami. Antara sebab utama pemilihan tajuk ini adalah setelah kami

mendapati bahawa ramai pelajar yang mempunyai masalah untuk menguruskan masa mereka.

Kesibukan belajar adalah antara sebab pelajar tidak boleh atau sukar untuk fokus dalam

melakukan aktiviti lain dan ibadah. Perkara ini sebenarnya adalah sesuatu yang sangat serius

memandangkan ianya dapat memberikan impak yang buruk kepada para pelajar. Bagi

membantu pelajar dalam menguruskan masa mereka, kami telah menyediakan satu platform

bagi mereka untuk membantu mereka menguruskan masa iaitu dengan membuat satu jadual

khas yang dipanggil 'Jadual Mukmin'. Jadual ini bukanlah satu ciptaan baru dari kami semua

tetapi ianya adalah satu pengubahsuaian dari sebuah jadual biasa kepada satu jadual yang

senang dipraktikkan oleh seorang pelajar sesuai dan seiring dengan kesesuaian hidup sebagai

seorang pelajar. Disiplin adalah sesuatu yang amat susah untuk dikekalkan. Dengan

berpandukan jadual yang telah kami edarkan kepada responden, ianya mungkin akan sedikit

sebanyak membantu mereka menyusun aktiviti seharian mereka dengan teratur

Page 5: Report Ctu 555

Proses mencetak jadual mukmin Bentuk jadual mukmin

Hasil cetakan jadual mukmin

Menerangkan cara-cara mengisi jadual mukmin kepada responden

Page 6: Report Ctu 555
Page 7: Report Ctu 555

Hasil Dapatan Projek

Daripada projek ini, kami mendapat maklum balas yang amat memberangsangkan daripada semua

pelajar yang terlibat sebagai responden bagi menjayakan projek kami. Berdasarkan respon yang kami

perolehi daripada kesemua responden yang bekerjasama dalam projek ini, kami mendapati bahawa

kebanyakan jadual yang diberikan kepada mereka diisi dengan teratur. Walaupun tidak semua

responden dapat menyempurnakan semua perkara yang diperuntukkan kepada mereka dalam jadual,

sekurang-kurangnya kebanyakan daripada mereka telah melakukan yang terbaik dalam memenuhi

tuntutan wajib iaitu solat fardhu lima waktu. Daripada pemerhatian projek ini, kami dapati bahawa

setiap pelajar seharusnya mempunyai satu perancangan bagi melakukan setiap aktiviti seharian agar

mereka boleh menjadi lebih komited bagi melaksanakan tugasan harian. Cara terbaik adalah dengan

mempunyai jadual kerja seperti 'Jadual Mukmin' ini. Walaupun tanpa jadual kerja, pelajar sebenarnya

mampu untuk menguruskan masa mereka dengan syarat mereka sudah tahu apa yang perlu dilakukan.

Jadual ini hanyalah untuk memupuk disiplin dalam kalangan pelajar agar menepati masa yang

ditetapkan. Bila ianya sudah menjadi satu praktik, sudah semestinya mereka akan komited dalam

melakukannya walaupun tanpa jadual. Hasil sebeginilah yang amat kami harapkan daripada projek

kami ini. Kami hanyalah sebagai penyumbang idea biasa. Yang dapat menjadikan idea kami sesuatu

yang luar biasa adalah individu itu sendiri dengan izin Allah. Apa yang penting adalah ilmu

menguruskan masa. Kami amat berharap agar semua pelajar dan semua muslim agar tidak

membazirkan masa di dunia yang sementara ini sehingga lupa tujuan sebenar hidup kita di dunia ini.

Page 8: Report Ctu 555

Refleksi Projek Oleh Ahli Kumpulan:

SUHAIMI BIN YUSOFF@AZIZ

Daripada projek yang telah kami jalankan iaitu berkenaan dengan pengurusan masa, apa yang

saya dapat simpulkan adalah berkenaan sikap sesetengah masyarakat kita yang tidak komited

dalam melakukan tugasan atau aktiviti seharian. Istiqamah adalah sesuatu yang sangat

penting dalam menjadikan seseorang individu itu seorang muslim yang mukmin dan berjaya

dunia akhirat. Dalam konteks seorang pelajar pula,ianya amat penting untuk menguruskan

masa agar tidak membiarkan masa berlalu tanpa diisi dengan aktiviti berfaedah.

MOHAMED HIRSHAM BIN AZMI

Berdasarkan pemerhatian saya, projek kami telah menampakkan sesuatu yang sangat penting

untuk dikongsi. Ramai pelajar sebenarnya tidak mempunyai perancangan untuk melakukan

aktiviti seharian mereka. Disebabkan itulah ramai pelajar mengalami tekanan dalam proses

pembelajaran mereka. Mereka banyak melakukan kerja-kerja di hujung-hujung waktu. Akibat

kerja yang tertangguh, hasil kerja menjadi tidak sempurna. Ini adalah selari dengan kehendak

Islam yang menganjurkan agar umatnya tidak melakukan perkara yang sia-sia. Dengan

adanya jadual kerja, mereka akan mampu untuk merancang hala tuju hidup sebenarnya

sekaligus kerja boleh disiapkan dengan sempurna. InsyaAllah.

Page 9: Report Ctu 555

SITI NAZIHAH BINTI MD.ALIMAN

Hasil pemerhatian saya terhadap projek ini adalah agak berkesan kepada responden. Jadual

ini dapat membantu para pelajar untuk mengurus masa sebaiknya untuk melakukan perkara

waji seperti solat fardhu. Jika kita menyegerakan untuk menunaikan solat fardhu, iaitu

perkara wajib, maka kita akan rasa lebih lapang dan mempunyai banyak masa dan masa yang

ada sangat damai. Bukan sekadar kepada responden sahaja yang memberi respon terhadap

projek ini, malah saya juga turut serta untuk menggunakan jadual ini. Ternyata berkesan

untuk saya mengurus masa dengan sebaiknya. Tetapi kita perlu istiqamah dalam melakukan

sesuatu perkara kebaikkan. Jika kita ingin melakukan perkara kebaikkan,maka segerakanlah

ia adalah sesuatu yang sangat dituntut daripada kita bertangguh. Suka saya ingat,

segerakanlah kebaikkan dan istiqamah lah dengan sesuatu amalan itu dan ia akan menjadi

kebiasaan dan kita akaan menjadi seronok dengan melakukan kebaikkan tersebut. Sekecil

zarah kebaikkan turut juga di pandang oleh Allah. In shaaAllah.

SITI NURUL AIN BINTI MOHD YUNUS

Sepanjang saya menjalani assignment mencipta kalender mukmin ini, saya memperoleh

banyak faedah disamping dapat membantu meringankan beban kerja rakan-rakan saya.

Dengan kalender mukmin ini.pembahagian masa dapat diatur dengan tepat dan strategik di

mana kalender ini membantu kita membahagikan masa dengan berkesan dan kita menjadi

lebih berdisiplin dalam menuruskan rutin harian kita. Rakan-rakan yang turun menolong serta

respondent yang telah respon di dalam projek kelender mukmin memberi respon yang baik

dan memberangsangkan kerana  mereka percaya dengan adanya mekanisme seperti kelender

mukmin ini mereka menjadi lebih menghormati masa dan merasakan masa itu emas. Selain

dari itu, mereka juga dapat menyempurnakan ibadah dengan berkesan dan dapat memperbaiki

ibadah yang kurang dilakukan didalam aktiviti seharian mereka.

Page 10: Report Ctu 555

KESIMPULAN

Menghargai masa dalam Islam adalah tanda keimanan seseorang. Ketepatan waktu

dan kepentingannya dalam pengurusan adalah perkara yang tidak perlu dihuraikan lagi. 

Tidak kira dalam apa-apa aspek sekalipun, kita perlu mendahului masa atau paling kurang

menepatinya. Manfaatkanlah hidup kita sebaik mungkin kerana sedetik yang berlalu tidak

akan berulang. Ingatlah, setiap saat di dunia ini akan dipersoalkan oleh Allah SWT di akhirat

kelak.