ctu 281 kuliah 5 islam dan kreativiti

16
Islam dan Kreativiti 2.1 Definisi kreativiti 2.2 Dalil al-Quran 2.3 Dalil al-Sunnah 2.4 Kepentingan Kreativiti 2.5 Etika kreativiti Islam 2.6 Bukti/sumbangan generasi awal Islam

Upload: abdul-hariz-king-rock

Post on 25-Jun-2015

351 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Islam dan Kreativiti

2.1 Definisi kreativiti 2.2 Dalil al-Quran 2.3 Dalil al-Sunnah2.4 Kepentingan Kreativiti2.5 Etika kreativiti Islam 2.6 Bukti/sumbangan generasi awal Islam

Ada dua penciptaan yang berlaku pada masa lampau, dengan itu alam keluar daripada tiada kepada ada.

Satu lagi penciptaan berlaku di akhirat, iaitu pada hari kebangkitan di padang Mahsyar.

Selain daripada dua penciptaan itu, terdapat penciptaan ketiga iaitu penciptaan bagi kehidupan harian di dunia. Penciptaan dalam bentuk ketiga, iaitu dalam pengertian perubahan, perkembangan dan lain-lain, yang ada kaitannya dengan kreativiti manusia.

Sebab manusia mencipta bukan daripada tiada kepada ada, sebaliknya daripada sesuatu yang sudah ada (dijadikan Tuhan) kemudiannya diubah dan diperbaiki dalam bentuk yang sesuai dengan kehidupan serta kehendak manusia pada satu-satu masa (Hassan, 1991).

Inilah tiga bentuk penciptaan menurut al-Quran, tetapi perbuatan dan pengaruh Tuhan ke atas alam sejagat bukan hanya bergantung kepada tiga bentuk penciptaan itu sahaja, tetapi juga merangkumi pemeliharaan dan pengawasan Tuhan ke atas segala sesuatu yang ada di alam ini.

Membincangkan persoalan kreativiti, sesungguhnya Allah adalah Pencipta yang Maha Kreatif” dalam menciptakan segala-galanya.

Manusia juga kreatif menghasilkan sesuatu karya, ia hanyalah penciptaan terhadap unsur-unsur yang telah sedia ada dari penciptaan Al lah s.w.t.

Inilah realiti makhluk dan alam semesta yang bersifat baru dan sementara.

Bermula sejak manusia pertama diciptakan iaitu Nabi Adam a.s.

Kisah Adam dan Hawa mengambil daun-daun di syurga untuk menutup aurat mereka yang ditelanjangkan kerana memakan buah larangan dan bagaimana mereka berjuang untuk meneruskan hidup di muka bumi dengan menggunakan akal (idea-idea) adalah bukti bahawa kreativiti itu wujud sejak wujudnya manusia.

Selanjutnya kreativiti terus bergerak dan menjana pemikiran manusia dalam membentuk rentetan sejarah dan tamadun dalam pelbagai bidang kehidupan.

Definisi kreativiti

Kebolehan mencipta, menghasilkan serta mengembangkan sesuatu idea baru dan asli (Kamus Dewan, 1997: 711).

Kreativiti adalah kemampuan mencipta yang berkaitan dengan mencuba dan didorong oleh motivasi, idea alternatif, kesungguhan serta latihan berterusan melalui latihan minda dan pengasahan bakat.

Pemikiran kreatif lebih merupakan suatu kaedah untuk berurusan dengan teliti, atau mengubah realiti yang ada menjadi realiti baru (Ainon dan Abdullah, 1996)

Aktiviti seni tidak dapat berkembang dengan baik jika ia tidak diikuti dengan daya kreativiti yang tinggi.

Seni berkait rapat dengan ciptaan yang tercetus hasil daripada kreativiti.

Sesetengah pendapat menyatakan bahawa lahirnya seni itu sendiri bermula dari kreativiti sebagai titik permulaannya.

Firman Allah swt :“Yang demikian (sifat-sifatNya dan kekuasaanNya)

ialah Allah Tuhan kamu, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, maka beribadatlah kamu kepadaNya. dan (ingatlah) Dia lah Yang mentadbirkan segala-galanya”.(aI-An 'am: 102).

Dalam perspektif Islam kreativiti mempunyai kedudukan yang tinggi sehingga ia dianugerahkan kepada manusia sebagai suatu potensi bagi melayakkan manusia menjalankan tugas sebagai khalifah di atas muka bumi.

AYAT-AYAT AL QURAN TENTANG KREATIVITI

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal, Surah Ali Imran : 190).

Dan lagi Kami telah berikan mereka keterangan-keterangan Yang jelas nyata mengenai perkara ugama; maka mereka tidak berselisihan (dalam perkara ugama itu) melainkan setelah sampai kepada mereka ajaran-ajaran Yang memberi mereka mengetahui (Apa Yang baik dan Yang sebaliknya; berlakunya Yang demikian) kerana hasad dengki Yang ada Dalam kalangan mereka. Sesungguhnya Tuhanmu akan menghukum di antara mereka pada hari kiamat tentang apa Yang mereka perselisihkan itu.(Surah Al Jathiyah, 45:17)

Dan ia memudahkan bagi kamu malam dan siang, dan matahari serta bulan; dan bintang-bintang dimudahkan Dengan perintahNya untuk keperluan-keperluan kamu. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi kaum Yang mahu memahaminya.(Surah Al nahl, 16:12)

Di dalam al-Quran berkali-kali Allah menyebut Perkataan:

• Tidakkah kamu berakal?• Tidakkah kamu berfikir?• Tidakkah kamu melihat?• Tidakkah kamu mengetahui?

Kenapa ?

Perkataan-perkataan ini merujuk kepada gesaan agar manusia menggunakan kekuatan akal serta kreativiti mereka, meneroka rahsia-rahsia alam baik di langit mahupun di bumi, rahsia di sebalik kejadian malam dan siang untuk membuktikan kebesaran Allah SWT serta menjadi masyarakat yang unggul.

Islam juga menggalakkan umatnya menerokai bidang ijtihad dalam menyelesaikan masalah-masalah kehidupan dengan menggunakan kekuatan kreativiti secara terpimpin.

KEPENTINGAN KREATIVITI

Mampu bersaing dengan dunia luarMenaikkan taraf ekonomi negaraMemperkasakan imej umat IslamMenjadikan umat Islam berdikariMemudahkan kehidupan sehari-hari dengan

teknologi sendiri Mercu tanda pencapaian tamadun sesuatu

bangsa

ETIKA KREATIVITI ISLAM

Mengagungkan Allah SWT Ikhlas Mementingkan Pengetahuan dan Pengalaman Sentiasa berusaha memperbaiki karyanya Mematuhi syariatSelaras dengan akhlak

PENCAPAIAN KREATIVITI ISLAM ZAMAN

KEGEMILANGANMATHEMATIKKIMIAPERUBATANFIZIKKEJURUTERAANGEOGRAFIFARMASI

AKIBAT PENGABAIAN UMAT ISLAM TERHADAP KREATIVITI Agama Diri/individu Masyarakat / Bangsa Negara

PUNCA KELEMAHAN KREATIVITI DAN INOVASI

DUNIA ISLAM KINI

Kurang aktif menjalankan penyelidikan Kurang mementingkan pendidikan. Masalah DalamanMempunyai sifat bergantung dengan syarikat

asing/ idea-idea asing

KESIMPULAN

Kreativiti adalah anugerah Allah swt kepada manusia.

Kreativiti manusia lahir dari ilmu yang dianugerah Allah swt .

Setiap manusia memilikki kreativiti yang berlainan.

Kemahiran untuk hidup selesa di atas muka bumi melahir kreativiti.