ctu 281 kuliah 9 seni muzik dan nyanyian dalam islam

47
SENI MUZIK DAN NYANYIAN DALAM ISLAM Muzik ialah bunyi yang disusun dalam pola yang menyenangkan ataupun menarik (Ensiklopedia Dunia, jld 14, 2005: 466). Muzik juga boleh diertikan sebagai seni dan sains memadukan bunyi atau nada suara dan/atau bunyi alat bagi membentuk berbagai-bagai pernyataan yang memuaskan emosi, estetika dan struktur bagi sistem kepercayaan dan kebudayaan (Lois Lamya' al-Faruqi, 1993:31) Menurut sejarah, muzik adalah salah satu seni yang tertua, sebaik sahaja bahasa tercipta.

Upload: syuk-bond

Post on 15-May-2015

1.973 views

Category:

Documents


17 download

TRANSCRIPT

SENI MUZIK DAN NYANYIAN DALAM ISLAM

• Muzik ialah bunyi yang disusun dalam pola yang menyenangkan ataupun menarik (Ensiklopedia Dunia, jld 14, 2005: 466).

• Muzik juga boleh diertikan sebagai seni dan sains memadukan bunyi atau nada suara dan/atau bunyi alat bagi membentuk berbagai-bagai pernyataan yang memuaskan emosi, estetika dan struktur bagi sistem kepercayaan dan kebudayaan (Lois Lamya' al-Faruqi, 1993:31)

• Menurut sejarah, muzik adalah salah satu seni yang tertua, sebaik sahaja bahasa tercipta.

• Dalam Islam, azan dan bacaan ayat-ayat suci al-Quran, boleh dikatakan sebagai muzik keagamaan utama masyarakat Islam (Ensiklopedia Dunia jilid 14,2005: 478).

• Walaupun seni muzik dan nyanyian tidak disebut secara terperinci ataupun khusus, tetapi ia banyak diperkatakan dalam hadith-hadith Rasulullah s.a. w. dan telah menjadi perbincangan ulamak sejak dahulu lagi.

SEJARAH RINGKAS PERKEMBANGAN SENI MUZIK DAN NYANYIAN DALAM

ISLAM. • Sebelum Islam • Orang-orang Arab jauh sebelum kedatangan Islam, telah

mengenal nyanyian dalam kehidupan mereka. Tidak menghairankan ini berlaku kerana sebagai masyarakat yang lazimnya berjalan kaki, bekerja sebagai pentemak, berdagang dan bermusafir di sepanjang padang sahara telah membentuk kebiasaan menyanyi atau bersyair sebagai selingan mereka. Lama kelamaan mereka mencipta alat-alat muzik seperti al Duff berbentuk empat segi, al-Mazmar dan alat-alat yang ditiup sebagai pelengkap yang mengiringi syair-syair yang dikumandangkan.

Zaman Rasulullah s.a.w.

• Setelah kedatangan Islam, seni suara lebih banyak diberikan tumpuan dalam usaha memperindah dan memperbetulkan bacaan ayat-ayat al-Quran, mengumandangkan azan, pada upacara-upacara tertentu serta untuk menyambut hari-hari mulia seperti hari raya dan sebagainya.

• Namun demikian, perlu ditegaskan bahawa lagu-lagu dalam bacaan al-Quran tidak samasekali dipengaruhi oleh mana-mana tradisi muzik baik Yahudi, Nasrani atau syair-syair pra Islam. Ia lahir dengan tujuan untuk memantapkan penyampaian makna-makna teks al-Quran dengan lebih berkesan dan membacanya dengan betul mengikut kaedah ilmu tajwid (A. Shiloah, 1992: 169).

• Azan pula mula diperdengarkan pada zaman Rasulullah s.a. w. di mana beliau telah menunjuk Bilal bin Rabbah sebagai Muazzin. Azan yang dikumandangakan lima kali sehari semalam adalah bertujuan untuk memberitahu telah masuknya waktu solat serta menyeru manusia untuk menunaikan ibadah tersebut.

• Selain itu, muzik dan nyanyianjuga dimainkan pada upacara upacara tertentu seperti pada majlis perkahwinan serta untuk menyambut hari-hari mulia seperti hari raya dan sebagainya.

Zaman Khulafa' al-Rasyidin

• Menurut catatan, di zaman Khalifah 'Uthman dan Ali, Madinah telah pun menjadi tumpuan para pemuzik walaupun ia tidak diga1akkan kerana dianggap tidak memberi faedah dan sia-sia. Pemuzik pemuzik ini terdiri dari bangsa Parsi yang te1ah dimerdekakan dari perhambaan. Mereka dijemput ke rumah rumah oleh kaum bangsawan dan diberi bayaran. Di antara pemuzik yang terkenal pada masa itu ialah Tuwais.

• Selain itu, tahanan-tahanan penjara berbangsa Parsi yang ditugaskan bekerja untuk pembinaan di Madinah juga turut menyumbang ke arah perkembangan muzik dengan nyanyian nyanyian mereka (A. Shiloah, 1992: 171)

Zaman Umayyah

• Pada zaman Umaiyah, kegiatan seni muzik berpindah ke kota Damsyik dan sesetengah khalifah amat menggemarinya sehingga aktiviti muzik berkembang dan melahirkan pemuzik pemuzik yang memiliki kepelbagaian kemahiran serta hidup mewah. Selanjutnya muzik pun mula diajarkan secara formal kepada sesiapa yang berminat untuk berj inak -j inak dengannya.

Nama-nama pemuzik yang terkenal ketika itu ialah seperti

• Ibn Misjah (meninggaI70SM)

• Beliau mempelajari muzik Parsi dan Rom. Lalu mengkombinasikan unsur-unsur muzik tersebut dengan muzik Arab tanpa menghilangkan ciri-ciri khusus yang ada pada muzik Arab, sebagai suatu inovasi dalam dunia muzik ketika itu

Ibn Muhriz

• Be1iau merupakan seorang penyanyi dan anak seorang hamba berketurunan Parsi yang dimerdekakan.

• Ibn Surayj

• Ibn Surayj adalah seorang penyanyi dan anak kepada seorang hamba berketurunan Turki.

AI-Gharid

• AI-Gharid juga seorang penyanyi berketurunan Barbar, hamba yang dimiliki oleh sebuah keluarga.

• Ma'bad

• Ma'bad adalah seorang penyanyi kulit hitam.

Jamila

• Penyanyi wanita yang tersohor ketika itu

Zaman' Abbasiyyah

• Pada masa ini pusat pemerintahan telah dipindahkan ke Baghdad. Menjelang dua abad kemudian, muzik Islam berada dikemuncaknya. Para pemuzik mendapat sokongan daripada para khalifah dan mereka memainkan peranan penting dalam mengembangkan budaya.

• Muzik ketika itu menjadi mata pelajaran wajib bagi setiap individu sehingga lahir pemuzik-pemuzik yang berwibawa. Muzik juga menjadi bertambah kompleks sehingga timbul perbezaan konsep tentangnya oleh golongan lama dan baru yang akhimya mendorong tertulisnya buku-buku tentang selok bel ok serta kaedah-kaedah memainkan muzik. Muzik karya golongan lama telah diperhaluskan dan golongan baru pula mencipta muzik muzik baru.

• Nama-nama pemuzik yang terkenal ketika itu ialah seperti:

Zaman Andalusia

• Ziryab adalah orang yang bertanggungjawab mengembangkan Muzik Islam di Andalus (206H/821 M). Beliau seorang seniman agung yang memperkenalkan kaedah mempelajari Muzik. Langkah beliau selanjutnya telah diikuti oleh kaum keluarganya.

• Pada tahun tahun berikutnya, Muzik tetap berada di tempat yang penting walaupun ketika itu suasana politik mulai goncang.

Zaman Kemerosotan • Pada abad ke 5 hingga ke 13 muzik Islam terus berkembang

sehinggalah pada zaman kemorosotan sistem pemerintahan khalifah kerana penaklukan bangsa Monggol (657H/ 1258M) dan berlakunya perpecahan di kalangan negara-negara Islam.

• Sebenarnya, muzik Islam pada ketika itu tidaklah lenyap sama sekali bersama zaman kemorosotan Islam. Cuma, penghasilan karya-karya yang berkenaan dengannya tidak serancak seperti dahulu lagi. Ia tetap berkembang di daerah-daerah kecil dalam bentuk yang kurang asli kerana berlakunya asimilasi dan ini semua tetap ada kebaikannya, kerana berjaya melahirkan muzik yang beraneka bentuk dan gaya. Misalnya, berlaku asimilasi antara muzik Turki dengan Iran, bukan hanya didorong oleh semangat persaudaraan tetapi ia juga bertujuan untuk menampilkan seni muzik yang lebih bersifat umum.

• Bagi masyarakat Barat pula, suasana politik diatas telah memberi banyak keuntungan kerana mereka menemui abad kemakmuran (golden age) sehingga berupaya membangun dalam segala aspek kehidupan mereka, termasuk muzik.

• Sumbangan Islam begitu besar terhadap mereka, kerana sarjana-sarjana Islam dalam dunia muzik telah menjadi perintis dan meninggalkan banyak karya-karya tulisan mahupun peralatan muzik yang mereka jadikan rujukan at au untuk dikembangkan.

• Tetapi lama kelamaan mereka mula melupakan jasa-jasa seniman Islam dan cuba menghapuskan bukti-bukti sumbangan muzik Islam di Eropah.

Zaman muzik Kontemporari

• Zaman ini melalui dua keadaan, dimana masyarakat Islam mengalami zaman penemuan semula seni muzik tradisi Islam dan zaman masuknya pengaruh dad Barat yang bermula di Turki sebelum tahun 1242H/1826M. Kemudian muzik Barat ini selanjutnya turut mempengaruhi negara-nagara Islam lainnya seperti Mesir dan Iran (A. Shiloah, 1992: 172).

• Para pemuzik Barat telah dijemput ke negara-negara Islam untuk mengajar orang orang Islam. Misalnya, mereka membimbing pemuzik-pemuzik dalam angkatan tentera. Akhimya hampir semua hal-hal yang berkaitan dengan muzik, Barat telah dijadikan rujukan.

ALAT-ALAT MUZIK CIPTAAN PEMUZIK ISLAM

• Pekerjaan pemuzik-pemuzik Islam ternyata bukanlah menyalin atau meniru apa saja yang mereka perolehi dari muzik Parsi atau Rom. Tetapi mereka telah menyelidiki serta mencipta sesuatu dalam dunia muzik. Ertinya, di samping mereka menyempurnakan yang terdahulu, mereka juga mencipta sesuatu yang baru.

• Prof. Dr. Farmer dalam hal ini menyatakan, "Kaum Muslimin dalam dunia muzik telah menjalankan dua tugas dalam satu waktu, iaitu sebagai pencipta dan pengembang alat-alat muzik" (Oemar Amin Hoesin, 1975 :417)

• Banyak alat-alat muzik, ciptaan pemuzik Islam seperti al-Kindi (874 M), al-Farabi (950 M), al-Khawarizmi (1000 M) dan Ikhwan al-Safa (1000 M) yang masih tersimpan di pelbagai muzium di Eropah.

• Dalam konteks peralatan muzik, di antara alat-alat yang telah dihasilkan ialah:

• > Kecapi (serupa dengan mandolin) yang disebut sebagai mizbar (kecapi bungkusan kulit),

• > Ud Qadim (kecapi klasik),

• > Ud kamil (kecapi besar) dan

• > Shahrud (kecapi berbentuk lengkung).

• > Kecapi terbuat dari kayu yang dinamakan nay bamm, shabbaba dan juwaq.

• > Tamburin berbentuk bulat yang dinamakan tamburin Turki dan bighilma (lebih kecil dari rebana Turki) dan berbentuk segi empat yang dinamakan duff.

• > Gitar yang dinamakan murabba' dan qitara. • > Seruling yang disebut saffara. Saffara ini ada yang

dibuat dari bambu dan ada pula yang dibuat dari besi. • ~ Gendang yang beraneka bentuk seperti tabl, naqqara,

qas'a dan lain lain. • ~ Jenis alat yang diketuk seperti kendi yang disebut kasa

dan berbentuk datar disebut sinj.

TOKOH-TOKOH MUZIK DAN HASIL KARYA MEREKA

• Sangat ramai tokoh muzik yang telah menulis dan meninggalkan hasil karya mereka dalam khazanah dunia muzik Islam. Namun di antara mereka yang tersohor ialah:

• AI-Mas'udi (meninggal 957 M): buku beliau telah diterjemahkan ke dalam bahasa Barat dengan nama Meadow o/Gold (kebun emas), menerangkan cara-cara praktis muzik serta perkembangannya di luar dunia Islam.

• AI-Ishfahani (meninggal 967 M): Karya beliau bemama al Aghani sebanyak 21 j ilid (buku besar nyanyian-nyanyian) telah diterjemahkan ke dalam bahasa Barat sebagai The great Book of Song. Selain itu beliau adajuga menghasilkan 4 buah buku lagi berkenaan dengan muzik.

• Muhammad ibn Ishaq al-Warraq (meninggal 996 M) dengan bukunya al-Faharsat telah diterjemahkan dengan tajuk The Index 0f Muhammad ibn Ishaq al-Warraq.

• Ibnu ' Abd Rabbihi di Spanyol (meninggal 940 M): menghasilkan buku The Unique, menerangkan sejarah hidup ahli-ahli muzik Islam dan bukan Islam.

• AI-Farabi (meninggal 1151 M): menulis banyak karya mengenai alat-alat muzik dan ilmu pengetahuan muzik instru mental. Buku-buku beliau kemudian disalin dan diterjemahkan ke dalam bahasa latin (12 M) oleh penulis- penulis Barat.

• Teori Therapeutic (cara mengobati kesalahan muzik) adalah salah satu buku al-Farabi yang popular telah diterjemahkan oleh Roger Bacon (meninggal 1280 M) dari Universiti Ox ford, telah diguna pakai dan menjadi bahan pembahasan tentang muzik oleh pelbagai pihak di Eropah berabad-abad lamanya

• Sampai ke penghujung abad 17, buku-buku al-Farabi masih menjadi pusat perhatian mahaguru-mahaguru berbagai universiti di Eropah.

KEDUDUKAN HUKUM NYANYIAN DALAM ISLAM

• Isu kedudukan nyanyian dalam Islam telah lama dibahas oleh pelbagai pihak dan mereka berselisih pandangan tentangnya dengan alasan-alasan yang tersendiri.

• Haram • Golongan ini mengharamkan nyanyian dan

muzikjika ia akan menyusahkan hati, merosakkan fikiran, membangkitkan nafsu sehingga berlakunya maksiat dan sia-sia.

• Golongan ini berpegang kepada firman Allah SWT:

• Dan apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia, mereka berpaling daripadanya sambil berkata: "Bagi kami amal kami dan bagi kamu pula amal kamu,' selamat tinggallah kamu,' kami tidak ingin berdamping dengan orang-orang yang jahil".

• 6. dan di antara manusia: orang Yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah tanpa pengetahuan dan menjadikan jalan Allah itu olok-olokan. Mereka itu akan memperoleh azab yang Luqman: 6)

• Perkataan "al-laghwu" dan "Lahwal Hadith“disini menurut mereka, merujuk kepada makna nyanyian yang dilihat sebagai perkataan yang tidak berguna dan sia-sia.

• Mereka juga mengharamkan lagu berdasarkan kata-kata sahabat yang berbunyi (Yusof al-Qardhawi, 2002: 71):

• Maksud: "Sesungguhnya nyanyian itu dapat menimbulkan kemunafiqan di dalam hati ".

Harus • Menurut pandangan kebanyakan penduduk Hijaz, nyanyian dan

muzik hukumnya harus dengan alasan ia adalah berasal dari syair yang telah diperindahkan oleh Nabi s.a.w.

• Adapun golongan yang mengharuskan nyanyian ini telah menggunakan dalil-dalil yang sama dengan golongan yang mengharamkannya.

• Menurut mereka, perkataan "al-Iaghwu" sebenarnya merujuk kepada makna perkataan kotor, caci maki dan menyakitkan bukan nyanyian. Sedangkan "Lahwal Hadith" pula merujuk kepada orang-orang kafir kerana sikap mereka yang memperolok-olokkan jalan Allah.

• Oleh itu, nyanyian diharuskan selagi ia tidak menjurus kepada dua keadaan seperti yang disebutkan di atas.

• Seterusnya mereka berpegang dengan nash-nash hadith shahih, tentang nyanyian dua hamba perempuan di rumah Rasulullah s.a.w. dan sebuah hadith lain tentang perkahwinan kaumAnshar di mana Rasulullah s.a.w. bertanya kepada 'Aisyah:

• "Wahai 'Aisyah, tidak adakah hiburan pada mereka? Sebab orang-orang Anshar itu menyukai hiburan".

• Ibn Majahjugameriwayatkan dari ibnuAbbas, ia berkata: "Siti 'Aisyah pemah menikahkan seorang wanita dari keluarganya dengan lelakiAnshar, makaRasulullah s.a.w. bertanya, "apakah kamu sudah memberi hadiah pada gadis itu?"

• Mereka menjawab: "Ya sudah". • Rasulullah s.a.w.berkata: "Apakah kamu sudah mengirimkan

bersamanya seorang yang dapat menyanyi?". • 'Aisyah menjawab: "Belum." • Maka beliau bersabda: "orang-orang Anshar itu masyarakat yang

menyukai hiburan. Alangkah baiknya bila engkau kirim bersamanya seorang yang boleh mendendangkan syair ... ".

Sunat

• Pada sesetengah keadaan ia menjadi sunat jika bertujuan untuk menentang kaum musyrikin serta dijadikan alat untuk mendekatkan dan mencintai Allah SWT Misalnya nyanyian/ muzik yang membangkitkan semangat perjuangan dalam menghadapi orang-orang kafir dalam peperangan, nyanyian nyanyian/muzik yang menggambarkan kebesaran Allah serta memujiNya.

Makruh

• Makruh hukum nyanyian/muzik, apabila ia tidak membawa apa-apa kesan sekedar untuk bersuka ria sehingga banyak menghabiskan masa kerana menjadikan manusia lalai.

SYARAT-SYARAT LAGU YANG DIHARUSKAN DAN YANG DIHARAMKAN

• Dr. Yusof al-Qardhawi telah menjelaskan beberapa syarat mendengar nyanyian yang diharuskan seperti berikut:

• Tema atau Lirik Lagu • Hendaklah sesuai dengan adab dan ajaran Islam.

Lantaran itu nyanyian yang sifatnya mencela, membawa kepada permusuhan/kebencian dan menghasut adalah dilarang, bahkan menjadi haram, termasuk juga lirik/tema yang yang meragui dan menghina Islam, memuja orang yang zalim dan fasiq, memuja ciri-ciri wanita di hadapan lelaki atau khalayak ramai dan sebagainya.

• Firman Allah S WT: • 30. Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada

orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan. (al-Nur:30).

Penyanyi

• Cara penampilan dari segi pakaian dan gaya ketika membuat persembahan hendaklah tidak bertentangan dengan tuntutan Islam.

• Hendaklah dihindari mengalunkan suara yang dapat merangsang atau membangkitkan nafsu seks, cinta dan kerinduan yang melampau-lampau sehingga ia boleh mengubah hukum nyanyian terse but ke peringkat haram, syubhat atau makruh.

• Islam juga mengharamkan seorang penyanyi beraksi dengan gaya-gaya yang tidak bermoral, yang mendorong penonton ke arah perkara-perkara yangjahat.

• Sesetengah pendapat pula mengharamkan wanita menyanyi kerana bimbang berlaku fitnah ketika kaum lelaki memandanganya.

• Firman Allah SWT: • 32. Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah

seperti mana-mana perempuan Yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. oleh itu janganlah kamu berkata-kata Dengan lembut manja (semasa bercakap Dengan lelaki asing) kerana Yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang Yang ada penyakit Dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah Dengan kata-kata Yang baik (sesuai dan sopan)..(al-Ahzab: 33:32)

Persekitaran dan pendengar

• Nyanyian hendaklah didendangkan dalam suasana yang dijamin tidak berlaku perkara-perkara yang dilarang oleh syarak. Ertinya, ia tidak boleh disertai dengan persekitaran yang terdapat perbuatan-perbuatan yang diharamkan, seperti pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, minum minuman keras, mengambil pil-pil khayal, melakukan adegan-adegan yang tidak senonoh dan sebagainya. Larangan ini bertujuan untuk menjaga manusia daripadajatuh ke lembah kehaiwanan yang melampaui batas.

Alat Muzik

• Hendaklah menggunakan alat-alat muzik yang tidak menjadi simbol atau ciri-ciri kepada mana-mana pelaku-pelaku maksiat. Misalnya, larangan menggunakan alat muzik yang menjadi simbol kepada peminum arak dan lelaki yang menyerupai wanita seperti seruling, sejenis gitar dan gendang.

• Imam al-Ghazali dalam hal ini menjelaskan bahawa pengharaman gitar dan seruling ada kaitannya dengan pengharaman arak. Hujah beliau ialah (Yusof al-Qardhawi, 2002: 122-123):

• Kedua alat itu boleh mendorong seseorang untuk meminum khamar(arak), kerana kelazatan yang diperolehi dengan muzik jenis ini boleh sempurna dengan minuman tersebut.

• Alat-alat tersebut dapat mengingatkan peminum arak kepada tempat-tempat kebiasaan mereka minum dan selanjutnya akan membangkitkan keinginan untuk meminumnya.

• Orang-orang fasiq/ahli maksiat, apabila mereka berkumpul, kedua alat itulah biasanya dimainkan untuk menghibur mereka dan tenggelam dalam kejahatan. Oleh itu, Islam melarang mengikuti jejak langkah mereka itu.

CIRI-CIRI LAGU ISLAM • Ciri-ciri lagu Islam yang diharuskan mendengamya , antara lain

ialah: • ~ Lagu-Iagu yang liriknya mampu membangkitkan kerinduan dan

keinginan pendengar menziarahi ke tempat-tempat suci seperti Baitullah dan sebagainya.

• ~ Lagu-Iagu patriotik yang memberi motivasi untuk berjuang mempertahankan akidah dan tanah air. Ini pemah berlaku di zaman Rasulullah s.a.w.

• ~ Lagu-Iagu yang mengandungi unsur-unsur pembinaan kekuatan jiwa seperti memupuk sifat eekal dalam diri bagi menghadapi apa jua keadaan.

• ~ Lagu-Iagu yang boleh menimbulkan kesedaran ke arah positif dengan menggambarkan keadaan masa lampau sebagai renungan atau contoh.

• ~ Lagu-Iagu yang memuji kebesaran dan keagungan sifat-sifatAllah SWT sebagai peneipta, pemilik dan penguasa alam ini.

KESIMPULAN

• Muzik dalam Islam bukanlah suatu bidang yang baru. Ia telah wujud sejak zaman awal Islam lagi dan mengalami zaman pasang surutnya bersama naik turunnya Islam.

• Batas-batas hukum tentangnya amat jelas kerana banyak pihak terutama para ulamak telah membincangkannya dari masa ke masa.

Sekian

Wassalam.