ctu 101-bab dua-2

Upload: syahirahnoorthin

Post on 04-Mar-2016

104 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

SEMOGA MEMBANTU

TRANSCRIPT

  • BAB DUAAKIDAH TERAS PEMBANGUNAN UMMAH

  • Antara ciri-ciri ajaran sesat ialah:Guru atau pengikut membuat pengakuan menerima wahyuGuru membuat pengakuan memegang kunci syurgaMengaku bahawa gurunya adalah nabiMempercayai amalan zikir boleh menangguhkan hari qiamatPenyerahan diri sama ada dari segi jasmani dan rohani kepada kepada guru melalui nikah batin

  • PERANAN AKIDAH DALAM PEMBANGUNAN UMMAH

    Melaksanakan perintah Allah S.W.T dan RasulNya dengan bersungguh-sungguh dan penuh kerelaan hati.

    Tidak melakukan sebarang kemungkaran sama ada secara terang atau sebaliknya.

    Kesan- kesejahteraan dan keamanan dalam sesebuah negara dan rakyat akan hidup dengan aman dan tenteram.

  • Ummah yang memiliki akidah yang jitu dapat memahami dengan jelas akan halatuju kehidupan mereka.

    Mempunyai kesedaran bahawa tujuan mereka diciptakan semata-mata untuk beribadah kepada Allah S.W.T.

    Hasilnya - kehidupan ummah ini akan terbina di atas asas yang kukuh dan kehidupan mereka akan sentiasa bahagia dan tenang.

  • Ummah yang berakhlak adalah manifestasi dari ummah yang berakidah.

    Akidah memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah rupa diri ummah pada masa kini

    Penekanan akidah yang berkesan akan melahirkan ummah yang sentiasa cintakan ilmu, cintakan kecemerlangan dan kegemilangan

    Hasil didikan dan asuhan Rasulullah s.a.w melalui akidah, syariah dan akhlak telah ramai muncul individu-individu yang mencapai kecemerlangan dalam seluruh aspek kehidupan

  • Memiliki daya kekuatan untuk memahami sesuatu isu dalam masyarakat dengan membuat penilaian secara kritis antara kebenaran dan kepalsuan melalui panduan al-Quran.

    Tidak mudah dipengaruhi oleh sebarang unsur yang menyeleweng dari garis panduan Islam

    Allah S.W.T telah memerintahkan manusia supaya membangun dan memakmurkan muka bumi dengan pertanian, perindustrian dan apa jua bentuk kemakmuran.

    Hendaklah mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh syariat Islam

  • Sebagai khalifah di muka bumi dan mestilah melaksanakan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin.

    Perasaan takut dan gerun terhadap balasan Allah S.W.T menjadikan seseorang pemimpin itu bertindak atas dasar keadilan dan kejujuran.

    Kesan - Pentadbiran negara dapat diuruskan dengan baik, seterusnya Allah S.W.T akan memberi rahmat dan keampunan

    Umat Islam mestilah bertanggungjawab untuk membangunkan ilmu sains dan teknologi.

    Supaya usaha dakwah dapat dipertingkatkan dengan cara yang lebih praktikal.

    Melalui akidah yang kukuh sahaja mampu menjadi benteng kekuatan ummah dalam melawan arus pembangunan yang semakin pesat

  • Akidah merupakan tunggak kekuatan ummah dalam menghadapi pelbagai cabaran.

    Tanpa pembinaan akidah yang mantap segala usaha yang dijalankan untuk memperbaiki ummah era mutakhir ini akan menghadapi kegagalan demi kegagalan yang akhirnya akan meruntuhkan tamadun ummah