cth skrip persaraan

4
skrip persaraan Mengumumkan ketibaan insan yang dirai Puan hajah ilani Ashari Guru cemerlang bahasa inggeri ssekolah menengah kebangsaan mahmud mahyidin (DIIRINGI PALUAN KOMPANG) Bismillah… Rabisrahli.. ASSALAMUALAIKUM… Mawar di taman mekar nan indah Harum mewangi dirumpun serai Terukir senyuman pembuka kalimah Selamat datang tuan dirai Yang di rai Puan hajah Ilani Ashari guru cemerlang Bahasa Inggeris SMKMM Yang berusaha tuan haji wan Ibrahim bin wan yusuf Tuan pengetua sekolah menengah kebangsaan Mahmud mahyidin Puan Noor Adlina Gooi Bt Abdullah penolong kanan pentadbiran En. Mohd Nozlan Bin Omar Penolong kanan Hal Ehwal Murid Puan Hajah Noor Azlina Omar Penolong Kanan Ko KURIKULUM Puan Sharina Samsudin penolong kanan tingkatan enam, Barisan guru-guru kanan Barisan warga pendidik serta putera puteri smk Mahmud mahyidin yang dikasihi sekalian .bak air yang mengalir akhirnya kita tiba di muara waktu, perpisahan mengimbaumakna sebuah rindu pada jejak-jejak yang lalu seribu liku hadirin yang di hormati sekalian. Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan untuk kita sama-sama

Upload: asmiaty-asis

Post on 03-Dec-2015

239 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

A

TRANSCRIPT

Page 1: Cth Skrip Persaraan

skrip persaraan

Mengumumkan ketibaan insan yang dirai Puan hajah ilani Ashari Guru cemerlang bahasa inggeri ssekolah menengah kebangsaan mahmud mahyidin

(DIIRINGI PALUAN KOMPANG)

Bismillah…

Rabisrahli..

ASSALAMUALAIKUM…

Mawar di taman mekar nan indahHarum mewangi dirumpun seraiTerukir senyuman pembuka kalimahSelamat datang tuan dirai

Yang di rai Puan hajah Ilani Ashari guru cemerlang Bahasa Inggeris SMKMM

Yang berusaha tuan haji wan Ibrahim bin wan yusuf

Tuan pengetua sekolah menengah kebangsaan Mahmud mahyidin

Puan Noor Adlina Gooi Bt Abdullah penolong kanan pentadbiran

En. Mohd Nozlan Bin Omar Penolong kanan Hal Ehwal Murid

Puan Hajah Noor Azlina Omar Penolong Kanan Ko KURIKULUM

Puan Sharina Samsudin penolong kanan tingkatan enam,

Barisan guru-guru kanan

Barisan warga pendidik serta putera puteri smk Mahmud mahyidin yang dikasihi sekalian

.bak air yang mengalir akhirnya kita tiba di muara waktu, perpisahan mengimbaumakna sebuah rindu pada jejak-jejak yang lalu seribu liku

hadirin yang di hormati sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan untuk kita sama-sama berkumpul di dataran cemerlang ini untuk meraikan majlis persaraan guru yang amat kita kasihi iaitu puan hajah ilani bt ashari. Sesunngguhnya jasa dan bakti yang beliau sumbangkan alam bidang pendidikan amat bermakna untuk membantu anak bangsa maju khususnya dalam bidang bahasa Inggeris.

Setelah mencurah bakti selama 27 tahun maka beliau mengambil keputusan untuk menoktahkan kerjayanya dalam usia 50 tahun

Bacaan doa

Page 2: Cth Skrip Persaraan

Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,

Majlis bermakna di pagi yang berbahagia ini, marilah kita saama-sama menadahkan tangan untuk bermunajat dan ber doa memohon restu dari yang maha Esa agar majlis dirahmati. Majlis mempersilakan Ustaz Azhar bin Che Harun bagi memimpin pembacaan doa. Dipersilakan al-fadzil ustaz.

terima kasih Al Fadzil Ustaz Azhar bin Che Harun atas pimpinan ketulusan pembacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis yang berlangsung dirahmati oleh Yang Maha Agung.

ucapan pelajarJejaran mengkudu berbias kesumaDi celah angsana di Tanah JawaUcapan pelajar pembuka bicaraDidataran cemerlang kita bersua

HADIRIN YANG DI HORMATI SEKALIAN MAJLIS DENGAN SUKACITANYA MEMPERSILAKAN nik nurliyana nik Mohd Fauzi menyampaikan ucapan sebagai mewakili pelajar SMKMM

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada nik nurliyana nik Mohd Fauzi yang telah

menyampaikan ucapan sebagai mewakili pelajar SMKMmSeterusnya, majlis dengan segala hormatnya menjemput puan hajah faridah mat noor guru kanan bahasa untuk menyampaikan sepatah kata bagi mewakili warga SMk Mahmud mahyidinDipersilakan.Terima kasih kepada Puan Hajah Faridah Mat Nor guru kanan bahasa yang telah menyampaikan sepatah kata bagi mewakili warga SMk Mahmud mahyidin

Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya menjemput yang berusaha tuan haji wan Ibrahim bin wan yusuf tuan pengetua smkmm untuk menyampaikan ucapan . Dengan segala hormatnya dipersilakanTerima kasih diucapkan kepada yang berusaha tuan haji wan Ibrahim bin wan yusuf tuan pengetua smkmm yang telah sudi menyampaikan ucapan selamat datang persaraan

kerana segalanya hanya sementara

melengkapi sebuah perjalanan..sebuah kehidupan

Belum sempat senja menjengahKau terpaksa melangkah pergiNyata masa singkat sekaliKami akur demi pilihanmuPatah tumbuh hilang berganti,Selaut kasih, selangit kasturi, seharum setanggi....Buatmu HJH ILANI ASHARI

Hadirin yang dihormati,Sampai masa yang kita nantikan bagi mendengar bingkisan kata dan amanat DARI INSAN YANG DIRAI IAITU PUAN HAJAH ILANI ASHARI. , majlis dengan segala hormat mempersilakan

Page 3: Cth Skrip Persaraan

Demikian... satu penyampaian dan pengucapan yang telus membawa mesej dan makna dari hatinya yang paling dalam,..hajah Ilani Ashari

PERSEMBAHAN PELAJAR

PENYAMPAIAN CENDERAHATI

Seterusnya ialah majlis penyampaian cenderamata tanda kenangan agar ingatan tak luput di hati, kepada yang DIRAI HJH ILANI ASHARI

BACA IKUT SUSUNAN

Akar keladi melilit selasihSelasih tumbuh tepi jambanganKalungan budi junjungan kasihMesra kenangan sepanjang zaman.

PERGI SUNGAI MENCARI LOKAN

TERUS KE HUMA MENCARI PADI

SELAMAT BERSARA KAMI UCAPKAN

TERUS BERBAKTI MANABUR BUDI

tiba masanya menyusun jemari

membuang segala kerikil dihati

yang terkhilaf dimaafi

yang sesal dimaafi

yang sesal diinsafi

yang lebih dibahagi

yang kutang dilengkapi

agar saat perpisahan ini indah

terlerai segala durja  gundah

tersirna cebisan amarah terurai segala yang ber canggah

( adaptasi sebahagian sajak karya dr ghazali lateh Sajak BAK AIR YANG MENGALIR)