contoh tugasan penyelidikan tindakan

20
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENYAMBUNG HURUF JAWI TUNGGAL MENGGUNAKAN KAEDAH SIFIR AVU ZAR ZADI BAGI MURID TAHUN 4 Oleh : NUR SU’AIDAH BINTI MOHD AMIN 1.0 PENDAHULUAN Bahagian ini mengandungi dua bahagian iaitu pengenalan dan refleksi pengajaran dan pembelajaran. 1.1 Pengenalan Pendidikan Islam adalah satu proses mendidik akal, jasmani dan roh manusia berasaskan nilai-nilai insaniah yang bersumberkan al- Quran dan al-Hadith, bagi melahirkan manusia yang bertakwa. Pendidikan Islam melatih perasaan halus pelajar supaya sikap, tindakan dan keputusan mereka ditadbir oleh nilai-nilai kerohanian dan etika Islam (Abdullah Jusuh, 1990). Dalam konteks dunia moden pada hari ini, Pendidikan Islam amat penting untuk memastikan pelajar mempunyai kekuatan dalaman untuk menyesuaikan diri dengan keperluan semasa agar mereka tidak terkeluar daripada landasan nilai etika dan kerohanian (Wan Zahid Wan Nordin,1994). Salah satu bidang Mata Pelajaran Pendidikan Islam ialah Jawi. Terdapat pelbagai kaedah dan teknik yang digunakan dari semasa ke semasa untuk memudahkan murid menguasai bidang Jawi. Walaubagaimanapun, hal ini sukar bagi murid yang lemah dalam pelajaran Jawi kerana masa yang diperuntukkan 30 minit seminggu tidak mencukupi bagi mereka untuk meningkatkan penguasaan mereka terutama dalam penulisan Jawi. Untuk mengatasi masalah ini, guru-guru Pendidikan Islam sewajarnya mengatasi faktor yang mempengaruhinya, mengenalpasti masalah dalam menulis jawi dan mengambil beberapa langkah yang 1

Upload: zahidah-ab

Post on 02-Jan-2016

1.703 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Tugasan Penyelidikan Tindakan

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENYAMBUNG HURUF JAWI TUNGGAL

MENGGUNAKAN KAEDAH SIFIR AVU ZAR ZADI BAGI MURID TAHUN 4

Oleh :

NUR SU’AIDAH BINTI MOHD AMIN

1.0 PENDAHULUAN

Bahagian ini mengandungi dua bahagian iaitu pengenalan dan refleksi

pengajaran dan pembelajaran.

1.1 Pengenalan

Pendidikan Islam adalah satu proses mendidik akal, jasmani dan roh

manusia berasaskan nilai-nilai insaniah yang bersumberkan al-Quran dan al-

Hadith, bagi melahirkan manusia yang bertakwa. Pendidikan Islam melatih

perasaan halus pelajar supaya sikap, tindakan dan keputusan mereka ditadbir

oleh nilai-nilai kerohanian dan etika Islam (Abdullah Jusuh, 1990). Dalam

konteks dunia moden pada hari ini, Pendidikan Islam amat penting untuk

memastikan pelajar mempunyai kekuatan dalaman untuk menyesuaikan diri

dengan keperluan semasa agar mereka tidak terkeluar daripada landasan nilai

etika dan kerohanian (Wan Zahid Wan Nordin,1994).

Salah satu bidang Mata Pelajaran Pendidikan Islam ialah Jawi. Terdapat

pelbagai kaedah dan teknik yang digunakan dari semasa ke semasa untuk

memudahkan murid menguasai bidang Jawi. Walaubagaimanapun, hal ini sukar

bagi murid yang lemah dalam pelajaran Jawi kerana masa yang diperuntukkan

30 minit seminggu tidak mencukupi bagi mereka untuk meningkatkan

penguasaan mereka terutama dalam penulisan Jawi.

Untuk mengatasi masalah ini, guru-guru Pendidikan Islam sewajarnya

mengatasi faktor yang mempengaruhinya, mengenalpasti masalah dalam

1

Page 2: Contoh Tugasan Penyelidikan Tindakan

menulis jawi dan mengambil beberapa langkah yang dikirakan perlu untuk

menanam minat murid menulis jawi (Mohammad Amin Dan, 2009).

1.2 Refleksi Pengalaman Pengajaran dan Pembelajaran

Saya merupakan guru pelatih Pendidikan Islam yang melaksanakan

praktikum kali ketiga di sebuah sekolah di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Semasa melaksanakan praktikum selama tiga bulan di sekolah ini, saya diberi

amanah untuk menjalankan sesi pegajaran dan pembelajaran kelas dua kelas

Tahun 4 untuk mata pelajaran Pendidikan Islam. Masa yang diperuntukkan

adalah 6 jam seminggu. Sepanjang pemerhatian saya, saya mendapati

sebahagian murid terutama kelas kedua agak lemah dalam menyambung huruf-

huruf jawi tunggal.

Hasil kolaborasi saya bersama guru pembimbing pada awal praktikum,

saya dimaklumkan bahawa murid Tahun 4 terdiri daripada pelbagai latar

belakang keluarga, namun kebanyakannya daripada keluarga yang susah dan

kurang mengambil berat tentang pendidikan anak-anak. Sebahagian mereka

kurang berminat untuk belajar mata pelajaran Pendidikan Islam atas alasan

susah untuk dipelajari. Sebahagian mereka tidak menumpukan perhatian

semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Antara faktor mereka

tidak menumpukan perhatian adalah kerana tidak dapat menguasai membaca

dan menulis Jawi. Hasilnya, pencapaian mereka dalam ujian mata pelajaran

Pendidikan Islam adalah agak lemah kerana keseluruhan soalan adalah di dalam

tulisan jawi dan menghendaki murid untuk menjawab soalan dalam tulisan jawi.

Dalam waktu pelajaran Jawi dijalankan, saya banyak meminta mereka

menulis sendiri perkataan atau ayat untuk melihat penguasaan mereka dalam

menulis Jawi. Sebahagian daripada mereka sering melontarkan masalah yang

dihadapi, “Ustazah, tulis dalam rumi boleh tak?”, “Susah la ustazah” atau “ Saya

tak pandai tulis, ustazah”. Apabila diminta untuk menyambung huruf-huruf jawi

tunggal, saya sering menerima soalan-soalan daripada murid sebagai contoh,

“Ustazah, huruf alif boleh sambung tak dengan huruf ya?”, dan pelbagai soalan

2

Page 3: Contoh Tugasan Penyelidikan Tindakan

berkaitan huruf boleh bersambung dan tidak boleh bersambung. Keadaan ini

menyebabkan sebahagian daripada mereka sedikit terkebelakang berbanding

rakan-rakan yang lain dan perlu bimbingan khusus untuk meningkatkan

penguasaan mereka dalam menulis Jawi.

Selain itu, saya juga dapat mengesan masalah ini melalui buku latihan

mereka yang disemak. Saya mendapati bahawa sebahagian daripada mereka

tidak dapat menyambung huruf Jawi dengan betul. Terdapat beberapa orang

yang menulis huruf tanpa menyambung huruf dan beberapa orang lagi yang

menulis huruf-huruf dengan menyambung kesemuanya sekali sama ada huruf

boleh bersambung atau tidak. Masalah ini timbul disebabkan murid-murid tidak

memahami kaedah yang betul untuk menyambung huruf jawi tunggal apabila ia

bersambung dengan huruf-huruf lain membentuk perkataan.

Kajian Zamferi Ibrahim (2009) mendapati bahawa ramai murid yang lemah

dan kurang memahami kaedah bagaimana untuk menyambung huruf-huruf Jawi

yang diberikan, sehingga mereka gagal untuk menulis perkataan yang tepat dan

betul. Walaupun mereka dapat mengenal huruf-huruf tunggal dan mahir dalam

membaca Jawi, namun masalah menyambung huruf-huruf Jawi tunggal masih

berlaku dalam kalangan murid.

Kesimpulannya, situasi ini menyebabkan saya tercari-cari solusi terbaik

untuk mengatasi masalah ini supaya proses pengajaran dan pembelajaran

Pendidikan Islam dapat dijalankan dengan lebih berkesan dan tiada murid yang

ketinggalan dalam penulisan jawi. Atas dasar ini, saya mencari satu inisiatif

untuk meningkatkan penguasaan murid dalam menyambung huruf-huruf jawi

tunggal seterusnya dapat menarik minat mereka terhadap mata pelajaran

Pendidikan Islam.

3

Page 4: Contoh Tugasan Penyelidikan Tindakan

2.0 FOKUS KAJIAN

2.1 Isu Kajian

Tulisan jawi merupakan medium asas untuk pengajaran dan

pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah-sekolah Malaysia pada hari ini

terutama dalam pembelajaran al-Quran (Kang Kyoung Seouk, 1990). Matlamat

pelajaran jawi adalah untuk melengkapkan pelajar dengan menulis dan

membaca jawi bagi membolehkan pelajar memahami pelbagai bidang ilmu

dalam Pendidikan Islam (Nik Rosila, 2007). Isu tulisan jawi perlu dipandang

serius kerana ia sangat berkait rapat dengan pengajaran Al-Quran. Oleh sebab

itu, setiap daripada pelajar perlu cekap dan menguasai kemahiran Jawi supaya

dapat mempelajari dan membaca Al-Quran dengan lancar (Nik Rosila, 2007).

Kajian yang dijalankan ini adalah berfokuskan kepada kemahiran

menyambung huruf jawi tunggal membentuk perkataan. Berdasarkan kajian dan

laporan yang dijalankan, penguasaan pelajar dalam kemahiran menulis dan

membaca Jawi adalah lemah (Awang Mohamad Amin, 1989). Kemahiran

menulis jawi yang lemah dalam kalangan murid menyebabkan mereka tidak

dapat menjawab ujian dengan baik. Penguasaan yang lemah ini memberi kesan

terhadap pencapaian dan minat terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam

(Sulaiman Ngah Ghazali, 1990). Oleh sebab itu, kebolehan membaca dan

menulis jawi amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam

kerana bahan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam sebahagian

besarnya ditulis dalam jawi (Nik Rosila, 2007).

Dalam isu kemahiran menyambung huruf jawi tunggal, tiada kaedah

khusus yang diajarkan kepada murid menyebabkan murid keliru untuk menulis

perkataan-perkataan jawi. Mereka tidak dapat membezakan antara huruf

bersambung dan tidak bersambung. Atas dasar ini, saya melaksanakan kajian ini

bagi membantu murid mengingat huruf-huruf yang tidak bersambung dengan

mengaplikasikan kaedah ‘Avu Zar Zad’ dengan menggunakan Kaedah Sifir Avu

Zar Zadi.

4

Page 5: Contoh Tugasan Penyelidikan Tindakan

2.2 Tinjauan Literatur

Dalam menjalankan kajian ini, saya telah merujuk tiga kajian yang

berkaitan dalam meningkatkan kemahiran dan penguasaan murid dalam

menyambung huruf jawi tunggal. Kajian pertama yang dirujuk ialah kajian

Dalilah Binti Desa dan Abdul Kahar Bin Abdul Rahim (2008) dalam mengkaji

keberkesanan penggunaan dua Inovasi iaitu Teknik Dalil dan Teknik

Avu Zar Zad bagi 4 sampel. Teknik Dalil digunakan untuk mengatasi

masalah menukarkan tulisan rumi kepada Jawi manakala Teknik Avu

Zar Zad pula digunakan untuk meningkatkan kemahiran menyambung

Huruf Tunggal Jawi. Pesera kajian terdiri daripada 4 sampel iaitu murid-

murid Tahun 2 Optimis dan Tahun 6 Bestari SK. Bukit Kalam, murid

Tahun 4 SK Pantai dan pelajar dari 4 buah sekolah menengah di W.P

Labuan yang menghadapi masalah dalam kemahiran menulis jawi dan

lemah dalam kemahiran menyambung huruf-huruf tunggal jawi.

Dapatan kajian mendapati peratus lulus pelajar sekolah rendah dan

menengah meningkat dengan ketara selepas Teknik Dalil Avu Zar Zad

diperkenalkan daripada 16.5 % kepada 93.5 % purata peratus

keseluruhan.

Seterusnya, kajian tindakan yang dirujuk ialah kajian Nuriati Binti

Abdullah dan Nurhannan Binti Ramli (2011) berkaitan dengan

penggunaan simbol (+) dan (–) dalam kaedah Avu Zar Zad dalam

membantu murid menyambung dan mengenali huruf jawi tunggal yang

boleh dan tidak boleh disambung. Kajian dijalankan ke atas murid

Tahun Tiga di sebuah sekolah di Kajang, Selangor yang lemah dalam

menulis jawi iaitu seramai lima orang. Alat kajian yan dijalankan ialah

latihan dan ujian, pemerhatian dan temu bual. Dapatan kajian

menunjukkan berlaku peningkatan prestasi selepas murid-murid ini

diperkenalkan dengan penggunaan simbol (+) dan (-) pada kaedah

Avu Zar Zad iaitu purata lulus daripada 50% kepada 90%.

5

Page 6: Contoh Tugasan Penyelidikan Tindakan

Kajian ketiga yang dirujuk dalam menjalankan kajian ini ialah kajian

Zulzaimi Bin Suhami @ Suhaimi (2009) berkaitan dengan penggunaan Carta

Huruf Sombong dalam meningkatkan pengajaran kemahiran menyambung huruf

jawi. Kajian dijalankan ke atas murid-murid Tahun Lima di sebuah sekolah di

Petra Jaya, Kuching, Sarawak. Peserta kajian adalah seramai tiga orang sahaja

iaitu murid yang sangat lemah dalam menyambung huruf jawi tunggal. Data-data

dari kajian ini dianalisis dengan menggunakan ujian diagnostik, temubual,

pemerhatian dan nota lapangan. Dengan penggunaan Carta Huruf Sombong,

peserta kajian diminta untuk menjawab soalan dalam ujian yang disediakan.

Dapatan kajian mendapati semua peserta kajian telah menunjukkan peningkatan

ketara dalam ujian pasca berbanding dengan ujian pra iaitu dari 40% meningkat

kepada 87%. Secara keseluruhannya, dengan penggunaan carta ini dapat

menunjukkan kesan yang positif terhadap kemampuan peserta kajian dalam

kemahiran menulis jawi khususnya dalam menyambung huruf jawi tunggal.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian yang saya jalankan ini mempunyai dua objektif iaitu :

Objektif Umum

Membantu murid dalam meningkatkan kemahiran menyambung huruf jawi dalam

penulisan jawi.

Objektif Khusus

a. Membantu meningkatkan kemahiran murid menyambung huruf jawi tunggal

menggunakan Kaedah Sifir Avu Zar Zadi.

b. Meningkatkan minat murid dalam menyambung huruf jawi tunggal dengan

menggunakan Kaedah Sifir Avu Zar Zadi.

6

Page 7: Contoh Tugasan Penyelidikan Tindakan

4.0 SOALAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan kajian berikut :

a. Adakah kemahiran murid menyambung huruf jawi tunggal dapat ditingkatkan

dengan menggunakan Kaedah Sifir Avu Zar Zadi ?

b. Adakah minat murid dalam menyambung huruf jawi tunggal dapat ditingkatkan

dengan menggunakan Kaedah Sifir Avu Zar Zadi ?

5.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan murid Tahun Empat di sebuah sekolah di Bukit Mertajam.

Seramai 34 orang murid iaitu 12 orang murid lelaki dan 22 orang murid perempuan. 34

orang murid ini akan menjalankan ujian diagnostik yang saya akan kelolakan untuk

tujuan kajian ini. Namun begitu, saya hanya memilih seramai 10 orang murid untuk

dijadikan peserta kajian. Mereka dipilih berdasarkan pencapaian mereka dalam ujian

diagnostik yang dijalankan ke atas mereka dalam menekankan kemahiran menulis dan

menyambung huruf jawi tunggal. Peserta kajian ini terdiri daripada murid yang berada

pada tahap lemah dalam menulis dan menyambung huruf-huruf jawi.

Selain itu, peserta kajian dipilih berdasarkan penelitian saya terhadap lembaran

kerja, buku latihan dan nota lapangan saya. Peserta kajian yang dipilih adalah murid

yang kurang minat terhadap pengajaran dan pembelajaran Jawi dan mempunyai

masalah dalam menulis jawi melalui kerja rumah dan latihan yang diberikan. Melalui

temubual bersama guru Pendidikan Islam, saya telah mengenalpasti beberapa orang

murid yang bermasalah menulis Jawi dan kebanyakan daripada mereka terdiri daripada

murid pemulihan.

7

Page 8: Contoh Tugasan Penyelidikan Tindakan

6.0 PERANCANGAN TINDAKAN

6.1 Kerangka Konseptual

Kajian ini dijalankan menggunakan Model Stephen Kemmis (1983) yang terdiri

daripada 4 peringkat iaitu perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi.

Model ini dilaksanakan secara berulang-ulang sehingga masalah yang dihadapi

dapt diselesaikan sepenuhnya (Rosinah Edinin, 2012).

Rajah 6.1 : Model Penyelidikan Tindakan Stephen Kemmis (1983)

Model Stephen Kemmis terdiri daripada dua lingkaran yang ditunjukkan

pada Rajah 6.1 di atas. Pada lingkaran pertama, saya perlu membuat refleksi

terlebih dahulu daripada pengajaran dan pembelajaran atau pemerhatian ke atas

tingkah laku murid untuk mengenal pasti masalah yang sebenar. Apabila isu dan

masalah yang ingin difokuskan telah dikenalpasti, saya perlu membuat

perancangan tindakan atau pelan tindakan intervensi untuk mengatasi masalah

8

Refleksi

Perancangan

Tindakan

Pemerhatian

Penambahbaikan perancangan

Tindakan

Pemerhatian

Refleksi1 2

Page 9: Contoh Tugasan Penyelidikan Tindakan

yang dihadapi. Setelah perancangan dibuat, saya perlu melaksanakan tindakan

intervensi tersebut mengikut empat fasa iaitu permulaan, perkembangan,

penilaian dan penutup. Hasil daripada dapatan kajian dianalisis dan langkah

refleksi dibuat untuk melihat sejauh mana keberkesanan tindakan intervensi

yang dilaksanakan.

Hasil daripada refleksi dan perbincangan dapatan, saya perlu membuat

penambahbaikan kepada perancangan tindakan untuk memberikan hasil

dapatan yang lebih baik. Langkah yang sama dibuat sepertimana lingkaran

pertama sehingga ke peringkat terakhir iaitu refleksi.

6.2 Perancangan Pelaksanaan

Berikut merupakan rajah perancangan pelaksanaan kajian tindakan yang akan

dijalankan :

Rajah 6.2 : Perancangan Pelaksanaan

9

Mengenal pasti masalah dan

pengumpulan data tinjauan awal

Menentukan tajuk, objektif dan soalan

kajian

Menulis proposal

Merancang tindakan

Melaksanakan tindakanMengumpul data

Menganalisis data selepas

tindakan

Membuat refleksi dan perbincangan

Menulis laporan penyelidikan

tindakan

Page 10: Contoh Tugasan Penyelidikan Tindakan

6.3 Jadual Pelaksanaan Kajian Tindakan

Bil Aktiviti / Tindakan Tarikh Pelaksanaan

1 Mengenal pasti masalah dan pengumpulan

data tinjauan awal

2 Menentukan tajuk, objektif dan soalan kajian

3 Menulis proposal

4 Merancang tindakan

5 Melaksanakan tindakan

6 Mengumpul data

7 Menganalis data selepas tindakan

8 Membuat refleksi dan perbincangan

9 Menulis laporan penyelidikan tindakan

10 Membentangkan hasil atau dapatan kajian

Jadual 6.3 : Jadual Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan

7.0 CARA PENGUMPULAN DATA

Terdapat empat jenis alat kajian yang digunakan dalam mengenalpasti isu kajian yang

dijalankan sebelum tindakan intervensi dijalankan. Alat-alat kajian yang digunakan ialah

Ujian Diagnostik dengan menganalisis penilaian ujian pra dan ujian pasca, pemerhatian

berstuktur, temu bual separa berstruktur menggunakan rakaman audio dan borang soal

selidik.

7.1 Ujian Diagnostik

Ujian merupakan salah satu alat kajian yang digunakan untuk menentukan

pencapaian dan keupayaan murid dalam pembelajarannya (Rosinah Edinin,

2012). Alat kajian yang pertama digunakan ialah ujian diagnostik yang terbahagi

kepada dua jenis iaitu ujian pra dan ujian pasca. Ujian pra dijalankan sebelum

intervensi dilaksanakan bertujuan untuk menguji pengetahuan sedia ada murid

10

Page 11: Contoh Tugasan Penyelidikan Tindakan

dalam kemahiran menulis jawi. Ujian pasca pula dijalankan selepas intervensi

dijalankan ke atas peserta kajian untuk menguji keberkesanan kaedah yang

digunakan. Set soalan yang digunakan adalah sama bagi kedua-dua ujian untuk

mengenal pasti pencapaian yang ditunjukkan oleh murid setelah intervensi

dijalankan.

Perbandingan markah peserta secara individu dikira menggunakan

perbezaan julat markah ujian pra dan ujian pasca. Keputusan murid dalam ujian

pra dibandingkan dengan keputusan dalam ujian pasca untuk melihat

keberkesanan Kaedah Sifir Avu Zar Zadi dalam meningkatkan penguasaan

murid dalam menyambung huruf jawi. Berikut merupakan jadual langkah yang

akan digunakan oleh saya untuk melaksanakan ujian diagnostik :

Langkah Perkara

Langkah 1 Membina soalan ujian (10 item soalan).

Langkah 2 Menjalankan ujian pra kepada murid.

Langkah 3 Menganalisis pencapaian ujian pra.

Langkah 4 Intervensi dijalankan ke atas murid dengan

menggunakan Kaedah Sifir Avu Zar Zadi.

Langkah 5 Menjalankan ujian pasca kepada murid.

Langkah 6 Menganalisis pencapaian ujian pasca.

Langkah 7 Membuat rumusan tentang analisis pencapaian

ujian diagnostik murid.

Jadual 7.1 : Jadual Langkah Pelaksanaan Ujian Diagnostik

7.2 Pemerhatian Berstruktur

Instrumen kedua yang digunakan dalam pengumpulan data ialah pemerhatian.

Melalui kaedah pemerhatian yang terancang dan sistematik, pelbagai data

berguna dapat diperoleh untuk membantu penyelidik memahami tindakan yang

dilaksanakan (Chow Fook Meng, 2011). Dalam kajian ini, saya memilih untuk

11

Page 12: Contoh Tugasan Penyelidikan Tindakan

melaksanakan pemerhatian berstruktur. Pemerhatian berstruktur ialah

pemerhatian yang menggunakan senarai semak pemerhatian. Ia dianalisis

menggunakan frekuensi dan peratus melalui senarai semak yang disediakan

(Rosinah Edinin, 2012).

Pemerhatian berstruktur dipilih kerana pemerhatian menggunakan senarai

semak lebih mudah untuk dianalisis dan memberi peluang kepada penyelidik

untuk membuat pemerhatian tanpa bantuan penyelidik lain (Rosenah Edinin,

2012). Borang catatan pemerhatian digunakan untuk mencatat tingkah laku guru-

murid mengikut sela masa yang ditetapkan (Chua, 2006). Oleh sebab itu, saya

akan menetapkan perkara-perkara atau tingkah laku yang ingin diperhatikan ke

atas murid untuk diperhatikan sebelum dan selepas Kaedah Sifir Avu Zar Zadi

diperkenalkan.

Tujuan instrumen ini digunakan adalah untuk mengenalpasti masalah

yang dihadapi murid dan tahap minat murid terhadap penulisan jawi di samping

menyokong instrumen yang pertama. Berikut merupakan jadual langkah

pemerhatian berstruktur yang akan dijalankan :

Langkah Perkara

Langkah 1 Menetapkan item-item yang ingin diperhatikan.

Langkah 2 Pemerhatian berstruktur menggunakan senarai

semak kali pertama

Langkah 3 Intervensi dijalankan ke atas peserta kajian

Langkah 4 Pemerhatian berstruktur dijalankan untuk kali

kedua

Langkah 5 Membuat analisis senarai semak.

Jadual 7.2 : Jadual Langkah Pemerhatian Berstruktur

7.3 Temu bual Separa Struktur

Temu bual yang digunakan dalam kajian ini ialah temu bual separa struktur.

Saya memilih temu bual sebagai instrumen kajian untuk memperoleh maklumat

berkenaan fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak mengikut keperluan

12

Page 13: Contoh Tugasan Penyelidikan Tindakan

persoalan kajian (Mohd Majid, 2000). Temu bual separa struktur sering

digunakan dalam penyelidikan kualitatif dan sesuai untuk menyelidik topik yang

bersifat peribadi kepada responden. Dalam temu bual separa struktur, penemu

bual boleh mengemukakan soalan-soalan baru yang diperlukan merujuk kepada

perkara dan maklumat yang dimaklumkan kepada sampel (Akhiar Pardi, 2012).

Temu bual bersama murid dijalankan selepas intervensi iaitu pelaksanaan

kaedah sifir bertujuan untuk mendapat maklum balas daripada peserta kajian

terhadap keberkesanan penggunaan Kaedah Sifir Avu Zar Zadi dalam

menyambung huruf jawi tunggal. Melalui temu bual yang dijalankan, saya boleh

mengetahui minat mereka terhadap mata pelajaran jawi sebelum dan selepas

Kaedah Sifir Avu Zar Zadi diperkenalkan kepada mereka. Temu bual bersama

peserta kajian direkodkan menggunakan alat perakam audio supaya tidak ada

maklumat yang tertinggal dan tercicir (Rosinah Edinin, 2012). Hasil analisis data

temu bual dipersembahkan dalam bentuk naratif atau kekerapan tema. Berikut

adalah jadual langkah yang akan saya jalankan untuk menganalisis temubual

peserta kajian :

Langkah Perkara

Langkah 1 Menyediakan soalan temu bual

Langkah 2 Menemubual peserta kajian dan merakam temu bual

Langkah 3 Menjalankan intervensi ke atas peserta kajian

Langkah 4 Menemubual peserta kajian kali kedua

Langkah 5 Membuat transkripsi temubual

Langkah 6 Membuat refleksi berdasarkan transkripsi temubual

Langkah 7 Membuat rumusan keseluruhan berdasarkan

temubual yang dijalankan

Jadual 7.3: Jadual Langkah Temubual Peserta Kajian

7.4 Soal Selidik

Selain itu, alat kajian yang digunakan untuk kajian ini ialah soal selidik. Soal

selidik merujuk kepada satu set soalan yang dicetak dan diberikan jawapannya

13

Page 14: Contoh Tugasan Penyelidikan Tindakan

kepada peserta kajian secara individu. Peserta kajian tidak akan berbincang

dengan orang lain ketika memberi respons kepada soalan yang dikemukakan

(Shamsina Shamsuddin, 2013). Soal selidik biasanya disediakan dalam bentuk

soalan-soalan ujian dan soalan kertas-pensel yang digunakan untuk menilai

prestasi akademik murid. Ia digunakan untuk mendapatkan maklumat dan fakta

berkaitan persepsi subjek kajian terhadap sesuatu (Rosnah Edinin, 2011). Bagi

menyediakan alat kajian soal selidik, penyelidik perlu mengambil beberapa

perhatian iaitu mestilah sesuai dengan kesediaan responden, format alat kajian

sistematik, arahan yang jelas, surat dan dokumen sokongan disertakan bersama

alat kajian serta ujian rintis dijalankan sebelum soal selidik digunakan (Chua,

2006).

Borang soal selidik yang akan saya sediakan kepada peserta kajian

memuatkan sebanyak sepuluh soalan. Soal selidik ini menggunakan skala

Gutman yang memerlukan peserta kajian untuk menanda ( / ) pada jawapan

“Ya” atau “Tidak” pada soalan-soalan yang disediakan. Borang soal selidik akan

diagihkan kepada peserta kajian selepas intervensi dijalankan untuk melihat

respon peserta terhadap Kaedah Sifir Avu Zar Zadi yang dilaksanakan. Berikut

merupakan jadual langkah pelaksanaan soal selidik :

Langkah Perkara

Langkah 1 Membina item-item soalan (10 soalan)

Langkah 2 Menjalankan intervensi ke atas peserta kajian

Langkah 3 Menjalankan soal selidik terhadap subjek kajian

Langkah 4 Menganalisis dapatan soal selidik.

Langkah 5 Membuat rumusan

Jadual 6.4 : Jadual Langkah Pelaksanaan Soal Selidik

8.0 CARA ANALISIS DATA

Data yang dikumpul melalui empat alat kajian iaitu pemerhatian berstruktur, temubual

separa struktur, ujian diagnostik dan borang soal selidik akan dianalisis untuk melihat

14

Page 15: Contoh Tugasan Penyelidikan Tindakan

perubahan murid sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Saya membahagikan

kepada dua jenis data iaitu data kualitatif dan data kuantitatif.

8.1 Data Kualitatif

8.1.1 Pemerhatian Berstruktur

Data dari pemerhatian berstruktur dianalisis melalui senarai semak yang telah

ditentukan kriteria yang dipilih. Pemerhatian dijalankan sebanyak dua kali.

Pemerhatian pertama dibuat ketika ujian pra dijalankan iaitu sebelum Kaedah

Sifir Avu Zar Zadi diperkenalkan. Setiap tingkah laku peserta kajian direkodkan

menggunakan jadual senarai semak.

Pemerhatian kedua dijalankan selepas penggunaan Kaedah Sifir Avu Zar

Zadi diperkenalkan. Saya akan menganalisis data melalui senarai semak

individu. Alat kajian ini digunakan untuk melihat perubahan minat murid terhadap

penulisan jawi setelah penggunaan Kaedah Sifir Avu Zar Zadi digunakan. Hasil

pemerhatian ke atas peserta kajian di dalam jadual senarai semak dalam bentuk

kekerapan. Tingkah laku yang selari dengan kriteria ditanda ( / ) manakala

tingkah laku yang bertentangan ditanda ( x ) pada jadual senarai semak. Hasil

pemerhatian dianalisis berdasarkan rekod jadual senarai semak yang ditanda.

8.1.2 Temu bual Separa Struktur

Data daripada temu bual separa struktur dianalisis melalui transkrip temu bual

yang ditaip daripada rakaman audio. Temu bual dijalankan ke atas semua

peserta kajian iaitu seramai 10 orang. Soalan yang sama dikemukakan kepada

mereka. Temu bual yang dijalankan adalah separa struktur yang mengandungi 5

soalan.

Temu bual ini dijalankan sebanyak dua kali iaitu sebelum dan selepas

penggunaan Kaedah Sifir. Temu bual ini bertujuan untuk mengetahui minat dan

maklum balas peserta terhadap penggunaan Kaedah Sifir Avu Zar Zadi dalam

membantu mereka menyambung huruf-huruf jawi tunggal. Hasil jawapan peserta

15

Page 16: Contoh Tugasan Penyelidikan Tindakan

kajian dirakamkan menggunakan audio ditranskripsikan dan direkodkan di dalam

jadual temu bual yang disediakan.

8.2 Data Kuantitatif

8.2.1 Ujian Diagnostik

Ujian diagnostik terbahagi kepada dua iaitu ujian pra dan ujian pasca. Analisis

data untuk ujian diagnostik adalah peratus markah murid melalui dua ujian yang

dijalankan iaitu ujian pra dan ujian pasca. Ujian ini dijalankan kepada sepuluh

orang peserta kajian yang dipilihdan dijalankan di luar waktu Pendidikan Islam.

Peserta dikehendaki menjawab 10 soalan iaitu menyambung huruf-huruf tunggal

jawi membentuk perkataan.

Ujian pertama dikenali sebagai ujian pra yang akan menguji pengetahuan

sedia ada peserta kajian dalam menyambung huruf jawi tunggal. Ujian kedua

ialah ujian pasca yang dijalankan setelah peserta kajian didedahkan dengan

penggunaan Kaedah Sifir Avu Zar Zadi. Soalan ujian adalah berbentuk subjektif

dan dijawab secara individu secara bertulis. Hasil pencapaian peserta kajian

direkodkan di dalam borang penilaian dalam bentuk peratus (%). Perbezaan

ujian pra dan pasca dapat dilihat melalui graf perbandingan ujian diagnostik yang

dijalankan. Melalui ujian diagnostik ini, saya dapat menilai tahap penguasaan

murid terhadap kemahiran menyambung huruf jawi menggunakan Kaedah Sifir.

8.2.2 Soal Selidik

Data soal selidik dianalisis melalui borang soal selidik yang diagihkan kepada

peserta kajian. Borang soal selidik ini diberikan kepada semua peserta kajian

selepas penggunaan Kaedah Sifir Avu Zar Zadi. Peserta kajian akan

menandakan sama ada “Ya” atau “Tidak” dengan simbol ( / ) pada soalan yang

disediakan.

Hasil jawapan peserta kajian dianalisis di dalam bentuk jadual pengagihan

skor untuk melihat kekerapan kedua-dua jawapan tersebut. Melalui soal selidik

16

Page 17: Contoh Tugasan Penyelidikan Tindakan

ini, saya dapat menilai sejauh mana penguasaan dan minat murid terhadap

pelajaran Jawi setelah Kaedah Sifir Avu Zar Zadi diperkenalkan.

17

Page 18: Contoh Tugasan Penyelidikan Tindakan

BIBLIOGRAFI

Buku

Abdullah Jusuh. (1990). Pengenalan Tamadun Islam di Malaysia. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Akhiar Pardi, Shamsina Shamsuddin (2011). Pengantar Penyelidikan Tindakan dalam

Penyelidikan Tindakan. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Awang Mohamad Amin (1989). Tulisan Jawi ke arah penggunaan yang lebih meluas

dan berkesan. Jurnal Dewan Bahasa.

Chua, Y, P. (2006). Buku 1 : Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur : Mc Graw Hill.

Chow Fook Meng, Jaizah Mahamud. (2011). Kajian Tindakan : Konsep dan Amalan

dalam Pengajaran. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Kang Kyoung Seouk. (1990). Perkembangan tulisan Jawi dalam masyarakat Melayu.

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rosinah Edinin (2012). Penyelidikan Tindakan : Kaedah dan Penulisan. Kuala Lumpur :

Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Shamsina Shamsuddin (2013). Panduan Melaksanakan Kajian Tindakan di Sekolah.

Kuala Lumpur : Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Wan Zahid Wan Nordin. (1994). Pendidikan tahun 2000: Cabaran dan harapan dalam

Pendidikan Islam: Peranannya dalam pembangunan ummah. Abdul Halim el-

Muhammady (ed.). Bangi: Persatuan Bekas Pelajar Timur Tengah.

18

Page 19: Contoh Tugasan Penyelidikan Tindakan

Jurnal Pendidikan

Dalilah Binti Desa, Abdul Kahar Bin Abdul Rahim (2008). Meningkatkan Penguasaan

Kemahiran Menulis Jawi dan Mengenal Huruf Jawi Tunggal Yang Boleh

Disambung dan Tidak Boleh Disambung Dengan Kaedah Dalil Avu Zar Zad.

Mohammad Amin Bin Dan (2009). Penguasaan Kemahiran Menulis Huruf Jawi

Bersambung Murid Tahun 4 Dan Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Pangkalan

Sorah, Serian, Sarawak. Fakulti Pendidikan Dan Bahasa, OUM.

Nik Rosila Nik Yaacob (2007). Penguasaan Jawi dan Hubungannya dengan Minat dan

Pencapaian Pelajar dalam Pendidikan Islam. USM Pulau Pinang.

Nuriati Binti Abdullah, Norhannan Binti Ramli (2011). Penggunaan Simbol (+) Dan (-)

Pada Kaedah Avu Zar Zad Membantu Murid Menyambung Dan Menulis Jawi.

Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, IPG Kampus Pendidikan Islam.

Sulaiman Ngah Ghazali. (1990). Ke Arah Mempertingkat Mutu Pengajaran Dan

Pembelajaran di Sekolah-Sekolah Agama Rakyat di Negeri Perak : Satu kajian.

Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Zamferi bin Ibrahim (2009). Meningkatkan Kemahiran Penulisan Huruf Jawi Yang

Berubah Bentuk Apabila Disambungkan Bagi Pelajar Tahun Empat. Fakulti

Pendidikan Sastera Dan Sains Sosial, Open Universiti Malaysia

Zulzaimi Bin Suhaimi (2009). Penggunaan Carta Huruf Sombong Dalam Meningkatkan

Pengajaran Kemahiran Menyambung Huruf Jawi Murid Tahun 5. Seminar

Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012.

19