contoh rumusan pbs pengajian am

2
950315-10-5034 28 6.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN RUMUSAN Kajian bertujuan untuk mengetahui persepsi penduduk Desa Putra terhadap amalan Kempen Plastik Sifar di Pasaraya Billion, Bandar Baru Bangi. Soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian ini. Skop kajian ini adalah meliputi persoalan kajian mengenai kekerapan penggunaan beg plastik oleh pengguna, perkhidmatan dari Pasaraya Billion, Bandar Baru Bangi terhadap Kempen Plastik Sifar, serta kesan penggunaan beg plastik terhadap alam sekitar dan kepada manusia. Pengkaji telah menjalankan kajian ke atas 30 orang responden berbeza jantina, umur, bangsa, taraf pendidikan dan pendapatan. Data mentah yang telah diperolehi daripada kajian ini dianalisa oleh pengkaji sendiri. Analisa kajian ini dilakukan secara deskriptif dengan mengambil kira kekerapan dan peratusan. 5.2 KEKERAPAN PENGGUNAAN BEG PLASTIK DALAM KALANGAN PENGUNJUNG PASARAYA BILLION. Bagi analisa kekerapan penggunaan beg plastik oleh pengguna secara keseluruhannya responden bersetuju bahawa mereka kerap menggunakan beg plastik pada hari Sabtu berbanding membawa sendiri ‘beg kitar semula’. Seterusnya, keseluruhan kajian bagi perkhidmatan dari Pasaraya Billion terhadap Kempen Plastik Sifar menunjukkan , responden bersetuju dengan penyataan bahawa pihak Pasaraya Billion menyediakan perkhidmatan demi menyahut objektif Kempen Plastik Sifar. 5.3 KESAN PENGGUNAAN BEG PLASTIK TERHADAP ALAM SEKITAR. Bagi keseluruhan kajian untuk kesan penggunaan beg plastik terhadap alam sekitar pula menunjukkan , responden sangat bersetuju bahawa penggunaan beg plastik banyak membawa kesan kepada alam sekitar. Responden juga sedar bahawa Kempen Plastik Sifar dapat membantu dalam mengurangkan pencemaran alam. Manakala untuk keseluruhan kajian bagi kesan penggunaan beg plastik kepada manusia pula menunjukkan , responden sangat bersetuju dengan

Upload: athirah-amalina

Post on 11-Jul-2015

4.771 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Rumusan PBS Pengajian Am

950315-10-5034

28

6.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN

RUMUSAN

Kajian bertujuan untuk mengetahui persepsi penduduk Desa Putra terhadap amalan

Kempen Plastik Sifar di Pasaraya Billion, Bandar Baru Bangi. Soal selidik telah digunakan

sebagai instrumen kajian ini. Skop kajian ini adalah meliputi persoalan kajian mengenai

kekerapan penggunaan beg plastik oleh pengguna, perkhidmatan dari Pasaraya Billion, Bandar

Baru Bangi terhadap Kempen Plastik Sifar, serta kesan penggunaan beg plastik terhadap alam

sekitar dan kepada manusia.

Pengkaji telah menjalankan kajian ke atas 30 orang responden berbeza jantina, umur,

bangsa, taraf pendidikan dan pendapatan. Data mentah yang telah diperolehi daripada kajian ini

dianalisa oleh pengkaji sendiri. Analisa kajian ini dilakukan secara deskriptif dengan mengambil

kira kekerapan dan peratusan.

5.2 KEKERAPAN PENGGUNAAN BEG PLASTIK DALAM KALANGAN

PENGUNJUNG PASARAYA BILLION.

Bagi analisa kekerapan penggunaan beg plastik oleh pengguna secara keseluruhannya

responden bersetuju bahawa mereka kerap menggunakan beg plastik pada hari Sabtu berbanding

membawa sendiri ‘beg kitar semula’. Seterusnya, keseluruhan kajian bagi perkhidmatan dari

Pasaraya Billion terhadap Kempen Plastik Sifar menunjukkan , responden bersetuju dengan

penyataan bahawa pihak Pasaraya Billion menyediakan perkhidmatan demi menyahut objektif

Kempen Plastik Sifar.

5.3 KESAN PENGGUNAAN BEG PLASTIK TERHADAP ALAM SEKITAR.

Bagi keseluruhan kajian untuk kesan penggunaan beg plastik terhadap alam sekitar pula

menunjukkan , responden sangat bersetuju bahawa penggunaan beg plastik banyak membawa

kesan kepada alam sekitar. Responden juga sedar bahawa Kempen Plastik Sifar dapat membantu

dalam mengurangkan pencemaran alam. Manakala untuk keseluruhan kajian bagi kesan

penggunaan beg plastik kepada manusia pula menunjukkan , responden sangat bersetuju dengan

Page 2: Contoh Rumusan PBS Pengajian Am

950315-10-5034

29

penyataan bahawa Kempen Plastik Sifar dapat membantu manusia lebih berdisiplin, berjimat

cermat dalam perbelanjaan serta memupuk semangat cintakan alam sekitar.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, Kempen Plastik Sifar ini dapat mencapai objektif kempen tersebut

sekiranya mendapat kerjasama dari pelbagai pihak dan juga bergantung atas kesedaran orang

ramai terhadap objektif kempen ini iaitu untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar.