contoh rph tumbuhan

5

Click here to load reader

Upload: wan-nur-erisha

Post on 06-Dec-2015

67 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

z

TRANSCRIPT

Page 1: CONTOH RPH TUMBUHAN

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SAINS TAHUN 1

MATA PELAJARAN : Sains

KELAS : Tahun 1 Bestari

MASA : 1 Jam

BIDANG : Sains Hayat

TAJUK : 4. Tumbuhan

STANDARD KANDUNGAN

: 4.2 Mencipta produk daripada bahagian-bahagian tumbuhan.

STANDARD PEMBELAJARAN

: 4.2.1 Mereka bentuk produk seperti Penanda buku, potpuri, kolaj dan kraftangan seperti tikar, topi, penyapu, bakul, ketupat dengan menggunakan bahagian-bahagian tumbuhan.

1.1 Kognitif:

Murid dapat menyenaraikan 4 bahan-bahan yang diperbuat dari tumbuhan.

1.2 Afektif:

Murid dapat kepuasan daripada rekacipta produk yang mereka buat sendiri.

1.3 Psikomotor:

Murid dapat mereka cipta produk dengan kemas seperti membuat serunai daripada daun kelapa.

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

: Kreatif dan inovatif, Bahasa Melayu

KEMAHIRAN PROSES SAINS

: Memerhati dan berkomunikasi

NILAI MURNI

Page 2: CONTOH RPH TUMBUHAN

: Bekerjasama , jujur dan berkeyakinan, Berhati-hati dan mencintai alam.

LANGKAH BERJAGA-JAGA

: Berhati-hati ketika membuat serunai daun kelapa.

PENGETAHUAN SEDIA ADA

: 1.Murid telah kenal pokok kelapa dan tahu kegunaan pokok kelapa

2.Murid dapat menceritakan produk yang diperbuat daripada

tumbuhan.

Langkah Kandungan Cara perlaksanaan Kemahiran Proses Sains/Kemahiran

manipulatif Sains/Nilai

Mencungkil idea

( 5 MINIT )

Menarik minat murid

(Membawa bakul berisi gula-

gula dan sumi)

1.Asal pembuatan bakul

2.Bahagian pokok yang terlibat

dalam pembuatan bakul.

1. Guru membawa bakul rotan yang berisi sumi dan

gula-gula.

2. Guru bersoal jawab dengan murid:

a) Apakah yang cikgu bawa ini?

b) Bakul ini dibuat daripada apa?

c) Bahagian pokok yang manakah kita gunakan

untuk membuat bakul ini?

d) Selain bakul apa lagi benda lain yang diperbuat

daripada tumbuhan?

3.Sekiranya kamu dapat menjawab dengan betul cikgu

akan memberi gula-gula sebagai ganjaran.

Nilai:

1.Bekerjasama

2. ingin tahu

KPS:

1.Meramal

LANGKAH 1

(15 Minit)

Penerangan dan berbincangan: 1. Guru menunjukkan persembahan dalam

powerpoint yang telah disediakan .

Nilai:

1.Bekerjasama

2.Berminat

3.Berdisiplin

Page 3: CONTOH RPH TUMBUHAN

1.Bahan-bahan yang diperbuat

dari bahagian-bahagian pokok. 2. Murid disoal tentang apa yang dipersembahkan.

3. Murid sangat seronok dengan persembahan ini.

4. Guru kemudian membimbing murid untuk

membuat kesimpulan bahagian –bahagian

tumbuhan yang boleh digunakan untuk membuat

benda –benda untuk kegunaan harian kita.

KPS:

1.Memerhati

2.Membuat inferens

KBKK:

1.Menganalisis

2.Membuat kesimpulan

LANGKAH 2

(20 Minit)

Membuat serunai daripada

daun kelapa.

1. Daun kelapa

2. Lidi

3. Murid di bekalkan satu daun kelapa dan satu lidi

yang telah dipotong.

4. Guru membimbing murid membuat serunai

daripada daun kelapa tersebut.

5. Kemudian setelah serunai itu siap guru meminta

setiap murid cuba meniupnya .

6. Murid yang telah berjaya membunyikan

serunainya akan diberi ganjaran, manakala murid

yang masih belum akan dibantu guru untuk

memperbaikinya.

7. Guru kemudian mengaitkan daun kelapa bukan

sahaja boleh dibuat ketupat tetapi juga boleh

membuat benda –benda lain seperti serunai ini.

Nilai:

1.Bekerjasama

2.Berdisiplin

3.Berminat

KPS:

1.Memerhati

KMS:

1.Mengendalikan bahan dengan

betul.

2.Membersihkan semula bahan

yang digunakan.

LANGKAH 3

(15 Minit)

Pengukuhan

1.Memadankan produk dengan

bahagian –bahagian pokok

untuk membuatnya.

1. Murid kemudian diedarkan lembaran kerja

sebagai latihan pengukuhan .

2. Murid yang lemah akan diberi pemulihan dan

bimbingan individu.

Nilai:

1.Bekerjasama

Page 4: CONTOH RPH TUMBUHAN

3. Murid juga diberi latihan dalam buku aktiviti

sebagai kerja rumah.

LANGKAH 4

(5 Minit)

Penutup

1.Menyebutkan benda-benda

lain yang diperbuat dari

pokok.

2.Menanamkan sifat cintakan

anugerah ciptaan allah iaitu

pokok.

1. Guru bersoal jawab bersama murid:

a) Apakah kamu seronok belajar hari ini?

b) Tunjukkan hasil kerja kamu hari ini?

c) Selain daripada serunai sebutkan semula

benda yang boleh kita boleh buat daripada

bahagian pokok?

d) Pada pendapat kamu adakah pokok penting

bagi kita ?

e) Adakah kamu akan menjaga pokok supaya

kekal ada di bumi kita?

2. Kemudian guru menutup pengajarannya dengan

lagu “Rasa Sayang Hey”

Nilai:

1.Bekerjasama

2.Berkomunikasi dengan baik

3.Berdisiplin

4. Berminat

Posted in: