contoh rph & jpk perdagangan: topik pergudangan

7
Hak Milik Nurhaini Falini Binti Ahmad L20112008600 Jadual Penentu Kandungan Topik: Pergudangan Unit/Tajuk Pengetahuan dan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintes is Penilai an Konsep/definisi Fakta Kemahira n Prinsip 12.1 a)Peranan Pergudangan . Menerangkan maksud pergudangan: Aktiviti penyimpanan barang sebelum dibawa ke pasaran. Menerangkan peranan pergudangan i). Menjamin pengeluaran dan bekalan barang berterusan. ii). Membantu menstabilkan harga barang. iii).Mengelakkan kerosakan dan pembaziran. iv). Menjamin keselamatan barang. v). Membolehkan aktiviti pecah pukal dilakukan. vi). Membantu X X X X X X 1

Upload: falini

Post on 12-Feb-2015

79 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh RPH & JPK Perdagangan: Topik Pergudangan

Hak Milik Nurhaini Falini Binti Ahmad L20112008600

Jadual Penentu Kandungan

Topik: Pergudangan

Unit/TajukPengetahuan dan Kefahaman

Aplikasi Analisis Sintesis PenilaianKonsep/definisi Fakta Kemahiran Prinsip

12.1 a)PerananPergudangan

.

Menerangkan maksud pergudangan: Aktiviti penyimpanan barang sebelum dibawa ke pasaran.

Menerangkan peranan pergudangan

i). Menjamin pengeluaran dan bekalan barang berterusan.

ii). Membantu menstabilkan harga barang.

iii).Mengelakkan kerosakan dan pembaziran.

iv). Menjamin keselamatan barang.

v). Membolehkan aktiviti pecah pukal dilakukan.

vi). Membantu perniagaan antarabangsa

.

X X X X X X

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATA PELAJARAN PERDAGANGAN TINGKATAN 51

Page 2: Contoh RPH & JPK Perdagangan: Topik Pergudangan

Hak Milik Nurhaini Falini Binti Ahmad L20112008600

Mata Pelajaran : Perdagangan Tingkatan 5

Tarikh : 5 Disember 2012

Hari : Rabu

Masa : 3.00 – 3.30 petang ( 30 minit )Tingkatan : 5 Perdangan 1

BilanganPelajar : 42 Orang

Bahagian : Bab 12 : Pergudangan

Topik : 12.1 (a) Peranan Pergudangan

Hasil Pembelajaran: Di akhir pembelajaran pelajar dapat

a) Menerangkan maksud pergudangan dan peranan pergudangan.

KBKK : Menjana idea, kefahaman dan membina pengetahuanHubungjalin : -NilaiMurni : Rasional, berkerjasama dan mematuhi undang-undang

Strategi pembelajaran : Pembelajaran berpusatkan guru, murid dan bahan bantu mengajar

Bahan bantu mengajar : Buku teks, Lembaran kerja, Peta minda, pen marker, manila kad, gambar , dan kertas warna

Pengetahuan sedia ada : Pelajar dapat memahami peranan dan ciri gudang yang baik.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

2

Page 3: Contoh RPH & JPK Perdagangan: Topik Pergudangan

Hak Milik Nurhaini Falini Binti Ahmad L20112008600

Langkah/Masa

Isi Kandungan Aktiviti Guru Aktiviti Pelajar Strategi/Kaedah/BBM/Nilai

Set Induksi( 5 minit )

Permulaan dengan menunjukkan contoh gambar gudang.

1. Guru bertanyakan khabar pelajar2. Guru menunjuk beberapa contoh

gambar sebagai set induksi untuk memulakan pengajaran.

3. Guru meminta pelajar memberi ulasan dan pendapat berdasarkan gambar yang ditunjuk.

4. Guru menyatakan topik pengajaran dan objektif pembelajaran pada hari ini.

1. Pelajar memberi maklum balas kepada pertanyaan guru

2. Pelajar melihat gambar yag ditunjuk oleh guru.

3. Pelajar memberi ulasan terhadap gambar yang ditunjukkan.

4. Pelajar mendengar penerangan guru

1. Strategi berpusatkan guru

2. Kaedah penerangan danperbincangan

3. BBM- Gambar

Langkah 1(10 minit )

Definisi Pergudangan

1. Guru menerangkan definisi pergudangan, dan bertanyakan contoh barang-barang yang terdapat di dalam gudang kepada pelajar.

2. Guru bertanya kepada pelajar, tentang pengetahuan sedia ada pelajar mengenai pergudangan atau pun gudang, berdasarkan gambar-gambar.

3. Guru menunjukkan rajah pancaran pergudangan yang tidak lengkap di papan putih , dan meminta 6 orang pelajar secara rawak untuk melengkapkan rajah pancaran pergudangan .

1. Pelajar mendengar penerangan guru, dan memberi jawapan kepada guru berkenaan contoh barang-barang yang terdapat di dalam gudang.

2. Pelajar member jawaban berdasarkan pengetahuan sedia ada pelajar berkenaan dengan tajuk pergudangan.

3. Pelajar yang dipilih tampil ke hadapan untuk melengkapkan peta minda rajah pancaran pergudangan yang ditunjukkan oleh guru

1. Strategi berpusatkan guru, pelajar dan bahan

2. BBM- Peta Minda dan gambar.

3. Nilai- Rasional, Keyakinan diri

4. KBKK- Menentukan dan membuat perkaitan

Langkah 2(10 minit )

Peranan Pergudangan

1. Guru memberikan pengukuhan dengan mengedarkan peta minda kepada pelajar untuk menerangkan peranan

1. Pelajar diberi peluang untuk terlibat sama menjayakan pengukuhan dengan melengkapkan peta minda yang telah diedarkan oleh guru dengan bantuan rajah

1. Strategi berpusatkan guru/pelajar/bahan

3

Page 4: Contoh RPH & JPK Perdagangan: Topik Pergudangan

Hak Milik Nurhaini Falini Binti Ahmad L20112008600

pergudangan.2. Guru membahagi pelajar kepada

6 kumpulan untuk menyenaraikan bagaimana pergudangan dapat memainkan peranan, dan meminta wakil kumpulan membuat perbentangan berdasarkan buku teks dan rajah pancaran pergudangan (BBM )yang dipaparkan kepada pelajar.

pancaran pergudangan yang telah dilengkapkan oleh pelajar.

2. Pelajar membentuk kumpulan seperti yang diarahkan oleh guru, dan membuat perbincangan dalam tempoh yang ditetapkan. Setelah sesi perbincangan, seorang wakil dari 3 kumpulan diminta tampil untuk membuat perbentangan hasil kerja kumpulan mereka

2. Kaedah penerangan dan perbincangan

3. BBM- Gambar Kajian kes, kad manila, gam.

4. Nilai- Yakin pada diri sendiri, patuh pada arahan guru dan kerjasama berkumpulan.

5. KBKK- Menjana idea

6. .Langkah 3Penutup( 5 minit )

Membuat kesimpulan

1. Guru membuat rumusan mengenai topik pengajaran dan pembelajaran pada hari ini

2. Guru mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada pelajar kerana memberi kerjasama yang baik

3. Guru memberikan latihan kerja rumah kepada kepada pelajar untuk menguji kefahaman.

4. Guru mengakhiri P&P dengan memberi salam.

1. Pelajar mendengar rumusan yang disampaikan oleh guru.

2. Pelajar memberi maklumbalas dengan ucapan guru.

3. Pelajar menerima latihan yang telah diberikan oleh guru.

1. Strategi berpusatkan guru, pelajar dan bahan

2. Nilai-Keyakinan3. BBM- Buku

Teks4. KBKK-

Membuat hubungkait.

4

Page 5: Contoh RPH & JPK Perdagangan: Topik Pergudangan

Hak Milik Nurhaini Falini Binti Ahmad L20112008600

Refleksi

Pelajar dapat membuat rumusan semula berdasarkan tajuk yang disampaikan berdasarkan bahan bantu mengajar dan pengetahuan sedia ada pelajar. Kesemua pelajar yang dipilih untuk melengkapkan rajah pancaran pergudangan berjaya melengkapkan rajah pancaran pergudangan tersebut dan setiap hasil kerja berkumpulan pelajar dapat disiapkan dengan tempoh masa yang telah ditetapkan dan pelajar berjaya menjawab dengan betul dan tepat.

5