contoh rph al_quran

Upload: khairanimohd

Post on 06-Mar-2016

149 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

RPH

TRANSCRIPT

TUESDAY, MARCH 24, 2009Model Pengajaran Tilawah Al-QuranPelajaran: Tilawah Al-Quran (Surah al-Baqarah ayat 1 5)Tajuk: Dengung Nun Sakinah dan TanwinTingkatan: SatuBilangan Pelajar: 35 orangMasa: 40 minitObjektif Am: Pelajar dapat membaca Al-Quran dengan baik dan betulObjektif Khas:1. Pelajar dapat membunyikan dengung Nun Sakinah dan Tanwin dengan betul (pada huruf Fa, Zai, Lam dan Qaf)2. Dapat menyebut ciri-ciri orang-orang Muttaqin.

Langkah 1. Induksi setBertanya khabar dan berdoa. Guru boleh melakukan apa saja untuk menarik perhatian pelajar kepada tajuk pelajaran hari ini, seperti gambar orang solat, gambar dunia dan lain-lain. Kalau gambar orang solat, tanyakan; gambar apa ini? kenapa dia/kita solat?. Juruskan kepada tajuk: Kita solat untuk mendapat pangkat Taqwa, orang yang bertaqwa disukai Allah. Jadi hari ini kita akan membaca ayat-ayat Al-Quran yang menerangkan ciri-ciri orang bertakwa.Kalau Gambar alam, tanyakan alam ini siapa yang jadikan? Ada lagi tak alam selain daripada yang kita nampak ini? Jika ada alam apa namanya?. (Alam ghaib). Kamu tahu apa yang ada dalam alam ghaib? Ya, ada syurga, ada neraka, ada Arasy, Kursi dan macam-macam lagi. Kita sebagai seorang Islam wajib percaya adanya alam ghaib ini. Orang yang benar-benar percaya kepada adanya alam ini akan tergolong dalam golongan orang yang bertaqwa, dan orang yang bertaqwa ini dikasihi Allah. Jadi, hari ini kita akan membaca ayat-ayat Al-Quran yang menceritakan ciri-ciri orang yang bertaqwa.

Langkah 2. Membaca ayat.

Guru pamirkan ayat di hadapan, sama ada tulisan di papan, carta, transparensi, slaid, LCD atau sebagainya. Dalam masa yang sama, jika boleh, setiap murid mempunyai Mushaf Al-Quran. Jika guru menulis ayat, pastikan ditulis dengan Rasm Uthmani, betul, elok, dan dapat dibaca oleh murid yang di belang kelas. Tujuan carta, ialah supaya guru dapat tunjukkan tanda-tanda semasa membaca dan membetulkan bacaan murid. Tujuan Mushaf Al-Quran ialah kerana membaca Al-Quran daripada Mushaf lebih baik dan lebih tepat. Selain itu ialah untuk menerangkan adab dengan Al-Quran dan juga untuk keberkatan dan mendapat pahala memandang mushaf.Guru membaca ayat dengan diperhatikan oleh pelajar sekurang-kurangnya dua kali. Kali ketiga diikuti oleh semua murid. Kemudian minta murid membacanya secara perseorangan (dalam keadaan tertentu boleh secara kumpulan). Bilangan pelajar mengikut keadaan masa. Murid membaca di Mushaf lebih baik daripada di papan tulis. Guru betulkan bacaan yang salah. Guru mesti membacanya dengan betul (pada tempat yang salah) dan minta murid ulangkan beberapa kali sehingga betul.

Langkah 3. Perbincangan hukum bacaanGuru minta murid keluarkan kalimah (ayat) yang ada Nun Sakinah. Guru tuliskan (senaraikan) di papan tulis. Kemudian guru tanyakan bagaimana membaca kalimah ini? Dengung atau tidak dengung? Kalau dengung, guru minta murid bacakan. Jika salah, tunjukan cara membacanya. Ambil perhatian semua murid supaya mendengar dan membaca ayat berkenaan dengan dengung yang betul. Demikinlah dengan kalimah lain satu persatu.Selepas itu guru minta pelajar keluarkan kalimah (ayat) yang ada Tanwin, dan guru tuliskan di papan tulis. Guru soal pelajar bagaimana cara membaca kalimah berkenaan (satu demi satu). Dengung atau tidak dengung?. Kalau dengung bagaimana cara mendengungkannya. Jika murid bunyikan dengan cara yang salah atau tidak cukup harakat, maka guru tunjukkan cara yang betul. Minta perhatian pelajar semua supaya mendengar dan mengikut bacaan guru menyebut dengung bagi kalimat tersebut dengan betul. Minta beberapa orang murid menyebutnya untuk pengukuhan. Guru buat kesimpulan bahawa jika Nun Sakinah dan Tanwin bertemu dengan huruf seperti yang dibincangkan bacaannya adalah dengung.Langkah 4. Latihtubi.Guru bahagikan pelajar dalam beberapa kumpulan dan tetapkan ayat-ayat yang hendak dibaca oleh setiap kumpulan. Pelajar membaca dalam kumpulan selama 7 10 minit. Guru mengawasi semua kumpulan di samping memberi perhatian lebih kepada kumpulan yang lemah. Dengan cara ini pelajar dapat membina kemahiran membaca dan semua pelajar dapat membaca.Langkah 5. Beri pengajaran ayat.Setelah cukup masa, guru panggil semua pelajar balik ke tempat masing-masing. Guru buat kesimpulan bahawa dalam ayat yang kita baca tadi Allah menjelaskan ciri-ciri orang yang bertaqwa, iaitu ; Orang yang percaya kepada perkara ghaib mendirikan solat, mengeluarkan zakat dan menderma, percaya kepada kitab-kitab Allah dan yakin adanya hari Akhirat. Guru tuliskan di papan dan pelajar salin.Langkah 6. PenilaianGuru tulis atau siapkan beberapa ayat yang ada Nun Sakinah dan Tanwin dan minta murid bacakan ayat-ayat berkenaan mengikut pengalaman yang dibincang sebentar tadi. Contoh soalan: Bagaimana membaca ayat ini? Cuba baca ayat ini, Ahmad, dan lain-lain. Solan tentang ciri-ciri orang yang bertaqwa. Contoh: Sebutkan 3 ciri orang yang bertaqwa. Minta beberpa orang murid menjawabnya.Langkah 7. Penutup.Guru merumus isi pelajaran dan menasihati pelajar supaya, selalu membaca Al-Quran, membaca dengan cermat dan betul, melakukan solat, menolong kawan yang perlu pertolongan, kerana ini mendidik kita menjadi orang yang bertaqwa

1. Pengenalan

Bacaan Ikut Guru (BIG) ialah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi murid yang masih membaca buku Iqra dan murid yang membaca al Quran di bawah sukatan sebenar .Ia dilaksanakan dalam waktu P&P dan kelas Tasmik mengikut sukatan yang telah ditetapkan.

2. MatlamatMembimbing murid-murid yang masih belum boleh membaca Al-Quran dan murid yang membaca Al-Quran di bawah sukatan sebenar agar mereka dapat khatam Al-Quran.Memudahkan guru melaksanakan P&P khatam Al-Quran

3. RasionalMembantu murid yang belum menguasai bacaan mengikut sukatan khatam Al-Quran

4. Sasaran Murid-murid yang masih membaca Iqra.Murid-murid yang telah membaca Al-Quran tetapi tidak mencapai tahap sukatan yang sebenar.

5. Kaedah PelaksanaanTahun 1 (6 bulan kedua pada waktu P&P al-Quran dan Tasmik).Tahun 2 6 (sepanjang tahun pada waktu P&P al-Quran dan Tasmik)Guru membaca ayat-ayat mengikut sukatan yang ditetapkan secara putus-putus tanpa mencacatkan makna.Murid mengikut bacaan guru secara beramai-ramai di dalam kumpulan, sambil memerhati pergerakan bibir guru.Membaca sehingga satu muka surat Al-QuranSetelah selesai BIG, murid-murid dilatih tubi membaca buku Iqra atau membaca semula ayat yang dibaca sebagai pengukuhan dengan bimbingan guru atau dengan bantuan murid turus.Murid juga boleh dilatih secara individu untuk mana-mana ayat yang masih belum dibaca secara BIG.Guru hendaklah mencatat pencapaian murid di dalam Buku/Kad Rekod bacaan al-Quran yang dibekalkan oleh JAPIM:Bagi bacaan sebenar Iqra :mempunyai 2 rekod iaitu rekod iqra dan rekod bacaan al quran secara BIGBagi murid yang telah membaca al Quran : mempunyai 1 rekod sahaja iaitu rekod bacaan al Quran secara BIG atau tahap sebenar bacaanMasaBIG hendaklah dilaksanakan pada awal P&P Al-Quran di antara 10-15 minit sahaja.(Selepas itu P&P Al-Quran diteruskan dengan membaca Iqra bagi murid yang belum menguasai bacaan atau membaca Al-Quran di tahap sebenar/ bacaan di rumah)melatih tubi bacaan sebenar.MasaBIG juga boleh dijalankan pada masa tasmik mengikut jadual yang ditetapkan.Contoh Rancangan Pengajaran Harian

6. Pengurusan P & PGuru menganjurkan murid supaya berwuduk sebelum membaca al-QuranP&P al quran dijalankan di kelas yang sama mengikut kumpulan masing-masing atau mengikut kesesuaianGuru mentasmi murid turus terlebih dahulu supaya mereka dapat membantu rakan sebaya mentasmi bacaanMurid berada di dalam kumpulan masing-masingGuru hendaklah mengoptimumkan masa sebaik mungkin

PeringatanMurid yang boleh membaca Al-Quran mengikut sukatan atau melepasi sukatan TIDAK perlu lagi mengikuti BIG.Murid yang sudah khatam bolehlah diulang semula bacaan untuk khatam kali kedua atau diperkenalkan dengan tahsin dan taranum Al-Quran.

KesimpulanAdalah diharapkan dengan adanya pelaksanaan BIG ini, dapat membantu murid membaca al-Quran sehingga khatam ketika di sekolah rendah, sama ada mereka itu khatam dengan bacaan sendiri atau khatam dengan cara mengikut bacaan guru (BIG)