contoh review artikel

30
KESTABILAN MATA WANG DALAM MENANGANI KRISIS EKONOMI: KE ARAH PENGGUNAAN DINAR EMAS DI ANTARA MALAYSIA DENGAN NEGARA ASIA BARAT Salmy Edawati Yaacob Sanep Ahmad Wan Najihah Wan Mohd Zabaria ABSTRAK Sistem mata wang hari ini yang tidak didasari dengan emas telah mengundang masalah inflasi dan spekulasi mata wang. Ketidakstabilan mata wang jelas menjadi salah satu penyumbang utama berlakunya krisis ekonomi global . Kajian ini bertujuan untuk membuktikan bahawa era penggunaan mata wang piawaian emas dan bersandaran emas adalah era paling stabil dan kadar inflasi dunia paling rendah. Oleh itu dengan kembali semula kepada penggunaan dinar emas, nilai mata wang menjadi lebih stabil dan natijahnya ialah krisis ekonomi akan dapat diminimunkan dan dikawal. Kajian ini menggunakan data siri masa bagi kadar inflasi bermula dari tahun 1880 hingga 2008. Tempoh masa yang digunakan terbahagi kepada tiga sistem iaitu sistem piawaian emas; sistem piawaian emas penuh (1880-1914) dan sistem piawaian pertukaran emas (1925-1931); sistem Bretton Woods (1946-1972) dan sistem mata wang fiat (1973-2008). Kajian ini juga menggunakan Ujian CUSUM untuk menguji kestabilan kadar inflasi dan harga emas. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa inflasi pada zaman piawaian emas adalah lebih stabil dan lebih rendah berbanding sistem mata wang apungan. Manakala harga emas pada zaman piawaian emas juga menunjukkan kestabilan yang konsisten berbanding dengan sistem apungan. Pada peringkat awal, penggunaan dinar emas boleh diaplikasikan dengan negara-negara di Asia Barat iaitu melalui perdagangan antarabangsa. Implikasi penting kajian ialah penggunaan dinar emas perlu disegerakan bagi menjamin kestabilan ekonomi dunia di masa hadapan. Kajian lanjutan boleh dilakukan dengan meneliti sejauh mana dinar emas boleh digunakan sebagai mata wang dalam ekonomi semasa. PENDAHULUAN 1

Upload: juraidah

Post on 13-Jul-2016

517 views

Category:

Documents


25 download

DESCRIPTION

CONTOH

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Review Artikel

KESTABILAN MATA WANG DALAM MENANGANI KRISIS EKONOMI: KE ARAH PENGGUNAAN DINAR EMAS DI ANTARA MALAYSIA

DENGAN NEGARA ASIA BARAT

Salmy Edawati Yaacob Sanep Ahmad

Wan Najihah Wan Mohd Zabaria

ABSTRAK

Sistem mata wang hari ini yang tidak didasari dengan emas telah mengundang masalah inflasi dan spekulasi mata wang. Ketidakstabilan mata wang jelas menjadi salah satu penyumbang utama berlakunya krisis ekonomi global. Kajian ini bertujuan untuk membuktikan bahawa era penggunaan mata wang piawaian emas dan bersandaran emas adalah era paling stabil dan kadar inflasi dunia paling rendah. Oleh itu dengan kembali semula kepada penggunaan dinar emas, nilai mata wang menjadi lebih stabil dan natijahnya ialah krisis ekonomi akan dapat diminimunkan dan dikawal. Kajian ini menggunakan data siri masa bagi kadar inflasi bermula dari tahun 1880 hingga 2008. Tempoh masa yang digunakan terbahagi kepada tiga sistem iaitu sistem piawaian emas; sistem piawaian emas penuh (1880-1914) dan sistem piawaian pertukaran emas (1925-1931); sistem Bretton Woods (1946-1972) dan sistem mata wang fiat (1973-2008). Kajian ini juga menggunakan Ujian CUSUM untuk menguji kestabilan kadar inflasi dan harga emas. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa inflasi pada zaman piawaian emas adalah lebih stabil dan lebih rendah berbanding sistem mata wang apungan. Manakala harga emas pada zaman piawaian emas juga menunjukkan kestabilan yang konsisten berbanding dengan sistem apungan. Pada peringkat awal, penggunaan dinar emas boleh diaplikasikan dengan negara-negara di Asia Barat iaitu melalui perdagangan antarabangsa. Implikasi penting kajian ialah penggunaan dinar emas perlu disegerakan bagi menjamin kestabilan ekonomi dunia di masa hadapan. Kajian lanjutan boleh dilakukan dengan meneliti sejauh mana dinar emas boleh digunakan sebagai mata wang dalam ekonomi semasa.

PENDAHULUAN

Masalah ketidakstabilan nilai mata wang dan inflasi mula berlaku pada tahun 1933 iaitu semasa zaman kemelesetan agung (The Great Depression), seterusnya semasa krisis Peso Mexico pada tahun 1995, krisis kejatuhan nilai mata wang negara-negara Asian (1997/98), krisis Rubel di Rusia pada tahun 1998 dan yang terkini semasa krisis ekonomi global pada tahun 2008. Krisis ekonomi ini berlaku kerana wujudnya ketidakstabilan nilai mata wang fiat yang diguna pakai dalam sistem ekonomi dunia. Mata wang dunia hari ini rata-rata bersandarkan kepada dolar Amerika Syarikat. Nilai dolar akan berubah mengikut perubahan kadar inflasi dan pelakuan spekulasi yang berlaku dalam pasaran wang. Keadaan ini akan mempengaruhi jumlah permintaan dan penawaran dolar. Oleh yang demikian, cadangan mengembalikan penggunaan dinar emas sebagai mata wang merupakan satu alternatif dalam mengawal ketidakstabilan nilai

1

Page 2: Contoh Review Artikel

mata wang. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk membuktikan bahawa era penggunaan mata wang piawaian emas atau bersandaran emas adalah era paling stabil dan kadar inflasi dunia paling rendah.

ULASAN LITERATUR

Bermula tahun 1980an, inflasi menjadi satu masalah yang besar kepada negara-negara barat dan sering menjadi tumpuan dalam perdebatan dasar. Terdapat beberapa kajian yang mendedahkan bahawa kadar inflasi adalah berbeza mengikut dasar kewangan sama ada sistem kewangan yang berasaskan emas (gold standard) atau sistem mata wang apungan (sistem fiat money). Kadar inflasi yang tinggi dan berubah-ubah adalah masalah utama ekonomi yang dihadapi oleh semua jenis sistem ekonomi. Justeru itu, terdapat ramai ahli ekonomi yang membuat perbandingan kadar inflasi di antara sistem-sistem kewangan antaranya ialah Bordo et.al (2007), Bordo (1999), Jastram (1997), Craig (1995), (Bordo 1993) dan Kehoe (1992).

Bordo et.al (2007) telah membuat perbandingan purata kadar inflasi di antara dua sistem kewangan iaitu tahun 1880-1913 bagi tempoh sistem gold standard dan 1968-2001 bagi tempoh sistem mata wang apungan. Kajian Bordo et.al (2007) mendapati bahawa kadar purata inflasi semasa sistem gold standard adalah lebih rendah iaitu 0.9 berbanding sistem mata wang apungan iaitu 5.3. Julat inflasi semasa gold standard adalah rendah iaitu di antara -0.6 dan 3.0, manakala semasa mata wang apungan, julat inflasi adalah tinggi iaitu di antara 3.8 dan 8.2. Ini menunjukkan bahawa sistem gold standard mempunyai harga yang lebih stabil berbanding sistem mata wang apungan. Era sistem piawaian emas daripada tahun 1880 hingga 1914 adalah sistem yang mempunyai inflasi yang rendah, kadar pertukaran yang stabil, pertumbuhan ekonomi yang cepat dan kurangnya ketidakstabilan berbanding zaman di antara Perang Dunia I dan Perang Dunia II (Bordo 1993). Ia juga adalah era di mana perdagangan antarabangsa dalam barangan, perkhidmatan dan faktor-faktor pengeluaran bertumbuh dengan cepat (Bordo 1999). Setelah sistem Bretton Woods dibubarkan, kadar pertukaran apungan di antara mata wang utama mengakibatkan berlakunya ketidakstabilan pasaran emas dunia, kesan daripada kenaikan atau penyusutan nilai mata wang Eropah terhadap harga emas dalam bentuk mata wang lain (Sjaastad 1996). Oleh itu, dapat dikatakan bahawa sistem gold standard telah lama dikaitkan dengan kestabilan harga jangka panjang.

Selain itu, Kehoe (1992) telah melakukan kajian berkaitan dengan perubahan output, harga dan wang bagi 10 buah negara; Australia, Kanada, Denmark, Jerman, Itali, Jepun, Norway, Sweden, United Kingdom dan United States,di antara 3 tempoh masa iaitu sebelum Perang Dunia I, selepas Perang Dunia II dan di antara Perang Duina I dan Perang Dunia II. Kajian tersebut mendapati bagi 10 buah negara tersebut, perubahan output benar adalah lebih besar pada tempoh di antara Perang Dunia I dan Perang Dunia II berbanding semasa selepas Perang Dunia II. Bagi kadar inflasi pula, di kebanyakan negara kadar inflasi adalah signifikan dan berterusan semasa selepas Perang Dunia II.

Seterusya, kajian Craig (1995) pula dilihat sebagai penyokong kepada kajian Kahoe, di mana Craig mendapati harga dan kadar inflasi adalah lebih rendah bagi tempoh 1873-1913 berbanding 1850-1913. Kadar inflasi adalah lebih rendah semasa pasca 1873 adalah disebabkan oleh penawaran emas dunia adalah bertumbuh dengan perlahan berbanding pertumbuhan

2

Page 3: Contoh Review Artikel

ekonomi negara-negara. Purata tahunan kadar inflasi juga menunjukkan bahawa kadar terendah berlaku pada era penggunaan piawaian emas. Maka, tidak hairanlah apabila terdapat usul daripada ahli ekonomi dan ahli akademik untuk mempertimbangkan semula ke arah pelaksanaan sistem piawaian emas klasikal, rentetan peningkatan inflasi yang tidak terkawal yang dialami oleh negara-negara barat dalam beberapa dekad yang lepas. Menurut Bordo (1999), selepas Perang Dunia I, berlaku masalah inflasi yang tinggi dan kemeruapan kadar pertukaran. Hal ini telah membawa satu kuasa tolakan untuk kembali kepada piawaian emas. Justeru itu, Persidangan Genoa 1992 telah mencadangkan supaya kembali kepada pertukaran piawaian emas.

Sejarah Pergerakan Inflasi Dunia (1800-2009)

Sejarah inflasi menyaksikan bahawa terdapat perbezaan yang ketara sewaktu dunia mengamalkan penggunaan mata wang dwilogam iaitu emas dan perak atau piawaian emas dengan penggunaan mata wang kertas. Carta 1 menunjukkan pergerakan inflasi bermula tahun 1914 sehingga tahun 2008. Jadual ini menunjukkan pada tahun 1920-1930 purata inflasi hanya 0.8% merupakan paling rendah dalam sejarah dunia kerana pada tahun 1880-1930 adalah era piawaian emas penuh. Manakala pada tahun 1917-1921, 1941-1950, 1970-1985 antara tahun-tahun yang mengalami inflasi tinggi tercatat disebabkan perang dunia pertama (1914-1918), perang dunia kedua (1940-1945) dan perang Vietnam (1965-1975). Pembubaran ikatan emas dengan dolar pada tahun 1971 juga memberi kesan kepada inflasi dunia1 (Yap 1979). Pada zaman kemelesetan ekonomi pada tahun 1920-1929 menunjukkan inflasi negetif sehingga mencapai -1.94%.

1 Menurut pendapat Mazhab Neo-Keynes, inflasi sebelum perang dunia adalah akibat kenaikan penawaran wang. Inflasi pada tahun 1896-1964 adalah berhubung dengan perkembangan wang yang disebabkan oleh penemuan emas. Penemuan ini telah menguatkan insentif menaikkan penawaran wang dan melemahkan halangan ke atas perkembangan wang. Selain itu, pembubaran Bretton Woods juga telah mengundang inflasi dunia kerana rentetatan dari itu IMF telah memperbesarkan cadangan penawaran dunia antarabangasa dengan memperkenalkan SDR (Special Drawing Rights). Sistem IMF melemahkan halangan imbangan pembayaran kepada inflasi lihat Yap Chan Ling (1979).

3

Page 4: Contoh Review Artikel

    

Carta 1 Purata Tahunan Inflasi Mengikut AbadSumber: www.InflationData.com [05 April 2010]

a) Sistem Bimatalic dan Piawaian Emas Klasikal (1770-1944)

Menurut Oppers (2000), sistem bimetallic atau bimetalisme merupakan satu sistem yang menggunakan dua komoditi iaitu kebiasaannya emas dan perak sebagai piawaian mata wang dan dicipta sebagai alat pembayaran. Dalam sistem bimetallic atau dwilogam, nisbah dinyatakan dalam berat, contohnya, 16 oz perak sama dengan 1 oz emas, yang digambarkan sebagai nisbah dari 16:1. Sejarah telah merekodkan bahawa inflasi pertama yang berlaku dalam dunia kewangan adalah pada zaman kerajaan Mamluk (fasa kedua) iaitu antara tahun 1382-1517. Pada waktu itu, al Maqrizi (1957) mengenalpasti bahawa, inflasi berlaku disebabkan percetakan mata wang tembaga (fulus) sebagai wang pecah secara berleluasa dan tanpa piawaian khusus.2 Selepas itu inflasi terus wujud dalam sistem kewangan dunia dalam tempoh dan fasa tertentu sehingga ke hari ini.

Hal ini secara tidak langsung disokong oleh kajian Friedman (1975) yang menyatakan bahawa inflasi pada peringkat permulaan adalah disebabkan oleh masalah ketidakstabilan sistem bimetallic dengan penggunaan berselang seli antara mata wang emas dan perak. Kenyataan diperkuatkan lagi oleh pandangan Lee & Pasell (1979) dan Mansor (1990) yang menyatakan bahawa kenaikan harga pada waktu itu adalah disebabkan oleh pertambahan mata wang sama ada wang emas atau perak yang dibawa masuk ke Eropah dan Amerika Syarikat.3 Friedman

2 Kerajaan Mamluk pernah mengamalkan penggunaan dinar dan dirham sebagai mata wang dalam tempoh yang agak lama. Lihat al-Maqrizi (1957).

3 Rekod menunjukkan bahawa antara tahun 1833 hingga 1836 harga meningkat sebanyak 28 peratus di Amerika Syarikat. Kenaikan harga ini berlaku selepas satu tempoh apabila harga tidak banyak berubah sejak tahun

1820-an. Lihat Lee dan Pasell (1979).

4

Page 5: Contoh Review Artikel

(1975) menjelaskan inflasi awal pernah berlaku apabila penemuan emas besar-besaran di Australia dan California dalam tahun 1850. Keadaan tersebut telah membawa kepada inflasi dunia kerana menyebabkan peningkatan pesat dalam kuantiti wang. Selain itu, menurut Ruffin & Gregory (1983), keadaan yang sama juga pernah berlaku antara tahun 1833 hingga 1836 di mana mata wang campur nota bank telah meningkat sebanyak 64 peratus kerana disebabkan kenaikan stok wang dalam bentuk aliran masuk perak dari Maxico. Walaupun inflasi pernah berlaku pada tahun 1830-an namun, pada masa yang sama terdapat juga peningkatan wang dalam peredaran. Selain itu, tempoh baru ketidakstabilan pula bermula dengan penamatan sistem bimetallic pada tahun 18734.

Manakala menurut Jastram (1997) keadaan deflasi5 juga pernah berlaku pada zaman sistem bimatalic iaitu pada tahun 1873 kesan daripada Perang Nepoleon (1803-1815)6. Keadaan ini berakhir, hanya apabila terdapatnya penemuan emas baru di Afrika Selatan7 yang

4 Krisis ekonomi pada masa itu berlaku selama 6 tahun disebabkan masalah ekonomi di Eropah dan mengakibatkan kejatuhan Jay Cook and Company iaitu bank terbesar di Amerika Syarikat. Hal ini juga

menimbulkan spekulasi terhadap perang saudara di Amerika Syarikat. Kejadian inflasi pada masa itu juga adalah disebabkan kejatuhan harga perak yang menghancurkan industri pertambangan Amerika Utara. Ini berlaku rentetan

daripada undang-undang mata wang 1873. Lihat http://cesarzc.wordpress.com [11 April 2010]. 5

? Dalam ekonomi, deflasi merupakan penurunan tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan yang berterusan di bawah inflasi sifar. Deflasi adalah lawan kepada inflasi. Bagi ahli ekonomi, istilah ini menjadi dan kadang kala digunakan untuk merujuk pada penurunan dalam jumlah bekalan wang (sebagai satu sebab langsung penurunan dari tingkat harga umum). Akan tetapi, kini penurunan jumlah bekalan wang ini lebih sering dirujuk sebagai sebuah "pengecutan" belakan wang. Ketika deflasi, permintaan untuk kecairan akan naik, berbanding barangan atau faedah. Sewaktu deflasi kuasa beli wang juga naik. Lihat Skene (1992) dan Beckworth (2008)

6

? Perang Napoleon ialah satu siri konflik yang diisytiharkan terhadap Empayar Perancis Napoleon dengan beberapa set pertukaran negara bersekutu Eropah oleh penentang kerajaan campuran yang berlangsung dari tahun 1803 sehingga 1815. Peperangan yang berterusan dalam siri Napoleon adalah disebabkan oleh Revolusi Perancis pada tahun 1789. Hasil daripada perang Napoleon, Empayar British pula yang menjadi kuasa yang paling kuat pada abad yang seterusnya. Tiada kata sepakat yang pernah wujud bila Perang Revolusi Perancis berakhir dan Perang Napoleon tercetus. Antara peristiwa-peristiwa penting semasa era Perang Napoleon tercetus termasuklah 9 November 1799, iaitu apabila Napoleon Bonaparte merampas kuasa di Perancis bersama-sama 18 Brumaire; 18 Mei 1803, apabila pengisytiharan baharu peperangan antara pihak Britain dan Perancis yang membawa kepada zaman akhir keamanan di Eropah antara tahun 1792 dan 1814; dan 2 Disember 1804, apabila Bonaparte menjadi seorang Maharaja. Siri Peperangan Napoleon berakhir dengan kekalahan Napoleon di Waterloo pada 18 Jun 1815 dan Perjanjian Kedua Paris. Lihat [http://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Napoleon], 1 Jun 2010.

7

? Emas boleh dihasilkan dengan banyak dan bermutu tinggi pada masa itu di Afrika Selatan kerana telah menggunakan proses sianida. Bijih emas berupa partikel halus yang tersisa setelah mineral berharga dihasilkan dari batuan. Biasanya sisa ekstrak tersebut di buang ke dalam sungai atau ditampung dalam tab pengumpul, sisa tersebut dinamakan dengan tailing. Proses Amalgamasi merupakan salah satu tahap awal yang dilakukan pada ekstrak emas dan perak. Keputusan proses ini ada dua, pertama mineral yang diekstrak (emas dan perak) dan sisa yang masih mengandungi emas dan perak. Berdasarkan hasil kajian menunjukkan bahawa kadar emas yang didapati daripada proses Amalgamasi masih rendah iaitu sekitar 40% dan kehilangan air raksa yang digunakan cukup besar iaitu 5-10%. Salah satu cara untuk meningkatkan kejayaan kadar emas dan perak adalah dengan proses sianida, ternyata keputusan yang diperoleh dalam proses sianida cukup memuaskan. Pencapaian akhir yang didapati bermula daripada pelarutan sampai mendapatkan emas murni dengan cara elektrolisis adalah lebih 70%. Prosedur pemprosesan emas dengan sianida adalah dengan melarutkan emas dengan natrium sianida dan oksigen diperlukan bagi menjalankan proses ini. Pemprosesan sianida adalam mengikut langkah-langkah berikut; pelarutan (leaching) bijih emas, penyerapan (adsorption), pelarutan kembali (desorption), pemendapan dan elektrolisis. Kesan penggunaan sianida dalam proses sianida sangat besar terhadap kelangsungan makhluk hidup. Sianida merupakan

5

Page 6: Contoh Review Artikel

meningkatkan lagi permintaan untuk emas. Oleh itu, penghasilan dan penempaan emas di Afrika Selatan telah menamatkan keadaan inflasi sehingga tahun 1920.

Masalah inflasi juga biasanya timbul terhadap negara-negara yang mengamalkan specie standard sewaktu tempoh peperangan seperti Perang Nepoleon (1803-1815), Perang Saudara Amerika Syarikat (1861-1865), Perang Dunia I (1914-1918) dan Perang Dunia II (1939-1945). Sebagai bukti, sewaktu revolusi Perancis negara-negara seperti Perancis, Belanda, Britain dan beberapa buah negara lain telah mengikuti piawaian mata wang (specie standard) berikutan kejatuhan nilai emas (disebabkan inflasi). Manakala Britain, Austria-Hungary, Rusia dan beberapa negara lain kembali kepada specie standard (disebabkan deflasi) selepas Perang Dunia I. Kebanyakan negara beralih kepada piawaian emas, di mana mereka telah membeli emas dan menjual perak, hal ini mencipta inflasi bagi negara-negara menggunakan perak dan deflasi bagi negara-negara yang menggunakan emas.

Peperangan dan penemuan emas secara besar-besaran merupakan dua keadaan yang menjadi penyebab kepada inflasi dan deflasi dalam sistem bimetallic dan piawaian emas klasikal. Walau bagaimanapun, menurut Bordo (1992), sistem piawaian emas memperlihatkan pengaliran keluar masuk emas bagi negara-negara besar sentiasa terjaga dan kedudukan imbangan pembayaran sentiasa stabil. Polisi sistem piawaian emas dalam menjaga keseimbangan tersebut adalah dengan mengehadkan aktiviti ekonomi bagi mengembalikan nilai emas apabila emas berkurangan. Jadual 1 menunjukkan data tahunan inflasi yang bermula tahun 1914 sehingga tahun 1936.

Jadual 1 DataTahunan Inflasi Tahun 1914-1936YEAR JAN FEB MAR APR MAY JUN JUL AUG SEP OCT NOV DEC AVE  1936

  1.47%

  0.73%

  0.00%

  -0.72%

  -0.72%

  0.73%

  1.46%

  2.19%

  2.19%

  2.19%

  1.45%

  1.45%

  1.04%

  1935

  3.03%

  3.01%

  3.01%

  3.76%

  3.76%

  2.24%

  2.24%

  2.24%

  0.74%

  1.48%

  2.22%

  2.99%

  2.56%

  1934

  2.33%

  4.72%

  5.56%

  5.56%

  5.56%

  5.51%

  2.29%

  1.52%

  3.03%

  2.27%

  2.27%

  1.52%

  3.51%

  1933   9.79%

  -9.93%

  -10.00%

  -9.35%

  -8.03%

  -6.62%

  -3.68%

  -2.22%

  -1.49%

  -0.75%

  0.00%

  0.76%

  -5.09%

  1932

  -10.06%

  -10.19%

  -10.26%

  -10.32%

  -10.46%

  -9.93%

  -9.93%

  -10.60%

  -10.67%

  -10.74%

  -10.20%

  -10.27%

  -10.30%

  1931

  -7.02%

  -7.65%

  -7.69%

  -8.82%

  -9.47%

  -10.12%

  -9.04%

  -8.48%

  -9.64%

  -9.70%

  -10.37%

  -9.32%

  -8.94%

  1930

  0.00%   -0.58%

  -0.59%

  0.59%

  -0.59%

  -1.75%

  -4.05%

  -4.62%

  -4.05%

  -4.62%

  -5.20%

  -6.40%

  -2.66%

  1929

  -1.16%

  0.00%

  -0.58%

  -1.17%

  -1.16%

  0.00%

  1.17%

  1.17%

  0.00%

  0.58%

  0.58%

  0.58%

  0.00%

  1928

  -1.14%

  -1.72%

  -1.16%

  -1.16%

  -1.15%

  -2.84%

  -1.16%

  -0.58%

  0.00%

  -1.15%

  -0.58%

  -1.16%

  -1.15%

  1927

  -2.23%

  -2.79%

  -2.81%

  -3.35%

  -2.25%

  -0.56%

  -1.14%

  -1.15%

  -1.14%

  -1.14%

  -2.26%

  -2.26%

  -1.92%

  1926

  3.47%   4.07%

  2.89%

  4.07%

  2.89%

  1.14%

  -1.13%

  -1.69%

  -1.13%

  -0.56%

  -1.67%

  -1.12%

  0.94%

  1925

  0.00%   0.00%

  1.17%

  1.18%

  1.76%

  2.94%

  3.51%

  4.12%

  3.51%

  2.91%

  4.65%

  3.47%

  2.44%

  1924

  2.98%   2.38%

  1.79%

  0.59%

  0.59%

  0.00%

  -0.58%

  -0.58%

  -0.58%

  -0.58%

  -0.58%

  0.00%

  0.45%

  1923

  -0.59%

  -0.59%

  0.60%

  1.20%

  1.20%

  1.80%

  2.38%

  3.01%

  3.61%

  3.59%

  2.98%

  2.37%

  1.80%

racun pembunuh yang paling ampuh untuk semua jenis makhluk hidup, sianida boleh larut dalam air, sedimen dan hidupan laut. Akibatnya terjadi pencemaran pada hidupan laut dan merosakan kitaran semulajadi hidupan. Untuk mengurangkan kesan negatif dari pemprosesan emas tersebut, maka diperlukan batasan-batasan yang perlu dilaksanakan bagi setiap industri pengolahan emas di samping penggunaan teknologi peneutralan sianida dengan sodium metabisulfat. Lihat Mukkadis (2008).

6

Page 7: Contoh Review Artikel

  1922

  -11.05%

  -8.15%

  -8.74%

  -7.73%

  -5.65%

  -5.11%

  -5.08%

  -6.21%

  -5.14%

  -4.57%

  -3.45%

  -2.31%

  -6.10%

  1921

  -1.55%

  -5.64%

  -7.11%

  -10.84%

  -14.08%

  -15.79%

  -14.90%

  -12.81%

  -12.50%

  -12.06%

  -12.12%

  -10.82%

  -10.85%

  1920

  16.97%

  20.37%

  20.12%

  21.56%

  21.89%

  23.67%

  19.54%

  14.69%

  12.36%

  9.94%

  7.03%

  2.65%

  15.90%

  1919

  17.86%

  14.89%

  17.14%

  17.61%

  16.55%

  14.97%

  15.23%

  14.94%

  13.38%

  13.13%

  13.50%

  14.55%

  15.31%

  1918

  19.66%

  17.50%

  16.67%

  12.70%

  13.28%

  13.08%

  17.97%

  18.46%

  18.05%

  18.52%

  20.74%

  20.44%

  17.26%

  1917

  12.50%

  15.38%

  14.29%

  18.87%

  19.63%

  20.37%

  18.52%

  19.27%

  19.82%

  19.47%

  17.39%

  18.10%

  17.80%

  1916

  2.97%

  4.00%

  6.06%

  6.00%

  5.94%

  6.93%

  6.93%

  7.92%

  9.90%

  10.78%

  11.65%

  12.62%

  7.64%

  1915

  1.00%

  1.01%

  0.00%

  2.04%

  2.02%

  2.02%

  1.00%

  -0.98%

  -0.98%

  0.99%

  0.98%

  1.98%

  0.92%

  1914

  2.04%

  1.02%

  1.02%

  0.00%

  2.06%

  1.02%

  1.01%

  3.03%

  2.00%

  1.00%

  0.99%

  1.00%

  1.35%

Sumber: www.InflationData.com, 05 Ogos 2008

b) Sistem Bretton Woods (1944-1971)

Keadaan inflasi adalah lebih rendah dalam keseluruhan pertukaran pada zaman Bretton Woods berbanding tempoh pra pertukaran dan diikuti kadar pertukaran terapung. Ilustrasi ini menunjukkan kepentingan dalam kestabilan sandaran nominal (nominal anchor) diberikan oleh sistem piawaian emas dan varian dalam sistem Bretton Woods. Begitu juga sistem piawaian emas turut memperlihatkan komitmen mekanisme yang boleh dipercayai. Namun, pada asasnya perjanjian Bretton Woods telah merasmikan penggunaan sistem wang kertas bersandarkan emas dalam sistem kewangan antarabangsa.

Menurut Bordo (1992), bukti empirikal juga menunjukkan dengan jelas bahawa inflasi hampir tidak berlaku di bawah sistem piawaian emas dan Bretton Woods berbanding di bawah rejim tanpa sandaran emas. Pada awal pelaksanaan sistem Bretton Wood kadar inflasi agak tinggi berlaku di Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, kejadian inflasi ini tidak dianggap luar biasa. Menurut Mansor (1990), keadaan inflasi yang sama juga turut melanda beberapa buah negara lain selepas Perang Dunia I. Inflasi pada tahun 1946-1948 dianggap sebagai inflasi sederhana jika dibandingkan dengan keadaan inflasi Jerman pada tahun 1922. Manakala pada tahun 1950 sehingga 1960, purata kadar inflasi di Amerika Syarikat menunjukkan 1.99 peratus setahun. Begitu juga keadaan inflasi di negara-negara industri lain yang menunjukkan kadar inflasi yang agak rendah dan peningkatan harga runcit berlaku di sekitar 2 hingga 4 peratus setahun.

Selepas tahun 1960 dan sehingga tahun 1970, inflasi telah mula menunjukkan tanda-tanda bahawa fenomena ini menjadi semakin genting. Walaupun di kebanyakan negara dunia pada masa ini menunjukkan kadar inflasi yang rendah iaitu sekitar 4.1 peratus setahun, namun terdapat beberapa buah negara yang mengalami inflasi yang agak tinggi seperti Argentina dengan kadar purata inflasi sebanyak 22.2%, Chile dengan purata 28.5% manakala Brazil sebanyak 44.2% (Mansor 1990).

7

Page 8: Contoh Review Artikel

c) Sistem Apungan Mata Wang (1973 – sekarang)

Pada bulan Mac 1973, kerajaan Amerika Syarikat telah bersetuju memansuhkan piawaian emas melalui sistem Bretton Woods dan dolar diapungkan tanpa sebarang sandaran. Pada awal pemansuhan sistem Bretton Woods, kebanyakan komoditi seperti minyak, yang mana dinilai dalam dolar meningkat dengan pantas. Situasi ini menunjukkan harga emas meningkat secara drastik sekaligus menjadi penyebab kejatuhan dolar dengan cepat8.

Pada tahun 1970-an, sejarah inflasi dunia telah merekodkan bahawa tempoh ini merupakan satu kejadian inflasi yang luar biasa dan belum pernah berlaku sebelun ini. Situasi inflasi ini berlaku dalam pada tahun 1973 dan 1974, namun dalam masa yang sama berlaku juga peningkatan harga yang tinggi pada tahun 1979 meskipun inflasi tersebut belum pulih sepenuhnya. Inflasi tahun 1970-an mempunyai kadar yang tinggi dan berlanjutan untuk beberapa tahun. Pelbagai usaha dibuat untuk membendung inflasi ini namun, kadar inflasi terus juga tinggi. Inflasi ini menjadi fenomena yang bersifat antarabangsa apabila hampir ke semua negara perdagangan bebas mengalaminya walaupun dalam kadar yang berbeza. Menurut Ruggiero (2002), keadaan ini berlaku kerana secara psikologinya dolar tiada sandaran emas yang mendorong berlakunya inflasi sehingga mencapai hampir 14% pada tahun 1980. Terdapat pelbagai faktor dan peristiwa yang dikaitkan dengan kejadian inflasi 1970-an. Antaranya ialah:

a) Krisis minyak yang berlaku pada tahun 19739 dan pada tahun 1978/8010. Kejadian ini berlaku apabila Organisasi Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) secara kartel telah meletakkan harga yang tinggi terhadap bahan tenaga utama tersebut. Harga minyak antara tahun 1971 sehingga 1973 ialah purata USD2.13 setong dan pada tahun 1974

8 Menurut Lassonde (2005) mata wang menjunam jatuh dan emas telah melambung naik pada awal pemansuhan sistem Bretton woods. Harga emas bergerak dari $1.12/g ($35/oz) kepada $2.90/g ($90/oz) dalam masa sebulan. Sebagaimana inflasi terarah lebih tinggi, harga emas akan mengikutinya. Dari tahun 1970 sehingga 1978, dolar kehilangan nilai lebih kurang 50% berbanding Mark Jerman Mark dan Yen Jepun. Kepercayaan kepada dolar telah mencapai kepada tahap yang paling rendah pada tahun 1978 apabila Persekutuan menerbitkan bon Carter. Sebagaimana dunia tidak lagi mahu kepada dolar, bon-bon ini telah dinamakan dalam Marks Jerman dan Yen Jepun. Harga emas semakin meningkat dengan terbitan bon ini sehingga mencecah lebih $25.72/g ($800/oz) dalam bulan January 1980. Peningkatan yang melebihi 2000% ini merupakan peningkatan luar biasa yang belum pernah berlaku sebelum ini. Semua ini menandakan kepercayaan kepada dolar telah hilang dan menemui kembali peranan emas sebagai mata wang asas dalam mencari penyelesaian terakhir.

9Menurut Ruggiero (2002), krisis minyak ini berlaku selama dua tahun dari 15 Oktober 1973 sehingga 1975. Kenaikan harga minya yang melampau yang ditetapkan oleh OPAC dan organisasi tersebut dipersalahkan kerana mengeluarkan empat kali harga minyak mentah dalam tahun 1970-an. Pada masa yang sama juga Amerika Syarikat terpaksa mengeluarkan kadar pembiayaan yang tinggi untuk membiayaai Perang Viatnam sekaligus telah menyebabkan berlakunya stagflasi di Amerika Utara. Lihat (http://cesarzc.wordpress.com,11 April 2010). Justeru, anggota OPEC sepakat untuk menggunakan pengaruh mereka atas dunia-harga minyak untuk mewujudkan mekanisme untuk menstabilkan pendapatan dengan meningkatkan harga minyak dunia. http://id.wikipedia.org/wiki/Krisis_minyak_1973, 1 Jun 2010.

10

? Krisis minyak pada masa ini berlaku selama dua tahun. Krisis ini disebabkan oleh revolusi Iran yang menyebabkan harga minyak melonjak naik dan munculnya krisis tenaga pada tahun 1979. Perubahan rejim pemerintahan di Iran menyebabkan bekalan minyak Iran menurun dan ini menjadikan harga minyak melambung naik. Lihat http://cesarzc.wordpress.com [11 April 2010].

8

Page 9: Contoh Review Artikel

harga tersebut telah meningkat menjadi USD10.77 setong. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak lima kali ganda atau 405 peratus. Harga itu kekal dalam lingkungan USD10 hingga USD13 setong sehingga meningkat sekali lagi dengan kadar 44.4 peratus pada tahunb 1979 dan 68.5 peratus pada tahun 1980.11

b) Bencana pertanian di Rusia dan Amerika Syarikat pada tahun 1972 dan 1973. Bencana ini telah menyebabkan harga makanan utama dunia telah meningkat dengan kadar yang tinggi (Mansor 1990).

c) Negara-negara utama mengalami defisit penawaran yang besar. Peningkatan defisit ini sebahagiannya berpunca daripada dasar kerajaan meningkatkan perbelanjaan untuk mengekalkan tingkat guna tenaga dan menyekat kejatuhan daya pengeluaran akibat krisis minyak. Sebagai contohnya, defisit perbelanjaan Amerika Syarikat antara tahun 1970 sehingga 1974 tidak melebihi USD22 ribu juta. Namun, pada tahun 1975 defisitnya telah meningkat kepada USD69.3 ribu juta. Defisit Amerika Syarikat kekal diparas itu sehinggalah meningkat pada USD100.4 ribu juta pada tahun 1982 (Mansor 1990).

d) Peningkatan penawaran wang hampir di kesemua negara. Peningkatan wang antara negara adalah disebabkan pelbagai faktor bagi keperluan negara masing-masing. Antaranya adalah untuk membiayai defisit belanjawan, memudahkan pembayaran hutang dalam dan luar negeri, manakala Israel membahkan penawaran wang mereka adalah untuk pembiayaan perang. Namun, punca yang dianggap umum adalah perubahan rizab dunia. Sistem kewangan antarabangsa pada masa itu membolehkan Amerika Syarikat mengalami defisit imbangan pembayaran yang besar tanpa sebarang kesukaran12. Sehingga tahun 1973, di bawah sistem Bretton Woods mata wang negara-negara dunia disandarkan pada dolar Amerika Syarikat. Negara-negara lain perlu menyimpan rizab antarabangsa dalam dolar atau emas. Oleh itu pertambahan keperluan rizab antarabangsa negara-negara itu boleh menyebabkan Amerika Syarikat mengalami defisit imbangan pembayaran yang besar tanpa menjadi masalah kepada Amerika Syarikat kerana ia boleh menggunakan mata wang sendiri untuk membayar import. Akibatnya rizab antarabangsa dunia bertambah dengan banyak. Bagi sesetengah pendapat hal ini menandakan

11 Lassonde (2005) menjelaskan bahawa dalam tahun 1971, harga setong minyak mentah adalah sebanyak $2.71. Manakala tahun 1973, meningkat lebih daripada $12 setong, peningkatan lima kali ganda. Pada tahun 1978, harga minyak mencecah $40 setong. Semua orang percaya bahawa ia hanyalah buat sementara waktu namun, angka tersebut semakin meningkat dan telah mencecah melebihi $100 setong selepas tahun 1980. Ini disebabkan kekuasaan dunia ekonomi dan peningkatan harga sebegini yang sering menjurus kepada inflasi.

12

?Menurut Lassonde (2005), pada akhir tahun 60-an, Amerika Syarikat telah berperang dalam Prang Vietnam dan ini memerlukan kos yang besar. Selepas itu, Amerika Syarikat memerangi Al Qaeda's di Afghanistan, Iraq dan membuat operasi tersembunyi di negara Timur Tengah yang lain. Peperangan memerlukan kos yang besar dan tidak produktif. Keadaan ini telah membawa kepada inflasi sebagaimana kerajaan akan mengalami defisit bajet yang besar dan hutang untuk bayar kepada mereka. Bajet Amerika Syarikat hilang dari lebih $200 juta kepada defisit $450 juta, dan ini tidak dikira kos keseluruhan Perang Iraq. Ia dikatakan jumlah sebenar defisit lebih daripada $650 juta. Maka, tidak hairanlah apabila Bank Simpanan Persekutuan cuba mengambil kesempatan terhadap situasi tersebut dengan memberi pinjaman dalam jumlah yang besar. Hal ini mula berlaku pada tahun 1970-an di mana polisi kewangan teramat rapuh yang boleh diterjemahkan ke dalam kadar benar negatif bagi faedah (interest); dengan ini kos mencetak wang adalah di bawah kadar inflasi. Ini adalah sama dengan keadaan sekarang- terdapat kadar benar negatif di Amerika Syarikat dalam masa tiga tahun berturut-turut. Harga rumah melambung pada tahun 1970-an.

9

Page 10: Contoh Review Artikel

bermulanya perkembangan yang besar dalam kumpulan wang rizab dunia. Sistem kewangan antarabangsa selepas itu tidak pula boleh menyebabkan rizab itu berkurangan (Mansor 1990).

Oleh yang demikian, Ruggiero (2002) berpendapat bahawa inflasi berterusan yang berlaku dalam tahun 1970-an mempunyai kaitan dengan pembubaran ikatan emas dalam sistem kewangan antarabangsa pada tahun 197113. Atau dengan lain perkataan, wujudnya perkaitan rapat kadar inflasi dengan kadar pertumbuhan penawaran wang. Kadar pertumbuhan penawaran wang didapati tinggi di negara yang mengalami inflasi yang tinggi. Sementara di negara yang tidak mengalami inflasi, kadar perumbuhan penawaran wang adalah lebih terkawal.

Jadual 2 DataTahunan Inflasi dari Tahun 1997-2008YEAR JAN FEB MAR APR MAY JUN JUL AUG SEP OCT NOV DEC AVE

  2008   4.28%   4.03%   3.98%   3.94%   4.18%   5.02%              

  2007   2.08%   2.42%   2.78%   2.57%   2.69%   2.69%   2.36%   1.97%   2.76%   3.54%   4.31%   4.08%   2.85%

  2006   3.99%   3.60%   3.36%   3.55%   4.17%   4.32%   4.15%   3.82%   2.06%   1.31%   1.97%   2.54%   3.24%

  2005   2.97%   3.01%   3.15%   3.51%   2.80%   2.53%   3.17%   3.64%   4.69%   4.35%   3.46%   3.42%   3.39%

  2004   1.93%   1.69%   1.74%   2.29%   3.05%   3.27%   2.99%   2.65%   2.54%   3.19%   3.52%   3.26%   2.68%

  2003   2.60%   2.98%   3.02%   2.22%   2.06%   2.11%   2.11%   2.16%   2.32%   2.04%   1.77%   1.88%   2.27%

  2002   1.14%   1.14%   1.48%   1.64%   1.18%   1.07%   1.46%   1.80%   1.51%   2.03%   2.20%   2.38%   1.59%

  2001   3.73%   3.53%   2.92%   3.27%   3.62%   3.25%   2.72%   2.72%   2.65%   2.13%   1.90%   1.55%   2.83%

  2000   2.74%   3.22%   3.76%   3.07%   3.19%   3.73%   3.66%   3.41%   3.45%   3.45%   3.45%   3.39%   3.38%

  1999   1.67%   1.61%   1.73%   2.28%   2.09%   1.96%   2.14%   2.26%   2.63%   2.56%   2.62%   2.68%   2.19%

  1998   1.57%   1.44%   1.37%   1.44%   1.69%   1.68%   1.68%   1.62%   1.49%   1.49%   1.55%   1.61%   1.55%

  1997   3.04%   3.03%   2.76%   2.50%   2.23%   2.30%   2.23%   2.23%   2.15%   2.08%   1.83%   1.70%   2.34%

Sumber: www.InflationData.com, 05 Ogos 2008

Selepas kejadian inflasi pada tahun 1970-an terdapat beberapa krisis kewangan berlaku selepas itu setelah sistem kewangan ekonomi mengamal sistem apungan mata wang. Pada bulan Julai 1997, sejarah mencatatkan satu lagi krisis mata wang atau krisis kewangan yang hebat melanda negara-negara Asia. Negara yang terjejas dengan teruk akibat krisis kewangan tersebut termasuk Indonesia, Korea, Malaysia dan Filipina. Indonesia misalnya pada awal 1998, nilai

13 Apabila berakhirnya sistem Bretton Woods atau piawaian emas telah membentuk banyak pasaran campuran dan perhubungan dasar pada hari ini. Sebagai contohnya, perhubungan negatif antara bon Perbendaharaan dan emas atau antara bon dan inflasi di mana ia tidak sekuat sebelum Presiden Nixon memutuskan piawaian emas. Apabila sistem piawaian emas ditinggalkan, kerajaan mempunyai lebih kuasa untuk mengawal nilai dolar. Nilai dolar dikawal oleh pengurusan bekalan wang melalui Tabung Persekutuan dan penetapan kadar Diskaun Persekutuan (Fed Discount). Sekiranya Persekutuan meningkatkan bekalan wang, nilai dolar akan dikurangkan. Proses ini adalah sama dalam mengurangkan kadar faedah. Secara teorinya, nilai dolar yang lebih rendah boleh menyebabkan inflasi. Keputusan yang sama juga akan berlaku sekiranya kerajaan mencetak lebih banyak wang (Ruggiero 2002).

10

Page 11: Contoh Review Artikel

Rupiah jatuh sebanyak 80% berbanding dengan nilai US$, Thailand, Korea Selatan dan Filipina mengalami penurunan antara 30-50% (Jadual 3).

Jadual 3 Maklumat Makro Ekonomi Negara Asia TerpilihNegara Baki Akaun Semasa

% KDNKPenurunan Mata Wang Relatif kpd US$ (1/97-2/98)

Indonesia -3.4 -4.5 -76Malaysia -6.3 -9.9 -39Filipina -4.5 -2.9 -36Singapura 15.2 16.2 -16Korea Selatan -4.9 2.7 -43Taiwan 4.0 1.8 -17Thailand -7.9 -4.2 -49Sumber: J.P. Morgan, World Financial Markets, First Quarter 1998

Manakala, krisis ekonomi global atau krisis kewangan Amerika Syarikat 2008 pula merupakan krisis terkini yang berlaku dalam abad 21. Krisis ini adalah merujuk kepada keruntuhan ekonomi, perdagangan, gadai janji subprima perumahan di Amerika Syarikat yang semakin parah sejak 2007 dan berlarutan pada tahun 2008. Keadaan ini dilihat hampir sama dengan Krisis Kewangan Asia 1998. Malahan sesetengah ahli ekonomi berpendapat bahawa krisis ini dilihat seumpama Great Depression pada tahun 1930. Krisis ekonomi global telah memperlihatkan bursa saham di seluruh dunia menjunam jatuh dan bankrupt bermula bulan September 2008. Keadaan ini berlaku apabila beberapa buah syarikat gergasi di Amerika Syarikat terjerumus ke dalam masalah kewangan akibat krisis kredit perumahan. Walaupun krisis ekonomi ini sangat teruk tetapi Amerika Syarikat masih mampu bertahan kerana kebanyakan perdagangan dunia diuruskan dengan Dolar Amerika Syarikat.

Melalui data sejarah inflasi yang bermula daripada sistem bimatallic sehingga sistem apungan menunjukkan bahawa terdapat beberapa keadaan inflasi yang dicatatkan dalam tempoh-tempoh tersebut. Perbezaan yang nyata antara zaman tersebut adalah punca utama berlakunya keadaan inflasi. Sebagai contohnya, faktor inflasi daripada sistem bimatallic dan piawaian emas tetap adalah disebabkan peperangan dan penemuan sumber emas secara besar-besaran. Faktor-faktor ini dilihat amat sukar atau mustahil lagi untuk berlaku pada masa sekarang. Namun, berbeza dengan faktor inflasi dalam sistem apungan di mana faktor-faktor tersebut akan wujud bila-bila masa selagi sistem mata wang diapungkan dan tanpa apa-apa sandaran seperti hari ini. Hal ini pernah ditegaskan oleh Bordo (1995) dalam kajiannya yang berkaitan dengan ‘The International Monetary Sistem: The Missing Faktor’.

Bordo (1995) percaya dengan apa yang dibuktikan secara empirikal bahawa inflasi hampir tiada di bawah sistem piawaian emas dan Bretton Woods berbanding di bawah rejim tanpa sandaran emas (sistem apungan). Ini kerana kaedah pertukaran dalam rejim piawaian emas merupakan satu mekanisme komitmen yang tetap dan stabil. Sistem ini adalah berbeza dengan sistem kewangan semasa (sistem apungan), kerana wujudnya keadaan tidak konsisten dalam polisi optimum kerajaan kerana tidak mempunyai satu mekanisme yang memimpin kerajaan ke arah kestabilan polisi dalam menangani masalah inflasi. Contoh yang jelas adalah sekiranya kerajaan mengumumkan pemberian kadar untuk pertumbuhan kewangan, masyarakat akan mengikuti dan mempercayainya, namun kuasa tersebut adalah merupakan satu insentif untuk

11

Page 12: Contoh Review Artikel

mencipta kejutan kewangan sama ada untuk mengurangkan pengangguran ataupun untuk menguasai hasil seigniorage.

Kestabilan Nilai Emas Sebagai Mata Wang

Menurut tinjauan sejarah, sistem kewangan berasaskan emas hampir tiada kemerosotan dan peningkatan harga yang mendadak. Secara umumnya, sistem emas mampu beroperasi dengan hampir memenuhi segala teori dan fungsi mata wang seperti yang digariskan oleh pakar ekonomi dalam menentukan kestabilan dan keadilan sistem kewangan. Carta 2 menunjukkan carta pergerakan harga emas bermula tahun 1833 sehingga 1998.

Carta 2 Pergerakan nilai emas bermula tahun 1833 sehingga 1998Sumber: http://www.kitco.com [23 April 2010]

Berdasarkan carta di atas, harga emas bermula tahun 1833 sehingga tahun 1930 adalah stabil. Harga emas yang direkodkan pada tempoh tersebut adalah dalam lingkungan harga USD20.65 hingga USD 20.72. Situasi ini menunjukkan bahawa harga emas sebelum Perang Dunia I adalah stabil iaitu dengan harga tidak melebihi USD20. Menurut Eichengreen (1991), kestabilan piawaian emas sebelum perang boleh dikatakan berpunca daripada dua faktor iaitu kebolehpercayaan14 dan kerjasama. Kebolehpercayaan dan kerjasama merupakan pusat kepada kelancaran operasi bagi piawaian emas sebelum perang. Selepas Perang Dunia I, kedua-dua ruang lingkup peranan ini semakin menurun. Keadaan ketidakstabilan piawaian emas semasa tempoh perang merupakan bukti kepada kehilangan kebolehpercayaan dan kerjasama antara negara pengamal sistem piawaian emas.

14 Eichengreen (1991) yakin kebolehpercayaan piawaian emas wujud daripada keutamaan yang dilakukan oleh kerajaan terhadap keseimbangan imbangan pembayaran. Bagi negara-negara besar seperti Britain, Perancis, dan Jerman terdapat sedikit masalah dengan kuasa yang akan diambil bagi menghalang rizab emas bank pusat dan untuk mengekalkan pertukaran mata wang dengan emas. Sekiranya salah sebuah bank pusat negara tersebut mengalami kemerosotan dalam rizab emas, maka kadar pertukarannya akan menjadi lemah. Bagi menguatkan kadar pertukaran, negara perlu mengambil langkah mempertahankan rizab emas melalui pengaliran masuk dana dari luar negara sekaligus memperoleh laba modal pelabur-pelabur aset tempatan. Kadar pertukaran dikuatkan dengan kehendaknya sendiri. Oleh yang demikian, kestabilan aliran modal dapat diminimumkan keperluan campur tangan kerajaan.

12

Page 13: Contoh Review Artikel

Terdapat beberapa kajian yang membuktikan bahawa sepanjang tempoh sistem piawaian emas klasikal iaitu dari tahun 1717 sehingga 1914 harga emas adalah stabil dan hampir tiada inflasi. Bordo (1992) membuktikan bahawa emas sebagai pentabil harga jangka kerana harga emas sepanjang tempoh 1821 sehingga 1914 adalah relatif stabil dan hampir tiada inflasi. Bordo (1992) juga berpendapat bahawa seandainya negara-negara yang mengamalkan sistem piawaian emas sejak kurun ke 18 sehingga sekarang, peristiwa sepanjang sistem tersebut hampir-hampir tiada kewujudan inflasi berbanding sewaktu era Perang Dunia II apabila inflasi menunjukkan signifikan dan positif.

Selain itu, kajian Lassonde (2005) turut menyokong bahawa hampir 200 tahun iaitu dari tahun 1717 sehingga 1914, harga emas adalah tetap dan stabil dalam sistem piawaian emas klasikal. Walau bagaimanapun, tempoh antara tahun 1800-1817 iaitu sewaktu perang Nepoleon adalah terkecuali di mana keadaan tersebut mencetuskan inflasi akibat kesukaran dalam mengawal ketetapan harga emas. Manakala bermula tahun 1870 sehingga 1914 emas secara keseluruhannya menjadi piawaian mata wang. Pada ketika itu, sistem kewangan London mendominasi piawaian ini dan sekaligus telah memperlihatkan kestabilan dan kekuatan bagi kerajaan British. Apa yang menariknya adalah kestabilan emas lebih kuat pada masa itu apabila terdapat bekalan emas baru dan penemuan yang mengubah industri.

Lassonde (2005) menyokong kajian yang telah dilakukan oleh Bordo (1992) bahawa masing-masing membuktikan secara historical bahawa harga emas juga sentisa stabil dan tidak terjejas dengan melampau walaupun dalam tempoh sebelum perang. Ini dibuktikan pada tahun 1901 harga emas hanya berlaku sedikit peningkatan daripada USD20.65 kepada USD20.71. Keadaan ini menunjukkan bahawa peperangan besar tidak memberi kesan yang melampau terhadap harga emas. Begitu juga dalam tempoh hiperinflasi sekitar tahun 1918 sehingga tahun 1926 juga menunjukkan harga emas kekal ditempat yang stabil walaupun harga perauns emas mengalami sedikit peningkatan. Purata harga emas sepanjang sembilan tahun tempoh hiperinflasi adalah sebanyak USD20.74 satu auns. Keadaan ini turut menjelaskan bahawa harga emas tetap stabil walaupun dalam keadaan hiperinflasi.

Seterusnya, dalam tempoh Great Depression iaitu sekitar tahun 1929 sehingga tahun 1933 harga emas masih stabil dan hampir tidak tergugat dengan fenomena ekonomi pada masa itu. Harga emas yang direkodkan pada tahun 1929 adalah sebanya USD20.63 dan berlaku sedikit peningkatan pada tahun 1933 iaitu sebanyak USD20.69. Selepas tempoh Great Depression harga emas dilihat terus meningkat ke angka USD30 perauns dan terus meningkat ke jumlah USD35 perauns selepas berakhirnya sistem piawaian emas klasikal. Manakala sepanjang tempoh pelaksanaan sistem Bretton Woods iaitu bermula tahun 1944 sehingga tahun 1971 harga emas juga berada pada kedudukan yang agak stabil iaitu antara USD31.69 sehingga USD41.09.

Berdasarkan carta 2 didapati harga emas meningkat secara mendadak pada tahun 1971 apabila emas tidak lagi dijadikan sandaran dalam sistem kewangan dunia atau dengan kata lain sistem mata wang apungan mula digunapakai. Harga emas pada tahun tersebut meningkat ke angka USD40.80 perauns emas dan harga emas telah meningkat dengan drastiknya pada tahun-tahun berikutnya. Kemuncak kenaikan harga emas berlaku pada tahun 1970-an iaitu mencecah melebihi USD600. Hal ini berlaku adalah rentetan daripada berlakunya krisis ekonomi global

13

Page 14: Contoh Review Artikel

dan terdapat kejutan peningkatan harga minyak tahun 1973 dan 1979. Akibatnya terjadi kenaikan kadar inflasi dan keraguan mengenai jangkaan pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat.

Manakala pada tahun 1981, harga emas kembali mengecut berbanding tahun sebelumnya apabila ekonomi dunia kembali pulih daripada krisis ekonomi global. Kesan daripada itu, harga emas telah menyusut sebanyak 32 peratus dan kemerosotan ini yang paling tinggi dalam sejak 30 tahun. Selepas itu, harga emas direkodkan menurun secara puratanya sebanyak 11 peratus setahun di antara tahun 1980 hingga tahun 1985. Hal ini berlaku akibat pengurangan kadar inflasi di Amerika Syarikat daripada 13.3 peratus kepada 3.8 peratus (Jastram 1997). Sejak tahun 1980-an sehingga sekarang harga emas dilihat sentiasa mengalami penurunan dan kenaikan dalam jangka masa pendek. Namun, jika dilihat dalam aliran jangka panjang harga emas semakin meningkat setiap tahun. Keadaan ini berlaku kerana emas sudah diniagakan seperti komoditi lain yang bergantung sepenuhnya kepada kuasa pasaran dan faktor-faktor pasaran. Carta 3 dan 4 masing-masing menunjukkan pergerakan harga emas sepanjang 30 hari dan 10 tahun dari tahun 2000 sehingga 2010.

Carta 3 Pergerakan Harga Emas 30 HariSumber: http://www.kitco.com/charts/popup/au0030lnb.html [10 April 2010]

14

Page 15: Contoh Review Artikel

Carta 4 Pergerakan Harga Emas 10 Tahun dari Tahun 2000-2010Sumber: http://www.kitco.com/charts/popup/au3650nyb.html [10 April 2010]

Kestabilan harga emas sepanjang tempoh gold standard juga disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Roy Jastram (1997) yang direkodkan dalam bukunya ‘The Golden Constant: The English and American Experience 1560-1976’. Hasil kajian Jastram menjurus kepada pembuktian kestabilan emas dalam aliran jangka panjang yang telah menunjukkan putaran inflasi dan deflasi selama 400 tahun dan data yang diperoleh adalah meliputi 4 negara besar iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis dan Jerman. Melalui data tersebut menunjukkan inflasi pernah berlaku bermula dari tahun 1780 sehingga 1815; deflasi berlaku sehingga tahun 1850; inflasi sehingga 1873; deflasi sehingga 1896; inflasi sehingga 1920 dan deflasi sehingga 1935. Meskipun mengganggu kitaran ini, emas stabil dalam jangka panjang kerana harga meningkat selama fasa pengembangan yang diimbangi oleh harga menurun selama fasa pengecutan. Menurut Anikin (1983), kestabilan emas dan wang emas adalah berkait rapat dalam mewujudkan sifat anti inflasi. Ini kerana kuasa beli emas terbentuk secara spontan dan semulajadi serta mudah menjadi stabil untuk jangka masa panjang, berbeza dengan kuasa beli wang kertas yang bergantung kepada berapa banyak wang kertas tersebut dicetak dan dikeluarkan oleh sesebuah negara. Secara dasarnya wang emas dilihat lebih cenderong ke arah kestabilan berbanding dengan wang kertas.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan data siri masa bagi kadar inflasi bermula dari tahun 1880 hingga 2008. Tempoh masa yang digunakan terbahagi kepada tiga sistem iaitu sistem piawaian emas ; sistem piawaian emas penuh (1880-1914) dan sistem piawaian pertukaran emas (1925-1931) , sistem Bretton Woods (1946-1972) dan sistem mata wang fiat (1973-2008). Analisis regresi digunakan untuk melihat hubungan antara pemboleh ubah bersandar dan pemboleh ubah tidak bersandar. Hubungan yang berlaku di antara pemboleh ubah boleh jadi linear dan tidak linear. Walau

15

Page 16: Contoh Review Artikel

bagaimanapun, kajian ini hanya akan memberi perhatian bagi kes hubungan linear sahaja. Penggunaan pemboleh ubah patung juga digunakan dalam kajian ini dengan menggunakan pemboleh ubah patung, analisis kajian dapat diperluaskan lagi kepada faktor-faktor yang tidak boleh dikira dengan cara kuantitatif. Jadi, dengan perkataan lain, kesan kualitatif ke atas pemboleh ubah bersandar dapat dilihat. Dalam pembentukan model bagi ketiga-tiga pemboleh ubah, model yang digunakan adalah merujuk kepada (Gujarati 2003) iaitu model analisis regresi mudah:

Yi = β1 + β2 + υi

Model yang digunakan untuk kajian ini ialah:

Y = α + β1 t + σ1 d1 + σ2 d2

Di mana:

Y = kadar inflasit = tahund1 = sistem piawaian emas (Gold Standard)d2 = sistem Bretton Woods

Selain itu, kajian ini turut melakukan Ujian CUSUM untuk menguji kestabilan model. Ujian ini adalah berdasarkan kepada jumlah terkumpul residual. Model yang digunakan dalam ujian CUSUM ialah:

et = yt – xt’bt-1 (1)

Varians yang dianggarkan bagi residual ini ialah

σ2ft = σ2{1 + xt

’ (X’t-1Xt-1)-1xt} (2)

Residual berskala yang ke r ialah wr = er

√1 + x’r(X’

r-1Xr-1)-1xr (3)

Ujian CUSUM adalah berdasarkan kepada jumlah terkumpul residual r=1

wt = ∑ w r r=K+1 σ^ (4)

Di mana T __

^2 = 1 ∑ (wr – w)2 (5) σ T – K – 1 r=K+1

Dan__ r=T

w = 1 ∑ wr. (6)

T –K r=K+1

16

Page 17: Contoh Review Artikel

-30

-20

-10

0

10

20

75 80 85 90 95 100 105

CUSUM 5% Significance

5.0 ANALISIS KAJIAN

Hasil kajian bagi analisis regresi siri masa adalah seperti berikut:1. Inflasi

Inflasi = 11.106 – 0.073t –9.774d1 – 3.779d2

Jadual 5 Anggaran parameter inflasi

Coefficientsa

  Unstandardized Standardized     95% Confidence Correlations

  Coefficients Coefficients     Interval for B      

Model BStd. Error Beta t Sig. Lower Upper Zero- Partial Part

            bound bound order    1 (constant) 11.106 2.284   4.863 0.000* 6.575 15.636      

T -0.073 0.026 -0.622 -2.865 0.005* -0.124 -0.023 0.490 -0.274 -0.217

d1 -9.774 1.800 -1.342 -5.429 0.000* -13.345 -6.202 -0.592 -0.475 -0.411

d2 -3.779 1.070 -0.463 -3.533 0.001* -5.900 -1.657 0.146 -0.332 -0.267

a. Dependent variable: y significant at 1% level

Berdasarkan jadual 2 di atas, nilai koeffisien yang diperoleh untuk d1 adalah -9.774 dan d2 adalah -3.779 dan kedua-duanya adalah signifikan pada aras keertian satu peratus (P < 0.01). Ini bermakna sistem piawaian emas dan sistem Bretton Woods adalah lebih stabil dan lebih rendah kadar inflasinya berbanding sistem mata wang apungan.

Manakala hasil kajian bagi ujian CUSUM untuk inflasi adalah seperti berikut:

Carta 5 Ujian CUSUM ke atas inflasi

17

Page 18: Contoh Review Artikel

Berdasarkan carta 5 di atas, hasil ujian CUSUM bagi pemboleh ubah inflasi menunjukkan ia telah melepasi batasan pada parameter pada tahun yang ke 90, dan ini menunjukkan wujudnya ketidakstabilan ekonomi bermula tahun 1993 iaitu semasa tempoh sistem mata wang apungan.

2. Harga emas

Harga emas = 119.748 + 2.800 t – 159.369d1 – 240.220d2

18

Page 19: Contoh Review Artikel

-20

-10

0

10

20

30

75 80 85 90 95 100 105

CUSUM 5% Significance

Jadual 6 Anggaran parameter harga emas

Coefficientsa

  Unstandardized Standardized     95% Confidence Correlations

  Coefficients Coefficients     Interval for B      

Model BStd. Error Beta t Sig. Lower Upper Zero- Partial Part

            bound bound order    1 (constant) 119.748 71.521   1.674 0.097 -22.131 261.627      

T 2.800 0.801 0.461 3.497* 0.001 1.212 4.388 0.788 0.329 0.161

d1-159.369 56.378 -0.424

-2.827* 0.006 -271.208 -47.530 -0.542 -0.271 -0.130

d2-240.220 33.492 -0.571

-7.172* 0.000 -306.660 -173.781 -0.340 -0.581 -0.329

a. Dependent variable: yb. significant at 1% level

Jadual 6 pula menunjukkan nilai koeffisien yang diperoleh untuk d1 ialah -159.369 dan d2 pula adalah -240.220 dan kedua-duanya adalah signifikan pada aras keertian satu peratus (P < 0.01). Hasil kajian ini sekali gus membuktikan sistem piawaian emas dan sistem Bretton Woods adalah lebih stabil berbanding sistem mata wang apungan.

Untuk ujian CUSUM pula, hasil kajian dapat dilihat di dalam rajah 3 di bawah.

Rajah 6 Ujian CUSUM ke atas harga emas

19

Page 20: Contoh Review Artikel

Hasil ujian CUSUM pada carta 6 menunjukkan bahawa bermula data yang ke 80 iaitu pada tahun 1983, ia telah terkeluar dari batasan. Ini bermakna wujudnya ketidakstabilan harga emas semasa sistem mata wang apungan.

Rumusan Hasil Kajian

Berdasarkan hasil kajian terhadap regresi masa dan ujian CUSUM bagi data inflasi dan harga emas telah menunjukkan bahawa inflasi pada zaman piawaian emas adalah lebih stabil dan lebih rendah berbanding sistem mata wang apungan. Manakala harga emas pada zaman piawaian emas juga menunjukkan kestabilan yang konsisten berbanding sistem apungan. Oleh itu, cadangan penggunaan dinar emas sebagai salah satu instrument kewangan dilihat sebagai satu alternatif yang baik untuk menjamin kestabilan nilai mata wang dan sekaligus dapat mengawal inflasi.

CADANGAN PENGGUNAAN DINAR EMAS DENGAN NEGARA ASIA BARAT

Penggunaan dinar emas boleh dilaksanakan dengan negara-negara di Asia Barat iaitu melalui perdagangan dua hala atau perdagangan pelbagai hala. Cadangan ini adalah cetusan idea yang pernah diutarakan oleh Tun Dr. Mahathir Muhammad dalam pelaksanaan dinar emas melalui Sistem Pembayaran Dua Hala (BPA) dan Pelbagai Hala (MPA). Penggunaan dinar emas dalam BPA melibatkan perdagangan antara dua negara, yang mana dinar emas akan digunakan dalam pembayaran perbezaan jumlah ekport dan import antara dua negara yang terlibat. Sebelum ini Malaysia telah menandatangani perjanjian BPA dengan 24 buah negara dan berhasrat dapat menggunakan konsep dinar emas dengan ke semua negara tersebut tetapi akhirnya hanya tiga buah negara dari Asia Barat yang berminat dan bersetuju untuk berdagang dengan Malaysia melalui penggunaan dinar emas iaitu Iran, Bahrain dan Sudan (Utusan Malaysia. 2002. 02 Mei). Mekanisme ini boleh dilaksanakan dengan syarat terdapat negara-negara lain yang setuju berdagang menggunakan nilai dinar emas.

20

Page 21: Contoh Review Artikel

Rajah 8 Model Pelaksanaan Dinar Emas Dalam Perdagangan Antarabangsa

Sumber: Nor Mohamed (2002)

21

BANK PUSAT

MALAYSIA

BANK PUSAT

INDONESIA

PELABUR DAN SYARIKAT A

PELABUR DAN SYARIKAT B

PELABUR DAN SYARIKAT C

PELABUR DAN SYARIKAT A

PELABUR DAN SYARIKAT B

PELABUR DAN SYARIKAT C

BANK PERDAGANGAN DENGAN AKAUN EMAS

PERBEZAAN NILAI DAGANGAN DI

SELESAIKAN OLEH BANK PUSAT

EKSPORT

IMPORT

Page 22: Contoh Review Artikel

Mekanisme ini melibatkan dua buah negara yang bersetuju menjalankan urusan import eksport. Perbezaan jumlah ekport dan import antara negara inilah yang akan dinilai dalam dinar emas. Sebagai contoh; syarikat A di Malaysia mengekspot getah ke syarikat C di Arab Saudi sebanyak satu juta dolar AS. Syarikat C akan membuat pembayaran dalam bentuk rial kepada Bank pusat Arab Saudi dan bank pusat menukarkannya dalam bentuk dolar AS untuk dibayar kepada bank pusat Malaysia. Syarikat A akan menerima bayaran tersebut dalam ringgit Malaysia daripada Bank Negara Malaysia (BNM). Begitu juga sebaliknya apabila Syarikat B dari Malaysia mengimport minyak mentah daripada syarikat D di Arab Saudi sebanyak 500,000 dolar AS. Masing-masing akan membuat dan menerima bayaran dalam bentuk mata wang negara masing-masing. Perkembangan perdagangan akan dinilai tiga bulan sekali. Selepas tiga bulan Arab Saudi berhutang dengan Malaysia sebanyak 500,000 dolar AS. Maka, di sinilah peranan dinar emas di mana penjelasan baki tersebut akan dinilai dalam dinar (mengikut harga emas semasa). Penjelasan ini akan dibuat di Bank of England15 yang berperanan memindahkan jumlah tersebut daripada akaun simpanan emas Arab Saudi ke akaun simpanan emas Malaysia sebanyak nilai dinar yang bersamaan 500,000 dolar AS tadi. Ciri-ciri sistem BPA yang menggunakan dinar emas iaitu:

a) Pengimport dan pengeksport diawasi oleh bank pusatb) Pengimport dan pengekport boleh menggunakan kemudahan bank untuk menguruskan

urusniaga mereka.c) Tidak menggunakan fizikal emas sebagai pemindahan baki, hanya jika perlu sahajad) Tiada kerugian dalam pertukaran dan risiko mata wang.e) Pelaksanaannya hampir sama dengan BPA biasa cuma ia menggunakan denominasi

emas.f) Ia dibentuk mengikut prinsip syariah.g) Sesuai kepada pengimport dan pengeksport besar dalam pasaran.h) Mengadakan hubungan dengan pasaran bebas dan meluaskan jaringan perdagangan

serta meningkatkan hubungan kerjasama dengan pihak bank.i) Jaminan bayaran oleh pengekport dalam Ringgit tanpa ada risiko hutang.j) Mengurangkan kos transaksi dan mempromosi kerjasama ekonomi antara negara.

Ahamed Kameel (2002) dan Hasanudden (2005) menyokong kaedah ini dan menganggap ia sebagai satu sistem yang adil kerana lebihan nilai dagangan dinilai dengan harga semasa emas yang lebih stabil berbanding wang fiat dan ini tidak akan merugikan mana-mana negara. Mekanisme ini juga akan menjadi satu alternatif untuk menghapuskan kebergantungan kepada US dolar dalam perdagangan antarabangsa dan ini akan memberi kelebihan kepada negara-negara kecil. Semua negara boleh menyertai sistem ini walaupun tidak mempunyai simpanan dinar yang banyak (Ahamed Kameel 2002). Noradli Ridzwan Shah et al. (2004) juga menjelaskan bahawa sistem BPA praktikal untuk dilaksanakan dengan menggunakan dinar emas kerana ia menguruskan transaksi dalam skala besar antara pengeksport dengan pengimport. Barang-barang yang diimport oleh pengimport akan dijual dalam negara kepada pengguna akhir. Seterusnya, pemborong dan peruncit boleh membeli daripada pengimport ini dan mereka tidak berurusan menggunakan mata wang emas tetapi dalam mata wang tempatan sebelum barangan tersebut diedarkan kepada pengguna.

15 Bank of England berperanan sebagai kustodian iaitu sebagai alat perantaraan atau orang tengah.

22

Page 23: Contoh Review Artikel

6.0 PENUTUP

Melalui pengalaman sejarah dalam sistem kewangan dunia didapati bahawa tempoh pegamalan sistem sandaran nilai emas iaitu bermula sistem gold standard, gold exchange standard sehingga sistem Bretton Wood menunjukkan bahawa pergerakan nilai mata wang lebih stabil berbanding dengan sistem apungan yang bermula tahun 1971. Oleh itu, cadangan penggunaan dinar emas dalam perdagangan antarabangsa dengan negara Asia Barat merupakan satu alternatif yang sesuai kerana keistimewaan emas dalam mengawal ketidakstabilan nilai mata wang. Emas atau real money mempunyai kadar kestabilan yang lebih terjamin tanpa dipengaruhi oleh undang-undang permintaan dan penawaran (law of demand and supply), bebas dari inflasi, riba, gharar (keraguan), maysir (perjudian) dan unsur-unsur spekulatif lain. Oleh itu penggunaan kembali sistem emas atau menggunakan mata wang dinar emas mampu mengembalikan semula kestabilan dan keharmonian sistem kewangan yang pernah di kecapi suatu masa dahulu dan yang lebih utama ialah dapat mengurangkan kadar inflasi ekonomi dunia. Penggunaan dinar emas akan dapat menghalang usaha-usaha percetakan dan penghapusan wang dengan sewenang-wenangnya oleh kerajaan. Ini akan mengawal jumlah peredaran wang dan inflasi. Kestabilan nilai dinar akan mengelakkan tindakan spekulatif di pasaran wang antarabangsa. Berbeza dengan wang fiat yang boleh dicetak dan diedarkan tanpa sandaran dengan akan mudah dispekulasikan sehingga boleh mengakibatkan berlakunya krisis kajatuhan matawang Asia pada pertengahan tahun 1997. Graham & Whittlesey (1939) menyokong agenda untuk mengembalikan penggunaan emas sebagai mata wang kerana cara ini akan membawa penyelesaian kepada ketidakseimbangan mata wang. Ini adalah fakta yang jelas dan tidak boleh dicabar bahawa harga emas sekarang adalah tinggi dan penawarannya adalah amat menakjubkan. Justeru itu, kajian lanjutan boleh dilakukan dengan meneliti sejauh mana dinar emas boleh digunakan sebagai mata wang dalam ekonomi semasa pada hari ini.

6. RUJUKAN

1. Brendan Brown (1978), Money Hard and Soft : On The International Currency Markets, Great Bitain: The Macmillan Press LTD, h.126.

2. Edward M. Bernstein (1965), 'Alternatives to Gold-Proposals for a News Reserve Assets' in Gold and World Monetary Problems: National Industrial Conference Board 6-10, 1965.

3. Graham, Frank D., and Charles R. Whittlesey. Golden Avalanche. Princeton, NJ: Princeton University Press, 1939

4. Haraldur Johannson (1997), The Colmination and Collapse of The Breeton Woods Sistem, 1959-1971 (1973), Iceland: Akrafjall.

5. Kemmerer, Edwin Walter (1944), Gold and the Gold Standard: The Story of Gold Money Past, Present, and Future. 1st ed. New York: McGraw-Hill.

6. Lorwin, Lewis L. (1941), Economic Consequences of the Second World War. New York: Random House.

7. Mansor Jusoh and Hamzaid Yahya (1990), Ekonomi Kewangan Antarabangsa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

8. Marcello de Cecco (1974), Money and Empire: The International Gold Standard, 1890-1914. London: Basil Blackwell

23

Page 24: Contoh Review Artikel

9. Maria Cristina Marcuzzo dan Annalisa Rosseli (1986), Ricardo and The Gold Srandard, Joan Hall (translate), London:Macmillan Academic and Professional Ltd

10. Mark Duckenfield (2004), The Monetary History of Gold: A Documentary History, 1660-1999, London: Pickering & Chatto

11. Marquard, Steven (1994), The Distortion Theory of Macroeconomic Forecasting: A Guide for Economists and Investors. Westport, CT: Quorum Books.

12. Michael David Bordo (1981), The Classical Gold Standard : Some Lessons From Today, in Federal Reserve Bank of St. Louis, Edition May 1981

13. Michael Jefferson et.al (1977), A Platform Book: Inflation. London: John Calder (Publishers) Ltd

14. Miltiades Chacholiades (1973), The Pure Theory of International Trade, London; Chicago; Macmillan: Aldine Publication Co, h. 28

15. Peter L. Bernstein (1968), Money, Banking And Gold, cet. 2, New York: Random House16. Roy W. Jastram (1997), The Golden Constant; The English and American Experience 1560-

1976, Barkeley: University of California. 17. Schelling, Thomas C. (1958) International Economics. Boston: Allyn and Bacon.18. Wan Mansor Wan Mahmmod (1983), Urusniaga Pertukaran Mata wang Asing, Kuala

Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka19. Yap Chan Ling (1979), Teori-teori Inflasi, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd 20. Wikipedia; www.wikipedia.org/wiki/Inflasi , 5 Ogos 200921. Wikipedia; http://ms.wikipedia.org/wiki/Richard_Nixon , 4 Ogos 200922. www.InflationData.com , 05 Ogos 2008  23. www.kitco.com , 05 Ogos 200824. www.measuringworth.com 05 Ogos 2009.

Penyumbang artikel :

Salmy Edawati binti YaacobJabatan Syariah, Fakulti Pengajian IslamUniversiti Kebangsaan [email protected]

Sanep AhmadPusat Pengajian Ekonomi,Fakulti Ekonomi dan Perniagaan,Universiti Kebangsaan [email protected]

Wan Najihah binti Wan Mohd ZabariaPusat Pengajian Ekonomi,Fakulti Ekonomi dan Perniagaan,Universiti Kebangsaan Malaysianajihah [email protected]

24

Page 25: Contoh Review Artikel

Wan Kamal MujaniJabatan Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian IslamUniversiti Kebangsaan [email protected]

25