review literature

16
NAMA : MOHD NAWAWI BIN ABDUL HAMID NO MATRIK : M20141000532 KULIAH : GRU6014 PENSYARAH : DR. ABD. KADIR B. ARIFFIN TUGASAN : REVIEW LITERATURE

Upload: s-kumaresan-kumares

Post on 06-Dec-2015

533 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Ulasan Karya

TRANSCRIPT

Page 1: Review Literature

NAMA : MOHD NAWAWI BIN ABDUL HAMID NO MATRIK : M20141000532 KULIAH : GRU6014 PENSYARAH : DR. ABD. KADIR B. ARIFFIN

TUGASAN : REVIEW LITERATURE

Page 2: Review Literature

GRU6014 - Kaedah Penyelidikan Pendidikan

BAB 1:Apa itu Penyelidikan Dalam Pendidikan?

BAB 2:a) Tinjauan Literaturb) Contoh: Tinjauan Literatur

BAB 3:a) Kaedah Eksperimentalb) Analisis Data Kuantitatif

BAB 4:a) Penyelidikan Tindakanb) Teknik Pengumpulan Data Kualitatifc) Analisis Data Kualitatif

BAB 5:Contoh Bidang-Bidang Penyelidikan di Sekolah Rendah

Page 3: Review Literature

OBJEKTIF

2. Mengenal pasti cara

meyediakan

3.Mengetahui komponen penulisan

.

Page 4: Review Literature

Tinjaun bahan literatur ialah suatu usaha memerihal hasil kerja para sarjana dan ilmuan berkaitan dengan topik yang anda ingin mengkaji. Bahan-bahan yang dipilih hendaklah berkait rapat dengan objektif penyelidikan, soalan kajian yang dikemukakan dan isu yang dibincangkan. Ia bukan merupakan deskripsi senarai bahan bacaan yang diperolehi atau semata-mata ringkasan kajian-kajian dalam bidang yang diselidiki.

Page 5: Review Literature

Membantu penyelidik untuk memahami topik yang dikaji dengan mendalam, membantu memilih atau membentuk kaedah penyelidikan dan memilih permasalahan kajian yang boleh memberi sumbangan secara signifikan

TUJUAN TINJAUAN LITERATUR

Memberitahu kepada penyelidik apa yang telah dikaji supaya penemuan daripada kajian yang dijalankan tidak akan dikatakan sebagai penemuan baharu

Memberitahu reka bentuk kajian, kaedah pensampelan dan kaedah analisis data yang telah digunakan oleh penyelidik lain.

Page 6: Review Literature

Tujuan tinjauan bahan literatur ialah untuk mendedahkan kepada pembaca, isu, idea, teori dan kajian empirikal yang telah dijalankan dan berkaitan dengan soalan kajian anda. Bahan-bahan yang lazim dirujuk terdiri daripada artikel jurnal, laporan penyelidikan, buku, monograph dan sebagainya. Setiap bahan yang dipilih hendaklah dinilai secara kritis dengan memberi tumpuan kepada soalan kajian yang ketengahkan, metodologi yang digunakan, pemenuan yang diperolehi serta perbincangan penulis. Berikut ini ialah satu garis panduan yang boleh di gunakan apabila anda membaca sesuatu artikel atau laporan penyelidikan:

Page 7: Review Literature

1.Apakah rasional dan pernyataan masalah kajian? Adakah ia dinyatakan dengan jelas?  2. Adakah soalan kajian atau hipotesis dinyatakan dengan jelas?

3. Adakah penulis memberi definsi operasi variabel yang dikaji?

4. Adakah kajian berdasarkan teori? Adakah teori disebut?

Page 8: Review Literature

Tinjauan literatur adalah penting pada peringkat awal proses penyelidikan kerana:

1. Sorotan literatur akan menerangkan andaian-andaian

2. Menjadi satu cara kepada penyelidik baharu untuk mempertahankan cadangan kajian di hadapan penilai.

Page 9: Review Literature

3. Menyediakan penyelidik peluang untuk mengenal pasti jurang yang mungkin wujud dalam kajian

4. Membantu penyelidik untuk memurnikan soalan,hipotesis kajian dan menyediakan arah tuju yang boleh diikuti oleh penyelidik

Page 10: Review Literature

CARA MENYEDIAKAN TINJAUAN LITERATUR

Terdapat tujuh langkah utama yang dikemukakan oleh Gall, Gall dan Borg (2010)

1. Rangka keperluan maklumat dalam bentuk soalan atau hipotesis

2. Hubungi pakar-pakar yang boleh menjawab soalan

3. Pilih bibliografi dan indeks pencarian yang boleh membantu

4. Membaca sumber sekunder (tinjauan literatur yang telah diterbitkan) untuk mendapatkan gambaran penerbitan yang relevan

Page 11: Review Literature

5. Membaca dan menilai sumber utama yang relevan kepada soalan penyelidikan.

6. Mengelaskan penerbitan yang relevan

7. Menyediakan laporan tinjauan literatur dalam kajian penyelidik

Page 12: Review Literature

PENULISAN TINJAUAN LITERATUR

Tinjauan literatur merupakan dokumen bertulis yang memaparkan hujahan yang disusun secara logik berdasarkan pemahaman yang komprehensif berkaitan pengetahuan terkini berkaitan tajuk yang dikaji.

Dua jenis hujahan dalam membentangkan tinjauan literatur.

1. Hujahan pertama dikenali sebagai hujah penemuan

2. Hujahan kedua dikenali sebagai hujah perakuan

Page 13: Review Literature

1. Hujahan yang pertama dikenali sebagai hujah penemuan (argument of discovery) yang menerangkan dan membincangkan apa yang diketahui dengan tajuk kajian

2. Hujahan penemuan menjadi asas kepada hujahan kedua yang dikenali sebagai hujah perakuan. Hujahan jenis ini akan menganalisis dan mengkritik berasaskan maklumat yang telah disintesiskan untuk menjawab persoalan kajian. Jawapan kepada hujahan ini disebut pernyataan tesis

Page 14: Review Literature

Hujahan untuk pernyataan kesimpulan perlu dinilai berdasarkan tiga soalan berikut,

1. Apakah kesimpulan yang dibuat?

2. Apakah faktor penyebab yang menyokong kesimpulan tersebut?

3. Adakah faktor penyebab itu membahaskan kesimpulan yang dibuat

Page 15: Review Literature

RUMUSAN

Bab ini memberi pemahaman tentang tujuan, cara menyedia dan cara menulis tinjauan literatur

Ini membantu penyelidik untuk mendapatkan maklumat yang komprehensif tentang kajian yang telah dijalankan dan dapat membantu penyelidik memilih kaedah yang sesuai dan yang paling penting ialah supaya tidak mengulangi kesilapan penyelidik lain. Ini akan digunakan di dalam bahagian kesimpulan kajian.

Page 16: Review Literature

SEKIAN, TERIMA KASIH