contoh refleksi praktikum

Upload: milamin

Post on 07-Mar-2016

149 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

refleksi

TRANSCRIPT

  • CONTOH REFLEKSI PRAKTIKUMhanya-air.blogspot.com /2011/01/contoh-refleksi-praktikum.html

    MINGGU PERTAMA

    Pertama kali mendapat tahu saya dan semua rakan-rakan yang lain perlu menjalani latihan praktikumselama 12 minggu pada semester kedua hati saya terasa seakan berdebar-debar dan juga terasatidak sabar lagi untuk bertemu dengan murid-murid sekolah. Sebelum ini saya beranggapan bahawamenjadi guru sekolah rendah senang unutk melaksanakan proses pengajaran tetapi rupa-rupanyasangkaan saya meleset sama sekali. Setelah saya pelajari segala ilmu dan juga teori di InsititutPerguruan Bahasa Melayu Malaysia selama setengah tahun barulah saya tahu bahawa mengajar disekolah rendah memerlukan seseorang guru itu mempunyai kemahiran yang tinggi dalam prosesmelaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat menarik minat murid dalam mengikutiproses p dan p dalam bilik darjah.

    Hati saya begitu berdebar-debar menantikan tibanya saat-saat untuk saya menjalani latihan praktikumdi sekolah selama 3 bulan. Saya cuba gagahi dan kuatkan semangat saya untuk lebih bersemangatdalam berjuang untuk mendidik anak bangsa saya dan juga demi negara. Hari ini merupakan haripertama saya dan juga kawan saya datang ke sekolah ini untuk melaporkan diri sebagai guru pelatihdalam menjalani latihan praktikum setelah setengah tahun kami didedahkan dengan ilmu dan jugateori-teori pengajaran perguruan di IPBMM. Segala ilmu yang saya perolehi dan tuntuti selama satusemester yang lepas di IPBMM akan diuji sejauhmana saya dapat mengaplikasikan segala ilmu yangtelah dipelajari dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran yang sebenar di sekolah.

    Saya sampai ke sekolah seawal jam 7.15 pagi dan saya terus menuju ke arah pejabat sekolah. Nasibsaya baik kerana sebelum ini saya telah menjalani latihan pengalaman berasakan sekolah selama duaminggu di sekolah ini pada bulan Mac yang lalu. Namun begitu hati saya turut berasa berdebar keranapertama kali saya akan berjumpa dengan guru besar yang baru. Setelah melaporkan diri di pejabatdan memperkenalkan diri kepada guru besar dan juga guru penolong kanan, saya dan juga kawansaya telah diminta untuk menhadirkan diri di majlis perhimpunan mingguan di Dataran Bestari.

    Setelah selesai majlis perhimpunan mingguan saya telah menerima memo untuk meggantikan kelasyang ketiadaan guru sementara menunggu guru penolong kanan menyusun jadual untuk saya nanti.Pertama kali saya telah diarahkan untuk memasuki kelas secara tiba-tiba merupakan bagai satupeluang kepada saya untuk berdepan dengan murid-murid. Terdetik juga di hati bagaimana agaknyakeadaan murid kelas ketika itu... Saya kuatkan semangat untuk berdepan dengan karenah murid yangpelbagai.

    Saya cuba untuk belajar untuk mengawal keadaan kelas yang begitu tidak terkawal. Denganpelajarnya yang berlari-lari, membuat bising, bergurau dan sebagainya memerlukan saya untukbertindak lebih tegas dengan murid-murid. Ternyata ianya berkesan. Sukarnya seorang guru sepertisaya yang tiada pengalaman dan ditambah lagi dengan masalah suara saya yang kurang kuatmenyebabkan beberapa kali saya cuba untuk memberi arahan kepada murid-murid agar diam. Terasabetapa peritnya keadaan untuk mengawal murid-murid yang mempunyai pelbagai karenah. Kelaspada hari tersebut saya hanya mengadakan sesi perkenalan antara saya dengan sesama murid.

    Pada hari tersebut saya telah menerima tiga kelas untuk menggantikan guru yang tidak hadir. Lain

  • kelas lain kerenah murid-muridnya. Kelas yang kedua yang saya masuk pula lebih gemar bertanya danbersaing. Malah mereka juga lebih suka untuk saya mengadakan sesi teka teki. Semua soalan yangditanya kebanyakkannya semua dapat dijawab dengan banyak jawapan. Terlintas difikiran...bijak jugamurid-murid kelas ni....

    Manakala kelas yang ketiga pula, merupakan kelas Tahun 4. Dalam hati berkata bagaimana puladengan murid-murid dari tahun 4 pula? Macamana aku nak kawal murid-murid dari tahun 4? Tahun 5pun boleh tahan dengan bisingnya...ini apatah lagi Tahun 4 kelas yang dikategorikan tahap sederhana.Bagi mengawal kelas dari terus membuat bising saya telah mengarahkan agar murid-murid membersihdan mengemas meja mereka mengikut susunan yang betul. Akhir sekali saya telah mengajak merekabersama untuk menyanyikan lagu Goreng Pisang bersama-sama. Ternyata mereka semua terhibur.

    Pada jam 1.15 tengahri kami pulang setelah mendapatkan dokumen yang diperlukan.

    MINGGU KEDUA

    21 Julai 2008 (Isnin)

    Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara

    7.25 pagi 1.15 petang

    Hari ini merupakan hari yang kedua aku akan diselia oleh guru pembimbingku iaitu En. Suzili binMohamed. Walaupun pernah melalui pengalaman diselia kali pertama namun aku tetap berdebar jugasehingga berpeluh-peluh terutamanya semasa melaksanakan sesi p & p di dalam bilik darjah. Akucuba mententeramkan diriku agar sentiasa bertenang dan alhamdulilah aku dapat melaksanakansegala aktiviti pengajaran dengan lancar.

    Namun disebabkan aku terlalu leka dengan memberi penerangan pada langkah pertamamenyebabkan pengurusan masaku untuk langkah-lanagkah seterusnya terpaksa dipendekkan.Walaupun begitu objektif yang dirancangkan tetap tercapai dengan jayanya. Secara keseluruhannyaaku berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh murid-murid sepanjang proses p&p berjalan.

    Setelah selesai penyeliaan aku sempat bertemu dengan guru pembimbingku untuk mendapatkankomen-komen dari beliau. Ternyata anggapanku tepat iaitu kelemahan dari segi pengurusan masa.

    Aku akan cuba menepati setiap masa yang telah aku ranacangkan pada sesi pengajaran danpembelajaran pada sesi akan datang.

    22 Julai 2008 (Selasa)

    Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara

    7.15 pagi 1.15 petang

  • Sepatutnya pada hari ini akau juga akan diseliakan oleh guru pembimbingku bagi kali pertama bagiopsyen minorku iaitu mata pelajaran Bahasa Melayu. Seperti biasa aku menuggu guru pembimbingkumasuk ke kelas tetapi guru pembimbingku tidak masuk juga. Aku meneruskan sesi pengajarankuseperti biasa walaupun persediaan telah dibuat.

    Pada sesi p & p pada hari ini aku telah meracangkan pengajaran tajuk yang baru bagi unit yang kesembilan iaitu Tema Kebudayaan. Murid-murid begitu berminat dan seronok mendengar akumemberikan penerangan tentang kepelbagaian jenis tarian yang terdapat di Malaysia. Objektifpengajaranku pada hari ini adalah untuk mengajar murid-murid menyatakan isi tersurat dan juga isitersirat berdasarkan gambar rajah yang terdapat di dalam buku teks.

    Secara keseluruhannya aku berpuas hati dengan pencapaian murid-murid yang dapat mencapai hasilpembelajaran pada akhir sesi p & p. Sebagai menguji kefahaman mereka aku telah memberikantugasan kepada mereka untuk membuat ayat berdasarkan gambar yang dipaparkan dalam buku teks.

    Aku pulang pada jam 1.30 petang.

    23 Julai 2008 (Rabu)

    Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara

    7.25 pagi 1.15 petang

    Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba iaitu hari ini merupakan hari pertama aku akan diseliakan olehpensyarah pembimbingku iaitu Dr. Rashidah bt. O.A Rajak. Takut, gementar, malu dan semuanyaberkecemuk dalam diriku. Tak tergambar dalam hatiku seakan mahu terluruh jantungku...

    Aku cuba menguatkan diriku..beristighfar kepada Allah Taala agar dapat menenangkan diriku.Mungkin disebabkan aku tidak yakinkan diri untuk melaksanakan pengajaranku terutamanya semasadalam kelas 5 Gigih yang aku rasakan susah untuk aku mengawal keadaan kelas tersebut. Ternyatapada permulaan pengajaran aku begitu gugup dalam memberikan penerangan kepada murid-murid.

    Satu kesilapan yang aku lakukan adalah semasa pembahagian tugasan kepada murid-murid di manaaku telah meletakkan terlebih awal kad tugasan di dalam kotak menyebabkan murid-murid tidak lagimendengar arahan dariku..Ini merupakan percubaan pertamaku dalam pembahagian kad tugasankepada setiap kumpulan. Sebelum ini tidak aku lakukan pada mana-mana kelas. Namun pada kelas iniku lakukan sebagai menjimatkan masa dan dalam mengawal keadaan murid agar tidak bergerak kesana ke mari bertanya apa yang perlu dilakukan oleh mereka. Harapanku pada kelas ini agar merekatidak membuat bising dan merebut-rebut untuk mendapatkan kad soalanku.. Ternyata rancangankumenjadi sebaliknya..

    Komen-komen dari pensyarah pembimbingku aku jadikan pedoman dan panduan kepada rakanseperjuanganku yang akan diseliakan pada keesokan harinya agar tidak melakukan kesilapan yangsama. Pengalaman pertama diselia oleh pensyarah dan juga nasihat yang diberikan akan aku terapkanbagi mengatasi segala kelemahanku sebelum ini dan akan kujadikan segala komen-komen yangmembina dari pensyarah pembimbingku sebagai panduan untuk aku merancang dan melaksanakan p

  • &p pada sesi pengajaran yang akan datang.

    24 Julai 2008 (Khamis)

    Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara

    7.20 pagi 2.15 petang

    Kelasku pada hari ini bermula pada jam 12.35 tengahari iaitu waktu terakhir sekali sebelum sesipembelajaran pada hari tersebut tamat. Pada waktu pagi yang senggang itu aku cuba menambahsedikit sebanyak dalam penyediaan bahan-bahan sumber yang akan digunakan pada sesi p & p didalam kelas nanti.

    Murid-murid begitu seronok untuk berlakon. Berebut-rebut mereka apabila aku meminta beberapaorang murid untuk melakonkan watak yang telah aku rangkakan. Boleh dikatakan secarakeseluruhannya objektif pengajaran pada hari ini mencapai objektif yang diingini.

    Pada hari ini juga selepas waktu sekolah aku telah dijemput untuk menghadirkan diri dalam sesimesyuarat yang akan diadakan di bilik gerakan. Mesyuarat diadakan untuk membincangkanberkenaan dengan peranan dan tugas-tugas ahli jawatankuasa sempena sambutan Israk Mikraj yangakan diadakan pada 30hb Julai ini dan juga Khemah Ibadah dan Motivasi Anak Soleh yang akandiadakan pada 2hb Ogos sehingga 3hb Ogos ini. Keterlibatan semua guru termasuk aku dan rakankujuga perlu dalam menjayakan lagi program ini.

    Aku pulang jam 2.15 petang setelah mesyuarat tamat.

    26 Julai 2008 (Sabtu)

    Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara

    7.20 pagi 1.15 petang

    Hari ini kelas ganti diadakan bagi menggantikan hari persekolahan yang diambil sempena cutimenyambut Hari Raya Aidilfitri pada bulan Oktober nanti. Kelas ganti pada hari ini akan menggunakanjadual pada hari Isnin. Kelas pada hari berjalan seperti biasa walaupun ada segelintir murid-muridyang seakan tidak bersemangat untuk belajar pada hari cuti minggu. Pengajaranku pada hari iniadalah di kelas 5 Gigih bagi mata pelajaran Kajian Tempatan dan kelas 5 Harmoni bagi mata pelajaranPendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

    Pencapaian objektif menjadi keutamaanku bagi kedua-dua kelas tersebut. Walaupun masa yangsingkat bagi pengajaran Kajian Tempatan bagi kelas 5 Gigih lantaran kelas bermula selepas wakturehat dan murid-murid mengambil masa yang lebih sebelum masuk ke kelas. Masa pengajaran hanyatinggal cuma 15 hingga 20 minit sahaja. Namun begitu aku cuba juga untuk membolehkan murid-muriddapat memahami isi pelajaran yang diajar.

  • Manakala kelas 5 Harmoni merupakan kelas yang tiada masalah bagi diriku untuk mengawal keadaankelas. Kerana mereka semuanya agak berdisiplin semasa di dalam bilik darjah. Pengajaranku berjalandengan lancar dan semua aktiviti yang telah aku rangka dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya.

    1. Masalah

    Masalah kali ini adalah berkisar kepada disiplin bilik darjah di mana murid-murid selalu membuatbising ketika saya sedang melaksanakan sesi p & p di dalam bilik darjah.

    2. Analisis

    Masalah ini timbul kerana murid tidak mendengar arahan guru semasa berlangsungnya proses p & pdi dalam bilk darjah. Selain itu, masalah ini mungkin juga berpunca dari p & p yang saya rancangkandi dalam bilik darjah tidak sesuai dengan minat murid menyebabkan mereka tidak menumpukanperhatian kepada pengajaran saya di dalam kelas. Selain itu faktor persekitaran kelas juga mungkinmemainkan peranan dalam mempengaruhi murid-murid seperti keadaan murid yang terlalu ramai didalam sesebuah bilik darjah menyebabkan murid bertambah bising kerana meraka tidak selesadengan keadaan kelas yang menjadi sempit dan menggangu proses pembelajaran mereka.

    3. Cadangan untuk memperbaiki

    Terdapat beberapa cadangan boleh dilaksanakan untuk memperbaiki masalah yang wujud iaitu:

    (a) Strategi p & p akan saya rangka sejajar dengan minat dan kebolehan murid di dalam sesebuahbilik darjah.

    (b) Saya juga akan lebih tegas dengan murid-murid semasa proses p & p berjalan.

    (c) Saya juga akan merangka aktiviti pengajaran harian yang lebih menarik agar dapat menarik minatmurid-murid belajar dan terus seronok mengikuti sesi p & p sehingga ke akhir pembelajaran.

    (d) Saya juga akan mmeberikan lembaran kerja yang sesuai dengan tahap kebolehan setiap muridagar mereka tidak membuat bising ketika di dalam bilik darjah.

    4. Tempoh masa

    Saya akan berusaha mengatasi masalah ini secepat yang mungkin. Hal ini penting kerana ia akanmenentukan kelancaran proses P & P saya pada minggu-minggu yang seterusnya.

    5. Penilaian kejayaan

    Saya telah berjaya mengawal tingkah laku murid-murid di dalam bilik darjah dan juga melaksanakanaktiviti p & p dengan lebih menarik minat murid-murid dari sebelumnya.

    6. Tindakan susulan

    Saya akan cuba mengatasi segala masalah saya dengan bersungguh-sungguh. Di mana saya akan

  • cuba mencari maklumat-maklumat untuk mendapatkan ide yang menarik dalam merancang aktiviti didalam bilik darjah agar pengajaran saya akan jadi lebih menarik lagi. Di harapkan saya akan berjayamengatasi masalah ini.

    MINGGU KETIGA

    28 Julai 2008 (Isnin)

    Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara

    7.20 pagi 1.30 petang

    Proses p & p pada hari ini berjalan seperti biasa di kedua-dua kelas iaitu kelas 5 Gigih dan kelas 5Harmoni. Bagi kelas 5 Gigih objektif yang dirancangkan sesuai dengan masa yang dirangka. Bolehdikatakan objektif yang ingin dicapai telah tercapai dengan jayanya, walaupun tidak banyak aktivitiberkumpulan dapat dilaksanakan ekoran masa yang singkat iaitu tidak sampai setengah jam ekorankelambatan murid-murid yang masuk lambat ke kelas selepas waktu rehat.

    Manakala bagi kelas 5 Harmoni sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar danmenyeronokkan di mana kedua-dua objektifnya tercapai. Suasana dan keadaan murid yang cerdik danmudah mendengar arahan memudahkan aku untuk mengawal keadaan bilik darjah dan ini sekaligusmelancarkan lagi proses p & p berjalan dengan lancar.

    Boleh dikatakan saya berpuas hati dengan sesi p & p pada hari ini.

    29 Julai 2008 (Selasa)

    Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara

    7.20 pagi 1.30 petang

    Pada hari ini saya tidak mempunyai rancangan p & p ekoran aku telah menukarkan jadual denganguru pembimbingku, cikgu Suzili kerana bagi memudahkan kepada pensyarah pembimbingku untukdatang menyeliaku bagi matapelajaran minorku iaitu Bahasa Melayu. Biasanya matapelajaran BahasaMelayu pada hari Selasa, kali ini aku telah menukarkannya pada hari Khamis.

    Namun begitu, masa yang ada aku gunakan sebaik mungkin untuk merangka rancangan pengajaranpada keesokkan harinya.

    30 Julai 2008 (Rabu)

    Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara

  • 7.20 pagi 2.00 petang

    Pada hari ini bermula jam 8.00 pagi bertmepat di dewan terbuka Sek. Seksyen 6 Kota Damanasaratelah diadakan satu majlis sambutan sempena Israk mikraj yang jatuh pada hari Rabu bersamaandengan 27 Rejab 1429 iaitu tarikh berlakunya peristiwa israk dan mikraj ini. Semua murid dari tahun 1,4, 5 dan 6 terlibat dalam mendengar ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan dariJabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Kelas bagi proses p & p di 5 Gigih tidakdapat dilaksanakan ekoran murid-murid terlibat dengan majlis tersebut sehingga jam 9.35 pagi.

    Namun begitu masa yang tinggal cuma 10 minit aku gunakan untuk mengawal keadaan murid yangtidak terkawal ketika baru memasuki ke kelas sementara menunggu guru seterusnya masuk ke kelastersebut. Pada hari itu juga aku telah dijemput oleh anak muridku untuk menghadiri majlis sambutanhari lahir dirinya. Terasa diri ini disayangi dan disukai oleh murid kerana sudi menjemputku danmerupakan antara tiga guru yang dijemput hadir untuk memeriahkan majlis sambutan kecil harijadi didalam kelas sewaktu waktu rehat.

    Kelas yang kedua bagi p&p yang seterusnya adalah di kelas 5 Jujur bagi mata pelajaran KajianTempatan. Proses p & p berjalan dengan lancar dengan objektif tercapai dan murid-murid tekun dalammendengar penerangan dariku berkenaan dengan sejarah pembukaan Kerajaan Melayu Melaka.Begitu juga dengan aktiviti berkumpulan yang dijalankan ternyata murid-murid seronok berbincangbersama-sama rakan mereka. Bagiku apa yang penting murid-murid seronok belajar dan objektifdapat dicapai dengan jayanya.

    30 Julai 2008 (Khamis)

    Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara

    7.20 pagi 1.30 petang

    Kelasku pada hari ini bermula pada jam 8.15 pagi bagi mata pelajaran Bahasa Melayu di kelas 5Harmoni. Pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti biasa. Bagiku perancangan yang dirangkauntuk mata perlajaran Bahasa Melayu berbeza dengan mata pelajaran Kajian Tempatan dan jugaPendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Di mana Bahasa Melayu memerlukan ketig-tiga kemahiranbahasa diterapkan kesemua bagi satu sesi p & p iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiranmembaca dan juga kemahiran menulis. Aku cuba menerapkan kesemua kemahiran bahasa ini dalamkelas 5 Harmoni dan diharapkan kesemua murid mendapat kesemua kemahiran tersebut. Secarakeseluruhannya objektif yang dirangka mencapai objektif yang telah dirangkakan.

    Kelas yang terakhir ialah kelas bagi mata pelajaran Kajian Tempatan di kelas 5 Gigih. Murid-muridseperti tidak dapat dikawal lantaran mereka tidak sabar-sabar untuk pulang ke rumah maklumlahwaktu terakhir pembelajaran menyebabkan keadaan mereka tidak terkawal. Aku cuba mengawal danmententeramkan keadaan pelajar. Setelah itu barulah sesi p & p dapat dilaksanakan walaupunseketika cuma.

    Aku pulang pada jam 1.30 tengahari.

    1 Ogos 2008 (Jumaat)

  • Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara

    7.20 pagi 12.15 Tengahari

    Pada hari Jumaat jadual saya tidak mempunyai sebarang kelas pengajaran dan pembelajaran. Masayang terluang aku ingin memanfaatkan sebaik mungkin dengan melakukan aktiviti penyediaan bahan-bahan bantu mengajar yang akan ku gunakan pada pengajaran yang akan datang.

    Pagi itu juga kami berdua berbincang dalam merangka rancangan pengajaran harian bagi matapelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bagi sesi pengajaran dan pembelajaran untukminggu hadapan.

    Sesi pembelajaran pada hari Jumaat tamat pada jam 12.00 tengahari bagi memberi laluan kepadaguru-guru lelaki untuk menunaikan solat Jumaat.

    1. MasalahMasalah kali ini adalah berkisarkan kepada gangguan semasa sesi p & p berjalan di mana terdapatsegelintir murid yang suka keluar masuk bilik darjah.

    2. Analisis

    Masalah ini timbul kerana semasa saya mengajar murid-murid selalu meminta izin dengan saya untukbertemu guru, menghantar buku dan juga mahu ke koperasi sekolah untuk membeli peralatan alat tulisdan sebagainya. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh saya kurang tegas dengan murid-muridsemasa mengajar dan juga ketika berada di dalam kelas. Oleh sebab itulah murid-murid mengambilkesempatan ke atas ketidaktegasan saya semasa berada di bilik darjah.

    3. Cadangan untuk memperbaikiTerdapat beberapa cadangan boleh dilaksanakan untuk memperbaiki masalah yang wujud iaitu:-

    (a) Saya akan lebih tegas dengan murid-murid semasa sesi p & p berjalan.

    (b) Saya juga perlu lebih prihatin dengan tingkah laku murid-murid.

    4. Tempoh masa

    Saya akan mengatasi masalah ini secepat yang mungkin dalam masa 1 minggu. Hal ini penting bagimemastikan kelancaran proses p & p saya nanti.

    5. Penilaian kejayaan

    Di dapati beberapa hari ini kelihatan tingkah laku murid yang kerap meminta izin untuk keluar telahberkurangan semasa saya sedang menjalankan sesi p & p.

  • 6. Tindakan susulan

    Saya akan cuba mengatasi segala masalah saya dengan bersungguh-sungguh. Diharapkan segalamasalah seperti gangguan yang timbul semasa sesi p & p berlangsung akan dapat saya atasi dengansepenuhnya.

    CONTOH REFLEKSI PRAKTIKUM