contoh rancangan harian.ppt

30
Penulisan RPH Berkualiti Hubungan Penulisan Objektif dengan Langkah Pengajaran

Upload: panji-hitam

Post on 25-Dec-2015

272 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Penulisan RPH Berkualiti

Hubungan Penulisan Objektif

dengan Langkah Pengajaran

2

Pengertian:

Objektif ialah perkara yang jelas tentang tingkah laku yang dapat dibuat oleh murid untuk menunjukkan sesuatu yang dapat dipelajari.

3

Objektif merupakan hasil pengajaran yang dijangkakan dan bukannya proses. Biasanya, objektif tertumpu kepada hal-hal yang dapat dilihat dan diukur

4

Tiga syarat penulisan objektif:

1.Perlakuan

2.Pencapaian Minimum

3.Syarat

5

Antara Lain Bermaksud:

1. PERLAKUANApakah yang murid dapat lakukan?

2. PENCAPAIAN MINIMUMSetakat mana hasil pengajaran itu hendak dicapai?

3. SYARATDalam keadaan yang bagaimana murid dapat melakukannya (masa, lisan, bertutur, beraksi)

6

OBJEKTIF

IMPLISIT• Sedar akan• Menghargai

kepentingan• Faham tentang• Biasa dengan• Mengetahui• Menyedari• Menghayati• Menikmati• Menerap• Mempercayaai

EKSPLISIT• Menjawab• Mengira• Mengklasifikasi• Membanding• Membeza• Membina• Memberi definisi• Menulis• Menyatakan• Menyelesaikan

CONTOH RANCANGAN HARIAN

KEMAHIRAN MENULIS

Rancangan Pengajaran Harian

Butiran Am

Tarikh : 04 Mei 2009 (Isnin)

Masa : 8.00 – 9.00pg (60 minit)

Tahun : 5 Mawar

Bilangan murid: 40 orang

Mata Pelajaran: Bahasa Melayu

Tajuk : Pencemaran Sungai

Hasil PembelajaranFokus Utama:

10.1 Menghasilkan pelbagai genre (prosa dan puisi) termasuk e-mel yang mudah, menarik, dan bermakna.

Aras 1i. Mengenal pasti isi daripada pelbagai sumber berdasarkan tajuk.ii. Membina draf karangan yang lengkap.

Fokus Sampingan:4.1 Mengemukakan idea, pandangan, dan pendapat

tentang sesuatu perkara secara terperinci, tepat, dan tersusun.

Aras 1ii. Menerangkan idea yang dikemukakan dengan jelas.

Objektif Pelajaran:Pada akhir pelajaran ini murid dapat:

i. Menyenaraikan lima daripada enam pencemaran sungai dan mempersembahkannya secara lisan.

ii. Menyatakan secara lisan lima daripada enam cara mengatasi masalah pencemaran sungai.

iii. Menghasilkan draf karangan jenis perbincangan tentang pencemaran sungai.

Sistem Bahasa:• Tatabahasa: ayat tunggal dan majmuk• Kosa kata: hakisan, perubahan iklim,

fenomena alam, prihatin

Pengisian Kurikulum:• Ilmu: geografi dan sains• Nilai: mencintai alam sekitar

Kemahiran Bernilai Tambah• Kemahiran Berfikir: CORT 1

Pengurusan GrafikMembuat perkaitan

• Kecerdasan Pelbagai: imaginasi, berbahasa, muzik, interpersonal dan intrapersonal

Bahan Bantu Mengajar:– Gambar pencemaran– Transparensi– OHP– Borang pengurusan grafik– Beberapa clip video tentang pencemaran– Lagu ”Cintailah Sungai Kita”

Pengetahuan sedia ada:• Murid pernah melihat pencemaran di

sungai atau laut.

Langkah/ Masa

Isi Pelajaran Aktiviti P&P Catatan

Set Induksi

(5 minit)

1. Gambar tentang keadaan sungai dan klip video

2. Contoh soalan:

a. Apakah yang kamu lihat dalam gambar dan video clip tadi?

b. Bagaimanakah keadaan sungai dan kawasan sekitarnya?

c. Mengapakah keadaan sungai amat kotor?

1. Guru menunjukkan gambar sungai dan kemudiannya beberapa clip video.

2. Pelajar memerhatikan gambar dan clip video yang ditayangkan.

3. Pelajar menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.

4. Guru mengaitkan jawapan pelajar dengan pelajaran hari ini.

Gambar sungai

KBT:

KB:

Membuat perkaitan

Kecerdasan Imaginasi dan berbahasa

Langkah/ Masa

Isi Pelajaran Aktiviti P&P Catatan

Langkah 1

(15 minit)

Soalan Perbincangan:

Sungai di Malaysia kian tercemar. Beberapa batang sungai di Malaysia telah diisytiharkan sebagai sungai maut. Bincangkan faktor penyebab, kesan dan langkah-langkah untuk mengatasi masalah pencemaran sungai.

Kumpulan 1:Faktor-faktor pencemaran sungai

Kumpulan 2:Kesan-kesan pencemaran sungai

Kumpulan 3:Cara-cara mengatasi pencemaran sungai.

Kumpulan 4:Rumusan dalam peta minda

1. Guru membahagikan pelajar kepada 4 kumpulan.

2. Guru mengedarkan kad tugasan.

3. Guru menerangkan tugasan kepada pelajar.

4. Pelajar melantik ketua, pencatat dan pelapor kumpulan masing-masing.

5. Pelajar berbincang dalam kumpulan

6. Guru membimbing pelajar dari satu kumpulan ke satu kumpulan

Kecerdasan Pelbagai:

berbahasa dan interpersonal

Alat berfikir:CORT

Peta minda

Langkah/ Masa

Isi Pelajaran Aktiviti P&P Catatan

Langkah 2

(10 minit)

Perbincangan:

Faktor

Kesan

Langkah

1. Guru meminta wakil kumpulan membentangkan hasil perbincangan.

2. Wakil kumpulan membuat pembentangan.

3. Guru mengukuhkan isi yang kurang mantap

4. Murid bersama-sama guru menyusun isi mengikut urutan yang sesuai dengan tajuk.

5. Murid menyatakan isi-isi penting di hadapan kelas

Transparensi

Pengurusan grafik

Kemahiran berbahasa

Langkah/ Masa

Isi Pelajaran Aktiviti P&P Catatan

Langkah 3

(10 minit)

Tatabahasa:

Pembinaan ayat tunggal dan majmuk

Kosa kata:

hakisan, perubahan iklim, fenomena alam, prihatin

1. Guru menerangkan secara ringkas struktur ayat tunggal dan majmuk berdasarkan contoh.

2. Pelajar mencari makna perkataan dengan merujuk kamus.

3. Pelajar menyatakan makna perkataan kepada kelas

Kamus

Kemahiran interpersonal

Kemahiran berbahasa

Langkah/ Masa

Isi Pelajaran Aktiviti P&P Catatan

Langkah 4

(15 minit)

Penyusunan draf karangan dan menulis pengenalan karangan

1. Guru mengarahkan pelajar menyediakan draf karangan berdasar isi-isi yang telah dibincangkan.

2. Murid menyediakan contoh pengenalan karangan jenis perbincangan.

3. Guru memantau kerja murid.

4. Murid menulis pengenalan karangan di papan tulis

Kecerdasan intrapersonal

Kemahiran berbahasa

Langkah/ Masa

Isi Pelajaran Aktiviti P&P Catatan

Penutup Kognitif

(5 minit)

Rumusan isi pelajaran dan nilai

Lagu “Cintailah Sungai Kita”

1. Guru merumus isi pelajaran hari ini.

2. Guru mengajak pelajar menghayati lagu dan menasihati pelajar menghargai sungai.

3. Guru meminta pelajar menyiapkan karangan di rumah.

Kecerdasan muzik

Nilai: Menghargai alam sekitar

Refleksi:

CONTOH RANCANGAN HARIAN

KEMAHIRAN MEMBACA

Rancangan Pengajaran Harian

Butiran Am

Tarikh : 03 Mei 2009 (Ahad)

Masa : 8.00 – 9.00pg (60 minit)

Tahun : 5 Mawar

Bilangan murid: 40 orang

Mata Pelajaran: Bahasa Melayu

Tajuk : Pencemaran Sungai

Hasil PembelajaranFokus Utama:

5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibacaAras 2

i. Membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan pada intonasi berdasarkan tanda baca.

ii. Menjelaskan isi-isi penting yang terdapat dalam teks.

Fokus Sampingan:8.3 Menulis perkataan dan ayat dengan tulisan berangkai yang kemas.Aras 2

i. Menulis ayat dengan menggunakan tulisan berangkai

yang kemas dan betul.

Objektif Pelajaran:Pada akhir pelajaran ini murid dapat:

i. Membaca petikan dengan lancar, sebutan betul dan intonasi yang sesuai.

ii. Menyenaraikan lima isi penting daripada petikan yang dibaca.

iii. Menulis lima ayat tunggal dengan tulisan berangkai yang cantik dan kemas.

Sistem Bahasa:• Tatabahasa: ayat tunggal• Kosa kata: pencemaran, habitat, bahan

buangan.

Pengisian Kurikulum:• Ilmu: geografi dan sains• Nilai: mencintai alam sekitar

Kemahiran Bernilai Tambah• Kemahiran Berfikir: Kajian Masa Depan

Penyelesaian MasalahMembuat perkaitan

• Kecerdasan Pelbagai:, berbahasa, , interpersonal dan intrapersonal

Bahan Bantu Mengajar:– Gambar-gambar pencemaran di sungai– Kertas sebak– Petikan teks– Beberapa clip video tentang pencemaran– Lagu ”Cintailah Sungai Kita”

Pengetahuan sedia ada:• Murid pernah melihat pencemaran di

sungai atau laut.

Langkah/ Masa

Isi Pelajaran Aktiviti P&P Catatan

Set Induksi

(5 minit)

1. Gambar tentang keadaan beberapa batang sungai

2. Contoh soalan:

a. Apakah yang kamu lihat dalam gambar tadi?

b. Bagaimanakah keadaan sungai dan kawasan sekitarnya?

c. Mengapakah keadaan sungai amat kotor?

1. Guru menunjukkan gambar beberapa batang sungai.

2. Pelajar memerhatikan gambar-gambar tersebut.

3. Pelajar menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.

4. Guru mengaitkan jawapan pelajar dengan pelajaran hari ini.

KBKK: Membuat perkaitan

Kecerdasan Imaginasi dan berbahasa

Mandala ingatan

Langkah/ Masa

Isi Pelajaran Aktiviti P&P Catatan

Langkah 1

(15 minit)

Bacaan petikan teks pencemaran sungai.

Perbincangan Kumpulan:

Menyenaraikan sekurang-kurangnya lima isi penting.

1. Guru mengedarkan petikan teks tentang pencemaran sungai.

2. Murid diminta membaca secara senyap.

3. Guru membahagikan murid kepada lima kumpulan

4. Guru meminta beberapa orang murid membaca petikan dengan suara yang jelas, sebutan yang betul dan intonasi bacaan yang sesuai secara individu dan secara berkumpulan.

5. Pelajar melantik ketua, pencatat dan pelapor kumpulan masing-masing.

6. Pelajar berbincang dalam kumpulan

7. Guru membimbing pelajar dari satu kumpulan ke satu kumpulan

Bacaan secara mekanis

Perbincangan kumpulan

Langkah/ Masa

Isi Pelajaran Aktiviti P&P Catatan

Langkah 2

(10 minit)

Sesi Pembentangan 1. Guru meminta wakil kumpulan membentangkan hasil perbincangan.

2. Wakil kumpulan membuat pembentangan.

3. Guru mengukuhkan isi yang kurang mantap

4. Pelajar bersama guru menyusun isi mengikut urutan yang sesuai dengan tajuk.

Transparensi

Pengurusan grafik

Kemahiran berbahasa

Langkah/ Masa

Isi Pelajaran Aktiviti P&P Catatan

Langkah 3

(10 minit)

Tatabahasa:

Pembinaan ayat tunggal

Kosa kata:

pencemaran, habitat, bahan buangan

1. Guru menerangkan secara ringkas struktur ayat tunggal dan majmuk berdasarkan contoh.

2. Pelajar mencari makna perkataan dengan merujuk kamus.

3. Pelajar membina ayat tunggal berdasarkan kosa kata tersebut.

Kamus

Kemahiran interpersonal

Langkah/ Masa

Isi Pelajaran Aktiviti P&P Catatan

Langkah 4

(15 minit)

Tulisan berangkai 1. Guru mengarahkan pelajar mencari jawapan bagi soalan kefahaman yang disediakan.

2. Pelajar dikehendaki menulis jawapan menggunakan tulisan berangkai.

3. Guru memantau latihan pelajar.

Kecerdasan intrapersonal

Kemahiran berbahasa

Langkah/ Masa

Isi Pelajaran Aktiviti P&P Catatan

Penutup Kognitif

(5 minit)

Rumusan isi pelajaran dan nilai

Lagu “Cintailah Sungai Kita”

1. Guru merumus isi pelajaran hari ini.

2. Guru mengajak pelajar menghayati lagu dan menasihati pelajar menghargai sungai.

3. Guru meminta pelajar mencari maklumat-maklumat tamabahan tentang pencemaran sungai.

Kecerdasan muzik

Nilai: Menghargai alam sekitar

Refleksi: