e-book contoh rancangan perniagaan penanaman cendawan tiram

25
e-book contoh Rancangan Perniagaan Penanaman Cendawan

Upload: khaliksk8

Post on 25-Jun-2015

1.081 views

Category:

Documents


144 download

TRANSCRIPT

Page 1: E-book Contoh Rancangan Perniagaan Penanaman Cendawan Tiram

e-book contoh RancanganPerniagaan Penanaman

Cendawan

Page 2: E-book Contoh Rancangan Perniagaan Penanaman Cendawan Tiram

Isi Kandungan Ebook

PRAKATA

Matlamat

Pihak yang terlibat

Kenapa cendawan tiram kelabu

BAB 1

1.0 Rancangan Pengeluaran

1.1 Analisa Pengeluaran dan Kewangan

1.2 Cara-cara pengurangan kos

BAB 2

2.0 Rancangan Pemasaran

2.1 Pembangunan Perniagaan

2.2 Contoh Pelan Tindakan Bagi Risiko

Page 3: E-book Contoh Rancangan Perniagaan Penanaman Cendawan Tiram

BAB 3

3.0 Anggaran Keperluan Memulakan Projek Penanaman Cendawan

3.1 Anggaran Keperluan Memulakan Projek Cendawan Dengan Pendapatan Kasar

RM3,000 / bulan

3.2 Pembekal Peralatan Dan Bahan Penanaman Cendawan

Page 4: E-book Contoh Rancangan Perniagaan Penanaman Cendawan Tiram
Page 5: E-book Contoh Rancangan Perniagaan Penanaman Cendawan Tiram

PRAKATA

A. Matlamat

Apakah matlamat anda? Sudah tentunya untuk mendapatkan keuntungan yang maksimum setiap bulan bukan? Ya semua pengusaha

mengidam-idamkan pendapatan yang lumayan tetapi apakah matlamat anda untuk mencapai kejayaan itu? Memang sudah pasti setiap insan

mempunyai matlamat yang berbeza-beza. Berikut adalah beberapa contoh matlamat yang boleh dijadikan panduan untuk 'mencipta'

matlamat anda sendiri.

1. Mencapai kadar jualan melebihi RM 100, 000.00 setahun

2. Menceburkan diri dalam bidang pertanian dalam pengunaan bioteknologi terkini untuk memaksimumkan pengeluaran cendawan

yang berkualiti

3. Melibatkan diri sebagai kaun bumiputra dalam sektor penanaman cendawan secara komersil

4. Dapat menyediakan peluanng pekerjaan sampigan kepada penduduk setempat

5. Memberikan perkhidmatan yang cemerlang dan produk yang berkualiti kepada pelanggan

Ha sekarang bagaimana? Dapat memikirkan apakah matlamat sebenarnya anda berminat dalam bidang ini? Sekarang minat sahaja tidak

cukup. Ianya perlu diiringi dengan usaha yang berterusan berlandaskan matlamat anda yang betul dan jitu.

Page 6: E-book Contoh Rancangan Perniagaan Penanaman Cendawan Tiram

B. Pihak yang terlibat

Dalam melaksanakan sesuatu projek, kita mestilah melibatkan pelbagai pihak. Antara pihak-pihak itu adalah

1. Syarikat anda sendiri

2. Jabatan Pertanian dan Universiti Putra Malaysia yang merupakan pembimbing projek

3. FAMA sebagai khidmat pemasaran dan logistik

4. MARDI sebagai khidmat nasihat teknikal

5. MARA dan bank-bank berkaitan sebagai pembantu pembiaya projek

C. Kenapa cendawan tiram kelabu, berbanding dengan cendawan lain

6. Secara amnya, cendawn tiram kelabu tidak memerlukan ruang atau tanah sebagai media, ia hanya memerlukan bahan buangan seperti

habuk kayu getah yang merupakan media paling utama. Selain itu, projek ini hanya mengunakan ruang yang minimum kerana beg

cendawan disusun diatas rak-rak. Cendawan tiram kelabu juga mempunyai pusingan pengeluaran yang boleh dijangkakan. Harga

cendawan tiram juga dilaporkan stabil setiap bulan.Oleh itu para pengusaha tidak perlu risau mengenai isu turun naik harga.

Page 7: E-book Contoh Rancangan Perniagaan Penanaman Cendawan Tiram

Gambar-gambar berkaitan dengan penanaman cendawan

Cendawan Tiram Kelabu Beg-beg cendawan di atas rak

Habuk kayu, dedak dan kapur pertanian Rumah cendawan(Jenis jaring)

Page 8: E-book Contoh Rancangan Perniagaan Penanaman Cendawan Tiram

BAB 1

1. Rancangan Pengeluaran

Antara faktor-faktor utaman yang perlu diambil perhatian dalam rancangan pengeluaran adalah

A) Penghasilan

B) Peralatan

i) Rumah Cendawan

ii) Pengukus@Steamer

iii) Sistem sprinkler

iv) Mesin Pengaul

v) Ruang menyuntik dan stor

vi) Lain-lain keperluan

A) Penghasilan

Apa yang dimaksudkan penghasilan disini adalah faktor-faktor yang mempengaruhi penghasilan penanaman cendawan. Faktor-faktor ini

sangatlah penting dan merupakan KIP(Key Performance Index) atau merupakan indicator @ penunjukkepada projek cendawan anda.

Berikut adalah antara KIP projek

Page 9: E-book Contoh Rancangan Perniagaan Penanaman Cendawan Tiram

1. Tempoh pemeraman – selepas menyuntik benih 45 hari – 60 hari

2. Fruiting interval @ masa cendawan berehat adalah 7 – 10 hari selepas setiap kali petikan cendawan dilakukan

3. Tempoh matang adalah 3 hari, dimana beg media akan ditutup semula pada hari ke 5

4. Kekerapan petikan adalah sebanyak 4 kali

5. Campuran media cendawan: 100:10:1, Habuk kayu ~500gram/beg

6. Biji benih: 1 botol / 25 beg

7. Pengeluaran hasil: 200kg sehari

8. Anggaran hasil setiap beg: 60gram

9. Anggaran upah pekerja:

9a. Penyediaan beg: 17-20 sen/beg

9b. Proses membungkus: 7-10 sen/beg

9c. Pengurusan:RM5,000 – RM 10,000

10. Kadar sewa: RM300 – RM 500 (bergantung pada tempat anda)

Page 10: E-book Contoh Rancangan Perniagaan Penanaman Cendawan Tiram

11. Pemasaran

11a. Berat bersih: 120gram/pek

11b. Harga: RM4.00/kg

B) B) Peralatan

i) Rumah Cendawan

Sekurang-kurangnya 1-2 unit rumah cendawan perlu dibina untuk permulaan projek. Jangan terlalu banyak kerana ini akan

menjejaskan budget kewangan anda. Ini adalah kerana anda tidak mengetahui samaada bolehkah anda mengawal sekiranya rumah

cendawan anda diserang penyakit, padahal anda baru sahaja hendak memulakan projek? Maka langkah ini adalah wajar dilakukan.

Apabila anda sudah biasa dengan persekitaran dan hasil cendawan anda adalah baik, barulah menambah bilangan rumah dimasa akan

datang. Rumah pertama adalah tempat untuk menempatkan beg-beg cendawan bagi penghasilan semasa dan satu lagi adalah untuk

menempatkan beg cendawan gantikan selepas pondok pertama habis mengeluarkan hasil.

Page 11: E-book Contoh Rancangan Perniagaan Penanaman Cendawan Tiram

ii) Pengukus@ Steamer

Anggaran muatan untuk satu pengukus adalah dalam 1000 beg. Untuk mengeluarkan hasil dalam 200kg sehari, menyuntik

sebanyak ~4000 beg media sehari, sebanyak 2 buah steamer diperlukan

a) Untuk aktiviti pengukusan, sebanyak 2-3 tong gas diperlukan untuk proses pengukusan selama 7 -8 jam. Selepas itu beg-beg

media hendaklah disejukkan 1 hari sebelum disuntik pada keesokan paginya.

b) Tujuan utama proses ini dilakukan adalah untuk membunuh kuman-kuman yang mungkin ada dalam campuran beg media itu.

iii) Sistem sprinkler

Sistem ini adalah diperlukan kerana bagi melembabkan atap-atap dan dinding rumah cendawan, terutama semasa cuaca pana.

Cuaca yang terik akan menghasilkan haba pada rumah cendawan dan mengakibatkan cendawan kuning dan cepat mati. Anggaran

suhu yang dan peratus kelembapan yang sesuai adalah di antara suhu bilik (25 – 28 darjah celcius) dan peratus kelembapan

melebihi 80 %

iv) Mesin Pengaul

Tujuan mesin ini digunakan adalah untuk menjimatkan kos buruh dan untuk meningkatkan kadar produktiviti syarikat. Mesin ini

juga digunakan untuk mendapatkan campuran media yang sekata.

Page 12: E-book Contoh Rancangan Perniagaan Penanaman Cendawan Tiram

v) Ruang menyuntik dan stor

Ruang menyuntik/meletakan benih dalam beg media perlulah sejuk(kalau boleh ber air-con)

dan sentiasa bersih serta hygin. Stor digunakan untuk menyejukkan beg-beg media selepas dikukus

vi) Lain-lain keperluan

Lain-lain keperluan termasuklah peralatan dan alat-alat pembasmi serangga perosak, peti

sejuk, lampu suluh, tool box dan lain-lain

Page 13: E-book Contoh Rancangan Perniagaan Penanaman Cendawan Tiram

1.1 Analisa Pengeluaran dan Kewangan

1.1 Kos

a) Anggaran kos peralatan dan rumah – RM150,000.00

Rumah cendawan

- 2 pondok cendawan memerlukan kos lebih kurang RM 50,000.

b) Anggaran kos 2 buah pengukus @ steamer: RM 10,000.00 – RM 15,000.00

bergantung pada bahan-bahan yang digunakan.

1.2 Perbelanjaan tetap (Overhead) untuk pengurusan dan sewa

a) Anggaran kos ini adalah sebanyak RM 20,000.00 bagi setiap pusingan penanaman

b) Bagi setiap beg, kosnya dianggarkanadalah sekitar RM0.40 – RM0.60

c) Adalah didapati bahawa kos ini dijangka menurun jika pengeluaran ditingkatkan

Page 14: E-book Contoh Rancangan Perniagaan Penanaman Cendawan Tiram

1.3 Perbelanjaan Operasi – RM 40,000.00 semusim

a) Untuk menyediakan 46,000 beg cendawan semusim dan 200kg pek cendawan sehari, perbelanjaan yang diperlukan adalah

sebanyak RM30,000.00

b) Kadar kos adalah berkadar terus dengan kadar penghasilan

c) Hasil pendapatan bagi pusingan semasa kan disimpan untuk keperluan pusingan penanaman yang seterusnya

d) Perbelanjaan untuk habuk kayu getah menyumbang kepada perbelanjaan operasi yang

paling tinggi.

Page 15: E-book Contoh Rancangan Perniagaan Penanaman Cendawan Tiram

1.2 Cara-cara pengurangan kos

Sekiranya dapat meningkatkan kadar penghasilkan setiap beg, maka kos dapatlah dikurangkan. Maka, antara faktor yang

perlu dititikberatkan adalah faktor suhu. Suhu yang terik akan merencatkan pertumbuhan cendawan, menyebabkan cendawan cepat kering

dan mati. Selain daripada itu, penggunaan kawasan rumah cendawan dan pengukus yang optimum juga dapat mengurangkan kos operasi.

Daripada segi reka bentuk rumah juga perlu diteliti pelannya agar dapat menempatkan jumlah keseluruhan beg yang diperlukan bagi satu

pusingan. Cara ini juga dapat mengelakan percampuran antara penanaman baru dan lama. Antara cara lain untuk meminimkan kos adalah

dengan menyegerakan kutipan hasil.

Melambat-lambatkan kutipan hasil akan menyebabkan penambahaan masa rehat penghasilan dan seterusnya menyebabkan

kos penyediaan dan kos tetap akan meningkat. Ini adalah disebabkan lebih lama masa yang diperlukan untuk mengeluarkan hasil. Ini akan

mempengaruhi faktor masa, iaitu lebih masa diperlukan untuk mengeluarkan hasil dan tempoh bayaran balik juga akan meningkat.

Bagi penghasilan setiap beg adalah amat penting kerana setiap satu beg akan mengurangkan jumlah beg yang diperlukan.

Dengan penambahan jumlah beg, akan menyebabkan penambahan peralatan dan menambah keperluan tenaga kerja.

Page 16: E-book Contoh Rancangan Perniagaan Penanaman Cendawan Tiram

Jadual berikut menunjukan perkara-perkara yang kesan positif dan negatif terhadap projek

Konstan Pengeluaran Harga Hasil/beg Masa Rehat &

Matang

Masa Pemeraman

NPV +ve +ve +ve +ve -veIRR +ve +ve +ve -ve -veB/C +ve +ve +ve +ve -veTempoh Bayaran +ve +ve +ve -ve tiadaJumlah Pembiayaan -ve +ve +ve tiada -ve

Page 17: E-book Contoh Rancangan Perniagaan Penanaman Cendawan Tiram

BAB 2

2.0 Rancangan Pemasaran

Peringkat awal

Buat permulaan, pemasaran akan duilakukan melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). Tujuan utama ianya

dibuat demikian adalah supaya pengusaha dapat menumpukan 100% perhatian kepada pengurusan syarikat dan penanaman. Dengan cara ini

juga, pengusaha akan dibantu oleh FAMA daripada segi logistik dan pasaran. Selain daripada itu, pengusaha juga akan memperoleh

pengalaman sebelum memulakan strategi pemasaran tersendiri

Peringkat kedua

Dalam masa ini, pemasaran masih lagi dijalankan melalui FAMA tetapi menggunakan Kontrak Bekalan yang berbeza. Selain

daripada itu, kaedah yang akan digunakan setelah pinjaman dilunaskan dan mendapat kepercayaan daripada pasaran terbuka. Disini

pemasaran akan dilakukan melalui kedai-kedai runcit dan restoran-restoran berdekatan. Selain daripada itu, pengusaha akan mencuba untuk

memasuki pasaraya besar, pasar borong, pasar malam untuk mendapatkan jualan yang maksimum

Page 18: E-book Contoh Rancangan Perniagaan Penanaman Cendawan Tiram

2.1 Pembangunan Perniagaan

Meningkatkan kadar pengeluaran

a. Ianya dapat dilakukan dengan cara 2 kaedah berikut;

- Pelaburan keatas unit sedia ada dengan menambah peralatan. Tetapi dengan cara ini, akan menyebabkan syarikat perlu

mengeluarkan duit sendiri dan meminjam bank.

- Rangkaian pembekal. Dengan kaedah ini, syarikat akan dapat pembekal yang tetap bagi menampung peningkatan pengeluaran tanpa

mengeluar atau meminjam duit.Sebelum kaedah ini dapat dilaksanakan, beberapa perkara asas perlu dilaksanakan

– Pengusaha tidak bergantung pada FAMA

– Syarikat berupaya bersaing di pasaran luar seperti pasaraya dan meliputi kawasan luar daripada Lembah Klang

Page 19: E-book Contoh Rancangan Perniagaan Penanaman Cendawan Tiram

2.2 Contoh Pelan Tindakan Bagi Risiko

Disebabkan cendawn adalah sensitif kepada sebarang unsur-unsur pencemaran dan cuaca, maka ianya memerlukan

persekitaraan yang bersih dan suhu yang terkawal.

A. Suhu dan kelembapan

1. Suhu yang panas akan membantutkan pembesaran dan pengeluaran cendawan

2. Alat sprinkler wajib dipasang pada setiap rumah cendawan agar dapat melembabkan suhu rumah sekiranya terjadi suhu yang

melampau.

3. Bumbung rumah cendawan perlu disiram secara manual 2-3 kali sehari bagi menurunkan suhu didalam pondok disamping

memastikan bahan yang mungkin mengundang serangga perosak dapat dibuang.

B. Bangunan dan peralatan

1. Membuat jadual untuk membersihkan kawasan dalam rumah cendawan seperti aktiviti menyapu dan membuang sampah-sarap yang

mungkin mengundang serangga perosak

2. Pembinaan diding simen dalam tinggi 6 inci keatas dan bawah permukaan tanah bagi mengelakkan serangga atau binatang yang

merayap dari masuk rumah cendawan.

Page 20: E-book Contoh Rancangan Perniagaan Penanaman Cendawan Tiram

3. Meletakan umpan binatang perosak terutaman lipas, tikus, semut dll

4. Pasang juga alat pembunah serangga jika perlu pada jaring halus pada dinding rumah cendawan

5. Bilik suntikan dibina daripada bahan yang tidak mengeluarkan habuk halus

6. Pintu masuk ke mana-mana kawasan pengeluaran atau tempat simpanan benih perlu ditutup selalu dan hanya orang yang berkenaan

sahaja dibenarkan keluar masuk disitu.

7. Memastikan benih yang dibekal pembekal adalah yang terbaik dan berkualiti bagi memastikan tiada sebarang serangan penyakit

hijau atau oren

8. Proses pembersihan berkala perlu dilakukan didalam bilik suntik untuk setiap kali sebelum ianya digunakan.

C. Persekitaran

i. Longkang-longkang perlu dibina bagi memastikan air tidak mengalir masuk kedalam rumah cendawan, bilik suntik, tempat

simpan habuk dll

ii. kawasan persekitaran hendaklah selau dibersihkan

iii. Memperbanyakkan penanaman pokok di sekeliling kawasan bagi menurunkan suhu sekitar.

Page 21: E-book Contoh Rancangan Perniagaan Penanaman Cendawan Tiram

BAB 3

3.1 ANGGARAN KEPERLUAN MEMULAKAN PROJEK CENDAWAN(PERUNTUKAN RM20,000)

PERKARA

145001 unit

2 set 10007,200 set 1080

1set 100JUMLAH 16680

2. BAHAN PENANAMAN CENDAWAN (UNTUK 3,600 BEG/MUSIM X 2 MUSIM/TAHUN = 7,200 BEG/TAHUN)2.1 3600 720 500gram/beg2.2 2360kg 180 50gram/beg2.3 36kg 72 5gram/beg2.4 36kg 288 200keping/kg2.5 2882.6 Gas @ 7 sen/beg 7,200 beg 5042.7 1002.8 68

2.9 1100JUMLAH 3320

JUMLAH BESAR 20000

Kuantiti Anggaran (RM) Catatan

1. Binaan dan peralatan Ruang memungut hasil memuatkan 3,600 beg cendawan 1.1 Bangunan I – Rumah cendawan (15 x 40') (anggaran hasil 12kg/hari)

Ruang menyimpan media (5' x 5')Ruang menggaul media, bagging & kukus Anggaran jualan hasil: 12kg x RM5 x 30 hari= RM1,800Beg media & simpan barang (10'x10') Per bulanBilik suntik benih (5'x5')Ruang memeungut hasil (15'x30')

1.2 Set dapur, pengukus beg @ RM500/set1.3 Penutup, leher & penyumbat beg @ 15 sen/set Boleh dipakai 3 tahun1.4 Peralatan menyiram & peralatan kecil(baldi, pencedok dll)

Habuk @ 20 sen/kgDedak halus @ 50 sen/kgKapur pertanian @ 20sen/kgPlastik PP 6”x13” @ RM8/kgBenih cendawan @ RM1.20 240 botol 30beg/botol

Kadar pengukusan menggunakan tong dramPenggunaan airPelbagai(alkohol,lysol,klorox dll)Upah pekerja @ RM550 x 2bulan pertama 1 pekerja Upah pekerja pada bulan ketiga diambil daripada hasil jualan hasil cendawan

Page 22: E-book Contoh Rancangan Perniagaan Penanaman Cendawan Tiram

3.2 ANGGARAN KEPERLUAN MEMULAKAN PROJEK CENDAWAN(PENDAPATAN KASAR RM3,000/BULAN)

BIL PERKARA ANGGARAN(RM) CATATAN1 7000

1.1

(10'x15')

1.2 16000

1.3 10001.4 1001.5 300

JUMLAH 244002

2.1 12002.2 3002.3 122.4 18002.5 4802.6 2402.7 Gas @ 7 sen/beg x 12,000 beg 8402.8 200

2.9 400JUMLAH 5472JUMLAH BESAR 29872

Binaan dan peralatanBangunan I – Rumah Penyediaan (20' x 15')

Ruang menyimpan media (5'x10')Stor (3'x10')Ruang menggaul media, bagging & kukus beg media

Bilik suntik benih (7'x10')Bangunan II – Rumah Cendawan (20' x 40') Ruang memungut hasil memuatkan 6,000 beg cendawan

(termasuk rak beg media) Beg cendawan (anggaran hasil 20kg/hari)Set dapur, pengukus beg, 2 set @ RM500/setPeralatan menyiram 1 setPelbagai peralatn kecil-baldi/pencedok dll

Bahan penanaman cendawan (untuk 6,000 beg/musim x 2 musim/tahun= 12,000 beg/tahun)Habuk kayu 6,000kg @ 20 sen 3000 kg / 1 musimDedak halus 600kg @ 50 sen 300 kg / 1 musimKapur pertanian 60kg @ 20 sen 30 kg / 1 musimTutup, leher & penyumbat beg 12,000 set @ 15 sen Boleh dipakai untuk 3 tahunPlastik PP 6” x 13”, @ RM8kg 200 keping / kgBenih cendawan 400 botol @ RM1.20

Penggunaan air & apiPelbagai

Page 23: E-book Contoh Rancangan Perniagaan Penanaman Cendawan Tiram

Cara pengiraan mendapatkan pendapatan kasar RM3,000 / bulan

Perkiraan pendapatan kasar RM3,000/bulan:

Penghasilan 20kg/hari 1) Tiap beg dianggarkan 50 gram/kutipan

2) Setiap hari perlu buka beg media 400 beg/hari (400 beg x 50 gram

3) Setiap beg media diselang 15 hari sekali kutip hasil

4) Perlu ada: 400 beg media x 15 hari = 6,000 beg media

Hasil harian cendawan 20kg/hari dengan harga jualan RM5/kg

Pendapatan kasar harian 20kg x RM 5.00 RM100/hari

Page 24: E-book Contoh Rancangan Perniagaan Penanaman Cendawan Tiram

3.3 SENARAI PEMBEKAL KEPERLUAN PENANAMAN CENDAWAN

Bil1

Tel: 03-3260 0211

2 Vita Mushroom Enterprise

Tel: 03-3197 5600/3197 3919

3 C&C Mushroom Cultivation

Tel: 03-9727 250/7950

4

Tel: 03-3191 5357

Alamat & No. Tel Peralatan BahanCIMA Agro Sdn Bhd Beg plastik PP, set leher Media cendawan bersuntikLot 228, Jln Dato Hashim & penutup beg Benih cendawanTmn Bkt Belimbing45000 Kuala Selangor

Beg plastik PP, set leher Media cendawan bersuntikLot700, Jln Laut Membiru & penutup beg, mesin Benih cendawan42800 Tanjung Sepat Pembancuh media,Selangor Mesin pengisi beg,pengukus

Media cendawan bersuntikFarm Sdn Bhd Benih cendawanLot 6, Kaw. PerindustrianGerisik

Damansara Mushroom Ind. Media cendawan bersuntikLot 406, Bt 15 Jln Banting Benih cendawan42600 Jenjarum, Sel

Page 25: E-book Contoh Rancangan Perniagaan Penanaman Cendawan Tiram

Terima kasih atas sokongan anda terhadap e-book ini.

Baiklah saya tinggalkan e-book ini kepada anda semua. Semoga anda semua memperoleh manfaat daripadanya. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan komen silalah ke www. cendawan-tiram-online.wetpaint.com. Dan nantikan kemunculan e-book saya seterusnya iaitu e-book Teknik Mudah Penanaman Cendawan Tiram saya tidak lama lagi...Jumpa lagi!!!

Assalamualaikum

Knowlegde sharing

Azuwin Ahya Ulpuraedaka MawinWorldwww.cendawan-tiram-online.wetpaint.com

92