contoh persediaan mengajar prasekolah

13
CONTOH PERSEDIAAN MENGAJAR PRASEKOLAH Butiran Masa : 9.00 – 9.30 pagi (30 minit) Jumlah Murid : 25 orang Tema : Bunga Komponen : Perkembangan Kognitif Kemahiran : 2. Seriasi 2.1 Menyusun objek mengikut seriasi 2.1.1 Menyusun objek mengikut seriasi a) Saiz Objektif : Pada akhir pengajaran pembelajaran kanak- kanak dapat : i. menyusun lima kuntum bunga mengikut saiz kecil ke besar (menaik); ii. menyusun lima kuntum bunga mengikut saiz besar ke kecil (menurun) Pengalaman Sedia Ada : Kanak-kanak telah tahu konsep besar dan kecil Penyerapan : Bahasa Melayu, Awal Sains, Kreativiti dan Estetika Penerapan Nilai : Kerjasama, mengikut peraturan KB : Membuat Inferens MI : Bahan : Bunga sebenar, keratan bunga dari kad manila, gam,

Upload: normala-mehat

Post on 21-May-2015

42.393 views

Category:

Business


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh persediaan mengajar prasekolah

CONTOH PERSEDIAAN MENGAJAR PRASEKOLAH

Butiran

Masa : 9.00 – 9.30 pagi (30 minit)

Jumlah Murid : 25 orang

Tema : Bunga

Komponen : Perkembangan Kognitif

Kemahiran : 2. Seriasi 2.1 Menyusun objek mengikut seriasi 2.1.1 Menyusun objek mengikut seriasi

a) Saiz

Objektif : Pada akhir pengajaran pembelajaran kanak-kanak dapat :i. menyusun lima kuntum bunga mengikut saiz kecil ke

besar (menaik);ii. menyusun lima kuntum bunga mengikut saiz besar

ke kecil (menurun)

Pengalaman Sedia Ada : Kanak-kanak telah tahu konsep besar dan kecil

Penyerapan : Bahasa Melayu, Awal Sains, Kreativiti dan Estetika

Penerapan Nilai : Kerjasama, mengikut peraturan

KB : Membuat Inferens

MI :

Bahan : Bunga sebenar, keratan bunga dari kad manila, gam, Gunting

Page 2: Contoh persediaan mengajar prasekolah

Langkah/Masa Aktiviti Bahan/Catatan

Set Induksi(3 minit)

- Guru menunjukkan kudup bunga, bunga kuncup dan bunga kembang -Bersoaljawab mengenai proses tumbesaran bunga raya iaitu bermula dari kudup bunga, ia mula membesar menjadi bunga yang masih kuncup dan semakin membesar menjadi bunga yang kembang- guru menerangkan tentang kedudukan bunga tersebut mengikut saiz iaitu dari kecil ke besar (menaik)

-bunga raya sebenar

Langkah 1(5 minit)

-Guru menunjukkan lima kuntum bunga raya yang berbeza saiz-Guru meminta seorang kanak-kanak memilih bunga yang paling kecil dan memasukkannya kedalam pasu yang pertama- Guru meminta kanak-kanak lain memilih bunga yang besar sedikit daripada bunga kanak-kanak pertama tadi dan memasukkan kedalam pasu yang kedua dan seterusnya bagi kanak-kanak lain (susunan secara menaik).- Aktiviti yang sama tetapi mengikut susunan secara menurun.- Guru menerangkan kedudukan susunan menaik mesti dimulakan dengan saiz yang besar dan sebaliknya bagi susunan secara menurun.

Bunga raya sebenar

Pasu kecil

Langkah 2(10 minit)

- Kanak-kanak dibahagikan kepada empat kumpulan - Guru menerangkan aktiviti yang akan dijalankan iaitu mengikat bunga pada penyangkut baju mengikut saiz berdasarkan susunan secara menaik dan menurun:Kumpulan A&B : susunan menaik

Bunga raya berbagai saiz

Penyangkut baju

Benang bulu

Page 3: Contoh persediaan mengajar prasekolah

Kumpulan C&D : susunan menurun- Setiap kumpulan mempamerkan hasil kerja kumpulan masing-masing untuk dinilai- Guru bersoaljawab dengan kanak-kanak mengenai susunan yang dibuatContoh : Kenapa bunga besar diletak mula-mula sekali?

KBKK : Membuat Inferens

Langkah 2(10 minit)

- Guru menerangkan cara membuat aktiviti- Kanak-kanak menggunting kad gambar bunga yang telah siap dilukis dan menampalnya mengikut susunan secara menaik dan menurun pada kertas yang disediakan.

Kad gambarLembaran kerja

Penutup(2 minit)

- Guru dan kanak-kanak membuat pergerakan kreatif proses tumbesaran bungaContoh : mengecilkan badan semasa bunga peringkat kudup, badan dibuka perlahan-lahan apabila bunga semakin mengembang dan layu dengan diiringi muzik lembut.

Pita rakaman

Refleksi : ………………………………………………………………………………….

……………………………………………………………………………………………...

……………………………………………………………………………………………...

Page 4: Contoh persediaan mengajar prasekolah

KOMPONEN KURIKULUM KEBANGSAAN PRASEKOLAH

1. Perkembangan Bahasa dan Komunikasia. Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya 2 jam seminggu)b. Bahasa inggeris (sekurang-kurangya 1 jam seminggu)

2. Perkembangan Kognitif3. Perkembangan Pendidikan Islam dan Moral

a. Pendidikan Islam ( sekurang-kurangnya 2 jam seminggu)b. Pendidikan Moral (sekurang-kurangnya 2 jam seminggu bagi murid

yang bukan Islam)4. Perkembangan Sosioemosi5. Perkembangan Fizikal6. Perkembangan Kreativiti dan Estetika

Contoh Jadual Sehari (210 minit)

Rutin 10 minit Perbualan Pagi 20 minit Permainan/Aktiviti Luar 20 minit Aktiviti Kelas 30 minit Rehat 30 minit Aktviti Kumpulan 60 minit Aktiviti Kelas 30 minit Aktiviti Penutup/Penamat 10 minit

PENDEKATAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN PRASEKOLAHBerasaskan konsep dan prinsip pendidikan prasekolah, tiga pendekatan pengajaran dan pembelajaran diutamakan, iaitu :

1. Pendekatan bermain sambil belajar Pendekatan bermain sambil belajar menekankan ciri-ciri berikut :-

Aktiviti yang mengembirakan Permainan bebas dan terancang Kelonggaran masa Percubaan idea sendiri Peluang untuk memberi tumpuan dan perhatian

Pelaksanaan pendekatan bermain sambil belajar :-

Guru perlu menentukan hasil pembelajaran yang ingin dicapai

Page 5: Contoh persediaan mengajar prasekolah

Bahan perlu sesuai dengan perkembangan murid dan berfaedah Bahan konkrit, benar dan bermakna disediakan Bahan yang digunakan akan menggalakkan komunikasi dan

imaginasi Permainan menarik minat dan menggembirakan murid

Faedah pendekatan bermain sambil belajar :- Pengukuhan kemahiran konsep-konsep pembelajaran dari umum

ke spesifik (konkrit ke abstrak) Meningkatkan keupayaan konkrit Bersosialisasi dengan rakan sebaya dan orang dewasa Perkembangan sosioemosi Mengukuhkan perkembangan fizikal Penguasaan kemahiran manipulatif Menguasai daya reka cipta secara konstruktif Melahirkan dan menyatakan perasaan Meningkatkan kemahiran berfikir

2. Pendekatan Bertema Faktor-faktor pemilihan tematik :-

Satu tajuk yang boleh merentas semua komponen Bersesuaian dan berkaitan dengan pengalaman dan kehidupan

murid Bersesuaian dengan situasi, masa atau peristiwa Kemudahan untuk mendapatkan sumber yang akan digunakan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran Guru berminat terhadap tema yang dipilih Pemeringkatan dari tema yang mudah kepada yang lebih

mencabar

Pelaksanaan Pendekatan Bertema :- murid-murid diminta membuat sumbangsaran berdasarkan topik kenalpastisubtopik, pilih aktiviti yang sesuai supaya dapat

membantu kanak-kanak mempelajari isi kandungan dan menggunakan atau mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari dalam konteks yang bermakna

membina peta minda web tema rancang dan keluarkan idea, galakkan kemahiran berfikir guru perlu fikirkan objektif setiap aktiviti dan hubungkaitkan dengan

setiap hasil pembelajaran. Jika aktiviti itu tidak membantu mencapai matlamat, aktivti itu hendaklah ditamatkan

iklim dan persekitaran bilik darjah mempunyai hiasan atau suasana yang berkaiatan dengan tema

memilih tema mengikut musim atau peristiwa

Page 6: Contoh persediaan mengajar prasekolah

3. Pendekatan Bersepadu Melibatkan :-

kesepaduan antara komponen kesepaduan kemahiran, kemahiran dan nilai murni kesepaduan aktiviti dalam kelas dan luar kelas kesepaduan aktiviti berfokuskan guru dan berfokuskan murid kesepaduan pelbagai kaedah dan teknik

Pendekatan bersepadu menyediakan peluang kepada murid :- mendalami atau meneroka sesuatu topic lebih banyak pilihan dan motivasi untuk menimbulkan kepuasan

belajar pembelajaran lebih aktif, mengembirakan dan bermakna meningkatkan daya imaginasi dan kretiviti meningkatkan kemahiran berbahasa meningkatkan nilai murni

4. Teknologi Maklumat dan Komunikasi Pendekatan ini digunakan untuk :-

membantu proses pengajaran dan pembelajaran memperolehi maklumat berinteraksi dengan bahan untuk belajar sendiri dan bersama rakan

sebaya memperkayakan pengalaman dan pembelajaran

PENGELOLAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN1. Aktiviti Kelas

melibatkan seluruh ahli dalam kelas aktiviti P & P dijalankan serentak dilaksnakan untuk :-

- menyampaikan amklumat- memberi arahan dan penerangan- sessi bercerita- bersoal jawab- membuat refleksi

contoh aktiviti kelas :-- bercerita- Circle time- nyanyian/gerakan- field trip-bersoal jawab- eksperimen

Page 7: Contoh persediaan mengajar prasekolah

2. Aktiviti Kumpulan murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil setiap kumpulan menjalankan aktiviti yang sama atau berbeza ahli kumpulan bekerja secara kolaboratif untuk memperolehi hasil yang

sama contoh aktiviti kumpulan :-

- membentuk doh- main pondok- main bongkah- cantum puzzle- permainan tradisional- berkebun- penerokaan- permaian bahasa- kolaj/renjisan/cetakan/melukis/mewarna- pertandingan menyusun huruf/perkataan/gambar bersiri

3. Aktiviti Individu murid menjalankan aktiviti secara bersendirian interaksi murid dengan bahan murid berpeluang mendapatkan perhatian secara personal daripada guru contoh aktiviti individu :-

- melukis gambar- menyusun bongkah- menggunting/menampal- menguntai manik/bunga- mengenakan butang baju- membaca buku kecil/kad bacaan

AKTIVITI SEHARI DI PRASEKOLAHRutinAktiviti yang dilakukan setiap hari dan tidak ada kaitan dengan tema

menyambut ketibaan murid dengan mesra menyusun kasut dan beg mengambil kedatangan murid membersihkan diri selepas makan perhimpunan pada awal minggu peraturan di dalam dan di luar kelas

Perbualan PagiBertujuan untuk mewujudkan suasana kesediaan dengan :-

murid berkongsi pengalaman atau bahan bersama rakan dan guru (show and tell)

guru menerangkan aktiviti yang akan dijalankan pada hari itu menggerakkan interaksi dan komunikasi antara guru dan murid

Page 8: Contoh persediaan mengajar prasekolah

Permainan/Aktiviti LuarDijalankan di luar kelas. Bertujuan untuk :

meningkatkan kemahiran motor kasar mendedahkan kepada cahaya matahari dan udara segar peluang untuk pengalaman penerokaan ruang luas prihatin kepada aspek keselamatan penerapan nilai murni dan kepekaan kepada persekitaran

Aktiviti KelasGuru akan menjalankan aktiviti-aktiviti berikut mengikut rancangan yang dirancangkan :-

bercerita aktiviti fizikal di luar kelas membuat lawatan di sekitar sekolah

Aktiviti Kumpulan murid dibahagikan kepada kumpulan lebih kecil bagi menjalankan

pelbagai aktiviti serentak boleh bertukar aktiviti selepas lebih kurang 20 minit murid belum bersedia untuk bergerak ke aktiviti lain, harus dibenarkan

untuk meneruskan aktiviti tersebut

Rehat menikmati hidangan makanan berkhasiat dan seimbang mengamalkan nilai murni seoerti membaca doa, bekerjasama

menghidang, mengemas selepas nakan dan menggosok gigi menjalankan aktiviti bebas secara senyap seperti melihat buku

bergambar dan mendengar muzik perlahan

Aktiviti penamat/penutup mengemas peralatan dan mastikan kebersihan kelas murid duduk bersama guru di dalam bulatan atau separa bulatan membuat refleksi terhadap apa yang telah dipelajari pada hari itu

PENYELIAAN KDPM PRASEKOLAH FASA 1

Page 9: Contoh persediaan mengajar prasekolah

Penyeliaan1 kali lawatan sosial5 kali untuk satu slot1 kali bersama guru pembimbingJUMLAH PENYELIAAN = 6 KALI

Guru pelatih seminggu2 kali sehari penuh

CONTOH JADUAL SEMINGGU PRASEKOLAH

MASA/HARI

AHAD ISNIN SELASA RABU KHAMIS

8.00 – 8.30am(30 min)

RUTIN/PERBUALAN PAGI

8.30 – 8.50am(20 min)

PERMAINAN/AKTIVITI LUAR

8.50 – 9.20 am(30 min)

PK SE PI KE BM

9.20 – 10.20am (60 min)

AKTIVITI KUMPULAN1. PI

2. BM3. KE

1. BI2. KG3. SE

1. BM2. KG3. KE

1. PI2. KE3. SE

1. KG2. PF3. BI

10.20 – 10.50am(30 min)

REHAT

10.50 – 11.20am (30 min)

BI PI PF BM KE

11.20 – 11.30am (10 min)

PENUTUP

Page 10: Contoh persediaan mengajar prasekolah