contoh perkembangan esei sej

9
Perkembangan Kelab Bola Sepak Pada tahun 1981 Kelab Bola Sepak SKSM telah ditubuhkan oleh Cikgu Suhaidi. Pada masa itu jumlah keahliannya ialah seramai 15 orang sahaja yang terdiri daripada murid-murid darjah empat, lima dan enam. Cikgu Suhaidi dibantu oleh seorang guru lagi iaitu Cikgu Bakri. Menurut beliau, disebabkan jumlah ahli yang agak sedikit aktiviti kelab pada masa itu agak terhad.(1) Tambahan pula SKSM tidak mempunyai padang bola sepak yang menepati spesifikasi dan kemudahan yang ada tidak begitu membantu.

Upload: upper6

Post on 09-Aug-2015

73 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh perkembangan esei sej

Perkembangan Kelab Bola Sepak

Pada tahun 1981 Kelab Bola Sepak SKSM telah ditubuhkan oleh Cikgu Suhaidi. Pada masa itu jumlah keahliannya ialah seramai 15 orang sahaja yang terdiri daripada murid-murid darjah empat, lima dan enam. Cikgu Suhaidi dibantu oleh seorang guru lagi iaitu Cikgu Bakri. Menurut beliau, disebabkan jumlah ahli yang agak sedikit aktiviti kelab pada masa itu agak terhad.(1) Tambahan pula SKSM tidak mempunyai padang bola sepak yang menepati spesifikasi dan kemudahan yang ada tidak begitu membantu.

Page 2: Contoh perkembangan esei sej

Perjumpaan mingguan kelab ini diadakan pada setiap hari Rabu iaitu dari pukul 4.30 hingga 6.00 petang. Setiap ahli akan dibahagikan kepada empat kumpulan kecil. Dengan bantuan Cikgu Bakri, kumpulan-kumpulan kecil ini akan diberikan sebiji bola dan diajar cara menyepak dan mengelecek bola dengan betul. Menurut Cikgu Suhaidi lagi, ganjaran akan diberi kepada ahli kelab yang dapat mengelecek bola dengan baik untuk menarik minat mereka hadir setiap kali aktiviti mingguan diadakan.(2)

Pada tahun 1985, SKSM telah mendapat khabar gembira apabila sebuah padang bola sepak yang luas dan menepati spesifikasi telah disiapkan untuk kegunaan sekolah. Kemudahan ini telah menyuntik semangat Cikgu Suhaidi untuk mengadakan lebih banyak aktiviti mingguan bagi kelab bola sepak sekolah. Menurut Cikgu Ali, pada bulan Mac beliau ditukarkan ke SKSM dan telah ditugaskan membantu Cikgu Suhaidi mengendalikan kelab bola sepak sekolah tersebut. Serentak dengan pertambahan jumlah ahli maka aktiviti mingguan kelab yang terhad sebelum ini telah diperbanyakkan. Mulai bulan April, perlawanan antara kumpulan mula diadakan bagi mencungkil bakat dan kebolehan murid. (3) Melalui aktiviti perlawanan antara kumpulan ini guru dapat mengesan dan mengenal pasti murid-murid yang berbakat untuk mewakili pasukan bola sepak sekolah.

Menurut Encik Busu bin Bedul, beliau amat gembira dengan adanya padang bola sepak yang baru di SKSM. Hal ini kerana anak ketiga beliau iaitu

Page 3: Contoh perkembangan esei sej

Budin bin Busu sangat berminat dalam permainan bola sepak. Dengan adanya padang yang baru, beliau mengambil peluang keemasan ini menggalakkan anaknya menjadi ahli kelab bola sepak sekolah dan cuba menonjolkan bakat agar terpilih sebagai salah seorang pemain bola sepak sekolah. Berkat usaha, kegigihan dan minat yang ada, akhirnya Budin berjaya meletakkan dirinya sebagai pemain utama pasukan bola sepak SKSM pada tahun 1987. Kejayaan ini sangat membanggakan Encik Busu. (4)

Selain perlawanan antara kumpulan, Kelab Bola Sepak SKSM telah menganjurkan pertandingan bola sepak antara rumah sukan buat kali pertama pada tahun 1990. Menurut Cikgu Amin, pertandingan ini telah membuka ruang kepada lebih ramai murid-murid untuk menonjolkan bakat mereka. Setiap rumah sukan dikehendaki menghantar satu pasukan bola sepak yang terdiri daripada 15 orang pemain. Hasil daripada pertandingan ini, pihak sekolah khususnya kelab bola sepak dapat memilih pemain yang benar-benar berbakat untuk mewakili pasukan bola sepak sekolah. (5)

Page 4: Contoh perkembangan esei sej

Perkembangan PBSMPBSM SMKM telah ditubuhkan pada tahun 1975. Pada masa itu guru yang

bertanggungjawab dalam penubuhan PBSM ialah Cikgu Sudin bin Bidin. Beliau ialah seorang guru lepasan Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim. Pada awal penubuhannya, PBSM hanya mempunyai ahli seramai 30 orang iaitu 15 orang pelajar lelaki dan 15 orang pelajar perempuan. Guru penasihat PBSM selain Cikgu Sudin ialah Cikgu Zaleha dan Cikgu Kamariah.(1) Ketiga-tiga orang guru ini telah mencuba sedaya upaya untuk menjadikan PBSM sebagai unit beruniform yang paling aktif pada ketika itu.

Aktiviti mingguan diadakan pada setiap hari Selasa iaitu dari pukul 3.00 hingga 4.30 petang. Cikgu Kamariah menceritakan bahawa aktiviti pada masa itu melibatkan teori dan amali. Aktiviti ini diadakan secara bergilir-gilir mengikut minggu dan dikendalikan oleh mereka bertiga. Antara aktiviti teori yang diadakan ialah Pengenalan dan Sejarah PBSM Negeri Pahang dan PBSM peringkat kebangsaan, konsep dan prinsip rawatan pertolongan cemas, jenis-jenis kecederaan ringan dan berat serta cara rawatan dan beberapa konsep lain yang berkaitan dengan pertolongan cemas. Aktiviti amali pula melibatkan teknik ikatan anduh bagi kecederaan di kepala, tangan, siku dan lutut. Ahli-ahli PBSM akan diajar untuk membalut setiap kecederaan di tempat-tempat tersebut dengan ikatan yang betul. Selepas diajar, mereka akan diuji seorang demi seorang sehingga berjaya melakukannya dengan betul. (2)

Page 5: Contoh perkembangan esei sej

Mulai bulan Mac 1982, PBSM SMKM mula mendapatkan khidmat bantuan daripada Klinik Kesihatan Maran untuk melaksanakan aktiviti mereka. Menurut Encik Samad, seorang bekas kakitangan Klinik Kesihatan Maran, setiap bulan mereka akan dijemput untuk mengendalikan aktiviti PBSM di SMKM. Antara aktiviti yang dijalankan oleh mereka ialah ceramah kesihatan, pameran dan demonstrasi rawatan pertolongan cemas. Pernah satu ketika beliau terlibat dengan satu insiden pada tahun 1986 ketika aktiviti demonstrasi dijalankan iaitu seorang ahli PBSM pengsan secara tiba-tiba. Pada masa itu, beliau bersama-sama dua orang lagi kakitangan klinik bikan sahaja mengadakan demonstrasi sebaliknya memberikan rawatan sebenar kepada pelajar tersebut.(3) Insiden ini tidak akan dilupakan oleh beliau kerana kejadian tersebut telah benar-benar menguji kepakaran beliau sebagai seorang kakitangan dalam bidang kesihatan. Bagi Cikgu Kalsom pula, insiden ini telah membuka mata beliau tentang pentingnya ilmu untuk memberikan pertolongan cemas kepada pesakit dalam apa-apa jua keadaan, masa atau tempat. (4) Kepentingan pertolongan cemas ini ………………………………………. ( 5) *sumber bertulis sama ada buku@internet@artikel

Page 6: Contoh perkembangan esei sej

Pada tahun 1990, Cikgu Hamzah bin Dollah telah ditugaskan di sekolah ini dan salah satu tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya ialah Guru Penasihat PBSM. Sebagai seorang guru yang mahir dalam ilmu kawad kaki, Cikgu Hamzah telah menambahkan aktiviti kawad kaki ini sebagai salah satu aktiviti mingguan PBSM. Kawad kaki ialah…..(6)

Menurut Puan Salmah binti Saman, beliau amat membenci aktiviti kawad kaki ini. Hal ini kerana aktiviti kawad kaki diadakan di kawasan lapang yang panas terik tanpa ada tempat untuk berteduh. Sikap tegas dan garang Cikgu Hamzah sepanjang aktiviti kawad kaki ini menambahkan lagi kebencian Puan Salmah dan beberapa orang rakannya terhadap aktiviti kawad kaki. Oleh hal yang demikian, mereka seringkali ponteng sekolah pada setiap hari Selasa untuk mengelakkan diri daripada aktiviti kawad kaki ini.(7)

Page 7: Contoh perkembangan esei sej

Perkembangan Kelab dan Persatuan

Pada awal penubuhan SKM hingga tahun 1984, hanya terdapat tiga persatuan sahaja yang ditubuhkan iaitu Persatuan Bahasa Melayu, Persatuan Bahasa Inggeris dan Persatuan Agama Islam. Persatuan-persatuan yang ditubuhkan ini berdasarkan subjek atau mata pelajaran yang dipelajari oleh semua murid dari darjah satu hingga darjah enam. Menurut Haji Samah bin Sujak, kurangnya kemudahan sistem komunikasi menyebabkan kurangnya pendedahan kepada dunia luar dalam kalangan warga sekolah pada masa itu. Hal ini menyebabkan mereka tidak mempunyai idea untuk menubuhkan persatuan-persatuan yang tidak berkaitan dengan mata pelajaran yang dipelajari. (1) Aktiviti kelab dan persatuan ini diadakan pada setiap hari Sabtu iaitu dari pukul 8.30 pagi hingga pukul 10.00 pagi. Masalah ketidakhadiran pelajar merupakan masalah utama yang terpaksa dihadapi oleh para guru untuk melaksanakan aktiviti. Hal ini kerana hari Sabtu ialah hari cuti dan pelajar-pelajar biasanya akan bangun lewat dan tidak mahu datang ke sekolah. Oleh hal yang demikian, setiap guru penasihat sentiasa mencari jalan bagi menarik perhatian pelajar untuk hadir ke sekolah pada hari Sabtu.

Page 8: Contoh perkembangan esei sej

Persatuan Bahasa Melayu adalah persatuan yang mempunyai ahli yang paling ramai pada tahun 1985. Menurut Encik Yusof bin Uteh, jumlah ahli Persatuan Bahasa Melayu pada masa itu ialah 38 orang. Daripada jumlah itu, hanya 18 orang sahaja pelajar lelaki manakala selebihnya ialah pelajar perempuan. Guru penasihat selain beliau adalah seramai tiga orang iaitu Puan Timah binti Teman, Puan Fatimah binti Farid dan Encik Badrul bin Badril. Antara aktiviti yang diadakan ialah pertandingan syarahan, deklamasi sajak dan syair. Dalam pertandingan syarahan biasanya pelajar akan diberikan teks oleh guru penasihat dan mereka diberi tempoh seminggu untuk menghafalnya. (2) Melalui pertandingan ini pelajar dapat membina keyakinan diri………(3) Dalam pertandingan sajak pula, pelajar akan diberi kebebasan untuk menyediakan sajak sendiri atau mengambil sahaja mana-mana sajak yang disiarkan di dalam media. Menurut Puan Fatimah, pada tahun 1989 persatuan ini telah berjaya mencungkil bakat seorang pelajar perempuan dalam pertandingan mendeklamasi sajak bertemakan kemerdekaan iaitu Nurul Suhana binti Kamal.

Page 9: Contoh perkembangan esei sej

Pelajar ini kemudiannya telah mewakili daerah Maran ke Pertandingan Deklamasi Sajak Negeri Pahang yang diadakan di SK Seri Biram, Pekan dan berjaya merangkul gelaran naib johan. Kejayaan ini telah mendorong Puan Fatimah dan guru-guru lain untuk mencari lebih ramai bakat baru dalam deklamasi sajak ini.(4)

Bagi mengatasi masalah ketidakhadiran pelajar pada setiap kali perjumpaan aktiviti, mulai tahun 1988, Encik Badrul telah mengambil inisiatif menyediakan ganjaran kepada pelajar yang hadir. Menurutnya, ganjaran itu tidaklah sebesar mana tetapi amat digemari oleh kebanyakan pelajar pada masa itu iaitu gula-gula getah. Setiap pelajar yang hadir akan dihadiahkan dua biji gula-gula getah Bubblegums manakala pelajar yang memenangi pertandingan akan menerima sebungkus gula-gula getah Bubblegums dan sebatang ais krim. Langkah ini ternyata berkesan kerana kehadiran ahli-ahli Persatuan Bahasa Melayu pada setiap hari Sabtu sentiasa mengatasi persatuan-persatuan lain.(5) Sebenarnya kaedah memberi ganjaran ini adalah…………(6)