esei sej. maritim saya

35
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN PUSAT PENGAJIAN SEJARAH, POLITIK DAN STRATEGI SKSE 2103: SEJARAH MARITIM SOALAN 2: DENGAN MEMILIH SALAH SATU DARIPADA WILAYAH TERSEBUT, BINCANGKAN KEPENTINGANNYA KEPADA SEJARAH MARITIM DUNIA MELAYU SEJAK DARI ABAD KE- 15 SEHINGGA AWAL ABAD KE-20 (KEPULAUAN REMPAH, NUSA TENGGARA DAN TIMUR). DISEDIAKAN OLEH: NOR ADILA BINTI MUSA A136660 NAMA PENSYARAH: DR. RAHILAH BINTI OMAR ENCIK AL-AMRIL BIN OTHMAN 1

Upload: nor-adila-musa

Post on 27-Oct-2015

171 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Esei Sej. Maritim Saya

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAANPUSAT PENGAJIAN SEJARAH, POLITIK DAN STRATEGI

SKSE 2103: SEJARAH MARITIM

SOALAN 2: DENGAN MEMILIH SALAH SATU DARIPADA WILAYAH TERSEBUT,

BINCANGKAN KEPENTINGANNYA KEPADA SEJARAH MARITIM DUNIA MELAYU SEJAK DARI ABAD KE-15 SEHINGGA AWAL ABAD KE-20

(KEPULAUAN REMPAH, NUSA TENGGARA DAN TIMUR).

DISEDIAKAN OLEH:NOR ADILA BINTI MUSA

A136660

NAMA PENSYARAH:DR. RAHILAH BINTI OMAR

ENCIK AL-AMRIL BIN OTHMAN

TUTORIAL:KHAMIS

11.00 A.M- 12.00 P.M

1

Page 2: Esei Sej. Maritim Saya

1.0 PENGENALAN

Perdagangan merupakan satu aspek penting dalam menilai kemajuan dan kegemilangan

sebuah kerajaan , dari aspek politik, ekonomi dan sosial. Walaupun perdagangan dilihat satu

perkembangan kemajuan aspek ekonomi tetapi ia saling berkait dan mampu untuk memberi

kesan kepada aspek politik dan sosial. Kepulauan Rempah, Nusa Tenggara dan Timur

merupakan satu nama yang penting dalam dunia perdagangan Melayu tidak kira dalam

perdagangan tempatan mahupun perdagangan antarabangsa yang melibatkan negara-

negara barat seperti Belanda, Portugis, Eropah dan sebagainya. Kepulauan ini dilihat sebagai

satu eset yang kaya dengan kepelbagaian hasil bumi.

Kemajuan dalam aspek perdagangan Kepulauan Rempah, Nusa Tenggara dan Timur

abad ke-15 dan ke-20 merupakan zon penting kepada sejarah maritim dunia Melayu. Pada

abad ke-14 telah muncul lima zon perdagangan di Asia Tenggara. Kawasan kepulauan

Rempah, Nusa Tenggara dan Timur merangkumi kawasan zon perdagangan kelima.

Manakala zon-zon lain seperti zon pertama mewakili rangkaian perdagangan Teluk Benggala

yang bermula di Pantai Coromandel, selatan India dan meliputi Sri Lanka, Burma, utara

Semenanjung Tanah Melayu serta utara dan pantai barat Sumatera. Zon perdagangan kedua

merangkumi rangkaian Selat Melaka. Zon perdagangan ketiga pula meliputi pantai timur

laut Semenanjung Tanah Melayu dan pantai selatan Vietnam, wilayah yang bersempadanan

dengan Teluk Siam. Seterusnya zon keempat ialah kawasan laut Sulu, yang merangkumi

pantai barat Luzon, Mindora, Cebu dan Mindanao. 1

Apabila dikatakan bahawa wilayah Kepulauan Rempah, Nusa Tenggara dan Timur ini

penting kepada sejarah maritim dunia Melayu, hal ini kerana ia mempunyai peranan yang

penting bagi menjadikan wilayah-wilayah tersebut sebagai sebuah kawasan perdagangan

yang menjadi tumpuan dan menjadi kawasan perdagangan maju yang menjalankan kegiatan

import dan export barangan tempatan. Peranan itu juga di sebabkan adanya faktor penting

di wilayah-wilayah tersebut.

1 Sivachandralingam Sundara Raja, Perdagangan dan Pelabuhan Bebas : Sejarah dan Perkembangannya, Penerbitan Fajar Bakti SDN.BHD, Shah Alam, 1997, Hlm. 73-74.

2

Page 3: Esei Sej. Maritim Saya

“Kepesatan perdagangan dengan negara China mendesak Syarikat Hindi Timur Inggeris mencari sebuah pelabuhan persinggahan di sekitar Kepulauan Melayu untuk memudahkan kapal-kapalnya berlabuh, mempelengkap, mengisi dan menunggu tiupan angin monsun yang sesuai untuk membawa mereka ke negara China atau balik ke India.”2

Hal ini melihatkan bahawa wilayah Kepulauan Melayu sering menjadi tumpuan pedagang

yang dipengaruhi oleh peranan dan faktor semulajadi wilayah tersebut. Nordin Hussin juga

ada menyatakan dunia Melayu telah menjadi jaringan perdagangan yang penting dan telah

membawa kepada pembentukan perdagangan dan peradapan. Secara umumnya terdapat

Sembilan lautan yang memisahkan dan mencantumkan dunia Melayu iaitu,

“… laut Melayu (Selat Melaka, laut Jawa, laut China Selatan, laut Sulu, laut Banda, laut Flores, laut Sulawesi, laut Maluku dan laut Seram.”3

Lautan-lautan ini telah memberi jaringan perdagangan penting yang seterusnya mampu

untuk membentuk sebuah entiti ekonomi yang kukuh dan jaringan perdagangan utama

serta penting di dunia Eropah.

2 Sivachandralingam Sundara Raja, 1997, Hlm. 60.3 Nordin Hussin, Perdagangan dan Peradapan di Laut Malayu, Universiti, Kebangsaan Malaysia, Bangi, 2011, Hlm. 14.

3

Page 4: Esei Sej. Maritim Saya

1.0 LATAR BELAKANG DAN PERKEMBANGAN PERDAGANGAN

2.1 KEPULAUAN REMPAH (MALUKU UTARA)

Kepulauan Rempah dikenali sebagai Kepulauan Maluku iaitu sebuah wilayah yang terletak di

bahagian timur wilayah Indonesia iaitu di antara Pulau Sulawesi dan Pulau Irian. Ia

merupakan salah satu wilayah Republik Indonesia. Manakala ibu kotanya merupakan

Ambon. Maluku Utara adalah daerah yang terletak pada lintasan garis khatulistiwa dan

berada pada 124° sampai 129° bujur timur dan 3° lintasan utara sampai 3° lintasan selatan.

Terdapat sebanyak 353 pulau bersaiz besar dan kecil di wilayah kepulauan Maluku tersebut,

sama ada yang telah diteroka atau belum di terokai. Pulau-pulau yang bersaiz besar dan

paling utama adalah Halmahera, Obi, Sula, Moratai, Bacan, Makian, Ternate dan Tidore.4

Sebelum abad yang ke-15 lagi, Kepulauan Maluku sudah dikenali sebagai wilayah

kepulauan yang terkenal dengan hasil buminya terutamanya dalam membekalkan dagangan

rempah. Sebelum kedatangan barat lagi, kepulauan rempah ini telah didatangi oleh

pedagang-pedagang dari Jawa dan Melayu yang ingin mendapat bekalan-bekalan rempah

seperti cengkih dan pala.

“ ketika kerajaan Majapahit mencapai zaman kejayaannya, pedagang-pedagang Melayu dan Jawa telah tiba ke Maluku untuk berniaga”… “Orang- orang Jawa dan Melayu inilah yang membawa rempah-rempah Maluku ke pelabuhan-pelabuhan penting di persisiran utara Jawa, sampai ke Aceh dan Malaka”.5

Hal ini menunjukkan bahawa sudah ada urusniaga penting melalui perdagangan yang

dijalankan di Maluku, dan menunjukkan bahawa wilayah Kepulauan Maluku adalah sebuah

wilayah yang menjadi tumpuan. Sebelum abad ke-15, Kepulauan Rempah ini masih belum

cukup di kenali oleh negara barat sehinggalah pada tahun 1512, Alfonso d’Albuque

memerintah supaya mengeluarkan perintah pelayaran ke “ilhas de crafo” atau pulau-pulau

rempah. Seterusnya mula muncul pengaruh lain seperti Sepanyol pada tahun 1521, diikuti

Belanda pada tahun 1599 dan pedagang Inggeris pada tahun 1605. Selepas daripada

tempoh tersebut nama Maluku sudah mula dikenali dengan kekayaan rempah.

4 M. Adnan Amal, Kepulauan Rempah-Rempah: Perjalanan Sejarah Maluku Utara 1250-1950, KPG (kepustakaan Populer Gramadia), Jakarta, 2010, Hlm. 4.5 Ibid ., Hlm. 13.

4

Page 5: Esei Sej. Maritim Saya

Maluku dikenali kerana kekayaannya dalam menghasilkan rempah seperti cengkih

yang amat diperlukan. Tanaman rempah-rempah ini mula-mula ditanam secara liar di pulau

Ternate, Tidore, Moti, Makian, dan Kasiruta. Barang dagangan rempah ini juga mendapat

permintaan yang tinggi oleh pedagang Cina, Melayu, Jawa, Arab, Persia dan Gujarat.

Pedagang –pedagang asing juga mengaut keuntungan yang lumayan dari wilayah Ternate,

Tidore dan Bacan. Pada abad ke-16, permintaan rempah-rempah di Eropah semakin

meningkat, begitu juga dengan harga pasaran yang semakin meningkat. Oleh itu, Portugis

melihat Maluku adalah aset kekayaan kepadanya. Hal ini mampu memberi keuntungan

besar kepada Portugis sekiranya mampu untuk memonopoli perdagangan rempah di

Maluku.

“… membuat estima bahawa ia mampu mengeksport dari Asia antara 50 000 -70 000 kwintal rempah-rempah di penghujung abad itu. Prospek konsumsi Eropah yang makin melonjak ini tentunya akan memberi keuntungan yang cukup besar kepada Portugis.”6

Selain Maluku juga, portugis ingin menguasai , daerah penghasilan rempah-rempah lain

seperti Ambon dan Banda yang merupakan pengeluar kepada hasil dagangan pala. Portugis

juga bertindak menakluk Melaka atas dasar strategi untuk menguasai jaringan perdagangan

semata-mata untuk mengaut hasil kekayaan dan keuntungan yang berlipat kali ganda.

Atas desakan Eropah kuasa barat berlumba- lumba menguasai daerah-daerah yang

kaya ini demi keuntungan dan kepentingan sendiri. Oleh itu, timbul permasalahan dan

menjurus kepada peperangan antara kuasa-kuasa Eropah dengan rakyat tempatan. Belanda

berjaya menguasai Maluku dan menubuhkan VOC “ Verenigde Oost –Indische Compagnie”

iaitu Persekutuan Dagang Hindi Timur, yang telah memonopoli perdagangan rempah selama

350 tahun. Pengaruh-pengaruh kuasa asing ini telah memberi kesan kepada sistem politik,

ekonomi dan sosial di Maluku, yang melihatkan perubahan pentadbiran, penderitaan hidup

rakyat, pengaruh agama, sistem pendidikan dan lain-lain.

6 M. Adnan Amal, Portugis & Spanyol di Maluku, Komunitas Bumbu, Jakarta, 2010, Hlm. 18.

5

Page 6: Esei Sej. Maritim Saya

Terdapat juga hasil dagangan yang lain yang di perdagangkan seperti kopi, gula, teh

pada abad ke-18 dan ke-19. Abad ke-19 dan awal abad ke-20 pula, rempah bukanlah satu-

satunya hasil perdagangan yang utama lagi.

“… damar dan kopra memang menjadi primadona eksport Maluku Utara. Kopra menempati rangking teratas disusuli damar…”7

Kegiatan ekonomi Belanda pada abad ke-20 sudah tidak terlalu tertumpu kepada

perdagangan di Maluku, perhatian Belanda mula berpusat kepada Jawa dan Sumatera.

Seterusnya melihatkan bahawa aktiviti perdagangan dan perkapalan di Maluku mulai

merosot.8

2.2 NUSA TENGGARA

Nusa Tenggara meliputi daerah yang luas di kawasan kepulauan Sunda kecil. Wilayah

tersebut meliputi dataran seluas 73 000 km2. Pulau –pulau terbesar di kepulauan Nusa

tenggara ini adalah Timor, Flores, Sumba dan Sumbawa. Daerah ini terletak antara 5°-10°

lintang selatan dan 115°- 130° ke timur. Keadaan muka bumi di daerah ini adalah berbukit-

bukit di sebelah barat. 9 Nusa Tenggara terbahagi kepada Nusa Tenggara Timur dan Nusa

Tenggara Barat.

Kepulauan Nusa Tenggara Timur meliputi bahagian daripada Laut Timur, Samudera

Indonesia, Laut Flores dan Laut sawu. Diantara pulau dengan pulau terdapat selat-selat dan

di antara selat yang cukup terkenal adalah selat Ombai yang memisahkan yang memisahkan

Pulau Alor dengan Pulau Timur , Selat Alor yang memisahkan Pulau Pantar dengan Pulau

Alor, Selat Pantar memisahkan Pulau Lomblem dan Pulau Pantar, Selat Watowobi pula

7 M. Adnan Amal, 2010, Hlm.337.8 John A. Pattikayhatu, Sejarah Perlawanan terhadap Imperialisme dan Kolonialisme di Daerah Maluku, Departmen Pendidikan dan Kebudayaan, Direktorat Sejarah dan Nilai Tradisional, Proyek Inventarisasi dan Dokumentasi Sejarah Nasional, 1983/1984, Hlm. 7.9 I Ketut Ardhana, Penataan Nusa Tenggara Pada Masa Kolonial 1915-1950, PT Raja Grafindo Persada, Jakarta, 2005, Hlm . 23.

6

Page 7: Esei Sej. Maritim Saya

memisahkan antara Pulau Sumba dengan Pulau Flores dan Selat Roti di antara Pulau ROti

dengan Pulau Timur.

Nusa Tenggara Barat, di mana ianya terletak di sebelah Timur Bali memanjang dari

barat ke timur Bali memanjang dari barat ke timur dan melebar dari utara ke selatan, pada

kedudukan latitude selatan 8°-9°5 dan 115° 46’- 119° 5’. Wilayah ini merangkumi dua buahˊ

pulau iaitu Pulau Lombok dan Pulau Sumbawa. Antara wilayah maritim dan selat yang

termasuk di kawasan ini terdiri daripada bahagian laut Flores di sebelah utara dan Samudera

Indonesia di sebelah selatan. Geografinya tidak terlalu berbeza dengan kepulauan Nusa

Tenggara Timur.

Nusa Tenggara juga merupakan satu wilayah yang mendapat tumpuan daripada

pedagang- pedagang . Nusa Tenggara dilihat sebagai zon peralihan antara Indonesia Barat

dan Timur. Nusa Tenggara juga dilihat mempunyai hubungan dagangan dengan pulau-pulau

kecil di sekelilingnya. Nusa Tenggara dilihat telah lama menjalani aktiviti

perdagangan,terbukti apabila pada tahun 1600 lagi telah ada perahu-perahu telah tiba dari

Singapura dan juga pergi ke Sulawesi melalui Bali. Hasil dagangan yang sangat menjadi

tumpuan pada masa itu ialah cendana. Pada abad ke-19 pula terdapat perubahan besar

dalam aspek politik, ekonomi dan sosial, kesan akibat campur tangan kuasa-kuasa asing

seperti Belanda.

“ Kontak antara orang Eropah dengan penguasa pribumi bermula di Timor dan menyebar hingga ke Sumbawa.”

Pada akhir abad ke-19 iaitu sekitar tahun 1880-1915 merupakan masa peralihan di

Nusa Tenggara. Setelah berlakunya campur tangan kolonial di Nusa Tenggara melihatkan

berlakunya kemajuan perdagangan. Hal ini dipercepatkan lagi dengan kemajuan-kemajuan

yang di bawa oleh kuasa asing seperti teknik kapal wap dan sebagainya. Penaklukan terus

berlaku dari sebuah daerah ke daerah lain seperti di Lombok pada tahun 1894 dan di ikuti

penaklukan Bali, Sulawesi dan Flores setelah tahun 1905.

Pengaruh kuasa-kuasa ini juga telah melihatkan bahawa mula munculnya komoditi-

komoditi perdagangan lain serti kopra, jagung, kopi, beras, bawang dan kacang hijau. Ini

menunjukkan bahawa dagangan kayu cendana bukan merupakan dagangan yang utama

7

Page 8: Esei Sej. Maritim Saya

lagi. Ormeling menyatakan dalam buku yang ditulis oleh I Ketut Ardhana menyatakan

bahawa, perdagangan kayu cendana antara tahun 1890-1910 berkurangan. 10

2.3 TIMUR

Pulau Timor atau Timur terletak di hujung timur kepulauan Sunda Kecil dan merupakan

pulau terbesar di kepulauan ini ( memiliki luas 34.000 km2). Pulau Timor berbatasan dengan

Samudra Hindi di sebelah selatan sementara di sebelah utara berbatasan Solor, Alor dan

pulau-pulau lainnya. Pulau Wetar dan Kisar terdapat di sebelah timur laut Timor sementara

di sebelah baratnya terdapat Pulau Roti.11

Dalam bahasa Melayu, Timor bererti Timur. Oleh itu besar kemungkinan nama ini

berasal dari pedagang Melayu sendiri. Dalam perdagangan antara pulau terdapat

perbezaan antara Timor Besar dengan Timor Kecil. Timor kecil adalah pulau-pulau di sebelah

barat daya. Sementara itu, orang Portugis berpendapat bahawa nama ini berasal dari nama

Gunung Timauw atau Timor yang terletak sekitar 11m di sebelah timur laut Kota Kupang.

Pulau Timor ini dikenali disebabkan kaya dengan penghasilan cendana yang

mempunyai pasaran yang sangat luas di dunia. Para pedagang dari Jawa, Malaka, Cina,

Bugis, Makassar berlayar ke Timor dengan kapal layar melintasi Laut Sabu dan Laut Timor.

Bandar-bandar penting berada di Pantai Selatan Timor, kerana merupakan daerah utama

penghasilan cendana yang berada di hulu sungai-sungai yang mengalir ke Laut Timor. Muara

Sungai Benain sejak abad ke-15, yang merupakan sebahagian perairan Timor telah menjadi

salah satu Bandar terpenting bagi kapal dagang yang membeli kayu cendana. Timor

mengeksport kayu cendana melalui pelabuhan sendiri dan juga mengimport pelbagai

barangan dagangan dari luar. Terdapat juga hubungan dengan pedagang dari negeri lain

seperti Jawa, Arab, Melayu dan pedagang India. Sebelum kedatangan barat lagi, jaringan

perdagangan kepulauan Timor telah meluas sama ada perdagangan tempatan atau

perdagangan antarabangsa.12

10 I Ketut Ardhana, 2005, Hlm. 183.11 Ibid .,Hlm. 2412 I Ketut Ardhana, 2005, Hlm. 31.

8

Page 9: Esei Sej. Maritim Saya

“terdapat 20 jung Cina yang datang membawa muatan besi, emas, sutra. Barang dagangan tersenut di tukar dengan cendana dan lilin.”13

Walaupun cendana mendapat tumpuan daripada pedagang-pedagang tetapi ini tidak

bermaksud tiada barang dagangan lain yang tidak di dagangkan di Timor. Hal ini dapat

dilihat apabila adanya pedagang dari Malaka dan Jawa lain mendapatkan dagangan seperti

madu, lilin dan budak, gaharu.

Dalam melihat kedatangan pedagang luar, portugis telah dilihat berdagang lebih

awal dari Belanda. Belanda juga berusaha membeli tanah milik Portugis di Timor, tetapi

gagal. Tetapi setelah Belanda berjaya menakluk Melaka, kuasa Portugis mula lemah, dan

disitu belanda memanfaatkan peluang untuk memonopoli perdagangan di Timor. Kuasa-

kuasa Eropah ini hanya mempunyai matlamat yang satu, iaitu ingin megumpulkan kekayaan

dan keuntungan yang sebanyak mungkin.

2.0 KEPENTINGAN KEPULAUAN REMPAH, NUSA TENGGARA DAN TIMUR KEPADA SEJARAH

MARITIM DUNIA MELAYU

3.1 PUSAT BEKALAN DAGANGAN UTAMA

Ketiga-tiga kawasan ini iaitu Kepulauan Rempah, Nusa Tenggara dan timur merupakan

tumpuan kepada pedagang tempatan mahupun pedagang antarabangsa untuk

mendapatkan hasil dagangan mereka selain meluaskan pasaran. Kesan daripada jaringan

perdagangan ini yang semakin luas telah meningkatkan sumber ekonomi ketiga-tiga

kawasan ini. Hal ini telah dilihat dengan terbinanya kota-kota pelabuhan yang maju, dan

sistem perkapalan yang semakin berkembang. Selain ini dapat melihatkan bahawa mula ada

saingan untuk memonopoli perdagangan terhadap kawasan tersebut. Hal ini menunjukkan

bahawa adanya kepentingan dan keperluan terhadap kawasan tersebut. Antara barang

dagangan yang sangat dikehendaki oleh pedagang-pedagang adalah seperti rempah ratus,

13 Munandjar Widiyatmika, Laut Timor dan Sungai Benain dalam perspektif Perkembangan Sosial Politik di Timor Barat Abad ke-7, PP.PSL, Jakarta, 1995, Hlm. 5

9

Page 10: Esei Sej. Maritim Saya

perdagangan hamba “budak” dan juga kayu cendana. Terdapat juga hasil dagangan lain

yang diperlukan seperti hasil kayu-kayuan dan hasil damar, madu dan sebagainya.

3.1.1 REMPAH-RATUS

Ketiga-tiga kawasan ini iaitu Kepulauan Rempah, Nusa Tenggara dan timur merupakan

tumpuan kepada pedagang tempatan mahupun pedagang antarabangsa untuk

mendapatkan hasil dagangan mereka selain meluaskan pasaran. Kesan daripada jaringan

perdagangan ini yang semakin luas telah meningkatkan sumber ekonomi ketiga-tiga

kawasan ini. Rempah merupakan bahan yag sangat penting dan menjadi bahan

perdagangan penting di kepulauan Indonesia. Rempah telah digunakan dalam pelbagai

aspek iaitu bukan sahaja sebagai bahan masakan, tetapi juga dalam bidang perubatan dan

lain-lain.

“ … spices were used to preserve meat and frigeration, spices were used to preserve meat and other foodstuffs, and to disguise the unpleasant taste of food that was not very fresh. Spices were also used in making medicines, especially those prescribed for disorders of the blood and stomach, and for maxing in cosmetics, scents and deodorants.”14

Hasil utama dagangan di kepulauan Rempah yang menjadi tumpuan pedagang

tempatan mahupun pedagang barat ialah rempah seperti cengkih, buah pala, lada, kayu

manis dan sebagainya. Kepulauan Maluku ini sangat kaya dengan tanaman rempah yang

pada mulanya tumbuh secara liar di pulau Ternate, Tidore, Moti, Makian dan Kasiruta. Di

Maluku utara sendiri dilihat bahawa lebih mementingkan penanaman rempah sehingga

keperluan makanan seperti beras terpaksa didatangkan dari luar. Dalam tulisan Uka

Tjandrasasmita dalam buku Sejarah Nasional Indonesia III menyatakan juga bahawa,

“ dari pelabuhan Jawa dieksport beras ke daerah Maluku sebaliknya dari Maluku di export rempah-rempah untuk kemudian diperdagangkan lagi”.15

14 Maslyn Williams , The Story Of Indonesia, Angus & Robertson. Publishers, London, 1976, Hlm.10-1115 Uka Tjandrasasmita, Sejarah Nasional Indonesia III: Jaman Pertumbuhan dan Perkembangan Kerajaaan-Kerajaan Islam Indonesia, Departmen Pendidikan dan Kebudayaan, Balai Pustaka, Jakarta, 1977, Hlm. 229.

10

Page 11: Esei Sej. Maritim Saya

Hal ini dapat dilihat bahawa adanya jaringan hubungan pedagang dari Cina, Melayu,

Jawa, Arab, Persia dan Gujarat yang berdagang ke wilayah-wilayah ini untuk mendapatkan

bekalan rempah dan pedagang-pedagang ini akan membawa barangan dagangan lain

seperti tekstil, beras, perhiasan dan keperluan hidup yang lain untuk ditukar dengan hasil

rempah tersebut. Terdapat catatan dari Tome Pires dari buku yang ditulis Ahmad Jelani

Halimi yang menyatakan bahawa,

“pedagang-pedagang Melayu menyatakan bahawa Tuhan telah menjadikan Timor untuk kayu cendana, Banda untuk pala dan Maluku untuk cengkih. Dan barangan dagangan ini tidak dikenali di lain-lain tempat kecuali tempat-tempat tadi. Dan telah saya tanya dan sedikit dengan teliti sama ada barangan itu terdapat di tempat lain, mereka menjawab tidak.16

Penyataan tersebut menunjukkan bahawa mereka hanya mendapat dagangan rempah

tersebut dari kawasan ini, sehinggalah dikenali sebagai kepulauan Rempah yang kaya

dengan hasil-hasil rempah.

Pada abad ke 16 pula melihatkan bahawa mula adanya perdagangan asing seperti

Portugis, disusuli orang Sepanyol, dan kemudian orang Belanda. Dalam buku Sejarah Buku

Nasional III ada menyatakan Sepanyol ingin mendapatkan hasil dagangan rempah di

kepulauan Maluku.

“…tetapi perhatianya terhadap cengkeh dan pala telah membawa mereka pula ke Maluku Utara dan pernah ada hubungan teratur antara Ternate dan Tidore dengan Manila setelah pada tahun 1606 Sepanyol mendirikan banteng di pulau-pulau ini yang bias dipertahankannya selama hamper 60 tahun”.17

Mereka mempunyai kuasa untuk menguasai bumi yang kaya dengan hasil rempah ini.

Matlamat utama mereka adalah lebih kepada mementingkan 3G iaitu glory, gold dan

gospel. Antara barangan dagangan yang amat diperlukan pedagang pada masa itu

ternyatalah adalah hasil rempah. Kepentingan mendapat konsensi dagangan rempah adalah

disebabkan berlakunya Revolusi Perindustrian di Eropah, kuasa-kuasa barat mula berlumba-

16 Ahmad Jelani Halimi, Perdagangan dan Perkapalan Melayu Di Selat Melayu: Abad ke-15 Hingga ke-18, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2006, Hlm. 16.17 Uka Tjandrasasmita, 1977, Hlm 229.

11

Page 12: Esei Sej. Maritim Saya

lumba dan bersaing untuk mendapatkan barangan dagangan tersebut bagi menampung

keperluan industri. Penulisan George Miller dalam To the Spices Islands and Beyond, telah

menunjukkan adanya persaingan perdagangan kuasa Eropah bagi memonopoli perdagangan

di kepulauan rempah.

“… Henry Middleton was the first English merchant to venture into Eastern Indonesia solely for the purpose of trade. He commanded the second tranding voyage of the newly founded English East India Company (the first voyage having proceeded only as far as Bandam on Java), Reaching the Moluccas in search of spices in March 1605. In the Moluccas, Middleton found the Dutch and Portuguese embroiled in the tranditional enmity which existed between the Sultanates of Ternate and Tidore…”18

Revolusi Perindustrian membolehkan barang-barang dikeluarkan secara besar-besaran

dengan terbinanya kilang-kilang besar. Keperluan dalam pengeluarkan barangan ini telah

menyebabkan keperluan dan permintaan lebih tinggi terhadap bahan mentah.

Dilihat bahawa terdapatnya kuasa-kuasa besar Eropah bersaing mendapat monopoli

dagangan rempah dari kepulauan Maluku. Antaranya VOC (Verenigde Oost-Indische

Compagnie, “Persekutuan Dagangan Hindi Timur”) yang ditubuhkan pada 1602 yang

merupakan gabungan perusahaan belanda yang saling bersaing.19 Kedatangan VOC pada

awalnya adalah bermula dari undangan penguasa Ternete. Pada 26 Jun 1607 terdapat

sebuah perjanjian antara De Jonge dengan Sultan Ternate tentang hak monopoli

perdagangan rempah-rempah VOC. Persaingan mendapat monopoli dagangan rempah ini

menunjukkan betapa pentingnya perdagangan rempah kepada kuasa-kuasa barat tersebut.

VOC meraih kejayaan semasa mendapat monopoli perdagangan di Ternate, VOC

mampu untuk meraih keuntungan yang berlipat kali ganda. Tetapi menjelang 1800 VOC

telah mengalami kemerosotan keuntungan kerana mengeluarkan biaya yang banyak untuk

peperangan yang semakin mengancamnya daripada persaingan Inggeris, Portugis dan

Sepanyol. Berlaku juga penyeludupan yang dilakukan oleh pedagang tempatan seperti

pedagang Tidore dan Bacan yang merupakan salah satu penyebab kejatuhan VOC.

Disamping pegawai-pegawainya yang sering melakukan pecah amanah. Pada 1836 Gebenor

18 George Miller, To The Spices Islands ( Travels In Eastern Indonesia), Oxford University Press, Kuala Lumpur, 1996, Hlm. 11-12.19 M. Adnan Amal, 2010, Hlm. 261.

12

Page 13: Esei Sej. Maritim Saya

Maluku iaitu Merkus telah menghentikan monopoli perdagangan ala VOC. Perdagangan

bebas diperkenalkan bagi memperbaharui sistem perdagangan di Maluku.

3.1.2 PERDAGANGAN HAMBA “BUDAK”

Sebelum abad ke-17 lagi telah ada aktiviti perdagangan budak secara terbuka, maka jual beli

ini berlaku secara aktif terutamanya di Nusa tenggara. Pada tahun 1436, Hing ch’a Sheng

sudah mencatatkan adanya 12 pelabuhan di Timor yang memperdagangkan budak, tetapi

tidak mampu dibuktikan bahawa hanya hamba sahaja yang diperdagangkan. Perdagangan

budak dan perompakan manusia juga terjadi di pulau Sumba yang dilakukan oleh orang-

orang Ende dan Ambarai (Manggarai) yang akan menjadi pembekal dagangan kepada

Belanda.20

Salah satu dagangan yang sering mendapat tumpuan adalah dagangan hamba atau

budak belian. Mereka ini sangat diperlukan di istana raja, rumah bangsawan ataupun

hartawan dan juga dijadikan sebagai buruh kasar dipelabuhan dan sebagai pendayang kapal,

terutamanya kapal perang. Budak diperolehi daripada kekalahan wang atau tebusan yang

tidak mampu membayar hutang, tetapi mereka tidak selamanya akan menjadi budak

sekiranya hutang itu telah dibayar. Seperti yang dinyatakan oleh Amanna Gappa dalam buku

Sartono Kartodirdjo menyatakan,

“… jikalau orang yang berhutang telah habis hartanya kerana dijadikan pembayar hutang pada jumlah ini belum lagi cukup melunasinya, maka ia memperhambakan dirinya untuk menutup kekurangnya…”21

Kebanyakkan budak yang di eksport adalah dari daerah pendalaman. Dikatakan bahawa

setiap tahun akan ada dua atau tiga kapal yang akan datang dari Melaka ke pelabuhan

Sunda Kapala untuk membeli budak, beras dan lada hitam. Budak di Sunda Kapala datang

dari kawasan pendalaman dan ada yang diambil dari pulau-pulau Makadiwa. Jadi Sunda

Kapala berperanan untuk mengimport dan mengeksport dagangan budak. Pedagangan

budak ini juga terdapat di Madura yang didagangkan dari Nusa tenggara, tetapi ada juga

20 Nuryahman, S.S, Perdgangan Budak Di Nusa Tenggara Sampai Pada Abad ke-19, Balai Kajian Sejarah dan NIlai Tradisional Bali, NTB, NTT, 1815- 1915, Hlm. 7.21Sartono Kartodirdjo, Marwati Djoened Poesponegoro, Nugroho Notosusonto, Sejarah Nasional Indonesia III, Balai Pustaka, Jakarta, 1977, Hlm. 54.

13

Page 14: Esei Sej. Maritim Saya

yang di eksport langsung dari Nusa Tenggara ke Malaka. Pedagang Portugis juga

menjalankan dagangan budak, terdapatnya dagangan export budak dari Panarukan ke

Malaka semasa Portugis menakluki Malaka. Syarikat Belanda juga amat memerlukan tenaga

budak dalam usahanya, contohnya untuk aktiviti perkebunan pala di Banda yang diduduki

VOC sejak 1621.22

Flores dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu Mangarai (Flores Barat), Endeh (Flores

Tengah) dan Larantuka ( Flores Timur). Endeh merupakan pusat perdagangan budak. Budak-

budak yang di dagangkan terutama dari Manggarai, Endeh, Sumba dan Timor terdapat tidak

kurang sebanyak 1 000 budak yang dibawa dari Sumba ke berbagai daerah. Di Bali dan

Lombok, harga mereka dikira sebanyak 40 pikul beras per kepala. Budak yang muda di

Flores didagangkan dengan nilai 50 gulden, yang kebanyakkan dibayar dengan

menggunakan hasil bumi kerana sistem mata wang tidak berlaku.23

Pada awal abad ke-19 perdagangan budak terus dijalankan di Nusa Tenggara

meskipun kuasa Eropah berusaha untuk menghentikannya. Pada 1818 pemerintah Belanda

mula melarang menjalankan aktiviti perdagangan budak di seleruh wilayah Hindia-Belanda.

Walaupun demikian tetap ada juga perdagangan budak di Sumba sepanjang abad ke-19.

Perdagangan budak ini berlaku secara meluas di Jawa, Bali, Lombok, Sumbawa, Bima. Dari

catatan tahun 1814 Batavia memiliki budak sebanyak 18 972 orang, yang sebahagian besar

mereka berasal dari Nusa Tenggara. Jelaslah perdagangan budak juga menjadi satu kegiatan

dagangan yang penting yang menjadi punca ekonomi dan membekalkan tenaga-tenaga

kasar kepada wilayah atau kerajaan yang memerlukan. Kepentingan ini terus berlaku

walaupun telah ada usaha untuk menghentikannya.

3.1.2 KAYU CENDANA

Perdagangan kayu cendana juga menjadi salah satu dagangan utama dan terpenting kepada

kuasa Eropah. Dalam penulisan Sartono dilihatkan bahawa kayu cendana menjadi barang

dagangan penting kepada pedagang Sepanyol. Pedagang-pedagang asing akan mencari

22 Sartono Kartodirdjo, Marwati Djoened Poesponegoro, Nugroho Notosusonto, 1977, Hlm. 55.23 I Ketut Ardhana, 2005, Hlm. 44.

14

Page 15: Esei Sej. Maritim Saya

barang dagangan yang akan memberi keuntungan kepada mereka dan mendapat

permintaan tinggi, oleh itu wilayah-wilayah kepulauan Maluku, Nusa Tenggara dan Timor

merupakan aset yang kaya dengan hasil bumi kepada dunia maritim Melayu. Cendana

merupaka hasil tanaman khas iaitu hasil hutan yang tumbuh di Pulau Timor dan Pulau

Sunda, Nusa Tenggara Timur.

Kayu cendana mendapat tumpuan pedagangan tempatan dan pedagangan

antarabangsa kerana mempunyai kepentingan kepada industri kilang pembuatan kayu

kerana mempunyai struktur kayu yang keras. Pada abad ke-15 telah mula berlaku aktiviti

perdagangan dengan kuasa barat. Timor telah mengeksport kayu cendana melalui

pelabuhan sendiri dan mengimport berbagai hasil dagangan dari luar. Terdapat juga

pedagang luar yang terlibat dengan aktiviti ini. Contohnya seperti Jawa, Arab, Melayu, dan

pedagang dari Gujerat dan India.

Pedagang asing yang mula menjalankan aktiviti perdagangan di Nusa Tenggara

adalah orang Portugis. Terdapat bukti yang menyatakan bahawa ada hubungan dagangan

antara portugis dengan Nusa Tenggara iaitu apabila adanya sumber pada tarikh 6 Februari

1510 surat Albuquerque mengenai 1 000 Bahar (5 000 pikul; 1 pikul= 62 50kg) dengan

mengirim kayu cendana dari pedagang Gujarat. Walaupun dagangan cendana ini dilihat

bermula di Nusa Tenggara dan Timur, tetapi masih ada berlaku di Maluku.

“… Ternate and Tidore were original and exclusive sources of the world supply of prime cloves, long almost equally desires for use in seasoning, preservatives, incense, perfumes, cosmetics, curatives and aphrodisiacs.”24

Pada tahun yang sama Albuquerque juga mnegirimkan Antonio Abreu ke Maluku. Ekspedisi

Portugis ini pada tahun 1511 belayar melalui Jawa, Bali, Lombok, Sumbawa, Salor, Galao

dan Malua (Alor) hingga tiba di Maluku. Antonio juga menyatakan terdapatnya penanaman

kayu cendana di kepulauan Sunda.25 Selain pedagang portugis yang ingin mendapat bekalan

kayu cendana, terdapat pedagang lain seperti pedagang dari China.

24 Willard A. Hanna & Des Alwi , Tubulent Times Past In Ternate and Tidore, Yayasan Warisan dan Budaya Banda Naira, Indonesia, 1990, Hlm. x25 I Ketut Ardhana, 2005, Hlm.42.

15

Page 16: Esei Sej. Maritim Saya

“… orang portugis mengabaikan sektor perdagangan kayu cendana kerana telah dikuasai oleh pedagang China. Pedagang Portugis sendiri hanya datang setahun sekali untuk megangkut kayu cendana.”26

3. 2 PUSAT PENYEBARAN AGAMA

Pengaruh kedatangan agama merupakan satu titik tolak kepada pembentukan penduduk

yang harmoni. dikawasan-kawasan perdagangan utama iaitu kepulauan rempah, Nusa

Tenggara dan Timur melihatkan adanya proses asimilasi budaya iaitu perubahan status

agama mereka, disebabkan jaringan perdagangan. Pengaruh agama tersebar dengan

langsung atau tidak langsung, yang bermotifkan penyebaran yang secara mutlak atau tidak.

Hal ini menjelaskan bahawa tujuan perdagangan yang mementingkan keuntungan semata-

mata atau bermatlamat tambahan dengan menyebarkan pengaruh agama. Pengaruh

agama yang jelas dilihat adalah penyebaran agama Islam dan Kristian. Jaringan perdagangan

serantau ini melihatkan akan adanya asimilasi budaya oleh pedagang yang datang

berdagang.

“… Indonesia was part of this trading network, but buy by the fifth century, circumstance and geography had combined to place Indonesia at the crossroads of the large scale seaborne trade between China and India. Indonesia traders become prominent participants in the regional trading networks, along wit h their products…”27

3.2.1 AGAMA ISLAM

Agak sukar bagi menentukan kedatangan pengaruh Islam, hal ini kerana tiada bukti bertulis

ataupun arkeologi yang menyatakan dengan jelas kedatangan Islam itu sendiri. Pengaruh

Islam itu jelas tersebar melalui pengaruh daripada pedagang-pedagang yang berdagang di

suatu tempat. Berlakunya hubungan secara langsung dan tidak langsung antara pedagang

dengan penduduk tempat di sesuatu tempat itu. Apabila dilihat proses perdagangan yang

26 Ibid., Hlm. 4327 Steves Drakeley, The History of Indonesia, Greenwood Press, London, 2005, Hlm. 11

16

Page 17: Esei Sej. Maritim Saya

berdagang disesuatu tempat akan memakan masa yang lama, mereka akan tinggal secara

sementara atau terus menetap. Oleh itu berlakunya asimilasi budaya yang jelas apabila

berlakunya perkahwinan antara pedagang dengan penduduk tempatan. Ini dilihat

merupakan satu faktor yang jelas bagi menggambarkan bagaimana pengaruh Islam itu

berkembang. Terutamanya sejak abad ke -16 para pedagang Muslim, Kristen, Cina, dan Arab

dan lain-lain giat menjalankan perdagangan.

Sumber dari Portugis menetapkan kedatangan islam di Maluku awalnya pada 1486

semasa perlantikan Sultan Zainal Abidin dari Ternate. Gelaran sultan yang digunakan

menggambarkan adanya pengaruh Islam, yang pada dahulunya mengunakan gelaran raja.

Terdapat banyak pandangan kedatangan Islam di Maluku sendiri. Antaranya Thoma Pires,

De Clarq, Naidah ( seorang hokum Soasio Kesultanan Ternate). Walaupun terdapat pelbagai

pandangan tersebut, tetapi ia tidak lari daripada pengaruh perdagangan itu sendiri.

Sebagai contoh yang jelas dalam penulisan M. Adnan Amal menyatakan bahawa ada

pedagangan yang merupakan seorang Mubaligh berasal dari Jawa bernama Datu Maulana

Hussien yang tiba di Ternate. Beliau memiliki pengetahuan yang luas mengenai agama Islam,

serta pakar tilawah dan kaligrafi Arab. Penduduk Ternate kagum dengan alunan bacaan Al-

quran yang di baca oleh Maulana Hussien pada waktu malam, oleh itu kerana tertarik

dengan keindahan bacaan tersebut ada yang memeluk agama Islam dan dilihat bilangan

penganutnya bertambah dari semasa ke semasa. Maulana Hussein mengajar kandungan AL-

Quran dan mengajar perintah ALLAH kepada yang telah memeluk agama Islam. 28 Selain itu,

dalam hubungan perdagangan ini jelas melihatkan ada diantara pedagangan berdagang

dalam tujuan memperdalamkan pegetahuan agama,

“… dalam hubungannya dengan Maluku pelabuhan Gresik juga sangat penting kerana di sinilah orang-orang Ternate dan Tidore berlabuh untuk pergi ke Giri memperdalamkan pengetahuannya dalam agama Islam”

Penyebaran islam di Nusa tenggara pula jelas di lihat jelas di Sumbawa, pada awal

penyebarannya dipercayai adalah hasil perkembangan di Makassar sendiri. Hal ini dilihat

iaitu pasa 1570-1636 , apabila Raja I Mallingkaang Daeng-Mannyonriq dari Makassar

28 M. Adnan Amal, 2010, Hlm. 240.

17

Page 18: Esei Sej. Maritim Saya

memegang peranan penting dalam penyebaran agama Islam di Sumbawa.29 Pada awalnya

masyarakat Sumbawa mengamalkan kepercayaan agama Hindu tetapi proses asimilasi

berlaku apabila adanya pengaruh lain yang menapak di wilayah kependudukan mereka. Di

daerah- daerah lain seperti Flores, Solor dan Alor tidak berlaku penyebaran agama islam

yang luas kerana berlaku pengaliran agama lain seperti agama Kristian.

Penyebaran agama islam ini pada mulanya akan disebarkankan oleh pedagangan

kepada pembesar-pembesar utama atau raja. Apabila golongan-golongan pemerintah ini

menganut agama Islam, secara langsungnya penduduk akan turut serta menganut agama

Islam sebagai tunjuk taat setia kepada golongan pembesar. Seterusnya ajaran agama islam

ini akan di ajar secara terperinci kandungannya oleh mubaligh-mubaligh yang mempunyai

ilmu yang tinggi dalam bidang ilmu agama.

3.2.2 AGAMA KRISTIAN

Terdapat dua jenis agama Kristian iaitu agama Kristian Katolik dan Kristian Prostestan yang

tersebar di wilayah- wilayah tertentu kepulauan rempah, Nusa Tenggara, dan Timur.

Penyebaran agama Kristian Katolik di Maluku pada awal telah di sebarkan oleh seorang

pedagang bernama Gonsalo Velosa. Tetapi penyebaran ini tidak di lakukan dengan

menyeluruh sehinggalah pada 1534 apabila Tristao De Ataide diangkat sebagai gabenor

Portugis ke-6 untuk Maluku, bersama seorang postor Katolik bernama Simon Vaz.

Penyebaran agama Kristian ini juga dilihat berpunca dari jaringan perdagangan sendiri,

seterusnya bermatlamat sendiri bagi meluaskan pengaruh agama tersebut.

Gereja Kristian Protestan di Maluku terbina sekitar 1621, yang berfungsi sebagai

memberi spiritual kepada penduduk-penduduk yang sakit. Pada 1626 pula, kumpulan yang

dipimpin Tobias dan kumpulannya diberi izin oleh Gabenor Kompeni Houtman untuk

mengendalikan gereja tersebut. Dengan adanya gereja ini dilihat penyebaran agama

semakin giat dilakukan secara berperingkat-peringkat di wilayah-wilayah seperti Bacan,

Ternate, Makian dan lain-lain.

29 I Ketut Ardhana, 2005, Hlm. 10.

18

Page 19: Esei Sej. Maritim Saya

Manakala di Nusa Tenggara dan timur agama Kristian mula disebarkan di sekitar Solor

serta bahagian Timor dan Flores sejak abad ke-16. Pada tahun 1862, para paderi dari Ordo

Jesuit mengunjungi Flores dan Timor. Pada tahun 1890 pula penyebaran berlaku di sekitar

Fatoe Loeka dan di persisiran selatan Lahoeran, penduduk di wilayah tersebut mempercayai

tukang-tukang sihir. Pada awal abad ke-20 , penyebaran agama di Nusa tenggara semakin

giat iaitu terdapatnya para misionaris Protestan di daerah Timor Barat, Sawu dan Roti.

Sementara para paderi Katolik aktif di Timor Timur dan Flores Timur serta Pulau Adonara

dan Pulau Lomlen. Di Sumba Barat tercatat juga menunjukkan bahawa penduduk tempat

juga mula menganut agama katolik.30

“ … Portuguese influence were largely taken up with missionary activities, although the priests eagerly participated in the sandalwood trade. Churches were built on several of the island, and a seminary was established on solor…”31

3.3 WUJUDNYA BANDAR-BANDAR PELABUHAN YANG TERKENAL

Perdagangan biasanya wujud di kawasan sungai iaitu di muara yang agak terbuka. Dalam

jaringan lalu lintas di sebuah kepulauan seperti di Indonesia, fungsi sesebuah pelabuhan

adalah sebagai penghubung antara jalan maritim dengan jalan darat. Kebanyakkan kawasan

pelabuhan ini terletak dikawasan strategik yang mampu untuk mengawal laluan

perdagangan. Aktiviti perdagangan ini juga dilihat telah membentuk satu kemajuan yang

30 I Ketut Ardhana, 2005, Hlm. 75.31 James Dunn, Timor: People Betrayed, The Jacaranda Press, Brisbane, Australia,1983, Hlm. 16

19

Page 20: Esei Sej. Maritim Saya

pesat dalam pembinaan bandar pelabuhan, hal ini boleh dirumuskan apabila sesebuah

wilayah itu mampu untuk membekalkan bekalan atau barang dagangan kepada wilayah lain,

sesebuah Bandar perlabuhan itu boleh dikatakan bergantung kepada bekalan barangan

dagangan kepada pedagang. Seperti yang jelas di tulis oleh Ahmad Jelani Halimi,

“ sesebuah pelabuhan akan berkembang pesat seandainya pusat-pusat pembekalnya di pedalaman dapat membekalkan pelbagai barangan yang diperlukan oleh perdagang antarabangsa. Sekiranya pusat-pusat pembekal tidak mampu membekalkan barangan, kerana sebab-sebab tertentu, perkara ini akan membawa kemerosotan kepada pelabuhan itu”32

Hal ini jelaslah menunjukkan bahawa, adanya hubungan antara kehendak sesebuah

pedagang dengan sesuatu kawasan tersebut. Pembangunan sesebuah wilayah atau bandar

perlabuhan sangat bergantung kepada hasil dagangan yang mampu di hasilkannya.

Selain itu terdapat juga, faktor lain seperti keamanan sesebuah kawasan yang

menjadikan pedagang yang datang dikawasan tersebut berasa aman untuk datang

berdagang. Antara faktor penting yang lain ialah kedudukan sesebuah kawasan tersebut.

Kepulauan-kepulauan di Indonesia mempunyai kedudukan yang strategik dan istimewa di

sebabkan adanya perubahan angin monsun. Oleh itu, pedagang-pedagang yang datang

perdagang perlu mengetahui pertukaran angin monsun bagi memudahkan pelayaran

mereka. Seperti yang telah ditulis oleh Sartono Kartodirdjo dalam buku Sejarah Nasional

Indonesia III,

“Adapun perubahan musim ini sudah lama dikenal pelaut-pelaut kita. Dengan memanfaatkan perubahan angin ini, maka dalam bulan Oktober kapal-kapal berangkat ke Maluku menuju pusat-pusat perdagangan di Ujung Pandang, Gersik, Demak, Banten, sampai ke Malaka dan kota-kota lain di sebelah barat. Sedangkan dalam bulan Maret perjalanan ke timur bisa dilakukan dengan menggunakan angin barat.”33

Pada musim angin Timur, kapal-kapal kecil dari Gresik itu berlayar ke Selat Melaka, Sumatra,

Kalimantan, Patani, dan pelabuhan-pelabuhan Siam. Kalau musim barat mereka akan

32 Ahmad Jelani Halimi, 2006, Hlm .43-44.33 Sartono Kartodirdjo, Marwati Djoened Poesponegoro, Nugroho Notosusonto,1977, Hlm. 3.

20

Page 21: Esei Sej. Maritim Saya

belayar ke pulau-pulau di Nusa Tenggara dan kepulauan rempah-rempah di kepulauan

Maluku, juga di Buton, Buru, Mindanao, dan pulau-pulau Kei dan Aru.

Dapat dilihat di kepulauan Maluku, telah wujud Bandar-bandar pelabuhan yang

sangat penting kepada dunia perdagangan sama ada perdagangan tempatan atau

perdagangan antarabangsa. Antara Bandar pelabuhan yang terkenal di Maluku adalah

pelabuhan Ternate dan pelabuhan Tidore. Pelabuhan-pelabuhan inu berkembang kerana

hasil keperluan pedagang terutama pedagang dari Eropah yang memerlukan hasil-hasil

rempah. Pembukaan pelabuhan Ternete pada 1854 telah menarik minat pedagang-

pedagang dari Eropah, Cina, Arab untuk datang berdagang ke Maluku Utara. Kapal-kapal

wap mula berlabuh di wilayah-wilayah lain seperti Ternate, Makasar, Surabaya dan Jakarta,

seterusnya mewujudkan rangkaian perdagangan dan kemajuan sesebuah wilayah tersebut.

Manakala di Nusa tenggara pula terdapatnya pelabuhan seperti di Sumba, pulau

Sumba terbahagi kepada dua pelabuhan yang cukup baik, iaitu Nangamessi di persisiran

selatan yang berhadapan dengan kampung Tidas yang memiliki penduduk yang ramai.

Orang Arab, Cina dan Portugis merupakan pedagang- pedagang yang awal berdagang di

Sumba. Pada abad ke-19, sekitar lima belas hingga dua puluh buah kapal dapat berlabuh di

pelabuhan di Sumba dan berlindung daripada tiupan angin monsun.34 Sumba menjadi salah

satu tumpuan perdagangan kerana kepentingannya dalam membekalkan dagangan kayu

cendana. Kepentingan kayu cendana kepada orang Hindu untuk melakukan upacara

keagamaan manakala di China kayu cendana penting digunakan sebagai bahan produksi

kipas, peti perhiasan dan sebagainya.

Selain itu, terdapat juga pelabuhan di Timor, iaitu jelas dilihat apabila para pedagang

berdagang di laut Timor, semasa air bergelombang kuat. Mereka akan segera berlabuh di

pantai selatan Timor. Salah satu pelabuhan terpenting Mato Dikin berada di muara sungai

Benain. Sungai benain merupakan sungai yang terbesar di Timor yang merupakan daerah

yang aktif dalam penghasilan utama cendana.35 Pelabuhan ini dilihat mempunyai kedudukan

yang strategik, iaitu kawasan yang mudah menjadi kawasan persinggahan semasa hujan

lebat. Munculnya Bandar pelabuhan ini juga dilihat kerana, pelabuhan-pelabuhan ini

34 I Ketut Ardhana, 2005, Hlm .57.35 Munandjar Widiyatmika, Laut Timor dan Sungai Benain dalam perspektif Perkembangan Sosial Politik di Timor Barat Abad ke-7, PP.PSL, Jakarta,1995, Hlm. 1.

21

Page 22: Esei Sej. Maritim Saya

berfungsi dan penting sebagai perlabuhan persinggahan kepada pedagang-pedagang asing

yang melalui kawasan ini dalam perjalanan ke India dan China. Mereka dijadikan tempat

memperoleh bekalan keperluan makanan, air, tempat tinggal sementara dan juga gudang

simpanan barangan perdagangan.

3.0 KESIMPULAN

Laut dilihat hanya memisahkan antara sebuah daratan dengan sebuah daratan yang lain,

tetapi dalam masa yang sama ia merupakan aspek penting dalam penyatuan sesebuah

negara atau wilayah lain. Laut memainkan peranan penting dalam membentuk jaringan

kepentingan sejarah maritim dunia Melayu. Hal ini dilihat apabila adanya kedinamikan

22

Page 23: Esei Sej. Maritim Saya

jaringan dan kedudukan strategik antara kepulauan yang mampu membentuk jaringan

perdagangan yang penting, sehingga sesebuah kepulauan dunia maritim itu saling

melengkapi dan saling bergantung sesama sendiri.

Dunia Melayu, bukanlah satu kawasan atau wilayah yang kecil atau terpencil dan

tidak mempunyai kepentingan. Apabila dilihat dari segi aktiviti perdagangan ia merupakan

satu kawasan kepulauan yang sangat penting kerana mempunyai hasil bumi yang kaya,

sehingga kuasa-kuasa Eropah bertindak menguasai dan ingin memonopoli hasil

perdagangan di kepulauan Rempah, Nusa Tenggara dan Timur. Kekayaan hasil bumi seperti

dagangan rempah, cendana, perdagangan hamba dan lain-lain telah menjadikan kepulauan

ini menjadi tarikan kepada pedagang-pedagang dalam ataupun luar.

Jaringan perdagangan yang penting ini telah menyebabkan peranan wilayah –wilayah

ini menjadi penting kepada dunia maritim melayu, ia berkembang menjadi satu wilayah

penting dalam dunia perdagangan. Perkembangan perdagangan ini menyebabkan berlaku

asimilasi budaya, teknologi dan politik. Sehingga berlakunya penyebaran agama seperti

agama Islam dan Kristian yang menyerap masuk dalam aktiviti perdagangan dari ulama-

ulama agama sendiri. Perkembangan perdagangan di wilayah ini juga telah menyebabkan

berlakunya perkembangan dalam aspek kemajuan kapal dan pembinaan kota-kota

perlabuhan di sekitar kawasan tumpuan. Oleh itu, wilayah-wilayah ini telah menjadi wilayah

penting kepada sejarah maritim dunia Melayu.

RUJUKAN

Ahmad Jelani Halimi. 2006. Perdagangan dan Perkapalan Melayu Di Selat Melayu: Abad ke-

15 Hingga ke-18. Kuala lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

23

Page 24: Esei Sej. Maritim Saya

Miller, George 1996. To The Spices Islands ( Travels In Eastern Indonesia). Kuala Lumpur:

Oxford University Press.

I Ketut Ardhana. 2005. Penataan Nusa Tenggara Pada Masa Kolonial 1915-1950. Jakarta:

PT Raja Grafindo Persada.

A, John ,Pattikayhatu. 1983/1984. Sejarah Perlawanan terhadap Imperialisme dan

Kolonialisme di Daerah Maluku. Departmen Pendidikan dan Kebudayaan, Direktorat Sejarah

dan Nilai Tradisional. Proyek Inventarisasi dan Dokumentasi Sejarah Nasional.

Dunn,James. 1983. Timor: People Betrayed. Brisbane, Australia: The Jacaranda Press.

Munandjar Widiyatmika. 1995. Laut Timor dan Sungai Benain dalam perspektif

Perkembangan Sosial Politik di Timor Barat Abad ke-7. Jakarta :PP.PSL.

Williams, Maslyn. 1976. The Story Of Indonesia. London : Angus & Robertson. Publishers.

M. Adnan Amal. 2010. Kepulauan Rempah-Rempah: Perjalanan Sejarah Maluku Utara 1250-

1950. Jakarta: KPG (kepustakaan Populer Gramadia).

M. Adnan Amal. 2010. Portugis & Spanyol di Maluku. Jakarta: Komunitas Bumbu.

Nordin Hussin. 2011. Perdagangan dan Peradapan di Laut Malayu. Bangi: Universiti,

Kebangsaan Malaysia.

24

Page 25: Esei Sej. Maritim Saya

Nuryahman, S.S. 1815- 1915. Perdagangan Budak Di Nusa Tenggara Sampai Pada Abad ke-

19. Balai Kajian Sejarah dan NIlai Tradisional Bali. NTB, NTT.

Sivachandralingam Sundara Raja. 1997. Perdagangan dan Pelabuhan Bebas : Sejarah dan

Perkembangannya. Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti SDN.BHD.

Sartono Kartodirdjo.1977. Marwati Djoened Poesponegoro. Nugroho Notosusonto. Sejarah

Nasional Indonesia III. Jakarta : Balai Pustaka.

Drakeley ,Steves.2005. The History of Indonesia. London : Greenwood Press.

Uka Tjandrasasmita. 1977. Sejarah Nasional Indonesia III: Jaman Pertumbuhan dan

Perkembangan Kerajaaan-Kerajaan Islam Indonesia. Departmen Pendidikan dan

Kebudayaan. Jakarta: Balai Pustaka.

A.Hanna, Willard& Des Alwi . 1990. Tubulent Times Past In Ternate and Tidore. Indonesia:

Yayasan Warisan dan Budaya Banda Naira.

25