contoh pembinaan jpu

31
Pembinaan Jaduan Penentuan ujian Mata Pelajaran : xxx Penggal : X Kelas : Tingkatan XXX xxx Langkah 1 1. Bina satu jadual atau grid yang mengandungi dua paksi 2. Paksi tegak (turus sebelah kiri jadual) iaitu kandungan sukatan mata pelajaran 3. Paksi ufuk ( baris pertama sebelah atas jadual ) meliputi kemahiran pengajaran bagi setiap objektif tajuk. KANDUNGAN ARAS KOGNITIF

Upload: robin-chan

Post on 30-Jun-2015

3.659 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh pembinaan jpu

Pembinaan Jaduan Penentuan ujian

Mata Pelajaran : xxx Penggal : X Kelas : Tingkatan XXX xxx

Langkah 1

1. Bina satu jadual atau grid yang mengandungi dua paksi

2. Paksi tegak (turus sebelah kiri jadual) iaitu kandungan sukatan mata pelajaran

3. Paksi ufuk ( baris pertama sebelah atas jadual ) meliputi kemahiran pengajaran bagi setiap

objektif tajuk.

KANDUNGAN ARAS KOGNITIF

Page 2: Contoh pembinaan jpu

Langkah 2

1. Gunakan paksi tegak untuk merekod isi kandungan (topik atau sub topik)

2. Bilangan tajuk dan perincian tajuk ditentukan berasaskan skop isi kandungan ujian

3. Galurkan topik dan sub topik yang ingin diukur.

BIL KANDUNGAN ARAS KOGNITIF

1 Iman fitrah manusia 2 Peranan Iman

3 Islam sebagai Ad-Din yang membawa rahmat

4 Kejadian manusia bukti kewujudan Allah

5 Pengenalan Usul Fiqh 6 Rukhsah Tayammum 7 Qiamullail 8 Mengubah ciptaan Allah 9 Syak dalam solat 10 Sejarah ibadah haji 11 Manasik haji 12 Pelaksanaan ibadah haji 13 Niabah dalam haji14 Pengurusan haji di Malaysia15 sembelihan

Page 3: Contoh pembinaan jpu

Langkah 3

1. Gunakan paksi ufuk untuk merekod hasil pembelajaran atau kemahiran kognitif.

2. Biasanya hasil pembelajaran atau kemahiran kognitif dikategorikan menurut taksonomi bloom

(1965).

BIL KANDUNGAN ARAS KOGNITIF BLOOMPENGETAHUAN KEFAHAMAN APLIKASI ANALISIS SINTESIS PENILAIAN

1 Iman fitrah manusia2 Peranan Iman

3 Islam sebagai Ad-Din yang membawa rahmat

4 Kejadian manusia bukti kewujudan Allah

5 Pengenalan Usul Fiqh6 Rukhsah Tayammum7 Qiamullail8 Mengubah ciptaan Allah 9 Syak dalam solat

10 Sejarah ibadah haji11 Manasik haji12 Pelaksanaan ibadah haji13 Niabah dalam haji14 Pengurusan haji di Malaysia15 sembelihan

Page 4: Contoh pembinaan jpu

Langkah 4

1. Tentukan bilangan waktu, iaitu sebanyak 44 waktu (1 waktu bersamaan 40 minit) yang

diperuntukkan bagi pengajaran setiap topik atau sub topik.

BIL KANDUNGAN ARAS KOGNITIF BLOOM WAKTU MENGAJARPENGETAHUAN KEFAHAMAN APLIKASI ANALISIS SINTESIS PENILAIAN

1 Iman fitrah manusia 22 Peranan Iman 2

3 Islam sebagai Ad-Din yang membawa rahmat 2

4 Kejadian manusia bukti kewujudan Allah 2

5 Pengenalan Usul Fiqh 46 Rukhsah Tayammum 27 Qiamullail 28 Mengubah ciptaan Allah 29 Syak dalam solat 2

10 Sejarah ibadah haji 411 Manasik haji 412 Pelaksanaan ibadah haji 813 Niabah dalam haji 214 Pengurusan haji di Malaysia 215 sembelihan 4

Page 5: Contoh pembinaan jpu

Langkah 5

1. Tentukan pemberatan atau wajaran keseluruhan dan juga bilangan soalan keseluruhan bagi

topik (isi kandungan) yang akan diuji.

BIL KANDUNGAN ARAS KOGNITIF BLOOM JUMLAH PERSEN PENGAJARAN WAKTU

MENGAJARPENGETAHUAN KEFAHAMAN APLIKASI ANALISIS SINTESIS

PENILAIAN ITEM %

1 Iman fitrah manusia 2 2 Peranan Iman 2

3 Islam sebagai Ad-Din yang membawa rahmat 2

4 Kejadian manusia bukti kewujudan Allah 2

5 Pengenalan Usul Fiqh 4 6 Rukhsah Tayammum 2 7 Qiamullail 2 8 Mengubah ciptaan Allah 2 9 Syak dalam solat 2 10 Sejarah ibadah haji 4 11 Manasik haji 4 12 Pelaksanaan ibadah haji 8 13 Niabah dalam haji 2

14Pengurusan haji di Malaysia 2

15 sembelihan 4JUMLAH ITEM 60 44

% 100% 100%

Page 6: Contoh pembinaan jpu

Penentuan persen pengajaran dan bilangan item bagi topik:

Penentuan persen pengajaran = waktu mengajar/ jumlah keseluruhan waktu mengajar x 100

Penentuan jumlah item : persen pengajaran / 100 x keseluruhan jumlah item

Page 7: Contoh pembinaan jpu

BIL KANDUNGAN ARAS KOGNITIF BLOOM JUMLAH PERSEN PENGAJARAN WAKTU

MENGAJARPENGETAHUAN KEFAHAMAN APLIKASI ANALISIS SINTESIS

PENILAIAN ITEM %

1 Iman fitrah manusia 3 4.5% 2 2 Peranan Iman 3 4.5% 2

3 Islam sebagai Ad-Din yang membawa rahmat 3 4.5% 2

4 Kejadian manusia bukti kewujudan Allah 3 4.5% 2

5 Pengenalan Usul Fiqh 5 9.1% 4 6 Rukhsah Tayammum 3 4.5% 2 7 Qiamullail 3 4.5% 2 8 Mengubah ciptaan Allah 3 4.5% 2 9 Syak dalam solat 3 4.5% 2 10 Sejarah ibadah haji 5 9.1% 4 11 Manasik haji 5 9.1% 4 12 Pelaksanaan ibadah haji 10 18.2% 8 13 Niabah dalam haji 3 4.5% 2

14Pengurusan haji di Malaysia 3 4.5% 2

15 sembelihan 5 9.1% 4JUMLAH 60 100% 44

%Penentuan persen pengajaran : 2 x 100 = 4.5% Penentuan jumlah item : 4.5 x 60 = 2.7 (dibundarkan kepada 3)

44 100

Page 8: Contoh pembinaan jpu

Langkah 6

1. Tentukan bilangan soalan bagi setiap topik yang akan diuji.

2. Tetapkan peratusan dan jumlah bilangan soalan yang akan digubal bagi setiap kategori

kemahiran kognitif (bundarkan setiap bilangan soalan)

BIL KANDUNGAN ARAS KOGNITIF BLOOM JUMLAH WAJARAN WAKTUPENGETAHUAN KEFAHAMAN APLIKASI ANALISIS SINTESIS PENILAIAN ITEM %

1 Iman fitrah manusia 1 (item 1) 1 1 3 (5%) 4.5% 22 Peranan Iman 1 1 1 3 (5%) 4.5% 2

3 Islam sebagai Ad-Din yang membawa rahmat 1 1 1 3 (5%) 4.5% 2

4 Kejadian manusia bukti kewujudan Allah 1 1 1 3 4.5% 2

5 Pengenalan Usul Fiqh 2 3 5 9.1% 46 Rukhsah Tayammum 1 (item 2) 2 3 4.5% 27 Qiamullail 1 1 1 3 4.5% 28 Mengubah ciptaan Allah 1 1 1 (item 4) 3 4.5% 29 Syak dalam solat 2 1 3 4.5% 2

10 Sejarah ibadah haji 1 2 2 5 9.1% 411 Manasik haji 1 2 2 5 9.1% 412 Pelaksanaan ibadah haji 2 4 4 10 18.2% 813 Niabah dalam haji 2 1 3 4.5% 214 Pengurusan haji di Malaysia 3 3 4.5% 215 sembelihan 2 2 (item 3) 1 5 9.1% 4

JUMLAH ITEM 9 15 24 12 60 44% 15 25 40 20 100% 100%

Page 9: Contoh pembinaan jpu

Langkah 6

3. Tentukan pemberatan relatif dan juga bilangan soalan bagi setiap topik yang akan diuji (bundarkan setiap bilangan soalan)

4. Tetapkan peratusan dan jumlah bilangan soalan yang akan digubal bagi setiap kategori kemahiran kognitif (bundarkan setiap bilangan soalan)

BIL KANDUNGAN ARAS KOGNITIF BLOOM JUMLAH PERSEN PENGAJARAN WAKTU

MENGAJARPENGETAHUAN KEFAHAMAN APLIKASI ANALISIS SINTESIS

PENILAIAN ITEM %

1 Iman fitrah manusia 3 4.5% 2 2 Peranan Iman 3 4.5% 2

3 Islam sebagai Ad-Din yang membawa rahmat 3 4.5% 2

4 Kejadian manusia bukti kewujudan Allah 3 4.5% 2

5 Pengenalan Usul Fiqh 5 9.1% 4 6 Rukhsah Tayammum 3 4.5% 2 7 Qiamullail 3 4.5% 2 8 Mengubah ciptaan Allah 3 4.5% 2 9 Syak dalam solat 3 4.5% 2 10 Sejarah ibadah haji 5 9.1% 4 11 Manasik haji 5 9.1% 4 12 Pelaksanaan ibadah haji 10 18.2% 8 13 Niabah dalam haji 3 4.5% 2

14Pengurusan haji di Malaysia 3 4.5% 2

15 sembelihan 5 9.1% 4JUMLAH ITEM 9 15 24 12 60 100% 44

WAJARAN 15 25 40 20 100%

1.1 Penentuan wajaran : 2 x 100 = 4.5% 1.2 Penentuan jumlah item : 4.5 x 60 = 2.7 (dibundarkan kepada 3)

44 100

1. Penentuan persen pengajaran dan bilangan item bagi topik:

1.1 Penentuan persen pengajaran : waktu mengajar/ jumlah kesluruhan waktu mengajar x 100

1.2 Penentuan jumlah item : persen pengajaran / 100 x keseluruhan jumlah item

2. Penentuan wajaran dan bilangan item bagi aras kefahaman:

1.1 Penentuan wajaran berdasarkan pertimbangan profesional guru

1.2 Penentuan bilangan item : wajaran x jumlah keseluruhan item

Page 10: Contoh pembinaan jpu

Langkah 6

1. Kirakan bilangan soalan bagi setiap sel JPU (bundarkan setiap bilangan soalan).

2. Pemilihan empat soalan daripada pelbagai aras kognitif.

BIL KANDUNGAN ARAS KOGNITIF BLOOM JUMLAH WAJARAN WAKTUPENGETAHUAN KEFAHAMAN APLIKASI ANALISIS SINTESIS PENILAIAN ITEM %

1 Iman fitrah manusia 1 1 1 3 4.5% 22 Peranan Iman 1 1 1 3 4.5% 2

3 Islam sebagai Ad-Din yang membawa rahmat 1 1 1 3 4.5% 2

4 Kejadian manusia bukti kewujudan Allah 1 1 1 3 4.5% 2

5 Pengenalan Usul Fiqh 2 3 5 9.1% 46 Rukhsah Tayammum 1 2 3 4.5% 27 Qiamullail 1 1 1 3 4.5% 28 Mengubah ciptaan Allah 1 1 1 3 4.5% 29 Syak dalam solat 2 1 3 4.5% 2

10 Sejarah ibadah haji 1 2 2 5 9.1% 411 Manasik haji 1 2 2 5 9.1% 412 Pelaksanaan ibadah haji 2 4 4 10 18.2% 813 Niabah dalam haji 2 1 3 4.5% 214 Pengurusan haji di Malaysia 3 3 4.5% 215 sembelihan 2 2 1 5 9.1% 4

JUMLAH ITEM 9 15 24 12 60 44WAJARAN 15 25 40 20 100%

Page 11: Contoh pembinaan jpu

Langkah 7

1. Semak untuk memastikan bahawa:

i. Jumlah soalan bagi semua tajuk.

ii. Jumlah soalan bagi semua kemahiran kognitif

iii. Akur dengan jumlah soalan yang telah ditetapkan bagi unjian berkenaan

Page 12: Contoh pembinaan jpu

Bahagian II: Analisis Item

Item 1

2.1 Seperti telah diandaikan dalam JPU

2.2 Objektif

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :

Mengetahui pengertian iman (rujuk lampiran HSP muka surat 1)

2.3 Item paling sesuai

Objektif aneka pilihan

2.4 Item berkenaan

Apa maksud iman ?

a) Ketaatan kepada Allah dan Rasul

b) Keyakinan dengan hati dan amal dengan anggota

c) Percaya kepada rukun iman

d) Keyakinan dengan hati, ikrar dengan lisan dan amal dengan anggota

Jawapan : D

2.5 Aras taksonomi

Aras Pengetahuan – pelajar dapat mengingat kembali fakta yang diajar

Page 13: Contoh pembinaan jpu

Item 2

2.1 Seperti telah diandaikan dalam JPU

2.2 Objektif

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :

Membaca ayat dan memahami terjemahan ayat 43 Surah An Nisa (rujuk lampiran HSP muka

surat 13)

2.3 Item paling sesuai

Objektif aneka pilihan

2.4 Item berkenaan

Maksud perkataan “ طيبا . _______ dalam ayat diatas ialah “ صعيدا

a) Debu yang suci

b) Debu tanah yang suci

c) Air tanah yang suci

d) Air yang suci

Jawapan : B

2.5 Aras taksonomi

Aras Kefahaman - pelajar dapat mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada bentuk yang

lain

Page 14: Contoh pembinaan jpu

Item 3

2.1 Seperti telah diandaikan dalam JPU

2.2 Objektif

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :

Menerangkan cara dan teknik sembelihan yang sempurna (rujuk lampiran HSP muka surat

30)

2.3 Item paling sesuai

Objektif aneka pilihan

2.4 Item berkenaan

Kaedah menyembelih binatang yang terjatuh ke dalam lubang ialah:

a) memukul binatang hingga mati

b) mematahkan leher dengan cara menjerutnya

c) binatang tersebut wajib disembelih

d) melukakan mana mana bahagian anggota yangboleh mematikan

Jawapan : D

2.5 Aras taksonomi

Aras Aplikasi – pelajar dapat menggunakan hukum dan teori dalam kehidupan seharian

Page 15: Contoh pembinaan jpu

Item 4

2.1 Seperti telah diandaikan dalam JPU

2.2 Objektif

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :

Menghuraikan langkah-langkah mengatasi gejala tersebut (rujuk lampiran HSP muka surat

23)

2.3 Item paling sesuai

Objektif aneka pilihan

2.4 Item berkenaan

Berikut adalah pengubahsuaian ciptaan Allah yang diharuskan oleh syarak..

I. memakai susuk

II. pembedahan bibir mulut yang sumbing

III. pemindahan jantung cipanzi kepada manusia

IV. mencabut atau mencukur bulu kening

a) I dan II

b) III dan IV

c) II dan III

d) I dan IV

Jawapan : C

2.5 Aras taksonomi

Aras Analisis –pelajar dapat mengenal pasti suatu perkara yang relevan dengan suatu penilaian

Page 16: Contoh pembinaan jpu

Bahagian III: Soalan Esei

(3.1) Objektif Hasil Pembelajaran (Learning Outcome) yang ingin diukur.

Objektif hasil pembelajaran yang ingin diukur ialah melihat keupayaan dan kebolehan pelajar untuk

menghuraikan perkara-perkara yang berkaitan dengan muamalat Islam (rujuk lampiran 34).

(3.2) Menyatakan mengapa soalan esei dan BUKAN soalan objektif yang lebih sesuai

digunakan untuk mengukur hasil pembelajaran berkenaan.

Di dalam soalan esei ini, pelajar akan diuji dengan soalan esei jenis respons terbuka

(extended response).

*Panjang dan kompleksnya jawapan yang diperlukan bersesuaian dengan peringkat peperiksaaan

(dalam contoh ini kami mengambil mata pelajaran Pendidikan Syariah Islamiah SPM)

Bentuk ini memudahkan pemeriksa menilai dan memahami serta mentafsirkan kefahaman

seseorang pelajar melalui penulisannya dari segi cara mereka mengeluarkan pendapatnya dan

menghubungkaitkan antara satu idea dengan idea yang lain dalam satu bentuk yang teratur, mudah

dibaca dan difahami oleh pemeriksa.

Pelajar bebas mengeluarkan pendapatnya. Tidak ada jawapan tertentu yang boleh dikatakan

paling tepat. Ketepatan jawapan pelajar bergantung kepada cara ia menghujahkan pendapatnya.

Jawapan seperti ini hanya mampu diperiksa oleh pemeriksa yang berpengalaman dan berkemahiran

dalam tajuk-tajuk yang dikemukakan itu.

Soalan dalam bentuk respons terbuka ini dapat mengukur:

Kebolehan pelajar menulis sesuatu tajuk dalam pelbagai cara (pengetahuan tentang tajuk)

Penulisan pelajar (gaya bahasa)

Kelebihan soalan esei:

Memberi kesempatan dan peluang menulis jawapan sendiri

Mengurangkan elemen meneka

Page 17: Contoh pembinaan jpu

Boleh menguji banyak kemahiran di peringkat aras tinggi

Menaksir kebolehan mengeluarkan pengetahuan dari pelbagai aspek kepada sesuatu yang

lebih bererti

membentuk kemahiran menulis yang baik dan dapat berkomunikasi dengan lebih berkesan

(3.3) Memastikan soalan yang dibina itu adalah berdasarkan garis panduan pembinaan soalan esei

yang telah didedahkan dalam kuliah.

(3.4) Soalan esei:

Soalan 1:

a. Huraikan bagaimana muamalat dalam Islam itu dapat mewujudkan kehidupan manusia yang

lebih berkualiti

[6 markah]

b. Terangkan dua kesan terhadap mereka yang tidak mengamalkan konsep muamalat Islam

[4 markah]

c. Terangkan dua kepentingan Bai’ As-Salam terhadap masyarakat masa kini

[4 markah]

d. “Dewasa ini telah muncul satu trend perniagaan untuk menambahkan pendapatan secara

sambilan melalui internet yang popular sebagai e-dagang”..

Bincangkan sejauh mana perniagaan ini menepati kehendak hukum syarak

[6 markah]

Page 18: Contoh pembinaan jpu

Skema jawapan

Soalan a

-melahirkan masyarakat yang berdaya saing

-mewujudkan masyarakat yang adil dan amanah

-supaya harta yang diberikan oleh Allah tidak dimiliki oleh kumpulan tertentu sahaja

-bebas daripada segala bentuk penindasan (3 isi x 2 markah = 6 markah)

Soalan b

-berlaku pergaduhan

-melahirkan sifat tamak haloba

-mendapatkan rezeki secara haram (2 isi x 2 markah = 4 markah)

Soalan c

-memudahkan urusan muamalat masyarakat

-menjimatkan masa orang ramai

-mengelakkan berlakunya penipuan dan penindasan (2 isi x 2 markah = 4 markah)

Soalan d

-perniagaan berdasarkan perkara yang halal di sisi agama Islam

-tidak berlaku unsur penipuan

-mempunyai unsur-unsur berdaya maju

-mematuhi etika bermuamalat (3 isi x 2 markah = 6 markah)