pbs bahasa melayu stpm (penggunaan bahasa singkatan laman sosial facebook)

31
PRA UNIVERSITI SMK PASIR GUDANG 2 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) BAGI MEMENUHI KEPERLUAN SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA 2012/13 SHAH MOHD AKMAL BIN ABDUL HALIM NUR ATHIRAH BINTI KAMAROLASNAN NUR YAZSMIN FATIN BINTI YAACOB SITI SYAZA SYAHIRAH BINTI RUSLAN 2012/2013 (BAHASA MELAYU 910/5)

Upload: political-science-at-national-university-of-malaysia

Post on 18-Jul-2015

695 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: PBS Bahasa Melayu STPM (Penggunaan Bahasa Singkatan Laman Sosial Facebook)

PRA UNIVERSITI SMK PASIR GUDANG 2

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) BAGI

MEMENUHI KEPERLUAN SIJIL TINGGI PELAJARAN

MALAYSIA 2012/13

SHAH MOHD AKMAL BIN ABDUL HALIM

NUR ATHIRAH BINTI KAMAROLASNAN

NUR YAZSMIN FATIN BINTI YAACOB

SITI SYAZA SYAHIRAH BINTI RUSLAN

2012/2013

(BAHASA MELAYU 910/5)

Page 2: PBS Bahasa Melayu STPM (Penggunaan Bahasa Singkatan Laman Sosial Facebook)

3

PENGHARGAAN

Alhamdulilah, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya,

dapatlah penyelidik menyelesaikan tugasan ini dengan sempurna dengan segala

kemampuan yang ada serta dalam ruangan waktu yang agak terhad. Penyelidik

juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Jasmani binti Saidin

selaku guru mata pelajaran Bahasa Melayu kerana telah mencurahkan segala apa

yang beliau ada dalam memastikan penyelidik dapat melaksanakan tugasan ini

dengan sempurna. Komitmen dan sikap keprihatinan yang beliau pamerkan telah

menyuntik semangat penyelidik untuk menyelesaikan tugasan ini. Jutaan terima

kasih juga penyelidik ucapkan kepada ibu bapa, rakan-rakan seperjuangan dan

individu yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam

menyelesaikan tugasan ini. Penghargaan istimewa penyelidik dedikasikan kepada

pihak-pihak ini kerana telah memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi

kepada penyelidik. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada kalian semua. Akhir

kata, penyelidik berharap usaha ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak

terutamanya dalam bidang yang penyelidik kaji ini. Semoga tugasan ini diredhai

oleh Allah S.W.T.

Shah Mohd Akmal bin Abdul Halim

Siti Syaza Syahirah bt Ruslan

Nur Yazsmin Fatin bt Yaacob

Nur Athirah bt Kamarolasnan

Julai 2013

Page 3: PBS Bahasa Melayu STPM (Penggunaan Bahasa Singkatan Laman Sosial Facebook)

4

1.0 PENGENALAN

Bahagian ini menghuraikan latar belakang kajian, iaitu keterangan tentang

laman sosial Facebook serta difinisi konesep-konsep penting yang digunakan

dalam kajian ini.

1.1 Latar Belakang

Dunia kini yang semakin maju dalam penghasilan teknologi-teknologi

canggih sememangnya memberikan keselesaan dalam kehidupan seharian

manusia. Perkembangan teknologi-teknologi canggih ini juga telah

menyebabkan ramai yang mempunyai dan mengemari telefon pintar. Telefon

pintar ini boleh memuatkan pelbagai aplikasi menarik termasuklah

‘Facebook’ yang juga merupakan sebuah laman sosial yang mampu

menghubungkan manusia ke serata dunia. Sejajar dengan perkembangan

teknologi yang semakin pesat, laman sosial Facebook sememangnya menjadi

medium untuk berkomunikasi di samping sebagai media hiburan belia masa

kini. Laman sosial Facebook ini juga memudahkan komunikasi antara satu

sama lain memandangkan aplikasinya sudah sedia ada di telefon-telefon

pintar dan komputer peribadi. Oleh itu, hal ini telah menyebabkan belia-

belia kini begitu taksub menggunakan laman sosial Facebook dalam

kehidupan seharian.

Laman sosial Facebook sememangnya aplikasi yang sangat popular

dalam kalangan pengguna telefon pintar di Malaysia dan di seluruh dunia

Page 4: PBS Bahasa Melayu STPM (Penggunaan Bahasa Singkatan Laman Sosial Facebook)

5

khususnya kepada golongan pelajar. Pada awalnya, Laman sosial Facebook

ini tidak begitu dikenali ramai kerana saingan daripada laman-laman sosial

lain seperti ‘Myspace’, ‘Imesh’ dan lain-lain. Namun, populariti Facebook

meningkat dengan mendadak pada tahun 2008 yang mencatatkan 100 juta

pengguna dan meningkat dari tahun ke tahun hingga ke hari ini kerana

aplikasi-aplikasi yang menarik berjaya menarik hati pengguna dunia siber.

Menyentuh soal bahasa yang digunakan di laman sosial ini

sememangnya majoriti pengguna menggunakan bahasa yang tidak baku atau

dikenali sebagai Bahasa Basahan. Bahasa ini mempunyai unsur-unsur

campuran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan Bahasa Dialek.

Dalam pada itu, singkatan dan gabungan kata juga turut digunakan secara

meluas dalam laman sosial Facebook ini. Hal ini disebabkan bahasa

singkatan ini lebih mudah, ringkas dan cepat untuk ditaip dan mampu

menjimatkan masa.

Dari sudut pandangan negatif, pengunaan bahasa singkatan yang kerap

di laman sosial seperti Facebook sememangnya memberikan impak yang

sangat buruk terutamanya kepada pelajar-pelajar. Pelajar yang terbiasa

dengan tulisan-tulisan ringkas ini tidak mustahil akan terbawa-bawa ke

dalam dunia realiti yakni ketika dalam penulisan karangan dan lain-lain. Hal

ini kerana, bahasa yang diguna pakai dalam Laman Sosial Facebook ini tidak

baku, bahasa basahan, dan bahasa rojak. Sekiranya tiada langkah efektif yang

dilaksanakan, tidak mustahil penularan bahasa laman sosial ini terus menular

Page 5: PBS Bahasa Melayu STPM (Penggunaan Bahasa Singkatan Laman Sosial Facebook)

6

kepada generasi-generasi akan datang dan seterusnya menyebabkan Bahasa

Melayu ini tercemar.

1.2 Definisi Konsep

Menurut Raja Masittah Raja Ariffin singkatan kata akan terbentuk apabila

suatu istilah tidak ditulis secara penuh iaitu satu huruf atau lebih telah

digugurkan. Sebagai contoh, MPR yang bermaksud Majlis Permusyawaratan

Rakyat.

Menurut Ateng Winarno pula, singkatan adalah bentuk pemendekan satu

kata atau lebih yang proses pengejaanya dilakukan dengan menyebut huruf

demi huruf yang berkaitan. Tamsilnya, DPR untuk Dewan Perwakilan

Rakyat, SMA untuk Sekolah Menengah atas dan sda bermaksud sama

dengan atas.

Seterusnya, Harimurti Kridalaksana pula mendifinisikan singkatan sebagai

salah satu hasil proses pemendekan yang berupa huruf atau gabungan huruf

sama ada yang dieja huruf demi huruf mahupun yang tidak dieja huruf demi

huruf. Sebagai analogi, PBB yang bermaksud Pertubuhan Bangsa-Bangsa

Bersatu yang dieja huruf demi huruf manakala dng yang bermaksud dengan

yang tidak dieja huruf demi huruf.

Page 6: PBS Bahasa Melayu STPM (Penggunaan Bahasa Singkatan Laman Sosial Facebook)

7

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk

(a) Mengenal pasti pengguguran vokal, konsonan dan suku kata dalam bahasa

singkatan laman sosial Facebook

(b) Mengenal pasti percampuran bahasa yang digunakan dalam bahasa

singkatan laman sosial Facebook

(c) Menjelaskan penggunaan huruf, dan angka dalam bahasa singkatan laman

sosial Facebook

(d) Mengkelaskan jenis-jenis kata ganda yang kerap digunakan dalam bahasa

singkatan laman sosial Facebook

3.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Hasil kajian ini penting untuk

(a) Memperbanyak dokumentasi mengenai singkatan bahasa khususnya

dalam laman sosial Facebook

(b) Menyediakan panduan untuk dijadikan rujukan umum mengenai bahasa

singkatan yang digunakan di laman sosial Facebook

(c) Mendedahkan kepada masyarakat mengenai singkatan-singkatan yang

digunakan di laman sosial Facebook

(d) Memperjelaskan maksud-maksud perkataan tertentu yang diguna pakai

dalam bahasa singkatan laman sosial Facebook

Page 7: PBS Bahasa Melayu STPM (Penggunaan Bahasa Singkatan Laman Sosial Facebook)

8

4.0 SKOP KAJIAN

Kajian ini berfokus kepada pengguran vokal, konsonan dan suku kata dalam

proses penyingkatan sesuatu perkataan. Penggunaan huruf, angka dan simbol

dalam proses penyingkatan kata turut dikaji dalam kajian ini. Selain itu,

penggunaan kata ganda di laman sosial Facebook ini turut dikelaskan.

5.0 BATASAN KAJIAN

Kajian ini dilaksanakan terhadap data teks bertulis yang dipetik daripada

laman sosial Facebook dalam kalangan 50 orang pelajar tingkatan 5 Sekolah

Menengah Kebangsaan Pasir Gudang 2, Pasir Gudang, Johor. Oleh itu,

penggunaan bahasa singkatan di laman sosial Facebook ini tidak

mengambarkan penggunaanya oleh seluruh anggota masyarakat.

6.0 KAEDAH KAJIAN

Segala kaedah, cara mendapatkan data, kaedah pemprosesan dan cara

persembahan dapatan kajian dijelaskan di bahagian ini.

Page 8: PBS Bahasa Melayu STPM (Penggunaan Bahasa Singkatan Laman Sosial Facebook)

9

6.1 Mendapatkan data

Sepanjang kajian ini, pengkaji telah menggunakan kaedah kajian teks.

Teks yang dimuat naik ke dalam Facebook penyelidik kumpulkan

daripada responden. Seramai 50 orang responden daripada pelajar

tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang 2 diminta

memberikan 1 teks yang telah dimuat naik ke dalam laman sosial

Facebook. Penyelidik telah memaklumkan 2 minggu lebih awal kepada

responden yang terlibat bagi mempercepatkan proses mengutip data.

6.2 Mengumpul data

Untuk memudahkan penyelidik menganalisis data, penyelidik telah

mengedarkan borang kepada para responden supaya dapat menyalin

semula teks-teks yang telah dimuat naik berserta terjemahanya ke

dalam bahasa Melayu baku. Terjemahan ini sememangnya sangat

diperlukan agar pengkaji tidak tersilap ketika mengenal pasti maksud

asal perkataan-perkataan tersebut. Hasilnya, sebanyak 50 teks berserta

terjemahanya berjaya dikumpul dan ditaip semula yang bertujuan

memudahkan penyelidik untuk merujuk data tersebut.

Page 9: PBS Bahasa Melayu STPM (Penggunaan Bahasa Singkatan Laman Sosial Facebook)

10

6.3 Menganalisis data

Data yang diperoleh itu dianalisis dengan memberikan tumpuan

kepada aspek-aspek yang ingin dikaji iaitu pengguguran, percampuran

bahasa, penggunaan huruf dan angka, serta penggunaan kata ganda di

laman sosial Facebook.

7.0 DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian ini akan dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu pengguguran,

percampuran bahasa, penggunaan huruf dan angka dan penggunaan kata ganda.

Bahagian yang berikut memaparkan huraian berkaitan empat aspek ini.

Perbincangan yang dilaksanakan ini berdasarkan data-data yang telah dikutip.

7.1 Pengguguran Vokal, Konsonan dan Suku Kata

Morfologi merupakan bidang dalam ilmu bahasa yang mengkaji

perkataan. Salah satu aspek perkataan yang merangkumi morfologi

ialah bentuk kata. Di dalam laman sosial Facebook, bentuk kata yang

sering digunakan ialah bentuk singkatan. Singkatan ini merangkumi

pengguguran vokal, konsonan dan suku kata. Pengguguran ini

bertujuan menyingkatkan perkataan-perkataan ini agar mudah untuk

ditaip. Berikut merupakan jenis-jenis pengguguran yang digunakan

dalam proses penyingkatan.

Page 10: PBS Bahasa Melayu STPM (Penggunaan Bahasa Singkatan Laman Sosial Facebook)

11

Pengguguran Vokal

Contoh Bahasa Baku Vokal yang

digugurkan

dh dah a

bg bagi a,i

bt buat u,a

dpt dapat a

mcm macam a

sbb sebab e,a

bley boleh o

bkk buka u,a

nk nak a

jgn jangan a

jln jalan a

tp tapi a,i

Jadual 1 : Pengguguran vokal dalam bahasa singkatan laman sosial

Facebook

Page 11: PBS Bahasa Melayu STPM (Penggunaan Bahasa Singkatan Laman Sosial Facebook)

12

Merujuk jadual 1, singkatan-singkatan ini lazimnya terbentuk apabila

vokal-vokal tertentu digugurkan. Pengguguran vokal ini menjadikan

sesuatu perkataan itu lebih ringkas dan mudah untuk ditaip. Namun,

terdapat juga sesetengah perkataan yang digugurkan separuh huruf

vokalnya dan tidak digugurkan keseluruhanya. Tamsilnya, bley yang

bermaksud boleh telah memperlihatkan pengguguran satu vokal sahaja

iaitu vokal a manakala vokal e dikekalkan.

Pengguguran konsonan

Contoh Bahasa Baku konsonan yang

digugurkan

bole boleh h

ari hari h

ujan hujan h

da sudah h

angan jangan j

ta tak k

umah rumah r

Jadual 2 : Pengguguran konsonan dalam bahasa singkatan laman sosial

Facebook

Page 12: PBS Bahasa Melayu STPM (Penggunaan Bahasa Singkatan Laman Sosial Facebook)

13

Berdasarkan jadual 2, kebanyakan huruf konsonan yang digugurkan

adalah huruf konsonan yang terletak di permulaan dan akhiran

perkataan. Manakala huruf konsonan yang berada ditengah perkataan

tidak digugurkan dan akan dikekalkan bagi membolehkan perkataan

tersebut dibentuk. Sebagai contoh, bole, da, ujan yang memperlihatkan

pengguguran konsonan di awal dan akhir perkataan sahaja.

Pengguguran suku kata

Contoh Bahasa Baku Suku kata yang

digugurkan

lau kalau ka

de ada a

pe apa a

gi pergi per

tol betul be

ni ini i

kol pukul pu

lom belum be

Jadual 3 : Pengguguran suku kata dalam bahasa singkatan laman sosial

Facebook

Page 13: PBS Bahasa Melayu STPM (Penggunaan Bahasa Singkatan Laman Sosial Facebook)

14

Dari segi pengguguran suku kata pula, kebiasaanya suku kata pertama

dan terakhir akan digugurkan. Setiap suku kata yang digugurkan akan

memendekan sesuatu perkataan yang akan menjadikanya lebih singkat

dan amat releven untuk digunakan di laman sosial.

7.2 Percampuran Bahasa

Di dalam bahasa singkatan laman sosial Facebook, terdapat juga

campuran bahasa asing yang bertujuan untuk menyingkatkan dan

permudahkan sesuatu perkataan. Namun, penggunaan bahasa

campuran ini juga digunakan akibat terbiasa dan terikut-ikut oleh para

pengguna laman sosial tersebut. Antara bahasa campuran yang sering

digunakan di dalam laman sosial Facebook adalah Bahasa Inggeris,

Bahasa Slanga, Bahasa Daerah dan Bahasa Pasar. Jadual-jadual

dibawah akan menghuraikan jenis percampuran bahasa, contoh dan

maksud sebenar perkataan tersebut.

7.2.1 Bahasa Inggeris

Contoh Bahasa Baku Maksud

tonite tonight malam ini

gudnyte good night selamat malam

oohseem awesome hebat

I I saya

Page 14: PBS Bahasa Melayu STPM (Penggunaan Bahasa Singkatan Laman Sosial Facebook)

15

u you awak

topup top up tambah nilai

buzy busy sibuk

respon response bertindak balas

daet diet makanan seimbang

Jadual 4 : Penggunaan Bahasa Inggeris dalam laman sosial Facebook

Bahasa Inggeris sememangnya kerap digunakan di dalam dunia siber

namun perbezaan yang ketara dapat dilihat apabila Bahasa Inggeris

tersebut dimelayukan dan digunakan bersama-sama dengan Bahasa

Melayu. Berdasarkan jadual 4, terdapat beberapa perkataan yang

digunakan secara kerap. Antara perkataan yang sering digunakan

adalah I dan U. Kebiasaanya, perkataan ini kerap digunakan kerana

mempunyai perkataan yang ringkas iaitu satu huruf sahaja. Oleh itu,

percampuran Bahasa Inggeris ini juga bertujuan untuk menyingkatkan

perkataan dan mampu memudahkan pengguna laman sosial tersebut

untuk berkomunikasi. Penggunaan Bahasa Inggeris ini juga

memperlihatkan sesetangah ataupun hampir semua yang diubah

ejaannya. Sebagai analogi, busy yang menukarkan s kepada z sekaligus

menjadikannya kepada buzy. Walaupun ejaan ditukar, sebutan asal

perkataan tersebut tidak berubah. Terdapat juga sesetengah huruf

digugurkan. Sebagai contoh, response ditukar menjadi respon yang

memperlihatkan konsonan s dan vokal e digugurkan.

Page 15: PBS Bahasa Melayu STPM (Penggunaan Bahasa Singkatan Laman Sosial Facebook)

16

7.2.2 Bahasa Slanga

Contoh Maksud

sedih gila terlalu sedih

der abang

awex teman wanita

brader abang

bro abang

pkwe teman lelaki

kantoi sesuatu perkara yang telah

diketahui

Jadual 5 : Penggunaan Bahasa Slanga dalam laman sosial Facebook

Berdasarkan analisis yang dibuat, bahasa slanga juga merupakan antara

bahasa campuran yang amat popular yang digunakan oleh pelajar di

laman sosial Facebook. Sesetengah bahasa slanga yang digunakan ini

sememangnya sukar untuk difahami oleh golongan-golongan tua

kerana bahasa slanga ini sangat fleksibal dengan golongan muda

kerana bahasa ini hanya ditutur oleh golongan remaja. Bahasa slanga

ini turut digunakan dalam menyingkatkan sesuatu perkataan seperti bro

yang mewakili brother. Bahasa slanga di laman sosial Facebook ini

juga dilihat tidak menggunakan ejaan asal sebaliknya menukar

sebahagian ejaannya. Contonya brother ditukar menjadi brader.

Page 16: PBS Bahasa Melayu STPM (Penggunaan Bahasa Singkatan Laman Sosial Facebook)

17

Perkataan yang digunakan ini juga adalah sebahagian daripada bahasa

basahan dan tidak formal.

7.2.3 Bahasa daerah

Jenis Contoh Bahasa Baku

Dialek Kelantan

Johor Darul

Takzim@JDT ? puok

kawe tunggu puok

mu..gomo klate gomo.

Johor Darul Takzim

? kumpulan saya

akan menunggu

kumpulan anda.

Maju Kelantan Maju

!

Dialek

Terengganu

..mase tu ah ade ari

sukang..mase tu ah

nok wak prekse..

Masa ada hari sukan

masa tu lah juga nak

buat peperiksaan.

Jadual 6 : Penggunaan bahasa daerah/dialek dalam kalangan pelajar di

laman sosial Facebook

Dialek secara umumnya dapat diertikan sebagai suatu bentuk bahasa

yang berbeza daripada bahasa standard. Di laman sosial Facebook,

penggunaan dialek daerah negeri asal dalam kalangan pelajar juga

sememangnya meluas walaupun pelajar tersebut telah menetap di

negeri lain seperti di Johor. Dialek-dialek ini dapat dibezakan dari

aspek kata ganti nama diri, sebutan, kosa kata dan ejaan. Sebagai

Page 17: PBS Bahasa Melayu STPM (Penggunaan Bahasa Singkatan Laman Sosial Facebook)

18

contoh, dialek Kelantan menggunakan kawe sebagai saya, dan mu

sebagai awak. Dialek-dialek yang digunakan di laman sosial ini adalah

disebabkan faktor keselesaan yang memperlihatkan keselesaan

menggunakan bahasa asal mereka.

7.2.4 Bahasa Pasar

Contoh Bahasa Baku/Maksud

Taiko sangat ke lu? Meh itu

olang wa kasi bantai sama

dia !

Hebat sangat ke awak? Mari sini

bergaduh dengan saya !

Bnyk comel kau pnye mke

nak arahII aq !

Amboi ! jangan suka-suka mahu

arah orang lain.

Lu wat gua bikin pnas la

derrr……

Awak buat saya marah !

Jadual 7 : Penggunaan Bahasa pasar di laman sosial Facebook

Bahasa pasar digunakan secara meluas di dalam laman sosial Facebook

terutamanya dalam kalangan pelajar-pelajar. Selain bertujuan untuk

menyingkatkan perkataan, bahasa ini turut digunakan dalam memberi

sindiran/kata sinis kepada individu yang ingin ditujukan atau pun

dengan tujuan gurauan. Bahasa yang digunakan ini tidak menepati

hukum D-M misalnya itu olang. Kata banyak juga turut digunakan

sebagai kata penguat. Berdasarkan jadual di atas, jelas bahawa

Page 18: PBS Bahasa Melayu STPM (Penggunaan Bahasa Singkatan Laman Sosial Facebook)

19

perkataan bnyk comel menggunakan banyak sebagai kata penguat dan

jelas menjadi kesalahan dalam Bahasa Melayu.

7.3 Penggunaan huruf dan angka dalam proses penyingkatan

perkataan

Berdasarkan data yang dikutip, didapati terdapat ramai pelajar yang

gemar menggunakan huruf dan angka dalam menyingkatkan sesuatu

perkataan. Hal ini disebabkan penggunaan huruf dan angka dapat

menggantikan satu perkataan lengkap yang memperlihatkan tiada

perubahan makna yang terjadi. Namun, penggunaan huruf dan angka

kadang-kala mampu menimbulkan kekeliruan kerana mempunyai

makna yang sama.

7.3.1 Penggunaan huruf

Contoh Perkataan Asal

k ok

n and

p tapi

g pergi

y yang

Page 19: PBS Bahasa Melayu STPM (Penggunaan Bahasa Singkatan Laman Sosial Facebook)

20

x tak

p pergi

k ke

Jadual 8 : Penggunaan huruf dalam bahasa singkatan laman sosial

Facebook

Berdasarkan jadual 8, pelajar juga gemar menggunakan huruf dalam

proses penyingkatan perkataan. Kebiasaanya, hanya huruf pertama

sahaja yang dikekalkan dan selebihnya digugurkan. Namun, terdapat

persamaan makna dalam penggunaan huruf ini bagi tujuan

penyingkatan. Sebagai contoh, terdapat 2 perkataan yang

menggunakan k sebagai singkatan. Antaranya ialah ok dan ke. Kedua-

dua perkataan ini menggunakan k sebagai singkatan dan bagi yang

kurang memahami dengan bahasa singkatan laman sosial Facebook

mungkin akan tersalah tafsir. Begitu juga dengan p yang membawa

maksud pergi dan tapi.

7.3.2 Penggunaan angka

Contoh Perkataan Asal

I2 itu

2 tu

Page 20: PBS Bahasa Melayu STPM (Penggunaan Bahasa Singkatan Laman Sosial Facebook)

21

Off9 offline

Jadual 9 : Penggunaan angka

Penggunaan angka dalam proses penyingkatan kata sememangnya

kerap digunakan dalam laman sosial Facebook. Kadang- kala, angka

dan huruf dicampur bagi mewujudkan singkatan kata. Sebagai analogi,

i+2 = itu dan off+9 = offline. Namun, penggunaan angka sahaja turut

digunakan seperti 2 yang bermaksud tu.

7.4 Penggunaan kata ganda dalam laman sosial Facebook

Jenis Kata

Ganda

Contoh Bahasa baku

Penggandaan separa

-lelama

-memalam

-tetiba

lama-lama

malam-malam

tiba-tiba

Penggandaan penuh

-mkn2

-skolah2

makan-makan

sekolah-

sekolah

Page 21: PBS Bahasa Melayu STPM (Penggunaan Bahasa Singkatan Laman Sosial Facebook)

22

Jadual 10 : Penggunaan kata ganda mengikut jenis

Jadual 10 menunjukan penggunaan kata ganda mengikut jenis dalam

laman sosial Facebook. Merujuk jadual 10, terdapat 2 jenis

penggandaan yang kerap digunakan di dalam laman sosial Facebook

iaitu penggandaan penuh dan penggandaan separa. Namun,

penggandaan ini tidak menepati ciri-ciri morfologi kerana tidak

mempunyai ciri-ciri sebenar pergandaan. Sebagai contoh, pergandaan

penuh diubah menjadi penggandaan separa seperti tiba-tiba yang

bertukar menjadi tetiba. Penggandaan penuh juga tidak ditulis secara

penuh yang hanya memperlihatkan penggunaan angka sebagai

petunjuk penggandaan. Tamsilnya, mkn2 dan skolah2 yang mengikut

ejaan bahasa melayu yang betul adalah makan-makan dan sekolah-

sekolah.

8.0 RUMUSAN KAJIAN

Rumusannya, kajian ini dapat mempamerkan penggunaan bahasa

Melayu yang tidak mengikut ciri-ciri sebenar. Singkatan-singkatan

yang dibuat ini juga mempunyai pelbagai kelemahan. Responden juga

didapati mencampurkan pelbagai jenis variasi bahasa untuk

menyingkatkan sesuatu perkataan. Dalam aspek morfologi pula,

Page 22: PBS Bahasa Melayu STPM (Penggunaan Bahasa Singkatan Laman Sosial Facebook)

23

hampir keseluruhan perkataan atau ayat di dalam bahasa singkatan

laman sosial Facebook ini bercanggah dengan ciri-ciri morfologi

sebenar. Bagi pelajar tingkatan 5, pelbagai impak akan terjadi

sekiranya mereka tetap mengamalkan bahasa singkatan laman sosial

Facebook ini. Tidak mustahil mereka akan terbawa-bawa bahasa ini

sehingga ke dalam peperiksaan lantas menyebabkan kejatuhan

martabat bahasa Melayu. Oleh itu, pihak-pihak berwajib perlu

memaksimakan peranan mereka agar fenomena ini berjaya dihapuskan.

9.0 PENUTUP

Sejajar denga perkembangan teknologi terkini, laman sosial

sememangnya merupakan salah satu medium untuk berkomunikasi

dalam kehidupan seharian. Namun, hukum bahasa juga perlu dititik

beratkan agar kesucian bahasa ibunda kita terpelihara. Oleh itu,

pelbagai kajian perlu dijalankan mengenai penggunaan bahasa

singkatan laman sosial Facebook agar terhasilnya bahasa-bahasa laman

sosial yang menepati ciri-ciri sebenar bahasa Melayu. Kajian ini juga

sedikit sebanyak dapat membantu masyarakat agar dapat menggunakan

bahasa singkatan laman sosial Facebook dengan betul dan menepati

hukum bahasa Melayu.

Page 23: PBS Bahasa Melayu STPM (Penggunaan Bahasa Singkatan Laman Sosial Facebook)

24

BIBLIOGRAFI

Buku

Chong, G. T., Tee, C. S. & Ahmad, Z., 2009. Longman Teks Pra-U STPM Bahasa

Malaysia Kertas 1. Selangor: Pearson Malaysia Sdn, Bhd.

Karim, N. S., 2008. Kamus Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Karim, N. S. & Hashim, S., 2013. Ace Ahead Teks STPM Bahasa Melayu Penggal 2.

Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd..

Kridalaksana, H., 1996. Pembentukan Kata dalam Bahasa Indonesia Edisi Kedua.

Jakarta: PT Gramedia Pustaka Utama.

Parsidi, A., 1992. Kamus Akronim, Inisialisme dan Singkatan. Jakarta: Pustaka Utama

Grafiti.

Pustaka, D. B. d., 2008. Panduan Singkatan Khidmat Pesanan Ringkas ( SMS )

Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka .

Winarno, A., 1991. Kamus Singkatan dan Akronim Baru dan Lama. Yogyarkarta:

Kanisius.

Bahan Internet

Salleh, A., 2009. Tatabahasa : Morfologi Bahasa Melayu. Diakses pada 27 Julai 2013,

daripada http://witra.blogspot.com/2009/01/sk-taman-bukit-mewah.html

Page 24: PBS Bahasa Melayu STPM (Penggunaan Bahasa Singkatan Laman Sosial Facebook)

25

Lampiran 1

Senarai data teks yang dikutip daripada responden

BIL Bahasa Singkatan Laman Sosial

Facebook

Bahasa Baku

1 Hari nih aku berbukak puasa berasaskan ayam.. hahaha. Hilang program daet tp yg penting

tomyam mak oohhseem sedapnya..

Hari ini aku berbuka puasa makanan berasaskan ayam. Hahaha. Hilang keinginan untuk mengambil makanan

seimbang tetapi yang penting tomyam mak sangat sedap.

2 Gudnyte all .. esok ada meting

penting nak kena hadir. hahaha

Selamat malam semua. Esok ada

perjumpaan penting yang perlu hadir.hahaha

3 Jom gi bazaar tmn kote masai, spe

nk join.. jom2. Slmt brbuka puasa kpda awq smua n skeluarga.

Mari pergi bazar Taman Kota Masai.

Siapa mahu ikut ? Mari-mari. Selamat berbuka puasa kepada awak semua dan keluarga.

4 Byk sehh topup aq.. time aq ade

topup, die buzy,, x tau nak call sape,, si die off phone plak,, kalo

x, memang x ar aq on9..

Banyak sungguh kredit prabayar aku.

Ketika kredit prabayar aku banyak masa ni pula dia sibuk. Tak tahu mahu

telefon siapa. Kalau tidak aku memang tidak mahu online.

5 Taiko sangat ke lu? Meh itu olang wa kasi bantai sama dia!

Hebat sangat ke awak? Mari sini bergaduh dengan saya !

6 Some fun tonite.. kepale nga semak!

Sedikit hiburan malam ini. Kepala tengah pening.

7 Lu wat gua bikin pnas la dher… Awak buat saya marah !

8 Bnyk comel kau pnye mke nak arahII aq!

Amboi ! jangan suka-suka mahu arah orang lain.

9 Ohhh. Haha. Relaks brader Ohhh. Sabar abang.

10 Menu berbuka ari ni ialah chicken chop n air cikong ais. Yumm2 . #slamat berbuka puasa semua

Menu berbuka hari ini ialah ‘Chicken Chop’ dan air cikong ais. Selamat berbuka puasa semua.

11 ‘perut oh perut’. Gua tahu luu

tengah senakk. Lu relaks ahh skit, dah nak buka dah ni.’ Berbual dgn

perut pon jadi. haha

Perut oh perut, saya tahu awak tengah

sakit. Awak sabar lah sekejap, dah nak buka puasa sebentar lagi. Berbual

dengan perut pun boleh jadi. Haha.

12 Bro ada Nampak kerja sekolah gua x? hilang lah. Haha. Macam mnew nak buat nie

Abang ada Nampak kerja sekolah saya tak? Hilang pula. Haha. Macam mana mahu buat ni?

13 Dia ajk aq p uma cikgu tp die ley k tmpat len

Dia ajak aku pergi rumah cikgu tapi dia boleh pergi tempat lain pula.

14 Hahaha!!! Kantoi sudahh Hahaha!!! Kami sudah tahu.

15 Esok smua skola2 kt johor ditutup. Mknenye ujian geografi

pun tkde laaa. Yesss!

Esok semua sekolah-sekolah di Johor ditutup. Bermakna ujian geografi pun

tiada.

16 K now sy study tol2. T result Ok. Sekarang saya belajar sungguh-

Page 25: PBS Bahasa Melayu STPM (Penggunaan Bahasa Singkatan Laman Sosial Facebook)

26

mesti gempak sungguh, nanti keputusan mesti menakjubkan.

17 Jowm jln cri awex.. ari niey cuti

lgi..

Mari jalan cari teman wanita. Hari ini

cuti lagi.

18 Kdt xd, nk g kdai ujan.. cdey nye Kredit tiada, mahu ke kedai hujan pula. Sungguh sedih.

19 Walaupun ujian gerak gempur aku teruk, aq still okey. Tak de pape

pun

Walaupun ujian gerak gempur aku teruk, aku masih ok. Tiada apa-apa

pun.

20 Hari-hari gado, nanti lelame aq benci jugak die tu

Hari-hari bergaduh, nanti lama-lama aku benci dia.

21 Orait da nuck tito.. eh ta nuck off9

jewk.. k tata agan lpew shur

Alright, sudah mahu tidur. Eh tak

mahu offline je. Ok selamat tinggal jangan lupa sahur.

22 Lps exam td tetibe ada org

menangis, knape tah?

Lepas peperiksaan tadi tiba-tiba ada

orang menangis, Kenapa entah?

23 Kol brape ni dh. Aq lom siap lg! habisss lahh

Pukul berapa sekarang ini? Aku belum siap lagi ! Habis la.

24 Sy study, p slalu fail, hmmm nk g

tuisen tk mampu.

Saya belajar tapi selalu gagal. Hmmm

mahu pergi tuisyen pula tidak mampu.

25 Bak kta ustz.. x gne pose lau x solt.. so buln pose ni setn x de..kita bolh brubah .. percye la..

Bak kata ustaz, tiada guna puasa kalau tidak solat. Jadi bulan puasa ini syaitan tiada. Kita bolehlah berubah. Percaya

la.

26 Sy tak manje mcm pkwe awk semua. Hye hari jumaat

Saya tidak manja seperti teman lelaki awak semua. Hai hari Jumaat.

27 mcm2 alasan yg diberikan. Aq

cme nk thu knpe qo buat mcm tu. Klau qo tak nak pon jgn la buat

mcm tu. Bgi thu saje . aq x marah. Terima kasih lah sbb dah buat mcm tu

Pelbagai alasan yang diberi. Aku cuma

mahu tahu mengapa kau buat macam itu. Kalau kau tak mahu sekali pun

jangan la buat macam itu. Bagi tahu sahaja, Aku tidak marah. Terima Kasih kerana sudah buat begitu.

28 Adakah patut tuan e2 marahkan

aku? Tidak ka dia tahu aku ne seorg yang comel? Hek3!.

Storynya like this, aku sdh hantar quotation isnin lps tp no respon drp tuan e2. Tp td all of a sudden

ketika diriku sdg berangan2 mjd org dia kol n aku bgtahu la

tempahan sdh pn ditutup tp dia ckp pula aku pilih customer..aiks! Sapa faster dia dapat la kn. Why

pla u angry2? Omaigot.. Tell me oi oi.. Who lives in the pineapple

under the sea??

Patutkah tuan itu memarahi aku?

Tidakah dia tahu bahawa aku seorang yang comel? Hek hek hek! Ceritanya

begini, aku telah pun menghantar quotation pada isnin yang lepas tadi tiada maklum balas daripada dia. Tapi

tadi tiba-tiba dia menelefon dan aku beri tahu bahawa tempahan sudah

ditutup. Kemudian dia mengatakan bahawa aku memilih pelanggan. Siapa cepat dia dapat lah.

29 bulan pose ni aq belajr kurang masuk la....tapu insyallah pas pose aq akan bangkit,,,, “SALAM

RAMADHAN 3 N SELAMAT

Di bulan puasa ini aku belajar kurang faham. Tapi insyallah selepas puasa aku akan bangkit. Salam Ramadhan

ke-3 dan selamat berbuka.

Page 26: PBS Bahasa Melayu STPM (Penggunaan Bahasa Singkatan Laman Sosial Facebook)

27

BERBUKA”

30 Masa study agama,, topik mahar....ustazah ad kata yg, mahar

itu @ mas kahwin y d beri lelaki kpd perempuan umpama kasih syg dy kt peremmpuan 2....so ag

tinggi nilai mas kwin y dy bg, mkneny sgt syg la die kt

perempuan 2.....so laky pd zaman skrg niew kne beruntung sbb dpt perempuan y zaman mahal mas

kwin skrg niew....hahahaha....

Ketika belajar subjek agama islam, topik yang dipelajari adalah Mahar.

Ustazah mengatakan bahawa mas kahwin yang diberi oleh lelaki kepada wanita umpama kasih saying mereka

terhadap wanita tersebut. Jika nilai mas kahwin itu lagi tinggi bermakna

lelaki tersebut sangat saying terhadapt wanita itu. Jadi, lelaki zaman sekarang beruntung kerana dapat perempuan

yang mas kahwinya mahal.

31 Awk,, ajr sy dlm study boleh x? Awak ajar saya dalam pelajaran bpleh tak?

32 Yeahh. Hujan lebat #untung la

ygkt umah bley tdo

Yeahh. Hujan lebat. Untung bagi siapa

yang di rumah boleh tidur.

33 belajar dulu baru bercinta tp sume owg nak rase cinta .. so belajar

sambil bercinta . hati2

Belajar dahulu baru bercinta. Tapi semua orang ingin merasakan cinta.

Jadi belajar sambil bercinta perlu berhati-hati.

34 Dh kenyang kn brbuka td? Ha? Pe ag . g la solat magrib . tggu pe ag

Sudah kenyang berbuka tadi? Apa lagi, pergi solat Maghrib mahu tunggu

apa lagi?

35 Mlm ni ade mkn2 kat ruma aku. Jemput dtg semua!

Malam ini ada majlis di rumah aku. Semua dijemput hadir.

36 Johor Darul Takzim @JDT puok

kawe tunggu puok mu. Gomo kelate gomo

Johor Darul Takzim ? kumpulan saya

akan menunggu kumpulan anda. Maju Kelantan Maju !

37 Bru je bley jln Baru sahaja boleh berjalan.

38 Kalau kita sedih pun buat apa nak

tunjuk. Kalau kita marah pun buat apa nak tunjuk yang kita marah . lebih baik kita tunjuk yang kita

bahagia dari tunjuk yang kita sedih gila

Kalau kita sedih pun buat apa nak

tunjuk. Kalau kita marah pun buat apa nak tunjuk yang kita marah . lebih baik kita tunjuk yang kita bahagia dari

tunjuk yang kita sangat sedih.

39 Buat homework sambil dengar

lagu rayoo

Buat kerja sekolah sambil mendengar

lagu raya.

40 Kejayaan kite tletak pada usaha sndiri. Kejayaan y baik i2 dtng dri

kite sendiri. selagi kite berusaha maka perjalanan untuk menuju kejayaan i2 terbentang luas di

hadapan mata. So,, berusaha la bersungguh2 untuk mengapainya.

Bukan hnye ngn angan2 kosong sahaja. Semua i2 terletak pada hati kita n kekuatan kite.

Insyaallah jika kita mampu, allah akn mmpermudhkan sgala usaha

kite. Ianya tidak akn kmane2.

Kejayaan kita terletak pada usaha sendiri. Kejayaan yang baik itu datang

dari kita sendiri. Selagi kita berusaha maka perjalanan untuk menuju kejayaan itu terbentang luas di

hadapan mata. Jadi, berusaha bersungguh-sungguh untuk

mengapainya. Bukan hanye ngn angan-angan kosong sahaja. Semua itu terletak pada hati kita dan kekuatan

kita. Insyaallah jika kita mampu, Allah S.W.T akan mempermudahkan segala

usaha kita. Ianya tidak akan ke mane-

Page 27: PBS Bahasa Melayu STPM (Penggunaan Bahasa Singkatan Laman Sosial Facebook)

28

aminn mana. Amin.

41 Exam mid-year ambex report card rombak kelas audit

total ,. Haisy banyak ny ,. Semua ny menakut arn

,. Rombak kelas + audit ,. Mieza taa naa turun kelas

,. Mieza rase mieza daa mule rapat n kowang-2 semue ,. Daa macam adeq beradeq

,. Balek lambat same-2, then solat zohor same2

,. Study same-2 ,. Daa mcm dekat asrama arn ,. Hmm

,. Taa naa rombak kelas boleyh? ,. Nanti sape naa ajar mieza

macam kowang?

Perperiksaan pertengahan tahun ambil kad penyata rombakan kelas

Perubahan secara keseluruhan. Banyaknya, semua ini menakutkan. Rombak kelas+ audit, Mieza sudah

merasakan seakan ingin turun kelas. Mieza rasa Mieza sudah mula rapat

dengan semua seperti adik-beradik, pulang lewat bersama-sama, solat Zohor bersama-sama, belajar bersama-

sama seakan-akan berada di asrama. Hmm, Boleh tak kalau tiada rombakan

kelas? Nanti siapa mahu mengajar Mieza seperti kalian?

42 Budok2 tikatang lime tengoh serabok wok lake orr minggu depang ade pecubaang spm. Mase

tu ah ade ari sukang . mase tu ah nok wak prekse. Muka sorang2 pe

ge menda doh hoo . debo ngat mok hoo . macang ge nok prekse doh2 je. Mase bnyak agi eyy dang

agi eyh kalu nok buleh 10A++ tuh.. dok soh beng wak bolok

ngat ahh kang pa pital kang. Haha. Pentnya jd pelajar form 5! Cptlah hendaknye hbis form 5 nii

Semua pelajar tingkatan 5 pening kerana minggu depan ada peperiksaan percubaan SPM. Masa itulah nak buat

hari sukan. Masa tulah juga nak adakan peperiksaan. Semua

bermimikkan muka kepenatan. Mungkin kerana gementar seperti sudah mahu menduduki periksa SPM

sebenar. Banyak masa lagi perlu belajar kalau nak dapat 10A. Jangan

terlalu pening nanti masuk hospital pula. Cepatlah habis tingkatan 5 ni. Penat jadi pelajar tingkatan 5.

43 aq nk tgk bola bleyy plak kdai

mamak ny bkk crite do re mi plakk.

Aku mahu menonton bola sepak tapi

restoran mamak ini bukak cerita Do Re Mi pula.

44 Jage perut .. 2 je aq kne uat . parut

dah ok. Dlm perut je belum

Jaga perut itu sahaja aku perlu buat.

Parut sudah sembuh, dalam perut sahaja belum.

45 Selamat petang all, bowink tol

hari nie

Selamat petang semua. Bosan sungguh

hari ini.

46 Mesej ayah me : ayah akak takotlah sebab spm dh nk dekat Ayah : baguslah ade rse takot..bt

yg terbaik tau..klu dpt straight A ayah bg hadiah

Me : ok ayah inshaallah..akak bt yg terbaik.. *mudah2 an dapat straight A nnti

ayh nk bagi hadiah!hehe..

Mesej daripada ayah Saya: Ayah, kakak takut kerana SPM bakal menjelang tiba tidak lama lagi.

Ayah: Bagus jika masih ada rasa takut. Buat yang terbaik dan jika kakak dapat

semua A ayah akan beri hadiah. Saya: ok ayah, inshaallah akak akan lakukan yang terbaik.

*Semoga mendapatkan A secara keseluruhan dan menerima hadiah dari

Page 28: PBS Bahasa Melayu STPM (Penggunaan Bahasa Singkatan Laman Sosial Facebook)

29

ayah.

47 Kalau bole dalam bulan pose nhe , setiap hari nak pegi bazar yang

lain2 , nak pegi semue bazar yang ade kat johor nhe, tapi rasenyee macam tk bole jerkk

#Bazar Ramadhan

Jika berkesempatan di dalam bulan puasa ini, setiap hari saya akan pergi

di setiap bazar ramadhan yang terdapat di Johor. Tapi rasanya seperti tidak akan mendapat kesempatan ini.

48 Jiran aku buka lagu raya lha woi ! haihh mcm dh tk sabar betul nk

raya ni

Jiran aku mainkan lagu raya. Seperti tidak sabar mahu raya.

49 OMG. Tdi I kne ckap kat depn smue owg. Perghh. Gemuruh.. gementarr.. aq tdi da mcm owg

kat Eskimo sebab sejuk gemuruh punya pasal. Xpi aq n geng x

menang . sowy geng

Oh My God. Tadi saya berucap depan semua orang. Sungguh gemuruh dan gementar. Aku tadi seperti orang di

Eskimo kerana sejuk dan gemuruh, Tapi aku dan kawan tidak menang.

Maafkan kami kawan.

50 Jauh dimata, dekat dihati. Saya tidur awal malam ni. Kaitan ? Jom

mandi. #celaru

Jauh di mata dekat di hati. Mala mini saya tidur awal. Kaitan? Mari mandi.

Page 29: PBS Bahasa Melayu STPM (Penggunaan Bahasa Singkatan Laman Sosial Facebook)

30

Lampiran 2

Senarai perkataan yang digunakan di dalam kajian

Perkataan

asal

Ejaan

baku/maksud

Perkataan

asal

Ejaan

baku/maksud

dpt dapat I2 itu

mcm macam 2 tu

sbb sebab Off9 offline

bley boleh n and

bkk buka p tapi

nk nak g pergi

jgn jangan y yang

Page 30: PBS Bahasa Melayu STPM (Penggunaan Bahasa Singkatan Laman Sosial Facebook)

31

jln jalan x tak

tp tapi p pergi

bole boleh k ke

ari hari ni ini

ujan hujan kol pukul

da sudah lom belum

angan jangan tonite tonight

ta tak gudnyte good night

umah rumah oohseem awesome

lau kalau I I

de ada u you

pe apa topup top up

gi pergi buzy busy

tol betul respon response

daet diet lelama lama-lama

sedih gila terlalu sedih tetiba tiba-tiba

Page 31: PBS Bahasa Melayu STPM (Penggunaan Bahasa Singkatan Laman Sosial Facebook)

32

der abang memalam malam-malam

awex teman wanita mkn2 makan-makan

brader abang skolah2 sekolah-

sekolah

bro abang

pkwe teman lelaki

kantoi sesuatu

perkara yang

telah diketahui

k ok