contoh laporan (sk)

20
Format Karangan Jenis Laporan. Karangan jenis ini menghendaki anda melaporkan sesuatu peristiwa yang didengar atau dilihat. Hendaklah disampaikan dengan tepat dan mudah difahami. Dalam membuat karangan berbentuk laporan , kamu hendaklah menggunakan butir-butir yang munasabah atau lojik. Kamu perlu memastikan jenis laporan, sama ada laporan aktiviti persatuan, perayaan, sambutan, perasmian, atau lawatan ke sesuatu tempat. Untuk laporan aktiviti persatuan sertakan nama ahli jawatankuasa, sejarah penubuhan, jumlah ahli, dan aktiviti sepanjang tahun. Pelapor mesti berjawatan setiausaha. Untuk laporan lawatan pula , tulis apa yang dilihat, dirasa, dan dialami serta kesan lawatan terhadap pembelajaran. Penulisan mengikut perkembangan peristiwa, yang dahulu didahulukan. Gunakan bahasa yang ringkas dan padat Tajuk Laporan : Ditulis dengan huruf besar pada setiap awal kata dan digaris atau ditulis dengan huruf besar semuanya. Tajuk hendaklah ditulis ditengah-tengah. Boleh ditulis dalam dua baris jika tajuk terlalu panjang. Isi Laporan : Bermula dengan pendahuluan dan diakhiri dengan penutup. Pengakuan pelapor : Ditulis di sebelah kiri selepas perenggan terakhir. Tarikh :

Upload: hui-bao-yeoh

Post on 15-Nov-2015

92 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Contoh Laporan

TRANSCRIPT

Format Karangan Jenis Laporan. Karangan jenis ini menghendaki anda melaporkan sesuatu peristiwa yang didengar atau dilihat. Hendaklah disampaikan dengan tepat dan mudah difahami. Dalam membuat karangan berbentuk laporan , kamu hendaklah menggunakan butir-butir yang munasabah atau lojik. Kamu perlu memastikan jenis laporan, sama ada laporan aktiviti persatuan, perayaan, sambutan, perasmian, atau lawatan ke sesuatu tempat. Untuk laporan aktiviti persatuan sertakan nama ahli jawatankuasa, sejarah penubuhan, jumlah ahli, dan aktiviti sepanjang tahun. Pelapor mesti berjawatan setiausaha. Untuk laporan lawatan pula , tulis apa yang dilihat, dirasa, dan dialami serta kesan lawatan terhadap pembelajaran. Penulisan mengikut perkembangan peristiwa, yang dahulu didahulukan. Gunakan bahasa yang ringkas dan padatTajuk Laporan:

Ditulis denganhuruf besarpada setiap awal kata dan digaris atau ditulis dengan huruf besar semuanya. Tajuk hendaklah ditulis ditengah-tengah.Boleh ditulis dalam dua baris jika tajuk terlalu panjang.

Isi Laporan:

Bermula dengan pendahuluan dan diakhiri dengan penutup.

Pengakuan pelapor:

Ditulisdi sebelah kiriselepas perenggan terakhir.

Tarikh:

Ditulisdi sebelah kananlaporan,setentang dengan pengakuan pelapor.

Tandatangan pelapor :

Ditulisdi sebelah kiribahagian bawahselepaspengakuan pelapor.

Nama Pelapor:

Ditulis denganhuruf besardi dalamkurunganselepas tandatangan.

Jawatan Pelapor:

Ditulisdi sudut kiri bahagian bawahlaporan dan dibubuh tanda koma dihujungnya. Seterusnyaditulis nama persatuan yang diwakili

Contoh Karangan Jenis Laporan

Persatuan Bahasa Malaysia di sekolah anda telah mengadakan lawatan ke Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur baru baru ini. Anda sebagai setiausaha persatuan itu dikehandaki menulis satu laporan lengkap tentang lawatan tersebut. Tulis laporan itu.

Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pada cuti penggal kedua yang lalu, Persatuan Bahasa Malaysia, Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Lawatan yang diadakan pada hari Sabtu, 29 April 2009 disertai oleh sebanyak 40 orang ahli persatuan dan dua orang guru penasihat.

Objektif lawatan tersebut adalah untuk mengenali buku-buku bermutu keluaran DBP, mengetahui cara-cara buku diterbitkan, dan untuk menimba pengetahuan selaras dengan konsep lawatan sambil belajar.

Sebelum bertolak, guru penasihat kami mengingatkan para pelajar supaya menjaga disiplin dan nama baik sekolah semasa di sana. Selepas mendengar pesanan beliau, barulah rombongan kami bertolah dari sekolah.

Kami tiba di Dewan Bahasa dan Pustaka tepat pukul 11.00 pagi. Rombongan kami disambut oleh Pegawai Perhubungan Awam Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau memberi penerangan tentang sejarah penubuhan DBP dan tujuan penubuhannya. Kami juga diberi taklimat ringkas tentang bahagian-bahagian yang akan kami lawati. Sebelum itu, kami diberi satu naskah majalah Pelita Bahasa keluaran DBP secara percuma.

Tempat pertama yang menjadi destinasi kami adalah ke bahagian pameran. Semasa berada di bahagian ini kami berpeluang melihat berbagai-bagai jenis buku yang dikeluarkan oleh DBP sama ada buku-buku lama atau buku-buku baru. Buku-buku tersebut ditulis dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris yang merangkumi buku-buku agama, politik, ekonomi, dan bahasa. Kami juga berpeluang mengenali berbagai-bagai jenis majalah seperti majalah Pelita Bahasa, Dewan Masyarakat, Dewan Siswa, Dewan Pelajar dan lain-lain. Kami juga diberi beberapa maklumat tentang buku-buku dan majalah-majalah tersebut terutamanya apabila timbul beberapa kemusykilan. Selepas itu, kami dibawa ke bahagian pencetakan. Di sini, kami melihat dengan jelas cara-cara buku dan majalah dicetak. Kami perhatikan buku-buku tersebut dicetak dengan begitu pantas dengan menggunakan alat-alat yang canggih, teknik-teknik yang sistematik, yang diusahakan oleh pekerja-pekerja yang mahir dan cekap. Kami juga dapat melihat dengan jelas cara buku-buku itu dijilid, disusun, dan sebagainya.

Sebelum pulang, kami tidak melepaskan peluang untuk membeli beberapa buah buku bagi kegunaan kami. Hal ini demikian kerana kami diberi potongan harga istimewa oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka. Kira-kira pukul 3.00 petang, selepas dihidangkan jamuan ringan, kami mula bertolak keluar dari perkarangan DBP. Lawatan tersebut telah menimbulkan banyak faedah kepada kami. Antara faedah-faedahnya ialah kami dapat mengenali buku-buku bermutu keluaran DBP. Buku-buku tersebut didapati telah menjadi bahan rujukan utama sama ada oleh para pelajar, mahasiswa, mahupun orang perseorangan.

Selain itu, lawatan tersebut dapat menyemai minat dan budaya membaca di kalangan pelajar. Sekurang-kurangnya timbul keinsafan dan kesedaran di hati kami tentang betapa pentingnya membaca untuk menambah pelbagai maklumat dan pengetahuan. Lawatan sambil belajar yang kami anjurkan ini dianggap berkesan kerana kami dapat menimba ilmu dan meluaskan pengetahuan.

Walaupun lawatan seumpama ini pertama kali dianjurkan oleh persatuan kami, namun lawatan ini sangat berhasil. Harapan kami agar lebih banyak pelajar di sekolah ini menyertai lawatan sambil belajar pada masa depan.

Dilaporkan Oleh, 12 Mei 2009.

Farid Asfar

(FARID ASFAR B ABD GHANI)Setiausaha, Persatuan Bahasa Malaysia,Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar.

Dilayari pada : http://pakanasksah.blogspot.com/2009/05/contoh-karangan-jenis-laporan_11.htmlLAPORANLAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PETROSAINS DAN MUZIUM KESENIAN ISLAM MALAYSIAANJURAN:GERAK KERJA KELABKOLEJ JURURAWAT MASYARAKAT PORT DICKSON

Pengenalan

Program lawatan sambil belajar ke Petrosains adalah merupakan salah satu aktiviti yang telah dirancang untuk melaksanakan aktiviti kokrikulum bagi sesi Januari 2011. Ahli - ahli Perpustakaan Kolej Jururawat Masyarakat Port Dickson sesi Januari 2011 diharapkan dapat memberi pendedahan dan pengalaman yang berguna kepada setiap peserta di dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab apabila dilantik sebagai penjawat awam kelak.

Bagi memastikan program yang dirancang berjalan lancar, Gerak kerja Kelab telah membentuk satu organisasi yang diketuai oleh saudari Nurul Fatehah Binti Abd Wahab. Organisasi ini telah dipantau oleh Puan Koh Bee Toh selaku penasihat dan pembimbing dalam pengurusan serta pembentukan program ini. Selain itu diharapkan program ini dapat menjadi satu program yang berjalan dengan baik dan lancar.

Objektif

Mengeratkan hubungan silaturrahim di antara pelatih, pengajar dan pihak pengurusan melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Meningkatkan pemikiran teknologi dan inovasi dalam bidang kesihatan di kalangan pelatih.

Mendedahkan hubung kait antara kesihatan dan teknologi kepada pelatih.

Meningkatkan pengetahuan sains dan teknologi di kalangan pelatih.

Menerapkan amalan gaya hidup sihat di kalangan pelatih.

Pengenalan programProgram: Lawatan Sambil Belajar ke PetrosainsAnjuran: Gerak Kerja Kelab, Kolej Jururawat Masyarakat Port DicksonPenyertaan: Ahli Perpustakaan Kolej Jururawat Masyarakat Port Dickson

Program ini diadakan untuk mendekatkan pelatih, pengajar dan pengurusan aktiviti. Selain itu, dengan adanya program ini, diharap dapat melahirkan bakal Jururawat Masyarakat yang sihat ,mempunyai permikiran yang berinovasi dan kreativiti yang tinggi.

KUMPULAN SASARANPelatih Kursus Jururawat MasyarakatAnggaran peserta : 35 orang

TEMA PROGRAMKesihatan Menjana Kecemerlangan Pelatih

LOKASI DAN MASA PROGAMLokasi : Petrosains Suria Kuala Lumpur City Centre, Kuala LumpurTarikh : 26.03.2011Hari : SabtuMasa : 7.00 am 7.00 pm

CARTA ORGANISASI

PENAUNG : PUAN AISHAH BINTI SEMANPENYELARAS PROGRAM : PUAN KOH BEE TOHPENGERUSI : NURUL FATEHAH BINTI ABD WAHABNAIB PENGERUSI : NOR SHAKIRA BINTI ISMAILSETIAUSAHA : WANN NUR ALIANA ABDULLAHBENDAHARI : JENNIFER ANAK KIDOKNAIB BENDAHARI : HARDAWATI BINTI MAT KAHARAHLI JAWATANKUASA : i) AJK KECERIAAN RANEY ANDREYNI BINTI ABD SUKOR (KETUA) FAZLIA BINTI RAJAK NOR AMALINA BINTI GHAZALI NOR ASMALIHAN BINTI M JAFAR

ii) AJK KERBERSIHAN NURUL ASHIKIN BINTI ADALAN (KETUA) NORFADZIAN BINTI MOHD FADZIR NORFAIZANI BINTI SAARI NUR AZIAH BINTI A JALIL iii) AJK KESELAMATAN AZIHAN BINTI OSMAN (KETUA) NUR ZILA BINTI HARUN ROSMAWATI BINTI WAHAB SITI NOORIZAITUL AKMAL BINTI ISMAL

iv) AJK PERALATAN NOR FADZILAH BINTI YUSOF (KETUA) SITI SURIATI BINTI ISMAIL SITI ZULAIKHA BINTI GEZALI ZUDIANI BINTI ZULKIPELIMUZIUM KESENIAN ISLAM MALAYSIA

PETROSAINS, KLCC

Penutup.

Semoga perancangan dan pelaksanaan aktiviti ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan mencapai objektif. Kerjasama daripada semua pihak yang terlibat untuk menjayakan projek ini amatlah dialukan dan diiringi dengan ucapan jutaan terima kasih.

Laporan disediakan oleh, (WANN NUR ALIANA ABDULLAH)

17 APRIL 2011

Setiausaha,

Gerak Kerja KelabDilayari pada: http://teh-tarik4u.blogspot.com/2011/04/contoh-laporan-lawatan-sambil-belajar.htmlLAPORAN AKTIVITI / PERTANDINGAN

Contoh format laporan adalah seperti berikut :-

1. Tajuk Laporan

( Awal huruf ditulis dengan huruf besar )

( Tajuk ditulis di bahagian tengah )

2. Isi Laporan

Isi laporan perlu menyentuh peristiwa yang berlaku secara menyeluruh, iaitu:

Tarikh

Masa

Tempat

Tujuan aktiviti/ pertandingan diadakan

Siapa yang terlibat

Apa yang berlaku ( rentetan peristiwa )

Aktiviti dan kejayaan yang dicapai ( bagi laporan pertandingan )

3. Nama pelapor

4. Tarikh ( Ditulis selari dengan nama pelapor )

5. Jawatan pelapor

****************************************************************************************************

1. Guru penasihat yang terlibat perlu menyediakan laporan aktiviti yang diadakan atau laporan pertandingan yang disertai mengikut format menulis laporan yang dinyatakan di atas.

2. Laporan yang disediakan mestilah ditulis dalam bentuk karangan.

3. Laporan yang disediakan perlu disertakan dengan gambar aktiviti atau pertandingan yang disertai.

4. Guru- guru yang terlibat boleh memohon kerjasama daripada pelajar yang terlibat untuk menyiapkan laporan.

5. Laporan yang disediakan perlu diserahkan kepada penyelaras majalah dalam bentuk softcopy dan hardcopy.

6. Laporan aktiviti atau pertandingan yang diadakan mestilah dihantar selewat-lewatnya seminggu selepas tarikh pertandingan dan aktiviti diadakan kepada penyelaras majalah.

CONTOH LAPORAN PERTANDINGAN BOLA TAMPAR

1.0 PENGENALANPada setiap tahun, Majlis SukanSekolah-sekolah Derah Petaling telah mengadakan Kejohanan Bola Tampar Daerah Petaling Utama. Tahun ini adalah merupakan tahun pertama penganjuran Bola Tampar bagi Petaling Utama sejak PPD Petaling dipecahkan kepada dua iaitu Petaling Utama dan Petaling Perdana. Sehubungan dengan itu, Sekolah Kebangsaan Taman Dato Harun 2 telah mengambil bahagian dalamKejohanan buat kali pertama ini. Pasukan sekolah telah mengambil bahagiandalam ketegori Lelaki dan perempuan.

2.0 OBJEKTIF2.1 Mencungkil bakat dan memberikan murid-muird peluang menyertai pertandinganSukan Bola Tampar.2.2Menyahut seruan Menteri Pendidikan untuk memajukan sukan negara dari peringkat sekolah rendah lagi.2.3 Mengeratkan persefahaman di kalangan peserta di dalam acara yang diambil.2.4Mewujudkan persaingan yang sihat di kalangan peserta.2.5Memupuk semangat yakin diri dan kekentalan jiwa dalam mengharungi dugaan dan cabaran.2.6Memupuk semangat perpaduan dikalangan murid selaras dengan "RIMUP".

3.0 RASIONAL3.1Dapat mengembangkan bakat baru yang ada pada murid.3.2Dapat mengembangkan kemahiran yang dipelajari di dalam PendidikanJasmani untuk diserapkan dalam aktiviti luar.3.3Mengenalpasti potensi dan kelebihan diri murid-murid.3.4Menambah kemahiran guru dalam menguruskan murid-murid yang menyertai sesebuah kejohanan dari awal hingga akhir.

4.0 BUTIRAN KEJOHANAN

Tarikh: 1,2 & 3 APRIL 2008Masa: 8.30 pagi hingga 4.00 PetangTempat: SJK C TROPICANA, DAMANSARA.

5.0 SASARAN PESERTAParapeserta adalah dari kalangan dari Kelab Bola Tampar sekolah dan juga daripada murid-murid tahap dua iaitu tahun 4, 5 dan 6.

6.0 CATATAN / ULASAN

Pasukan sekolah telah mengambil bahagian dalam kedua-dua ketogeri iaitu ketogeri lelaki dan perempuan. Pasukan sekolah telah bermain dengan bersunggung-sungguh namun nasib pasukan sekolah kita kurang baik kerana hanya dapat beraksi pada peringkat kumpulan sahaja. Masih banyak kelemahan yang perlu di perbaiki untuk pasukan bola tampar sekolah. Banyak latihan dan pendedahan yang perlu diberikan kepada mereka sebagai pendedahan.Ada antara mereka berasa gementar dan kaku kerana kali pertama bertanding dalam permainan bola tampr. Oleh itu saya mencadangkan pada tahun hadapan kita perlu mengenal pasti para pemain yang berbakat dan mengadakan latihan daripada awal tahun lagi. Selain itu juga saya mencadangkan supaya diberikan galakan daripada pihak sekolah melalui ganjaran semasa hari anugerah kepada pasukan yang berjaya.Ini secara tidak langsung akan meningkatkan semangat mereka untuk bertanding dan bermain dengan bersungguh-sungguh.

Disediakan oleh:

..Pengurus PasukanBola Tampar

Disemak oleh:

..JAMIL BIN HASSANPenolong Kanan KokurikulumSEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN DATO HARUN ( 2 )

LAPORAN MINIT MESYUARAT KUMPULAN 3 KALI KE- 11Tarikh : 14 Disember 1999Masa : 10.00-12.15 TghTempat : Studio RPS 206Kehadiran : Semua hadir

Agenda Mesyuarat 1. Kata-kata oleh Saudara Law selaku ketua kumpulan 3

2. Perbincangan tentang penyediaan laporan kajian

3. Perbincangan tentang susunan maklumat dalam laporan

4. Menentukan format yang akan digunakan dalam laporan

5. Pembahagian tugas masing-masing

6. Perbincangan tentang data cadangan

1. Kata-kata oleh ketua kumpulanSelaku ketua kumpulan 3, Law telah memulakan perjumpaan dengan menjelaskan secara ringkas tentang final presentation yang lepas dan seterusnya menyatakan langkah-langkah yang bakal diambil dalam menyediakan laporan kajian kes kumpulan kami.

2. Perbincangan tentang penyediaan laporan kajianKami telah membincangkan tentang penyediaan laporan kajian dan memikirkan apa-apa maklumat yangakan dimasukkan dalam laporan tersebut disamping memikirkan apa-apa yang berkaitan.

3. Perbincangan tentang susunan maklumat dalam laporanSelepas membincangkan tentang penyediaan laporan kami seterusnya membincangkan tentang susunan maklumat dalam laporan yang akan dibuat supaya ianya bersesuaian dengan data-data yang akan dimasukkan misalnya daripada awal data sehingga data-data yang seterusnya mengikut susunan yang betul.

4. Menentukan format yang akan digunakan dalam laporan Setelah selesai membincangkan susunan untuk laporan tersebut kami kemudiannya membincangkan tentang format-format yang akan digunakan dalam menyediakan laporan tersebut misalnya dalam penggunaan font dan sebagainya yang berkaitan. Perkara ini dibincangkan kerana kami akan membuat laporan tersebut mengikut bahagian masing-masing dan ini amat penting untuk mengelakkan ketidakseragaman dalam laporan yang akan dibuat.

5. Pembahagian tugas masing-masing Kami juga telah membahagikan tugas masing-masing dan membincangkan apa-apa yang perlu untuk dimasukkan dalam laporan tersebut.Kami telah sepakat untuk membahagikan tugas-tugas tersebut berdasarkan kepada kerja-kerja yang pernah dibuat oleh masing-masing dan Law selaku ketua kumpulan telah meminta kami menyiapkan laporan kami sehingga Khamis pagi dan jika tiada apa-apa halangan akan dimasukkan terus data-data tersebut pada hari itu juga.

6. Perbincangan tentang data cadangan Setelah kesemua perkara telah dibincangkan, perkara yang akhir sekali dibincangkan ialah berkenaan dengan data cadangan tempohari iaitu semasa final presentation yang lalu. Kami membincangkan bagaimana kami boleh mengkategorikan cadangan kami sama ada ianya satu cadangan jangkamasa pendek ataupun cadangan jangkamasa panjang. Hal ini telah dibincangkan semula memandangkan Dr. Badaruddin ada menyebut tentang perkara ini dalam memberikan komennya selepas final presentation yang lalu. Akan tetapi ini semua masih dalam pertimbangan dan jika tiada apa-apa halangan kami akan membuatnya seperti yang dikehendaki dan ini adalah bergantung kepada keadaan. Perjumpaan telah berakhir selepas semua perkara telah dibincangkan.

Disediakan oleh,

Rubiah Bt. Mohd Nazidi

http://www.hbp.usm.my/PlanningStudio206/GrpThree/MeetingReport/laporan_minit_mesyuarat_kumpulan.htm