laporan rmt sk sering 2015

Upload: ros-man

Post on 08-Jan-2016

109 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

report

TRANSCRIPT

1. LAPORAN RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN

1.0 LATAR BELAKANG SEKOLAH

Gambar 1 sekolah kebangsaan sering tahun 2015Sekolah ini telah diasaskan pada tahun 1992 oleh Penggawa Daerah Sering pada masa itu Penggawa Che Mamat bin Che Leh atau gelarannya tok Kumbang bertempat di kg. Pasir Kasar.Bangunan asalnya 12 kaki X 40 kaki dan ia diperbuat daripada kayu beratap nipah dan berdinding buluh. Ia dibina secara gotong royong oleh penduduk kampong. Nama asalnya Sekolah Melayu Sering dengan guru besar pertamanya En yahya bin Awang Mat. Bilangan murid pada akhir tahun 1922 seramai 64 orang.Pada tahun 1928 En. Yahya bin awnag mat telah dilantik menjadi penggawa daerah sering. Tempat nya sebagai guru besar diganti oleh En Hassan bin haji sulong pada tahun 1932. tahun 1932 sekali lagi pertukaran guru besar dengan cikgu omar bin bulat pila menjadi guru besar sekolah ini.Pada tahun 1934 sekolah kebangsaan sering telah berpindah ke tempat yang lebih strategic, berhampiran dengan rumah penggawa dan juga rumah guru besarnya iaitu di kampung Petani, seringSemasa pemerintahan jepun sekolah inii tidak memgalami apa-apa perubahan sehinggalah pada awal tahun lima puluhan, guru besar cikgu omar bin bulat telah berusaha mendapatkan satu tapak dan bangunan yang lebih sesuai dan kekal. Dengan usaha cikgu omar bin bulat dan ahli jawatankuasa sekolah pada masa itu maka pada tahun 1953 sebidang tanah lot No 2466 Mukim Sering , Daerah sering seluas 3 ekar 385 depa telah dibeli daripada tuan punya iaitu Hajjah Zabidah binti Haji Salleh dengan harga $500.00 daripada hasil derma ibubapa dan orang ramai.Pada tahun 1954 guru besar haji omar bin bulat telah bertukar sekolah. Tempatnya diganti pula olehcikgu Muhammad bin yusoff bertukar ke sekolah keb. Bukit marak. Tahun 1958 sekolah sering telah mendapat sebuah banguna baru yang kekal berukuran 180 kaki x 20 kaki dengan 6 bilik darjah. Bangunan ini dibina diatas tapak sekolah sekarang ini. Turut juga dipindahkan ialah bangunan lama untuk menampung kekurangan bilik darjah.Pada akhir tahun 1968 guru besar haji omar bin bulat telah bersara dan tempat nya diganti oleh tuan haji razali bin Abdullah. Tahun 1978 sekali lagi sekolah ini mendapat banguna tambahan berukuran 120 kaki x 25 kaki untuk kegunaan bilik darjah, bilik perpustakaan dan 2 bilik setor. Tahun ini juga sebuah bangunan kantin turut dibina oleh pihak kerajaan.Pada 1hb januari 1980 cikgu haji razali bin Abdullah telah bertukar dan tempatnya diganti pula oleh cikgu nik Abdullah bin nik mahmood. Serentak dengan ini sekolah digredkan menjadi Sekolah Gred B.Pada 15hb Mac 1981 seklai lgi sekolah mendapat bangunan tambahan. Sekolah dua tingkat ini mengandungi 10 bilik darjah, bilir setor, tandas murid dan tandas guru. Oleh kerana sebelum ini bangunan-bangunan sekolah ini belum dibuka dengan rasminya maka pada 15hb april 1982 bersamaan 21 jamadil akhir 1402 hijriah satu majlis perasmian diadakan dan disempurnakan oleh YBM Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah, Menteri Kewangan Malaysia ketika itu. Pada 01.01.1986 sekolah mendapat guru besar baru iaitu cikgu haji tuan ludin bin tuan lochik AMN.Pada 1hb mac 1988 cikgu haji tuan ludin bin tuan lochik telah bertukar dan tempatnya dig anti oleh cikgu haji ab. Rahim bin haji ahmad. Pada 23hb mei 1989 cikgu haji ab. Rahim bin haji ahmad telah bersara tempatnya sebagai guru besar diganti pula oleh cikgu mahmud bin hamat. Pada persekolahan tahun 1992 satu kelas prasekolah telah dibuka disekolah ini. Serentak dengan ini satu bangunan sekolah prasekolah telah dibuka di sekolah ini. Serentak dengan ini satu bangunan prasekolah telah dibina disekolah ini oleh kerajaan.Pada 25hb april 1993 guru besar nik mahmud bin hamat telah bersara. Sesuai dengan pengredan sekolah kepada sekolah gred A , maka pada 3hb julai 1993 sekolah ini telah mendapat guru besar baru iaitu cikgu hamzah bin hassan. Beliau menjadi guru besar sekolah ini hingga 1994.Pada tahun 1994 sehingga tahun 1995 sekolah ini telah dipimpin oleh Pn Hjh Rosmayati bt Hamat. Seterusnya bermula 1 jun 1996 sehingga sekarang sekolah ini dipimpin oleh YM Raja Kamarudin b Raja Ismail. Dibawah kepimpinan beliau sekolah ini telah mencapai tahap kecemerlangan dari segi jumlah pelajar yang mendapat 5 A. Bermula dengan pencapaian seramai 13 orang mendapat 5 A pada tahun 1998. sehingga sekarang pencapaian terus melonjak dengan lompatan saujana seramai 43 orang pada tahun 2008.

2. 0 PENDAHULUANProgram Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) telah ditubuhkan dengan kerjasama kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Program ini adalah bertujuan untuk menyatupadukan dan menyelaras semua aktiviti berkaitan dengan kesihatan sekolah ke arah melahirkan murid-murid sekolah yang sihat dan dapat mengesan penyakit yang dihadapi oleh kanak-kanak pada peringkat awal. Program PBSS ini juga diharapkan dapat melahirkan rasa kekitaan dan komitmen di kalangan warga sekolah dan program ini diharapkan dapat meningkatkan kesefahaman dan kerjasama diwujudkan antara sekolah dan masyarakat dalam menangani isu kesihatan. Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) ini adalah satu usaha yang teratur dan berfokus ke arah amalan kesihatan perlu dipraktikkan melalui program yang terancang dan bersepadu. Oleh itu PBSS perlu dirancang, dilaksanakan dan dinilai di setiap sekolah. Ini adalah sejajar dengan hasrat dan wawasan negara untuk melahirkan rakyat yang sihat, produktif dan berkualiti serta sejajar dengan matlamat dan Falsafah Pendidikan Negara yang ingin menjadikan masyarakt yang seimbang dari segi jasmani,emosil,mental dan rohani. Program ini juga adalah untuk menjadikan sekolah dan persekitaran yang selamat, sihat dan berkualiti kearah negara berwawasan dan maju.

2.1 Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

GAMBAR 2 program rancangan makanan tambahan SK Sering 2015.Program Rancangan Makanan Tambahan diadakan bertujuan untuk memberi makanan yang berkhasiat kepada murid sekolah rendah daripada kalangan keluarga yang miskin. RMT adalah memperuntukan sebanyak 25% hingga 30% daripada keperluan makanan harian yang diperlukan. Rancangan ini merupakan satu usaha yang bersepadu dan selaras dengan usaha-usaha yang dijalankan untuk memberi faedah dan kesihatan kepada murid-murid yang terlibat. RMT yang dijalankan dibawah Rancangan Bersepadu Sekolah Sihat adalah bertujuan untuk membantu meningkatkan tahap pemakanan dan kesihatan murid-murid terutama kanak-kanak yang terdiri daripada keluarga yang berpendapatan rendah. Murid-murid yang dipilih untuk menyertai program ini adalah murid-murid yang telah dikenalpasti berkelayakan seperti mestilah berstatus warganegara Malaysia dan daripadakeluarga berpendapatan di bawah paras RM400. 00 atau pendapatan per kapita RM 80. 00 adalah layak untuk menyertai program ini. Kemudian program ini di sekolah dibawah pengurusan guru RMT dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

2.2 MATLAMATRMT ini dilaksanakan adalah untuk memberi makanan tambahan kepada murid-murid sekolah rendah, terutama dari luar bandar dan dari golongan berpendapatan rendah, secara imbuhan dan buat sementara waktu, memperbaiki kesihatan sebagai satu usaha yang selaras dengan Dasar Pembangunan Negara. 2.3 OBJEKTIFAntara Objektif utama Rancangan Makanan Tambahan ini adalah untuk : Menyediakan makanan tambahan yang berzat dan seimbang kepada murid-murid yang berkenaan untuk mengatasi masalah dari segi pertumbuhan badan dan kekurangan tenaga. Menyelenggarakan pendidikan kesihatan dan pemakanan secara tidak langsung. Menggalakkan penglibatan dan pernyataan masyarakat dalam usaha-usaha sekolah mengelolakan RMT. Mengendalikan tabiat-tabiat bersopan-santun, berdisiplin, bertimbang rasa serta amalan-amalan yang diinginkan berkaitan dengan kebersihan diri, kebersihan makanan dan kebersihan alam sekitar. Memberi makanan tambahan kepada murid- murid sekolah rendah, terutamanya dari luar bandar dan golongan berpendapatan rendah secara imbuhan. Memberi makanan tambahan kepada murid- murid sekolah rendah, terutamanya dari luar bandar dan golongan berpendapatan rendah secara imbuhan dan sementara waktu, untuk memperbaiki keadaan kesihatan sebagai satu usaha yang selaras dengan Dasar Pembangunan Negara.

3.0 Carta organisasi program RMTCARTA ORGANISASI RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN ( RMT )SEKOLAH KEBANGSAAN SERING 2015NAIB PENGERUSIP. KANAN HEM(YM Tg Mohd Nordin b. Tg Seman)PENGERUSIGURU BESAR(YM Hj. Raja Kamaruddin bin Raja Ismail)PENYELARAS RMT(Pn Wan Salwani bt Wan Ahmad)

PENYELARAS 2(Puan Nasiah bt Abdul Rahman )

AHLI JAWATAN KUASA

1. Pn Noorhamidah bt Abdul Hamid6. Pn Farniz Marini Bt Mohammad2. Pn Rahimah Bt Adam7. Pn Ruzana Bt Omar3. Pn Che Haripah bt Che Ahmad8. Pn Noor Aini Bt Hussin4. En Azhar B Ismail9. En. Muhammad B Yaakob 5. En Rohaimi B Mohamad10.Pn Norzaina Bt Ariffin

Rajah 1. Carta organisasi program Rancangan Makanan Tambahan Sk Sering

3.1 PELAKSANAAN,TINDAKAN DAN PENILAIAN YANG DIJALANKANRancangan Makanan Tambahan yang telah dilaksanakan di sekolah adalah satu usaha yang baik kearah mengurangkan masalah pelajar yang tidak mempunyai sumber makanan yang seimbang. Biasanya pihak RMT sekolah akan menyediakan menu makanan yang mampu menambahkan zat dan makanan seimbang kepada murid-murid yang terlibat. Pada peringkat awal pemilihan menu yang telah ditetapkan oleh kementerian iaitu sebanyak 20 menu yang berkhasiat dan sesuai untuk perkembangan kanak-kanak serta kesihatan mereka. Pengusaha kantin perlu menyediakan lima menu makanan sehari yang disenaraikan oleh pihak sekolah mengikut makanan yangdigemari oleh murid-murid dan dimasak secara bergilir-gilir daripada 20 menu yang ditentukan. Makanan yang dibekalkan mengandungi tenaga dan zat makanan(nutrient) dan komponen-komponen lain yang memberi kesan kepada kesihatan murid-murid. Zat-zat ini penting bagi perkembangan otak dan tumbesar kanak-kanak dalam usia yang tertentu. Karbohidrat ,lemak dan protein adalah zat yang membekalkan zat dan tenaga. Untuk menentukan kejayaan dan kemajuan RMT mampu memenuhi matlamat dalam memastikan semua sekolah dan murid mempunyai peluang dan keupayaan untuk mencapai kecemerlangan dan aktiviti kokurikulum. Pihak sekolah memainkan peranan dalam melaksankan program RMT untuk memupuk amalan pemakanan yang sihat antara murid murid.Pihak pengusaha RMT oleh sekolah hendaklah mematuhi semula syarat-syarat penyediaan makanan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan di pantau oleh ahli jawantankuasa RMT sekolah. Pemantauan yang dibuat adalah untuk memastikan kebersihan dalam proses penyedian dan pengendalian pemberian makanan, mementingkan kebersihan makan dan mengawasi segala peraturan kebersihan terutama semasa menyediakan dan menghidangkan makanan untuk mengelakkan keracunan makanan dan penyakit berjangkit.

Gambar 3 kebersihan dalam penyediaan makanan oleh pihak pengusaha RMT sangat dititikberatkan bagi mengelakkan kejadian seperti keracunan makanan dan penyakit berjangkit berlaku.Antara kaedah yang digunakan untuk memantau keberkesanan RMT di sekolah adalah Melalui Rekod Rancangan Makanan Tambahan Laporan bulanan Rekod BML murid untuk memastikan berat badan murid bertambahPemakanan yang berkhasiat dan seimbang merupakan aspek yang penting dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Murid sekolah rendah merupakan golongan yang berada di zaman kanak-kanak dan pemakanan yang betul semasa kanak-kanak boleh membentuk satu pola pemakanan yang sihat sepanjang hayat seseorang. Usaha mendidik pada peringkat awal berkenaan pemakanan yang sihatakan membantu kanak-kanak bijak membuat pemilihan makanan dari segi kualiti dan kuantiti yang patut diambil seterusnya menghalang pelbagai penyakit seperti diabetes, darah tinggi, lemah jantung atau pertambahan berat badan.

Gambar 4. Murid-murid Sk sering sedang menikmati makanan dalam program RMT yang disediakan seawal jam 7 pagi iaitu 45 minit sebelum masa belajar. Para guru boleh membentuk pola pemakanan yang wajar dan melatih tabiat makan yang betul dengan menyediakan persekitaran yang kondusif dan memupuk adab makan yang betul hingga mampu mendorong murid menikmati hidangan dengan selesa dan menyeronokkan. Persekitaran fizikal ruang makan, kebersihan dan keceriaan ruang makan perlu dikekalkan agar tabiat makan yang sihat dapat diterap dalam diri murid. Contohnya, tabiat makan yang baik boleh dibentuk dengan mengamalkan adab makan yang betul. Guru memainkan peranan yang penting dalam membentuk adab makan murid. Oleh itu, guru mesti makan bersama-sama murid dan berinteraksi dengan mereka sewaktu makan. Memandangkan masa yang ada amat bernilai maka peluang tersebut boleh digunakan oleh guru untuk memberi penerangan tentang makanan, adab dan tabiat makan. Gambar 5 murid berbaris untuk mengambil makanan yang disediakan oleh pengusaha RMT.3.1.1 Sumber KewanganPeruntukkan kewangan bagi Rancangan Makanan Tambahan ini adalah di sediakan oleh Kementerian Pelajaran. Bayaran kepada Jabatan Pelajaran dibuat terus oleh Bahagian Kewangan Pendidikan Negeri Kementerian Pelajaran Malaysia di mana Jabatan Pelajaran menyalurkan kepada sekolah-sekolah di bawah seliaan mereka. Pada penghujung setiap bulan, sekolah akan diberikan cek bagi pembayaran kepada pihak yang mengurus RMT sekolah setelah laporan bulanan disemak oleh Jabatan.

3.1.2 Kaedah dan kriteria pemilihan murid RMTDi sekolah Kebangsaan Sering, kaedah pemilihan murid adalah melalui proses pemilihan berdasarkan permohonan borang RMT yang telah diisi oleh ibu bapa atau penjaga seseorang pelajar itu. Pelajar yang layak dipilih melalui perbincangan oleh Jawatankuasa RMT yang terdiri daripada PK Hem, wakil PIBG dan 3 guru RMT.. Kriteria pemilihan murid RMT ini adalah berdasarkan kepada :a. Murid yang menunjukkan tanda- tanda salah pemakanan.b. Murid berstatus warganegara dan daripada keluarga yang berpendapatan di bawah paras RM 400.00 sebulan. c. Murid berasal daripada saiz keluarga besar namun berpendapatan rendah.3.1.3 Kaedah dan pemilihan tender untuk RMTPengusaha kantin bersetuju menyediakan makanan dengan kadar yang ditetapkan. Pengusaha kantin membuat tuntutan bayaran daripada AJK RMT sekolah setiap bulan setelah menerima saluran Kewangan daripada KPM.3.1.4 Kaedah pembayaran kepada pihak penyediaan makananMemandangkan di sekolah Kebangsaan Sering ini pihak kantin yang mengurus dan menyediakan makanan RMT, maka pihak sekolah akan memberikan bayaran berupa cek kepada pihak kantin sebulan sekali yang mana cek ini telah dikeluarkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah. 3.1.5 Kaedah pengagihan makanan kepada pesertaPihak kantin sekolah yang diberikan hak untuk pengurusan dan penyediaan RMT di sekolah ini telah menyediakan makanan pada hari-hari persekolahan iaitu sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran dimulakan. Murid-murid yang mendapat RMT akan diarahkan mengambil makanan mereka pada jam tujuh setiap masa persekolahan. Murid-murid akan berbaris untuk mengambil makanan yang diagihkan oleh pengusaha kantin.

3.1.6 Pemilihan pekerja- pekerja yang terlibat dengan RMTMemandangkan pihak sekolah telah memberikan kepercayaan kepada kantin sekolah dalam penyediaan makanan RMT ini, maka pihak pengurus kantin telah mengarahkan pekerja- pekerjanya untuk menyedia dan mengurus RMT ini mengikut masa yang telah ditetapkan. Berdasarkan kepada pemerhatian dan kajian yang dijalankan, pekerja- pekerja kantin yang bertugas menyedia dan mengurus RMT ini berpakaian kemas dan memakai apron. Ini adalah berdasarkan kepada panduan pengurusan RMT yang telah disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.3.1.7 Pemilihan bahan- bahan mentahMengikut peraturan tentang bekalan makanan, penyediaan dan penyimpanan barang-barang makanan yang terdapat dalam Buku Panduan RMT ( Kementerian Pelajaran Malaysia, 2003), dinyatakan bahawa bahan makanan yang patut dihidang hendaklah terdiri daripada makanan yang:i. mengandungi zat makanan tertentu untuk membina badan, memberi tenaga dan mencegah penyakit.ii. segar, tidak basi, tidak rosak dan tidak busuk.iii. mengenyangkan.iv. tidak mengandungi bahan kimia, pewarna dan lain-lain yang boleh merosakkan kesihatan.Oleh itu, berdasarkan kepada peraturan di atas, didapati menerusi pemerhatian yang dilakukan keatas pihak kantin sekolah telah mematuhi peraturan yang disediakan. Bahan makanan yang disediakan dapat memberikan tenaga kepada murid RMT. Malah ia juga dapat mengenyangkan dan tidak mengandungi bahan kimia atau pewarna.

3.1.8 Menu makanan yang disediakanPenyelaras RMT iaitu PK Hal Ehwal Pelajar di sekolah ini telah menyediakan menu makanan yang seimbang untuk dipatuhi oleh pihak kantin. Menu makanan ini disediakan berdasarkan kepada perbincangan dan persetujuan AJK RMT dengan pengurus kantin sekolah.JADUAL MENU MAKANAN RMT SK SERING 2015Contoh menu makanan bulan Ogos minggu ketiga.HARIMENU MAKANAN

AHAD- Telur rebus masak merah+nasi putih- Air sirap- Buah tembikai

ISNIN- Nasi putih + Ikan goreng + sayur- Minuman Milo- Buah Pisang

SELASA- Mee goreng dengan sayur dan ayam- Minuman Milo- Buah betik

RABU- Nasi Kuning + telur + sayur- Minuman Milo

KHAMIS- Nasi +ayam masak kicap + sayur- Minuman Jus Oren-Buah epal

Gambar 2 . antara menu makanan yang disediakan di sekolah Kebangsaan SeringMENU RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)MENU NO. 1 : NASI AYAMBAHANSUKATAN

Nasi (berperisa ayam) Ayam Kukus Kuah Sup Kentang Kerot Daun Bawang Sos CiliSatu mangkuk sederhana50 gram150 ml20 gram10 gram5 gram2 sudu

Buah : Betik80 gram

Minuman : Air SoyaSatu gelas

MENU NO. 2 : NASI LEMAKBAHANSUKATAN

Nasi Lemak Ikan Bilis/Sotong Kacang Tanah Timun SambalSatu mangkuk sederhana50 gram20 gram15 gram2 sudu

Buah : NanasSatu Potong

Minuman : MiloSatu gelas

MENU NO. 3 : BUBUR NASI AYAMBAHANSUKATAN

Bubur Nasi Ayam Lobak Merah Daun Bawang Daun Sadri (Sup)Satu mangkuk sederhana (80 gram)10 gram5 gram5 gram5 gram

Buah : Jambu Batu80 gram

Minuman : MiloSatu gelas sederhana

MENU NO. 4 : MEE REBUSBAHANSUKATAN

Mee Kuning Kuah Mee Sawi Taugeh Udang Bawang Goreng80 gram200 ml.15 gram15 gram20 gram10 gram

Buah : LimauSatu biji

Minuman : HorlicksSatu gelas

MENU NO. 5 : BIHUN GORENGBAHANSUKATAN

Bihun Sawi Taugeh Udang Bawang Goreng150 gram15 gram10 gram40 gram5 gram

Buah : Nangka2 ulas

Minuman : Air SoyaSatu cawan

MENU NO. 6 : NASI KERABUBAHANSUKATAN

Nasi Putih Ramuan Isi Ikan Dihancur Kelapa Parut Bawang Merah Serai Ulam Timun Kobis Kacang Panjang Taugeh Sambal Cili80 gram

20 gram5 gram5 gram3 gram

5 gram5 gram8 gram8 gramSatu sudu kecil

Buah : TembikaiSepotong sederhana

Minuman : Air SoyaSatu gelas

MENU NO. 7 : SOTOBAHANSUKATAN

Bihun/Nasi Himpit Daging/Ayam Telur Taugeh Kuah Sup Bawang Goreng Daun Sup150 gram/6 ketul (80 gram)80 gram/50 gram biji20 gram200 ml.1 gram1 gram

Buah : Limau Manis80 gram

Minuman : MiloSatu gelas

MENU NO. 8 : NASI PAPRIKBAHANSUKATAN

Nasi Putih Ayam Tomato Kacang Panjang KailanSatu pinggan sederhana50 gramSehiris15 gram15 gram

Buah : PisangSatu biji

Minuman : Air SoyaSatu gelas

MENU NO. 9 : NASI GORENG CINABAHANSUKATAN

Nasi Daging Ayam Telur Sayur Campur (kacang pis, jagung & lobak) Daun BawangSatu cawan (80 gram)20 gram biji15 gram

2 helai

Buah : Belimbing1/3 biji

Minuman : Air SoyaSatu gelas sederhana

MENU NO. 10 : LONTONGBAHANSUKATAN

Nasi Himpit Kuah Sengkuang Kacang Panjang Kobis dan Lobak Tempe Tauhu Telur Kacang Tanah SantanEnam potong dadu (80 gram)

10 gram10 gram15 gram15 gram keeping biji5 gram cawan

Buah : Betik80 gram

Minuman : HorlicksSatu gelas sederhana

MENU NO. 11 : BIHUN SUPBAHANSUKATAN

Bihun Isi Ayam Taugeh Kentang potong dadu Lobak Merah Kuah Sup Tulang/Kaki Ayam Daun bawang/Sadri80 gram40 gram20 gram40 gram (kiub)2 keping

200 ml.5 gram

Buah : EpalSatu biji

Minuman : Susu BerkrimSatu cawan

MENU NO. 12 : MAKARONI SUPBAHANSUKATAN

Makaroni Sup Ayam Daun Sup Daun Bawang Lobak Merah25 gram

20 gram5 gram5 gram 8 gram

Buah : PisangSatu biji

Minuman : Susu BerkrimSatu gelas

MENU NO. 13 : ROTI CANAI TELURBAHANSUKATAN

Roti Canai Telur Kuah Dal (Parpu) Kacang Dal Ubi Kentang Terung Lobak Merah

1 keping1 biji

5 gram5 gram5 gram5 gram

Buah : EpalSatu biji

Minuman : MiloSatu gelas sederhana

MENU NO. 14 : BENJO TELURBAHANSUKATAN

Roti Sandwich Telur Ayam Tomato Salad Bawang Besar Sos Mayonis

2 keping roti1 biji telur digoreng2 hirisSehelai4 hirisSecukup rasaSecukup rasa

Buah : Betik80 gram

Minuman : HorlicksSatu gelas

MENU NO. 15 : SANDWICH SARDINBAHANSUKATAN

Roti Whole Meal Sardin Timun Tomato Salad2 keping 54 gram3 hiris2 hiris1 keping

Buah : Jambu Batu80 gram

Minuman : Susu BerkrimSatu gelas

MENU NO. 16 : YONG TAU FUBAHANSUKATAN

Tauhu Kukus Soo Hoon Fucuk Tauhu Fish Cake Bebola Ikan Sayur Kangkung/Sawi Daun Bawang keping 15 gram15 gram4 hiris4 biji10 gram5 gram

Buah : BetikSepotong sederhana

Minuman : HorlicksSatu gelas

MENU NO. 17 : CAPATI/TOSAIBAHANSUKATAN

Capati/Tosai Kuah Sardin Bawang Besar TairuSatu biji 80 gram

20 gram4 hiris2 sudu

Buah : Tembikai SusuSepotong sederhana

Minuman : HorlicksSatu gelas

MENU NO. 18 : AYAM GORENG DAN KENTANGBAHANSUKATAN

Ayam Goreng Kentang Goreng Tomato Salad Timun Sos

100 gram20 gram biji2 helai2 hiris1 sudu

Buah : Oren1 biji

Minuman : MiloSatu gelas

4.0 Kesan RMT Terhadap Pendidikan Di Sekolah. Program RMT yang dilaksanakan telah berjaya dan memberi kesan kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program ini. Mereka yang terlibat dalam program ini iaitu murid, guru, orang yang menyediakan makanan dan amalan pemakanan. Murid-murid akan didedahkan dengan kepentingan menjaga kebersihan makanan . Guru akan sentiasa mengawas segala peraturan kebersihan terutama sekali semasa menyedia dan menghidangkan makanan kepada murid-murid untuk mengelakkan berlakunya keracunan makanan dan penyakit-penyakit yang berjangkit. Selain itu, program RMT yang dijalankan di sekolah telah memberi kesan yang positif terhadap berkembangan fizikal dan mental murid. Murid murid mendapat nutrisi yang seimbang dalam pemakanan mereka dan dapat memberi satu gambaran bahawa pengambilan pemakanan yang seimbang yang konsisten dapat membantu daya tumpuan murid semasa di dalam kelas .

Gambar 6 pengambilan makanan seimbang dan berkhasiat dapat membantu meningkatkan keseimbangan mental dan tumpuan murid semasa di dalam kelas.Amalan pemakanan yang baik telah mempengaruhi daya penumpuan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran kerana pemakan memberi kesan keatas fizikal dan mental murid. Murid dapat memberi tumpuan semasa didalam kelas dan tahap kefahaman mereka akan meningkat dan memberi kesan peningkatan prestasi mereka dalam pelajaran meraka. Program RMT juga mampu memberi kesedaran dan memupuk nilai-nilai murni dalam pemakanan mereka. Murid-murid akan didedahkan dan diajar tentang cara-cara dan adab makan dengan baik. Murid akan diajar cara makan dengan baik iaitu bermula daripada membasuh tangan hinggalah keakhirnya. Hal ini akan mempu memberi kesan mental dan rohani dalam adab-adab pengambilan makanan murid. Murid akan sentiasa mengamalkan tatacara makan yang sopan. Murid akan didedahkan dengan cara-cara makan yang betul seperti membaca doa sebelum dan selepas makan,makan dengan tangan kanan,makan dengan beradab sopan dan sebagainya.

Gambar 5. Tabiat makan yang sihat boleh dipupuk oleh para guru di dalam program rancangan makanan tambahan.

Gambar 6 adab semasa makan antaranya makan menggunakan tangan kanan dan membasuh tangan sebelum makan.

5.0 HAL-HAL YANG BERKAITAN TENTANG PENAMBAHBAIKAN RMT DI SEKOLAH Penambahbaikan dalam program RMT perlulah dipandang serius oleh pihak yang berkaitan. Antaranya ialah mempelbagaikan menu makanan setiap hari dan setiap semester akan tidak menimbulkan kebosanan murid untuk menikmati makanan yang sama pada setiap hari. Hal ini kerana akan mempengaruhi minat dan kandungan vitamin dalam makanan yang diambil oleh murid. Di sekolah Kebangsaan Sering dapat dilihat bahawa kepelbagaian menu makanan telah disediakan dan ini secara tidak langsung dapat mengelakkan murid daripada berasa bosan.Pihak sekolah juga perlu memberi ganjaran kepada murid yang sentiasa hadir mengambil makanan . Hal ini adalah untuk mengelakkan sikap murid yang bosan dan malu untuk mengambil makanan pada setiap hari. Guru-guru perlu sentiasa memberi motivasi kepada murid agar mereka mempunyai kesedaran tentang peluang yang diperolehi oleh mereka dan tidak semua murid yang memperolehinya. Guru perlu sentiasa memberi kesedaran tentang kepentingan makanan seimbang yang disediakan dalam program RMT dan murid perlu merebut peluang agar mereka tidak ketinggalan dalam mendapatkan menu sihat dan seimbang berbanding dengan murid-murid lain yang mengambil makanan yang belum tentu kandungan zat dan keseimbangan makanan yang betul. Semasa di sekolah Kebangsaan Sering, guru-guru sangat prihatin terhadap murid yang mendapat bantuan makanan tambahan ini di mana mereka sering menggalakkan murid untuk sentiasa datang untuk mengambil makanan di kantin sekolah. Guru-guru juga boleh memberi ceramah kepentingan makanan berkhasiat dan seimbang turut boleh dijalankan. Hal ini akan dapat memberi kesedaran kepada murid-murid RMT dan dapat mengetahui tentang kepentingan makanan berkhasiat dan seimbang. Program ceramah ini juga dapat membantu melahirkan murid-murid yang cergas dan sihat. Penerapan tentang kepentingan makanan berkhasiat pada waktu makan RMT turut boleh dilakukan oleh guru-guru RMT. Demontrasi mencuci tangan dengan cara yang betul turut boleh dijalankan. Murid-murid dapat mengetahui tentang cara-cara membasuh tangan dengan betul. Program seperti ini akan berjaya melahirkan murid-murid yang sentiasa menjaga kebersihan tubuh badan. Guru-guru RMT juga boleh menunjukkan demonstrasi mencuci tangan sebulan sekali.

Gambar 7 kepelbagaian menu makanan perlu dilakukan agar murid tidak bosan memakan makanan yang sama setiap hari. Guru-guru juga akan memberi penerangan tentang kepentingan pengambilan sarapan turut boleh disampaikan kepada murid-murid khasnya kepada murid-murid RMT. Murid-murid dapat mengetahui tentang pentingnya dan baiknya mengambil makanan pada waktu pagi. Ini akan melahirkan murid-murid yang sentiasa cergas dan cerdas ketika belajar. Penerapan kepentingan mengambil sarapan pagi pada setiap minggu turut boleh dijalankan oleh guru-guru RMT. Penerapan tentang pentingnya memakan sayur-sayuran kepada murid-murid yang tidak gemar makan sayuran yang terdapat dalam makanan. Penerapan ini mampu meningkatkan peratus murid untuk makan sayuran dan menggalakkan murid untuk makan sayur serta menyatakan kebaikan pengambilan sayuran.

6.0 PENUTUPProgram Rancangan Makanan Tambahan ( RMT ) ini memberikan peluang kepada murid-murid sekolah rendah untuk memperolehi sumber pemakanan yang sihat dan seimbang serta mendapatkan nutrisi yangdiperlukan oleh tubuh badan. Dengan adanya RMT ini pertumbuhan fizikal kanak-kanak juga akan mencapai tahap normal. Dengan program RMT ini juga mampu memberi kecergasan fizikal dan minda yang cerdas. Sehubungan dengan itu, tahap kognitif, emosi dan sosial pelajar juga akan ditingkatkan dan dapat melahirkan murid-murid yang seimbang dari aspek jasmani , emosi, rohani, sosialdan intelek atau JERIS. Selain itu, RMT juga adalah untuk memberikan makanan tambahan yang berzat dan seimbang kepada murid-murid yang berkenaan. 24