kertas kerja perkhemahan integrasi unit beruniform (autosaved)

5

Upload: braderjay-md-dawi

Post on 30-Jan-2016

346 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

campingpaper work

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA PERKHEMAHAN INTEGRASI UNIT BERUNIFORMSEKOLAH RENDAH NEGERI JOHOR 2015

1. PENDAHULUAN

Jawatankuasa Aktiviti bagi program perkhemahan ini telah dimandatkan kepada SK Pt. Bakar Tengah dan SK Pt. Keroma Darat, Muar. Justeru itu jawatankuasa ini telah bermesyuarat dan membuat keputusan yang dapat menyumbang kepada kelicinan perjalanan aktiviti perkhemahan ini.

Di samping itu juga, pihak jawatankuasa ini juga mendapat kerjasama erat pihak-pihak yang berkenaan seperti pihak Pusat Kokurikulum Daerah Muar serta pihak Pengakap daerah Muar yang telah meminta beberapa jurulatih serta Pengakap Raja untuk membantu menguruskan aktiviti-aktiviti perkhemahan.

2. TUJUAN

Tujuan kertas kerja ini disediakan adalah untuk:2.1 Untuk mendapat kelulusan berkaitan cadangan aktiviti yang bakal dijalankan.2.1 Untuk mendapatkan kelulusan cadangan perbelanjaan aktiviti perkhemahan.

3. NAMA PROGRAM

PERKHEMAHAN INTEGRASI UNIT BERUNIFORM SEKOLAH RENDAH NEGERI JOHOR 2015

4. OBJEKTIF

Mengisi perjalanan aktiviti perkhemahan dengan aktiviti-aktiviti yang sesuai bagi kesemua unit beruniform yang terlibat iaitu, Persekutuan Pengakap, Persatuan Bulan sabit Merah, Tunas Puteri, Puteri Islam, Pasukan Saint John Ambulans.

Mewujudkan suasana kendiri di samping menanam semangat kerja berpasukan antara ahli-ahli kumpulan dan unit-unit beruniform yang terlibat.

Menggalakkan ahli-ahli badan beruniform ini dapat bekerjasama bagi memastikan semua aktiviti dapat dijalankan dengan sempurna biarpun berlainan unit.

5. TARIKH

9 - 12 Mac 2015

6. TEMPAT

Pusat Kokurikulum Muar, Kem Denai Alam, SK Seri Bukit Batu, Simpang Jeram, Bakri, Johor.

7. JAWATANKUASA

7.1 Penyelaras aktiviti : Pn. Zahida bt. Yahya Penyelaras aktiviti : Pn. Sa'diah bt. Rahmat

7.2 Setiausaha : M. Jamaluddin b. Mohd. Dawi

7.3 Bendahari : Pn. Sumaiyah bt, Husin

7.4 Jawatankuasa : Cik Latipahtulnor bt. Kasmon

: En. Syed Ismail b. Syed Yusof ( Pengakap Raja Johor )

8. PENYERTAAN

TARIKH PUSAT PERKHEMAHAN

DAERAH TERLIBAT

BILANGAN UNIT DAN GURU

9 - 12 MAC 2015 PUSAT KOKURIKULUM MUARKEM DENAI ALAMD/A SK SERI BUKIT BATU, MUAR

SEMUA UNIT UNIFORM DAERAH DI NEGERI JOHOR(SEKOLAH RENDAH)KECUALI TKRS

400 ORANG

9. TENTATIF AKTIVITI

Seperti yang dilampirkan

10. ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL. ALATAN BILANGAN HARGA (RM)1. Manila kad 20 keping 20.002. Tepung 8 paket 24.003. Garam 2 bungkus 5.004. Mancis/ Fire starter 10 kotak 10.005. Kertas mahjung I gulung 50.006. Marker pen permanent 2 kotak 50.007. Masking tape 4 gulung 10.008. Kain putih 10 meter 30.009. Kertas A4 1 rim 6.0010. Belerang 4 kilogram 12.0011. Buluh 100 batang 200.00 JUMLAH 421.00

11. PENUTUP

Diharapkan aktiviti-aktivi yang dijalnkan ini akan berjaya serta mendapat kerjasama semua pihak termasuklah jurulatih pusat kokurikulum, Persekutuan Pengakap Daerah Muar serta para peserta unit-unit beruniform yang terlibat sepanjang program perkhemahan ini.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

..................................................(M. JAMALUDDIN MOHD. DAWI)Setiausaha AktivitiPerkhemahan IntegrasiUnit Uniform Sekolah RendahNegeri Johor.