perkhemahan integrasi pelajar sekolah rendah peringkat kebangsaan

33
Perkhemahan Integrasi Pelajar Sekolah Rendah Peringkat Negeri Selangor KERTAS KERJA Perkhemahan Integrasi Pelajar Sekolah Rendah Peringkat Negeri Selangor TARIKH 4/4/2014 – 2/5/2014 TEMPAT SJK(C) Sin Ming, Semenyih, Selangor ANJURAN Urusetia Bahasa Mandarin TEMA Time is Gold

Upload: kaz0105

Post on 18-Dec-2015

255 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

1

TRANSCRIPT

Perkhemahan Integrasi Pelajar Sekolah Rendah Peringkat Negeri Selangor

Perkhemahan Integrasi Pelajar Sekolah Rendah Peringkat Negeri Selangor

KERTAS KERJAPerkhemahan Integrasi Pelajar Sekolah RendahPeringkat Negeri SelangorTARIKH4/4/2014 2/5/2014TEMPATSJK(C) Sin Ming,Semenyih, SelangorANJURANUrusetia Bahasa MandarinTEMATime is Gold1Perkhemahan Integrasi Pelajar Sekolah Rendah Peringkat Negeri SelangorKERTAS KERJAPERKHEMAHAN INTEGRASI PELAJAR SEKOLAH RENDAHPERINGKAT NEGERI SELANGORURUSETIA BAHASA MANDARIN

TUJUAN

Kertas kerja ini disediakan bertujuan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan serta bantuan kewangan daripada Jabatan Perkhidmatan Pelajar, untuk mengadakan PERKHEMAHAN INTEGRASI PELAJAR SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI SELANGOR.

PENGENALAN

Urusetia merupakan sebuah persatuan yang sentiasa aktif menjayakan pelbagai program termasuk program-program berbentuk amal dan perkhidmatan sosial.

Program ini diadakan untuk meningkatkan kesedaran para pelajar sekolah rendah tentang kepentingan menuntut ilmu pada masa kini. Hal ini turut mendorong pelajar UKM untuk menyertai program yang dapat membina jati diri selain daripada berprestasi tinggi dalam bidang akademik.

Selain itu, mahasiswa/i juga boleh menjadi model yang baik kepada para pelajar sekolah rendah dalam aktiviti berkumpulan ini. Dengan usaha dan kerjasama para urusetia, program kita baru dapat berjalan dengan lancar.

MISI

Misi program ini adalah untuk memupuk interaksi positif antara pelajar sekolah rendah dengan Warga UKM melalui aktiviti yang membentuk mahasiswa yang berkepimpinan dan peka terhadap isu-isu masyarakat selari dengan matlamat UKM sebagai Kampus Lestari.

2Perkhemahan Integrasi Pelajar Sekolah Rendah Peringkat Negeri Selangor

MATLAMAT

Memperuntukan satu peluang kepada para pelajar untuk hidup secara berkumpulan dan bermasyarakat.

Melahirkan para pelajar yang berfikiran positif dan berusaha untuk menuntut ilmu.

Melahirkan mahasiswa/i yang bersemangat altruisme.

Membentuk akhlak dan sahsiah yang bermoral dan berwawasan berteraskan nilai-nilai murni yang berpaksikan Rukun Negara.

Menjurus kepada amalan gaya hidup yang seimbang ke arah pemikiran yang lebih positif.

Memberi peluang untuk berinteraksi dengan para pelajar agar lebih memahami pemikiran para pelajar pada masa kini.

OBJEKTIF

Memperkenalkan UKM dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan memupuk rasa cinta akan universiti sebagai institusi yang bukan sahaja menumpukan kepada bidang akademik , tetapi juga menyumbang kepada pembangunan masyarakat.

Memupuk sifat kekitaan, meningkatkan kemahiran komunikasi serta di samping mengasah bakat kepimpinan dalam diri setiap individu yang terlibat dengan program ini.

Memberi pendedahan dan pengalaman tentang pengurusan organisasi dan program serta memupuk semangat penghargaan.

Membina keyakinan, memupuk nilai murni kepada pelajar sekolah rendah.

TEMA

Time is Gold

ANJURAN

Anjuran Urusetia Bahasa Mandarin

3Perkhemahan Integrasi Pelajar Sekolah Rendah Peringkat Negeri Selangor

CADANGAN TARIKH DAN TEMPAT

Program PERKHEMAHAN INTEGRASI PELAJAR SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI SELANGOR ini dicadangkan untuk diadakan pada :

Tarikh: 25 April hingga 27 April 2014

Tempat:SJK(C) Sin Ming, Semenyih, Selangor

PUBLISITI

Program ini akan dihebahkan melalui:

Pihak Sekolah Rendah

Persatuan Ibu Bapa dan Guru SJK (C) Sin Min

CADANGAN PERASMI

Cadangan Perasmi

Lim Shen Jie,

Ketua Projek

PENGLIBATAN DAN PENYERTAAN

Pelajar UKM seramai 80 orang Pelajar sekolah rendah seramai 250 orang

STRUKTUR OGRANISASI

Rujuk Lampiran A

TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran B

4Perkhemahan Integrasi Pelajar Sekolah Rendah Peringkat Negeri Selangor

PERINCIAN PROGRAM

Ice Breaking

Sesi ini merupakan sesi pertama yang akan dijalankan oleh fasilitator, bertujuan untuk beramah mesra dengan setiap peserta, urusetia dan fasilitator. Setiap peserta akan dibahagikan mengikut kumpulan dan sesi suai kenal dimulakan dalam kumpulan masing-masing. Fasilitator akan menjadikan diri mereka sebagai ejen perubahan.

2. LDK 1

Setiap peserta perlu menutup mata dengan satu kain yang berwarna hitam dan mereka akan dibawa ke tempat yang berlainan oleh para fasilitator. Mereka terpaksa duduk di tempat itu berseorangan diri selama 30 minits. LDK ini diadakan untuk menggalakkan para peserta berdikari dalam menghadapi ketakutan dan mempercayai kekuatan diri sendiri untuk menghadapi sebarang rintangan.

3. LDK 2

Peserta akan dipecahkan kepada 8 kumpulan kecil yang terdiri daripada 10 orang sekumpulan. Setiap perserta akan mendapat satu task yang perlu disempurnakan. Pelajar akan terdedah makna sebenar dalam task tersebut.

4. LDK 3

Slot ini bertujuan untuk mendedahkan pengeksploitasian terhadap golongan yang kurang keupayaan serta memupuk kesedaran para peserta supaya lebih aktif bertindak untuk membantu golongan yang dieksploitasi.

Sesi Perbincangan

Sesi ini diadakan untuk membincangkan hasil yang diperolehi oleh para peserta melalui perkhemahan ini untuk memastikan matlamat dan objektif program ini dapat dicapai.

5Perkhemahan Integrasi Pelajar Sekolah Rendah Peringkat Negeri Selangor6. Malam KebudayaanAktiviti ini memberi peluang untuk para peserta supaya menunjukkan bakat mereka di samping memupuk keyakinan diri yang tinggi. Para peserta juga berpeluang untuk memahami kepelbagaian budaya yang wujud dalam masyarakat kita.Treasure Hunt

Para peserta akan dibahagi kepada beberapa kumpulan untuk mencari barang barang tertentu yang tersembunyi dengan menggunakan satu siri petunjuk. Permainan ini dapat memupuk semangat kerjasama dan saling tolong menolong dalam satu kumpulan.

BELANJAWAN

Rujuk Lampiran C

PEJABAT URUSAN

Sebarang maklumat, penerangan, pertanyaan dan urusan surat menyurat, sila hubungi :

Bilik Gerakan Chinese Community Council Paras 2, Bangunan Pusanika

Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan.

( u/p : LIM SHEN JIE, 014-6310946)E-mel : [email protected]

6Perkhemahan Integrasi Pelajar Sekolah Rendah Peringkat Negeri Selangor

PENUTUP

Kami berharap program ini mendapat kelulusan kertas kerja PERKHEMAHAN INTEGRASI PELAJAR SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI SELANGOR dan mendapat bantuan kewangan yang mencukupi. Semoga program ini akan dapat berjalan dengan jayanya serta mencapai matlamat dan objektif yang telah digariskan. Segala kerjasama dan sumbangan daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Pelajar kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

7Perkhemahan Integrasi Pelajar Sekolah Rendah Peringkat Negeri SelangorLAMPIRAN ASTRUKTUR ORGANISASIPERKHEMAHAN INTEGRASI PELAJAR SEKOLAH RENDAHPERINGKAT KEBANGSAANPenaungYBhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan GhazaliNaib Canselor, Universiti Kebangsaan MalaysiaPengerusiY.Bhg. Prof. Datin Noor Aziah Mohd AwalTimbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni ), Universiti Kebangsaan MalaysiaPenyelarasY.Bhg. Encik Musa Zainal Abidin OthmanTimbalan PendaftarJabatan Perkhidmatan Pelajar, UKMPenasihatEncik Liew Chei SiangPenasihat Urusetia Bahasa Mandarin, UKMPresidenSaudara Aw Jyh JingPresiden Urusetia Bahasa Mandarin, UKMKetua ProjekLim Shen Jie A141097 FKAB/2Timbalan Ketua ProjekSeet Shao Leong A139976 FUU/2Timbalan Pengarah ITan Yee Tung A143017 FEP/1Timbalan Pengarah IIGun Ee Wei A143454 FEP/1SetiausahaLer Ann Joe A141177 FST/1Timbalan Setiausaha ITeo Jing Xin A140304 FST/2Timbalan Setiausaha IINorhafizah Binti Abdul Aziz A136300 FEP/3BendahariNeoh Pui Ging A143353 FEP/1Timbalan BendahariWoo Si Kuan A135986 FEP /3

8Perkhemahan Integrasi Pelajar Sekolah Rendah Peringkat Negeri SelangorEXCO PROGRAM:

1) CHIN YEONG SHERN

2) LOW QIN HUI

3) IVAN SIO KHEN LIONG

4) CHAI YIOW FEI

5) ALEX LEE WEN JIE

6) CHEONG CHOOI MEI

7) BRENDA GAN YIT YEE

8) YEW LING SIN

9) CHAN SIAT LING

10) HAU YIN TING

11) LIM CIA SYIN

13) TING CHEE KANG

14) YEAP PHEI INN

15) LUM FONG YI

16) TANG YI YING

17) LOO HUI MIN

18) TAN CHENG YING

19) LYDIA ONG HUI CHI

20) LIM YANG EE

21) NIGEL TAY TZE HUNG

22) TAN YING YEW

EXCO TUGAS-TUGAS KHAS DAN JAMUAN:

1) ONG JIN YIN

2) SHIRLY WONG LIN LEE

4) WONG SONG WEN

5) CHUA SIAW WEI

6) LING XIN JING

7) LEONG LI SAN

9) LIEW WAI WERN

10) SOH YONG CHEE

11) KHOR YEN YI

12) LIU CHEN HUI

13) CUI XIAO FAN

14) MA LIN LIN

15) JIANG LI WEN

16) XU HUI MIN

18) MAH KEI LEE

LAMPIRAN B

TENTATIF PROGRAMTarikh dan MasaPerkaraTempat

25 April 2014

( Jumaat)

3.00 3.30 pagiPendaftaran Peserta

3.30- 4.30 pagiIce Breaking

4.30 5.30 petangMajilis Perasmian

Oleh: Saudara Lim Shen JieSJK(C)

Ketua Projek Perkhemahan Integrasi PelajarSin Min

Sekolah Rendah Peringkat Selangor

Rehat

5.30 6.00 petang

Makan malam

6.00 7.00 petang

LDK 1

7.00 10.30 malam

Tidur

10.30 malam

26 April 2014

(Sabtu)

6.00 7.00 pagiKemas diri

7.00 8.30 pagiSenamrobik

8.30 9.30 pagiSarapan

9.30 12.00 petangPersediaan untuk Malam KebudayaanSJK(C)

Sin Min

12.00 1.30 petangMakan tengahari

1.305.00 petangTreasure Hunt

9Perkhemahan Integrasi Pelajar Sekolah Rendah Peringkat Negeri Selangor5.00 6.30 petangMakan Malam

6.30 9.30 petangMalam kebudayaan

9.30-10.30 malamSesi Perbincangan

10.30 malamTidur

27 April 2014

( Ahad )

6.00 7.00 pagiKemas diri

7.0 8.30 pagiSenamrobik

SJK(C)

8.30 9.30 pagiSarapanSin Min

9.30 12.00 petangLDK 2

12.00 1.00 petangMakan Tengahhari

1.00 3.30 petangLDK 3

3.30 4.00 petangMajlis Penutupan

4.0 4.30 petangPenyampaian sijil dan hadiah

4.30 5.00 petangGotong-royong

5.00-5.30 petangSesi pengambaran dan bersurai

10Perkhemahan Integrasi Pelajar Sekolah Rendah Peringkat Negeri SelangorLAMPIRAN C

BELANJAWANAnggaran PendapatanBILPEKARARM

1.Sumbangan penaja0.00

2.Peruntukan JPPEL500.00

3.Yuran peserta (RM 50 250 orang)12,500.00

JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN13,000.00

Anggaran Perbelanjaan

BILPEKARARM

1.Jamuan serta Makanan6,000.00

2.Pengurusan

Sijil(RM1 x 250 keping)250.00

Kad nama (RM1 x 250 orang)250.00

3.Publisiti

T- shirt (RM15 410 orang)6150.00

4.Hadiah dan Cenderamata250.00

JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHNAN12,900.00

11