contoh kerja kursus 2

Upload: perakang00

Post on 07-Mar-2016

88 views

Category:

Documents


28 download

DESCRIPTION

wdq

TRANSCRIPT

960226-66-5012Tajuk Kajian

TINJAUAN TERHADAP PEMAHAMAN MASYARAKAT MELAYU MENGENAI ADAT RESAM ETNIK JAWA DI KAMPUNG PAYA DALAM, MELAKA

Nur Farhana Binti ZailanNO. KP : 960226-66-5012 SM1108 / 001

TINJAUAN TERHADAP PEMAHAMAN MASYARAKAT MELAYU MENGENAI ADAT RESAM ETNIK JAWA DI KAMPUNG PAYA DALAM, MELAKA

ABSTRAKKajian ini bertujuan untuk Mengenal pasti bentuk-bentuk amalan atau adat resam etnik jawa yang diamalkan. Selain itu, Mengenal pasti faktor faktor masyarakat melayu tidak memahami adat resam etnik jawa nenek moyang mereka dan juga Mengkaji kesan-kesan akibat mereka tidak memahami adat resam etnik jawa nenek moyang mereka di Kampung Paya Dalam. Kajian ini menggunakan satu set soal selidik sebagai instrumen kajian yang mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A mengenai demografi responden dan Bahagian B mengenai respon responden terhadap persoalan kajian dan juga satu set borang temu bual bertujuan untuk menemubual beberapa orang responden sebagai salah satu istrumen kajian. Seramai 30 orang responden dipilih sebagai sampel kajian.Terdapat tiga persoalan kajian yang diutarakan dalam kajian ini iaitu mengenal pasti adat resam etnik jawa, fakor-faktor mengapa masyarakat Kampung Paya Dalam tidak mengamalkannya dan kesan-kesan daripada tidak mengamalkan adat resam etnik Jawa ini. Data yang diperolehi dianalisisdan dinyatakan dalam bentuk kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan adat-adat resam yang diamalkan oleh masyarakat jawa, faktor mengapakah adat resam Jawa ini semakin dilupakan dan juga kesannye terhadap melupakan adat resam Jawa ini terhadap diri sendiri, keluarga dan juga masyarakat. Faktor dan juga kesan diri sendiri adalah yang paling mempengaruhi dapatan kajian ini. Walau bagaimanapun, analisis mendapati keluarga dan juga masyarakat juga memaikan peranan yang penting dalam memberikan kefahaman mengenai adat resam etnik Jawa ini sendiri. Akhir sekali, adat resam ini tidak seharusnya diluapakan begitu sahaja kerana ia adalah suatu perkara yang mengambarkan mengenai asal usul seseorang individu itu dan ia seharusya dipertahankan daripada dilupakan begitu sahaja.

1.0 KANDUNGAN

BILPERKARAHALAMAN

1PENGHARGAAN

2PENGENALAN

3OBJEKTIF KAJIAN

4LOKASI KAJIAN

5KAEDAH KAJIAN

6DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

7RUMUSAN DAN KESIMPULAN

8RUJUKAN

9LAMPIRAN

PENGHARGAAN

Assalammualaikum, pertama sekali saya ingin mengucapakn ribuan terima kasih kepada Encik Daud Bin Mijan selaku guru matapelajaran Pengajian Am saya yang telah banyak memberikan tunjuk ajar, bimbingan serta penerangan yang sempurna kepada kami dari awal lagi sejak tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pengetua Sekolah Menenggah Teknik Melaka iaitu Encik Zainudin bin Samad dan juga kepada Guru Penolong Kanan Prauniversiti, Encik Saad bin Ishak atas kebenaran untuk menjalankan tugasan kerja kursus ini diluar sekolah. Tanpa kebenarannya saya mungkin tidak dapat melaksanakan tugasan ini dengan sempurna dan juga berjaya menyiapkannya dengan begitu baik sekali.Disamping itu, saya juga ingin memberikan penghargaan saya kepada kedua ibu bapa saya iaitu Encik Zailan Bin. Aman dan juga Puan Azlinah Binti. Kudari atas dorongan, semangat dan juga sokongan dari segi bentuk kewangan buat saya menjalankan tugasan kerja kursus Pengajian Am ini dengan sempurna. Tidak lupa juga atas bantuan secara langsung dan tidak langsung rakan-rakan kelas saya iaitu kelas Tingkatan 6 Kemanusian Atas.Sekian, Terima Kasih.

Nur Farhana Binti ZailanSekolah Menengah Teknik MelakaBukit Piatu75150 MELAKA

PENGENALAN.Serumpun Melayu mempunyai pelbagai masyarakat, sama ada masyarakat Minang, Jawa, Melayu Kedah Tua dan berbagai lagi. Namun, masyarakat Jawa mempunyai keunikan tersendiri yang tidak dapat dibandingkan dengan etnik serumpun yang lain. Seperti yang diketahui, masyarakat Jawa merupakan sebahagian daripada masyarakat di alam Melayu. Sesungguhnya masyarakat Jawa mempunyai banyak persamaan dengan masyarakat Melayu sama ada dari paras rupa, corak hidup dan kepercayaan. Adalah sukar untuk membezakan antara masyarakat Jawa dengan masyarakat Melayu.Jawa adalah salah sebuah pulau dalam Kepulauan Indonesia. Keluasan pulau ini ialah 131 350 km persegi termasuk Pulau Madura dan pulau-pulau kecil lain. Terdiri daripada lima propinsi iaitu Jawa Barat, Jawa Tengah, Jawa Timur, Daerah khusus Ibu Kota Jakarta dan Daerah Istimewa Yogyakarta.Kedatangan imigran Jawa pada mulanya adalah sebagai tenaga buruh di ladang-ladang yang dibuka oleh Kerajaan Inggeris. Pada masa itu, berlakunya kekurangan buruh untuk bekerja di dalam sektor perladangan. Oleh itu, bagi memenuhi permintaan tenaga kerja yang semakin meningkat hasil pembangunan Tanah Melayu (Malaysia). Orang Jawa seperti yang diketahui memiliki stereotipe sebagai suku bangsa yang sopan dan halus. Tetapi mereka juga terkenal sebagai suku bangsa yang tertutup dan tidak mahu berterus-terang. Sifat ini kononnya berdasarkan watak orang Jawa Malaysia yang ingin menjaga keharmonian atau keserasian dan menghindari konflik, kerana itulah mereka cenderung untuk diam dan tidak membantah apabila terjadi perbezaan pendapat.Walaupun masyarakat Jawa Malaysia mempunyai banyak persamaan dengan masyarakat Melayu, namun masih terdapat perbezaan yang menunjukkan betapa uniknya masyarakat Jawa yang dipayungi kepulauan Melayu ini sama ada dari segi bahasa mahupun corak kehidupan. Walaupun begitu, masyarakat Jawa telah mengalami proses asimilasi sehingga telah beransur-ansur diserap ke dalam masyarakat Melayu. Dalam erti kata lain, masyarakat Jawa telah dimelayukan. Proses asimilasi ini boleh dilihat apabila banyak perkahwinan ataupun percampuran generasi baru masyarakat Jawa dengan masyarakat Melayu amnya di Malaysia. Namun sejajar dengan peredaran masa, kebanyakan petempatan masyarakat Jawa di kawasan-kawasan kampung yang telah dibuka menyebabkan mereka telah beralih kerja dengan melakukan kerja-kerja kampung di Malaysia. Kerja-kerja yang dilakukan adalah seperti bersawah, berkebun, berladang, nelayan dan sebagainya. Kebanyakan mereka bekerja sendiri kerana lebih selesa dan tidak terkongkong. Ada juga yang menceburi bidang perniagaan runcit atau menjual barangan seperti kain batik atau sebagainya, tetapi jumlahnya adalah kecil. Mereka lebih berminat untuk menyara kehidupan dengan hasil kampung sahaja. Inilah yang dilakukan semasa kedatangan awal mereka. Namun dewasa ini, masyarakat Jawa semakin mementingkan ilmu dan pembelajaran. Sosio ekonomi mereka makin berkembang maju. Telah banyak perbezaan terutamanya apabila masyarakat Jawa telah menjadi sebahagian daripada rakyat Malaysia.Masyarakat Jawa Malaysia merupakan masyarakat yang paling banyak mengalami proses asimilasi berbanding dengan masyarakat pendatang yang lain. Sehingga hari ini, masyarakat Jawa terus mengalami proses tersebut sehingga generasi muda pada hari ini sukar untuk menerima sebagai orang Jawa yang tulen memandangkan segala corak kehidupan telah bertukar kepada masyarakat tempatan. Pada dasarnya terdapat beberapa perkara yang menyebabkan masyarakat Jawa mengalami proses asimilasi. Antaraya adalah dari segi wajah yang seiras, bahasa yang hampir sama, agama yang sama, persamaan corak hidup, pakaian dan perkahwinan. Ini menyebabkan masyarakat Jawa telah diterima sepenuhnya sebagai bangsa Melayu di bawah satu rumpun.Tujuan pengkaji untuk menjalankan kerja kursus ini alah untuk dapat memberikan penerangan kepada golongan masyarakat di Kampung Paya Dalam, Melaka, Malaysia mengenai kepentingan adat resam etnik Jawa dan mengenali adat resam Jawa yang dibawa oleh nenek moyang mereka. Selain itu, untuk menambah maklumat kajian mengenai adat resam entik Jawa di Kampung Paya Dalam, Melaka, Malaysia.

5.0 OBJEKTIF KAJIANTerdapat dua objektif kajian dalam menjalankan kajian ini. Objektif yang di pilih adalah:1. Mengenal pasti bentuk-bentuk amalan atau adat resam etnik jawa yang diamalkan oleh masyarakat di Kampung Paya Dalam2. Mengenal pasti faktor faktor masyarakat melayu tidak memahami adat resam etnik jawa nenek moyang mereka.3. Mengkaji kesan-kesan akibat mereka tidak memahami adat resam etnik jawa nenek moyang mereka.

5.1 SOROTAN KAJIANAntara bentuk-bentuk amalan adat resam etnik Jawa yang diamalkan oleh masyarakat MalaysiaBerdasarkan kepada kajian-kajian lepas yang telah dilakukan, antara contoh-contoh adat resam etnik Jawa yang masih lagi diamalakn oleh masyarakat etnik Jawa diMalaysia adalah Lenggang perut, Jagongan, Bengkongan, Puputan atau Cukur jambul, Among among atau Pijak tanah, Sunatan atau Berkhatan, Merisik, Mantu atau Perkahwinan, Baraan atau Ziarah raya, Nasi ambeng. (Syam Jawa, 2012,) Hampir kesemua contoh-contoh adat resam etnik Jawa tersebut tidak diamalkan lagi oleh Masyarakat etnik Jawa. Antara faktor-faktor mengapa mereka tidak lagi mengamalaknnya adalah kerana berlakunya pengularan barat, didikan atau pendedahan oleh kedua ibu-bapa mereka sendiri, terdapat beberapa adat resam etnik Jawa ini bersifat khurafat atau syirik dan tidak lagi dibenarkan untuk diamalkan oleh masyarakat Jawa diMalaysia.

Antara faktor-faktor masyarakat Melayu etnik Jawa tidak memahami adat resam etnik jawa nenek moyang merekaTerdapat banyak sebab mengapa masyarakat Melayu etnik Jawa tidak lagi mengamalkan adat mereka. Antara salah satu sebab adalah mereka tidak memahami adat resam etnik Jawa itu sendiri kerana mereka lebih selesa hidup secara moden dan tidak lagi mahu bergantung kepada kepercayaan-kepercayaan yang karut, khurafat dan syirik dan juga tidak mendatangkan faedah. Selain itu, mereka juga tidak diberikan pendedahan oleh orang tua mereka mengenai adat resam etnik Jawa itu sendiri. Ini telah menyebabkan kepupusan adat resam etnik Jawa tersebut. Namun, terdapat juga hanya sebilangan kecil yang masih lagi mengamalkan adat resam etnik Jawa ini. Adat resam etnik Jawa memberikan kesan dan pengaruhnya tersendiri kepada masyarakat. Walaupun adat ini sudah kurang diamalkan, tetapi masih terdapat kelompok masyarakat yang mengamalkannya. Pada zaman dahulu kala, adat resam etnik jawa ini telah secara keseluruhannya dijalankan oleh keseluruhan masyarakat Jawa Malaysia. Namun pada zaman sekarang, adat ini telah ianya telah diubahsuai bagi mengikuti peredaran masa yang semakin moden dan masyarakat yang berfikiran lebih rasional, praktikal dan tidak mengamalakan adat-adat yang kurang penjelasannya. (2013,Fareez abu bakar)

Antara kesan-kesan akibat mereka tidak memahami adat resam etnik Jawa nenek moyang mereka.Melupakan adat resam itu, sama sahaja seperti melupakan asal usul mereka sendiri. Berikut merupakan kajian lepas kesan-kesan mengapa masyarakat kurang memahami atau melupakan adat resam etnik Jawa. Mereka semakin melupakan adat resam etnik Jawa mereka yang telah lama dibawa oleh nenek moyang mereka. Akibat mereka tidak lagi mengamalkannya mereka telah melupakannya dan semakin lama adat resam etnik Jawa ini akan pupus akibat generasi akan datang telah melupakannya. Selain itu, mereka juga akan melupakan asal usul mereka sendiri akibat dari perkhawinan pracampuran diantara orang melayu asli dengan melayu Jawa. Ia telah mengakibatkan orang melayu Jawa tidak lagi mahu mengamalakan adat resam mereka. Disamping itu, dengan kurangnya ilmu mengenai adat resam etnik Jawa oleh golongan remaja membuatkan mereka kurang menghormati golongan tua yang masih lagi mengamalkan adat resam etnik Jawa ini. Justeru, ia telah membuatkan sebuah jurang yang bersar diantara golongan tua dan juga golongan remaja dan membuatkan golongan remaja yang kurang berminat untuk mengetahui mengenai adat resam ini semakin lagi tidak mahu ada kene mengena mengenai adat resam etnik ini dan terus lenyaplah adat resam etnik Jawa ini. Segala adat itu akan hidup sekiranya adat itu dititikberatkan oleh suatu kumpulan atau dianggap sebagai tidak ada , sekiranya sesuatu sesuatu kumpulan itu menganggapnya tidak penting atau tidak perlu diamalkan lagi . Biasanya hal ini berlaku akibat peredaran masa dan proses kemajuan (Wan Ramli Wan Muhammad dan Hanapi Dollah, 1999).

6.0 LOKASI KAJIAN

Lokasi kajan yang dikaji adalah di Kampung Paya Dalam, Melaka. Kampung ini terletak di dalam kawasan Ayer Molek. Di dalam peta menunjukkan Kampung Paya Dalam berada tepat pada skala ini Latitude. 2.4167,Longitude. 102.1667 berpandukan pada google maps. Kampung paya dalam adalah sebuah kawasan yang diduduki oleh majoritinya orang melayu masyarakat Jawa. Terdapat pelbagai ejaan lain yang digunakan oleh penduduk kampung ini, ejaan lain bagi Kampung Paya Dalam adalah Kampong Paya Dalam. Ketinggian anggaran rupa bumi Kampung Paya Dalam, Melaka, Malaysia adalah 13 meter di atas paras laut.

PETA 1: Menunjukkan kajian ini dilakukan di negeri MelakaSumber: http://maps.google.com

PETA 2: menunjukkan Kampung Paya Dalam terletak di dalam kawasan Ayer MolekSumber : http://maps.google.com

PETA 3: menunjukkan terletaknya lokasi kajian iaitu Kampung Paya DalamSumber : http://maps.google.com

7.0 KAEDAH KAJIAN ( METOD )Reka Bentuk Kajian Kajian ini adalah berbentuk deskriptif iaitu menggunakan kaedah soal selidik dan temubual untuk mendapatkan maklumat. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tinjauan terhadap pemahaman masyarakat melayu mengenai adat resam etnik Jawa di Kampung Paya Dalam, Melaka dalam mengenal pasti bentuk-bentuk amalan atau adat resam etnik jawa yang diamalkan oleh masyarakat melayu. mengenal pasti faktor faktor masyarakat melayu tidak memahami adat resam etnik jawa nenek moyang mereka dan mengkaji kesan-kesan akibat mereka tidak memahami adat resam etnik jawa nenek moyang mereka di Kampung Paya Dalam, Melaka. Dapatan kajian ini diperolehi melalui soal selidik yang diedarkan kepada responden. Manakala maklumat yang diterima akan dianalisis secara kuantitatif. Data jenis kuantitatif adalah berdasarkan kategori kuantiti yang menggunakan kekerapan, angka dan skor. Ini adalah kerana data jenis kuantitatif sesuai bagi penyelidikan yang menggunakan instrumen soal selidik dan ujian untuk mendapatkan maklumat kajian Temu Bual dan Protokol Temu Bual. Temu bual merupakan teknik pengutipan data yang melibatkan interaksi bersemuka (face-to face) atau melalui percakapan telefon antara penyelidik dengan orang yang ditemu bual (responden). Teknik temu bual berstruktur Soalan disediakan terlebih dahulu dan temu bual dilaksanakan secara formal. Data kualitatif dikutip melalui temu bual manakala data kuantitatif dikutip melalui soal selidik.Skop/batasan kajian Skop kajian ini hanya fokus kepada tinjauan terhadap pemahaman masyarakat melayu mengenai adat resam etnik Jawa di Kampung Paya Dalam, Melaka.Populasi dan responden (sampel) kajian Populasi dalam kajian ini merupakan jumlah masyarakat melayu yang terdapat di Kampung Paya Dalam, Melaka iaitu seramai 4,564 orang. Manakala jumlah sampel yang digunakan dalam kajian ini adalah sebanyak 30 responden bagi soal selidik dan 3 orang bagi sesi menemu bual. (Rujuk lampiran untuk Borang soal selidik dan Borang Temu bual)

Instrumen Kajian Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan soal selidik dan temu bual sebagai instrumen kajian yang merangkumi beberapa item berdasarkan objektif kajian. Soal selidik yang disediakan oleh pengkaji terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Pada bahagian A, responden dikehendaki menjawab beberapa soalan yang berkaitan dengan demografi responden. Skala empat mata pula digunakan pada bahagian di mana responden dikehendaki menandakan jawapan mereka tentang sesuatu kenyataan.Bahagian A: Mengenai demografi responden seperti jantina, kaum, agama, umur, pekerjaan, aras pendidikan, dan status sama ada berkhawin atau tidak.Bahagian B:Bahagian ini mempunyai 13 soalan bagi mendapatkan dan mengenal pasti objektif kajian.Iainya bagi mendapatkan objektif kajian tersebut iaitu:1. Mengenal pasti bentuk-bentuk amalan atau adat resam etnik jawa yang diamalkan oleh masyarakat di Kampung Paya Dalam2. Mengenal pasti faktor faktor masyarakat melayu tidak memahami adat resam etnik jawa nenek moyang mereka.3. Mengkaji kesan-kesan akibat mereka tidak memahami adat resam etnik jawa nenek moyang mereka.Pengkaji menyediakan item-item soalan dengan menggunakan skala lima mata untuk memperoleh jawapan daripada responden. Skala mata mata ini terdiri daripada pemberat yang berlainan iaitu sangat setuju, setuju, tidak pasti, tidak setuju dan sangat tidak setuju. Ianya diringkaskan seperti mana yang ditunjukkan pada Jadual1. JADUAL 1: SKALA TAHAP PERSETUJUANSkorTahap persetujuan

1Sangat Tidak Setuju

2Tidak Setuju

3Tidak Pasti

4Setuju

5Sangat Setuju

TemubualPengkaji telah menemu bual 3 orang responden secara tidak formal dirumah responden untuk mendapatkan maklumat tambahan. Responden pertama bernama, Zalimah Binti Saafie. Kedua adalah Hjh Eshah Binti Shari dan ketiga ialah Hj. Kudari Bin Dollah. Temu ramah ini dijalankan dirumah responden temu bual.Prosedur Pengumpulan Data :

Rajah 1 : Carta Alir Proses Penyelidikan

Berdasarkan Rajah 1, kajian yang dilaksanakan adalah berlandaskan prosedur kajian yang telah ditetapkan supaya objektif kajian dapat dicapai. Prosedur kajian dimulakan dengan perbincangan bersama penyelia mengenai masalah yang ingin dikaji. Perbincangan melibatkan perkara-perkara seperti mengenal pasti masalah, tajuk dan objektif kajian. Selain itu, perbincangan juga pengumpulan maklumat berkaitan masalah yang telah dibincangkan, mengenal pasti responden dan kaedah yang digunakan untuk menganalisis data.Penyelidik menyerahkan borang selidik kepada responden dan menerangkan cara-cara untuk menjawab. Setelah borang selesai dijawab, penyelidik membuat penganalisisan data bagi mendapatkan dapatan kajian dan kesimpulan.Kaedah tambahan:1) RujukanPengkaji juga merujuk laman web https://www.google.com/search?q=Sosial+dan+ Budaya+%3A+Adat+Resam&oq=Sosial+dan+Budaya+%3A+Adat+Resam&aqs=chrome. Ia adalah untuk meninjau dan menabah kefahaman mengenai adat resam yang terdapat di Malaysia.Teknik Penganalisisan DataData primer ( utama ) yang diperoleh daripada instrumen soal-selidik dianalisis secara kuantitatif dalam bentuk frekuensi ( kekerapan ) dan peratusan.Maklumat daripada sesi temu bual merupakan data kualitatif untuk memperjelas dan menyokong dapatan daripada instrumen soal selidik.seperti jantina, kaum, agama, umur, pekerjaan, aras pendidikan, dan status sama ada berkhawin atau tidak

8.0 DAPATAN KAJIANDAN PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN ( ANALISIS )1. Analisis Bahagian AI. Taburan responden berdasarkan UmurJadual 2 menunjukkan taburan responden berdasarkan jantina dan umur. Responden terbahagi kepada dua jantina iaitu lelaki dan perempuan, penyelidik telah berjaya mengedar kan borang soal selidik kepada kedua-dua golongan. Terdapat 14 orang responden tergolong dalam golongan lelaki manakala selebihnya iaitu sebanyak 16 orang lagi adalah golongan perempuan. Didapati responden yang berumur 46-60 merupakan majority dalam kajian dengan bilangannya seramai 13 responden (43.3%) diikuti dengan reponden yang berumur dalam lingkungan 18-25 seramai 10 orang respondan (33.3%), 26-40 terdapat 5 orang respondan (13.3%). Manakala responden yang berumur 61 dan keatas pula seramai 3 orang (10%)Jadual 2: Taburan responden berdasarkan umurUmur FerkuensiPeratusan (%)

18 - 251033.3

26 40413.3

41 601343.3

61 dan keatas310

Jumlah 30100

Carta pie 1: Taburan Responden berdasarkan umurII. Taburan responden berdasarkan Aras pendidikanJadual 3 menunjukkan taburan responden berdasarkan aras pendidikan. Analisis menunjukkan sebilangan besar responden dalam kajian ini terdiri daripada golongan masyarakat yang mempunyai kelulusan sehingga Sekolah Menengah iaitu seramai 20 (66.67%) diikuti responden yang memiliki kelulusan Sekolah Rendah iaitu 1 (3.33%). Kemudian golongan masyarakat yang mempunyai kelulusan kolej dan universiti, iaitu seramai 5 (16.67%) dan 4 (13.33%).

Jadual 3: Taburan responden berdasarkan Aras PendidikanJenis PendidikanFrekuensi Peratusan (%)

Sekolah Rendah13.33

Sekolah Menengah2066.67

Kolej516.67

Universiti413.33

Jumlah30100

Graf 1: Taburan responden berdasarkan Aras PendidikanIII. Taburan Responden berdasarkan Status PerkhawinanJadual 4 menunjukkan status perkhawinan responden yang telah menjawab borang soal selidik yang telah diedarkan oleh penyelidik. Didapati seramai 18 (60%) orang responden yang telah mendirikan rumah tangga atau telah berkhawin. Manakala selebihnya iaitu seramai 12 (40%) orang bujang atau tidak berkhawin.Jadual 4: Taburan responden berdasarkan Status perkhawinanStatus PerkhawinanFrekuensi Peratusan (%)

Berkhawin 1860

Tidak berkhawin1240

Jumlah30100

Carta pie 4: Taburan responden berdasarkan Status Perkahwinan2. Analisis Bahagian BUntuk mengetahui maklumat untuk mengenal pasti bentuk amalan atau adat resam etnik, faktor masyarakat melayu tidak memahami adat resam etnik dan mengkaji kesan akibat mereka tidak memahami adat resam etnik jawa nenek moyang mereka, penyelidik telah membahagikan lima tahap persetujuan bagi setiap item kepada tiga bahagian iaitu setuju, tidak setuju dan tidak pasti. Bahagian setuju merangkumi mereka yang setuju (S) dan sangat setuju (SS) dengan kenyataan yang dikemukakan. Manakala, bahagian tidak setuju pula merangkumi mereka yang tidak setuju (TS) dan sangat tidak setuju (STS) dengan kenyataan yang diutarakan. Penyelidik juga telah menggunakan kaedah menemubual bagi mendapatkan maklumat bagi membantuk penyelidik menyelidik dan menjawab objektif kajian penyelidik.I. Mengenal pasti bentuk-bentuk amalan atau adat resam etnik jawa yang diamalkan oleh masyarakat di Kampung Paya Dalam

Penyelidik telah dapat mengenal pasti bentuk - bentuk amalan atau adat yang telah dilakukan oleh masyarakat etnik jawa di Kampung Paya Dalam. Antaranya adalah Jagong Bayi, Lenggang perut, cantik Olo, Mengemis,dan sebagainya. Mereka juga mempunyai pelbagai kepercayaan lain juga yang telah diamalkan sehingga sekarang dan amalan tersebut juga masih lagi mendatangkan impak yang besar terhadap kehidupan mereka.

1. Apakah yang anda tahu mengenai adat resam etnik Jawa ini?Zalimah bt Saafie

Orang jawa tiada perbezaan yang ketara diantara orang melayu, dipandang dengan mata kasar orang jawa ini seperti orang melayu jugaCara untuk mengetahui seseorang itu orang jawa adalah melalui bahasanya

Eshah bt Shaarie

Orang jawa perwatakkannya Nampak lebih lembut tetapi cara hidupnye sama seperti orang melayu biasa.Kepercayaan dan juga amalan mereka sahaja yang berlainan dengan orang melayu

Kudari b. DollahSesetengah adat resam jawa ini masih lagi diamalakan dan ada juga yang telah diubahsuai untuk mengelakkan daripada syirik dan khurafat

2. Berikan contoh yang anda tahu mengenai adat resam Jawa?Zalimah bt SaafieBancaanUntuk doa selamat, kenduri, kesyukuran yang kecil - kecilMintak berasa dari jiran jiran untuk membuat BancaanBeras telah diberi, diaggihkan kepada dua bahagia. Satu bahagian dimasak bubur putih santan biasa. Satu bahagian lagi dimasak bubur dengan gula Melaka berwarna coklat kekuningan.Dimasukkan kedalam bekas, satu bekas bubur putih dengan sedikit bubur coklat ditengah tengah, begitu juga pda bekas satu lagi bubur coklat gula Melaka dan kemudian sedikitt bubur putih santan ditengah tengahKemudian diedarkan kepada jiran jiran untuk dijamu

MengemisAmik kain dibuat kepada kain gembolMeminta beras dari jiran tetanggaKemudian beras tersebut dimasakMereka membuat kerapu urap hasil dari daun pucuk ubi, kelapa parutKemudian nasi tersebut dibungkus dengan kerabu urap tersebut bersamaan dengan ikan bilis dan kacangDiedarkan kepada jiran jiran supaya mereka mendoakan bayi dan juga ibu tersebut.

Cantik OloKepercayaan yang kuat bahawa pada sewaktu langit berwarna kemerah-merahan atau oren sewaktu senja matahari terbenamMereka mencampak nasi yang digaul dengan garam dan mencampaknya ke atas bumbung rumahAdalah untuk member mambang kuning untuk memakan nasi tersebut, agar tidak menganggu keluarga dan diri individu tersebut

Eshah bt ShaarieLenggang PerutIa hanya dilakukan sekali sahajaKhas setelah melahirkan anak sulungSelepas 7 atau 8 bulan melahirkan bayi sulung tersebut lenggang perut harus dilakukan keatas ibu tersebutIbu tersebut akan diberikan air tolak bala untuk diminum dan dimandikan

Jagongan BayiDilakukan oleh saudara mara jiran tetangga selepas kelahiran bayiMereka berpakat sama sendiri untuk membuat jagongan bayiTujuanya untuk meraikan bayi, melihat bayi sihat sejahtera begitu juga dengan ibu bayi tersebutDatang menziarahi, bagi duit kepada bayi tersebut

Kudari b DollahMenanam UriSelepas seseorang bayi dilahirkan, Mak Bidan akan mencuci dan membersihkan uri dengan campuran asam beserta sedikit garam.uri akan ditanam di bawah rumah atau persekitaran rumah.Uri bayi perempuan akan ditanam berserta celak, pensil , dan jarum. Mereka berharap agar anak yang akan membesar nanti menjadi seorang yang cantik, pandai dalam pelajaran dan pandai menjahit baju.Uri bayi lelaki ditanam berserta pensil, paku dan jarum dengan harapan apabila dewasa nanti mereka akan menjadi seorang yang pandai dan gagah.

Kepercayaan pada hari khamiskepercayaan ini dilakukan setiap hari khamis malam jumaat. Dimana mereka akan memasang lilin dan diletakkan didepan pintu rumah mereka. Sebagai lampu atau petanda yang menandakan rumah.Mereka berpendapatan bahawasanya pada hari khamis malam jummat itu, roh atau arwah-arwah moyang atau ibu-bapa mereka yang telah meninggal dunia akan datang setiap malam jumaat untuk menziarahi anak atau saudara mereka yang masih hidup. Kepercayaan mereka yang terlalu kuat membuatkan mereka langsung tidak takut dan juga menjadi berani kerana arwah-arwah datang untuk menziarah dan juga menjaga mereka pada malam jumaat tersebut.

3. Mengapakah anda masih lagi mengamalakn adat resam enik Jawa ini?(jika ya, mengapa / jika tidak mengapa?)Zalimah bt SaafieYa tetapi hanya beberapa sahajaKepercayaan yang kuat dan pengamalan oleh nenek dan atok moyang membuatkn ianya tidak mudah untuk ditinggalkanSesetengah adat resam etnik jawa ini mempunyai unsure khurafat dan syirikContohnya, cantik olo, mempercayai pokok-pokok besar mempunyai semangat,

Eshah bt ShaarieJawapan sama (hanya mengamalkan sesetengah sahaja)

Kudari b DollahJawapan sama dengan responden pertama

7. Adat lenggang perut. Tujuan upacara ini dijalankan adalah utuk memohon keselamatan ibu dan juga bayi yang bakal dilahirkan, Benarkah?Zalimah bt SaafieBenar, Tapi nak memohon keselamatan bayi itu, tidak benar.Sebab tujuan adat ini diadakan adalah untuk melihat keadaan ibu dan memberi sedikit sumbangan dalam bentuk wang

Eshah bt ShaarieBenar,Ia dalah bertujuan untuk memohon keselamatan ibu dan bayi yang bakal dilahirkan, agar mereka selamat dan juga sihat walafiat

Kudari b. DollahBenar,Tujuan adat lenggang perut ini diadakan adalah untuk melihat keadaan bayi tersebut dan juga ibunya adakah bayi itu selamat dilahirkan dan ibunya sewaktu melahirkan bayi tersebut.

8. Jagong dalam bahasa Jawa bermaksud duduk. Pada hari pertama hingga ke tujuh kelahiran, jiran tetangga dan saudara mara akan datang menziarahi keluarga bayi. Si ibu yang baru melahirkan lemah semangatnya manakala si bayi mudah disampuk oleh sesuatu kuasa jahat, adakah ini benar?Zalimah bt SaafieJagong atau jagongan bayi memang dilaksanakanTetapi hanya untuk menziarahi bayi dan ibunya sahaja dalam satu tempoh dan hanya sekali sahaja. Bukannya tujuh hari berturut-turutTidak sama sekali ada kene mengena dengan kuasa jahat dan sebagainya

Eshah bt Shaarie(Jawapan sama dengan responden satu)

Kudari b. Dollah(Jawapan sama dengan responden satu)

Dapatan kajian mendapati terdapat beberapa adat yang telah dilaksanakan oleh masyarakat Jawa di Kampung Batu Putih. Antara adat-adat resam yang telah disebut oleh ketiga -tiga responden adalah Bancaan, Mengemis, Cantik olo, Lenggang Perut, Jagongan Bayi, Menanam uri dan Kepercayaan pada hari Khamis. Terdapat sesetengah amalan adat-adat tersebut telah lama ditinggalkan namun kepercayaan masih kuat.Masyarakat jawa Kampung Paya Dalam, masih lagi mengamalkan beberapa adat resam jawa namun terdapat sebilangannya lagi meereka sudah tidak mengamalkannya kerana mereka telah menerima kefahaman ilmu keagaman. Kefahaman ilmu agama islam telah berjaya mengubah kefahaman masyarakat jawa Kampung Paya Dalam mengenai kepercayaan mereka dan juga perkara-perkara larangan Allah. Perkara ini berlaku kerana terdapat sebilangan adat - adat resam dan kepercayaan tersebut telah melanggar syariat agama islam dan berunsurkan khurafat serta mensyirikkan Allah.Selain itu, adat lenggang perut ini juga masih lagi diamalkan oleh masyarakat jawa Kampung Paya Dalam. Namun adat tersebut telah diubah suai bagi mengelakkan unsure-unsur khurafat atau syirik dan dapat diterima oleh masyarakat lain. Lenggang perut dilaksanakan atas sebab sebab untuk menziarai bayi dan juga ibu bayi tersebut, untuk melihat keadaan bayi tersebut dan juga ibunya adakah bayi itu selamat dilahirkan dan ibunya sewaktu melahirkan bayi tersebut. Selepas atau memohon keselamatan ibu dan bayi yang bakal dilahirkan, agar mereka selamat dan juga sihat walafiat sebelum kelahiran bayi.Adat jagongan atau jagong bayi yang dilakukan oleh masyarakat jawa Kampung Paya Dalam masih lagi dilaksanakan. Namun ianya telah diubahsuaikan agar tidak bercanggah dengan agama islam dan juga dapat diterima oleh semua segi masyarakat dan penduduk. Jagong bayi dilakukan hanya untuk menziarahi bayi dan ibunya sahaja dalam satu tempoh dan hanya sekali sahaja. Bukannya tujuh hari berturut-turut.Tidak sama sekali ada kene mengena dengan kuasa jahat dan sebagainya seperti yang dilakukan suatu ketika dahulu oleh penduduk Kampung Paya Dalam pada waktu dahulu. Sewaktu tidak mempunyai kefahaman agama.II. Mengenal pasti faktor faktor masyarakat melayu tidak memahami adat resam etnik Jawa nenek moyang mereka.4. Mengapakah adat resam Jawa ini semakin lama dilupakan oleh masyarakat etnik Jawa?Zalimah bt Saafie~Ibu bapa atau nenek dan atok tidak menurunkan ajaran mengenai adat resam etnik jawa in kepada generasi muda~Kurangannya kefahaman terhadap adat resam tersebut menjadikan mereka tidak mahu mengamalakannya

Eshah bt Shaarie~Generasi muda tidak lagi mahu mengambil tahu mengenai adat resam etnik Jawa ini kerana dianggap sebagai kuno~Genarasi mudah telah lengkap dengan dan juga kefahaman yang tinggi dan menggangap bahawa adat resam ini mempnyai unsur yang khurafat dan syiirk dan tidak mahu melaksanakannya langsung

Kudari b. DollahGolongan tua dan muda tidak mempunyai persefahaman yang baik, kerana golongan muda tidak menghormati golongan yang tua yang masih mengamalkan adat resam jawa yang kunoGolongan tua tidak mahu mengkongsi ilmu mengenai adat resam etnik jawa ini kepada golongan muda kerana golongan muda enggan mahu mengambil tahu

9. Mengapakah terdapat sestengah pengamalan adat resam etnik jawa telah melanggar hukum syariat islam dan dilabelkan sebagai suatu amalan yang syirik dan khurafat?Zalimah bt SaafieBenar memang ada sesetengah adat resam ini mempunyai ciri-ciri yang syirik ada kurafat kerana mereka terlalu taksub mempercayai kuasa-kuasa lain selain dari Allah swt. Seperti cantik olo dan sebagainya.

Eshah bt Shaarie(Jawapan sama seperti responden pertama dan kedua)

Kudari b. DollahMasyarakat jawa ini asalnya merupakan masyarakat yang beragam hinddu, oleh itu memang wajar ada adat-adat resam tertentu yang masih lagi mempercayai kuasa-kuasa lain selain Allah dan juga pantang larangan lain yang boleh mendatangkan bala dan sebagainya. Contohnya cantik olo dan kepercayaan pada hari khamis

Jadual 5: Taburan frekuensi dan peratusan bagi mengenal pasti faktor faktor masyarakat melayu tidak memahami adat resam etnik Jawa JAWAPAN

BilItem item soal selidik Tidak SetujuTidak PastiSetuju

(1) Sangat tidak Setuju(2) Tidak setuju(3) Tidak pasti(4) Setuju(5) Sangat Setuju

f%f%f%f%f%

1Adat jawa ini suatu adat yang kolot516.67826.676201033.3313.33

43.34%20%36.66%

2Adat jawa ini menyimpang daripada ajaran agama islam516.67413.331240826.6713.33

30%40%30%

3Masyarakat zaman sekarang lebih selesa hidup secara moden dan melupakan adat jawa310516.671136.671136.67

10%16.67%73.34%

4Keluarga tidak pernah langsung mendedahkan adat jawa310620413.331240516.67

30%13.33%56.67%

5Keluarga hanya mengamalakn sebahagian sahaja adat jawa413.33516.671860310

13.33%16.67%70%

7Terdapat sesetengah pengamalan adat jawa ini dilabelkan sebagai syirik atau khurafat413.33516.676201136.67413.33

20%20%49.97%

8Penegasan dari segi undang-undang untuk tidak lagi mengamalkan sesetengah adat jawa yang dilabelkan syirik dan khurafat13.333101240124026.67

13.33%40%46.67%

10Penegasan dari ahli ulamak dan ustaz untuk tidak mengamalkan lagi adat resam jawa kerana bersifat kurang pasti atau bertentangan dengan kefahaman agama islam62012401033.3326.67

20%40%40%

Dapatan mendapati mengapakah adat resam Jawa ini semakin lama dilupakan oleh masyarakat etnik Jawa. Antara sebabnya adalah Ibu bapa atau nenek dan atok tidak menurunkan ajaran,Kurangannya kefahaman terhadap adat resam tersebut menjadikan mereka tidak mahu mengamalakannya,etnik Jawa ini kerana dianggap sebagai kuno,menggangap bahawa adat resam ini mempnyai unsur yang khurafat dan syiirk.Golongan tua dan muda tidak mempunyai persefahaman yang baik,golongan tua tidak mahu mengkongsi ilmu mengenai adat resam etnik jawa ini kepada golongan muda kerana, golongan muda enggan mahu mengambil tahuSelain itu, respond dari responden telah memberikan jawapan mengenai mengapakah terdapat sesetengah pengamalan adat resam etnik jawa telah melanggar hukum syariat islam dan dilabelkan sebagai suatu amalan yang syirik dan khurafat. Mereka terlalu taksub mempercayai kuasa-kuasa lain selain dari Allah swt. Seperti cantik olo dan sebagainya. Masyarakat jawa ini asalnya merupakan masyarakat yang beragam hinddu, oleh itu memang wajar ada adat-adat resam tertentu yang masih lagi mempercayai kuasa-kuasa lain selain Allah dan juga pantang larangan lain yang boleh mendatangkan bala dan sebagainya.Dapatan soal selidik mendapati terdapat penduduk Kampung Paya Dalam mempunyai pendapat menggangap adat jawa ini suatu ada yang kolot. Penduduk yang tidak setuju mengenai kenyataan ini sebanyak ( 43.34%) penduduk yang tidak pasti mengenai kenyataan ini adalah sebanyak (20%) manakala penduduk yang bersetuju dengan kenyataan ini mencatatkan sebanyak (36.66%) ini telah mengambarkan baha sebilangan penduduk Kampung Paya Dalam masih lagi tetap dengan pendirian mereka dan masih lagi mengamalkan adat resam etnik jawa ini. Dan terdapat sebilangannya lagi telah mula menerima kenyataan terdapat beberapa adat resam jawa ini adalah kolotSelain itu, borang soal selidik ini juga telah mencatatkan sebanyak (30%) tidak bersetuju dengan kenyataan diaman adat resam etnik jawa ini telah menyimpang daripada ajaran agam islam. Dan sebanyak (40%) lain tidak pasti mengenai kenyataan ini kerana mereka bersikap was-was terhadap pendapat ini. Dan lebihan dari itu iaitu sebanyak (30%) lagi telah bersetuju dengan kenyataan ini. Bahawasanya adat jawa ini benar telah menyimpang daripada ajaran agama islam Disamping itu, terdapat juga faktor lain menunjukkan bahawa keluarga tidak pernah langsung mendedahkan adat jawa ini kepada golongan muda atau anak anak mereka. Borang soal selidik mencatatkan sebanyak ( 30%) penduduk tidak bersetuju dengan pendapat ini manakala sebilangan (13.33%) tidak pasti mengenai kenyataan ini dan sejumlah (56.67%) lain telah bersetuju dengan kenyataan ini.selain itu, terdapat juga keluarga penduduk Kampung Paya Dalam ini hanya mengamalkn sebahagian sahaja adat jawa, ini telah menunjukkan bahawa golongan masyarakat Jawa juga tidak lagi mengamalkan adat resam Jawa ini dengan kerap. Terdapat sebilangan (13.33%) tidak bersetuju dengan kenyataan dimana keluarga hanya mengamalkan sebahagian sahaja adat resam yang dianggap penting dan sejumlah (16.67%) mencatatkan keputusan yang tidak pasti manakal selebihannya iaitu (70%) telah bersetuju dengan kenyataan ini.Didapati terdapat sesetengah pengamalan adat jawa ini dilabelkan sebagai syirik atau khurafat. Dan melalui borang soal selidik ia telah mencatatkan bahawa sebanyak (20%) tidak bersetuju dengan kenyataan ini. Dan sebilangan (20%) mencatatkan keputusan yang tidak pasti mengenai kenyataan ini dan selebihnya iaitu sebanyak (49.97%) lain telah mencatatkan keputusan yang bersetuju dengan kenyataaan yang telah diberikan pada borang soal selidik yang telah dieedarkan.Penegasan dari segi undang-undang untuk tidak lagi mengamalkan sesetengah adat jawa yang dilabelkan syirik dan khurafat. Sebanyak (13.33%) mencatatkan keputusan tidak setuju dengan kenyataan ini dan sebanyak (40%) lagi tdak pasti dan selebihnya iaitu sebanyak (46.67%) mengata mereka setuju dengan kenyataan ini.Penegasan dari ahli ulamak untuk tidak mengamalkan adat resam Jawa kerana bersifat kurang pasti atau bertentangan dengan kefahaman agama islam. Sebanyak ( 20%) jumlah peratusan penduduk tidak bersetuju dengan kenyataan diatas dan sejumlah (40%) berpendapat tidak pasti mengenai kenyataan ini dan selebihnya iaitu sebanyak (40%) telah bersetuju dengan kenyataan ini.

III. Mengkaji kesan-kesan akibat mereka tidak memahami adat resam etnik nenek moyang mereka5. Apakah kesan yang baik dan tidak baik mengenai pengamalan adat resam Jawa ini?Zalimah bt SaafieBaikDapat mengeratkan silaturahim (rewang, jagong bayi)Tidak baikKhurafat syirik (cantik olo

Eshah bt ShaarieBaikMengamalkan perubatan zaman dahulu tidak mengenakan kos yang tinggiTidak baikKhurafat, syirik dan tidak digalakkan pengamalan nya kerana terpensong dari segi syariat dan agama

Kudari b. Dollah(Jawapan sama seperti responden pertama dan kedua)

6. Adakah benar, terdapat beberapa kepercayaan adat resam Jawa bahawa beberapa objek seperti busut, batu-batu besar atau pokok-pokok besar sebagai membawa tuah?Zalimah bt SaafieBatu-batu besar dan pokok-pokok besar ada penjaga

Eshah bt ShaarieBatu dan pokok tersebut ada penunggu, tidak dibenarkan untuk bermain disitu atau memusnahkan atau menebang pokok tersebut

Kudari b. DollahBusut besar tersebut tidak dibenarkan sama sekali untuk dicangkul kerana takut sipenunggu tersebut marah

10. Pada pendapat anda, adakah pengamalan adat resam Jawa adalah satu pengamalan yang kolot atau tidak?Zalimah bt SaafieTerdapat adat yang berunsurkan syirik dan khurafat namun ada juga adat dimana telah banyak membantu masyarakat jawa.

Eshah bt ShaarieTerdapat juga adat yang mendatangkan banyak faedah seperti mengeratkan silaturahim antara jiran dan saudara mara.

Kudari b. Dollah(Jawapan sama seperti responden pertama dan kedua)

Jadual 6: Taburan dan frekuensi bagi mengkaji kesan-kesan akibat mereka tidak memahami adat resam etnik Jawa JAWAPAN

BilItem item soal selidikTidak SetujuTidak PastiSetuju

(1) Sangat tidak Setuju(2) Tidak setuju(3) Tidak pasti(4) Setuju(5) Sangat Setuju

f%f%f%f%f%

9Golongan remaja kurang menghormati golongan tua yang masih lagi mengamalkan adat resam jawa kerana kurangnya pengetahuan26.67516.67930723.33723.33

46.67%30%46.66%

11Masyarakat zaman sekarang mengamalkan perkhawinan campuran menyebabakan percampuran dari segi adat resam.13.33516.671963.33516.67

3.33%16.67%80%

12Masyarakat zaman kini mudah terpengaruh dengan media massa dan tidak lagi mengamalkan adat resam jawa, sebaliknya mengamalkan adat resam melayu kerana iainya sering ditayangkan kepada penduduk di Malaysia.13.3326.672376.67413.33

3.33%6.67%90%

13Pengularan budaya barat keatas masyrakat jawa menyebabkan mereka tidak lagi mengamalkan adat resam jawa nenek moyang mereka.3103101756.67723.33

10%10%80%

Melalui sesi menemubual responden responden yang ditemui. Terdapat baik dan buruknya mengenai pengamalan adat resam etnik Jawa ini, Baiknya ia dapat mengeratkan silaturahim dan juga kos yang bagi melaksanakannya adalah rendah seperti berikut jagong bayi, mengemis, lenggang perut dan sebagainya. Namun buruknya adalah terdapat sebilangan adat adat tersebut secara terangnye telah mengambarkan bahawa ianya syirik dan khurafat, pengamalan nya kerana terpensong dari segi syariat dan agama seperti cantik olo.Selain itu, responden mengatakan memang benar terdapat beberapa kepercayaan adat resam Jawa yang mempercayai beberapa objek seperti busut, batu-batu besar atau pokok-pokok besar sebagai membawa tuah. Mereka mempunyai kepercayaan sesungguhnya batu batu dan pokok pokok yang besar mempunyai penjaga atau penunggu disitu. Oleh itu masyarakat jawa sama sekali berkeras dalam melarang anak anak mereka untuk bermain sekitar kawasan berikut. Mereka juga kadang meletakkan barang barang berharga atau makanan untuk dihadiahkan kepada penunggu atau penjaga disitu untuk tujuan tidak menganggu penduduk yang tinggal disitu.Penyelidik telah memminta pendapat responden menyatakan adakah pengamalan adat resam Jawa adalah satu pengamalan yang kolot atau tidak. Responden telah menjawab bahawa terdapat adat yang berunsurkan syirik dan khurafat namun ada juga adat dimana telah banyak membantu masyarakat jawa. Ia juga telah yang mendatangkan banyak faedah seperti mengeratkan silaturahim antara jiran dan saudara mara.Sikap golongan remaja kurang menghormati golongan tua yang masih lagi mengamalkan adat resam jawa kerana kurangnya pengetahuan. Melalui borang soal selidik terdapat sejumlah (46.67%) menyatakan bahawa mereka tidak setuju dengan penyataan ini dan sebilangan angka iaitu sebanyak (30%) menyatakan bahawa mereka tidak pasti dengan kenyataan tersebut dan selebihnya iaitu sebanyak (46.66%) menyatakan bahawa mereke telah bersetuju dengan kenyataan tersebutMasyarakat zaman sekarang mengamalkan perkhawinan campuran secara tidak langsung ia telah menyebabakan percampuran dari segi adat resam. Sebilangan (3.33%) tidak setuju dengan kenyataan ini kerana mereka menggangap bahawa perkahwinan tidak ada kene mengena mengenai adat resam dan sejumlah (16.67%) bersifat tidak pasti mengenai kenyataan ini dan selebihnya iaitu sebnayak (80%) bersetuju dengan kenyataan ini.Masyarakat zaman kini mudah terpengaruh dengan media massa yang mengambarkan ciri kehidupan yang moden dan tidak lagi mengamalkan adat resam jawa, sebaliknya mengamalkan adat resam melayu kerana iainya sering ditayangkan kepada penduduk di Malaysia. Sejumlah (3.33%) tidak bersetuju dengan kenyataan ini dan sebanyak (6.67%) tidak pasti mengenai kenyataan ini dan selebihnya iaitu sebanyak (90%) bersetuju dengan kenyataan yang dinyatakan dalam borang soal selidik.Pengularan budaya barat keatas masyarakat jawa menyebabkan mereka tidak lagi mengamalkan adat resam jawa nenek moyang mereka. Budaya barat telah mendatangkan impak yang besar terhadap penduduk Malaysia, kita sering terikut-ikut dengan budaya barat sebagai contoh cara percakapan, pemakaian dan pemikiran seseorang itu. Borang soal selidik telah mencatatkan sebanyak (10%) tidak bersetuju dengan kenyataan. Begitu juga untuk tidak pasti telah mencatatkan sebanyak (10%) manakal selebihnya iaitu (80%) lagi bersetuju dengan kenyataan ini.PERBINCANGAN i. Mengenal pasti bentuk-bentuk amalan atau adat resam etnik jawa yang diamalkan oleh masyarakat di Kampung Paya DalamBerdasarkan analisis yang telah dibuat dalam kajian diatas , Adat secara umumnya didefinisikan sebagai suatu aturan, tingkahlaku, kepercayaan dan cara hidup. Ianya dilakukan setiap hari atau mengikut musim sama ada mengikut bulan mahupun tahun. Adat yang dilakukan akhirnya menjadi suatu kebiasaan yang diulangi dan akhirnya dipraktikkan turun- temurun. Perkataan lain yang sinonim dengan adat ialah budaya. Adat dan budaya merupakan suatu konsep yang saling bergantung. Resam pula ialah lembaga, peraturan, hukum , norma yang dijunjung oleh kelompok masyarakat. Terdapat beberapa adat yang masih lagi diamalkan oleh penduduk Kampung Paya Dalam adalah seperti Bancaan sering dilakukan sewaktu ingin mengadakan doa selamat, kenduri, kesyukuran yang kecil - kecil ia dilaksanakan dengan cara meminta berasa dari jiran jiran untuk membuat Bancaan. Beras telah diberi, diaggihkan kepada dua bahagia. Satu bahagian dimasak bubur putih santan biasa. Satu bahagian lagi dimasak bubur dengan gula Melaka berwarna coklat kekuningan. Dimasukkan kedalam bekas, satu bekas bubur putih dengan sedikit bubur coklat ditengah tengah, begitu juga pda bekas satu lagi bubur coklat gula Melaka dan kemudian sedikitt bubur putih santan ditengah tengah. Kemudian diedarkan kepada jiran jiran untuk dijamu. Selain itu, adat mengemis dilakukan dengan mengambil kain dan dibuat kepada kain gembol bertujuan untuk meminta beras dari jiran tetangga. Iainya kemudian beras yang diterima hasil daripada mengemis itu dimasak. Seterusnya mereka membuat kerabu urap hasil dari daun pucuk ubi, kelapa parut kemudian nasi tersebut dibungkus dengan kerabu urap tersebut bersamaan dengan ikan bilis dan kacang dan diedarkan kepada jiran jiran supaya mereka mendoakan bayi dan juga ibu tersebut. Disamping itu, terdapat juga adat resam etnik Jawa yang bernama Cantik Olo adat ini berunsurkan kepada kepercayaan yang kuat masyarakat Jawa ini bahawa pada sewaktu langit berwarna kemerah-merahan atau oren sewaktu senja matahari terbenam. Mereka akan mencampak nasi yang digaul dengan garam dan mencampaknya ke atas bumbung rumah tujuannya adalah untuk diberikannya kepada mambang kuning untuk memakan nasi tersebut, agar tidak menganggu keluarga dan diri individu tersebutSeterusnya, Adat lenggang perut juga dikenali sebagai tingkepan atau mitoni. Ia dijalankan khusus untuk seseorang wanita yang hamil buat kali pertama. Upacara ini dijalankan ketika kehamilannya memasuki tujuh bulan . Tujuan upacara ini dijalankan ialah untuk memohon keselamatan ibu dan juga bayi yang bakal dilahirkan. Masyarakat Jawa percaya janin yang berusia tujuh bulan mempunyai roh yang perlu dijaga dan diraikan. Anak pertama dikatakan membawa tuah bukan sahaja kepada keluarga malah kepada adik adiknya yang bakal dilahirkan kemudian. Namun adat Lenggang Perut yang telah iubahsuaikan oleh masyarakat penduduk Kampung Paya Dalam adalah ianya hanya dilakukan sekali sahaja secara khas setelah selesai si ibu melahirkan anak sulungnya. Selepas 7 atau 8 bulan melahirkan bayi sulung tersebut, lenggang perut harus dilakukan keatas ibu tersebut. Kemudian Ibu tersebut akan diberikan air tolak bala untuk diminum dan dimandikan. Manakala Jagong dalam bahasa Jawa bermaksud duduk. Adat jagongan mudah dimengertikan sebagai ziarah sambil duduk duduk. Ada juga yang mengenali adat ini dengan nama muyi.Pada hari pertama hingga ke tujuh kelahiran, jiran tetangga dan saudara mara akan datang menziarahi keluarga bayi. Biasanya kaum perempuan akan datang berziarah pada siang hari manakala bagi kaum lelaki, mereka akan datang pada waktu malam. Ketika berziarah mereka akan dihidangkan dengan kuih-kuih tradisional seperti rempeyek dan rengginang (Syam Jawa 2012). Namun apabila berlaku zaman peredaran masa dan masyarakat Jawa di Kampung Paya Dalam mempunyai ilmu agama iaitu islam mereka masih lagi melaksanakan adat jagong bayi ini tetapi ianya telah diubahsuaikan mereka berziarah ke rumah si ibu yang mengandung adalah untuk menjenguk si ibu dan bayinya oleh saudara mara jiran tetangga selepas kelahiran bayi, mereka berpakat sama sendiri untuk membuat jagongan bayi tujuanya untuk meraikan bayi, melihat bayi sihat sejahtera begitu juga dengan ibu bayi tersebut. Mereka akan datang menziarahi ibu serta bayi tersebut mereka juga akan memberi sedikit wang kepada bayi tersebut. Tidak ada kene mengena mengenai kuasa jahat dan sebagainya yang boleh membuatkan mereka syirikkan Allah.Menanam Uri kepercayaan menanm uri pada suatu ketika dahulu Selepas seseorang bayi dilahirkan, Mak Bidan akan mencuci dan membersihkan uri dengan campuran asam beserta sedikit garam. Kemudian, uri akan ditanam di bawah rumah atau persekitaran rumah.Si ayah, akan ditugaskan menanam uri. Uri bayi perempuan akan ditanam berserta celak, pensil , dan jarum. Mereka berharap agar anak yang akan membesar nanti menjadi seorang yang cantik, pandai dalam pelajaran dan pandai menjahit baju. Uri bayi lelaki pula ditanam berserta pensil, paku dan jarum dengan harapan apabila dewasa nanti mereka akan menjadi seorang yang pandai dan gagah. Pada waktu malam, tempat uri ditanam akan dilengkapi pelita. Selain mengelak daripada dikorek oleh binatang , mereka juga berharap agar si bayi tidak diganggu oleh kuasa jahat. Sedikit tanah dari tempat uri ditanam akan diambil lalu dibungkus di dalam sehelai kain putih. Bungkusan tersebut kemudiannya diletakkan di bawah tempat tidur atau buai si bayi. Masyarakat Jawa beranggapan ianya dapat menemani si bayi kerana setiap bayi dilahirkan bersama kawan atau bathor (Syam Jawa 2012). Namun, adat ini telah diubahsuaikan oleh masyarakat penduduk Kampung Paya Dalam selepas seseorang bayi dilahirkan, Mak Bidan akan mencuci dan membersihkan uri akan ditanam di persekitaran rumah. Uri bayi perempuan akan ditanam berserta celak, pensil , dan jarum. Mereka berharap agar anak yang akan membesar nanti menjadi seorang yang cantik, pandai dalam pelajaran dan pandai menjahit baju. Manakal Uri bayi lelaki ditanam berserta pensil, paku dan jarum dengan harapan apabila dewasa nanti mereka akan menjadi seorang yang pandai dan gagah. Tetapi mereka tidak lagi mengambil tanah dari menanm uri itu atau beranggapan iainya akan meneman si bayi tersebut. Itu telah menunjukkan bahawa adat itu mempunyai ciri-ciri khurafat dan syirik dan ianya sama sekali di tolak amalannya oleh ulamak-ulamka.Sererusnya, Kepercayaan pada hari khamis. Kepercayaan ini dilakukan setiap hari khamis malam jumaat. Dimana mereka akan memasang lilin dan diletakkan didepan pintu rumah mereka. Sebagai lampu atau petanda yang menandakan rumah tujuan mereka berbuat demikian adalah kerana mereka berpendapatan bahawasanya pada hari khamis malam jummat itu, roh atau arwah-arwah moyang atau ibu-bapa mereka yang telah meninggal dunia akan datang setiap malam jumaat untuk menziarahi anak atau saudara mereka yang masih hidup. Namun adat ini tidak lagi diamalkan lagi oleh penduduk masyarakat jawa di Kam[ung Paya Dalam. walaubagaimanapun kepercayaan mereka yang terlalu kuat membuatkan mereka langsung masih lagi terkesan terhadap pengamlan ini mereka akan berasa tidak takut dan terasa kehadiran arwah-arwah tersebut kerana melalui kepercayaannya arwah-arwah datang untuk menziarah dan juga menjaga mereka pada malam jumaat tersebut.

ii. Mengenal pasti faktor faktor masyarakat melayu tidak memahami adat resam etnik jawa nenek moyang mereka.Dapatan mendapati mengapakah adat resam Jawa ini semakin lama dilupakan oleh masyarakat etnik Jawa. Antara sebabnya adalah Ibu bapa atau nenek dan atok tidak menurunkan ajaran mengenai adat reasm etnik Jawa mungkin atas sebab-sebab tersendiri dan mungkin juga sebab mereka sendiri kurang kefahaman terhadap adat resam yang dibawa oleh ibu bapa mereka suatu ketika dahulu (Nor Roziatul Naim Bt Mat Saad 76196) demikian menjadikan mereka tidak mahu lagi mengamalakannya dan tidak mahu anak-anak atau cucu mereka untuk meneruskan adat resam etnik Jawa ini. Terdapat juga masyarakat yang menggangap adat resam ini sebagai sesuatu adat yang kuno dan mempnyai unsur yang khurafat dan syirik (Mohammad 76203).Golongan tua dan muda tidak mempunyai persefahaman yang baik,golongan tua tidak mahu mengkongsi ilmu mengenai adat resam ini kepada golongan muda kerana golongan muda enggan mahu mengambil tahu.Borang soal selidik telah diedarkan kepada 30 orang responden dan mereka telah memberikan jawapan mengenai faktor faktor masyarakat melayu tidak memahami adat resam etnik jawa nenek moyang mereka. Terdapat penduduk Kampung Paya Dalam mempunyai pendapat bahawa adat jawa ini suatu ada yang kolot. Terdapat masyarkat jawa Kampung Paya Dalam yang tidak bersetuju dengan kenyataan. Dan ada selebihnya bersetuju dan tidak pasti dengan kenyataan itu. Ini telah mengambarkan bahawa sebilangan penduduk Kampung Paya Dalam masih lagi tetap dengan pendirian mereka dan masih lagi mengamalkan adat resam etnik jawa ini. Dan terdapat sebilangannya lagi telah mula menerima kenyataan terdapat beberapa adat resam jawa ini adalah kolotMereka terlalu taksub mempercayai kuasa-kuasa lain selain dari Allah swt. Seperti cantik olo dan sebagainya. Masyarakat jawa ini asalnya merupakan masyarakat yang beragam hinddu, oleh itu memang wajar ada adat-adat resam tertentu yang masih lagi mempercayai kuasa-kuasa lain selain Allah dan juga pantang larangan lain yang boleh mendatangkan bala dan sebagainya.Selain itu, borang soal selidik ini juga telah mencatatkan dimana adat resam etnik jawa ini telah menyimpang daripada ajaran agam islam. Ramai yang bersetuju ini menunjukkan bahawa masyaraka jawa sekarang telah mendapat gambaran yang terdapat sebilangan adat jawa ini mempunyai unsur khurafat dan syirik sewaktu pengamalannya. Disamping itu, terdapat juga faktor lain seperti menunjukkan bahawa keluarga tidak pernah langsung mendedahkan adat jawa ini kepada golongan muda atau anak anak mereka. Selain itu, terdapat juga keluarga penduduk Kampung Paya Dalam ini hanya mengamalkn sebahagian sahaja adat jawa, ini telah menunjukkan bahawa golongan masyarakat Jawa juga tidak lagi mengamalkan adat resam Jawa ini dengan kerap. Didapati terdapat sesetengah pengamalan adat jawa ini dilabelkan sebagai syirik atau khurafat. Dan melalui borang soal selidik ia telah mencatatkan keputusan yang bersetuju dengan kenyataaan yang telah diberikan pada borang soal selidik yang telah dieedarkan.Seterusnya, penegasan dari segi undang-undang untuk tidak lagi mengamalkan sesetengah adat jawa yang dilabelkan syirik dan khurafat. Borang soal selidik telah megeluarkan keputusan baha majoriti yang bersetuju dengan kenyataan tersebut. Penegasan dari ahli ulamak untuk tidak mengamalkan adat resam Jawa kerana bersifat kurang pasti atau bertentangan dengan kefahaman agama islam. Ahli ulamak telah mengatakan bahawa jika terdapat sesuatu pengamalan itu bersifat kurang pasti atau was-was ianya tidak seharusnya diteruskan pengamalannya kerana ia akan mendatangkan kemungkuran dan juga boleh mensyirikan Allah. Kedua-dua faktor tersebut boleh menyebabkan agama seseorang itu boleh terbatal dengan secara tidak langsung A. Aziz Deraman, (2001).

iii. Mengkaji kesan-kesan akibat mereka tidak memahami adat resam etnik jawa nenek moyang mereka Dapatan kajian yang telah diterima terdapat baik dan buruknya mengenai pengamalan adat resam etnik Jawa ini, Baiknya ia dapat mengeratkan silaturahim dan juga kos yang bagi melaksanakannya adalah rendah sepert jagong bayi, mengemis, lenggang perut dan sebagainya. Namun buruknya adalah terdapat sebilangan adat adat tersebut secara terangnye telah mengambarkan bahawa ianya syirik dan khurafat, pengamalan nya kerana terpensong dari segi syariat dan agama seperti cantik olo.Selain itu, responden mengatakan memang benar terdapat beberapa kepercayaan adat resam Jawa yang mempercayai beberapa objek seperti busut, batu-batu besar atau pokok-pokok besar mempunyai penunggu. Mereka mempercayai sesuatu tempat menjadi kediaman makhluk halus sehingga ada yang menganggap tempat itu keramat. Terdapat juga sebilangan warga emas masyarakat Jawa yang mempercayai tentang semangat di tempat yang baru. Sekiranya semangat tersebut hilang atau diganggu gugat seperti membersihkan kawasan, dipercayai akan menyebabkanseseorang itu mendapat penyakit. Oleh itu, mereka perlu membuat beberapa semahan atau menjamu dengan bertih supaya semangat tersebut pulih seperti sedia kala. Selain itu, masyarakat Jawa juga mempercayai beberapa objek yang mempunyai kuasa seperti busut, batu-batu besar atau pokok-pokok besar. Kuasa ini dikatakan mampu memberi kesan kepada mereka yang mengusik atau melakukan perkara yang tidak senonoh kepada objek tersebut. Justeru itulah ramai dalam kalangan tersebut mengambil peluang dengan menjadikan busut, batu atau pokok besar sebagai objek yang boleh mendatangkan keuntungan seperti tikam nombor ekor. Di samping itu, mereka mempercayai pelbagai jenis roh yang tidak kelihatan yang dapat menimbulkan bahaya seperti kecelakaan atau penyakit. Untuk melindungi semuanya itu, mereka memberi upah yang terdiri dari nasi dan aneka makanan, daun-daun bunga serta kemenyan (Syam Jawa 2012). Namun terdapat juga adat resam etnik jawa ini telah yang mendatangkan banyak faedah seperti mengeratkan silaturahim antara jiran dan saudara mara dan juga mewujudkan sebuah institusi masyarakat yang saling bantu-membantu dan juga menghormati diantara satu sama lain. Seperti yang dilakukan oleh masyarakat jawa di Kampung Paya Dalam setiap kali terdapat sebuah keluarga yang ingin melakukan kenduri, penduduk lain akan datang beramai ramai bagi membantuk keluarga yang ingin melangsungkan kenduri tersebut. Yang lelaki biasanya menolong mengemas diluar seperti menaikkan khemah, sembelih lembu atau kambing untuk dimasak oleh kaum perempuan. Didapur pula biasanya tempat kaum perempuan membantu memotong bawang atau menyiapkan bahan untuk dimasak bagi tujuan untuk menghidangkan makanan kepada tetamu masjlis nanti. Adat ini dinamakan rewang atau gotong royong. Adat ini telah diguna pakai oleh orang ramai tidak kira masyarakat ape. Namun golongan pertama yang melaksanakan adat ini adalah golongan masyarakat Jawa kerana sikap mereka yang sangat rajin dan juga saling hormat menghormati dan juga bantu membantu apabila ada individu yang berhadapan dengan kesusahan.Selain itu, Sikap golongan remaja kurang menghormati golongan tua yang masih lagi mengamalkan adat resam jawa kerana kurangnya pengetahuan dan juga beranggapan bahawa golongan yang masih lagi melaksanakan adat resam ini adalah golongan yang sempit pemikiran dan juga tidak pasti mengapakah pengamalannya itu masih ingin diteruskan. Masyarakat zaman sekarang mengamalkan perkhawinan campuran secara tidak langsung ia telah menyebabakan percampuran dari segi adat resam juga merupakan salah kesan mengapa masyarakat semakin melupakan adat resam nenek moyang mereks sendiri. Mereka yang asal usulnya merupakan orang Jawa asli telah bernikah dengan masyarkat melayu mengakibatkan anak mereka separa jawa dan separa melayu. Oleh itu, benarlah zaman sekarang gelaran jawa itu diperlabagaikan kepada jawa barat, jawa utara, jawa separa melayu dan sebagainya. Masyarakat zaman kini mudah terpengaruh dengan media massa yang mengambarkan ciri kehidupan yang moden dan tidak lagi mengamalkan adat resam jawa, sebaliknya mengamalkan adat resam melayu kerana iainya sering ditayangkan kepada penduduk di Malaysia. Pengularan budaya barat keatas masyarakat jawa juga merupakan salah satu penyebabkan mereka tidak lagi mengamalkan adat resam jawa nenek moyang mereka. Budaya barat telah mendatangkan impak yang besar terhadap penduduk Malaysia, kita sering terikut-ikut dengan budaya barat sebagai contoh cara percakapan, pemakaian dan pemikiran seseorang itu.

9.0 RUMUSAN / KESIMPULANAdat amat perlu dalam mendidik manusia agar lebih bersopan santun dan bermoral dalam kehidupan seharian . Umumnya adat dalam masyarakat di negara ini diamalkan mengikut kumpulan adat yang diaturkan seperti adat temenggung, perpatih, jawa dan sebagainay. Adat dan pantang larang juga dapat mempengaruhi kehidupan yang saling hormat menghormati, bantu membantu dan mengeratkan persaudaraan , hidup yang berperaturan dan sebagainya. Namun terdapat juga didalam pengamalan adat adat yang ada dinegara ini sama sekali mempunyai ciri yang khurafat dan syirik seperti mempercayai kuasa kuasa lain selain dari Allah dan juga mempercayai bahawa sesuautu perkara itu mampun mendatangkan bala atau mencelakai individu yang berbuat tidak baik atau telah melanggar pantang larang sewaktu melaksanakan sesuatu adat itu. Ini sama sekali tidak sepatutunye berlaku kerana majoriti rakyat di negara ini telah mempunyai agama iaitu dijadikan panduan kehidupan seseorang individu agar tidak sesat dan tidak melakukan perkara yang boleh mendatangkan kemungkuran oleh Allah s.w.t. Akan tetapi itu tidak bermaksud bahawa seseorang individu itu sama sekali dilarang jika mereka ingin melaksanakan sesuatu adat itu akan tetapi mereka haruslah melaksanakannya dengan cara islam dan tidak melanggar syariat islam oleh itu, mereka telah mengubah suai beberapa adat yang masih lagi mendatangkan kebaikan kepada seseoarang individu itu dan mereka telah menolak kefahaman dimana ada kuasa lain yang akan menjaga dan mampu menurunkan bala kepada mereka. Setiap perlakuan individu itu haruslah disertakan dengan niat tertentu, jika mereka niat yang baik baik maka perkara baik sahajalah yang akan terjadi jika mereka meniatkan kepada perkara perkara yang tidak sepatutnye maka jadilah perkara yang tidak sepatutnya.

10.0 RUJUKAN1. Wan Ramli Wan Muhammad dan Hanapi Dollah . ( ed ) 1999 . Pantang Larang Orang Melayu Tradisional : Penerbit Utusan Publication & Distributors .2. A. Aziz Deraman . ( ed ) DBP K.L. 2001 , 2005 . Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia :3. Zabri Zakaria . ( ed ) 2005 . Pantang Larang dalam Mayarakat : Penerbit Sejati Books 4. Zawiah Ahmad dan Suziana Che . Warisan Bangsa Melayu ( Siri Budaya dan Rakyat ) : Penerbit Caberawet Publishing Sdn. Bhd.5. Zawiah Ahmad dan Suziana Che . Adat Resam Jawa Melayu ( Siri Budaya dan Rakyat) : Penertbit Caberawet Publishing Sdn. Bhd.

11.0 BIBLIOGRAFI

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala LumpurClifford Geertz, 1981, Abangan, Santri, Priyayi dalam Masyarakat Jawa, Pustaka Jaya, Jakarta.Kesenian Adat, Kepercayaan dan Petua, Asmad, Associated Educational Distributiors (M) Sdn Bhd, Terbitan Pertama 1990,.Adat Istiadat Melayu Melaka, Zainal Abidin, Zainal Kling, Norazit Selat, dan Mohd Ramli, Associated Educational Distributiors (M) Sdn Bhd, 1990http://zanas.wordpress.com/pembinaan-bangsa-dan-negara-malaysia-yang-berdaulat/kedatangan-imigran/http://pab25.blogspot.com/2008/06/who-are-orang-jawa-orang-jawa-people-of.htmlhttp://id.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Jawahttp://razalitumirin-zali.blogspot.com/2009/06/masyarakat-jawa-di-malaysia.htmlhttp://ilzaf.multiply.com/journal/item/46/KENALI_PRIBUMI_SEMENANJUNG_MALAYSIA_?&show_interstitial=1&u=%2Fjournal%2Fitemhttp://firmanbudi.wordpress.com/2009/03/01/history-of java/http://id.wikipedia.org/wiki/Jawahttp://id.wikipedia.org/wiki/Tari_Tayub http://hissham66.blogspot.com/2012/08/kajian-etnik-jawa-di-malaysia.html

12.0 LAMPIRAN

Gambar 1: menunjukkan pintu gerbang untuk memasuki Kampung Paya Dalam26