kerja kursus krb3033 pengantar bahasa melayu

24
1 SEMESTER 1 SESI 2012/2013 KRB 3033 : PENGANTAR BAHASA MELAYU TAJUK KUMPULAN EL-J01 (A121PJJ) DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON NORAZREEN BINTI MOHD KHAIRANI D20112052433 019-7544258 NAMA TUTOR E-LEARNING: EN. NIK HASSAN BASRI BIN NIK AB KADIR FUNGSI BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PENGANTAR DI SEKOLAH & KEPENTINGAN BAHASA MELAYU DALAM SYSTEM PENDIDIKAN

Upload: norazreenmdkhairani

Post on 15-Feb-2016

292 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

jom

TRANSCRIPT

Page 1: Kerja Kursus Krb3033 Pengantar Bahasa Melayu

1

SEMESTER 1 SESI 2012/2013

KRB 3033 : PENGANTAR BAHASA MELAYU

TAJUK

KUMPULAN

EL-J01 (A121PJJ)

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. ID NO. TELEFON

NORAZREEN BINTI MOHD KHAIRANI D20112052433 019-7544258

NAMA TUTOR E-LEARNING: EN. NIK HASSAN BASRI BIN NIK AB KADIR

TARIKH SERAH: 21 NOVEMBER 2012

FUNGSI BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PENGANTAR DI SEKOLAH&

KEPENTINGAN BAHASA MELAYU DALAM SYSTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Page 2: Kerja Kursus Krb3033 Pengantar Bahasa Melayu

2

ISI KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN MUKA SURAT

1 Pengenalan 3

2 BAHAGIAN A

2.1 Fungsi Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pengantar

2.2 Kepentingan Bahasa Melayu dalam Sistem Pendidikan

Kebangsaan

2.3 Rumusan

4 – 6

6 – 8

8

3 Muka depan Tugasan Bahagian B 9

4 Konsep Tatabahasa

4.1 Pengenalan

4.2 Definisi Tatabahasa

4.3 Morfologi

4.4 Sintaksis

10

10

11 – 14

14 – 15

5 Kesalahan Tatabahasa dalam Bilik Darjah 16 – 17

6 Kesimpulan 18

7 Bibliografi 19

8 Lampiran 20 - 22

Page 3: Kerja Kursus Krb3033 Pengantar Bahasa Melayu

3

1. PENGENALAN

Pada tahun 1991, Perdana Menteri Keempat, Tun Dr. Mahathir mohamad telah

mengumumkan hasrat Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020.1

Cita-cita ini juga disebut dan diwartakan sebagai wawasan 2020. Prinsip asas Wawasan 2020

ialah membangunkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu, beretika, dan makmur melalui

kepimpinan adil dan terbuka.Selain itu, konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB

Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 2010 2juga bertujuan bagi membina negara

bagsa yang berjaya dan harmoni. Usaha kerajaan untuk membangunkan bangsa yang bersatu

padu dan makmur dilihat semakin rancak dan dapat diterima oleh semua rakyat. Usaha ini

adalah lanjutan usaha dan saranan Laporan / Penyata Razak 1956.

Laporan Penyata Razak memberi penekanan kepada dua perkara, iaitu perpaduan

negara di mana sistem persekolahan yang sama bagi semua penduduk dan kurikulum yang

seragam serta bercorak kebangsaan bagi semua sekolah di dalam negara. Bahasa Melayu juga

diiktiraf sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah dan sekolah menengah. Ia juga bertujuan

untuk merapatkan jurang perbezaan antara kaum di Tanah Melayu. Selain itu, sekolah jenis

kebangsaan boleh menggunakan bahasa Mandarin, Tamil atau Inggeris sebagai bahasa

pengantar. Cadangan yang diutarakan telah diterima oleh Majlis Perundangan Persekutuan

dan dijadikan Ordinan Pelajaran pada 1957.

Bahasa Melayu dituturkan daripada satu generasi kepada generasi yang lain oleh

orang Melayu. Bahasa Melayu terus hidup oleh kerana ia masih dituturkan sehingga

sekarang. Bahasa Melayu sudah lama wujud di Kepulauan Melayu sejak beratus-ratus tahun

dahulu. Namun begitu, pelbagai pendapat dan kajian yang dilakukan oleh para pengkaji

tentang asal usul bahasa Melayu. Bahasa ini dituturkan di seluruh Kepulauan Melayu

Nusantara yang antaranya di Indonesia, Malaysia, Brunei dan Singapura sebagai pusatnya.

Pada abad ke 20, semangat kebangsaan masyarakat Melayu mengorak langkah

memperjuangkan bahasa ibunda mereka. Akhirnya kejayaan tercapai dengan termaktubnya

Artikel 152 dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang menyatakan bahawa “

Bahasa Kebangsaan negara ini adalah Bahasa Melayu...” Apa yang paling penting, bahasa

Melayu harus terus dituturkan dan dinaiktarafkan agar ia terus berkembang dan kekal di

muka bumi ini.

1 Aida Idris & Abu Hassan Hasbullah, Membina Bangsa Malaysia, hlm vii2 Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh ( PhD ), Panduan Ilmu Pendidikan untuk DPLI Falsafah dan Etika,

hlm108

Page 4: Kerja Kursus Krb3033 Pengantar Bahasa Melayu

4

2. BAHAGIAN A

2.1 FUNGSI BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PENGANTAR DI SEKOLAH

Kamus Dewan, Edisi Keempat memberi makna pengantar sebagai sesuatu bahasa

yang digunakan untuk menyampaikan maklumat seperti ilmu pengetahuan. Pada tahun 1982,

Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa pendidikan di peringkat Sekolah Menengah

Kebangsaan. Semasa pemerintahan British, penggunaan bahasa Melayu dalam sistem

pendidikan sangat terhad. Bahasa Melayu hanya digunakan sebagai bahasa pengantar di

sekolah-sekolah Melayu sehingga darjah 4 sahaja. Kedudukan bahasa Melayu mulai

meningkat semenjak Penyata Razak 1956 dilaksanakan. Pembentukan Dasar Pelajaran

Kebangsaan yang berlandaskan Penyata Razak menyarankan :

Tujuan Dasar Pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukan

budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan

pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai

bahasa pengantar yang besar. Walaupun perkara ini tidak dapat dilaksanakan dengan serta-

merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur.

Jelas dan nyata sekali tentang peranan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan

sebagai bahasa komunikasi. Bahasa Melayu dijadikan alat perhubungan atau komunikasi

dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah hinggalah ke peringkat

pengajian tinggi. Ia juga menjadi bahasa standard yang digunakan di mana-mana jabatan

kerajaan mahupun institusi pendidikan. Kamus Dewan, Edisi Keempat menyatakan maksud

standard adalah sesuatu bahasa yang diterima dan dijadikan dasar atau piawai yang harus

dituturkan oleh semua anggota di bawah satu pemerintahan. Oleh yang demikian, murid-

murid perlu menguasai bahasa Melayu selain daripada bahasa ibunda agar mereka mudah

berkomunikasi di dalam kawasan persekitaran. Bahasa Melayu adalah bahasa utama yang

digunakan dan diamalkan di dalam kawasan sekolah. Ia agak mudah bagi mereka yang

sememangnya berasal daripada bangsa Melayu kerana bahasa Melayu adalah bahasa

pertuturan mereka di rumah. Namun ia agak sukar bagi mereka yang berbangsa lain selain

daripada bangsa Melayu. Murid-murid daripada kaum lain perlu menguasai bahasa Melayu

dengan tepat dan jelas agar setiap perkara atau maklumat yang ingin disampaikan mahupun

diperoleh dapat difahami dengan jelas maksud yang tersurat mahupun tersirat. Oleh yang

demikian tidak akan ada percanggahan pendapat mahupun pegangan terhadap fakta-fakta

yang tertentu.

Page 5: Kerja Kursus Krb3033 Pengantar Bahasa Melayu

5

Pada tahun 1968, peralihan bahasa pengantar bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu

untuk berbagai-bagai-bagai mata pelajaran dimulakan secara berperingkat. 3 Ia bertujuan bagi

memperkasakan bahasa Melayu dari sejak awal lagi iaitu di dalam bidang pendidikan. Di

mana murid-murid wajib dihantar ke sekolah untuk mempelajari ilmu pengetahuan dalam

pelbagai bidang yang disediakan. Peralihan bahasa Melayu terhadap bahan pembelajaran juga

bagi memudahkan pelajar memahami setiap ilmu yang ingin disampaikan. Selain itu, bahasa

Melayu juga berperanan bagi melahirkan bangsa Malaysia yang mempunyai pemikiran yang

tinggi dan ia tidak akan berjaya selagi rakyat sendiri tidak dapat menguasai bahasa Melayu

dengan baik. Oleh yang demikian, guru memainkan peranan penting dalam mendidik serta

memberi pendedahan tentang bahasa Melayu. Guru perlu merancang aktiviti berkaitan

dengan bahasa Melayu berdasarkan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia. Ini berikutan mata pelajaran bahasa Melayu adalah mata

pelajaran wajib yang perlu dikuasai oleh semua peringkat pendidikan. Akta Pendidikan 1961,

telah memberi penekanan terhadap penggunaan kurikulum yang sama bagi semua sekolah.

Ini bermakna setiap pelajar perlu mahir dalam penguasaan bahasa Melayu bagi memudahkan

proses pemerolehan ilmu pengetahuan. Pada 14hb Mei 2009, Ketua Pengarah Pelajaran

Malaysia telah mengumunkan transformasi pendidikan 4dengan memperkenalkan Kurikulum

Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)

bagi memberi penekanan terhadap penguasaan literasi 4M. Berikutan dengan itu, penting

bagi mereka mahir dengan bahasa Melayu yang digunakan oleh kebanyakkan institusi di

Malaysia.

Manusia dianugerahkan oleh Tuhan dengan modal yang sangat besar untuk

dilaburkan dalam kehidupan mereka. Modal yang diberikan itu haruslah digunakan dengan

sebaik mungkin dan dimanfaatkan semaksimum yang mungkin. Melalui penguasaan bahasa

Melayu ( bahasa pengantar ) di sekolah, murid akan menjadikan modal yang mereka miliki

modal yang mahal dan sukar dibayar dengan wang ringgit. Apa yang saya maksudkan adalah,

modal insan pelajar akan mudah dibentuk jika mereka menguasai bahasa Melayu yang

menjadi Bahasa Perpaduan. Nilai-nilai peradaban yang ada, dapat diserapkan dalam diri

mereka dengan penguasaan bahasa Melayu yang baik. Ini kerana nilai-nilai norma kehidupan

yang harmoni perlu difahami dengan jelas dan tepat agar mereka tidak kekal dengan maksud

tersirat yang salah. Cara yang paling sesuai bagi menyatupadukan rakyat adalah melalui

3 Siti Hajar Abdul Aziz, Bahasa Melayu 1 Edisi Kedua, Oxford Fajar Sdn Bhd, hlm714 Noriati A.Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkufli Mahayudin, Zakiah Noordin, Falsafah & Pendidikan di

Malaysia,hlm195.

Page 6: Kerja Kursus Krb3033 Pengantar Bahasa Melayu

6

penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa di dalam aktiviti seharian akan

mengurangkan rasa curiga terhadap isi perbualan yang menggunakan bahasa lain selain

daripada bahasa Melayu. Kadangkala dengan hanya menjelingkan mata sahaja sudah boleh

menimbulkan salah faham. Dalam konteks negara Malaysia penggunaan satu bahasa akan

mengeratkan lagi hubungan di antara satu sama lain tanpa mengira kaum mahupun

keturunan.

KSSR dan KSPK yang diperbaharui dalam menjayakan misi negara membina negara

bangsa dilaksanakan agar rakyat dapat mematuhi undang-undang dan mempunyai sikap

kewarganegaraan. Misi ini diharapkan dapat dilaksanakan dan berjaya diterapkan dalam diri

rakyat Malaysia. Maka dengan itu, para pelajar didedahkan dengan pelbagai amalan

kenegaraan di peringkat sekolah. Antaranya seperti konsep 1 Malaysia yang mengharapkan

agar rakyat dapat menerima di antara satu sama lain walaupun berlainan agama mahupun

keturunan dengan berlandaskan nilai-nilai norma yang positif. Kerajaan mengambil berat

dalam menangani masalah perkauman yang berlaku apatah lagi jika ia berkaitan dengan isu

politik dan negara. Walaupun tragedi itu, tragedi yang baru dan masih segar di ingatan ia

telah membuka mata para pemerintah bagi melaksanakan program yang boleh memperbaiki

hubungan di antara satu sama lain dengan pantas dan cepat. Ia terbukti dengan adanya buku

“Membina Bangsa Malaysia” yang mempunyai gambar atau situasi sewaktu perhimpunan itu

diadakan. Melalui program yang berkaitan bahasa Melayu seperti menggunakan bahasa

Melayu di tempat kerja dan di mana sahaja kita berada adalah satu usaha yang dilaksanakan

bagi memurnikan hubungan serta menyatupadukan hubungan di antara kaum di dalam

Malaysia. Melaluinya diharapkan agar rakyat dapat memahami antara satu sama lain.

2.2 KEPENTINGAN BAHASA MELAYU DALAM SISTEM PENDIDIKAN

Dalam melaksanakan misi Wawasan 2020 yang telah dicadangkan oleh Perdana

Menteri kita yang keempat, harus menempuhi beberapa cabaran. Ia kerana bukan mudah

untuk menyatupadukan rakyat yang datang daripada pelbagai kaum dan budaya. Kita sebagai

rakyat Malaysia seharusnya menghargai usaha para pejuang negara yang telah bertungkus-

lumus memperoleh kemerdekaan sewaktu zaman penjajahan dahulu. Saat ketika Ketua

Menteri Kementerian Pelajaran menyatakan bahawa bahasa Melayu adalah bahasa rasmi,

maka secara rasminya Malaysia dikenali sebagai Negara Melayu. Ia melambangkan identiti

Malaysia yang boleh dibanggakan. Ini kerana bahasa Malaysia sudah pun tersebar dengan

meluas kerana aktiviti menyanyikan lagu Melayu, bersajak dan berlakon oleh mereka yang

Page 7: Kerja Kursus Krb3033 Pengantar Bahasa Melayu

7

bukan warganegara yang disiarkan oleh RTM telah dilaksanakan. Ia juga mendapat sambutan

yang sangat menggalakkan. Oleh itu, murid-murid yang bersekolah di bawah sekolah

kerajaan perlu menguasai kemahiran berbahasa Melayu dengan baik dan sopan. Sekolah

swasta juga sudah didedahkan dengan sukatan KSPK dan KSSR di mana kemahiran 4M

perlu diaplikasikan secara menyeluruh dan bersepadu.

Bahasa Melayu adalah bahasa turun temurun yang sememangnya berasal bersama

kelahiran orang Melayu itu sendiri. Ia perlu dikekalkan dan diperbaiki kerana ia

melambangkan jati diri dalam setiap mereka yang bertutur menggunakan bahasa Melayu.

Kita juga harus berbangga dengan bahasa ibunda yang menjadi bahasa kebangsaan yang juga

digunakan oleh segenap masyarakat. Sebagai warga pendidik kitalah orang pertama yang

harus mengaplikasikan bahasa Melayu yang betul dan tepat sewaktu sesi mahupun selepas

proses pengajaran dan pembelajaran. Pengalaman serta peniruan tingkah laku adalah proses

atau cara yang selalu digunakan oleh murid-murid dalam memberi kesediaan dalam diri

mereka. Oleh itu, guru harus menggunakan bahasa Melayu baku dengan tertib dan jelas. Ia

kedengaran agak kelakar dan sukar, namun ia sesuatu yang baharu yang perlu diterokai oleh

para pendidik. Saya mencadangkan aktiviti ini kerana merasa teruja dan seronok apabila

mendengar anak saudara saya menuturkannya. Ia diaplikasikan di sekolahnya bertujuan agar

murid tidak melakukan kesilapan dalam ejaan mahupun pertuturan. Namun setiap sesuatu

yang baru pasti ada kekangan. Walaupun begitu, kita harus berani mencuba agar kita

memperoleh pengalaman daripadanya.

Sebagai sebuah yang maju dan berwawasan. Bahasa Melayu yang telah diwartakan

sebagai bahasa kebangsaan seharusnya di gunakan di segenap sudut di dalam negara. Seperti

iklan, papan kenyataan, slogan dan nama-nama perniagaan perlu menggunakan bahasa

Melayu bagi mengekal serta memelihara bahasa kebangsaan kita. Pihak berkuasa perlu

memainkan peranan yang penting dalam menjayakan program memelihara bahasa Melayu

agar ia tidak disalahgunakan dan diperkotak-katikkan oleh perosak bahasa. Selain itu, di

peringkat sekolah, guru boleh memberi peluang kepada murid untuk berpuisi dengan

mencoretnya di beberapa bahagian kawasan sekolah yang sesuai dengan bahasa Melayu yang

puitis. Selain itu, penggunaan bahasa singkat yang telah terbiasa digunakan di dalam pesanan

ringkas juga perlu dipantau. Ia juga salah satu aktiviti yang boleh merosakkan bahasa

kebangsaan kita. Selain itu, penggunaan bahasa Melayu dalam teknologi maklumat juga

boleh dipraktikkan. Ia boleh bermula daripada laman sosial yang dihasilkan sendiri dengan

Page 8: Kerja Kursus Krb3033 Pengantar Bahasa Melayu

8

memantau penggunaan ayat yang digunakan melalui teguran yang bersahaja. Ia bertujuan

agar tidak membuat individu tersebut terasa dan kecil hati.

2.3 RUMUSAN

Bahasa Melayu bukanlah bahas yang kekal sebegini. Bahasa Melayu adalah bahasa

yang boleh berkembang dari semasa ke semasa. Ia boleh diperbaiki mahupun dinaiktarafkan.

Namun begitu, harapan hanya tinggal harapan jika tiada usaha untuk mempertingkatkan

penggunaan bahasa oleh bangsa itu sendiri. Masyarakat berbahasa Melayu harus memastikan

bahasa Melayu terus kekal dan disanjung oleh masyarakat yang bukan berbahasa Melayu.

Bahasa Melayu kita seharusnya dapat menembusi pasaran global seperti pelbagai barang

yang dihasilkan oleh negara kita menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penerangan

tentang produk tersebut. Oleh itu, mereka yang tidak mahir berbahasa Melayu perlu

mempelajarinya.

1878 patah perkataan

Page 9: Kerja Kursus Krb3033 Pengantar Bahasa Melayu

9

SEMESTER 1 SESI 2012/2013

KRB 3033 : PENGANTAR BAHASA MELAYU

TAJUK

KUMPULAN

EL-J01 (A121PJJ)

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. ID NO. TELEFON

NORAZREEN BINTI MOHD KHAIRANI D20112052433 019-7544258

NAMA TUTOR E-LEARNING: EN. NIK HASSAN BASRI BIN NIK AB KADIR

TARIKH SERAH: 21 NOVEMBER 2012

KONSEP TATABAHASA &

ANALISIS KESALAHAN TATABAHA MURID DI DALAM BILIK DARJAH

Page 10: Kerja Kursus Krb3033 Pengantar Bahasa Melayu

10

4. KONSEP TATABAHASA

4.1 PENGENALAN

Berkomunikasi amat mudah bagi mereka yang tidak menitikberatkan penggunaan

tatabahasa yang sesuai dan betul. Jika individu itu sudah biasa menggunakan bahasa pasar

dalam pertuturan, mereka tidak ambil peduli tentang kesalahan tatabahasa dalam setiap ayat

yang dilontarkan. Mempelajari tatabahasa sesuatu bahasa yang ingin digunakan amat penting

dalam berkomunikasi. Jika tidak, pertuturan individu tersebut sukar difahami. Tatabahasa

sesuatu bahasa itu berbeza antara satu sama lain seperti “air minuman” bermaksud air untuk

diminum, tetapi dalam bahasa Inggeris ia menjadi “ drink water”. Perbuatan disebut dahulu

sebelum menyebut nama benda. Maka, penguasaan tatabahasa perlu dipelajari dan bukannya

diwarisi seperti pertuturan dalam bahasa Melayu. Ia diwarisi sejak kelahiran individu tersebut

di dunia ini.

4.2 DEFINISI TATABAHASA

Tatabahasa ialah peraturan-peraturan dalam bahasa Melayu berkaitan dengan

bagaimana perkataan dibentuk daripada pelbagai bunyi huruf dan bergabung dengan

perkataan-perkataan lain sehingga menjadi ayat yang gramatis. Nik Safiah Karim (2006) juga

menyatakan perkara yang sama.5 Menurut beliau juga, bidang tatabahasa melihat bagaimana

perkataan-perkataan ini dibentuk dan seterusnya bagaimana perkataan-perkataan ini

bercantum menjadi frasa.

Tatabahasa yang juga dikenali sebagai nahu dan diterjemahkan daripada perkataan

grammar yang bermaksud ‘satu seni bacaan dan tulisan’. Tatabahasa tidak menetapkan

jumlah perkataan yang terdapat dalam sesuatu ayat. Ia tidak menjadi satu kesalahan selagi

peraturan susunan ayat tidak membawa maksud atau makna yang berbeza dari maksud asal.

Ayat-ayat yang diterbitkan daripada ayat dasar ini dikenali sebagai ayat terbitan atau ayat

transformasi.

Kajian terhadap bidang tatabahasa biasanya dilakukan melalui dua aspek, iaitu dari

bidang morfologi dan bidang sintaksis. Morfologi mengkaji tentang perkataan dan proses

pembentukannya. Sintaksis pula mengkaji tentang penggunaan frasa, klausa dan ayat.

5 Khairuddin Mohamad, Maridah Alias, Faiziah Hj Shamsudin, Bahasa Melayu Komunikatif, Penerbitan

Multimedia Sdn Bhd.

Page 11: Kerja Kursus Krb3033 Pengantar Bahasa Melayu

11

4.3. MORFOLOGI

4.3.1 DEFINISI MORFOLOGI

Morfologi mengkaji struktur gramatikal perkataan iaitu mengkaji perkataan dan cara-

cara pembentukannya. Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur bentuk

dan golongan kata. Struktur kata bermaksud susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang yang

menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada

berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.

Contohnya perkataan ‘salah’ dapat menerbitkan perkataan lain seperti pesalah, kesalahan,

disalahkan, menyalahkan. Golongan kata ialah proses mengkategorikan perkataan

berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama.

Bagi memahami morfologi dengan lebih mendalam, takrif suku kata harus difahami

terlebih dahulu. Suku kata adalah pecahan atau pemenggalan perkataan berdasarkan kepada

kehadiran bunyi vokal. 6Setiap vokal membentuk satu suku kata dan vokal itu boleh

didahului, diikuti atau tidak oleh konsonan seperti yang terdapat di dalam suku kata terbuka

mahupun tertutup. Suku kata terbuka terdiri daripada dua huruf KV atau VK. Suku kata

tertutup pula adalah gabungan tiga huruf yang terdiri daripada KVK atau VKV. Kata

merupakan unit nahu yang terkecil yang mempunyai makna dan boleh berdiri dengan sendiri.

Dalam tatatingkat unit-unit nahu, kata menduduki tempat yang paling akhir yang boleh

menjadi unsur bagi frasa dan berfungsi sebagai ayat minimal.

Unit kecil di dalam morfologi ialah morfem. Morfem berperanan membentuk

perkataan. Sesuatu perkataan itu mungkin terbentuk daripada beberapa morfem. Misalnya,

perkataan ‘lari’ yang merupakan satu morfem manakala, berlari dan melarikan terdiri

daripada dua dan tiga morfem. Hal ini menunjukkan bahawa imbuhan juga adalah morfem

yang juga disebut sebagai morfem terikat yang tidak boleh berdiri dengan sendiri tanpa

morfem bebas. Morfem bebas pula adalah kata dasar yang boleh berdiri dengan sendiri di

dalam ayat kerana telah mempunyai makna.

Semua perkataan adalah morfem tetapi bukan semua morfem boleh menjadi perkataan

( me..kan ) adalah morfem yang tidak boleh berdiri dengan sendiri tanpa morfem-morfem

lain. Namun begitu, ayat ‘ kereta ayah warna biru’ terdiri daripada empat patah perkataan.

Kesemua perkataan ini boleh berdiri dengan sendiri tanpa dibantu oleh morfem lain.

6 Raminah Hj Sabran, Rahim Syam, Kajian Bahasa, Selangor, Penerbitan Fajar Bakti Sdn Bhd, hlm152

Page 12: Kerja Kursus Krb3033 Pengantar Bahasa Melayu

12

Misalnya perkataan kereta, yang tidak memerlukan morfem imbuhan untuk menyampaikan

maksud. Kita sudah tahu bahawa perkataan kereta membawa maksud kenderaan. Sebaliknya

bagi morfem terikat yang tidak mempunyai makna dan tidak boleh berdiri dengan sendiri. Ia

kerana morfem terikat adalah imbuhan yang memerlukan perkataan lain untuk

menyampaikan maksudnya. Proses penyusunan dan penggabungan morfem ini harus

mematuhi peraturan sistem morfologi sesuatu bahasa. Kebanyakan perkataan di dalam bahasa

Melayu akan melibatkan pengimbuhan.

Morf dan alomorf adalah dua istilah yang perlu diketahui dalam pembentukan

perkataan. 7Sebagai contoh, ayat Kesudahan cerita itu sangat menyedihkan yang terdiri

daripada ‘ke’, ‘sudah’, ‘an’, ‘cerita’, ‘itu’, ‘sangat’, ‘men’, ‘sedih’, ‘kan’ iaitu sebanyak lapan

morfem. Unit-unit atau pecahan itu disebut sebagai morf iaitu elemen dalam bentuk kata yang

kita dengar dalam bentuk pertuturan. Misalnya perkataan, ‘menghidupkan’ mofrnya ialah

meng + hidup+ kan. Alomorf pula adalah variasi yang terdapat dalam morfem terikat

(imbuhan). Dalam bahasa Melayu, kebanyakan morfem sekurang-kurangnya terdiri daripada

satu alomorf. Contonhya seperti, morfem awalan ‘di-‘ yang hanya mempunyai satu alomorf,

iaitu ‘di’ itu sendiri, sebaliknya morfem ‘me-‘ mempunyai enam alomorf, iaitu ‘me-‘, ‘men-‘,

‘mem-‘, ‘meng-‘, ‘meny-‘ dan ‘menge-‘.

4.3.2 PROSES PEMBENTUKAN KATA

Perkataan atau kata dibentuk melalui empat proses. Proses ini menerangkan tentang

bagaimana sesuatu perkataan itu dibina dan dibentuk sehingga dapat menghasilkan ayat dan

ujaran dalam sesuatu bahasa. Proses yang pertama adalah proses pengimbuhan. Di mana

proses ini membentuk perkataan dengan mengimbuhkan sesuatu perkataan dengan imbuhan-

imbuhan tertentu. Contohnya, perkataan berkawan, terjunan dan disarankan. Proses yang

kedua adalah proses pemajmukan. Pemajmukan merupakan proses menggabungkan dua atau

lebih perkataan dan perkataan baru yang terhasil memberikan makna yang berbeza daripada

perkataan asal. Misalnya seperti, buku tulis, gambar rajah dan pita pelekat. Selain itu

penggandaan juga adalah salah satu proses membina perkataan. Ia dapat dilakukan dengan

pengulangan atau menggandakan perkataan itu keseluruhannya seperti bahan-bahan, kelima-

lima dan bantu-membantu. Proses terakhir pula adalah proses akronim yang dibentuk dengan

cara menggabungkan suku kata tertentu dari beberapa perkataan, menjadi sebagai satu

perkataan. Contohnya Dubes yang dibentuk dari perkataan duta besar, Pawagam pula 7 Siti Hajar Abdul Aziz, Bahasa Melayu 1 Edisi Kedua, Oxford Fajar Sdn Bhd, hlm 134

Page 13: Kerja Kursus Krb3033 Pengantar Bahasa Melayu

13

dibentuk dari perkataan panggung wayang gambar , dan kugiran pula terbentuk hasil

gabungan perkataan kumpulan gitar rancak. Sememangnya bahasa Melayu adalah bahasa

yang sangat unik dan gramatis.

4.3.3 PROSES PERGOLONGAN PERKATAAN

Kesukaran dalam penentuan sesuatu golongan kata telah menyebabkan aliran

struktural mencirikan kelas kata dengan cara yang berbeza. Aliran ini menekankan aspek

fungsionalisme dalam penelitian bahasa, iaitu fungsionalisme dianggap sebagai aliran khusus

dalam strukturalisme. Berdasarkan kepada aliran ini. Jurnal Pengajian Umum Bil. 9 144

struktur fonologi, tatabahasa dan semantik ditentukan oleh fungsi-fungsinya (Lyons 1994:

238-243). Oleh itu, dalam kajian tatabahasa, khususnya penelitian terhadap golongan kata,

sesuatu perkataan itu tidak dilihat secara terpisah atau terasing melainkan penggolongan kata

ditentukan berdasarkan kehadiran kata tersebut bersama-sama perkataan lain dalam sesuatu

binaan sintaksis. Ahli-ahli linguistik struktural seperti Bloomfield (1935), Bloch & Trager

(1942), Fries (1952), Robert (1954), Hill (1958) dan Gleason (1965) telah menerapkan

pendekatan ini dalam membincangkan aspek golongan kata. Perkataan-perkataan di dalam

Bahasa Melayu boleh digolongkan dalam beberapa golongan seperti nama, kata kerja atau

istilah lamanya perbuatan, sifat dan lain-lain. Terdapat dua prinsip pergolongan kata. Pertama

adalah pergolongan kata berdasarkan makna atau national, di mana perkataan itu digolongkan

ke dalam sesuatu golongan dengan berdasrkan kepada makna atau pengertian yang di bawa

oleh perkataan itu sendiri. Misalnya, perkataan makan, dimaksudkan kepada sesuatu tindakan

memasukkan sesuatu ke dalam mulut, menguyah dan menelannya. Tindak laku tergolong

dalam kata kerja, oleh itu makan dogolongkan dalam kata kerja. Pergolongan berdasarkan

fungsi pula adalah pengelompokan sesuatu perkataan itu dengan melihat fungsi perkataan itu

di dalam struktur ayat. Misalnya perkataan almari di dalam ayat “Almari itu baru” menduduki

gatra atau tempat nama. Maka dengan itu almari tergolong dalam golongan nama.

Berdasarkan kepada aliran struktural, kajian penggolongan kata perlu diteliti pada peringkat

sintaksis.

4.3.4 RUMUSAN

Aspek penting dalam tatabahasa adalah perkara asas bagi sesuatu bahasa. Perkataan

dalam bahasa Melayu juga telah menunjukkan perubahan yang pesat, terutama dalam bidang

kosa kata yang melibatkan perubahan bentuk-bentuk kata. Melalui morfologi kita telah

mengetahui struktur binaan kata tunggal yang terdiri daripada beberapa susun suku kata.

Page 14: Kerja Kursus Krb3033 Pengantar Bahasa Melayu

14

Suku kata ini pula adalah gabungan huruf konsona dan vokal. Peraturan penggabungan

morfem juga dapat menghasilkan kata terbitan, peraturan penulisan kata majmuk, bentuk-

bentuk kata dan kaedah bagi membentuk dan menerbitkan kata akronim.

4.4 SINTAKSIS

4.4.1 DEFINISI

Bidang sintaksis mengkaji hubungan antara perkataan dengan perkataan dalam

pembentukan ayat. Ayat menduduki tempat teratas dalam tatatingkat kajian sintaksis, diikuti

oleh klausa dan frasa. Bidang kajian sintaksis ini dipelopori oleh Noam Chomsky seperti

yang dibicarakan oleh beliau dalam buku Syntatic Structure yang akhirnya melahirkan

pengajian am tatabahasa transformasi generatif oleh Frank Parker (1994).8 Sintaksis diiktiraf

sebagai ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat.

Pengetahuan dalam konstruksi sintaksis dan golongan kata membolehkan penelitian

dilakukan terhadap sesuatu golongan kata. Hal ini disebabkan sintaksis dimanifestasikan

bukan sekadar menerusi urutan perkataan, tetapi sebenarnya dinyatakan dari sudut urutan

kelas kata (Bloch & Trager 1942: 71, Broderick 1975: 12, Parker 1994:67). Dengan itu,

analisis golongan kata dapat dilakukan dengan meneliti jalinan yang wujud antara satu kata

dengan kata lain yang terdapat dalam sesuatu ayat (Robins 1964: 223-228, Bloomfield 1982:

307). Di samping itu, setiap bahasa mempunyai system sintaksisnya yang tersendiri dan

sistem ini ditentukan oleh susunan golongan kata. Justeru, golongan kata merupakan asas

bagi sesuatu sintaksis.

4.4.2 AYAT

Ayat adalah kumpulan perkataan yang diucapkan intonasi tertentu dan di dalamnya

terkandung satu idea atau kenyataan yang lengkap. Ia terdiri daripada subjek dan predikat

atau pokok dan cerita. Ayat yang terdiri daripada subjek atau predikat sahaja dinamakan ayat

tak sempurna. Misalnya di dalam dialog di bawah:

Ayat Tanya : Hai, apa khabar?

Jawapan : Sihat!

Ayat Tanya : Sudah makan?

Jawapan : Sudah

8 Siti Hajar Abdul Aziz, Bahasa Melayu 1 Edisi Kedua, Oxford Fajar Sdn Bhd, hlm172

Page 15: Kerja Kursus Krb3033 Pengantar Bahasa Melayu

15

Ayat-ayat jawapan “Sihat!”, dan “Minum!” adalah ayat-ayat yang tidak sempurna. Hanya

terdiri daripada predikat sahaja ( subjeknya ialah “saya”). Saya baik dan..... Ayat ini terdiri

daripada satu ayat sahaja dan bagi Prof. Asmah Hj Omar, ayat seperti ini dinamakan ayat

minimal kerana ia tidak boleh dipecahkan kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil lagi.

Ayat ini juga diistilahkan sebagai ayat suasana kerana ia diucapkan di dalam suasana tertentu

seperti marah atau kecewa dan sebagainya.

4.4.3 KLAUSA

Klausa merupakan unsur terbesar dalam ayat dan ia mempunyai subjek dan predikat.

Istilah tradisional bagi klausa adalah ayat besar dan ayat kecil ( klausa bebas bagi ayat besar

sementara klausa tak bebas bagi ayat kecil ). Contoh dalam ayat “ Adik dilarang bermain di

kolam kerana ditakuti jatuh”. Ayat ini mempunyai dua klausa iaitu “Adik dilarang bermain di

kolam” dan “kerana ditakuti jatuh”. Di dalam kedua-dua ayat itu mengandungi subjek dan

predikat. Bagi ayat pertama, subjeknya adalah “Adik” dan predikatnya adalah “dilarang

bermain di kolam”. Ayat kedua, subjeknya adalah “adik” dan predikatnya pula adalah

“ditakuti jatuh”. Kalus menjadi konstituen kepada ayat dan terbahagi kepada dua iaitu klausa

bebas dan tak bebas.

4.4.5 FRASA

Frasa adalah unsur kedua besar dalam ayat. Frasa sekurang-kurangnya terdiri daripada

dua perkataan yang letaknya berurutan tetapi tidak mempunyai subjek dan predikat. Namun

begitu, frasa boleh terdiri daripada hanya satu perkataan, iaitu satu bentuk frasa yang

minimal. Frasa juga boleh terdiri daripada partikel dan diikuti oleh morfem bebas misalnya

ke pasar, di rumah, di bawah dan sebagainya.

4.4.6 RUMUSAN

Sintaksis bukan sahaja melibatkan jenis dan ragam ayat, tetapi juga rumus pembinaan

unsur objek dan predikat sebagai penentu pembentukan sesuatu ayat. Selain itu, terdapat juga

ciri-ciri lain yang dipertimbangkan dalam pembinaan ayat iaitu aspek tatabahasa yang

menguasai kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan. Sintaksis juga adalah kajian

yang penting bagi menghasilkan insan yang mempunyai keperibadian yang tinggi melalui

tutur kata yang teratur, tersusun dan betul penggunaannya.

5. KESALAHAN TATABAHASA DI DALAM BILIK DARJAH

Page 16: Kerja Kursus Krb3033 Pengantar Bahasa Melayu

16

Para pelajar tidak diberi pendedahan awal di rumah tentang kesopanan serta tertib

bahasa. Mereka hanya dibekalkan dengan perkataan bahasa Melayu umum sejak mereka

lahir. Setiap kesalahan mahupun kesilapan dalam bertutur jarang diperbetulkan oleh ahli

keluarga. Ini kerana ada di antara ahli keluarga yang tidak mahir tentang penggunaan

tatabahasa yang betul. Pelbagai kesalahan tatabahas yang biasa dilakukan oleh murid-murid

di prasekolah. Antara kesalahan yang berlaku terdapat di dalam jadual di bawah :

Lampiran 1 ( Pelajar A )

Betul Salah

Ini Van Ini Van

Van ini warna kuning. Ini warna ini kuning.

Van ini dibuat daripada besi. buwat ini diperbuat daripada besi

Kesalahan

1. Ejaan – buwat ( murid belum menguasai suku kata vk dan kurang pendedahan tentag

bunyi )

2. Tanda Baca – nokhtah

3. Kata Nama – Ini tidak perlu diulang di dalam satu ayat mudah.

4. Struktur ayat – buwat ini diperbuat

Lampiran 2 ( Pelajar B )

Betul Salah

Motosikal ini cantik. Ini Motosikal cantik

Motosikal ini hebat sekali. Motosikal yang hebat Sekali.

Saya suka motosikal ini. Saya Suka moto ini.

Kesalahan

Page 17: Kerja Kursus Krb3033 Pengantar Bahasa Melayu

17

1. Struktur Ayat – ini motosikal cantik ( Subjek yang juga kata nama khas lebih sesuai

ditulis di awal ayat yang dibina).

2. Kata nama – ini ( kata nama ini menunjukkan subjek yang ada pada gambar, ia

bertujuan memberi kejelasan terhadap pernyataan atau ayat ).

3. Kata Nama Khas – moto

4. Tanda baca - nokhtah

Lampiran 3 ( Pelajar C )

Betul Salah

Ini bas sekolah. inI bas Sekolah

Ini bas sekolah saya . bas Sekolah Saya

Bas sekolah ini bersih dan bersinar. bersih dan bersinar

Saya suka naik bas . Saya suka naik bas

Kesalahan

1. Tanda baca – Nokhtah ( Setiap ayat harus diakhiri dengan nokhtah).

2. Huruf besar dan kecil – inI ( Huruf besar harus digunakan di awal ayat atau kata nama

khas).

3. Struktur ayat – Subjek tidak dituliskan oleh murid menjadikan ayat itu ayat

tergantung.

6. KESIMPULAN

Tatabahasa tidak bersifat statik. Persoalan tatabahasa akan timbul baik dari segi

penggunaan umum ataupun dalam pembelajaran bahasa. Apabila menggunakan bahasa, kita

selalu membuat kesalahan tatabahasa tanpa kita sedari. Kadang-kala kesalahan ini berlaku

bukan kerana kecuaian semata-mata tetapi kerana kekurangannya ilmu pengetahuan tentang

peraturan-peraturan tatabahasa. Kesalahan tatabahasa juga boleh berlaku melalui pengaruh

daripada bahasa lain, yang strukturnya tidak sama dengan bahasa Melayu. Oleh yang

demikian sebagai guru pendidikan awal kanak-kanak saya perlu mempelajari peraturan

tatabahasa ini dengan lebih tekun. Ini kerana kanak-kanak prasekolah adalah kanak-kanak

Page 18: Kerja Kursus Krb3033 Pengantar Bahasa Melayu

18

yang baru dalam alam pendidikan. Jika mereka diberi pendedahan dengan penggunaan

tatabahasa yang salah, maka pegangan itu akan di bawa hingga ke aras perdana dalam tahun 1

hingga tahun 6.

2312 patah perkataan

Page 19: Kerja Kursus Krb3033 Pengantar Bahasa Melayu

19

7. BIBLIOGRAFI

Aida Idris & Abu Hassan Hasbullah. 2012. Membina Bangsa Malaysia. Selangor. Vinlin

Press Sdn Bhd.

Noriati A.Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkufli Mahayudin, Zakiah Noordin. 2012. Falsafah &

Pendidikan di Malaysia. Selangor. Oxford Fajar Sdn Bhd.

Yew Chee Wai, Wan Iqmal, Ros Maria Chin, James Chen. 2012. Sejarah Nexus SPM.

Selangor. Percetakan Jiwabaru Sdn Bhd.

Dr Ragbir Kaur Joginder Singh (PhD). 2012. Panduan Ilmu Pendidikan untuk DPLI Falsafah

dan Etika. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Siti Hajar Abdul Aziz. 2012. Bahasa Melayu I. Selangor. Oxford Fajar Sdn Bhd.

Khairuddin Mohamad, Maridah Alias, Faiziah Hj Shamsudin. 2012. Bahasa Melayu

Komunikatif. Selangor. Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

Mok Son Sang. 2012. Perkembangan Kanak-kanak. Selangor. Penerbitan Multimedia Sdn

Bhd.

Syed Ismail Syed Mustafa, Ahmad Subki Miskon. 2011. Pengantar Pendidikan. Penerbitan

Multimedia Sdn Bhd.

Page 20: Kerja Kursus Krb3033 Pengantar Bahasa Melayu

20

Page 21: Kerja Kursus Krb3033 Pengantar Bahasa Melayu

21

Page 22: Kerja Kursus Krb3033 Pengantar Bahasa Melayu

22