contoh kerja kursus 2011 : pencemaran

13
Tajuk : Pencemaran alam sekitar di Kampung …...., Gerik, Perak

Upload: man-said

Post on 02-Jul-2015

1.272 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Kerja Kursus 2011 : Pencemaran

Tajuk :Pencemaran alam sekitar di Kampung …....,

Gerik, Perak

Page 2: Contoh Kerja Kursus 2011 : Pencemaran

Senarai kandungan

Bil Perkara Halaman1. Penghargaan2. Pendahuluan3. Objektif kajian4. Kawasan kajian

1. Peta daerah2. Peta kawasan kajian

5. Kaedah kajian6. Dapatan kajian7. Rumusan8. Lampiran9. Rujukan

Page 3: Contoh Kerja Kursus 2011 : Pencemaran

1. PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada Pengetua Pn. Jamaliah Binti Abd. Rahman kerana telah memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada guru Geografi saya iaitu Cikgu Zazili Bin Md. Nawi yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat sepanjang kajian ini dijalankan.

Ucapan terima kasih juga kepada kedua ibu bapa saya iaitu.............kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Banyak wang ringgit yang telah mereka habiskan demi memastikan kajian ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Tidak lupa juga buat rakan-rakan saya iaitu ……………….. , ………………….. dan ………………….. yang telah banyak membantu saya ketika proses soal selidik dan temu bual dilakukan.

Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampung …………………. yang telah sudi memberikan kerjasama yang baik kepada saya semasa kajian ini dijalankan. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa dan budi baik kalian semua.

Page 4: Contoh Kerja Kursus 2011 : Pencemaran

PENDAHULUAN

Tajuk kajian saya ialah Pencemaran Alam Sekitar di Kawasan ...

……………… Gerik, Perak. Saya memilih ……………. kerana merupakan

tempat tinggal saya. Dari itu saya mudah mendapat maklumat.

Tempoh kajian ini dilaksanakan lebih kurang lima bulan bermula

bulan Februari hingga Julai.

Page 5: Contoh Kerja Kursus 2011 : Pencemaran

OBJEKTIF KAJIAN

1. Mentakrif konsep pencemaran alam sekitar.

2. Mengemukakan jenis-jenis pencemaran alam sekitar.

3. Mengenalpasti punca pencemaran alam sekitar di ..................

4. Menyatakan dan menghuraikan kesan pencemaran alam sekitar di .............

5. Mencadangkan langkah-langkah mengurangkan kesan pencemaran alam

sekitar di .........................

6. Menerapkan nilai dan unsur-unsur patriotisme dalam dapatan kajian.

Page 6: Contoh Kerja Kursus 2011 : Pencemaran

KAWASAN KAJIAN

Saya telah memilih …………………….sebagai kawasan kajian saya.

……………………terletak di Mukim …………….. dalam daerah Hulu Perak.

berada di antara bandar Gerik dan bandar Pengkalan Hulu. Jarak mutlak bandar

Gerik dan bandar Pengkalan Hulu melalui jalan raya ialah 45 kilometer.

…………… terletak di kawasan tanah pamah rendah dan beralun. Ini

membolehkan …………………… ditanam secara meluas.

Keluasan kawasan kajian saya ialah dalam lingkungan 5 kilometer persegi.

Page 7: Contoh Kerja Kursus 2011 : Pencemaran

PETA DAERAH GERIK

Page 8: Contoh Kerja Kursus 2011 : Pencemaran

PETA KAWASAN KAJIAN

Page 9: Contoh Kerja Kursus 2011 : Pencemaran

5. KAEDAH KAJIAN

Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan

maklumat yang tepat dan benar. Kaedah yang telah saya gunakan ialah :

Pemerhatian Saya telah memerhati pandang darat fizikal dan budaya di daerah Hulu Perak.

Soal selidikSaya telah mendapatkan maklumat berkaitan tajuk kajian dari 20 orang responden.

RujukanSaya telah melayari internet untuk mendapatkan maklumat berkaitan .....kg demo deh............ dan berkaitan pencemaran alam sekitar.

Page 10: Contoh Kerja Kursus 2011 : Pencemaran

6. DAPATAN KAJIAN

6.1 Konsep Pencemaran Alam Sekitar.

Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil daripada aktiviti manusia terhadap alam sekitar yang menyebabkan terganggunya keselesaan kehidupan manusia.

Contoh pencemaran alam sekitar ialah pencemaran air, udara, tanih, bunyi dan bau.

6.2 Jenis Pencemaran Alam Sekitar Di …………..

Kawasan …………….. merupakan kawasan pertanian ………………. Terdapat ………………… di sini. Kilang-kilang ini telah menyumbang kepada pencemaran di ………………. Pencemaran yang dikenalpasti wujud di ……………… ialah pencemaran udara. Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain yang boleh menghalang penglihatan mata merupakan pelbagai bentuk pencemaran udara Selain dari asap kilang terdapat aktiviti ternakan ayam yang menyumbang kepada pencemaran bau.

6.3 Punca pencemaran alam sekitar di ……………..

Hasil daripada pemerhatian dan soal selidik punca-punca pencemaran udara di …………… ialah dari aktiviti perkilangan, kenderaan bermotor, dan pembakaran terbuka. Manakala punca pencemaran bau ialah dari aktiviti penternakan ayam.

6.3.1 PerkilanganTerdapat dua buah kilang di ................. yang memproses hasil

pertanian. Pertama kelapa sawit iaitu kilang .................... dan yang kedua kilang getah, kilang ..................... Kedua-dua kilang ini telah mengeluarkan asap yang banyak terutama pada waktu malam. Kilang ini tidak menyediakan penapis asap kerana asap yang keluar adalah berwarna hitam.

Page 11: Contoh Kerja Kursus 2011 : Pencemaran

6.3.2 KenderaanJumlah kenderaan bermotor telah bertambah di .......................

Peningkatan jumlah ini adalah kerana meningatnya taraf hidup masyarakat di ................ Namun keaadan ini telah menyumbang bahaya kepada penduduk kerana jumlah asap dari kenderaan juga telah bertambah. Asap kenderaan mengandungi gas beracun iaitu karbon monoksida. Ia boleh menjejaskan kesihatan manusia dan menipiskan lapisan ozon.

6.3.3 Pembakaran terbukaLokasi pembuangan sampah di .......................... ialah di

Kampung ........................ Tempat ini telah dijadikan tempat pelupusan sampah sejak sekian lama. Namun kaedah pelupusannya tidak sistematik. Sampah dibakar tanpa kawalan. Ini telah menyumbang kepada pencemaran udara di ......................

6.3.4 Penternakan

Terdapat kawasan penternakan ayam secara komersial di Kampung ...................... Penternakan secara terbuka ini telah mendorong kepada pencemaran bau yang sangat busuk hingga mengganggu keselesaan penduduk.

Sebagai penduduk yang tinggal lama di ........................ kita mestilah mempunyai sikap bertanggungjawab dengan tindakan yang kita lakukan. Kita mesti ada kesedaran untuk menjaga alam sekitar.

6.4 Kesan Pencemaran Alam Sekitar di ..........................

6.4.1 Hujan AsidKejadian hujan asid berpunca daripada pelepasan asap dari kilang

kelapa sawit dan getah serta kenderaan bermotor. Asap mengandungi gas beracun seperti karbon dioksida, sulfur dioksida dan nitrogen oksida. Hujan asid boleh menjejaskan kesihatan terutama asma. Hasil daripada soal selidik ramai kanak-kanak dan orang tua menghidap asma.

6.4.2 JerebuBila sampah dibakar dan pada masa yang sama kilang mengeluarkan

asap maka akan menyebabkan jerebu. Sehingga sekarang jarak penglihatan masih pada jarak yang terkawal.

6.4.3 PenyakitHasil daripada soal selidik ramai kanak-kanak dan orang tua

menghidap asma dan sering demam. Ini adalah kesan daripada udara beracun yang dilepaskan oleh asap kilang dan jerebu.

6.4.4 Udara TercemarKesan pencemaran juga menyebabkan udara di ............. tercemar.

Asap kilang mengeluarkan bahan ampaian seperti debu ,habuk, kabus, wap gas seperti karbon monoksida, nitrogen oksida, hidrokarbon, sulfur oksida serta bau-bauan. 10

Page 12: Contoh Kerja Kursus 2011 : Pencemaran

6.4.5 Bau BusukBau busuk daripada reban penternakan ayam secara terbuka juga telah

mengganggu keselesaan hidup penduduk sekitarnya. Terutama penduduk yang tinggal di Taman Permai dan Taman Merdeka.

Walaupun terdapat kesan-kesan pencemaran seperti yang dinyatakan di atas, namun saya tetap bersyukur dapat tinggal di sini kerana pencemaran udara dan bau ini masih terkawal dan tidak serius.

6.5 Langkah-langkah mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di .................................

6.5.1. Kuat kuasa undang-undang50% dari responden mensarankan agar pihak berwajib mengenakan

tindakan undang-undang seperti denda ke atas kilang yang tidak mengikut peraturan. Akta alam sekitar..... harus dipatuhi supaya pencemaran berada di tahap minimum.

6.5.2. KempenPihak Majlis daerah Selama haruslah sentiasa mengingatkan penduduk

agar sentiasa menjaga persekitaran dari dicemar. Kempen kesedaran juga harus dipanjangkan kepada kilang-kilang yang beroperasi di .........................

6.5.3. Tapak pelupusanDicadangkan agar tapak pelulusan dibuat secara sistematik dan

tertutup. Pembakaran secara terbuka dilarang sama sekali.

6.5.4. Penapis asap

Pihak kilang diwajibkan memasang penapis asap supaya asap yang dilepaskan di udara tidak mengandungi racun.

Daripada langkah-langkah yang disarankan kerjasama semua piahk perlu diwujudkan agar tidak berlaku pencemaran alam sekitar di Selama.