contoh kerja kursus pengajian perniagaan tingkatan 6 penggal 3 2015 (stpm) ( kfc malaysia )

26
ISI KANDUNGAN Tajuk Penghargaan Abstrak Isi Kandungan Pengenalan Objektif Kajian Latar Belakang Kajian Kaedah Kajian Dapatan Kajian Rumusan Rujukan Lampiran PENGHARGAAN Pengkaji ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana atas limpah kurnia-Nya, pengkaji dapat menyelesaikan tugasan ini dengan sempurna. Tidak dapat dinafikan bahawa pelbagai rintangan terpaksa dialami oleh pengkaji semasa menjalankan kajian ini, namun atas pertolongan dan rahmat-Nya kajian ini telah disiapkan dengan sempurna dan sedia dihantar pada tarikh yang telah ditetapkan. Pada kesempatan ini juga, pengkaji ingin merakamkan sejuta penghargaan kepada Encik Haji Abd Bari Bin Ahmad selaku Pengetua SMK Datuk Bendahara atas sokongan moral yang diberikan sepanjang pengkaji menjalankan kajian ini. Begitu juga dengan guru matapelajaran Pengajian Perniagaan iaitu Puan Rohana Binti Mohd Tahir yang banyak memberikan tunjuk ajar dan bimbingan dalam menjalankan kajian ini. Hanya Tuhan yang mampu membalas jasa baik mereka. Tidak lupa juga, pengkaji ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa pengkaji yang telah memberikan sokongan moral dan kewangan kepada pengkaji bagi menyelesaikan kajian ini. Tanpa mereka, kajian ini tidak dapat disempurnakan dengan baik.

Upload: thanushah-soniyasee

Post on 21-Jan-2018

4.874 views

Category:

Education


56 download

TRANSCRIPT

ISI KANDUNGAN

Tajuk

Penghargaan

Abstrak

Isi Kandungan

Pengenalan

Objektif Kajian

Latar Belakang Kajian

Kaedah Kajian

Dapatan Kajian

Rumusan

Rujukan

Lampiran

PENGHARGAAN

Pengkaji ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana atas limpah kurnia-Nya,

pengkaji dapat menyelesaikan tugasan ini dengan sempurna. Tidak dapat dinafikan bahawa

pelbagai rintangan terpaksa dialami oleh pengkaji semasa menjalankan kajian ini, namun atas

pertolongan dan rahmat-Nya kajian ini telah disiapkan dengan sempurna dan sedia dihantar

pada tarikh yang telah ditetapkan.

Pada kesempatan ini juga, pengkaji ingin merakamkan sejuta penghargaan kepada

Encik Haji Abd Bari Bin Ahmad selaku Pengetua SMK Datuk Bendahara atas sokongan

moral yang diberikan sepanjang pengkaji menjalankan kajian ini. Begitu juga dengan guru

matapelajaran Pengajian Perniagaan iaitu Puan Rohana Binti Mohd Tahir yang banyak

memberikan tunjuk ajar dan bimbingan dalam menjalankan kajian ini. Hanya Tuhan yang

mampu membalas jasa baik mereka.

Tidak lupa juga, pengkaji ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa

pengkaji yang telah memberikan sokongan moral dan kewangan kepada pengkaji bagi

menyelesaikan kajian ini. Tanpa mereka, kajian ini tidak dapat disempurnakan dengan baik.

Buat rakan-rakan seperjuangan, pengkaji ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi

berkongsi maklumat serta pertolongan yang diberikan semasa pengkaji menjalankan kajian

ini. Semoga usaha keras kita akan membuahkan hasil dan sentiasa dirahmati Tuhan.

Akhir sekali, pengkaji ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada

para guru dan semua pihak yang terbabit sepanjang proses penyiapan projek ini sama ada

secara langsung ataupun tidak langsung. Semoga kalian dirahmati dan beroleh kehidupan

yang sejahtera.

Analisis Campuran Pemasaran yang diamalkan oleh Syarikat Kentucky Fried Chicken

Malaysia.

ABSTRAK

Kajian ini adalah berkaitan sebuah syarikat multinasional ( MNC ) iaitu perniagaan

Kentucky Fried Chicken ( KFC ) yang berpusat di Louisville, Kentucky, Amerika

Syarikat. Namun, bagi memudahkan pencarian maklumat, pengkaji memilih syarikat KFC

Malaysia yang merupakan salah satu cawangan bagi perusahaan KFC antarabangsa. Pengkaji

menjalankan kajian ini berdasarkan objektif kajian iaitu, mengenalpasti campuran pemasaran

produk Syarikat KFC Malaysia berdasarkan kedalaman, kelebaran, klasifikasi dan atribut

produk. Juga, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kaedah campuran promosi yang

digunakan dan strategi penetapan harga umum dan harga produk baharu Syarikat KFC

Malaysia. Dalam kajian ini, pengkaji hanya mengunakan data sekunder untuk mendapatkan

maklumat iaitu daripada internet, surat khabar, majalah dan jurnal. Pengkaji menjalankan

kajian ini setelah melalui penelitian laman sesawang dan jurnal serta akhbar yang boleh

didapati dalam ruangan laman sesawang yang berkaitan. Dengan adanya kaedah campuran

pemasaran, syarikat KFC Malaysia dapat meningkatkan keuntungan mereka dan dapat

mengekalkan syarikat mereka sebagai pengeluar makanan segera terunggul di negara

Malaysia. Dengan adanya produk-produk baharu yang sentiasa memenuhi pasaran, syarikat

KFC Malaysia yakin bahawa perkhidmatan penyediaan makanan segera ini akan mendapat

sambutan ramai senantiasa. Mereka percaya bahawa dengan adanya campuran pemasaran,

syarikat KFC Malaysia yang ditubuhkan mereka akan sentiasa berkembang maju.

1.0 PENGENALAN

Menurut Kurtz (2008, P7) pemasaran adalah fungsi organisasi dan sebuah proses

untuk menciptakan, mengkomunikasikan, dan mengirimkan nilai untuk pelanggan dan

mengatur hubungan dengan pelanggan sebagai cara untuk menguntungkan perusahaan dan

juga pihak berkepentingan.

Menurut teori Kotler dan Armstrong (2008, P5) pemasaran adalah sebuah proses

perusahaan menciptakan nilai untuk pengguna dan membangun hubungan kuat dengan

pengguna dengan tujuan untuk menciptakan keuntungun dari pengguna. Pemasaran adalah

suatu proses analisis, perencanaan, implementasi, koordinasi dan pengendalian program yang

meliputi kebijakan produk, harga, promosi dan distribusi dari produk, perkhidmatan dan idea

yang ditawarkan untuk menciptakan dan meningkatkan pertukaran manfaat dengan pasar

sasaran dalam upaya pencapaian tujuan organisasi.

Campuran pemasaran adalah satu konsep yang diguna oleh pemilik perniagaan,

eksekutif pemasaran, pengurus operasi dan juga usahawan dalam mengaplikasikan

strategi campuran pemasaran tradisional empat P‟s (4P‟s) iaitu produk, harga, promosi dan

saluran pengagihan. Strategi campuran pemasaran ini berkeupayaan berbentuk membantu

sesebuah perniagaan dalam menentukan kesesuaian sesuatu produk atau perkhidmatan

disasarkan kepada sasaran pasaran yang tepat. Perlaksanaan strategi pemasaran yang

berkesan dan berjaya bergantung kepada operasi syarikat mengaplikasikan pengetahuan

tentang pemasaran dan strategi campuran pemasaran dalam bidang keusahawanan menjadi

satu program tindakan yang padu dan dapat menyokong strategi yang bakal dilaksanakan.

Aspek pengetahuan tentang strategi campuran pemasaran penting bagi membolehkan

syarikat menyusun strategiknya untuk mencapai kejayaan dalam pemasaran produk dan

perkhidmatan yang diusahakan selain daripada pengetahuan asas perniagaan semata-

mata. Pengetahuan strategi campuran pemasaran memainkan peranan yang penting dalam

menentukan kejayaan ataupun kegagalan sesebuah perniagaan. Justeru itu, yang menjadi teras

kepada strategi pemasaran adalah pemilihan strategi campuran pemasaran yang bersesuaian

dan menepati sasaran pasaran melalui pelaksanaan yang cekap. Keupayaan untuk memahami

strategi campuran pemasaran iaitu, produk, harga, promosi dan saluran pengagihan adalah

asas kejayaan kepada usahawan untuk berjaya di dalam perniagaan.

Elemen-elemen campuran pemasaran terbahagi kepada empat, iaitu :

1.1. Produk (Product)

Menurut Sumarni dan Soeprihanto (2010:274), mengatakan bahawa produk adalah setiap

apa saja yang boleh ditawarkan di pasar untuk mendapatkan perhatian, permintaan,

pemakaian atau penggunaan yang dapat memenuhi keinginan atau keperluan

pengguna. Produk tidak hanya selalu berupa barang tetapi boleh juga berupa perkhidmatan

ataupun gabungan dari kedua-duanya. Produk merujuk pada proses pembuatan keputusan

mengenai penyelidikan dan pembangunan produk baharu, perancangan pengurusan produk,

pembungkusan, dan jaminan produk.

1.2. Harga (Price)

Menurut Sumarni dan Soeprihanto (2010:281) harga adalah merupakan jumlah ruang

(ditambah beberapa produk kalau mungkin) yang diperlukan untuk mendapatkan sejumlah

kombinasi dari barang berserta pelayanannya. Setelah produk yang diproduksi siap untuk

dipasarkan, maka perusahaan akan menentukan harga dari produk tersebut. Pemboleh ini

berkaitan dengan penetapan harga atau penawaran harga yang selaras dengan matlamat

sesebuah organisasi. Strategi penentuan harga adalah seperti memberikan diskaun dan

memberikan ganjaran atau hadiah berdasarkan harga yang ditawarkan.

1.3. Promosi (Promotion)

Menurut Tjiptono (2008:219), pada hakikatnya promosi adalah suatu bentuk komunikasi

pemasaran. Komunikasi pemasaran adalah aktiviti pemasaran yang berusaha menyebarkan

informasi, mempengaruhi, memujuk, atau mengingatkan pengguna atas perusahaan dan

produknya agar bersedia menerima, membeli produk yang ditawarkan. Promosi merujuk pada

aktiviti penyebaran maklumat berkenaan produk kepada pengguna bagi tujuan membuat

keputusan pembelian. Aktiviti promosi yang boleh dijalankan adalah seperti pengiklanan,

publisiti, jualan langsung, dan demonstrasi produk.

1.4. Pengedaran Atau Pengagihan (Place)

Definisi dari Sumarni dan Soeprihanto (2010:288) tentang saluran distribusi adalah,

saluran yang digunakan oleh penjual untuk menyalurkan produk tersebut dari penjual sampai

ke pengguna. Pengedaran atau pengagihan merujuk pada aktiviti menentukan lokasi agihan

dan waktu pengagihan. Pembuatan keputusan pengedaran melibatkan pemilihan, penilaian

dan penyelerasan saluran pengagihan termasuk cara penghantaran, kaedah pengangkutan,

cara penyimpanan stok, dan pengawalan inventori.

Pengkaji telah ditugaskan membuat kajian ke atas pendekatan strategik sebuah

syarikat mulitnasional (MNC) berdasarkan aspek aktiviti perniagaaan yang dijalankan, aspek

konsep-konsep perniagaan antarabangsa yang diaplikasikan oleh syarikat dan mencadangkan

strategi yang sesuai berdasarkan hasil analisis. Oleh itu, pengkaji telah memilih syarikat

Kentucky Fried Chicken (KFC) sebagai skop kajian. Organisasi ini terlibat dalam aktiviti

pemasaran makanan segera di seluruh dunia. Pengkaji akan mengkaji beberapa aspek dalam

aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh perusahaan KFC Malaysia yang dijalankan oleh

perusahaan itu yang meliputi aspek analisis kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman

(SWOT).

Tujuan utama pengkaji menjalankan kajian ini adalah untuk mengenal pasti sama ada

Syarikat KFC Malaysia menjalankan campuran pemasaran dalam perniagaan mereka.

Syarikat KFC diasaskan oleh Kolonel Harland Sanders. KFC yang pertama didirikan oleh

Kolonel Harland Sanders, yang mulai menjual ayam gorengnya dari pinggir jalan restoran di

Corbin, Kentucky pada tahun 1930.

Kini, Syarikat KFC telah membuka banyak cawangan di seluruh dunia seperti di

negara India, Malaysia, Singapura dan sebagainya. Sehingga kini, terdapat 500 daripada 672

restoran KFC di seluruh negara, manakala selebihnya di Brunei, Singapura, India dan

Kemboja. Syarikat KFC mendapat sambutan yang hangat daripada penduduk tempatan.

Makanan segera KFC menjadi pilihan dan makanan kegemaran penduduk di Malaysia tanpa

mengira umur, jantina dan kerjaya.

Selain itu, pengkaji perlu mendapatkan kaedah campuran pemasaran yang digunakan

oleh syarikat perusahaan KFC Malaysia. Antara keadah campuran pemasaran yang terdapat

ialah produk, penetapan harga, promosi, dan pengedaran atau pengagihan. Kaedah campuran

pemasaran ini amat penting dalam membantu organisasi meningkatkan dan meluaskan

pasaran di pasaran negara ini.

Tambahan pula, pengkaji akan mencadangkan strategi pemasaran yang boleh

digunakan oleh syarikat KFC Malaysia untuk meningkatkan keuntungan dan terus menguasai

pasaran. Berdasarkan hasil analisis yang dibuat, antara strategi pemasaran yang boleh

dilaksanakan adalah seperti strategi 4P iaitu produk, harga, tempat dan promosi. Pengkaji

akan mencadangkan beberapa penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh syarikat

perusahaan KFC Malaysia untuk meningkatkan lagi kualiti keluaran mereka.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk mencapai tiga objektif utama berkaitan campuran pemasaran

yang dijalankan oleh Syarikat KFC Malaysia :

2.1. Mengenalpasti campuran pemasaran produk Syarikat KFC Malaysia

berdasarkan kedalaman, kelebaran, klasifikasi dan atribut produk.

2.2. Mengenalpasti kaedah campuran promosi yang digunakan oleh Syarikat

KFC Malaysia.

2.3. Mengenalpasti strategi penetapan harga umum dan harga produk baharu

Syarikat KFC Malaysia.

3.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Logo Syarikat KFC Antarabangsa

Pengetahuan strategi campuran pemasaran memainkan peranan yang penting dalam

menentukan kejayaan ataupun kegagalan sesebuah perniagaan. Justeru itu, yang menjadi

teras kepada strategi pemasaran adalah pemilihan strategi campuran pemasaran yang

bersesuaian dan menepati sasaran pasaran melalui pelaksanaan yang cekap. Keupayaan

untuk memahami strategi campuran pemasaran iaitu, produk, harga, promosi dan saluran

pengagihan adalah asas kejayaan kepada usahawan untuk berjaya di dalam perniagaan.

Tujuan pengkaji membuat kajian ini ialah bagi mengenalpasti proses campuran

pemasaran produk berdasarkan kedalaman, kelebaran, klasifikasi dan atribut produk yang

diamalkan oleh Syarikat KFC Malaysia. Seterusnya, mengenalpasti kaedah campuran

promosi yang digunakan dan juga mengenalpasti strategi penetapan harga umum dan harga

produk baharu bagi produk KFC Malaysia.

Kentucky Fried Chicken (KFC ) merupakan salah satu rangkaian makanan segera

yang paling terkenal di dunia ini. Syarikat perusahaan KFC bermula pada tahun 1930- an

yang diperkenalkan dan diasaskan oleh Colonel Sanders di Amerika Syarikat selatan sebagai

operasi francais kecil. Colonel Sanders telah menjadi personaliti terkenal melalui penubuhan

dan pembukaan beribu-ribu restoran-restoran KFC di seluruh dunia. Kualiti, perkhidmatan

dan kebersihan ( QSC ) mewakili faktor-faktor kejayaan yang paling penting bagi kejayaan

global syarikat KFC. Pengkaji memilih KFC Malaysia sebagai objek kajian

untuk menjalankan kajian ini.

KFC Malaysia diuruskan oleh QSR Brands Berhad, iaitu sebuah syarikat milik

Jcorps. Sebut sahaja Johor Corporation (JCorp), bukan sedikit yang tidak mengenali entiti

itu, lebih-lebih lagi penerajunya Tan Sri Muhammad Ali Hashim yang dikatakan mirip

Colonel Sanders, pengasas restoran KFC. KFC merupakan antara perniagaan kendalian JCorp

yang berjaya. Malah, kejayaannya kini melangkau ke luar negara. Restoran KFC Malaysia

yang pertama dibuka di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada tahun 1973 dan

sehingga tahun 2013 terdapat 579 cawangan KFC di seluruh Malaysia. Restoran KFC

menyediakan pelbagai jenis makanan segera seperti ayam goreng, nugget, burger dan

mencatat prestasi yang membanggakan dalam industri restoran makanan segera di

Malaysia. Cawangan KFC meliputi tiga jenis iaitu restoran pandu lalu, restoran di pusat

membeli belah dan restoran sahaja.

Walaupun produk KFC ditujukan kepada masyarakat umum, ia berjaya

membahagikan pasaran mengikut segmen tertentu. Produk KFC ditujukan kepada kanak-

kanak, remaja dan keluarga. Contohnya, menu “chicky meal” disediakan istimewa untuk

kanak-kanak. Iklan KFC di media massa sering memaparkan restoran KFC sebagai restoran

makanan segera untuk keluarga, dengan konsep ceria dan menyeronokkan. Semua restoran

KFC terletak di pinggir bandar dan juga pusat bandar. Sebahagian besar pelanggan KFC

terdiri daripada kelas menengah dan atasan yang mementingkan kebersihan, keselesaan dan

kualiti produk.

Sebagai peneraju industri makanan segera di Malaysia, restoren KFC Malaysia

sememangnya menghadapi persaingan sengit daripada firma lain seperti Marry Brown,

Kenny Rogers dan sebagainya. Memandangkan majoriti penduduk negara ini beragama

Islam, setiap aspek proses pembuatan makanan restoren KFC mengikut kawalan ketat dan

menerima sijil halal yang hanya diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan

dengan tegas mematuhi MS1500: 2009.

3.1 LOKASI KAJIAN

Gambar di atas menunjukkan salah sebuah cawangan restoran KFC di Selangor,

Malaysia.

4.0 KAEDAH KAJIAN

Bahagian ini menjelaskan cara yang digunakan oleh pengkaji untuk mendapatkan

hasil kajian. Pengkaji dibenarkan menggunakan data primer mahupun data sekunder.

Menurut Webster New World Dictionary, pengertian data adalah „things known‟ atau

„assumed‟, yang bererti bahawa data itu sesuatu yang diketahui atau dianggap. Diketahui

ertinya yang sudah terjadi merupakan fakta (bukti). Data dapat memberikan gambaran

tentang suatu keadaan atau persoalan. Data juga didefinisikan sebagai sekumpulan informasi

atau nilai yang diperoleh dari pemerhatian sesuatu objek. Data yang baik adalah data yang

boleh dipercayai kebenarannya (reliable), dan tepat waktu. Data terbahagi kepada dua jenis

iaitu, data primer dan data sekunder.

Data primer adalah data yang diperoleh atau dikumpulkan oleh peneliti secara

langsung dari sumber datanya. Data primer disebut juga sebagai data asli atau data baru yang

memiliki sifat „up to date‟. Untuk mendapatkan data primer, peneliti harus

mengumpulkannya secara langsung. Manfaat utama dari data primer adalah bahwa unsur-

unsur kebohongan tertutup terhadap sumber fenomena. Oleh kerana itu, data primer lebih

mencerminkan kebenaran yang dilihat. Teknik yang dapat digunakan peneliti untuk

mengumpulkan data primer antara lain observasi, wawancara, diskusi terfokus ( Focus Group

Discussion – FGD ) dan penyebaran boring soal selidik.

Data sekunder merupakan data yang boleh diperoleh atau dikumpulkan maklumat dari

semua sumber yang sudah ada melalui media perantaraan yang diperoleh dan dicatat oleh

pihak lain. Manfaat yang diperoleh dari data sekunder adalah bahawa seorang peneliti

mampu memperoleh informasi lain selain informasi utama. Data sekunder biasanya

diperolehi dari berbagai sumber misalnya jurnal buku, laporan dan sebagainya.

Pengkaji menggunakan kaedah data sekunder bagi memperoleh maklumat sepanjang

menjalankan kajian ini.

4.1 Data sekunder

Data sekunder merupakan data yang diperoleh daripada internet, buku, keratan akhbar,

jurnal dan majalah. Pengkaji telah membuat rujukan seperti mengenalpasti campuran

pemasaran syarikat KFC Malaysia berdasarkan kedalaman, kelebaran, klasifikasi dan atribut

produk. Pengkaji juga mengenalpasti kaedah campuran promosi yang digunakan oleh

syarikat KFC Malaysia dan mengenalpasti strategi penetapan harga umum dan harga produk

baharu berdasarkan hasil analisis mengikut kehendak Majlis Peperiksaan Malaysia yang

memerlukan calon menjelaskan maksud bagi perkara-perkara tersebut. Selain itu, pengkaji

membuat rujukan laman sesawang seperti Wikipedia bagi mengetahui latar belakang syarikat

KFC Malaysia dan laman berkaitan dengan syarikat KFC Malaysia bagi memperoleh data

bagi menjalankan kajian ini.

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Kajian ini membincangkan campuran pemasaran yang diamalkan oleh syarikat KFC

Malaysia. Aktiviti pemasaran dibentuk daripada campuran pemasaran, iaitu kombinasi

pemboleh ubah yang menentukan strategi pemasaran yang akan digunakan oleh sesebuah

organisasi pemasaran. Melalui pasaran sedia ada, pemasar akan menggunakan campuran

pemasaran untuk mengenal pasti sasaran yang boleh membantu organisasi mengekalkan

kedudukannnya dalam pasaran dan seterusnya menguasai keseluruhan pasaran. Campuran

pemasaran terdiri daripada tiga pemboleh ubah, iaitu produk, promosi dan harga.

5.1 Campuran pemasaran produk Syarikat KFC Malaysia berdasarkan kedalaman,

kelebaran, klasifikasi dan atribut produk.

Produk

Pengertian produk menurut Kotler dan Armstrong, (2001 : 346) adalah segala sesuatu

yang dapat ditawarkan ke pasar untuk mendapatkan perhatian, dibeli, atau digunakan, yang

dapat memuaskan keinginan. Produk merupakan titik pusat dari kegiatan pemasaran kerana

produk merupakan hasil dari suatu perusahaan yang dapat ditawarkan ke pasar untuk dijual

dan merupakan alat dari suatu perusahaan untuk mencapai tujuan dari perusahaannya.

5.1.1. Kedalaman Campuran Produk

Kedalaman campuran produk merujuk pada bilangan item produk yang dihasilkan dan

bilangan versi yang ditawarkan oleh setiap produk tersebut. Syarikat KFC Malaysia menjual

burger yang berlainan perisa, saiz dan ramuan yang berbeza seperti Burger KFC Zinger

Double Down, Hamburger, Colonel Burger, Zinger Burger, Lil' Zinger Combo, Cheezy

Nugget Burger Combo, Colonel Burger Combo, Zinger Burger Combo, Spicy Korean

Burger, Burger Zinger Remixed, dan Burger Double Down Maxx.

5.1.2. Kelebaran Campuran Produk

Kelebaran campuran produk syarikat KFC Malaysia merujuk kepada bilangan lini

produk yang dipasarkan kepada pengguna. Campuran produk yang besar dapat menarik

perhatian pengguna dalam pelbagai segmen pasaran. Campuran produk syarikat KFC

Malaysia terdiri daripada pelbagai jenis makanan seperti burger, sandwich, sarapan pagi,

makanan tengah hari, makanan malam, salad, kentang goreng, nuget, bubur, aiskrim, pencuci

mulut dan minuman.

5.1.3. Klasifikasi Produk

Secara umumnya, terdapat dua jenis produk dalam pasaran, iaitu produk pengguna dan

produk industri. Produk yang dikeluarkan oleh Syarikat KFC Malaysia merupakan produk

pengguna. Produk pengguna boleh diklasifisikan kepada barangan mudah beli, barangan beli-

belah, barangan istimewa, dan barangan tidak dicari. Kesemua kategori barangan ini

mempunyai aras permintaan yang berbeza dan melibatkan penggunaan strategi pemasaran

yang berbeza.

Produk yang dikeluarkan oleh Syarikat KFC Malaysia tergolong dalam golongan

barangan mudah beli. Barangan mudah beli ialah barangan yang boleh diperoleh dalam

jangka masa singkat dan kerap dibeli oleh pengguna. Harga barangan mudah beli adalah

murah dan pengguna tidak perlu mengambil masa yang lama untuk

mendapatkannya. Barangan mudah beli boleh dibahagikan kepada beberapa kategori

tertentu.

Produk makanan segera yang dihasilkan oleh Syarikat KFC Malaysia tergolong dalam

kategori barangan gerak hati. Barangan gerak hati ialah barangan yang dibeli tanpa

memerlukan perancangan rapi, tetapi disebabkan pengguna tertarik dengan faktor tertentu

seperti tawaran hebat, hadiah percuma, atau peragaan yang menarik. Makanan segera

keluaran syarikat KFC Malaysia menjadi pilihan semua warga tanpa mengira

umur. Pengguna boleh mendapatkan produk KFC pada bila-bila masa dan di mana- mana

sahaja.

5.1.4 Atribut Produk

Pengertian atribut produk menurut Fandy Tjiptono (2007:103) iaitu “Atribut Produk

adalah unsur-unsur produk yang dipandang penting oleh pengguna dan dijadikan dasar

pengambilan keputusan pembelian.” Dari pengertian diatas dapat disimpulkan bahawa atribut

produk penting dan dapat dijadikan pengambilan keputusan dalam suatu pembelian yang

dilakukan oleh pengguna. Keputusan dibuat terhadap produk tersebut dari segi mutu, ciri,

dan reka bentuk produk.

a) Mutu Produk

Syarikat KFC Malaysia menekankan aspek kualiti produk berbanding pengeluar

makanan segera yang lain. Syarikat KFC Malaysia mengeluarkan makanan segera yang

bermutu tinggi kerana syarikat ini menggunakan ayam yang bermutu tinggi. Bahan-bahan

seperti lada hitam, mustard, sos tiram yang berkualiti digunakan dalam proses pembuatan

burger. Penggunaan barang yang berkualiti membolehkan Syarikat KFC Malaysia mengaut

keuntungan dan seterusnya meningkatkan jualan syarikat mereka.

b) Ciri Produk

Ciri produk yang unik mampu menonjolkan keistimewaan produk pengeluar daripada

produk pesaing. Syarikat KFC Malaysia mengeluarkan makanan segera yang terdiri daripada

pelbagai jenis rasa, perisa dan bentuk. Antara bentuk makanan segera KFC ialah jenis nasi,

makanan ringan, burger dan minuman bergas. Kepelbagaian perisa dan bentuk ini

membolehkan pengguna mempunyai pelbagai pilihan yang menetapi citarasa mereka.

c) Reka Bentuk Produk

Reka bentuk produk mengambarkan gaya produk sesuatu syarikat. Syarikat KFC

Malaysia mengeluarkan makanan segera yang terdiri daripada pelbagai saiz iaitu dari saiz

mini, kecil, sederhana dan besar. Ini membolehkan pengguna senang memperoleh makanan

segera KFC di pasaran. Jika dibandingkan dengan pesaing Syarikat KFC Malaysia iaitu Mc

Donalds, makanan segera keluaran syarikat KFC Malaysia menjadi pilihan kerana produk

KFC Malaysia boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan senang dibawa balik ke

rumah. Kepelbagaian saiz ini membolehkan semua rakyat Malaysia menikmati produk

Kentucky Fried Chicken tanpa mengira taraf hidup. Hal ini demikian kerana harga produk

adalah berdasarkan perisa dan kualiti kesemua makanan segera KFC adalah sama.

5.2 Kaedah campuran promosi yang digunakan oleh Syarikat KFC Malaysia.

Promosi

Promosi adalah suatu bentuk komunikasi pemasaran. Komunikasi pemasaran adalah

aktiviti pemasaran yang berusaha menyebarkan informasi, mempengaruhi, memujuk, atau

mengingatkan pengguna atas perusahaan dan produknya agar bersedia menerima, membeli

produk yang ditawarkan. Promosi merujuk pada aktiviti penyebaran maklumat berkenaan

produk kepada pengguna bagi tujuan membuat keputusan pembelian. Aktiviti promosi yang

boleh dijalankan adalah seperti pengiklanan, publisiti, jualan langsung, dan demonstrasi

produk. Untuk mempromosikan produk syarikat, perusahaan KFC Malaysia telah mengatur

strategi untuk membuat iklan melalui media elektronik iaitu di televisyen, radio, laman

sesawang, melalui poster dan lain-lain.

5.2.1 Pengiklanan

Definisi pengiklanan :

Pengiklanan merupakan sebarang bentuk persembahan atau komunikasi berbayar,

bersifat tidak peribadi yang ditujukan kepada kumpulan sasaran dengan tujuan untuk

mempromosi, memperkenal dan meningkatkan atau melariskan jualan produk syarikat KFC

Malaysia, perkhidmatan atau idea oleh penaja yang dikenalpasti. Dalam pengiklanan produk

syarikat KFC Malaysia di media elektronik iaitu di televisyen, pihak penaja yang terlibat

dalam pengiklanan produk ialah Kentucky Fried Chicken ( KFC ), Syarikat KFC

HOLDINGS (MALAYSIA) BHD yang melibatkan pembayaran oleh pihak penaja. Sebelum

pengiklanan dibuat, syarikat KFC Malaysia terlebih dahulu telah menetapkan objektif

pengiklanan mereka yang terdiri daripada pengiklanan memberitahu pelanggan untuk

memaklumkan pasaran tentang keluaran produk baru syarikat mereka.

Yang kedua, pengiklanan memujuk iaitu menggalakkan pengguna menukar pembelian

produk daripada syarikat lain kepada membeli produk hasil syarikat KFC Malaysia. Yang

ketiga, pengiklanan mengingatkan pelanggan bahawa keluaran produk baru syarikat KFC

Malaysia ini mungkin diperlukan pada masa akan datang dan seterusnya memenuhi citarasa

mereka. Secara amnya, penentuan objektif pengiklanan perlu ditentukan berasaskan situasi

pasaran semasa misalnya, semasa produk syarikat KFC Malaysia berada di dalam peringkat

pengenalan, program pengiklanan mungkin lebih memberikan penumpuan kepada pengguna

berkenaan kewujudan produk syarikat tersebut. Pengiklanan juga dikategorikan sebagai

komunikasi bersifat tidak peribadi yang ditujukan kepada sasaran pasaran yang ramai. Ini

menunjukkan bahawa aktiviti pengiklanan KFC Malaysia tidak melibatkan komunikasi atau

usaha promosi daripada pihak pengeluar atau pemasar secara bersemuka atau secara langsung

dengan pengguna sasaran.

5.2.2 Promosi Jualan

Definisi promosi :

Promosi jualan membawa maksud segala rangsangan secara langsung yang

menawarkan insentif ataupun nilai yang lebih ke atas keluaran melalui desakan jualan, agihan

keluaran kepada pengguna akhir dengan objektif untuk mewujudkan jualan segera.

Tujuan promosi jualan :

1) Tujuan promosi jualan yang dijalankan oleh syarikat KFC Malaysia adalah untuk menarik

pencuba baru terutamanya dari kalangan pembeli yang dikenali sebagai mereka yang suka

menukar jenama pilihan.

2) Sebab kedua adalah sebagai ganjaran kepada pelanggan yang setia menyokong produk

syarikat KFC Malaysia.

3) Sebab ketiga adalah untuk meningkatkan kadar pembelian semula di kalangan pembeli

produk KFC sekali-sekala sebelum ini.

5.2.3 Publisiti

Definisi publisiti :

Publisiti merupakan cubaan sengaja bagi mengurus pandangan umum terhadap sesuatu

subjek. Subjek publisiti termasuk orang, keluaran atau barangan, perkhidmatan pelbagai

jenis organisasi dan hasil kerja seni atau hiburan. Dari segi pemasaran, publisiti merupakan

satu komponen promosi yang merupakan satu komponen pemasaran.

Tujuan publisiti :

1) Tujuan publisiti dilakukan oleh syarikat KFC Malaysia bagi mengukuhkan jenama syarikat

tersebut.

2) Syarikat KFC Malaysia ingin memperkenalkan produk-produk makanan segera yang baru

kepada pelanggan mereka.

Syarikat KFC Malaysia mengamalkan pelbagai kaedah campuran promosi bagi

melariskan produk-produknya di Malaysia. Antaranya termasuklah kaedah pengiklanan,

promosi jualan dan publisiti melalui media massa. Syarikat KFC Malaysia memperuntukkan

hampir RM100 juta untuk perbelanjaan promosi seperti pengiklanan dalam media cetak dan

media elektronik, promosi melalui laman web iaitu kfc.com.my, penajaan program televisyen

untuk kanak-kanak dan juga pemberian baucer kepada pelanggan. Kesemua kaedah

campuran pemasaran yang dijalankan oleh syarikat KFC Malaysia adalah bertujuan untuk

meningkatkan keuntungan syarikat tersebut disamping bagi memenangi hati masyarakat

tempatan.

Seterusnya, syarikat KFC Malaysia menggunakan media massa untuk mempromosi

produk-produk terbaharu mereka bagi memudahkan kaedah promosi dijalankan kerana pada

zaman yang moden ini, media massalah yang menjadi penghubung masyarakat dengan

syarikat-syarikat besar seperti KFC. Media massa seperti talevisyen, radio, dan laman

sesawang internet amat berguna bagi syarikat ini dalam usaha mendapatkan ramai pelanggan

setia.

Oleh kerana syarikat KFC Malaysia menggunakan kaedah campuran pemasaran

seperti pengiklanan, promosi jualan, dan publisiti, syarikat ini sentiasa dapat

menyeimbangkan kadar perbelanjaan dengan keuntungan syarikat mereka. Hal ini

menyebabkan, syarikat tersebut untuk terus mengekalkan kedudukannya sebagai sebuah

syarikat pengeluar makanan segera yang terunggul di negara ini.

Kesimpulannya, kaedah campuran pemasaran promosi yang digunakan oleh syarikat

KFC Malaysia ternyata banyak membantu syarikat tersebut untuk maju ke hadapan di negara

ini. Kaedah yang diguna pakai oleh syarikat ini memberi kesan positif dari segi keuntungan

dan kemajuan syarikat mereka.

5.3 Strategi penetapan harga umum dan harga produk baharu Syarikat KFC Malaysia.

Harga

Menurut Henry Simamora dalam buku “Akauntansi Basis Pengambilan Keputusan

Bisnes”, menjelaskan bahawa “Harga adalah sejumlah wang yang dibebankan atau

dikeluarkan atas sebuah produk atau perkhidmatan (2002 : 74). Harga merupakan wang yang

dikenakan untuk sesuatu keluaran atau perkhidmatan yang diberikan melalui proses

pertukaran dan harga juga merupakan campuran pemasaran yang mengeluarkan hasil dan

elemen-elemen lain hanyalah kos. Harga dapat ditentukan mengikut kesesuaian pasaran

melalui proses penawaran.

Faktor-faktor yang mempengaruhi penentuan harga

5.3.1 Faktor-faktor Dalaman

a. Objektif Pemasaran

Memaksimumkan untung semasa

Perletakan harga bagi tujuan memaksimumkan keuntungan semasa syarikat KFC

Malaysia. Kebiasaannya harga tinggi diletakkan bertujuan untuk menanggung kos yang telah

dilaburkan ketika pemprosesan produk dilakukan untuk mengeluarkan produk yang berkualiti

seperti perkhidmatan syarikat iaitu makanan segera yang akan mendapat tempat di hati

pelanggan.

b. Strategi Campuran Pemasaran

Harga memainkan peranan penting dalam campuran pemasaran. Harga yang dikenakan

hendaklah disesuaikan mengikut keputusan merekabentuk produk, pengagihan dan promosi

serta penyiasatan dan pemprosesan yang telah syarikat KFC Malaysia jalankan untuk

menghasilkan pemasaran yang konsisten dan berkesan.

c. Kos

Pihak syarikat KFC Malaysia perlulah meletakkan harga yang berpatutan meliputi kos

pengeluaran, pengagihan, penjualan dan pada masa yang sama menghasilkan pulangan yang

setimpal dengan usaha yang telah dijalankan dan risiko yang tinggi harus ditanggung oleh

pihak mereka. Jika syarikat KFC Malaysia mempunyai kos rendah, pihak mereka dapat

menetapkan harga yang rendah dan menghasilkan jualan dan keuntungan yang tinggi.

Kos terbahagi kepada dua iaitu kos tetap dan kos berubah. Kos tetap adalah kos yang

tidak berubah walaupun berapa banyak jumlah pengeluaran atau jualan yang dibuat.

d. Pertimbangan Organisasi

Pihak pengurusan KFC Malaysia mestilah menentukan siapa di dalam organisasi dalam

syarikat yang bertanggungjawab menetapkan harga. Dalam syarikat KFC Malaysia, harga

ditetapkan oleh pengurusan bahagian atau pengurus lini produk.

5.3.2 Faktor-faktor Luaran

a. Pasaran dan Permintaan

Penentuan harga dalam pasaran yang berbeza

Dalam situasi ini, perkhidmatan makanan segera adalah perkhidmatan yang mempunyai

persaingan monopilistik dimana ramai pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan syarikat

KFC yang berdagang di bawah harga yang berbeza.

Tanggapan pengguna terhadap harga dan nilai

Penentuan harga dan nilai yang dikenakan oleh pihak syarikat KFC Malaysia ke atas produk

mereka memberi kesan kepada pelanggan yang membeli produk tersebut. Pelanggan masih

gemar membeli produk-produk syarikat KFC Malaysia kerana mereka tidah berasa beban

akibat harga yang dikenakan ke atas makanan segera yang dibeli oleh mereka.

b. Persaingan

Harga dan tawaran pesaing dapat mempengaruhi keputusan penentuan harga syarikat

KFC Malaysia. Apabila pelanggan ingin menggunakan perkhidmatan makanan segera,

mereka akan mempertimbangkan perkhidmatan syarikat KFC dengan perkhidmatan dan

produk-produk pesaing syarikat tersebut. Antara pesaing syarikat KFC Malaysia ialah

McDonalds, Subway, Pizza Hut, Domino‟s Pizza, Burger King, dan Starbucks. Oleh itu,

syarikat KFC Malaysia perlulah mengetahui tentang harga dan kualiti yang ditawarkan oleh

syarikat pesaing bagi memastikan kedudukannya sebagai sebuah syarikat pengeluar makanan

segera terunggul di Malaysia dapat dikekalkan.

5.3.3 Faktor-faktor Lain

Untuk menetapkan harga, syarikat Kentucky Fried Chicken Malaysia perlulah

mengetahui faktor luaran lain seperti keadaan ekonomi, kesan harga kepada pemasaran dan

juga kerajaan. Keadaan ekonomi yang meleset akan mempengaruhi penentuan harga kerana

kedua-dua kos pengeluaran perkhidmatan dan harga serta nilai sesuatu produk.

Kaedah Penentuan Harga

- Penentuan harga berasaskan pembeli

Penentuan harga ini menggunakan tanggapan pembeli tentang nilai keluaran, bukan kos

penjual. Maka, syarikat KFC Malaysia menggunakan elemen bukan harga untuk membina

tanggapan dalam fikiran pelanggan.

- Penentuan harga berdasarkan persaingan

Syarikat KFC Malaysia menetapkan harga berdasarkan harga pesaing yang ditawarkan dan

kurang tertumpu kepada kos atau permintaan syarikat itu sendiri. Syarikat KFC Malaysia

meletakkan harga yang lebih tinggi, rendah atau harga yang sama dengan syarikat pesaing-

pesaingnya. Hal ini sedemikian kerana, pelanggan biasanya membuat penilaian produk

berasaskan harga yang pesaing kenakan untuk produk yang serupa.

Kaedah Penentuan Harga Produk Baru

Terdapat beberapa kaedah di dalam penentuan harga. Penentuan harga bagi produk

baru merupakan salah satu daripada strategi pemasaran. Harga permulaan ini mudah berubah-

ubah dan penetapannya merupakan keputusan yang paling asas dalam campuran

pemasaran. Harga permulaan boleh ditetapkan tinggi untuk mendapatkan semula kos

pembangunan secepat mungkin atau menetapkan harga yang rendah agar produk berjaya

mendapat bahagian pasaran yang besar. Syarikat KFC Malaysia juga menimbangkan sama

ada produk tersebut merupakan produk baru yang berinovasi atau produk imitasi.

Syarikat KFC Malaysia sentiasa mengambil kira harga bahan/ramuan yang digunakan

untuk menghasilkan makanan segera mereka bagi menetapkan harga yang berpatutan dan

tidak merugikan operasi syarikat mereka. Dengan berbuat sedemikian, KFC Malaysia dapat

menstabilkan keuntungan syarikat dan kemajuan syarikat mereka di negara ini.

6.0 RUMUSAN / PENUTUP

Kajian bertujuan untuk mengkaji campuran pemasaran, kaedah campuran promosi

dan strategi penetapan harga umum dan harga produk baharu yang diamalkan oleh Syarikat

KFC Malaysia. Berdasarkan hasil kajian, elemen utama yang menentukan kejayaan atau

kegagalan sesebuah organisasi adalah strategi yang mereka ikuti. Mana-mana industri adalah

luas dan persaingan juga sengit untuk terus hidup dalam perniagaan. Organisasi perlu

merangka strategi inovatif.

KFC Malaysia telah memulakan perjalanan dekad yang lalu dan mereka telah

berjuang untuk mengekalkan kedudukan mereka sebagai peneraju pasaran. Pelbagai telah

berlaku pada masa lalu untuk syarikat KFC Malaysia sama ada baik ataupun buruk, tetapi ia

adalah strategi yang membantu mereka terus hidup dan mengekalkan kedudukan mereka

sebagai salah sebuah syarikat pengeluar makanan segera terunggul di Malaysia. Strategi dan

kaedah campuran pemasaran syarikat ini adalah agak sama dengan strategi syarikat lain dan

kedudukan syarikat lain tidak jauh di belakang daripada KFC Malaysia, tetapi mana-mana

kesilapan kecil yang dilakukan oleh syarikat KFC Malaysia, mungkin membuatkan KFC

Malaysia sebagai penghalang kemajuan perniagaan kerana syarikat lain mampu menjadi

pemimpin pasaran dan syarikat makanan segera KFC Malaysia perlu berhati-hati ketika

melaksanakan strategi campuran pemasaran mereka.

Rahsia kejayaan terus KFC Malaysia dalam peningkatan struktur pengurusan dan

penerapan falsafahnya, iaitu untuk terus memperkenalkan produk baru atau untuk jualan

sebelumnya produk dipakej semula bagi mentaliti rakyat pelanggan awal untuk mendapatkan

keuntungan.

Antara cadangan penambahbaikan syarikat KFC Malaysia ialah mereka perlu terus

mengeluarkan produk-produk baharu bagi memenuhi cita rasa para pelanggan. Juga, syarikat

KFC Malaysia perlu memperbanyak bilangan cawangan di seluruh negara terutamanya di

kawasan-kawasan pedalaman bagi memudahkan masyarakat kawasan tersebut senang

memperolehi produk mereka.

Kesimpulannya, dengan wujudnya perkhidmatan makanan segera yang dihasilkan

oleh syarikat KFC Malaysia, pihak mereka yakin bahawa ia dapat meningkatkan tahap

perkhidmatan lain yang berada di pasaran. Syarikat KFC Malaysia yakin bahawa

perkhidmatan ini akan sentiasa mendapat sambutan ramai. Dengan adanya campuran

pemasaran, syarikat tersebut berharap bahawa perniagaan mereka akan berkembang maju.

7.0 RUJUKAN

7.1 Internet

Sejarah KFC (Kentucky Fried Chicken)

https://wildanrenaldi.wordpress.com/2012/10/08/sejarah-kfc-kentucky-fried-chicken/ ( 18 Jun

2015 )

Bilangan Restoran KFC Meningkat Tiga Kali Ganda

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Korporat/20121231/ko_05/Bilangan-restoran-KFC-

meningkat-tiga-kali-ganda ( 23 Jun 2015 )

Logo KFC

https://en.wikipedia.org/wiki/File:KFC_logo.svg (25 Jun 2015 )

Logopedia KFC

http://logos.wikia.com/wiki/KFC ( 26 Jun 2015 )

Strategi Pemasaran KFC

https://dwiyustiyanita.wordpress.com/2013/11/24/strategi-pemasaran-kfc/ ( 26 Jun 2015 )

Asas Pengurusan Pemasaran

http://www.slideshare.net/mhamdy70/asas-pengurusan-pemasaran ( 29 Jun 2015 )

Pentingnya Faktor Lokasi Dalam Memasarkan Produk

http://www.investasionline.net/net/kfc-kebaikan-dan-keburukan-dalam-campuran-

pemasaran.html ( 30 Jun 2015 )

Kisah Bermulanya KFC

http://boomingeagleworld.xtgem.com/KISAH%20SUKSES%20KFC%20Kolonel%20sander

(1 Julai 2015 )

FaktaBisnes – Colonel Sanders Memulakan Bisnes KFC Dengan Duit Pencen Sebanyak

USD105

http://www.majalahniaga.com/tag/tentang-kfc ( 3 Julai 2015 )

Manajemen Strategik Dalam Perusahaan Makanan

http://msmanggarsari.blogspot.com/2014/04/manajemen-strategik-dalam-perusahaan.html ( 7

Julai 2015 )

Kisah Kejayaan Colonel KFC dan ayam gorengnya yang SEDAP dan POPULAR

http://wolkietolkie.com/kisah-kejayaan-colonel-kfc-dan-ayam-gorengnya-yang-sedap-dan-

popular/ ( 19 Julai 2015 )

Menyingkap Rahsia Kejayaan JCorp

http://bisniswirausaha.blogspot.com/2009/05/menyingkap-rahsia-kejayaan-jcorp.html (19

Julai 2015)

KFC Sumbang Peralatan Taman Permainan

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=1113&pub=utusan_malaysia&sec=G

aya_Hidup&pg=ls_05.htm ( 19 Julai 2015 )

Kentucky Fried Chicken ( KFC ) Malaysia

http://ms.swewe.net/word_show.htm/?1098378_1&KFC ( 19 Julai 2015 )

(SEMASA) KFC HOT BOX – Semuanya Dalam Satu Hidangan

http://galaksi-media.com/semasa-kfc-hot-box-semuanya-dalam-satu-hidangan/ ( 19 Julai

2015 )

Kentucky Fried Chicken Menu

http://www.kfc.com.my/menu/chicken/barrel/ ( 19 Julai 2015 )

Menu Baru KFC

http://www.mummynemo.com/2012/06/menu-baru-kfckfc-flaming-crunch-ditawarkan-

dalam-tempoh-terhad/ ( 19 Julai 2015 )

Chicken Meals and Burger In KFC Malaysia

http://www.theborneopost.com/2014/08/13/thai-green-curry-chicken-meals-and-burger-on-

kfc-malaysias-menu/ ( 19 Julai 2015 )

Hidangan Sarapan Pagi Yang Lazat Dan Terbaru Hanya Di KFC

http://selebritionline.com/hidangan-sarapan-pagi-yang-lazat-dan-terbaru-hanya-di-kfc/ ( 201

Julai 2015 )

„KFC Spicy Korean Burger‟ Sungguh Lazat Sungguh Korea

http://selebritionline.com/kfc-spicy-korean-burger-sungguh-lazat-sungguh-korea/ ( 20 Julai

2015 )

Burger KFC Zinger Remixed

http://selebritionline.com/burger-kfc-zinger-remixed/ ( 20 Julai 2015 )

Burger KFC Zinger Reloaded Lebih „ZING‟

http://selebritionline.com/burger-kfc-zinger-reloaded-lebih-zing/ ( 20 Julai 2015 )

Promosi KFC Malaysia

http://www.kfc.com.my/promotion/ ( 20 Julai 2015 )

Pengertian Dan Manfaat Atribut Produk

http://www.pendidikanekonomi.com/2012/07/pengertian-dan-manfaat-atribut-produk.html (

20 Julai 2015 )

KFC Marketing Plan

http://www.slideshare.net/sank8d14/kfc-marketing-plan ( 21 Julai 2015 )

Campuran Pemasaran - Harga

http://pemasaran1puo.blogspot.com/2010/01/unit-4-campuran-pemasaran-harga.html (27

Julai 2015 )

7. 2 Keratan Surat Khabar

KFC Named Most Trusted Quick Service in Malaysia, QSR Magazine, Terbitan March 4,

2015

KFC Tailors Approach In Africa, Media 24, Terbitan Januari 21, 2013

KFC Malaysia Reignites Family Dining Tradition, Adobo Magazine, Terbitan April 25, 2012

KFC Malaysia Menu Prices, Auto Magazine, Terbitan Jun 20, 2015

KFC Hatches A „Social‟ Egg, Marketing Magazine, Terbitan Disember 20, 2013

Top 10‟s Crème de la Crème Food Brands In Malaysia, Restaurants and Institutions

Magazine, Terbitan Mei 8, 2012

7.3 Majalah

Majalah Niaga Edisi 31 Bersama Zafrul Rizal Mat, Terbitan March 27, 2015

Majalah Niaga Bersama Zafrul Rizal Mat, Terbitan Oktober 31, 2013

Majalah Laporan Tahunan KFC Holdings Malaysia, Terbitan 2003

7.4 Buku

Nota & Latihan STPM Pengajian Perniagaan Penggal 1, Azly Muhammad, Ain Insyirah,

Terbitan 2014

Teks STPM Pengajian Perniagaan Penggal 1, Shanti Subramaniam, Mah Boon Kiet, Terbitan

Pelangi Bestseller 2014

Gambar di atas menunjukkan KFC pertama yang dibuka di Jalan Tuanku Abdul

Rahman, Kuala Lumpur, Malaysia.

Gambar di atas menunjukkan jenis-jenis makanan segera yang terdapat di seluruh

cawangan KFC Malaysia.

Gambar peta di atas menunjukkan sejumlah cawangan KFC yang terdapat di

Malaysia.