contoh format borang log kepimpinan

2
Contoh Format Borang Log Kepimpinan Tarikh/Hari 28 Ogos 2012 (Isnin) Masa 2.30 5.30 petang Aktiviti Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Kali ke-4 Organisasi Sekolah Menengah Kebangsaan Kerambit, Jerantut Lokasi Bilik Mesyuarat Guru, Blok D Catatan Kepimpinan 1. Pengetua mempengerusikan mesyuarat yang dihadiri oleh semua guru 2. Perjalanan mesyuarat didapati sangat lancar dengan kawalan yang baik oleh Pengetua. 3. Pengetua memaklumkan keputusan peperiksaan pertengahan tahun yang merosot dan memberi peluang staf mengemukakan cadangan dan pandangan tentang program yang akan dilaksanakan oleh setiap panitia mata pelajaran.. 4. Pengetua telah menyimpulkan bahawa kemerosotan pencapaian perlu dilihat kepada faktor murid, guru dan iklim pembelajaran yang ada di sekolah. Refleksi / Rujukan 1. Pengetua telah mempamerkan gaya kepimpinan yang berlainan semasa melangsungkan mesyuarat dengan staf seperti kepimpinan partisipatif, . gaya autokratik dan gaya kepimpinan mengikut situasi 2. Gaya kepimpinan partisipatif dipamerkan apabila Pengetua mengajak staf bersama-sama mengemukakan pandangan tentang isu yang melibatkan semua warga sekolah. 3. Pengetua juga mempamerkan gaya autokratik apabila menyampaikan arahan yang berbentuk perkara dasar berkaitan pengajaran dan pembelajaran yang tidak dibuka untuk pandangan. 4. Pengetua mempamerkan gaya kepimpinan mengikut situasi (situational leadership) atau

Upload: adnan-mohd-yassin

Post on 17-Jan-2016

46 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

LOG

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Format Borang Log Kepimpinan

Contoh Format Borang Log Kepimpinan

Tarikh/Hari 28 Ogos 2012 (Isnin)

Masa 2.30 – 5.30 petang

Aktiviti Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Kali ke-4

Organisasi Sekolah Menengah Kebangsaan Kerambit, Jerantut

Lokasi Bilik Mesyuarat Guru, Blok D

Catatan Kepimpinan

1. Pengetua mempengerusikan mesyuarat yang dihadiri oleh semua guru

2. Perjalanan mesyuarat didapati sangat lancar dengan kawalan yang baik oleh Pengetua.

3. Pengetua memaklumkan keputusan peperiksaan pertengahan tahun yang merosot dan memberi peluang staf mengemukakan cadangan dan pandangan tentang program yang akan dilaksanakan oleh setiap panitia mata pelajaran..

4. Pengetua telah menyimpulkan bahawa kemerosotan pencapaian perlu dilihat kepada faktor murid, guru dan iklim pembelajaran yang ada di sekolah.

Refleksi / Rujukan

1. Pengetua telah mempamerkan gaya kepimpinan yang berlainan semasa melangsungkan mesyuarat dengan staf seperti kepimpinan partisipatif, . gaya autokratik dan gaya kepimpinan mengikut situasi

2. Gaya kepimpinan partisipatif dipamerkan apabila Pengetua mengajak staf bersama-sama mengemukakan pandangan tentang isu yang melibatkan semua warga sekolah.

3. Pengetua juga mempamerkan gaya autokratik apabila menyampaikan arahan yang berbentuk perkara dasar berkaitan pengajaran dan pembelajaran yang tidak dibuka untuk pandangan.

4. Pengetua mempamerkan gaya kepimpinan mengikut situasi (situational leadership) atau contingency leadership semasa beliau mengemukankan pandangan peribadi berdasarkan pengalaman beliau.