colourful semantics (semantik berwarna)...• anda juga boleh bermain permainan dengan hanya...

25
Colourful Semantics (Semantik Berwarna) Versi Bahasa Malaysia Siapa? Buat Apa? Apa? Abang makan roti Disediakan oleh: Wai Seng (Terapis Pertuturan Bahasa) – UK dan Malaysia © SPEECHIES 2020

Upload: others

Post on 20-Oct-2020

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • Colourful Semantics (Semantik Berwarna)

    Versi Bahasa Malaysia

    Siapa? Buat Apa? Apa?

    Abang makan roti

    Disediakan oleh: Wai Seng (Terapis Pertuturan Bahasa) – UK dan Malaysia© SPEECHIES 2020

  • Apa itu Semantik Berwarna?❖Semantik berwarna adalah teknik visual yang membantu anak anda dalam membina

    ayat dan mengembangkan bahasa mereka menggunakan kad warna yang berbeza.

    ❖Boleh digunakan oleh ibu bapa untuk membantu kanak-kanak yang mengalamikesukaran dalam membina struktur ayat semasa menjalankan aktiviti ini. Sebagaicontoh membina dan menyusun ayat iaitu urutan ayat yang tidak betul (Contoh: ‘Ayah nasi makan’ – ‘Ayah makan nasi’).

    ❖Membantu kefahaman dalam membentuk struktur ayat dan pengembangan bahasa, kosa kata dan pertuturan kanak-kanak.

    ❖Semantik berwarna dikategorikan dengan menggunakan warna tertentu untuk setiapelemen yang ada pada setiap ayat atau pernyataan, contohnya:➢Jingga/oren – Subjek – SIAPA (contoh: ayah, abang, kakak dan lain-lain)➢Kuning – Kata Kerja – BUAT APA (contoh: makan, tidur, minum dan lain-lain)➢Hijau – Objek – APA (contoh: roti, susu, bunga dan lain-lain)➢Biru – Lokasi – DI MANA (contoh: kedai, sekolah, taman dan lain-lain)➢Dan warna lain untuk membantu binaan ayat yang panjang/bercerita.

  • Arahan (Aktiviti membina ayat)

    Persediaan: • Guntingkan semua kad dan gambar. • Laminate semua simbol berwarna dan gambar.• Letakkan Velcro di bahagian belakang kad.• Guntingkan dan laminate jalur ayat (sentence strip) yang dibagikan.

    1. Letakkan satu gambar di atas meja atau dalam kotak yang disediakan/ gunakan objek sebenar dan letakkan jalurayat (‘sentence strip’) di bawahnya.

    2. Di bawah setiap jalur ayat, letakkan dua pilihan atau lebih (bergantung kepada kemampuan anak), misalnya (kad oren-‘budak’ atau ‘ayah’; kad kuning- ‘cuci’ atau ‘makan’; kad hijau- ‘bola’ atau ‘kereta’; kad biru- ‘ruang tamu’ atau ‘taman’.

    3. Selepas itu, tanyakan soalan berikut:• Siapakah dalam gambar ni?• Apakah yang mereka buat?• Apakah yang mereka memotong/menyikat dll?• Di manakah mereka menyikat rambut dll?

    4. Semasa anda mengemukakan setiap soalan, minta anak anda meletakkan kad yang sesuai dalam ‘sentence strip’ mengikut warna yang disediakan.

    5. Anda juga boleh menggunakan simbol Makaton semasa bertanya soalan kepada anak. Hal ini bertujuan memberi anakpetunjuk visual tambahan mengenai apa yang diajukan oleh soalan tersebut.

    6. Setelah anak anda membina ayat, mereka mesti membuat pilihan dengan bantuan atau spontan dan sekiranya bolehmenyatakan apa yang berlaku dalam gambar dan menggalakkan mereka untuk bercerita/mengulangi ayat yang telahdibina sama ada dengan ‘support’ atau tidak. Contoh: Gadis itu sedang makan. Sekiranya anak anda adalah ‘non-verbal’, anda boleh menyatakan ayat untuk mereka.

    CATATAN: Berikan anak anda lebih banyak gambar untuk dipilih sekiranya kefahaman dan kemampuan anak meningkat.

  • Binaan ayat - Subjek + Kata Kerja• Gunakan gambar besar (contohnya: memotong, menyikat dll)

    • Cari gambar yang sesuai dalam gambar kecil yang berwarna oren dan kuning.

    • Potong semua gambar.

    • Sediakan ‘sentence strip’ anda untuk subjek (oren) dan kata kerja (kuning).

    • Meminta anak anda memilih satu gambar besar (contohnya: Ayah makan roti).

    • Sediakan beberapa gambar kecil untuk subjek (cth: Adik, Kakak, Abang) dan beberapa gambar kecil untuk kata kerja (cth: baca, makan dll).

    • Biarkan anak anda memilih gambar yang betul untuk subjek selepas anda tanya soalan ‘Siapakah dalam gambar ni?’ dan meletakkan gambar oren dalam petak yang disediakan (Cth: Ayah). Anda boleh bertanya solan yang seterusnyaseperti ‘Apakah yang ayah tengah lakukan?’ atau ‘Ayah tengah buat apa?/ Ayah buat apa?’.

    • Kemudian meminta anak anda ‘membaca’ atau bercerita ayat yang dibina. Cth: ‘Ayah tengah makan’

    • Anda juga boleh menggunakan teknik stimulasi bahasa dalam aktiviti ini, cth: ‘Ya, ayah tengah makan. Ayah makanroti bakar. Roti bakar ni sedap. Ada kaya dan mentega dll’.

  • Binaan ayat - Kata Kerja + Objek• Prosedur yang sama seperti ditunjukkan dalam aktiviti sebelum ini (Binaan Ayat - Subjek + Kata Kerja).

    • Gunakan gambar besar (contohnya: memotong, menyikat dll)

    • Cari gambar yang sesuai dalam gambar kecil yang berwarna kuning dan hijau.

    • Potong semua gambar.

    • Sediakan ‘sentence strip’ anda untuk kata kerja (kuning) dan objek (hijau).

    • Meminta anak anda memilih satu gambar besar (contohnya: Ayah makan roti).

    • Sediakan beberapa gambar kecil untuk kata kerja (cth: baca, makan dll) dan beberapa gambar kecil untuk objek(cth: kereta, roti dll).

    • Biarkan anak anda memilih gambar yang betul untuk kata kerja selepas anda bertanya soalan ‘Ayah tengah buatapa tu?’ dan meletakkan gambar kuning dalam petak yang disediakan (Cth: makan). Anda boleh bertanya solan yang seterusnya seperti ‘Apakah yang ayah tengah makan?’ atau ‘Ayah makan apa ni?/ Ayah makan apa?’.

    • Kemudian meminta anak anda ‘membaca’ atau bercerita ayat yang dibina. Cth: ‘makan roti’

    • Anda juga boleh menggunakan teknik stimulasi bahasa dalam aktiviti ini, cth: ‘Ya, ayah tengah makan. Ayah makanroti bakar. Roti bakar ni sedap. Ada kaya dan mentega dll’.

  • Binaan ayat – Subjek + Kata Kerja + Objek• Prosedur yang sama seperti ditunjukkan dalam aktiviti sebelum ini.

    • Kali ini anda boleh menggunakan ‘sentence strip’ yang berwarna oren (subjek) + kuning (kata kerja) + hijau (objek).

    • Gunakan gambar besar (contohnya: memotong, menyikat dll)

    • Cari gambar yang sesuai dalam gambar kecil yang berwarna oren, kuning dan hijau.

    • Potong semua gambar.

    • Sediakan ‘sentence strip’ anda untuk subjek (oren), kata kerja (kuning) dan objek (hijau).

    • Minta anak anda memilih satu gambar besar (contohnya: Ayah makan roti).

    • Sediakan beberapa gambar kecil untuk subjek (cth: Ayah, Kakak dll), kata kerja (cth: baca, makan dll) dan beberapagambar kecil untuk objek (cth: kereta, roti dll).

    • Biarkan anak anda memilih gambar yang betul untuk subjek, kata kerja, objek selepas anda bertanya soalan tersebut:• Siapakah dalan gambar ni? (Ayah)

    • Ayah tengah buat apa?/ Apakah yand sedang dilalukan oleh ayah? (Makan)

    • Ayah makan apa?/ Apakah yang dimakan oleh ayah? (Roti)

    • Anda juga boleh menggunakan bahasa perbualan hairan untuk memudahkan proses pertanyaan contoh: ‘Ayah tengah buatapa tu?’

    • Kemudian meminta anak anda ‘membaca’ atau bercerita ayat yang dibina. Cth: ‘Ayah makan roti’

    • Anda juga boleh menggunakan teknik stimulasi bahasa dalam aktiviti ini, cth: ‘Ya, ayah tengah makan. Ayah makan roti bakar. Roti bakar ni sedap. Ada kaya dan mentega dll’.

  • Binaan ayat – Subjek + Kata Kerja + Objek + Lokasi• Prosedur yang sama seperti ditunjukkan dalam aktiviti sebelum ini.

    • Kali ini anda boleh menggunakan ‘sentence strip’ yang berwarna oren (subjek) + kuning (kata kerja) + hijau (objek) + biru(lokasi).

    • Gunakan gambar besar (contohnya: memotong, menyikat dll)

    • Cari gambar yang sesuai dalam gambar kecil yang berwarna oren, kuning, hijau dan biru.

    • Potong semua gambar.

    • Sediakan ‘sentence strip’ anda untuk subjek (oren), kata kerja (kuning), objek (hijau) dan lokasi (biru).

    • Minta anak anda memilih satu gambar besar (contohnya: Ayah makan roti).

    • Sediakan beberapa gambar kecil untuk subjek (cth: Ayah, Kakak dll), kata kerja (cth: baca, makan dll) dan beberapagambar kecil untuk objek (cth: kereta, roti dll), lokasi (cth: sekolah, dapur dll).

    • Biarkan anak anda memilih gambar yang betul untuk subjek, kata kerja, objek, lokasi selepas anda tanya soalan tersebut:• Siapakah dalan gambar ni? (Ayah)

    • Apakah yang sedang dilakukan oleh ayah? /Ayah tengah buat apa? (Makan)

    • Apakah yang dimakan oleh ayah?/ Ayah makan apa? (Roti)

    • Di manakah ayah makan roti? (Dapur)

    • Anda juga boleh memnggunakan Bahasa perbualan hairan untuk memudahkan proses pertanyaan contoh: ‘Ayah tengah buatapa tu?’

    • Kemudian meminta anak anda ‘membaca’ atau bercerita ayat yang dibina. Cth: ‘Ayah makan roti di dapur’

    • Anda juga boleh menggunakan teknik stimulasi bahasa dalam aktiviti ini, cth: ‘Ya, ayah tengah makan. Ayah makan roti bakar. Roti bakar ni sedap. Ada kaya dan mentega. Ayah makan roti bakar di dapur dll’.

  • Cadangan - Aktiviti lain • Anda juga boleh bermain permainan dengan hanya menggunakan gambar kecil: masukkan semua gambar ke dalam kotak:

    • Satu kotak untuk semua subjek (oren)

    • Satu kotak untuk semua kata kerja (kuning)

    • Satu kotak untuk semua objek (hijau)

    • Satu kotak untuk semua lokasi (biru)

    • Ambil gambar dari setiap kotak. Letakkan gambar mengikut urutan yang betul dan baca ayat anda. Kadang-kadang anda bolehmempunyai ayat yang tidak masuk akal. Cth: Ayah tengok tv di bilik air. Tanyakan kepada anak anda adakah ini ayat yang bagus atau tidak masuk akal – adakah tempat sesuai atau tidak dengan aktiviti yang dilakukan oleh ayah (subjek).

    • Anda juga boleh menambahkan gambar peribadi seperti gambar keluarga dan anak anda melakukan sesuatu aktiviti untukmembantu kefahaman anak anda.

    • Anda juga boleh menghubungi saya di SPEECHIES sekiranya anda inginmengetahui dengan lebih lanjut berkaitan aktiviti-aktiviti yang lebih

    menarik untuk membantu anak anda dari segi perkembangan pertuturandan bahasa atau bertanya soalan yang berkaitan dengan terapi

    pertuturan dan bahasa.

    • Facebook: https://www.facebook.com/speechiesuk/• Email: [email protected]

    https://www.facebook.com/speechiesuk/mailto:[email protected]

  • Subjek

    Abang Kakak Adik lelaki Adikperempuan

    Bayi Ayah Ibu

    Nenek Datuk

  • Kata Kerja

    makan cuci baca kayuh tuang minum gosok

    main masak basuh panjat lukis sepak pandu

    tonton tiup

  • Objek

    roti pinggan buku basikal jus gigi badminton

    sayur makanan ayam tangan tangga gambar bola

    kereta televisyen buih aiskrim kek

  • Tempat/Lokasi

    rumah dapur bilik tidur taman ruang makan bilik air gelanggangbadminton

    depan rumah ruang tamu jalan raya sekolah

  • Gambar yang boleh digunakan

  • Gambar yang boleh digunakan

  • Siapa?

  • Siapa? Buat Apa?

  • Buat Apa? Apa?

  • Siapa? Buat Apa? Apa?

  • Siapa? Buat Apa? Apa? Mana?

  • Siapa?

  • Siapa? Buat apa?

  • Buat Apa? Apa?

  • Siapa? Buat apa? Apa?

  • Siapa? Buat apa? Apa? Mana?

  • THANK YOU

    IMPORTANT: This product is for individual use only, please do not SHARE, COPY, CLAIM AS YOUR OWN, or POST ONLINE ON A PUBLIC WEBSITE.

    All the images are subject to copyright. All symbols used in this resource belong to Widgit.

    Please like and follow us - SPEECHIES for updates on new resources, sales and promotions.Facebook: https://www.facebook.com/speechiesuk/

    Email: [email protected]

    © SPEECHIES 2020

    https://www.facebook.com/speechiesuk/mailto:[email protected]