citarasa santai: folio geografi tingkatan 2...

Download Citarasa Santai: FOLIO GEOGRAFI TINGKATAN 2 (2012)noorkhaery-citarasasantai.blogspot.com/2012/10/folio...Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Yusrina bt. Yusof, guru

If you can't read please download the document

Upload: vanhuong

Post on 03-Mar-2018

249 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Citarasa Santai: FOLIO GEOGRAFI TINGKATAN 2 (2012)

Rabu, 3 Oktober 2012

FOLIO GEOGRAFI TINGKATAN 2 (2012)

1.0 TAJUK

PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI TAMAN KERAMAT AU3, KUALA LUMPUR, WILAYAH PERSEKUTUAN

2.0 SENARAI KANDUNGAN

Bil

Perkara/Butiran

Halaman/Muka Surat

1.0

Tajuk

2.0

Senarai kandungan

3.0

Penghargaan

4.0

Pendahuluan

5.0

Objektif kajian

6.0

Kawasan kajian

7.0

Kaedah kajian

8.0

Dapatan Kajian

8.1 Konsep pencemaran alam sekitara

8.2 Jenis pencemaran alam sekitar di kawasan kajian

8.3 Punca pencemaran alam sekitar di kawasan kajian.

8.4 Kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian

8.5 Cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian

Bahan Grafik

9.0

Rumusan

10.0

Lampiran

Foto pencemaran alam sekitar

Borang soal selidik

11.0

Rujukan

3.0PENGHARGAAN

Syukurke hadrat Illahi kerana dengan limpah kasih kurnia-NYA, saya berjaya menyiapkantugasan yang diberikan dalam tempoh yang ditetapkan atas bantuan dan kerjasamadaripada beberapa pihak.

Saya inginmengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Yusrina bt. Yusof, guru mata pelajaran Geografi Tingkatan 2Gigih, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur keranadengan bantuan dan panduan yang diberikan telah membolehkan saya menjalankankajian ini mengikut format yang telah ditetapkan.

Ucapan terima kasihjuga kepada ibu bapa saya yang telah memberi sokongan dan dorongan kepada sayauntuk menyiapkan kajian ini. Banyak masayang telah mereka luangkan dan wang ringgit yang telah dibelanjakan demimemastikan tugasan yang diberikan disiapkan dengan jayanya.

Akhir sekali sayaingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk Taman Keramat AU3 keranasudi memberikan kerjasama yang baik kepada saya serta rakan-rakan seperjuangankerana sudi berkongsi maklumat serta pihak-pihak yang tidak disebut dalampenghargaan ini sama ada terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Pulau Pandan jauhketengah

Gunung Daikbercabang tiga

Hancur badandikandung tanah

Budi baik dikenangjuga.

4.0PENDAHULUAN

Saya, MuhammadAshraf bin Mohd Khairi, pelajarTingkatan 2 Gigih di SekolahMenengah Kebangsaan Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur telah memilih tajuk Pencemaran Alam Sekitar di Taman Keramat AU3untuk Projek Kajian Geografi Tempatan kami.

Saya memilih TamanKeramat AU3 sebagai kawasan kajian kerana ia menepati kriteria kajian iaituterdapat beberapa pencemaran yang telah dikenal pasti di kawasan tersebut.Selain itu, tempat tinggal saya terletak di kawasan kajian. Fakta ini memudahkan saya membuat kajian tentang pencemaran alam sekitardi kawasan Taman Keramat AU3.

Masa yangdiberikan untuk menyiapkan kajian ini ialah bermula dari bulan Jun hingga Ogos2012. Selepas mengumpulkan semuamaklumat yang diperlukan, saya menulis laporan yang lengkap tentang kajian inisecara individu.

Saya berharapagar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat khususnya kepada saya danamnya kepada masyarakat di kawasan tempat tinggal saya.

5.0 OBJEKTIFKAJIAN

Kajian saya inimerangkumi objektif-objektif yang berikut:

1. Menyatakan konsep pencemaran alamsekitara di kawasan kajian

2. Mengenal pasti jenis pencemaran alamsekitara di kawasan kajian

3. Menjelaskanpunca pencemaran alamsekitar di kawasan kajian

4. Menghuraikan kesan pencemaran alamsekitar di kawasan kajian

5. Menyenaraikan cadangan kesanpencemaran alam sekitar di kawasan kajian

6. Memupuk nilai/unsur patriotise dalamdapatan kajian.

6.0 KAWASAN KAJIAN

Nama Kawasan Kajian

Kawasan kajian saya ialah Taman Keramat AU3, Ulu Klang, KualaLumpur yang terletak di dalam Zon 3, daerah Mukim Hulu Kelang.

Latar Belakang/Sejarah Kawasan Kajian

Sejarah pembentukan daerah Mukim Hulu Kelang ini bermulaapabila Gombak yang merupakan salah sebuah daerah di negeri Selangor diwujudkanpada 1 Februari 1974 serentak dengan penubuhan Kuala Lumpur sebagai WilayahPersekutuan. Daerah Gombak dibahagikan kepada empat (4) mukim iaitu MukimRawang, Mukim Batu, Mukim Hulu Kelang,dan Mukim Setapak. Daerah yang terletak di kawasan Lembah Klangini bersempadankan Daerah Hulu Selangor (Utara), Wilayah Persekutuan KualaLumpur (Selatan), Daerah Kuala Selangor (Barat), Daerah Petaling (Barat Daya)dan Negeri Pahang (Timur).

Lokasi

Taman KeramatAU3 dilingkungi oleh kawasan-kawasan sekitar yang berhampiran iaitu TamanKeramat AU1 yang juga dikenali sebagai Keramat Permai dan Taman Keramat AU2. Kawasan ini merupakan petempatan yang padatdengan pelbagai jenis rumah dan bangunanperniagaan termasuk perindustrian

PandangDarat Fizikal Kawasan Kajian

Dari segigeografi, perletakan Taman Keramat AU3 ialah pada latitud 3 9'55" Utara Khatulistiwa dan longtitud 101 46dalam peta Malaysia. Kawasan AU3 terletak dalam kawasan tanah beralundalam Mukim Hulu Kelang di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Dalamjarak 5km persegi,kawasan AU3 ini juga merangkumi sebahagian kecil kawasan Taman Setiawangsa yangterletak dalam kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Jarak

Taman KeramatAU3 ini terletak kira-kira 10 km daripada pusat bandar Kuala Lumpur. Terdapat beberapalaluan jalan raya yang menghubungkan kawasan ini ke pusat bandar Kuala Lumpurseperti Persiaran Setiawangsa dan Jalan Enggang yang menembusi jalan besariaitu Jalan Jelatek menuju ke pusat bandar raya. Selain itu, Taman Keramat AU3dihubungkan melalui Lebuh Raya Bertingkat Ampang Kuala Lumpur (AKLEH), LebuhRaya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), dan Lebuh Raya Duta Ulu Kelang untuk ke pusatbandar. Pengangkutan awam yang terdapat di kawasan ini ialah bas, teksi, danLRT. StesenLRT terdekat adalah LRT Setiawangsadan LRT Jelatek.

7.0 KAEDAHKAJIAN

Saya menggunakantiga jenis kaedah sepanjang menjalankan kajian ini. Kaedah tersebut ialah:

(i) Pemerhatian

Saya memerhatikanbentuk muka bumi dan punca berlakunya pencemaran alam sekitar di Taman KeramatAU3, Ulu Klang, Kuala Lumpur. Saya jugatelah mengambil beberapa gambar pencemaran yang berlaku di kawasan kajianmenggunakan kamera telefon bimbit.

(ii) Soal Selidik

Saya telahmengedarkan 25 borang soal selidik kepada penduduk sekitar kawasan kajian. Soalan-soalan yang dikemukakan merupakansoalan tertutup dan soalan terbuka.

(iii) Rujukan

Saya telah merujukfolio kajian geografi tempatan sebelum ini sebagai panduan untuk menyiapkanaspek 1 hingga 7 . Saya juga juga telahmelayari beberapa lama web untuk mencari maklumat berkaitan kawasan kajian danmaklumat mengenai pencemaran alam sekitar..

8.0 DAPATAN KAJIAN

8.1 KonsepPencemaran Alam Sekitar

Pencemaran bolehditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil daripadaaktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan ataukemandirian kehidupan. Contoh pencemaranalam sekitar pada masa kini ialah:

1.Pencemaran udara

2.Pencemaran air

3.Pencemaran bunyi

4.Pencemaran tanah

8.2 Jenis-jenis Pencemaran Alam Sekitardi Taman Keramat AU3

Hasil pemerhatiansaya sepanjang menjalankan kajian, saya mendapati terdapat dua jenis pencemaranalam sekitar yang utama di Taman Keramat AU3 iaitu:

(i) Pencemaran Udara

Banyak asap dandebu berterbangan di udara disebabkan pelepasan asap yang berbahaya darikenderaan seperti kereta, motosikal, van, lori,dan bas, jerebu daripada kesanpembakaran secara terbuka, dan asap daripada serombong-serombong asap di kilangyang berhampiran adalah antara pencemaran udara yang dikenali pasti berlaku dikawasan kajian.

(iii) Pencemaran Bau

Pencemaran baudisebabkan oleh sampah sarap yang tidak diurus dengan betul. Bau busuk dapatdihidu di beberapa kawasan kajian seperti di kawasan restoran, gerai makan,kedai runcit, longkang, dan di tapak aktiviti perniagaan pasar malam.

8.3 Punca Pencemaran Alam Sekitar diTaman Keramat AU3

Terdapat beberapapunca yang menyebabkan berlakunya pencemaran alam sekitar di Taman Keramat AU3,Kuala Lumpur. Antaranya ialah:

(i) Perkilangan

Terdapat kawasanperkilangan yang dikenali sebagai zon perindustrian bebas Ulu Klang yangberoperasi berhampiran kawasan kajian.Pelepasan asap dari serombong-serombong asap di kilang-kilang berkenaantelah menyebabkan pencemaran udara.

(ii) Kenderaan

Jumlah kenderaanyang keluar masuk setiap hari terutamanya pada hari bekerja di kawasan kajianmemberikan kesan serius kepada alam sekitar, sekali gus menyebabkan pencemaranudara. Pencemaran udara berlaku akibat pelepasan asap hasil pembakaranpetroleum dan diesel.

(iii) Pembakaran Terbuka

Terdapat pendudukyang melupuskan sampah sarap mereka dengan cara membakar sampah merata-rata dansecara terbuka tanpa memikirkan perasaan orang lain dan akibatnya. Mereka suka membakar semak samun yangberhampiran dengan tujuan supaya nyamuk berkurangan. Antara bahan yang paling banya dibakar ialahplastik,kertas, dan daun-daun kering.Ada juga penduduk yang membakar bahan seperti tayar terpakai yangmenyebabkan pencemaran udara dan pencemaran bau.

(iv) Sampah Sarap

Pembuangan sampahsarap oleh segelintir penduduk Taman Keramat AU3 terutamanya di tepi jalan, dikawasan tanah terbiar , malahan did alam longkang menunjukkan golongan inibersikap sambil lewa dalam menjaga kebersihan alam sekitar.

(v) Pembinaan

Terdapatrumah-rumah yang diubah suai di kawasan kajian.Kadangkala selepas pengubahsuaian, sisa-sisa pepejal akan diletakkan ditepi-tepi jalan tanpa kebenaran. Iniakan mencemarkan lagi kawasan tersebut dan kemungkinan menjadi kawasanpenternakan nyamuk.

(vi) Perniagaan

Kawasan perniagaandi Taman Keramat AU3 banyak menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Jika kita lihat, banyak pengusaha restoran,gerai penjualan makanan, dan premis perniagaan yang gagal untuk menyediakansistem pembuang sampah yang teratur.Kekurangan tong-tong sampah di kawasan pasar malam menyebabkanbekas-bekas makanan dan minuman dibuang di merata-rata tempat sepertidilonggokkan di tepi-tepi longkang atau bahu-bahu jalan. Kadang kala tempat pembuangan sampah yangdikhususkan pun mengeluarkan bau yang sangat busuk, berulat, dan tidak terurus. Keadaan ini dapat dilihat di kawasan pasarbasah, pasar malam, pasar tani, pasarraya dan kedai-kedai persendirian.

Nilaidan Unsur Patriotisme

Masyarakathendaklah senantiasa prihatin dan berusaha untuk mencegah pencemaran alamsekitar ini daripada terus berlaku.Kerjasama penduduk-penduduk setempat akan membuatkan masyarakat akanhidup dalam keadaan selesa dan harmoni.

8.4 Kesan Pencemaran Alam Sekitar diTaman Keramat AU3

Kesan-kesan pencemaran yang telah dikenal pasti berlaku di kawasan kajian, antaranya adalah seperti di bawah:

(i) Jerebu

Asap kenderaan danjuga asap pembakaran adalah faktor penyumbang kewujudan jerebu di kawasankajian. Pelepasan asap kenderaan yang mengandungi gas toksik; iaitu karbonmonoksida, nitrogen oksida, karbon dioksida ini mencemarkan udara danmeningkatkan suhu atmosfera dan menyebabkan jerebu. Selain itu, gas ini dapat juga mengancam danmenyerang tisu sistem pernafasan manusia, haiwan, dan tumbuhan.

(ii) Penyakit

Longgokansampah-sarap di kawasan pasar malam telah menggalakkan pembiakan lalat, tikus,dan tempat tumpuan anjing-anjing liar mencari makanan. Keadaan ini tidak sihat dan boleh mengundangpenyakit kepada penduduk sekitar.

(iii) Suhu Meningkat

Pembakaransampah, asap dari kenderaan dan jenteraberteknologi tinggi telah menyebabkan gas karbon karbon dioksida banyakterkumpul di dalam udara. Inimenyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat danpersekitarannya menjadi panas.Penyusutan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian pemanasan global inidi kawasan Setiawangsa.

(iv) Udara Tercemar

Udara tercemar dikawasan kajian akibat daripada pembakaran sampah, asap daripada kenderaan, dangerai-gerai yang menjual ikan bakar. Kesannya penduduk sering mengalami permasalahan hidung seperti resdung,asma, dan sebagainya.

(v) Bau Busuk

Bau busuk akanterhasil apabila sampah sarap yang tidak diselenggarakan dengan baik dibiarkansahaja. Kehadiran lalat, ulat, danbahan-bahan lain menyebabkan sampah ini akan mengeluarkan bau yang kurangmenyenangkan. Bau yang kurangmenyenangkan penduduk setempat juga berlaku apabila petempatan merekaberdekatan dengan tempat pembuangan sampah.

Nilaidan Unsur Patriotisme

Kesan-kesan negatifyang berlaku akibat pencemaran alam sekitar dapat dihindar jika kitabersama-sama menghargai kebersihan.Semailah dalam diri, cintailah alam sekitar yang bebas daripadapencemaran.

8.6CadanganUntuk Mengurangkan Kesan Pencemaran Alam Sekitar

di Kawasan Taman Keramat AU3

(i) KempenCintai Alam Sekitar

KempenCintai Alam Sekitar yang disiarkan dalam TV dan radio, dan juga melalui `roadshow hendaklah dihayati supaya masyarakat lebih sedar pentingnya alam sekitarbagi memenuhi keperluan hidup dalam keadaan yang bersih dan selamat. Bukan itusahaja, pihak kerajaan juga perlu mengadakan kempen cintai alam sekitar denganlebih giat lagi seperti `Cintailah Sungai Kita, kempen kitar semula, dansebagainya. .

(ii) PendidikanAlam Sekitar

Untukmenanamkan sikap untuk mencintai alam sekitar, kerajaan hendaklah memasukkanpendidikan alam sekitar dalam aktiviti ko-kurikulum sekolah untuk mendidikgenerasi sekarang untuk mencintai alam sekitar.

(iii) PetrolTanpa Plumbum

Penggunaanpetrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asapkenderaan. Langkah ini dapatmengurangkan masalah jerebu yang sering berlaku di waktu pagi di kawasan kajiandan juga dapat mengelakkan masalah kesihatan seperti batuk dan selesema.

(iv) Catalytic Converter (PengubahPemangkin)

Penggunaanalat catalytic converter ini telahberupaya menukarkan gas beracun seperti karbon monoksida dan nitrogren oksidakepada bentuk gas yang tidak memudaratkan seperti karbon dioksida dan nitrogensebelum ia dilepaskan ke atmosfera. Iniakan mengurangkan kadar pengeluaran asap serta memastikan kenderaan terbabitmemenuhi standard kadar pelepasan yang dibenarkan.

Nilai dan Unsur Patriotisme

Semuapihak harus memberi kerjasama dan komitmen dalam usaha untuk mengurangkan kesanpencemaran alam sekitar di kawasan kajian.Rasa tanggungjawab memelihara alam sekitar harus disemai dalam dirisetiap individu bagi membolehkan setiap cadangan dapat dilaksanakan dan supayaalam sekitar bersih dan selamat untuk generasi akan datang.

9.0 RUMUSAN

Memandangkan duniasekarang sedang diancam bahaya pencemaran, langkah-langkah wajar dan berkesanpatut diambil. Langkah untuk melindungi alam sekitar ini bukanlah tanggungjawabpihak kerajaan sahaja, malah ia adalah tanggungjawab semua pihak. Penggunamemainkan peranan yang terpenting dalam menangani masalah pencemaran. Jikasemua pihak ini bekerjasama untuk menangani masalah pencemaran, sudah tentubumi akan dipanjangkan usianya. Alam sekitar yang bersih dan terlindungmencerminkan masyarakat yang harmonis dan sihat bagi menerajui pembangunansains dan teknologi negara pada masa akan datang.

10.0 LAMPIRAN

1. Gambar-gambar pencemaran alam sekitar diTaman Keramat AU3, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan.

2. Borang soal-selidik (20 helai)

11.0 RUJUKAN

1. Buku teks Geografi - Berikan nama buku

2. Internet - Berikan nama-nama laman web yang telah dilawati

BAHANGRAFIK - Bagi menyokong dapatan kajian.

1.JADUAL

Maklumat di dalam jadual inidiperolehi daripada borang soal-selidik yang telah diedarkan kepada 20responden yang tinggal di kawasan persekitaran Taman Keramat AU3 bagimendapatkan maklum balas dan mengenal pasti jenis-jenis pencemaran yang berlakudi kawasan kajian.

No. Responden

Jenis Pencemaran

Udara

Air

Tanih

Bunyi

Bau

1

1

0

0

1

1

2

1

0

0

1

1

3

1

1

1

1

1

4

1

0

0

0

1

5

1

1

0

1

1

6

1

0

0

1

0

7

1

0

0

0

0

8

1

0

1

0

0

9

1

0

0

0

0

10

1

0

0

1

1

11

1

0

0

0

0

12

1

0

0

1

0

13

1

0

1

1

1

14

0

1

1

0

0

15

0

0

1

0

1

16

1

0

0

1

0

17

0

0

0

0

1

18

1

0

0

0

0

19

0

1

0

0

1

20

1

0

0

0

0

Jumlah

16

4

5

9

10

Jenis Pencemaran

Udara

Air

Tanih

Bunyi

Bau

16

4

5

9

10

2.0 CARTA PAI

Carta Pai di atas menunjukkanjenis-jenis pencemaran yang berlaku di Taman Keramat AU3, Kuala Lumpur. Berdasarkan jadual dan carta pai di atas,adalah dikenal pasti bahawa jenis pencemaran yang paling banyak berlaku diTaman Keramat AU3 ialah pencemaran udara (36%), diikuti dengan pencemaran bau (23%),pencemaran bunyi (21%), pencemaran tanih (11%), dan pencemaran air (9%).

PETA-PETA - Untuk dimuatkan dalam butiran kawasan kajian.

Oleh

Citarasa Santai

pada10/03/2012 12:55:00 PG

E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

LabelsFOLIO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Terbaru

Catatan Lama

Laman utama

Langgan:Catat Ulasan (Atom)

Citarasa Santai

Destinasi percutian, Destinasi Santapan dan pelbagai informasiuntuk dikongsi bersama.

Lihat profil lengkap saya

Kalau suka blog ini, jom pakat join...

Terima kasih kepada semua pengunjung

PAPARAN BERITA

APA YANG TERSIRAT(3)

Cerita Anak-anakku(5)

FOLIO(6)

Info Terkini(3)

Jalan-Jalan Cari Makan(2)

KOLEKSI VIDEO(2)

Koleksi Video Selawat/Qasidah/Nasyid(3)

Kuala Lumpur.(1)

Lawatan ke Pusat Sains Negara(1)

Motivation(1)

MY FAVOURITE STORIES(6)

MY IMPRESSION(1)

PERCUTIAN DI PAHANG(6)

Percutian di Perak(2)

PERCUTIAN DI PORT DICKSON(2)

PERCUTIAN DI SELANGOR(2)

RELAKS MINDA(2)

Study Corner(3)

Sudut Agama(11)

Sudut Info(12)

TAKZIRAH(2)

The Unique of Arts(2)

POPULAR POST

FOLIO GEOGRAFI TINGKATAN 1

FOLIO GEOGRAFI TINGKATAN 2 (2012)

TOKOH TUN HUSSEIN ONN

TOKOH P. RAMLEE

BANGUNAN STESEN KERETA API

BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD

HARI KELUARGA DI MES PDRM, GREYSAND RESORT PORT DICKSON

Percutian di Cameron Highlands

Jom singgah makan di JOMBALI

ANGIN AHMAR DAN DOA MENGHINDARINYA

BLOG IN MY LIST

Tertunailah Hasrat Di Hati

Sajian Dapur Bonda

Kisah Hidup Seorang Hamba Allah

a pieces of story

Ellen

YaNa YassiN

Pangkor Island Holiday Packages

RESEPI MENU UTAMA (LOVE YOUR LIFE)

Sharing is Power

Tempat Fiza Simpan Resepi

BALI DRIVER

Halal

MYcitizen.blogspot

KAK NOR COOKIES Kek Perkahwinan,Hantaran,Kuih raya,Cupcake,Muffin,Kek Birthday

blog . berhabuk . bertulis

STIAS

Yatie's Cooking

Dari Dapur Ezzah

uncleseekers

Cintai Allah

CUTENESS AS-SYAIMA COLLECTION-MOMS FABRICS GALLERY-

Klik-klik

My Song

Tema Ringkas. Imej tema oleh Jason Morrow. Dikuasakan oleh Blogger.