ciri-ciri insan bermoral dari perspektif agama

Upload: abdul-raqib

Post on 10-Feb-2018

289 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/22/2019 Ciri-ciri Insan Bermoral Dari Perspektif Agama

    1/19

    CIRI-CIRI INSAN BERMORAL DARI

    PERSPEKTIF AGAMA

    ISLAM HINDUBUDDHA KRISTIAN

  • 7/22/2019 Ciri-ciri Insan Bermoral Dari Perspektif Agama

    2/19

    AGAMA ISLAM

  • 7/22/2019 Ciri-ciri Insan Bermoral Dari Perspektif Agama

    3/19

    Moral dalam Islam dilihat dari segi akhlak,iaitu budi pekerti seseorang individu yangmerupakan sifat semulajadi dan sifat yang

    dimiliki melalui latihan dan rangsangan.

    Akhlak itu bermula dari keimanan hati,

    pertuturan yang membenarkan apa yang adadi dalam hati seperti perasaan dan tindakanyang mengikuti selepasnya.

  • 7/22/2019 Ciri-ciri Insan Bermoral Dari Perspektif Agama

    4/19

    Dari perspektif Islam, bagi memilih akhlak

    yang baik terdapat 2 garis panduan bagi

    melatih dan merangsang akhlak yang baik.

    Garis panduan itu ialah Al-Quran dan Sunnah.

  • 7/22/2019 Ciri-ciri Insan Bermoral Dari Perspektif Agama

    5/19

    Kemuliaan akhlak adalah matlamat utama bagi

    ajaran Islam sebagai mana yang ditegaskan oleh

    Rasulullah s.a.w tentang tujuan pengutusan

    baginda:

    Yang bermaksud: Sesungguhnya aku diutuskan

    untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak.

  • 7/22/2019 Ciri-ciri Insan Bermoral Dari Perspektif Agama

    6/19

    Hal ini dipertegaskan lagi di dalam Al-Quran:-

    Yang bermaksud: Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan

    mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan

    sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat

    kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang

    mungkar dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.

  • 7/22/2019 Ciri-ciri Insan Bermoral Dari Perspektif Agama

    7/19

    Akhlak mulia yang dimiliki oleh seseorang hamba

    merupakan amalan yang paling berat dalam timbangan dihari kiamat kelak. Oleh itu, sesiapa yang rosak akhlaknya

    dan buruk amalannnya tidak akan dipercepatkan hisabnya.

    Rasulullah s.a.w bersabda:

    Yang bermaksud: Tidak ada sesuatu yang lebih berat di atas

    neraca timbangan seorang hamba di hari kiamat selain dari

    akhlak yang baik. (Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

  • 7/22/2019 Ciri-ciri Insan Bermoral Dari Perspektif Agama

    8/19

    AkhlakSeorangMuslim

    Warak

    MemeliharaLidah

    BersifatLemah-

    Lembut danSabar

    BersifatBenar dan

    Jujur

    BersifatRendah Diri

    BersifatPemurah

    QudwahHasanah

  • 7/22/2019 Ciri-ciri Insan Bermoral Dari Perspektif Agama

    9/19

    Diantara ciri-ciri akhlak yang sewajarnya menghiasi diri seseorang insan

    supaya menjadi muslim sebenar adalah akhlak-akhlak yang berikut:-

    1- Bersifat warak daripada melakukan perkara syubhat.

    Seorang muslim hendaklah menjauhkan dirinya dari segala perkara

    yang dilarang oleh Allah s.w.t dan juga perkara yang samar-samar di

    antara halal dan haramnya (syubhat) berdasarkan ajaran dari hadis

    baginda yang bermaksud: Seorang hamba (Allah) tidaklah termasuk di

    dalam martabat golongan muttaqin sehinggalah dia meninggalkan

    sesuatu perkara yang tidaklah menjadi kesalahan (jika dilakukan tetapiia meninggalkannya) kerana sikap berhati-hati dari terjerumus ke

    dalam kesalahan. (Hadith riwayat Tirmizi, Ibn Majah dan Al-Hakim)

  • 7/22/2019 Ciri-ciri Insan Bermoral Dari Perspektif Agama

    10/19

    2- Memelihara lidah.

    Imam Nawawi Rahimahullah mengatakan:- Ketahuilah,bahawa sesorang mukallaf itu sewajarnya menjaga lidahnya

    daripada sebarang percakapan kecuali percakapan yang

    menghasilkan kebaikan. Apabila bercakap dan berdiam diriadalah sama sahaja hasilnya, maka mengikut sunnahnya adalah

    lebih baik berdiam diri kerana percakapan yang diharuskan

    mungkin membawa kepada yang haram atau makruh. Kejadiandemikian telah banyak berlaku tetapi kebaikan darinya adalah

    jarang.

  • 7/22/2019 Ciri-ciri Insan Bermoral Dari Perspektif Agama

    11/19

    Sabda Rasulullah:

    Yang bermaksud: Sesiapa yang banyak

    bercakap, banyaklah kesalahannya, sesiapayang banyak kesalahannya banyaklah dosanya,

    api nerakalah paling layak untuk dirinya.

    (Diriwayatkan oleh Baihaqi).

  • 7/22/2019 Ciri-ciri Insan Bermoral Dari Perspektif Agama

    12/19

    3- Bersifat lemah lembut dan sabar.

    Diantara sifat bermoral pada pandangan Islam ialah

    sifat sabar dan lemah lembut kerana kerja-kerja mendidik

    dan berhadapan dengan perkara-perkara yang tidak

    menyenangkan, malah jalan dakwah penuh dengankepayahan, penyeksaan, penindasan, tuduhan, ejekan

    dan persendaan yang memalukan. Semua halangan-

    halangan ini sering dihadapi oleh para guru, sehingga

    hemah mereka menjadi pudar sehingga mereka malas

    mengajar.

  • 7/22/2019 Ciri-ciri Insan Bermoral Dari Perspektif Agama

    13/19

    4- Bersifat benar dan jujur.

    Seorang muslim itu mestilah bersifat benar dan tidak berdusta. Berkata

    benar sekalipun kepada diri sendiri kerana takut kepada Allah s.w.t dan

    tidak takut kepada celaan orang.

    Sifat dusta adalah sifat yang paling jahat dan hina malahan ia menjadi

    pintu masuk kepada tipu daya syaitan.

    Sesorang yang memelihara dirinya dari kebiasaan berdusta bererti dia

    memiliki pertahanan dan benteng yang dapat menghalang dari was-was

    syaitan dan lontarannya.

    Sifat dusta meruntuhkan jiwa dan membawa kehinaan kepada peribadi

    insan. Lantaran itu, Islam mengharamkan sifat dusta dan menganggap

    sebagai satu penyakit daripada penyakit-penyakit yang laknat.

  • 7/22/2019 Ciri-ciri Insan Bermoral Dari Perspektif Agama

    14/19

    Rasulullah s.a.w bersabda:

    Yang bermaksud: Sesungguhnya sifat benar membawa kepada

    kebajikan dan sesungguhnya kebajikan itu membawa ke

    syurga. Seseorang yang sentiasa bersifat benar hinggalah

    dicatat di sisi Allah sebagai seorang yang benar. Dan

    sesungguhnya sifat dusta itu membawa kepada kezaliman

    (kejahatan) dan kejahatan itu membawa ke neraka. Seorang

    lelaki yang sentiasa berdusta sehinggalah dicatat di sisi Allah

    sebagai seorang pendusta. (Muttafaqun Alaih)

  • 7/22/2019 Ciri-ciri Insan Bermoral Dari Perspektif Agama

    15/19

    5- Bersifat rendah diri.

    Seseorang muslim mestilah bersifat tawaduk atau

    merendah diri khususnya terhadap saudara-

    saudaranya yang muslim dengan cara tidakmembezakan (dalam memberikan layanan) sama

    ada yang miskin mahupun yang kaya.

  • 7/22/2019 Ciri-ciri Insan Bermoral Dari Perspektif Agama

    16/19

    6- Bersifat pemurah.

    Seorang Muslim mestilah bersifat pemurah,

    sanggup berkorban dengan jiwa dan harta

    bendanya pada jalan Allah. Di dalam Al-Quran

    sendiri terdapat berpuluh-puluh ayat yangmenjelaskan ciri-ciri keimanan yang dikaitkan

    dengan sifat pemurah.

  • 7/22/2019 Ciri-ciri Insan Bermoral Dari Perspektif Agama

    17/19

    7- Qudwah Hasanah (suri teladan yang baik)

    Seorang muslim mestilah menjadikan dirinya contoh

    ikutan yang baik kepada orang ramai.

    Segala tingkah-lakunya adalah menjadi gambaran kepada

    prinsip-prinsip Islam serta adab-adabnya seperti dalam

    hal makan minum, cara berpakaian, pertuturan, dalam

    suasana aman, dalam perjalanan malah dalam seluruhtingkah laku dan diamnya.Seluruh perbuatannya merujuk

    kepada Al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW.

  • 7/22/2019 Ciri-ciri Insan Bermoral Dari Perspektif Agama

    18/19

    Di dalam Islam, seorang individu perlu membuat

    pertimbangan secara rasional dan merujuk kepada Al-Quran

    dan Hadis, sesuatu perbuatan atau keputusan yang dilakukan

    bukan hanya mengharapkan penerimaan manusia atau

    masyarakat tetapi mengharapkan juga keredhaan Allah.

    Sesuatu perbuatan tidak semestinya betul walaupun majoriti

    menerimanya dan tidak semestinya keputusan yang dibuatadalah salah walaupun hanya minoriti menerimanya.

  • 7/22/2019 Ciri-ciri Insan Bermoral Dari Perspektif Agama

    19/19

    Rujukan

    http://sucikata-

    suci.blogspot.com/2011/10/insan-bermoral-

    dari-perspektif-islam.html

    http://sucikata-suci.blogspot.com/2011/10/insan-bermoral-dari-perspektif-islam.htmlhttp://sucikata-suci.blogspot.com/2011/10/insan-bermoral-dari-perspektif-islam.htmlhttp://sucikata-suci.blogspot.com/2011/10/insan-bermoral-dari-perspektif-islam.htmlhttp://sucikata-suci.blogspot.com/2011/10/insan-bermoral-dari-perspektif-islam.htmlhttp://sucikata-suci.blogspot.com/2011/10/insan-bermoral-dari-perspektif-islam.htmlhttp://sucikata-suci.blogspot.com/2011/10/insan-bermoral-dari-perspektif-islam.htmlhttp://sucikata-suci.blogspot.com/2011/10/insan-bermoral-dari-perspektif-islam.htmlhttp://sucikata-suci.blogspot.com/2011/10/insan-bermoral-dari-perspektif-islam.htmlhttp://sucikata-suci.blogspot.com/2011/10/insan-bermoral-dari-perspektif-islam.htmlhttp://sucikata-suci.blogspot.com/2011/10/insan-bermoral-dari-perspektif-islam.htmlhttp://sucikata-suci.blogspot.com/2011/10/insan-bermoral-dari-perspektif-islam.htmlhttp://sucikata-suci.blogspot.com/2011/10/insan-bermoral-dari-perspektif-islam.htmlhttp://sucikata-suci.blogspot.com/2011/10/insan-bermoral-dari-perspektif-islam.htmlhttp://sucikata-suci.blogspot.com/2011/10/insan-bermoral-dari-perspektif-islam.html