cikgujana ibrahim - esei-esei terbaik pelajar-pelajar_ melestarikan alam sekitar

7
3/4/2015 CIKGUJANA IBRAHIM - ESEI-ESEI TERBAIK PELAJAR-PELAJAR: MELESTARIKAN ALAM SEKITAR http://cikgujana.blogspot.com/2009/09/melestarikan-alam-sekitar.html 1/7 Tuesday, September 29, 2009 MELESTARIKAN ALAM SEKITAR TEKS FORUM YANG SEBENAR TIDAK DAPAT DIMUAT TURUN. HARAPA PARA PELAJAR SUDAH ARIF TENTANG FORMAT PENULISAN ESEI JENIS FORUM Teks Lisan 4 Arif Muhammad Nasir Ibrahim Muhammad Hafiz Baharudin Aisyamariam Ulza Wong Xin Yi UJIAN LISAN BERKUMPULAN PERBINCANGAN ILMIAH: FORUM TAJUK: MELESTARI ALAM SEKITAR Mutakhir ini, arus modenisasi menderaskan lagi pembangunan negara. Pelbagai projek sosioekonomi dijalankan dengan begitu rancak namun secara tidak sedar alam sekitar sudah terjejas. Satu kemelut yang terpaksa dihadapi oleh negara kita. Kita sebenarnya tersepit antara keinginan menjadi sebuah negara maju dengan alam sekitar yang perlu dipelihara, bak kata peribahasa “ditelan mati mak,diluah mati bapa”. Untuk melihat isu ini dengan lebih jelas, satu perbincangan ilmiah telah dianjurkan oleh Persatuan Pencinta Alam Sekitar Daerah Johor Bahru sempena kempen “Sayangi Bumi Kita” Followers Join this site w ith Google Friend Connect Members (100) More » Already a member? Sign in Blog Archive 2009 (15) October (1) September (5) cikgujana, -bahan bantu mengajar MELESTA RIKA N A LA M SEKITA R WA RISA N BA NGSA - FORUM 0 More Next Blog» Create Blog Sign In CIKGUJANA IBRAHIM - ESEI-ESEI TERBAIK PELAJAR-PELAJAR BAHASA MELAYU SPM

Upload: sullivan-dacalender

Post on 03-Oct-2015

50 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

MELESTARIKAN ALAM SEKITARTEKS FORUM YANG SEBENAR TIDAK DAPAT DIMUAT TURUN. HARAPAPARA PELAJAR SUDAH ARIF TENTANG FORMAT PENULISAN ESEIJENIS FORUM

TRANSCRIPT

  • 3/4/2015 CIKGUJANA IBRAHIM - ESEI-ESEI TERBAIK PELAJAR-PELAJAR: MELESTARIKAN ALAM SEKITAR

    http://cikgujana.blogspot.com/2009/09/melestarikan-alam-sekitar.html 1/7

    Tuesday, September 29, 2009

    MELESTARIKAN ALAM SEKITAR

    TEKS FORUM YANG SEBENAR TIDAK DAPAT DIMUAT TURUN. HARAPA

    PARA PELAJAR SUDAH ARIF TENTANG FORMAT PENULISAN ESEI

    JENIS FORUM

    Teks Lisan 4 Arif

    Muhammad Nasir Ibrahim

    Muhammad Hafiz Baharudin

    Aisyamariam Ulza

    Wong Xin Yi

    UJIAN LISAN BERKUMPULAN

    PERBINCANGAN ILMIAH: FORUM

    TAJUK: MELESTARI ALAM SEKITAR

    Mutakhir ini, arus modenisasi menderaskan lagi pembangunan

    negara. Pelbagai projek sosioekonomi dijalankan dengan begitu

    rancak namun secara tidak sedar alam sekitar sudah terjejas. Satu

    kemelut yang terpaksa dihadapi oleh negara kita. Kita sebenarnya

    tersepit antara keinginan menjadi sebuah negara maju dengan alam

    sekitar yang perlu dipelihara, bak kata peribahasa ditelan mati

    mak,diluah mati bapa. Untuk melihat isu ini dengan lebih jelas, satu

    perbincangan ilmiah telah dianjurkan oleh Persatuan Pencinta Alam

    Sekitar Daerah Johor Bahru sempena kempen Sayangi Bumi Kita

    Followers

    Join this sitew ith Google Friend Connect

    Members (100) More

    Already a member? Sign in

    Blog Archive

    2009 (15)

    October (1)

    September (5)

    cikgujana, -bahan bantu

    mengajar

    MELESTARIKAN ALAM

    SEKITAR

    WARISAN BANGSA - FORUM

    0 More Next Blog Create Blog Sign In

    CIKGUJANA IBRAHIM - ESEI-ESEI TERBAIKPELAJAR-PELAJARBAHASA MELAYU SPM

  • 3/4/2015 CIKGUJANA IBRAHIM - ESEI-ESEI TERBAIK PELAJAR-PELAJAR: MELESTARIKAN ALAM SEKITAR

    http://cikgujana.blogspot.com/2009/09/melestarikan-alam-sekitar.html 2/7

    Pengerusi: Assalamualaikum kepada hadirin sekalian. Saya Profesor

    Nasir Ibrahim mengucapkan selamat dating kepada semua yang ada

    di sini. Semuga kedatangan Tuan-tuan dan puan-puan dalam majlis

    ilmu ini diberkati Allah S.W.T. Sempena kempen Sayangi Bumi Kita

    yang sedang berlangsung di seluruh negara, Persatuan Pencinta Alam

    Sekitar Johor Bahru mengambil kesempatan untuk bersama-sama

    membantu kerajaan memberi kesedaran kepada orang ramai tentang

    kepentingan alam ini kepada kita. Visual yang ditayangkan kepada

    kita sebentar tadi menunjukkan betapa hebatnya serangan

    pencemaran di seluruh dunia. Hal ini amat mengerikan kerana

    selama ini kita semua hidup dalam sebiji belon yang terlalu kotor.

    Oleh itu, bagi membincangkan fenomena ini dengan lebih spesifik dan

    bermaklumat, penganjur telah menjemput tiga orang tokoh yang

    terlibat secara langsung dengan alam sekitar iaitu di sebelah kanan

    saya ialah Datuk Muhammad Hafiz Ali , Pengarah Jabatan Metreolagi

    Malaysia. Di sebelah kiri pula ialah Dr. Wong Xin Yi, aktivis pencinta

    alam yang sangat aktif di peringkat antarabangsa. Beliau bertugas

    sebagai sebagai pensyarah kanan di Jabatan Pembangunan Alam

    Sekitar , Universiti Sains Malaysia. Di hujung sana pula, Datuk

    Aisyamariam Ulza , Setiausaha Kerja bagi Kementerian Sains dan

    Alam Sekitar, Putrajaya.

    Selamat datang semuanya ke majlis ini. Baiklah, semua yang berlaku

    mesti ada punca atau punca-puncanya, begitu juga dengan isu ini.

    Terlalu banyak pendapat yang diberi tentang pencemaran air, udara

    dan bunyi. Oleh itu, kita dengar pendapat Dr. Wong Xin Yi tentang

    persoalan ini. Silakan Doktor.

    Dr. Wong Xin Yi: Terima kasih Profesor Nasir . Sebelum saya

    bincangkan tentang punca-puncanya, saya rasa lebih baik

    diterangklan terlebih dahulu maksud pencemaran. Pencemaran alam

    sekitar membawa maksud perbuatan mencemarkan alam sekitar

    dengan unsur-unsur yang kotor. Maka, sesuatu yang pada asalnya

    bersih dan dapat digunakan dengan baik dan selamat telah menjadi

    KEMPEN GALAKAN MEMBACA (

    KARANGAN BAHAGIAN A-

    BERP...

    PERANAN IBU BAPA

    MENANGANI MASALAH

    PENAGIHAN DADAH...

    July (5)

    June (3)

    May (1)

    JANA IBRAHIM -SMKSULTAN ISMAIL , JOHOPRBAHRU

    cikgujana

    JOHOR BAHRU, JOHOR, Malaysia

    PENDIDIKAN: SR DATIN KHATIJAH,

    KUALA KANGSAR, PERAK (1970-APRIL

    19743) : SRK HAMZAH , MACHANG,

    KELANTAN (APRIL 1973-1975 ) SMK

    ZAINAB, JLN TELIPOT, KOTA BAHRU,

    KELANTAN ( 1976-1982) UNIVERSITI

    MALAYA ( 1983-1986 ) KPLI MPPM

    (IPMM ), DURIAN DAUN , MELAKA

    (1992/93) GURU BAHASA MELAYU SMK

    SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU SEJAK

    1995 GURU BAHASA MELAYU DI SMK

    KUALA ROMPIN , KUALA ROMPIN ,

    PAHANG DARI JUN 1993-1994 BUAT

    SEMUA ANAK-ANAK DIDIK, KEMAAFAN

    DIPOHON JIKA ADA KETIDAKSELESAAN

    SEPANJANG P&P BERSAMA-SAMA

    CIKGU. PESANAN DARIPADA CIKGU

    SEBARKAN ILMU. KONGSILAH ILMU

    KERANA ILMU ITU MILIK ALLAH S.W.T

  • 3/4/2015 CIKGUJANA IBRAHIM - ESEI-ESEI TERBAIK PELAJAR-PELAJAR: MELESTARIKAN ALAM SEKITAR

    http://cikgujana.blogspot.com/2009/09/melestarikan-alam-sekitar.html 3/7

    kotor dan mendatangkan mudarat apabila digunakan.

    Antara punca-punca yang diwartakan oleh sebagai penyebab

    pencemaran. terbahagi kepada dua jenis iaitu ;:Pencemaran yang

    disebabkan oleh faktor semulajadi .Pencemaran yang disebabkan

    oleh faktor semulajadi ialah pencemaran yang berlaku dengan

    sendirinya setelah berlakunya bencana alam seperti letusan gunung

    berapi, dilanda ribut taufan, gempa bumi dan sebagainya

    Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia . Pencemaran

    yang disebabkan oleh faktor manusia ialah pencemaran yang

    dilakukan oleh manusia sama ada sengaja atau tidak sengaja .

    Antaranya ialah pencemaran udara. Contohnya, gas-gas beracun,

    zarah-zarah yang terperangkap hasil dari asap kenderaan, jerebu

    dari kesan pembakaran secara terbuka dan sebagainya. Pencemaran

    air,contohnya, pembuangan air kumbahan, sisa-sisa kimia, haba,

    pembuangan sampah dan sebagainya Pencemaran tanah,contohnya,

    pemusnahan hutan akibat pembalakan, pembuangan sisa-sisa kimia

    dan sisa-sisa pepejal .

    Saya rujuk pencemaran akibat aktiviti manusia sebagai perbincangan.

    Di Malaysia, hampir 90%-95% kawasan pedalaman telah mempunyai

    sistem jalan raya ;bermakna jumlah kenderaan bermotor di negara

    kita telah meningkat secara keseluruhannya. Namun begitu,

    kenderaan bermotor merupakan penyumbang terbesar pencemaran

    udara di negara kita. Rujukan saya seterusnya ialah pencemaran

    laut; lebih 90% daripada punca pencemaran laut adalah disebabkan

    oleh aktiviti manusia dan baki 10% adalah berpunca dari sektor

    perkapalan . dapatan ini berdasarkan kajian Persatuan Pencinta

    Alam, bertajuk Tumpahan Minyak Yang Meracuni Perairan Malaysia,

    yang disiarkan dalam majalah Dewan Kosmik (Mac), DBP, Kuala

    Lumpur, 1995, m.s.:53-55)

    Bagi pencemaran tanah pula, saya rujuk pada penerokaan hutan.

    Hutan memang mempunyai nilai komersial dalam ekonomi negara.

    Hutan didapati membekalkan kayu balak dan kertas yang merupakan

    satu sumber penting bagi pendapatan mata wang asing . Di kawasan

    tropika, rotan dianggarkan menyumbangkan nilai tahunan sebanyak

    RM 1200 juta setahun dalam perdagangan dunia. Akan tetapi

    eksploitasi hutan yang melampau untuk tujuan pembalakan,

    YANG DIPINJAMKAN KEPADA KITA

    UNTUK DITADBIR.

    View my complete profile

  • 3/4/2015 CIKGUJANA IBRAHIM - ESEI-ESEI TERBAIK PELAJAR-PELAJAR: MELESTARIKAN ALAM SEKITAR

    http://cikgujana.blogspot.com/2009/09/melestarikan-alam-sekitar.html 4/7

    pertanian, ternakan dan sebagainya telah mengakibatkan

    pencemaran alam yang sangat dahsyat .

    Oleh itu, jelaslah pencemaran alam sekitar banyak dilakukan oleh

    tangan-tangan manusia berbanding kejadian pencemaran semula jadi

    seperti gempa bumi, letusan gunung berapi dan ribut taufan. Setakat

    ini sahaja pendapat saya tentang punca-punca pencemaran, saudara

    pengerusi.

    Pengerusi: Terima kasih Dr. Wong Xin Yi kerana memberi pandangan

    yang bernas. Jika teliti, memang benar pencemaran banyak

    dicetuskan oleh manusia sendiri. Apabila keuntungan yang tergambar

    di hadapan mata, nilai-nilai murni tidak lagi menjadi pegangan . yang

    menyedihkan semua penduduk dunia merasai kesan negatifnya

    sedangkan yang melakukan kerosakan hanyalah segelintir manusia.

    Bagi melihat sejauh mana fenomena buruk pencemaran ini, kita

    tujukan permasalahan ini kepada datuk Muhammad Hafiz Ali. Silakan

    Datuk.

    Datuk M. Hafiz Ali: Terima kasih saudara Nasir. Tentang kesan buruk

    pencemaran ini , saya berpendapat semua rakyat Malaysia telah

    mengetahui dan menontonnya di televisyen atau internet. Kesan yang

    amat dirasai sekarang akibat pencemaran udara ialah pemanasan

    global yang semakin meningkat dari hari ke hari. Pemanasan global

    telah mengubah cuaca dan sistem iklim dunia.Ribut taufan misalnya

    berlaku dengan amat kerap. Selain itu, berlakunya pencemaran

    serius secara global seperti kesan rumah hijau, permusnahan ozon

    dan hujan asid . Sementara itu, pengeluaran gas monoksida iaitu

    sejenis gas beracun yang boleh membunuh sekiranya terkumpul

    dalam kawasan yang tertutup . Sejenis lagi unsur yang boleh terhasil

    melalui penggunaan kenderaan bermotor ialah plumbum iaitu sejenis

    bahan kimia yang sangat beracun dan boleh menyebabkan kerosakan

    otak terutamanya dalam kalangan kanak-kanak .

    Seterusnya kita lihat pula kesan pencemaran air. Saya ambil bukti

    yang berlaku di Jepun iaitu Teluk Minamata, Jepun. Pencemaran

    toksik terdapat dalam air menyebabkan simptom kebas-kebas, sakit

    kepala, kabur penglihatan dan penuturan yang tidak betul .

    Sesetengahnya berakhir dengan kelumpuhan dan ada yang menemui

    maut . Simptom yang disebabkan oleh keracunan raksa ini telah

    membabitkan beratus-ratus keluarga nelayan . penyalit ini seyerusnya

  • 3/4/2015 CIKGUJANA IBRAHIM - ESEI-ESEI TERBAIK PELAJAR-PELAJAR: MELESTARIKAN ALAM SEKITAR

    http://cikgujana.blogspot.com/2009/09/melestarikan-alam-sekitar.html 5/7

    dikenali sebagai penyakit Minamata .

    Kesan daripada pencemaran yang berlaku bukan sahaja dialami oleh

    manusia bahkan turut memberi kesan kepada kehidupan yang lain .

    Antara kesan pencemaran yang banyak membunuh organisma laut di

    perairan cetek ialah kesan daripada tumpahan minyak ke laut .

    Apabila tumpahan minyak berlaku dengan banyak berhampiran

    persisiran pantai ia membentuk lapisan minyak yang mengancam

    kehidupan laut serta burung . Tumpuhan tersebut juga turut

    menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton yang boleh

    mengurang pembiakan makanan laut . dalam jangka panjang akan

    menjejaskan sumber pendapatan nelayan.

    Antara kesan yang dianggap kronik ialah anomalia, iaitu pembesaran

    tubuh dan tingkah laku yang tidak normal, serta kurang daya

    ketahanan badan kesan penggunaan sumber air yang tersebut . Itu

    sahaja pendapat saya saudara pengerusi.

    Pengerusi: Terima kasih Datuk. Nampaknya , kesan pencemaran ini

    bukanlah sekadar berlaku di negara kita. yang tidak diselia rapi . Oleh

    itu,beberapa langkah perlu dikenal pasti untuk mengatasi isu yang

    serius ini. Saya menjemput Datuk Aisyamariam Ulza memperkatakan

    langkah-langkah yang telah , sedang dan akan diambil oleh

    kementeriaannya.

    Datuk Aisyamariam: Terima kasih dan assalamualikum semua.

    Apabila disebut Kementerian Sains & Alam Sekitar ini, yang

    tergambar ialah tindakan-tindakan yang pihak kementerian lakukan.

    Antara langkah yang telah dilaksanakan ialah menggalakkan orang

    ramai menggunakan petrol tanpa plumbum bagi kenderaan bermotor.

    Mencari alternatif selain daripada minyak juga adalah penting bagi

    tujuan mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar. Dua bahan

    alternatif yang dicadangkan ialah gas asli (natural gas) dan Propana.

    Dewasa ini, kajian bagi menghasilkan minyak enjin biomassa

    daripada tumbuh-tumbuhan sedang giat dijalankan. Contohnya di

    negara kita, ahli sains telahpun menemui sejenis minyak daripada

    kelapa sawit yang boleh mengurangkan pencemaran udara tanpa

    menjejaskan kecekapan enjin. Sungguhpun penemuan ini masih

    terlalu baru untuk dipastikan sama ada ia praktikal atau pun tidak, ia

    patut dijadikan satu titik permulaan bagi meningkatkan usaha kita ke

    arah mencapai konsep pembangunan berterusan yang perihatin

  • 3/4/2015 CIKGUJANA IBRAHIM - ESEI-ESEI TERBAIK PELAJAR-PELAJAR: MELESTARIKAN ALAM SEKITAR

    http://cikgujana.blogspot.com/2009/09/melestarikan-alam-sekitar.html 6/7

    terhadap persekitaran.

    Di peringkat antarabangsa,buat masa ini pula, Malaysia dan Indonesia

    melalui ASEAN telah menyalurkan pandangan mereka mengenai isu-

    isu Selat Melaka . Satu rancangan yang dikenali sebagai Rancangan

    Kontigensi Kebangsaan Mengawal Tumpahan Minyak telah diadakan

    di Jabatan Alam Sekitar . Objektif kerjasama serantau ini ialah bagi

    merealisasikan kerjasama serantau untuk membolehkan satu

    tindakan serta-merta dijalankan bagi mengawal tumpahan minyak

    yang tertumpah di perairan Malaysia .

    Demikianlah sahaja , antara langkah yang telah dilaksanakan oleh

    kerajaan kita bagi menangani isu ini.

    Pengerusi: Demikianlah pandangan-pandangan daripada panel

    jemputan kita pada kali ini. Semuga , segala maklumat yang

    diperoleh dalam malis ilmu ini memberi banyak kesedaran kepada

    kita. Yang dapat disimpul ialah, pencemaran sebenarnya hasil kerja

    tangan-tangan rakus sebahagian daripada kita. Sewajarnya kita

    sedar akan bumi ini sahajalah tempat tinggal kita. Oleh itu sama-

    sama kita jaga dan pulih semula keindahan alam sekitar kita.

    Assalamualaikum.

    Posted by cikgujana at 8:20 PM

    2 COMMENTS:

    gadis keyel September 30, 2009 at 12:27 AM

    Salam buat cikgu..terima kasih atas tips-tips yg cikgu

    berikan..Alhamdulillah,kertas bahasa melayu kertas 1 dan 2

    semakin baik..Lebih-lebih lagi kertas 2..

    Reply

    Ainun Zuraiha April 9, 2014 at 6:48 AM

    saya nak share penulisan anda...minta izin.

    Reply

  • 3/4/2015 CIKGUJANA IBRAHIM - ESEI-ESEI TERBAIK PELAJAR-PELAJAR: MELESTARIKAN ALAM SEKITAR

    http://cikgujana.blogspot.com/2009/09/melestarikan-alam-sekitar.html 7/7

    Newer Post Older Post

    Enter your comment...

    Comment as: Google Account

    Publish Preview

    Home

    Subscribe to: Post Comments (Atom)