cetusan minda mutiara bahasa: obesiti di kalangan pelajar

9
Barang siapa MEMPERMUDAHKAN kesulitan orang lain...Maka ALLAH MEMPERMUDAHKAN urusannya di dunia dan akhirat: HR Muslim. CETUSAN MINDA MUTIARA BAHASA LAMAN UTAMA SIMPULAN BAHASA PERUMPAMAAN PEPATAH ASAH MINDA ANDA SOALAN MODUL TATABAHASA DOWNLOAD SOALAN BM UPSR SATURDAY, 28 DECEMBER 2013 OBESITI DI KALANGAN PELAJAR 1.0 Pengenalan Kesihatan yang baik tidak dapat dijual beli.Apabila sihat, sudah pasti kita berpeluang melakukan aktiviti harian dengan sempurna dan kehidupan lebih bermakna.Kesihatan dan penampilan merupakan aspek yang sering dikaitkan dengan berat badan seseorang. Badan yang sihat dengan penampilan yang menarik akan membuatkan seseorang merasa lebih yakin bila berhadapan dengan masyarakat. Kegemukan atau berat badan berlebihan dianggap sebagai isu yang memberi kesan ke atas kesihatan dan penampilan seseorang. (Kementerian Kesihatan, 1998) dalam Modul Pencegahan Obesiti. Senario terkini ,kelebihan berat badan dan obesiti di kalangan kanak-kanak adalah masalah yang kian meningkat di Malaysia.Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Persatuan Kajian Obesiti Malaysia (MASO) pada tahun 2005 mencatatkan 27% atau setiap satu dari empat rakyat Malaysia dilaporkan mempunyai masalah berat badan yang berlebihan. Kajian syarikat maklumat pasaran TNS Asia panel tidak lama dahulu mendapati bahawa Malaysia mempunyai peratusan rakyat dengan berat berlebihan dan masalah obesiti tertinggi berbanding negara lain di Asia (Utusan Malaysia Online, 2007). Malaysia menduduki tempat pertama dalam kalangan negara-negara di Asia Tenggara yang paling ramai rakyatnya mengalami obesiti dan tempat keenam di negara Asia Pasifik. Maklumat ini berdasarkan laporan Dewan Rakyat 2011. . Laporan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Ketiga (2006) menunjukkan prevalens berlebihan berat badan telah meningkat kepada 29.1% berbanding 16.6% manakala prevalens obesiti meningkat kepada 14.0% berbanding 4.4% pada tahun 1996.Di Malaysia , peningkatan masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak berumur antara tujuh hingga sepuluh tahun menunjukkan peratusan yang membimbangkan iaitu daripada 6.6 peratus kepada 13.8 peratus.Keadaan ini lebih kritikal apabila mereka meningkat dewasa.Modul Pencegahan Obesiti,(2011) 2.0 Definisi obesiti Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), obesiti bermaksud kegemukan yang disebabkan terdapatnya lemak yang berlebihan..Obesiti berlaku apabila saiz atau bilangan sel lemak di dalam tubuh meningkat (Myers,2004).Obesiti didefinisikan sebagai kelebihan tisu lemak dalam badan yang menyebabkan kesan sampingan terhadap parameter metabolik, tahap kesihatan jangka panjang dan pendek dan kesan psikologi. Obesiti juga ditakrifkan sebagai suatu keadaan yang berlakunya pengumpulan atau penyimpanan lemak yang berlebihan dalam badan. .Seseorang individu boleh dikategorikan sebagai obesiti sekiranya peratus lemak di dalam badan melebihi 25 peratus bagi lelaki dan 35 peratus bagi wanita (Clinical Practice Guidelines on Management of Obesity,2004) Seseorang boleh dikatakan obes apabila indeks jisim badan(BMI)melebihi kadar TETAMU-TETAMU KU 3 2 8 3 9 3 2 8 3 9 BERDOA,BERDOA SELALU..ALLAH SENTIASA MENDENGAR RINTIHAN HAMBANNYA HARI AKAN LEBIH INDAH...JIKA DIAWALI DENGAN BERSYUKUR. Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan dan kegagalan sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain. PEDOMAN HIDUP Ummi Qayyum Rahayu Hassan Reka Lencana Anda JOM! SERTAI FACEBOOK SAYA PARA PENGIKUT Sayunara Johor Bahru, Johor, Malaysia Opsyen:Bahasa Melayu Berkhidmat di SK Air Tawar 5 PRINSIP HIDUP: Jangan sesekali putus asa dari rahmat dan pertolongan ALLAH. "CUKUP ALLAH BAGIKU" View my complete profile ABOUT ME Guru Malaysia e-gaji DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA PPD Kota Tinggi Jabatan Pelajaran Negeri Johor Universiti Pendidikan Sultan Idris Kementerian Pelajaran Malaysia PAUTAN Johor Bahru Time DETIK MASA BERLALU Mengimbau Sejarah Penjajahan Barat di Malaysia 1.0 PENGENALAN Penjajahan kuasa asing di Tanah Melayu sebelum kemerdekaan Seperti yang kita sedia maklum, sebelum Tanah Melayu m... OBESITI DI KALANGAN PELAJAR 1.0 Pengenalan Kesihatan yang baik tidak dapat dijual beli.Apabila sihat, sudah pasti kita CARTA PERKONGSIAN 0 More Next Blog» Create Blog Sign

Upload: darminladiro

Post on 29-Sep-2015

52 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

obesiti

TRANSCRIPT

  • Barang siapa MEMPERMUDAHKAN kesulitan orang lain...Maka ALLAH MEMPERMUDAHKAN urusannya di dunia dan akhirat: HRMuslim.

    CETUSAN MINDA MUTIARA BAHASA

    LAMAN UTAMA SIMPULAN BAHASA PERUMPAMAAN PEPATAH ASAH MINDA ANDA SOALAN MODUL TATABAHASA

    DOWNLOAD SOALAN BM UPSR

    SATURDAY, 28 DECEMBER 2013

    OBESITI DI KALANGAN PELAJAR

    1.0 Pengenalan Kesihatan yang baik tidak dapat dijual beli.Apabila sihat, sudah pasti kitaberpeluang melakukan aktiviti harian dengan sempurna dan kehidupan lebihbermakna.Kesihatan dan penampilan merupakan aspek yang sering dikaitkan denganberat badan seseorang. Badan yang sihat dengan penampilan yang menarik akanmembuatkan seseorang merasa lebih yakin bila berhadapan dengan masyarakat.Kegemukan atau berat badan berlebihan dianggap sebagai isu yang memberi kesanke atas kesihatan dan penampilan seseorang. (Kementerian Kesihatan, 1998) dalamModul Pencegahan Obesiti.Senario terkini ,kelebihan berat badan dan obesiti di kalangan kanak-kanak adalahmasalah yang kian meningkat di Malaysia.Menurut statistik yang dikeluarkan olehPersatuan Kajian Obesiti Malaysia (MASO) pada tahun 2005 mencatatkan 27% atausetiap satu dari empat rakyat Malaysia dilaporkan mempunyai masalah berat badanyang berlebihan. Kajian syarikat maklumat pasaran TNS Asia panel tidak lama dahulumendapati bahawa Malaysia mempunyai peratusan rakyat dengan berat berlebihandan masalah obesiti tertinggi berbanding negara lain di Asia (Utusan Malaysia Online,2007). Malaysia menduduki tempat pertama dalam kalangan negara-negara di AsiaTenggara yang paling ramai rakyatnya mengalami obesiti dan tempat keenam dinegara Asia Pasifik. Maklumat ini berdasarkan laporan Dewan Rakyat 2011.

    . Laporan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Ketiga (2006) menunjukkanprevalens berlebihan berat badan telah meningkat kepada 29.1% berbanding 16.6%manakala prevalens obesiti meningkat kepada 14.0% berbanding 4.4% pada tahun1996.Di Malaysia , peningkatan masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanakberumur antara tujuh hingga sepuluh tahun menunjukkan peratusan yangmembimbangkan iaitu daripada 6.6 peratus kepada 13.8 peratus.Keadaan ini lebihkritikal apabila mereka meningkat dewasa.Modul Pencegahan Obesiti,(2011)

    2.0 Definisi obesitiMenurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), obesiti bermaksud kegemukan

    yang disebabkan terdapatnya lemak yang berlebihan..Obesiti berlaku apabila saizatau bilangan sel lemak di dalam tubuh meningkat (Myers,2004).Obesiti didefinisikansebagai kelebihan tisu lemak dalam badan yang menyebabkan kesan sampinganterhadap parameter metabolik, tahap kesihatan jangka panjang dan pendek dankesan psikologi. Obesiti juga ditakrifkan sebagai suatu keadaan yang berlakunyapengumpulan atau penyimpanan lemak yang berlebihan dalam badan.

    .Seseorang individu boleh dikategorikan sebagai obesiti sekiranya peratus lemak didalam badan melebihi 25 peratus bagi lelaki dan 35 peratus bagi wanita (ClinicalPractice Guidelines on Management of Obesity,2004)

    Seseorang boleh dikatakan obes apabila indeks jisim badan(BMI)melebihi kadar

    TETAMU-TETAMUKU

    3 2 8 3 93 2 8 3 9

    BERDOA,BERDOASELALU..ALLAHSENTIASAMENDENGARRINTIHANHAMBANNYA

    HARI AKAN LEBIHINDAH...JIKADIAWALI DENGANBERSYUKUR.Adalah lebih baikuntuk mengetahuikelemahan dankegagalan sendiridaripada menudingkesalahan kepadapihak lain.

    PEDOMAN HIDUP

    Ummi Qayyum RahayuHassan

    Reka Lencana Anda

    JOM! SERTAIFACEBOOK SAYA

    PARA PENGIKUT

    SayunaraJohor Bahru,Johor,Malaysia

    Opsyen:Bahasa MelayuBerkhidmat di SK Air Tawar 5PRINSIP HIDUP: Jangansesekali putus asa darirahmat dan pertolonganALLAH. "CUKUP ALLAHBAGIKU"

    View my complete profile

    ABOUT ME

    Guru Malaysiae-gajiDEWAN BAHASA DANPUSTAKAPPD Kota TinggiJabatan Pelajaran NegeriJohorUniversiti Pendidikan SultanIdrisKementerian PelajaranMalaysia

    PAUTAN

    Johor Bahru Time

    DETIK MASA BERLALU

    Mengimbau SejarahPenjajahan Barat di Malaysia1.0 PENGENALANPenjajahan kuasa asing diTanah Melayu sebelumkemerdekaan Seperti yangkita sedia maklum, sebelumTanah Melayu m...

    OBESITI DI KALANGANPELAJAR1.0 Pengenalan Kesihatan yang baik tidakdapat dijual beli.Apabilasihat, sudah pasti kita

    CARTA PERKONGSIAN

    0 More Next Blog Create Blog Sign In

  • Sasaran Petunjuk

    Kanak-kanak dan remaja

    (5 hingga 19 tahun)

    +1 SD Berlebihan berat badan

    +2 SD Obesiti

    40/35. Berat badannya melebihi 30% drpd julat normal bg tinggi bdn, jantina danumurnya. Terdapat cara untuk periksa bahawa kita di tahap mana, overweight, normaldan underweight. Rujuk cara pengiraannya seperti di bawah.

    BMI = Berat Badan (kg) Tinggi X Tinggi (m2)

    Interpretasi BMI

    Formula BMI = ( Berat dalam Kilograms / ( ketinggian dalam Meter x ketinggiandalam Meter) )

    Bawah 18.5 = Kurang Berat18.5 - 24.9 = Normal25 29.9 = Berat berlebihan(gemuk)

    30 34.9 = Obesiti kelas 1

    35 - 39.9 = Obesiti kelas 2

    > 40 - = Obesiti kelas 3

    Sumber WHO (1998) : Klasifikasi berat badan dengan BMI

    Kanak-kanak dan remajaKanak-kanak dan remaja boleh dikategorikan sebagai berlebihan berat badanatau obes berdasarkan Piawai Pertumbuhan BMI WHO 2007 bagi kanak-kanakdan remaja (5 hingga 19 tahun) seperti berikut:Jadual 1.1: Tafsiran BMI Kanak-Kanak dan Remaja mengikutrujukan WHO

    Secar

    Secara tradisinya, kelebihan berat badan dan obesiti di kalangan kanak-kanakdidefinisikan sebagai kelebihan berat badan relatif kepada ketinggian.

    Ukuran Lilitan Pinggang

    Ukuran lilitan pinggang berkait rapat dengan kandungan lemak pada bahagianabdomen (tengah badan) yang juga dikenali sebagai lemak viseral tubuh. Ukuranlilitan pinggang yang tinggi merupakan salah satu faktor risiko kepada diabetes jenis 2dan penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung koronari, serangan jantung(penyakit jantung iskemik), tekanan darah tinggi dan beberapa penyakit lain.Individudewasa yang mempunyai ukuran lilitan pinggang yang lebih daripada 90 cm (35 inci)bagi lelaki dan lebih daripada 80 cm (32 inci) bagi wanita adalah berisiko untukmendapat penyakit di atas (WHO /IASO /IOTF, 2000) Sumber : Modul PencegahanObesiti (2011)Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun didalam badan seseorang.Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit nutrisi danterjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan.Apa yang lebih menakutkan, obesitiboleh menganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akanmenyebabkan masalah kesihatan yang kritikal.Selain daripada kegiatan fizikal dansosial terhad , jangka hayat penghidap obesiti dibimbangi juga semakin pendek.Secara tradisinya, kelebihan berat badan dan obesiti di kalangan kanak-kanakdidefinisikan sebagai kelebihan berat badan relatif kepada ketinggian.

    Join this sitewith Google FriendConnect

    Members (12)More

    Already a member?Sign in

    berpeluang melakukan aktivitiharian d...

    MODEL PENGAJARANASSUREMODUL ASSURE APLIKASIDALAM RANCANGANPENGAJARAN DANPEMBELAJARAN HARIAN1.0 PENGENALANPengajaran merupakan satusistem aktiviti-akti...

    ANALISIS KOMPONENMAKNA1.0 Pengenalan Berdasarkansejarah linguistik, padamulanya istilah semantikdigunakan untuk merujukkepada perkembangan danperubahan m...

    Perlaksanaan PenilaianMembaca PBSJelaskan bagaimanapenilaian membacaberasaskan PenilaianBerasaskan Sekolah (PBS)dijalankan. 1.0 PengenalanPenilaian Berasask...

    2015 (2)

    2014 (2)

    2013 (16) December (2)

    OBESITI DIKALANGANPELAJAR

    1.0 Pengenalan Kesihatan yang baiktidak da...

    November (4)

    August (1)

    June (4)

    April (2)

    February (1)

    January (2)

    2012 (26)

    ARKIB

    MY BLOG LIST

    KERENGGALima Adun PKR lompatparti untuk Khalid ambilalih Selangor hanyacerita dongeng - AzminAli Azmin berucap padamajlis pecah tanah &pelancaran rumah diKlang. - Foto SinarHarian oleh NIZAM ZAINKLANG: Khabar anginmengatakan lima AdunPK...10 minutes ago

    Blog RasmiKementerian PelajaranMalaysia

    Muat turunPelan

    PembangunanPendidikan 2015-2025(Pendidikan Tinggi) -Muat turun PelanPembangunanPendidikan 2015-2025(Pendidikan Tinggi) dipautan berikut:http://hes.moe.gov.my/event/

  • 3.0 Statistik obesiti di kalangan kanak-kanak Malaysia

    Hasil kajian oleh sekumpulan penyelidik dari university Kebangsaan Malaysia (UKM)menerusi kajian bertajuk Prevalence of obesity among children (2008) menunjukkanpeningkatan kadar obesiti sehingga 30 peratus di kalangan kanak-kanak berusia 6 hingga12 tahun, berbanding tahun-tahun sebelumnya.Berdasarkan Kajian Keutamaan Nutrisi dalam Rancangan Malaysia ke 10 (RMK-10)mendapati kadar kegemukan kanak-kanak meningkat daripada 6.6 peratus kepada 13.6peratus.Kajian juga menunjukkan 25 daripada 100 pelajar di negara ini dibimbangi akanmengalami masalah kegemukan pada tahun 2020.Ia berdasarkan trend peningkatan 1% kesobesiti pelajar setiap tahun.Satu kajian di Kuala Lumpur membabitkan 5, 995 kanak-kanakberusia tujuh tahun hingga 10 tahun mendapati murid lelaki mengalami peratusan beratpaling tinggi iaitu 9.7 peratus berbanding 7.1 peratus murid perempuan..

    Prevalens berlebihan berat badan dan obesiti di kalangan kanak-kanak dan remajasemakin meningkat dengan mendadak di seluruh dunia (WHO, 1998). Kajian olehBong & Safurah (1996) melaporkan 8% kanak-kanak sekolah rendah adalahberlebihan berat badan.Kajian di kalangan kanak-kanak 6 - 12 tahun di Malaysia menunjukkan peningkatanmasalah berlebihan berat badan daripada 11.0% kepada 12.8% dan obesiti daripada9.7% kepada 13.7%, masing-masing pada tahun 2002 dan 2008 (Ismail et al., 2003,2009)Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan III (2006) pula mendapati di kalangankanak-kanak 6-12 tahun prevalens berlebihan berat badan/obesiti adalah 22.4%manakala di kalangan remaja 13-17 tahun prevalens berlebihan berat badan / obesityadalah 21.4%.

    4.0 Penyebab ObesitiKegemukan dan obesiti mempunyai kaitan dengan cara pemakanan. Dalam satu

    kajian yang dilakukan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia baru-baru ini,menunjukkan bahawa seorang daripada 4 orang kanak-kanak di negara ini adalahgemuk ataupun obesiti. Manakala seorang daripada 3 orang remaja adalah beratbadan yang berlebihan, dan seorang daripada 6 orang ialah obes. Kajian tersebutdijalankan pada tahun 2002 dan tahun 2008. Penemuan kajian tersebut menunjukkanpeningkatan yang ketara dalam bilangan kegemukan dan obesiti dalam kalanganpelajar sekolah. Kanak-kanak yang berumur 5 dan 6 tahun juga menunjukkan peratuskegemukan dan obesiti.Statistik yang membimbangkan ini, jika dibiarkan, akan menyebabkan negara ini

    menuju ke arah negara gemuk. Kegemukan dan obesiti ialah penyebab utama kepadapenyakit kronik seperti kencing manis, penyakit jantung, penyakit darah tinggi dansebagainya. Ini juga akan meningkatkan kos perubatan untuk rakyat Malaysia.

    4.1 Amalan pemakanan tidak sihatAmalan makan makanan yang mengandungi lebih tenaga berbanding yang

    digunakan merupakan antara faktor utama obesiti (Denise Walker,2006). Berat badanakan bertambah apabila seseorang makan banyak, lebih daripada apa yang bolehdibakar oleh badan . Kalori yang lebih ini akan disimpan sebagai lemak. Berlebihanberat badan dan kegemukan/obesiti akibat daripada pengambilan kalori yangberlebihan tidak akan berlaku dalam beberapa hari atau minggu. Selalunya ia akanterkumpul dan tersimpan selama beberapa bulan dan tahun.Semakin pesat sesebuahnegara, semakin banyak kemudahan yang disediakan. Segalanya berada di hujung jari.Kebanyakan ibu bapa selalu menggunakan makanan sebagai tanda kasih dan sayang.Tapi kalau mereka betul-betul sayangkan anak , janganlah masak atau belikan anak-anak makanan yang menggemukkan sepanjang masa. Kasihanilah mereka keranayang susah nanti mereka juga.Selain itu, makanan segera sewenang-wenangnya bolehdipesan dan dihantar terus ke rumah.Restoran makanan segera yang boleh didapatidengan mudah mendorong anak-anak untuk mengunjunginya.

    Menurut Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr. ShafieOoyub pengambilan minuman berkarbonat dan makanan segera yang berlebihanmenjadi antara penyumbang kepada masalah obesiti.

    2 days ago

    TazkirahHukumMandiTelanjang - *Hukummandi

    dalam keadaanmembuka aurat adalah*dibolehkan* di tempatyang tertutup. BerkataImam an-Nawawi : *Adapun membuka auratpada ketika sunyi ...1 week ago

    TINTA HIJAU DARIKAKI BUKIT

    AyahandaDS AnwarMeninggalDunia - Gambar

    Terakhir DSAI BersamaAllahyarhamAyahandanya DatoIbrahim Bin Abd RahmanDi MahkamahPersekutuan ALFATIHAH & SALAMTAKZIAH...! Dukacita DiM...1 week ago

    kssronline.com -Rancangan KSSR,KSSR Lesson Plan,KSSR Worksheet,UPSR Exam Tips,LINUS

    SENARAI2500 BUAHSEKOLAHYANGDIPILIH

    UNTUK PROGRAMLATIHAN GM1M VLEFROG - Sukacitadimaklumkan bahawapihak YTLCommunications SdnBhd dan FrogAsia SdnBhd dengan kerjasamaKementerian PendidikanMalaysia (KPM) dibawah program...3 weeks ago

    Fuh.MyPetua MenghilangkanParut 10 Kali LebihCepat Dan Berkesan -Fuh.My Fuh.My -Mencetus FenomenaPetua MenghilangkanParut 10 Kali LebihCepat Dan BerkesanPetua MenghilangkanParut 10 Kali LebihCepat Dan Berkesan |...5 weeks ago

    kejoraku bersatu...lepakingsetelahkepenatan..-

    4 months ago

    ! Tutorial Untuk Blog |Tips Blogspot

    Cara Block /BanNotifikasiGame DiFacebook -

    Antara perkara yangtidak begitu digemariapabila melayarifacebook ialah apabilamendapat notification

  • 4.2 Faktor genetikPeranan faktor genetik atau keturunan dalam mempengaruhi status berat telah

    menjadi satu penemuan penting dalam kajian obesiti. Walau bagaimanapun,pengaruhgenetik dan kaitannya dengan berat badan masih sukar untuk dijelaskan. Faktorketurunan juga mempengaruhi rupa bentuk badan seseorang.Penyelidikan yangdibuat di Amerika Syarikat membuktikan bahawa anak-anak dari keturunan ibu bapayang bertubuh normal mempunyai 10% peluang menjadi gemuk.Peluang itu akanbertambah menjadi 40-50% jika salah seorang daripada ibu bapa mengalamimasalah berat badan.dan akan meningkat menjadi 70-80% jika kedua-duanya menghidap obesiti.Bagaimanapun sejak kebelakangan ini, beberapa kes kecacatan genetik di kenalpasti sebagai punca 'hyperphagia' (makan berlebihan) dan obesiti yang bermuladari usia kanak-kanak. Kecacatan genetik merangkumi sindrom obesiti sepertisindrom Lawrence Moon Biedl, sindrom Prader Willi, sindrom trisomi 21, sindrom Wiedemann Beckwith dan lain-lain. Faktor kecacatan genetik yangmenyebabkan obesiti biasanya disebabkan perubahan atau mutasi kepada beberapagen seperti gen leptin dan perubahan pada keronsong gen leptin. Kesan genetikkepada kejadian obesiti umumnya lebih banyak dipengaruhi oleh faktor bukan genetikseperti amalan pemakanan dan kurang aktiviti fizikal. Faktor keturunan ini, walaubagaimanapun sering dijadikan alasan kepada kejadian obesiti dan alasan untuk tidakmelakukan sebarang tindakan untuk mengatasinya.

    4.3 Cara hidup tidak aktifKebanyakan populasi dunia termasuk di Malaysia mengamalkan cara hidup yang

    sedentari (Poh et al. 2008) berpunca daripada pembangunan yang pesat danpeningkatan penggunaan peralatan yang mengehadkan penggunaan tenagamanusia.Kurang aktiviti fizikal atau cara hidup sedentari boleh didefinisikan sebagai pergerakan anggota badan yang minima yang bersamaan dengan kadar metabolismerehat. Tingkah laku seperti duduk dan tidur dengan lama, menggunakan lif berbandingtangga, memandu berbanding berjalan kaki menyumbang kepada penggunaan tenagayang minimum dan menyumbang kepada masalah obesiti.Teknologi masa kinimenyebabkan pergerakan yang minimum diperlukan untuk melakukan sesuatu kerjadan meminimumkan penggunaan tenaga. Persekitaran masa kini yang semakin sibukmenyebabkan kekangan masa untuk bersukan dan kenaikan kos hidup menyebabkanpersekitaran dan kemudahan yang tidak mencukupi untuk bersukan atau berekreasidan seterusnya menggalakkan kehidupan sedentari. Ianya juga merujuk kepada amalantingkah laku fizikal yang pasif seperti menonton televisyen, membaca, menggunakankomputer, berbual melalui telefon, memandu kereta, bermeditasi dan makan.

    Masa kini, teknologi canggih menjadikan kanak-kanak menghabiskan masa di hadapantelevisyen dan bermain games.Kanak-kanak mesti dipaksakan membebaskan dirimereka daripada teknologi multi media dan dipaksa turun beriadah atau bersenam.

    4.4 Ketidak seimbangan tenagaImbangan tenaga adalah keadaan di mana tenaga yang diambil dalam bentuk

    makanan/minuman adalah seimbang dengan tenaga yang digunakan oleh tubuh, iaitutenaga untuk proses metabolisme asas dan aktiviti fizikal. Dalam keadaanpengambilan tenaga adalah sama/ seimbang dengan penggunaan tenaga tidakberlaku penambahan berat badan.Seseorang dikatakan mempunyai imbangantenaga positif apabila tenaga yang diambil melalui makanan melebihi daripada tenagayang digunakan oleh tubuh.Tenaga yang berlebihan tersebut tidak digunakan danakan ditukarkan kepada bentuk lemak dan disimpan dalam tisu adipos di bawah kulit.Pertambahan lemak ini akan menyebabkan peningkatan berat badan individu.Peningkatan berat badan adalah petunjuk kepada imbangan tenaga positif. Imbangantenaga positif perlu semasa ibu hamil, kerana tenaga berlebihan ini diperlukan bagimenampung pertumbuhan janin. Pada peringkat bayi, kanak-kanak dan remaja jugaperlu imbangan tenaga positif untuk proses tumbesaran. Bagi orang dewasa,imbangan positif dalam jangka masa berpanjangan boleh menyebabkan berat badanbertambah. Imbangan negatif pula terjadi apabila pengambilan makanan adalahkurang daripada tenaga yang digunakan seharian. Dalam keadaan ini tenaga yangdiperlukan untuk aktiviti seharian akan diambil dari simpanan lemak tubuh.Penggunaan lemak tubuh ini menyebabkan penyusutan lemak tubuh dan seterusnyapenurunan berat badan individu tersebut.

    berkenaan game. Agaksukar untukmemaklumkan setiap...4 months ago

    MyGuru2 Admin BlogJoota - The Dark KnightRises11 months ago

    Kembara BahasaKenangan Silam:Lempeng - Kenangansilam: Hujan lebatdengan keadaan perutagak kosong membukaseleraku makan lewatpetang, kali ini hidanganlempeng dengan sambalsotong dan kuah d...11 months ago

    mediasiberDoktorSyaitan JualBayiSelepasTipu Ibu -

    *Doktor Syaitan JualBayi Selepas Tipu Ibu |China* Doktor durjana.Itu gelaran paling sesuaiuntuk Zhang Lin selepasdisyaki menjual seorangbayi kepad...1 year ago

    Tinta-tinta IlmuPetugasPilihan Raya2013 -Pilihan RayaUmum

    (PRU) perludilaksanakan dalamtempoh 5 tahun untukmemilih wakil-wakilrakyat yang akanmewakili rakyat Malaysiadi Parlimen atau Dewan...1 year ago

    INDAHNYA BAHASA-2 years ago

    NUANSA BAHASAGangguan Komunikasi -Gangguan komunikasibermaksud berbagai-bagai masalah dalamberbahasa, bertutur danmendengar. Gangguanbertutur dan berbahasaberpunca daripadamasalah art...5 years ago

  • 4.5 Faktor Psikososial

    Faktor psikososial (seperti tekanan perasaan, rendah keyakinan diri, diskriminasipekerjaan dan beberapa bentuk stigma sosial) merupakan faktor yang perlu diambilkira di dalam pencegahan obesiti kerana berbanding faktor genetik. Faktor psikososialmerupakan faktor yang boleh diubah. Faktor psikososial dipengaruhi oleh aspekpsikologi individu dan ianya dipelajari melalui pelbagai pengalaman hidup. Rasa lapar dan seleraRasa lapar adalah maklum balas psikologi kepada keperluan mengambil makananyang dihasilkan oleh rangsangan otak. Ianya boleh dipengaruhi oleh beberapa faktorseperti saiz dan komposisi hidangan yang diambil sebelumnya, corak pengambilanmakanan individu, status fizikal dan mental individu. Faktor psikologi seperti bau sertainteraksi persekitaran amat mempengaruhi pengambilan makanan individu. Individuyang mengehadkan pengambilan makanan pada setiap hidangan akan merasakelaparan yang lebih tinggi untuk beberapa hari tetapi ianya semakin lama akansemakin hilang dari hari ke hari. Pada peringkat tertentu, kelaparan tidak terkawalakan menyebabkan pengambilan makanan berlebihan melebihi kekurangan kaloriyang dihadapi. Kapasiti perut juga boleh beradaptasi kepada kuantiti yang lebih besarsehinggakan kuantiti hidangan biasa tidak lagi menyebabkan rasa kenyang.Selera juga boleh menyebabkan individu mula mengambil makanan walaupun tanparasa lapar. Tidak seperti kelaparan, selera adalah merupakan sesuatu yang dipelajaridaripada pengalaman. Selera meningkatkan kelaparan dan individu boleh berseleratanpa rasa lapar. Salah satu contoh adalah dari pemerhatian dan bau makanan,selera boleh meningkat dan seterusnya menggalakkan individu menikmati hidanganatau menambah saiz makanan. Bau dan penglihatan boleh meningkatkan lagi selerawalaupun pada masa tersebut kelaparan individu tersebut telah diatasi. Pemilihanmakanan juga mempengaruhi rasa kenyang. Sesetengah makanan menyebabkanrasa kenyang yang berpanjangan berbanding makanan yang lain. Secara umumnyamakanan serat yang tinggi mengekalkan rasa kenyang yang lebih berpanjanganberbanding nutrien yang lain.

    4.6 Faktor personaliti dan kognitif

    Personaliti juga menyumbang kepada tingkah laku pengawalan berat badaniaitu individu yang tidak percaya kepada keupayaan diri dalam mengawal berat badanakan berhadapan dengan masalah tersebut. Kawalan diri dan keupayaan individumenguruskan hidup juga mempengaruhi tingkah laku pengawalan berat badan.Sesetengah individu mengambil makanan sebagai salah satu cara mengurangkantekanan dan menenangkan diri. Masalah lain seperti makan dengan terlalu banyakjuga berkaitan dengan masalah personaliti seperti kemurungan, tekanan dan lain-lainyang jelas menunjukkan ianya berkaitan dengan pengambilan makanan.

    4.7 Metabolisme rendah Kadar metabolisme yang rendah akan mengakibatkan tenaga yang masuk kedalam tubuh lambat menjadi glikogen menyebabkab menjadi lemak.Mereka yangmengalami masalah obesiti mempunyai metabolisme yang rendah kerana mereka tidakbersenam atau mengamalkan diet yang seimbang.Ini sekali gus mendedahkan merekauntuk mengalami masalah obesiti yang lebih serius.

    4.8 Masalah penyakit Sebilangan kecil kanak-kanak menjadi obes disebabkan penyakit lain seperti;

    Hypothyroidism (kekurangan hormon tiroid) Human growth hormone deficiency (kekurangan hormon pertumbuhan) Cushing's syndrome' atau jangkitan, trauma atau ketumbuhan di 'hypothalamus'

    5.0 Implikasi obesiti Masalah obesiti di kalangan kanak-kanak sebenarnya mendedahkanmereka bukan hanya melibatkan kesihatan fizikal badan, malahan turut memberikesan kepada psikologi dan kesihatan mental.

    5.1 Masalah Kesihatan FizikalBerat badan berlebihan dikaitkan dengan risiko yang tinggi jika mengalami masalah

  • perubatan seperti seperti serangan pelbagai penyakit kronik yang bolehmenyebabkan kematian awal.

    Masalah serangan penyakit jantung koronari Penyakit darah tinggi/hipertensi Paras kolesterol yang tinggi Penyakit kencing manis/ Diabetes Mellitus Masalah pernafasan ( asma) serta masalah tidur (sleep apnea syndrome) Komplikasi sendi dan tulang seperti osteoarthritis, gout dan kesakitan tulang

    pinggul Bertambah gemuk apabila semakin dewasa Masalah batu dalam pundi hempedu (gall bladder)

    5.2 Kesihatan Mental dan Psikologi Kesihatan mental yang disebutkan bukanlah mengaitkan obesiti denganpenyakit "gila" atau masalah otak tetapi lebih kepada kesan kepada emosi individuyang mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti hasil interaksi sosial. Obesitikalangan kanak-kanak khususnya berusia bawah tujuh tahun mungkin kelihatancomel. Namun apabila mereka mula memasuki alam persekolahan, ia bolehmemberikan kesan negatif kepada pertumbuhan sosial mereka apabila diejek rakansekelas. Malah anak juga mungkin kurang ceria dan tidak bersemangat mengikutipelbagai aktiviti di sekolah lantaran selalu diejek. Boleh dikatakan di mana sahajaseseorang kanak-kanak yang "besar" badannya bersekolah, pasti ada yangmendiskriminasi atau mengejek. Ini mungkin akan meninggalkan kesan psikologikepada kanak-kanak tersebut, menyebabkan tahap keyakinan dirinya semakinrendah.Kesan diskriminasi pada usia muda ini akan dibawa sehingga mereka dewasa danmungkin membawa kepada masalah hidup yang menjejaskan tahap kepuasan

    hidup individu yang berbadan besar.

    6.0 Langkah-langkah pengurusan berat badanLebih 155 juta kanak-kanak sekolah mengalami masalah berlebihan berat badan

    dan mereka ini diramalkan generasi pertama yang mempunyai jangka hayat yanglebih pendek berbanding ibu bapa mereka. Ianya jelas menunjukkan suatu tindakanyang komprehensif perlu dilakukan untuk mengatasi masalah ini. (IASO,2009).Anak-anak adalah tanggungjawab ibu bapa, bukan pihak ketiga seperti guru, pengasuh,mahupun orang gaji. Oleh yang demikian ibu bapa yang betul-betul sayangkan anakmereka, mestilah mengambil berat dan mengawal berat badan anak-anak bagimencegah obesiti.Menyedari peningkatan masalah berlebihan berat badan dan obesiti di kalanganrakyat Malaysia, Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat) dengan kerjasamaKementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta pelbagai organisasi berusaha untukmenjalankan aktiviti-aktiviti pencegahan dan kawalan obesiti melalui pengupayaanpertubuhan-pertubuhan.

    6.1 Peranan Ibu bapa Penjagaan pemakanan anak-anak patut dimulakan sejak bayi. Penyelidikan telah menunjukkan kebanyakan golongan dewasa yang obes bermuladaripada bayi yang mempunyai berat badan berlebihan. Memulakan makanan pejalyang berkarbohidrat tinggi pada usia terlalu awal dan juga minuman yang mempunyaikandungan gula seperti jus memberi kesan pada berat bayi. Ibu bapa jugasepatutnya menjadi model kepada anak-anak mereka dalam memupuk carapemakanan yang sihat. Kanak-kanak patut didedah kepada cara pemakanan sertagaya hidup yang sihat sejak usia muda.

    Amalan Makan Secara Sihat a) Pastikan anak-anak mengambil sarapan setiap pagi. Kanak-kanakyang tidak bersarapan ibarat meneruskan puasa sepanjang malam dan tidakmendapat zat makanan diperlukan untuk memulakan aktiviti harian.

    b) Jangan makan terlalu banyak waktu malam. Ini kerana kita seringberehat bersama keluarga selepas itu dan tidak melakukan aktiviti lasakmenyebabkan badan tidak berpeluang menggunakan kalori yangdihasilkan daripada pencernaan makanan itu.

  • c) Pastikan makanan seimbang daripada pelbagai jenis dan sumber. Penjagaan pemakanan tidak bermaksud mengehadkan pemakanan kanak-kanak. Makanan berkhasiat diperlukan untuk meningkatkan keupayaan fizikaldan mental mereka untuk belajar (seperti membina kemahiran bertutur danmenguatkan daya ingatan).

    d) Jangan kerana sayangkan anak, segala pilihan makanan diserahkankepada mereka. Jangan takut untuk berkata tidak. Mungkin perasaankasihan timbul dalam diri tetapi percayalah ia akan menjadi kebiasaan. Lambatlaun mereka akan faham dengan keadaan tersebut.

    e) Tanya anak setiap hari apa yang mereka makan di sekolah. Jikamakanan ringan ada dalam senarai mereka, pujuk dan gunakan pendekatanpsikologi dengan mengatakan ia tidak sihat untuk badan.

    f) Proses pengurangan berat badan bukan berlaku sekelip mata tetapimemerlukan masa dan dorongan keluarga. Jangan sekali-kali mengurangkanmakanan kanak-kanak tetapi berikan makanan lebih sihat seperti sayuran danbuahan.

    g) Pujian akan menambah sikap positif kanak-kanak dan ini memudahkanlagi proses pengurangan berat badan. Oleh itu, seringlah memuji mereka.

    h) Ubah sedikit demi sedikit menu makanan harian di rumah. Pastikanmakanan yang dipilih berserat tinggi dan kandungan lemaknya rendah Jangansesekali anda mengasingkan menu anak yang obes. Pastikan menu yangdimakan adalah sama dengan ahli keluarga yang lain sebagai tanda sokongandan mengelakkan mereka rasa disisihkan

    Tingkatkan Aktiviti Fizikal

    Di zaman cyber dan teknologi canggih ini, amatlah penting untuk mengerahanak anak untuk keluar rumah dan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti fizikal diluar rumah seperti bersukan, bermain dengan jiran dan lain-lain lagi. Jangka masayang sesuai adalah sekurang-kurangnya 60 minit setiap hari. Kawal masa untukPS3, wii dan telefon bimbit. Kawal waktu dan penggunaan alat permainanelektronik dan telefon bimbit kerana kedua-duanya penggalak sikap malas.

    Pastikan seluruh keluarga menjalankan senaman seperti berbasikal atau berlari. Ia bukansahaja menyihatkan malah mereka pasti gembira melakukannya bersama-sama Pastikananak anda aktif dalam aktiviti kokurikulum di sekolah.

    Selain itu, hadkan aktiviti sedentari dengan:

    Hadkan aktiviti sedentari kepada 2 jam dalam sehari. Contohnyamenggunakan komputer, menonton televisyen, duduk atau berbaring kecualiwaktu tidur. Selalu mencuba untuk melakukan aktiviti mudah seperti regangan, banguntubi semasa menonton televisyen atau menggunakan komputer.

    Peningkatan aktiviti fizikal adalah penting bagi mencegah peningkatan berat badan dan obesiti.

    Sumber : Modul Pencegahan Obesiti (2011)

    6.2 Peranan Agensi Kerajaan dan Sekolah Kementerian kesihatan dan Kementerian Pelajaran telah mengambil langkah untuk menyediakan Garis Panduan Pelaksanaan Kantin SekolahSihat yang meliputi larangan menjual minuman berkarbonat berjenama danminuman bertenaga di kantin atau mesin layan diri di sekolah. Usaha inidianggap sebagai langkah untuk menggalakkan pemakanan berkhasiat dalamkalangan pelajar. .Selain daripada minuman berkarbonat, makanan yang tidak berkhasiat seperti

  • keropok yang mengandungi garam yang tinggi, gula-gula serta makananringan yang kurang sihat juga patut dilarang dijual dalam kawasan sekolah.Selain itu, minuman jus atau minuman isotonik mungkin dianggap sebagaipilihan yang lebih sihat, tetapi produk tersebut juga mempunyai kandungangula yang tinggi. Minuman tersebut juga patut dilarang dijual dalam kawasansekolah.

    Selain di dalam kawasan sekolah, kawasan di luar sekolah juga patut dipantaubagi mengelakkan wujudnya penjaja yang menjual makanan ringan yang tidakberkhasiat seperti ais krim. Kebanyakan penjaja ini merupakan penjaja yangtidak berlesen yang mempunyai cara penyimpanan makanan yang baik. Garispanduan yang disediakan itu juga perlu merangkumi juga buffer zone, iaitu kawasan luar sekolah dalam jarak yang tertentu dilarang menjualberkhasiat. Pihak sekolah juga patut bekerjasama dengan pihak berkuasa bagimemantau penjual makanan ringan tersebut. Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan Dasar 1Murid 1Sukan agarsetiap murid dapat menikmati manfaat bersukan bagi melahirkan insan yangsihat dan cergas. Justeru, pelbagai aktiviti sukan telah diperkenalkan bagimenarik minat murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam bidang sukan.Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakansukan dalam kalangan masyarakat dan dimulakan di peringkat sekolah.Laporan oleh Unites States Health and Human Service (2001) menyatakanbahawa sekolah adalah lokasi utama strategi pencegahan dan penurunankewujudan sindrom kegemukan dan obesiti di kalangan pelajar. Sekolahmenyediakan pelbagai peluang untuk pelajar melibatkandiri dalam aktiviti fizikal, mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat / baikserta mengukuhkan kefahaman berkaitan diet sihat dan faedah aktiviti fizikal.Guru sebagai role model disarankan untuk meningkatkan kesedaran dirimengenai kepentingan nutrisi yang baik dan sihat sertagaya hidup yang aktif demi kesejahteraan hidup; bersama ibu bapa danmasyarakat untuk menekankan kepentingan program dan polisi aktiviti fizikaldan nutrisi yang dikendalikan oleh pihak sekolah; menekankan kepentinganpenerimaan saiz badan dan amalan kawalan berat badan yang tidak sihat danmeningkatkan sensitiviti guru untuk menangani masalah yang dihadapi oleh pelajar gemuk.Guru sebagai role model perlu menampilkan diri sebagai individu yangmempunyai bentuk badan yang ideal di kaca mata pelajar dan mampumempengaruhi serta mengubah sikap di samping memotivasikan pelajar kearah yang lebih positif. Ke arah itu, guru perlu mengamalkan diet yangseimbang dan penglibatan dalam aktiviti fizikal yang baik supaya imej dirimereka dapat diperbaiki dan dikekalkan dan mampu berfungsi denganlebih baik.

    7.0 Penutup Keluarga adalah pendorong utama kanak-kanak berubah kepada gaya hidup lebih sihat. Bermula daripada pemakanan sehinggalah aktiviti yang dilakukan.Bukan mudah untuk melakukan perubahan jadi lakukan ia secara berperingkat bagimengelakkan anak-anak berasa tertekan. Masalah obesiti perlu diatasi dengansegera agar golongan remaja khususnya dapat berfungsi dengan lebih baik ke arahpembentukan masyarakat yang seimbang dan dinamik ke arah pencapaian semuamatlamat wawasan 2020.Program-program intervensi perlu dibentuk denganmengambil kira semua faktor yang berkaitan supaya eipdemik obesiti dapatdikurangkan atau dibendung seperti amalan pemakanan yang baik, gaya hidup yangsihat serta sikap dan tingkahlaku yang positif. Pemantauan berterusan ke atasgolongan kanak-kanak dan remaja yang mempunyai masalah obesiti perlu diteruskansupaya berat badan ideal dapat dikekalkan dan tingkahlaku yang sihat dapat

  • Newer Post Older PostHome

    Subscribe to: Post Comments (Atom)

    Posted by Sayunara at 21:57

    dikekalkan. Sokongan dari semua pihak amat diperlukan supaya hasrat untukmengurangkan masalah obesiti di kalangan kanak-kanak sekolah.Di samping itu, maklumat mengenai pemakanan yang seimbang, informasi mengenaisumbangan aktiviti fizikal dalam mengekalkan berat badan dan pengekalan tahapkesihatan serta amalan tingkahlaku yang baik dan positif dapat membantu pihakkerajaan membendung masalah obesiti di kalangan kanak-kanak dan remaja yangkritikal di Malaysia ketika ini.

    8.0 Bibliografi

    Denise walker (2006) Makanan, Darah dan Tulang . Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad : Kuala Lumpur Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (2011).Modul Program PromosiKesihatan :Pencegahan ObesitiRabiatul Adawiyah Koh Abdullah (2007). Kawal kegemukan cara mudah danmurah. Utusan Malaysia Online.

    Yu Kin Len ( 2011) Pupuk Cara Pemakanan Sihat di Sekolah di laman web : http://www.konsumerkini.net.my http://anizyn.blogspot.com/2008/05/obesiti-masalah-pemakanan.html#ixzz2hwwMauqn http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Peratusankanak- kanakalamiobesitimeningkat/Article/

    Recommend this on Google

    Post a Comment

    Create a Link

    No comments:

    Links to this post

    Template images by konradlew. Powered by Blogger.