cerita jenaka

20
Jatuh Bangunan Seorang wanita cantik dan seksi terjatuh dari tingkat 80 sebuah bangunan.Sampai jer di tingkat 70, seorang lelaki Inggeris berjaya menyambutnya. Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya... Lelaki Inggeris : Sama2, tapi anda harus membalas budi... Wanita : Bagaimana? Lelaki Inggeris : Tidur dengan aku.... Wanita : Tak guna, kau ingat aku pelacur?! Tidak!! Lelaki Inggeris : Baiklah kalau begitu (Lelaki Inggeris itu melepaskan semula wanita itu) Di tingkat 50, seorg lelaki Perancis berjaya menyambut wanita itu. Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya... Lelaki Perancis : Sama2, tapi anda harus membalas budi... Wanita : Bagaimana? Lelaki Perancis : Tidur dengan aku... Wanita : Tak guna!! Aku tak mahu! Lelaki Perancis : Kalau begitu, tak guna aku selamatkan kamu ( Lelaki Perancis itu melepaskan semula wanita itu ) Dari tingkat 50,40.. dan 30,tidak ada sesiapa pun yang dapat menangkap wanita itu. Wanita itu mula ketakutan dan berharap, jika ada orang yang menyelamatkannya, dia tidak lagi kisah jika terpaksa tidur dengan orang tersebut. Akhirnya di tingkat 20, seorang lelaki Arab berjaya menyambut wanita itu. Belum sempat lelaki Arab itu bersuara, wanita itu terlebih dahulu berkata-kata... Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya.. Sebagai membalas jasa, saya akan tidur dengan anda. Lelaki Arab : Astaghfirullah.. ( lalu melepaskan semula wanita itu kerana terkejut..)

Upload: claudia-verella

Post on 18-Jan-2016

17 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Lawak

TRANSCRIPT

Page 1: Cerita Jenaka

Jatuh Bangunan

Seorang wanita cantik dan seksi terjatuh dari tingkat 80 sebuah bangunan.Sampai jer di tingkat 70, seorang lelaki Inggeris berjaya menyambutnya.

Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya...Lelaki Inggeris : Sama2, tapi anda harus membalas budi...Wanita : Bagaimana?Lelaki Inggeris : Tidur dengan aku....Wanita : Tak guna, kau ingat aku pelacur?! Tidak!!Lelaki Inggeris : Baiklah kalau begitu (Lelaki Inggeris itu melepaskan semula wanita itu)

Di tingkat 50, seorg lelaki Perancis berjaya menyambut wanita itu.Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya...Lelaki Perancis : Sama2, tapi anda harus membalas budi...Wanita : Bagaimana?Lelaki Perancis : Tidur dengan aku...Wanita : Tak guna!! Aku tak mahu!Lelaki Perancis : Kalau begitu, tak guna aku selamatkan kamu ( Lelaki Perancis itu melepaskan semula wanita itu )

Dari tingkat 50,40.. dan 30,tidak ada sesiapa pun yangdapat menangkap wanita itu. Wanita itu mula ketakutan dan berharap,jika ada orang yang menyelamatkannya, dia tidak lagi kisah jika terpaksatidur dengan orang tersebut. Akhirnya di tingkat 20, seorang lelaki Arab berjayamenyambut wanita itu. Belum sempat lelaki Arab itu bersuara, wanita itu terlebih dahulu berkata-kata...

Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya.. Sebagai membalas jasa, saya akan tidur dengan anda.Lelaki Arab : Astaghfirullah.. ( lalu melepaskan semula wanita itu kerana terkejut..)

Burung Kakak Tua

Seorang suami yang baru pulang dari Luar negara membawa Burung Kakak Tua sebagai kenangan.Isteri : "Kenapa abang beli burung ni? istimewa sangat ke?"Suami : "Ooo.. awak nak tau ye??Sambil mengangkat tangan kiri dan memainkan jarinya... secara spontan burungkakak tua itu menyanyi Lagu Pop... Lalu lelaki itu menurunkan tangan kiri dan mengangkat tangan kanan, burung kakak tua itu menyanyikan Lagu Rock pula...Isteri : "Bagaimana kalau kedua-dua tangan diangkat serentak?"Suami : "Cubalah lah angkat kalau nak tahu.. !!"Isterinya terus mengangkat kedua-dua belah tangannya dan terdengarlah...

Burung Kakak Tua : "SATU-SATU LAH... BODOH!!!"

Page 2: Cerita Jenaka

Jerung Atau Buaya

Ketika saya dan kawan saya pergi berenang di sungai Zambezi Mozambique, saya bertanya kepada seorang budak laki-laki yang sedang asyik memancing apakah ada jerung di sungai tersebut.Anak itu menjawab: "Tidak!"Kemudian saya dan teman saya terjun ke sungai dan mulai berenang. Tapi saya kurang percaya, maka setelah beberapa menit saya kembali bertanya untuk meyakinkan apakah betul tidak ada jerung di sungai itu.Ia menjawab: "Tidak ada jerung! Kerana jerungnya takut dengan buaya yang adadi sini!!!"

Maaf Tuan

Kisah ni terjadi di sebuah kem tentera. Sepasukan penembak tepat sedang berlatih di lapang sasar. Salah seorang dari ahli pasukan tersebut, ada la sorang penembak yang paling lemah. Dari 10 tembakan yang dibuat, sekali pun tak kena sasaran."Satu pun tak kena??? Argghhh!!! tension aku, apa nak jadi dengan kau ni???", sergah Kapten pasukan."Sorry tuann!!! tersasar tuan!!!" balas penembak tu."Takpe... takpe... saya akan dekatkan sikit sasaran tu ke jarak 5 meter, kalau tak kena jugak, dipersilakanlah untuk beramboss!!"Tapi yg sedih, sama jugak keputusannya, habuk pun tak kena, dengan muka selamba, penembak tu pun meminta maaf "Sorry tuann!!!! tersasar lagi tuan!!!".Kapten yang dah hot tahap megi hot cup tu pun menyergah "Kalau macam ni baik kau pergi mamposs!!!. Pergi belakang berek tu dan bedil kepala kau sekarang jugakkk!!"Kerana patuh dengan arahan, penembak tersebut pun pergi ke belakang berek. Kemudian terdengar bunyi tembakan dilepaskan. Seketika kemudian penembak tadi pun keluar lalu menuju ke arah tuannya."Sorry tuannn!!!!! tersasar lagi tuannnn!!!!!"

 Salah Pukul

Seorang wanita telah membelasah seorang pencuri yang memasuki rumahnya.Si pencuri terpaksa di rawat di hospital untuk beberapa hari kerana keadaannyayang mengerikan. Setelah meminta penjelasan, ketua polis dengan penuh kekagumanmemuji kehebatan wanita itu.Polis : " Ia mesti dirawat di hospital sekurang-kurangnya tiga minggu. Mudah-mudahan dia sembuh. "Tapi wanita tersebut kelihatan seakan-akan memikul beban yang amat berat.Dia menarik nafas dalam-dalam.Wanita : " Saya sama sekali tidak bermaksud menyakitinya, apalagi sampaiseparah itu. Hal itu karena kekeliruan semata-mata, encik. "

" Kekeliruan ? ! " tanya Ketua Polis terkejut.Wanita : " Ya, kekeliruan ! Tatkala ia berusaha masuk rumah melalui jendeladapur saya sangka dia suami saya yang baru pulang dari bar. "

Page 3: Cerita Jenaka

Penimbang

Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satualat pengukur berat badan yang cukup canggih.. Hanya denganmembayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kitaoleh program komputer. Seorang gadis dan temannya mencubadi tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan wang RM1.00..mesin komputer menjawab: "47 kg!"Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputermenjawab: "52 kg!"

Setelah beberapa minit datang seorang wanita yangcukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu.Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer mengeluarkan jawapan:"Tolong naik sorang-sorang.. jangan ramai-ramai!"

Televisyen ?

Seorang gadis berambut perang memasuki sebuah kedai elektronik..

Gadis : "saya ingin membeli TV ini."Penjual : "Sorry, barang ini tidak dijual untuk orang berambut perang."Gadis berambut perang ini segera bergegas pulang dan terus menyembur rambutnya. Lalu dia pergi semula ke kedai tadi dan berkata pada penjualnya..Gadis : "Saya ingin membeli TV ini."Penjual : "Sorry, tidak dijual untuk orang berambut perang."Gadis itu berfikir.."Oh, dia masih boleh mengenaliku."

Lalu gadis ini melakukan perubahan 100% pada dirinya. Dia memotong rambutnya dan mengecatnya dengan warna baru, memakai pakaian baru dan kaca mata hitam besar. Gadis itu menunggu beberapa hari, lalu dia pergi semula ke kedai tadi. Dia pergi ke penjual itu dan berkata,

Gadis : "Aku ingin membeli TV ini."Penjual : "Sorry, tidak dijual untuk orang berambut perang."Kerana kecewa.. gadis itu bertanya.."Bagaimana kamu tahu yang aku berambut perang sebelum ini?"Penjual itu menjawab.."Kerana ini bukan TV tapi microwave."

Page 4: Cerita Jenaka

Gosok Mata

Seorang lelaki yang kudung kakinya, tangannya bercangkuk dan bermata satu hadir dalam temuduga untuk menjadi lanun.

Penemuduga: "Bagaimana kaki kamu boleh kudung?"Lelaki: "Cedera ketika perang dunia kedua."Penemuduga: "Kenapa tangan kamu bercangkuk?"Lelaki: "Terpotong dengan pisau besar!"Penemuduga: "Mata kamu pula?"Lelaki: "Suatu hari ketika hujan saya mendongak kelangit, lalu ada seekor burung menjatuhkan tahinya ke mata saya."Penemuduga: "Adakah kerana itu mata kamu rosak dan hanya tinggal sebelah?"Lelaki: "Bukan itu sebabnya, mata saya terkeluar selepas menggunakan cangkuk untuk menyapu tahi itu.

Anak Yang Baik

Dua orang wanita yang sudah lama tidak berhubung akhirnya bertemu di sebuah pasar.. Mereka masing-masing bercerita tentang keluarganya....

Wanita 1: "Aku ada seorang anak lelaki yang kelakuannya sangat sempurna"Wanita 2: "Apakah dia merokok?"Wanita 1: "Oh, tidak!...tidak sama sekali!"Wanita 2: "Dia kekadang minum bir?"Wanita 1: "Oh, tidak! Dia anak yang baik-baik"Wanita 2: "Dia kuat bersosial... dan selalu pulang larut malam ke rumah?"Wanita 1: "Tidak pernah sama sekali! Namanya juga anak terbaik dalam keluarga"Wanita 2: "Wah, nampaknya dia betul-betul anak lelaki yang sempurna, berapa usianya?"Wanita 1: "Minggu depan akan genap usianya enam bulan!"

Lari Jauh

"Ibu : "Fendi.. kenapa wajahmu pucat dan nafasmu termengah-mengah?"Fendi : "Saya berlari jauh untuk menghentikan sebuah perkelahian."Ibu : "Wah, bagus sekali perbuatanmu. Siapa yang berkelahi?"Fendi : "Fuad dan saya"Ibu : "Cheh.. dasar penakut"

Page 5: Cerita Jenaka

Si Buta

Seorang lelaki buta memasuki sebuah restoran. Amin, pemilik restoran itujuga berperanan sebagai pelayan mendatanginya dan menghulurkan menu.

"Saya orang buta dan saya tak boleh membaca menu.Tolong bawakan sudu kotoryang telah dipakai oleh pengunjung sebelumnya dan saya akan menciumnya. Darisitu nanti saya tahu masakan apa yang enak untuk dipesan," kata lelaki butatersebut.

Amin mengumpulkan beberapa sudu bekas dipakai yang ada dan memberikannyakepada lelaki tersebut. Ia mencium sudu itu dan akhirnya berkata, "Sayapesan ikan pais dan sayur masak asam bang"............

Dengan agak terperanjat Amin mencatat pesanan lelaki buta itu. Menu itumemang menjadi kegemaran para pengunjung restoran tersebut. Beberapa harikemudian lelaki buta tersebut datang lagi. Sekali lagi dia minta sudu bekasdipakai untuk dicium, tetapi bukan yang habis dipakai utk makan ikan paisdan sayur masak asam. Hanya ada satu sudu yang habis dipakai untuk makanmenu lainnya.

Amin memberikannya kepada lelaki buta tersebut yang kemudian memcium sudu itu dan berkata, "Bau sudu yang ini sedap juga, seperti habis diguna untuk makan ayambakar dengan sayur ulam dan sambal belacan." Amin mengiyakan dan silelaki buta memesan makanan tersebut.

Lelaki buta itu untuk ketiga kalinya datang semula beberapa hari kemudian.Dia datang lebih awal ketika belum ada satupun pengunjung yang datang sehingga tidak ada sudu bekas diguna yang boleh diberikan untuk dihidu. Entah dari mana datangnya, tiba-tiba sifat nakal bodoh Amin muncul. Dia menghampiri isterinya yang berperanansebagai tukang masak di dapur. Diberikannya satu sudu dan berkata, "Yati,kamu usapkan sudu ini di ketiak kamu"

"Apa-apa lah abang ni ?" tanya Yati tak faham.

"Sudahlah ikut je lahhhh, untuk kemajuan restoran kita," kata Amin setengahmemaksa. Yati menurut, mengusapkan sudu tersebut di "ketiak! nya" danmenyerahkan kembali kepada Amin.

Dibawanya sudu tersebut ke lelaki buta yang duduk menunggu. Lelaki butaitupun menghidu sudu itu, denganmengernyitkan keningnya, lelaki butatersebut berkata, "Aku tidak menyangka makwe lamaku Yati bekerja disini....... boleh saya jumpa dia"

Amin: ????????????????.(bengang)Sesungguhnya Cinta itu Butaaaaaa.....................

Page 6: Cerita Jenaka

Tak Cukup Tinggi

Ahmad.. seorang pelancong dari timur tengah... sedang jalan-jalan di sekitar ibukota.. Dalam poketnya hanya tinggal wang satu dolar sahaja... dan ketika malam tiba, dia cuba mencari tempat penginapan... kerana wang yang tinggal amat sedikit.. dia mencari rumah tumpangan yang murah.. apabila berjumpa.. Dia bertanya kepada pemilik rumah tumpangan tersebut.. berapa kadar menginap satu malam.Pemilik rumah tumpangan menjelaskan..."Encik.. untuk bilik di di tingkat bawah.. kadarnya RM 60 satu malam.. kalau di tingkat dua.. RM 50 Semalam dan kalau di Tingkat tiga.. kadarnya RM 40 semalam.. sekarang encik pilih lah di tingkat berapa yang encik mahu..."Tidak lama selepas itu.. pelancong itu hanya mengelengkan kepala dan meninggalkan rumah tumpangan tersebut tanpa berkata apapun. Lalu pemilik rumah tumpangan itu cuba bertanya sambil menjerit ke arah pelancong yang semakin jauh itu.."Encik.. kenapa tidak jadi menginap?"Sambil mengangkat bahu... pelancong yang kekurangan wang itu menjawab..."Rumah tumpangan anda masih kurang tinggi"

Kuliah

Seorang professor sedang memberikan kuliah pada 300 orang muridnya di sebuah universiti.Kata professor "Kalau anda tidak berminat dengan kuliah yang saya berikan, anda boleh keluar pada bila-bila masa".Semasa kuliah berjalan selama 30 minit sedikit demi sedikit penuntut di kuliah tersebut keluar sehingga hanya tinggal seorang saja yang tinggal.Setelah professor menghabiskan kuliahnya professar berkata,

"Terima kasih kerana sudi mendengar kuliah saya."

"Tidak mengapa tuan, sayakan driver tuan" balas orang itu.

Page 7: Cerita Jenaka

Seri

Dalam suatu pertandingan di dapati ketiga-tiga orang yang mengambil bahagian telah mendapat markah yang sama. Untuk menentukan pemenang, pengadil menyarankan di adakan pertandingan sedut-sedut dengan hidung. Sesiapa yang paling banyak menyedut benda masuk ke hidungnya akan di istiharkan sebagai pemenang.Pengadil meletakkan benda-benda kecil seperti cebisan kertas, kacang hijau dan lain2 di atas meja untuk tujuan di sedut dengan hidung. Ketiga peserta yang datangkan dari seluruh penjuru duniapun bersedia. Pengadil memulai pertandingan.Peserta Pertama datang dari Afrika,....(peserta pertama pun bersedia) Siapppp .... Yak!..Dan tiba tiba saja meja di depan peserta pertama Hilang.Semua penonton hairan dan takjub. Sungguh luar biasa. Pengadil berkata "Peserta pertama berhasil menyedut sebuah mejaaa!",Peserta kedua dari Amerika pun mulai bersedia untuk memulakan sedutan. Huuusp!.... Tiba-tiba saja, 3 buah meja di depan peserta kedua hilang.... semua penonton bertambah hairan dan takjub. Pengadil Berkata "Peserta kedua berhasil menyedut 3 buah meja...!!",Sekarang giliran peserta ke tiga....dari Malaysia. Semua penonton meng booo kerana mereka percaya...sudah tentu tak dapat menyedut kecuali beberapa biji kacang hijau bolehlah agaknya. Ketika peserta ketiga baru mengambil tempat untuk memulakan sedutan hidungnya... tiba tiba.....zupsssss stadium menjadi gelap dan lampu mati.

Lalu tak lama kemudian pengadil membuat pengumuman dan berkata : "Saudara saudara para penonton sekalian...Peserta ketiga berjaya menyedut sebuah stadium dan Kita semua berada dalam hidungnya ..........!"

Malas

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat RAJIN

belaka tidak ada yang malas.Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencariseorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelakimengakuKatanya : "saya adalah yang paling malas"Raja pun bertanya : "apa tahap malas awak?"Lalu jawab lelaki tersebut :"kalau saya hendak makan,ada orang yangmenyuapkan saya".Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : "Saya lebih malas lagi daridia tuanku".Tuanku pun bertanya kepadanya : "sampai mana pulak tahap malas awak?"maka jawabnya : "Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolongkunyahkan".Maka raja pun terdiam.....Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambilberkata:"saya adalah yang paling malas tuanku".Raja pun bertanya: "bagaimana pula tahap kemalasan awak?"budak itu pun menjawab : "Nak cite pun malas"....

Page 8: Cerita Jenaka

Jururawat

Seorang lelaki telefon hospital untuk memberitahu yang isterinya nak bersalin. Dan jururawat hospital menjawab telefon lelaki tersebut.

Lelaki: "Hello... tolong saya sebab isteri saya nak bersalin!"

Jururawat: "Sila bertenang... ini anaknya yang pertama ke?"

Lelaki: "Apa la punya b*ng*ng... ni laki dia la!"

Puisi Sang Suami

Isteriku,Jika engkau bumi, akulah matahari.

Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku.Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.

Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi, malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.

Lalu.. Relakanlah aku menyinari planet lain, menyampaikan faedah adanya aku, kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan di planet lain¿

Balasan Puisi Sang Isteri

Suamiku, andai kau memang mentari, sang surya yangmemberi cahaya, Aku relakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yang telah TUHAN ciptakan Kerana mereka juga seperti aku perlukan cahaya mu

Dan akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu¿

AKAN TETAPIIIIIIII.. Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja, Jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!

Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.

Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti¿Cuba lihat siapa dirimu¿ MATAHARI atau lilin ?

please lah¿!!!

..Sekian.. TeRima KaSih SaYanG,¿..

Page 9: Cerita Jenaka

Pemandu Teksi

Seorang penumpang teksi mencuit bahu pemandu teksi yang dinaikinya. Terkejut dengan cuitan itu, pemandu teksi hilang kawalan menyebabkan teksinya melelong lalu melanggar divider jalan.Selepas dapat memberhentikan teksinya, pemandu itu spontan bercakap.

¿Ingat¿. jgn sesekali buat begitu lagi. Awak menakutkan saya!¿

Penumpang tadi meminta maaf sambil berkata:¿saya tak sangka pakcik terkejut sangat dengan cuitan saya tadi.¿

Dengan selamba pakcik itu menjawab:¿mau tak terkejut.. Yelah, nie hari pertama pakcik bawa teksi selepas 12 tahun jadi PEMANDU KERETA JENAZAH kau faham-faham sajalah!

Arak

Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yangbegitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanyaminuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak.."Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2."

Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu.Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2 muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya."Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgutunjukkan sebentar tadi??"

Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,

UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK...

Peringatan: arak haram disisi Agama Islam

Page 10: Cerita Jenaka

Penculik

Rizal telah menerima panggilan telefon dari seorang yang tidak dia kenali..

Penculik: Saya telah menculik anak kamu! Kalau kamu mahu dia selamat, serahkan wang tebusan sebanyak RM1,000,000.00 sekarang juga.Dengan ragu-ragu Rizal menjawab.Rizal: Tapi encik, saya belum ada anak. Kahwin pun belum lagi.Penculik: Kalau macam tu, kamu siasat anak siap yang telah saya culik, dan wang tebusannya kita kongsi dua.

Jawap penculik tanpa rasa bersalah.

Bangladesh

Masa aku balik dari Singapore menaiki keretapi adalah tiga orang yang duduk bersama, dua didepan aku satu kat sebelah. Yang kat depan aku ni, orang American dan disebelahnya orang Cuba. Sebelah aku pulak orang Bangladesh. Dalam perjalanan tu kami pun berborak-boraklah pasal negara sendiri...borak punya borak, tiba-tiba si American ni pun keluarkan duit dollar dia lalu dibakarnya, dikeluarkannya sebatang rokok lalu dibakarnya rokok itu dengan duit tadi, lepas tu dibuangnya duit itu keluar.

Terkejutlah semua melihat kelakuan Mat salleh tu tadi... bertanyalah siorang Cuba tadi "Why you do that for?". Dengan selamba mat salleh tumenjawab "Don't worry, I got a lot american dollar in my country".

Tercengganglah masing-masing. Belum habis tercenggang..si Cuba ni pun tiba-tiba mengeluarkan sebatang curut (curut Cuba adalah antara yang termahal didunia) lalu dinyalakannya. Belum sempat beberapa sedut..terus dia membuangnya keluar tingkap..."Why you do that for" kata american tadi... "Don't worry, i got a lot cigar in my country".

Terkejutlah aku dibuatnya. Masa tu aku tengok Bangladesh tu tengah pikir apa nak dibuat pulak. Masa dia tengah fikir. Aku pun apa lagi... tangkap Bangla tu terus aku campak ke luar tingkap....belum sempat dia orang tanya lagi aku pun cakap lah...

"DON'T WORRY, I GOT A LOT BANGLADESHIS IN MY COUNTRY"

Page 11: Cerita Jenaka

Bakal Bapa

Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka¿

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, ¿Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.¿¿Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,¿ kata lelaki yang pertama dengan riangnya.

Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, ¿Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!¿¿Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua.

Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, ¿Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat¿ kata jururawat itu dengan tenang.¿Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,¿ kata lelaki ketiga dengan gembira.

Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya, ¿Apakah yang merunsingkan awak?¿

Dengan perasaan gelisah dia menjawab ¿Saya bekerja di Seven Eleven.¿

Loghat Daerah

Timbul persoalan, loghat daerah manakah yang lebih munasabah di antara loghat utara denganloghat pantai timur?

Jawapannya: Loghat pantai timur (Kelate) adalah munasabah

Bahasa Melayu standard:"Dia pergi ke rumah jiran untuk mencari emaknya tetapi setelah sampai di situ didapati emaknya tiada."

Loghat Utara (kedah):"Dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia, pi pi mak dia tak dak".

Loghat Pantai Timur (kelate):"Dio gi ghumoh jire nok caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok."

KESIMPULAN: Tidak mungkin pipi emaknya tiada; tetapi kalau gigi maknya tidak ada memang munasabahlah!

Page 12: Cerita Jenaka

Karipap

Seorang murid di tanya oleh guru matematiknya.Jika sebiji karipap berharga empat puluh sen, berapakah harga untuk tiga biji karipap?. Tanya gurunya.RM 1 cikgu!. jawabmurid itu spontan.Salah tu. tegur si guru penuh kasih sayang.mungkin amer tak paham soalan, biar cikgu ulang semula, dengar betul-betul. Sebiji karipap berharga empat puluh sen, berapa harga tiga biji karipap?. Amer tetap memberi jawapan RM1Salah tu Amer,cuba kira betul-betul. Respon si guru dengan sabarTapi cikgu, tiap-tiap pagi bila saya pergi membeli karipap di warung berhampiran rumah saya, makcik jual kuih tu selalu kata;kueh karipap sebiji empat puluh sen, tiga biji seringgit!

Jawab Talipon

Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah... dan kebanyakannye sama..terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye (tak le boring sangat lebih² lg kalu yg kejenye mmg jawab tepon).

1. Soalan: haloo, may i speak to bedah please?Jawapan: maap.sini bukan balai polis.2. Soalan: haloo, siapa disana?Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.5. Soalan: haloo, mak ade rumah?Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye... time kacih.8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye.Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap9. Soalan: halloo... ...Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya...Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le tu.12. Soalan: assalammualaikum...Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajibjawab)

Page 13: Cerita Jenaka

Mat Rempit

Ada sorang mat rempt ni, dia yatim piatu n tggl dengan nenek die. Dia sgt sygkn nenek dia. Suatu hari, neneknya sakit dan dia nak bawa nenek dia gi klinik.

Mat rempit: Nenek pegang kuat2 taw, nanti jatuh.Nenek: Nenek tahu ler.

Mat rempit: Sye dh nk rmpt ni, nenek pegang kuat2 taw!!Nenek: Nenek dh pegang kuat2 ni, cptla ke klinik, nenek dh xthn skit ni.

Mat rempit: Ok, nenek pegang kuat2 yea!Nenek: Budak ni!!,cptlah!!

Maka Mat rempit tu pun mula memulas motornya. Tiba2... ..Nenek: Adoiiii!!! Patah pinggang nenek ni cu!!Saketnyaa!!

Mat rempit: Nenek!! Nenek x apa2? Kan saya suruh nenek pgg kuat2, cemane bley jatuh??Nenek: Nenek dh pegang kuat2 td.

Mat rempit: Nenek pegang kt mana?Nenek: Kt pagar rumah..

Saksi Nikah

Kadi : Hassan...Pengantin Lelaki : Saya ustaz...Kadi : Dengar baik2 ya Hassan...."Aku nikahkan akan dikau dengan si Polan binti Polan dengan mas kahwinnya RM 80 tunaiii"Pengantin Lelaki : "Aku terima nikahnyaa si Polan binti si Polan dengan mas kahwinnya RM 80 tunaiiii"Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi pertama)Saksi Pertama : SahKadi : Sah ? (ditanya kpd saksi kedua)Saksi Kedua : SahKadi : Sah ? (ditanya kpd saksi ketiga)Saksi Ketiga : Errrr....lontaran suara awak tidak jelas...saya tak dengar apa yg awak cakap....pitching berterabur ke laut..jiwa awak kosong...takde feel.... low note tak sampai, high note awak takde kawalan.. sepatutnya ditahan..falseto lemah...

Page 14: Cerita Jenaka

E-mail

Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut. Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:

To : Isteri kesayangankuDate : 16 May 2002

Subject : Abang telah selamat sampai

Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.