catatan refleksi individu pjk

5
CATATAN REFLEKSI INDIVIDU Oleh: Ahmad Muinuddin Bin Deraman DPLI-SR (Bahasa Melayu) 2012 IPGKPP Tajuk Pengajaran Mikro: Sukan Massa PJK 2102W ____________________________________________________________________ _____ Pengajaran Mikro telah dijalankan di gelanggang bola keranjang yang disertai oleh pelajar seramai 24 orang. Aktiviti telah dimulakan dengan aktiviti memanaskan badan dan aktiviti regangan dengan bertujuan memberi persediaan kepada para pelajar untuk melakukan aktiviti yang seterusnya. Kemudian aktiviti diteruskan dengan memberi sedikit penerangan tentang latar belakang sukan massa ini kepada para pelajar. Aktiviti yang pertama mengikut Rancangan Pengajaran Harian yang telah disediakan ialah aktiviti Senaman Taichi. Gerakan senaman Taichi yang telah dipilih ialah 18 jenis gerakan dalam 13 gaya Taichi. Senaman ini dilakukan dengan iringan muzik dan guru pelatih sebagai penunjuk cara. Kemudian aktiviti kedua ialah permainan Futsal yang diadakan dalam bentuk pertandingan. Empat pasukan telah dibentuk untuk pertandingan ini. Sebelum aktiviti dimulakan, sedikit penerangan tentang

Upload: amd8

Post on 12-Dec-2014

141 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

institut pendidikan guru

TRANSCRIPT

Page 1: CATATAN REFLEKSI INDIVIDU PJK

CATATAN REFLEKSI INDIVIDU

Oleh: Ahmad Muinuddin Bin Deraman

DPLI-SR (Bahasa Melayu) 2012 IPGKPP

Tajuk Pengajaran Mikro: Sukan Massa

PJK 2102W

_________________________________________________________________________

Pengajaran Mikro telah dijalankan di gelanggang bola keranjang yang disertai

oleh pelajar seramai 24 orang. Aktiviti telah dimulakan dengan aktiviti memanaskan

badan dan aktiviti regangan dengan bertujuan memberi persediaan kepada para

pelajar untuk melakukan aktiviti yang seterusnya. Kemudian aktiviti diteruskan

dengan memberi sedikit penerangan tentang latar belakang sukan massa ini kepada

para pelajar. Aktiviti yang pertama mengikut Rancangan Pengajaran Harian yang

telah disediakan ialah aktiviti Senaman Taichi. Gerakan senaman Taichi yang telah

dipilih ialah 18 jenis gerakan dalam 13 gaya Taichi. Senaman ini dilakukan dengan

iringan muzik dan guru pelatih sebagai penunjuk cara. Kemudian aktiviti kedua ialah

permainan Futsal yang diadakan dalam bentuk pertandingan. Empat pasukan telah

dibentuk untuk pertandingan ini. Sebelum aktiviti dimulakan, sedikit penerangan

tentang latar belakang permainan dan undang-undang permainan telah diterangkan

kepada para pelajar. Pertandingan ini diadakan di gelanggang bola keranjang

memandang ketiadaan gelanggang futsal namun dapat disesuaikan mengikut

keadaan. Pertandingan futsal ini dilihat memberikan suasana yang menyeronokkan

dan suasana menjadi agak gamat akibat ahli pasukan yang ghairah mencari mata

kemenangan. Pertandingan futsal telah diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada

para pemenang. Di akhir sesi pengajaran mikro ini, aktiviti “warming down” telah

dilakukan. Para pelajar dilihat agak gembira walaupun aktiviti tersebut agak

Page 2: CATATAN REFLEKSI INDIVIDU PJK

memenatkan. Keseluruhannya, sesi pengajaran mikro ini dilihat berkesan dan

mencapai objektif yang telah ditetapkan walaupun terdapat beberapa kelemahan

dan halangan yang perlu diatasi.

ANALISIS S.W.O.T

Strength (Kekuatan)

Kekuatan yang dapat dilihat melalui Pengajaran Mikro ini ialah dari segi pengalaman

guru pelatih dalam aktiviti yang telah dijalankan dalam pengajaran mikro ini

terutamanya dalam aktiviti pertandingan futsal yang berkaitan dengan undang-

undang dan peraturan permainan. Hal ini telah memudahkan guru pelatih memberi

arahan dan penerangan kepada para pelajar yang terlibat serta mengendalikan

pertandingan futsal dengan lancar.

Weakness (Kelemahan)

Kelemahan yang dapat dikesan melalui pengajaran mikro ini ialah dari segi

komunikasi. Guru pelatih tidak dapat memberikan arahan yang jelas dan betul

terutamanya dalam aktiviti senaman Taichi sehinggakan berlaku beberapa kesilapan

gerakan. Selain itu, guru pelatih juga menghadapi masalah dalam memberikan

arahan dan penerangan terutama dalam aktiviti permainan futsal kerana rata-rata

pelajar tidak pernah didedahkan dengan permainan ini mahupun menyertainya.

Opportunity (Peluang)

Melalui slot ini, para guru pelatih telah diberikan pendedahan awal dan latihan

dalam mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran. Segala aspek dalam

pengendalian P & P telah dipraktikkan setelah mendapat bimbingan secara teori. Hal

ini telah menjadi satu peluang kepada guru pelatih untuk memantapkan kemahiran

Page 3: CATATAN REFLEKSI INDIVIDU PJK

P & P disamping dapat menambahkan lagi ilmu dalam bidang Pendidikan Jasmani

dan Kesihatan ini.

Threat (Halangan)

Terdapat beberapa factor dikenalpasti sebagai halangan dalam memastikan

perjalanan aktiviti ini berjalan dengan lancar. Hal ini termasuklah disebabkan

kekangan masa memandangkan terdapat juga kumpulan lain yang turut akan

mengadakan. Disamping itu,terdapat juga kelemahan dari segi tempat yang tidak

kondusif dan juga peralatan permainan yang tidak sesuai. Namun begitu, aktiviti itu

terpaksa disesuaikan dengan keadaan tempat dan peralatan. Untuk menambahbaik

sesi Pengajaran Mikro ini, penyediaan tempat dan peralatan yang sesuai dengan

aktiviti seperti futsal ini termasuklah tiang gol mudah alih dan gelanggang yang

menepati saiz sebenar futsal serta menepati ciri-ciri keselamatan perlulah

disediakan agar proses P & P dapat berjalan dengan berkesan dan bermakna.