catatan qalam - terengganu.uitm.edu.my · keji (akhlak mazmumah) bukan hanya dikhususkan kepada...
TRANSCRIPT
Catatan
EDISI MAC 2018 BIL. 3/2018
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI UiTM CAWANGAN TERENGGANU
SURA HUJUNG, 23000 DUNGUN, TERENGGANU
QALAM
Ketika Abu Zar al-Ghifari (salah seorang So-
habat yang telah dijamin syurga) mendapati telah
ramai manusia memeluk agama Islam, lalu beliau
telah mengupah seorang lelaki dari kaum kera-
batnya untuk menyiasat apakah keistimewaan
agama yang dibawa oleh Muhammad SAW ini.
Maka apabila siasatan telah dilakukan, lelaki ini
menjelaskan bahawa agama yang diajar Muham-
mad hanya mengajak orang ramai agar
melakukan perbuatan dan akhlak yang baik.
Langsung sekali jawapan yang diberikan oleh
lelaki upahan ini tidak memuaskan hatinya.
Lantas, beliau menggerakkan langkahnya untuk
bergerak sendiri ke Mekah untuk menyiasat
apakah keistimewaan agama yang dibawa oleh
Muhammad SAW. Apabila sampai di Mekah
sekiranya pada waktu pagi, Abu Zar duduk
menunggu ketibaan Muhammad Rasulallah di
persekitaran kaabah sehingga ke petang.
Kelihatan Ali yang pada tika itu berusia 8 tahun
menjemputnya untuk tinggal di rumahnya biar-
pun masih belum mengenalinya. Hari keesokkan
sekali lagi Abu Zar pergi ke Baitul Haram dengan
Mengimarahkan Diri Dengan
Akhlak Mahmudah Al-Quran menjelaskan akhlak yang mulia
merupakan sebahagian daripada tanda-tanda ketakwaan.
Firman Allah dalam surah ali-Imran ayat 133 yang bermak-
sud “an bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu
dan kepada syurga yang luasnya, seluas langit dan bumi
yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, (iaitu)
orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu
lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan am-
arahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai
orang-orang yang berbuat kebajikan."
Perubahan diri setiap individu agar menjadi seorang
insan yang berakhlak harus bermula dari usaha mengoreksi
diri, merubah mentaliti dan membina kualiti serta berdoa
sebagaimana doa yang diajarkan oleh Rasulallah saw (lihat
hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban) sebagaimana
berikut:
Apa yang pasti, hubungan akhlak dengan
Iman dan syariat begitu rapat sekali, sehinggalah
Rasulullah pernah menyebut “Orang yang beriman
merupakan orang yang paling baik akhlak-
nya” (Muttafaq Alaih). Begitu juga, pelaksanaan
syariat Islam secara jujur sepatutnya membawa
kepada pembinaan akhlak yang mulia.
Justeru, dalam kita mendekatkan diri kepada
Allah, ia perlulah dilakukan sebaik-baiknya dengan
mengikut peraturan dan disiplin yang telah ditetap-
kan. Dalam memahami peraturan baik dan buruk ini,
pastinya kita amat memerlukan ilmu yang jitu dan
inilah yang dinamakan sebagai akhlak. Orang yang
memiliki akhlak yang baik pastinya akan bermuama-
lat dengan baik dan kebaikan inilah digambarkan
sebagai buah keimanan. Kukuh dan padunya
sesebuah masyarakat, tingginya kedudukan ang-
gotanya tergantung kepada sejauh mana akhlak
mulia dipegang; dan begitu juga hinanya sesebuah
masyarakat adalah disebabkan mereka meminggir-
kan akhlak yang mulia.
Rasulullah menasihatkannya agar tidak mengisti-
harkan Islam di khalayak ramai.
Peristiwa di atas menjelaskan bahawa
bagaimana akhlak yang ditonjolkan oleh seorang
kanak-kanak Islam secara tidak langsung memberi
gambaran awal nilai-nilai baik yang dipromosikan
oleh Islam yang akhirnya telah membuka hati Abu
Zar (sebelum Islamnya sering terlibat dalam
kegiatan merompak) untuk memeluk agama Islam.
Biarpun Ali tidak mengenali pengembara ini dan
berpegang dengan kepercayaan yang berbeza, na-
mun ia dilayan dengan hormatnya sebagai seorang
tetamu dengan disediakan tempat berteduh,
makan, minum dan sebagainya. Sememangnya
akhlak remaja menjadi pengukur kepada masa de-
pan. Sesungguhnya manusia memiliki 2 gambaran
iaitu gambaran zahiriah iaitu memiliki fizikal yang
cantik atau buruk. Manakala gambaran kedua ialah
gambaran yang tersembunyi di dalam hati yang
boleh jadi baik atau buruk. Gambaran kedua inilah
yang dinamakan sebagai akhlak. Iman Al-Ghazali
mendefinisikan AKHLAK merupakan sifat yang
tertanam di dalam diri seseorang melahirkan per-
Abu Zar pergi ke Baitul Haram
Dengan Rasululah….
keji (akhlak mazmumah) bukan hanya dikhususkan
kepada individu tertentu bahkan ke atas setiap insan.
Akhlak Islam memberi panduan kepada manusia
mengimbangi dan memadukan usaha bagi mengisi
kehendak-kehendak emosi dan fizikal.
Keperibadian unggul (towering personality)
yang wujud dalam diri Rasulallah boleh dijadikan
contoh untuk diteladani bersama. Apabila seorang
Sohabat tentang akhlak Rasulallah, Saidina Aisyah
menyatakan bahawa “Akhlak Nabi SAW adalah Al-
Quran” (Sahih Muslim). Firman Allah dalam surah
al-Qalam pada ayat yang ke 4 “Dan Engkau (Wahai
Muhammad) sesungguhnya mempunyai akhlak yang
tinggi”. Ini jugalah yang disabdakan oleh Rasulal-
lah sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu
Hurairah “Sesungguhnya aku diutuskan hanya untuk
menyempurnakan kemuliaan akhlak”. Annas bin
Malik telah berkhidmat dengan Rasulallah hampir
10 tahun dan beliau menyatakan pada tempoh terse-
but beliau belum pernah sekali diherdik oleh bag-
inda (lihat dalam Bukhari, bab wasiat, 2561).
Ekpresi akhlak yang baik ini juga ditonjolkan dalam ben-
tuk akhlak manusia dengan binatang sebagaimana sabda
Rasulallah “Barangsiapa yang membunuh seekor burung
tanpa hak, niscaya Allah akan menanyakannya pada hari
Kiamat. Seseorang bertanya, “Ya Rasulullah, apakah hak
burung tersebut? Beliau menjawab, “Menyembelihnya,
dan tidak mengambil lehernya lalu
mematahkannya” (HR. Ahmad).
Malah dalam firman Allah dalam surah al-
Baqarah ayat 205 yang bermaksud “dan apabila ia ber-
paling (dari kamu), ia berjalan di bumi untuk mengada-
kan kerusakan padanya, dan merusak tanam-tanaman dan
binatang ternak, dan Allah tidak menyukai kebinasaan”.
Jadi, melakukan kebaikan dan menghindarkan berla-
kunya keburukan ini bukan hanya kepada manusia tetapi
termasuk makhluk-makhluk lain seperti binatang, tum-
buhan, alam semulajadi dan sebagainya. Keperibadian
unggul (towering personality) yang wujud dalam diri Ra-
sulallah boleh dijadikan contoh untuk diteladani bersama.
Ini adalah kerana apabila ditanya oleh seorang Sohabat
tentang akhlak Rasulallah, Saidina Aisyah menyatakan
“Akhlak Nabi SAW adalah Al-Quran” (Sahih Muslim)