sifat mazmumah

Upload: nadz-mie

Post on 09-Jul-2015

468 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

PENDIDIKAN AGAMA ISLAM

NAMA: MUHAMMAD NADZMIE BIN JASMAN KELAS: 1MT NOMBOR K/P: 930903-10-6131 PENSYARAH: USTAZ ADNAN BIN WAHAB

SIFAT MAZMUMAH

PENGENALAN

SIFAT MAZMUMAH Sifat mazmumah ialah sifat-sifat yang berlawanan dengan sifat mahmudah. Sifat mazmumah ialah sifat yang tidak disukai serta dibenci oleh Allah dan Rasul. Jika kita melakukan sifat-sifat ini, maka kita akan dicela oleh Allah dan Rasul. Mazmumah boleh dianggap seperti racun-racun yang boleh membunuh manusia secara tidak disedari dan sifat ini berlawanan dengan sifat mahmudah yang sentiasa mengajak dan menyuruh manusia melakukan kebaikan. Secara amnya, sifat mazmumah ini tidak dapat dihitung banyaknya kerana begitu banyak perkara yang boleh dianggap mazmumah meskipun menyeksa seekor serangga. Melakukan sifat-sifat mazmumah adalah dilarang sama sekali di dalam Islam. Allah juga pernah berfirman di dalam AlQuran tentang larangan melakukan sifat mazmumah. Contohnya ialah larangan tentang bersikap munafik, seperti yang dinyatakan dalam surah An-Nisaa :

Maksudnya: Dan juga orang-orang yang membelanjakan hartanya dengan menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan mereka tidak pula beriman kepada Allah dan tidak juga beriman kepada hari akhirat dan sesiapa yang (mengambil) Syaitan itu menjadi kawannya, maka seburuk-buruk kawan ialah syaitan.

Surah An-Nisaa ayat 142 yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap ugama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka Dalam keadaan munafik).mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri Dengan malas. mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka Bahawa mereka orang Yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).

Ayat 142 dari surah An-Nisaa' ini secara jelas mengolongkan orang-orang yang bersifat riak ini ke dalam golongan orang-orang munafik. mereka-mereka ini solat hanya untuk menunjuk-nunjuk atau takut diperkatakan oleh orang lain, namun hati mereka tidak kepada Allah. dan keadaan solat mereka ialah dalam keadaan orang malas atau terpaksa melakukan atas sebab kerana sesuatu (samada segan dengan kata-kata orang atau menunjuk-nunjuk) malah kita lihat bagaimana Allah menyatakan golongan ini penuh dengan tipu daya sehingga melibatkan ibadah khusus dan sekiranya ibadah khusus juga penuh dengan tipu daya, inikan pula ibadah umum seperti pekerjaan dan sebagainya.

JENIS-JENIS SIFAT MAZMUMAH

JENIS-JENIS SIFAT MAZMUMAH Seperti yang diketahui, begitu banyak sifat mazmumah yang ada di muka bumi ini sehingga tidak dapat dibilang banyaknya. Namun, menurut Imam Ghazali, jenis-jenis sifat mazmumah dapat dikelaskan kepada 10 jenis. SIFAT MAZMUMAH 1. Syarrut taam (banyak makan)

Iaitu terlampau banyak makan atau minum ataupun gelojoh ketika makan atau minum.

Makan dan minum yang berlebih-lebihan itu menyebabkan seseorang itu malas dan lemah serta membawa kepada banyak tidur. Ini menyebabkan kita lalai daripada menunaikan ibadah dan zikrullah.

Makan dan minum yang berlebih-lebihan adalah ditegah walaupun tidak membawa kepada lali daripada menunaikan ibadah kerana termasuk di dalam amalan membazir.

Saidina Umar juga pernah berkata yang bermaksud : Jauhi makan berlebihan. Sesungguhnya ia penyebab rosak diri, mewarisi penyakit, menyebabkan malas sembahyang, dan hendaklah kamu menjaga makan, kerana ia paling baik untuk jasad, dan hindarkan daripada berlebihlebihan, sesungguhnya Allah bencikan orang alim yang gemuk.

2. Syarrul kalam (banyak bercakap)

Iaitu banyak berkata-kata atau banyak bercakap. Banyak berkata-kata itu boleh membawa kepada banyak salah, dan banyak salah itu membawa kepada banyak dosa serta menyebabkan orang yang mendengar itu mudah merasa jemu.

Saidina Ali pernah berkata tentang keburukan makan secara berlebihan yang membawa maksud : Barang siapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya, maka hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak wara,sedang orang yang tidak wara itu bererti hatinya mati.

3. Ghadhab (pemarah)

Ia bererti sifat pemarah, iaitu marah yang bukan pada menyeru kebaikan atau menegah daripada kejahatan.

Sifat pemarah adalah senjata bagi menjaga hak dan kebenaran. Oleh kerana itu, seseorang yang tidak mempunyai sifat pemarah akan dizalimi dan akan dicerobohi hak-haknya.

Sifat pemarah yang dicela ialah marah yang bukan pada tempatnya dan tidak dengan sesuatu sebab yang benar.

Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.

Di dalam Al-Quran, Allah berfirman yang membawa maksud: Maka kerana itu serulah dan tetaplah sebagaimana diperintahkan kepadamu dan janganlah mengikuti hawa nafsu mereka dan katakanlah Aku beriman kepada semua kitab yg diturunkan Allah dan aku diperintahkan supaya berlaku adil diantara kamu sekalian. Juga agar tidak mengikuti hawa nafsu orang-orang yahudi dan nashrani. Orang-orang yahudi dan nashrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk . Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti hawa nafsu mereka setelah pengetahuan datang kepadamu maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.

4. Hasad (dengki)

Iaitu menginginkan nikmat yang diperolehi oleh orang lain hilang atau berpindah kepadanya.

Seseorang yang bersifat dengki tidak ingin melihat orang lain mendapat nikmat atau tidak ingin melihat orang lain menyerupai atau lebih daripadanya dalam sesuatu perkara yang baik. Orang yang bersifat demikian seolah-olah membangkang kepada Allah subhanahu wataala kerana mengurniakan sesuatu nikmat kepada orang lain.

Orang yang berperangai seperti itu juga sentiasa dalam keadaan berdukacita dan iri hati kepada orang lain yang akhirnya menimbulkan fitnah dan hasutan yang membawa kepada bencana dan kerosakan.

Jika dilihat dari aspek sejarah kehidupan manusia, dengki ini sebenarnya telahpun lahir sejak zaman Nabi Adam a.s. sebagaimana kisah yang terdapat di dalam al-Quran. Allah berfirman; Ceritakanlah kepada mereka kisah dua putera Nabi Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan korban, maka diterima dari salah seorang dari mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). Dia berkata (Qabil): Aku pasti membunuhmu!. Berkata Habil: Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orangorang yang bertakwa. (Al-Maidah: 27)

Kisah ini mengenai konflik yang berlaku di antara dua orang putera Nabi Adam a.s., yakni Qabil dan Habil. Apabila Allah menurunkan perintah agar mereka ini mempersembahkan korban, maka Habil menerima perintah tersebut dengan lapang dada dan memilih binatang ternakannya yang paling berkualiti untuk dipersembahkan kepada Allah dengan mengharapkan keredaan Allah s.w.t. semata-mata. Sebaliknya pula, Qabil menerima perintah Allah dengan rasa terpaksa. Maka Qabil pun, mempersembahkan hasil pertanian yang paling buruk kepada Allah s.w.t. Dengan dua bentuk korban yang persembahan kedua-duanya amat berbeza, maka tentulah Allah memilih korban yang baik dan dipersembahkan dengan hati yang ikhlas dan penuh pengharapan sebagai seorang hamba. Lantaran itu, Allah s.w.t. pun memerintahkan api untuk memakan korban yang dipersembahkan oleh Habil. Bagaimanapun, Qabil tidak merasa senang dengan keadaan tersebut dan merasa iri hati terhadap Habil. Perasaan iri hati yang meluap-luap, akhirnya menimbulkan rasa dendam di dalam diri Qabil.Selain Qabil berdendam dengan Habil kerana korbannya yang terpilih, Qabil juga turut mendendami Habil kerana ayahanda mereka menjodohkan Habil dengan saudara kembarnya yang lebih cantik berbanding dengan saudara kembar Habil. Sebaliknya, Qabil pula dijodohkan dengan saudara kembar Habil yang berupa paras lebih sederhana.Apabila Qabil mempunyai kesempatan untuk melepaskan dendamnya, maka diapun menemui Habil dan menyatakan, Sesungguhnya aku mahu membunuhmu. Habil pun bertanya dengan perasaan yang amat hairan, Mengapa engkau mahu membunuh aku? Jawab Qabil dengan hasad yang terbuku di dadanya, Kerana Allah

menerima korbanmu dan menolak korbanku, dan engkau akan menikahi saudara perempuanku yang cantik sedangkan aku pula harus menikahi saudara perempuanmu yang hodoh, sehingga orang lain akan berbicara bahawa engkau itu lebih baik daripadaku dan keturunanmu akan berbangga kepada keturunanku.Apabila Qabil berjaya membunuh Habil, timbul rasa menyesal dengan apa yang telah dilakukannya. Walau bagaimanapun, penyesalan tersebut hanya sia-sia kerana apabila Nabi Adam mengetahui mengenai peristiwa tersebut, baginda tidak mahu menerima kembali anaknya itu dan diapun dihalau.

5. Bakhil (kedekut)

Iaitu menahan haknya daripada dibelanjakan atau digunakan kepada jalan yang dituntut oleh agama. Nikmat yang dikurniakan oleh Allah subhanahu wataala kepada seseorang itu merupakan sebagai alat untuk membantu dirinya dan juga membantu orang lain. Oleh yang demikian, nikmat dan pemberian Allah menjadi sia-sia sekiranya tidak digunakan dan dibelanjakan sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah subhanahu wataala.

Lebih-lebih lagi dalam perkara-perkara yang menyempurnakan agama seperti zakat, mengerjakan haji dan memberi nafkah kepada tanggungan, maka menahan hak atau harta tersebut adalah suatu kesalahan besar di sisi agama.

Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW: "Ya Rasulullah, telah diterangkan balasan azab bagi orang-orang memiliki emas dan perak yang tidak menunaikan zakat. Bagaimana pula halnya pemilik unta yang tidak menunaikan zakat?" Jawab Rasulullah SAW: "Barang siapa yang mempunyai unta tetapi tidak menunaikan zakatnya, Tuhan akan mengumpulkan binatang itu di suatu padang tanpa tertinggal walaupun seekor pun. Binatang-binatang ternak itu masing-masing memijak-mijak dan mengigit tuannya."Tanya sahabat itu lagi: "Bagaimana pula orang-orang yang memiliki lembu dan kambing yang tidak menunaikan zakatnya?"Jawab Rasulullah SAW: "Begitu juga dengan orang-orang yang memiliki lembu dan kambing. Mereka akan dilakukan seperti pemilik unta. Lembu dan kambing yang tidak ditunaikan

zakatnya akan menanduk-nanduk dan memijak-mijak tuannya. Keadaan seperti itu berlaku sehingga selesai semua urusan mahkamah Akhirat."

Iman Bukhari, Muslim dan juga An-Nasa'i meriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: "Barang siapa dikurniakan harta oleh Allah Taala sedangkan dia tidak mengeluarkan zakatnya, di Akhirat kelak akan ditukarkan harta-harta itu menjadi seekor ular besar yang sangat bisa. Ular tersebut akan membelit orang itu sehingga ke mulutnya, lalu ular itu berkata: "Aku adalah harta engkau yang tidak ditunaikan zakatnya". Kemudian Rasulullah SAW membaca ayat Al-Quran: "Sekali-kali janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang diberikan oleh Allah kepada mereka daripada kurniaan-Nya menyangka bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya, kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan membelit lehernya pada hari kiamat..." (Ali Imran: 180)

6. Hubbul jah (kasihkan kemegahan)

Iaitu kasihkan kemegahan, kebesaran dan pangkat. Perasaan inginkan kemegahan dan pangkat kebesaran menjadikan perbuatan seseorang itu tidak ikhlas kerana Allah.

Akibat daripada sifat tersebut boleh membawa kepada tipu helah sesama manusia dan boleh menyebabkan seseorang itu membelakangkan kebenaran kerana menjaga pangkat dan kebesaran.

7. Hubbud dunya (kasihkan dunia)

Ia bermaksud kasihkan dunia, iaitu mencintai perkara-perkara yang berbentuk keduniaan yang tidak membawa sebarang kebajikan di akhirat.

Banyak perkara yang diingini oleh manusia yang terdiri daripada kesenangan dan kemewahan. Di antara perkara-perkara tersebut ada perkara-perkara yang tidak dituntut oleh agama dan tidak menjadi kebajikan di akhirat.

Oleh yang demikian, kasihkan dunia itu adalah mengutamakan perkaraperkara tersebut sehingga membawa kepada lalai hatinya daripada menunaikan kewajipan-kewajipan kepada Allah.

Namun begitu, menjadikan dunia sebagai jalan untuk menuju keredhaan Allah bukanlah suatu kesalahan.

8. Takabbur (sombong)

Iaitu membesarkan diri atau berkelakuan sombong dan bongkak. Orang yang takabbur itu memandang dirinya lebih mulia dan lebih tinggi pangkatnya daripada orang lain serta memandang orang lain itu hina dan rendah pangkat.

Sifat takabbur ini tiada sebarang faedah malah membawa kepada kebencian Allah dan juga manusia dan kadangkala membawa kepada keluar daripada agama kerana enggan tunduk kepada kebenaran.

9. Ujub (bangga diri)

Iaitu merasai atau menyangkakan dirinya lebih sempurna. Orang yang bersifat ujub adalah orang yang timbul di dalam hatinya sangkaan bahawa dia adalah seorang yang lebih sempurna dari segi pelajarannya, amalannya, kekayaannya atau sebagainya dan ia menyangka bahawa orang lain tidak berupaya melakukan sebagaimana yang dia lakukan.

Dengan itu, maka timbullah perasaan menghina dan memperkecil-kecilkan orang lain dan lupa bahawa tiap-tiap sesuatu itu ada kelebihannya.

10. Riya (menunjuk-nunjuk)

Iaitu memperlihatkan dan menunjuk-nunjuk amalan kepada orang lain. Setiap amalan yang dilakukan dengan tujuan menunjuk-nunjuk akan hilanglah keikhlasan dan menyimpang dari tujuan asal untuk beribadah kepada Allah semata-mata.

Orang yang riya adalah sia-sia segala amalannya kerana niatnya telah menyimpang disebabkan inginkan pujian daripada manusia.

. Allah juga pernah berfirman di dalam Al-Quran tentang larangan melakukan sifat mazmumah. Contohnya ialah larangan tentang bersikap munafik, seperti yang dinyatakan dalam surah An-Nisaa :

Maksudnya: Dan juga orang-orang yang membelanjakan hartanya dengan menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan mereka tidak pula beriman kepada Allah dan tidak juga beriman kepada hari akhirat dan sesiapa yang (mengambil) Syaitan itu menjadi kawannya, maka seburuk-buruk kawan ialah syaitan.

Surah An-Nisaa ayat 142 yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap ugama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka Dalam keadaan munafik).mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri Dengan malas. mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka Bahawa mereka orang Yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).

Ayat 142 dari surah An-Nisaa' ini secara jelas mengolongkan orang-orang yang bersifat riak ini ke dalam golongan orang-orang munafik. mereka-mereka ini solat hanya untuk menunjuk-nunjuk atau takut diperkatakan oleh orang lain, namun hati mereka tidak kepada Allah. dan keadaan solat mereka ialah dalam keadaan orang malas atau terpaksa melakukan atas sebab kerana sesuatu (samada segan dengan kata-kata orang atau menunjuk-nunjuk) malah kita lihat bagaimana Allah menyatakan golongan ini penuh dengan tipu daya sehingga melibatkan ibadah khusus dan sekiranya ibadah khusus juga penuh dengan tipu daya, inikan pula ibadah umum seperti pekerjaan dan sebagainya.

CARA MENGATASI SIFAT-SIFAT MAZMUMAH

CARA MENGATASI SIFAT-SIFAT MAZMUMAH Ibadah sebanyak mana pun, tidak ada nilai di sisi Allah Taala, kalau mazmumah masih bersarang di dalam hati. Sedikit ibadah pun tidak mengapa, asalkan yang fardhu tidak ditinggalkan, tapi mazmumah dapat disembuhkan. Mazmumah itulah yang memudharatkan diri dan orang kerana nafsu yang belum terdidik. Nafsu yang belum terdidik, mazmumahlah yang menguasai diri seseorang. Apalah erti ibadah kalau mazmumah masih bermaharajalela merosakkan orang. Ibadah banyak, masih lagi pemarah, hasad, demdam, tamak, sombong, riyak, ujub, cinta dunia, ingin nama, glamor. Tujuan ibadah adalah untuk mengubat penyakit batin yang memusnah. Ibadah yang di hayati, boleh mendidik nafsu yang liar yang menjadi bala bencana kepada dunia. Ibarat penyakit makan berbagai-bagai jenis ubat tapi tidak menghilangkan penyakit. Tujuan makan ubat untuk menghilangkan penyakit badan. Begitulah ibadah yang berbagai-bagai jenis untuk mengubat mazmumah nafsu yang ganas. Ibadah dibuat nafsu masih berpenyakit, ibadah tidak ada nilai di sisi Allah. Itulah lumrah berlaku di zaman ini. Di dalam mengerjakan ibadah, mazmumah masih mengganas. Kerana itulah kita tidak hairan, adakalanya, di masjid itulah sumber kejahatan. Kerana orang yang bersembahyang, masih membawa penyakit batin, yang memecah-belahkan perpaduan. Orang yang bersembahyang merenggangkan persaudaraan Akibatnya umat Islam sudah tidak dihormati orang.Mujahadatunnafsi terhadap mazmumah kita kepada manusia seperti hasad, dengki, dendam, buruk sangka, mementingkan diri sendiri, gila pangkat, tamak, bakhil, sombong dan lainlain boleh dilakukan dengan cara menentang sifat-sifat itu. Di sini huraikan cara-cara mujahadah terhadap penyakit hasad, dengki, pemarah dan gila dunia serta terhadap sifat-sifat mazmumah. Dalam usaha melawan nafsu itu kita dikehendaki menempuh tiga peringkat: 1. Takhalli Mengosongkan atau membuangkan atau mensunyikan 2. Tahalli - Mengisi atau menghiasi 3. Tajalli Terasa kebesaran dan kehe batan Allah 1.TAKHALLI Diperingkat takhalli kita mesti melawan dan membuang terus semua kehendakkehendak nafsu yang rendah dan dilarang Allah. Selagi kita tidak mahu membenci,

memusuhi dan membuangnya jauh-jauh daripada diri kita, maka nafsu itu akan sentiasa menguasai dan memperhambakan kita. Sabda Rasulullah SAW: Sejahatjahat musuh engkau ialah nafsu engkau yang terletak di antara dua lambung engkau. (Riwayat Al Baihaqi) Kerana kejahatannya itu telah ramai manusia yang ditipu dan diperdayakan untuk tunduk, ber- tuhankan hawa nafsu. Ini ada diceritakan oleh Allah dengan fir-manNya: Apakah tidak engkau perhatikan orang-orang yang mengambil hawa nafsu menjadi Tuhan lalu dia disesatkan Allah. (Al Jaathiah: 23) Apabila nafsu dibiarkan menguasai hati, iman tidak ada tempatnya. Bila iman tidak ada, manusia bukan lagi menyembah Allah Tuhan yang sebenar- benarnya tetapi menyembah hawa nafsu. Oleh itu usaha melawan hawa nafsu janganlah dianggap ringan. Ia adalah satu jihad yang besar. Ingatlah sabda Rasulullah SAW pada sahabat-sahabat- nya ketika pulang dari satu medan peperangan: Kita baru balik dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang lebih besar. Sahabat bertanya: Peperangan apakah itu? Baginda berkata: Peperangan melawan hawa nafsu. (Riwayat Al Baihaqi) Melawan hawa nafsu sangatlah susah. Barangkali kalau nafsu itu ada di luar jasad kita dan boleh pula kita pegang, jadi senanglah kita picit dan membunuh- nya sampai mati. Tetapi nafsu kita itu ada di dalam diri kita, mengalir bersama aliran darah dan menguasai seluruh tubuh kita. Kerana itu tanpa kesedaran dan kemahuan yang sungguh-sungguh kita pasti dikalahkan untuk diperalatkan semahu-mahunya. Seseorang yang dapat mengalahkan nafsunya akan meningkat ke taraf nafsu yang lebih baik. Begitulah seterusnya hingga nafsu manusia itu benar-benar dapat ditundukkan kepada perintah Allah. Untuk lebih jelas biar saya senaraikan akan peringkat-peringkat nafsu manusia sepertimana iman itu sendiri berperingkatperingkat. Di sini disenaraikan dari peringkat yang serendah-rendahnya iaitu nafsu amarah, nafsu lauwamah, nafsu mulhamah, nafsu mutmainnah, nafsu radhiah, nafsu mardhiah dan nafsu kamilah. Kita yang beriman ilmu ini baru berada di taraf nafsu yang kedua yakni nafsu lauwamah. Kita mesti berjuang melawan nafsu itu hingga dia mahu tunduk sepenuhnya kepada perintah Allah supaya mencapai paling

minima nafsu mulhamah dan nafsu mutma- innah, yakni yang ada pada diri seseorang yang memiliki iman ayan. Di peringkat iman inilah sahaja kita akan dapat menyelamatkan diri daripada siksaan Neraka. Ini dinyatakan sendiri oleh Allah SWT dalam firman-Nya: Hai jiwa yang tenang (nafsu mutmainnah) kembalilah kepada Tuhanmu de ngan hati yang puas lagi diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku. Dan masuklah ke dalam Syurga-Ku.(Al Fajr: 27-30) Nafsu jahat dapat dikenali melalui sifat keji dan kotor yang ada pada manusia. Dalam ilmu tasawuf, nafsu jahat dan liar itu dikatakan sifat mazmumah.Di antara sifat-sifat mazmumah itu ialah sumah, riyak, ujub, cinta dunia, gila pangkat, gila harta, banyak cakap, banyak makan, dan mengumpat. Sifat-sifat ini melekat pada hati sepertilah daki melekat di badan. Kalau kita malas menggosok akan tambah menebal dan kuatlah ia bertapak. Sebaliknya kalau kita rajin meneliti dan kuat menggosoknya maka akan bersihlah hati dan sucilah jiwa.Bagaimanapun membuang sifat mazmumah dari hati tidaklah sesenang membuang daki di badan. Ia memerlukan latihan jiwa yang sungguh-sungguh, didikan yang berterusan dan tunjuk ajar yang berke san daripada guru yang mursyid yakni guru yang dapat membaca dan menyelami hati murid-muridnya hingga ia tahu apakah kekurangan dan kelebihan murid itu. Malangnya di akhir zaman ini, kita ketiada- an guru yang mursyid. Nasib kita hari ini umpama nasib anak-anak ayam yang kehilangan ibu. Tiada yang akan memandu kita melalui jalan kebaikan yang ingin kita tempuhi. Meraba-rabalah kita. Tetapi bagi orang yang mempunyai keazaman yang kuat untuk membersihkan jiwanya, ia tidak akan kecewa kerana tiada orang yang boleh mendidik dan memimpinnya. Ia akan sanggup berusaha sendiri demi kesempurnaan diri dan hidupnya sendiri. 2. TAHALLI Tahalli bererti menghiasi yakni perkataan lawan bagi takhalli. Sesudah kita mujahadah yakni mengosong- kan hati daripada sifat terkeji atau mazmumah, segera pula kita menghiasi hati dengan sifat-sifat terpuji atau mahmudah. Untuk mudah difahami cuba kita gambarkan hati kita sebagai sebuah mangkuk. Selama ini mangkuk itu berisi sifat-sifat mazmumah. Setelah kita mujaha dah maka sifat itu

keluar meninggalkan mangkuk kosong. Waktu itulah kita masukkan ke dalam mangkuk itu sifat mahmudah.Di antara sifat-sifat mahmudah yang patut menghiasi hati kita ialah jujur, ikhlas, tawadhuk, amanah, taubat, bersangka baik, takutkan Allah, pemaaf, pemurah, syukur, zuhud, tolak ansur, redha, sabar, rajin, berani, lapang dada, lemah lembut, kasihsayang sesama mukmin, selalu ingatkan mati dan tawakal. Untuk menghiasi hati dengan sifat mahmudahkita perlu sekali mujahadah. Ditegaskan sekali lagi bahawa dalam peringkat mujahadah kita masih tera- sa berat dan susah. Maknanya belum ada ketenangan dan kelazatan yang sebenarnya. Insya-Allah kalau kita sungguh-sungguh, lama kelamaan bila ia sebati dengan hati akan terasalah lazatnya. Cara-cara mujahadah dalam tahalli samalah seperti kita mujahadah untuk takhalli. Misalnya kita mahu mengisi hati dengan sifat pemurah, maka kita mujahadah dengan mengeluar kan harta atau barang kita terutama yang kita suka dan sayang untuk diberikan kepada yang memerlukan. Mulanya tentu terasa berat dan payah tetapi janganlah menyerah. Kita lawan. Ingatkan hati bagaimana orang-orang muqarrobin berebut-rebut untuk dapat pahala sedekah. Sayidatina Aishah r.a di waktu tiada apa-apa untuk dimakan, beliau cuba untuk mendapatkan hanya sebelah kurma untuk disedekahkan. Begitu inginnya mereka pada pahala dan rindunya kepada Syurga. Mereka berlumba-lumba menyahut pertanyaan Allah SWT: Siapakah yang mahu meminjam- kan kepada Allah pinjaman yang baik nanti Allah akan melipat-gandakan (balasan) pinjaman itu untuknya dan dia akan memperolehi pahala yang banyak.(Al Hadid: 11) Setiap kali kita rasa sayang pada harta kita setiap kali itu pula kita keluarkannya. Insya-Allah lama ke- lamaan kita akan memiliki sifat pemurah. Begitu juga dengan sifat-sifat yang lain seperti kasih sayang, berani, tawadhuk, pemaaf, zuhud dan semua sifat-sifat mahmudah yang lain perlulah kita miliki dan untuk itu kenalah mujahadah. Jika tidak iman juga turut tiada sebab iman berdiri di atas sifat-sifat mahmudah.

3. TAJALLI Sebagai hasil mujahadah dalam takhalli dan tahalli kita memperolehi tajalli iaitu sejenis perasaan yang datang sendiri tanpa memerlukan usaha lagi.Agak sukar untuk ditulis apa itu tajalli sebenarnya sebab ia hanyalah sejenis perasaan (zauk) yang hanya mungkin dimengertikan oleh orang-orang yang merasainya. Sepertilah kemanisan gula, tidak dapat digambarkan dengan tepat kecuali dengan merasai sendiri gula itu. Tajalli secara ringkas ialah perasaan lapang, tenang dan bahagia. Hati seakan-akan celik, hidup, nampak dan terasa kehebatan Allah.Ingatan dan rindu penuh tertuju pada Allah. Harapan dan pergantungan tiada pada yang lain lagi selain daripada Allah. Seluruh amal bakti adalah kerana dan untuk Allah semata-mata. Apa sahaja masalah hidup, dihadapi dengan tenang dan baha- gia. Tiada apa pun kesusahan dalam hidupnya sebab semua itu dirasakan pemberian daripada kekasihnya, Allah SWT.Kalau begitu, bagi orang-orang yang beriman dunia ini sudah terasa sebagai Syurga. Kebahagiaan mereka adalah kebahagiaan sejati dan abadi iaitu kebahagiaan hati. Hasad dengki menjadikan jiwanya menderita, kecewa dan sakit jiwa. Hatinya tidak selamat di du- nia maka tidak mungkin dia boleh selamat di Akhiat. Firman Allah: Hari khiamat iaitu hari di mana harta dan anak-anak tidak berguna kecuali mereka yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera.(Asy Syuara: 88-89)

KESIMPULAN

KESIMPULANTuntasnya, setiap manusia di muka bumi ini tidak akan terlepas daripada melakukan perkara-perkara mazmumah sama ada kecil atau besar, mahupun secara sengaja atau tidak sengaja. Namun sebagai seorang Muslim, kita wajib berusaha untuk menjauhi perkara yang dicela di sisi agama.

RUJUKANLAMAN WEB: http://mattingtong.blogspot.com/2011/08/sifat-sifat-mazmumah-menurut-imam.html http://duniatiger.blogspot.com/2007/03/10-sifat-mazmumah.html http://myblog-humairah.blogspot.com/2010/06/akhlak-mahmudah-vs-akhlakmazmumah.html http://www.sifumirza.com/2010/01/riak-dalam-ibadah.html http://sigir.uitm.edu.my/svsi/dapatQH3.php?akar=Q004038&mula=0&pmula=1 http://mohdfaiz.com/8-pesanan-saidina-ali-bin-abi-talib-2/

LAMPIRAN