cara penubuhan syarikat

4
Cara Penubuhan Syarikat Sesiapa yang ingin mendaftarkan syarikat tempatan mestilah memajukan dokumen-dokumen yang diperlukan berserta bayaran kepada Suruhanjaya. Syarikat hendaklah mempunyai: sekurang-kurangnya dua pengarah (pengarah dan pengasas boleh terdiri daripada orang yang sama); dan seorang setiausaha syarikat yang terdiri daripada ahli badan profesional yang telah ditetapkan oleh Menteri atau yang telah dilesenkan oleh Pendaftar Syarikat. Pengarah-pengarah dan setiausaha syarikat mestilah mempunyai tempat bermastautin utama atau tempat tinggal hanya di Malaysia. Tatacara Penubuhan Sebelum mencadangkan nama untuk menubuhkan syarikat, carian nama hendaklah dibuat untuk menentukan sama ada nama yang dipilih boleh digunakan untuk mendaftarkan syarikat berkenaan. Caranya:- Lengkapkan Borang 13A Bayar RM30 untuk setiap nama yang dipohon. Jika diluluskan, nama itu akan disimpan selama tiga bulan dari tarikh kelulusan Dalam tempoh tiga bulan, majukan dokumen-dokumen yang dinyatakan di bawah:

Upload: ctiechn87

Post on 11-Jun-2015

6.130 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Cara Penubuhan Syarikat

Cara Penubuhan Syarikat

Sesiapa yang ingin mendaftarkan syarikat tempatan mestilah memajukan dokumen-

dokumen yang diperlukan berserta bayaran kepada Suruhanjaya.

Syarikat hendaklah mempunyai:

sekurang-kurangnya dua pengarah (pengarah dan pengasas boleh terdiri

daripada orang yang sama); dan

seorang setiausaha syarikat yang terdiri daripada ahli badan profesional yang

telah ditetapkan oleh Menteri atau yang telah dilesenkan oleh Pendaftar

Syarikat.

Pengarah-pengarah dan setiausaha syarikat mestilah mempunyai tempat

bermastautin utama atau tempat tinggal hanya di Malaysia.

Tatacara Penubuhan

Sebelum mencadangkan nama untuk menubuhkan syarikat, carian nama hendaklah

dibuat untuk menentukan sama ada nama yang dipilih boleh digunakan untuk

mendaftarkan syarikat berkenaan. Caranya:-

Lengkapkan Borang 13A

Bayar RM30 untuk setiap nama yang dipohon. Jika diluluskan, nama itu akan

disimpan selama tiga bulan dari tarikh kelulusan

Dalam tempoh tiga bulan, majukan dokumen-dokumen yang dinyatakan di

bawah:

a) Memorandum dan Perkara-perkara Persatuan (Artikel)

i) Salinan asal disetemkan sebanyak RM100 pada Memorandum dan RM100 lagi

pada Artikel Persatuan di mana-mana pejabat setem.

ii) Pengarah dan setiausaha syarikat pertama hendaklah dinamakan dalam

Memorandum atau Artikel Persatuan.

iii) Memorandum dan Artikel Persatuan hendaklah ditandatangani oleh dua orang

atau lebih pengasas syarikat di hadapan seorang saksi.

Page 2: Cara Penubuhan Syarikat

Sesebuah syarikat yang mempunyai modal syer boleh diperbadankan sebagai

syarikat sendirian jika Memorandum dan Artikel Persatuan

menghadkan hak untuk memindah milik syer;

menghadkan tidak lebih daripada lima puluh bilangan ahli-ahlinya;

melarang apa-apa pelawaan kepada awam untuk memohon beli apa-apa

syer atau debentur syarikat; dan

iv) melarang apa-apa pelawaan kepada awam supaya mendeposit wang dengan

syarikat untuk tempoh yang ditetapkan.

b) Borang 48A – Akuan Berkanun sebelum dilantik menjadi pengarah atau pengasas

syarikat. Akuan berkanun ini adalah sebagai perakuan bersumpah oleh setiap

pengarah atau pengasas bahawa dirinya bukanlah seorang bankrap; dan dirinya

tidak pernah disabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah.

Perakuan ini hendaklah ditandatangani di hadapan orang-orang yang diberi kuasa

seperti berikut:

Pesuruhjaya Sumpah;

Yang Di Pertuan Mahkamah Majistret; atau

Mereka yang diberi kuasa di bawah Akta Perakuan Berkanun 1960 (Statutory

Declaration Act 1960)

c)Borang 6 – Akuan Pematuhan. Akuan Pematuhan ini menyatakan segala

peruntukan di bawah Akta Syarikat 1965 telah dipatuhi. Akuan ini mesti

ditandatangani oleh setiausaha syarikat yang dinamakan dalam Memorandum atau

Artikel Persatuan yang bertanggungjawab ke atas pendaftarannya.

d) Borang 13A yang asal

e) Salinan surat kelulusan nama syarikat

f) Salinan kad pengenalan pengarah dan setiausaha syarikat.

Perakuan Pemerbadanan

Apabila dokumen-dokumen di atas telah dimajukan dan didapati sempurna untuk

didaftarkan, sijil Perakuan Pemerbadanan Syarikat seperti di bawah dikeluarkan:

Page 3: Cara Penubuhan Syarikat

Borang 8 – Sijil pemerbadanan untuk syarikat awam

Borang 9 – Sijil pemerbadanan untuk syarikat sendirian

Setiap perniagaan yang dijalankan perlu didaftarkan dengan Suruhanjaya.

Tatacara Pendaftaran

Berikut adalah tatacara untuk pendaftaran perniagaan:

a. Terlebih dahulu dapatkan kelulusan nama perniagaan yang dicadangkan daripada

Suruhanjaya.

b. Lengkapkan Borang A (Pendaftaran Perniagaan) dan kembalikan dalam tempoh

21 hari dari tarikh kelulusan nama perniagaan. Isi maklumat berikut dalam Borang A:

Maklumat mengenai pemohon

Tarikh perniagaan bermula

Cawangan perniagaan

Jenis perniagaan

c. Setiap pemilik mesti menandatangani Borang A yang lengkap di hadapan pegawai

pengesahan yang disebut dalam borang.

Panduan Am

Berikut adalah panduan am untuk pendaftaran perniagaan:

a. Warganegara dan penduduk tetap berumur 18 tahun ke atas boleh mendaftar

perniagaan.

b. Daftarkan perniagaan dalam tempoh 30 hari dari tarikh perniagaan dimulakan.

c. Perniagaan yang didaftar tidak menyalahi undang-undang.

d. Kemukakan kelulusan khusus seperti permit, lesen, surat kebenaran atau

sokongan apabila mendaftar perniagaan yang memerlukan persetujuan khas atau

kebenaran.