terma rujukan antara maktab koperasi malaysia (mkm) dan ... · pdf fileberkaitan dasar...

16
TERMA RUJUKAN ANTARA MAKTAB KOPERASI MALAYSIA (MKM) DAN MKM GLOBAL HOLDINGS SDN BHD (MKMGH)

Upload: dinhnhi

Post on 01-Feb-2018

273 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: TERMA RUJUKAN ANTARA MAKTAB KOPERASI MALAYSIA (MKM) DAN ... · PDF fileberkaitan dasar penubuhan syarikat, aktiviti perniagaan ... dinyatakan dan dilaporkan dengan jelas. 6.1.2 Sumber

TERMA RUJUKAN ANTARA

MAKTAB KOPERASI

MALAYSIA (MKM) DAN

MKM GLOBAL HOLDINGS

SDN BHD (MKMGH)

Page 2: TERMA RUJUKAN ANTARA MAKTAB KOPERASI MALAYSIA (MKM) DAN ... · PDF fileberkaitan dasar penubuhan syarikat, aktiviti perniagaan ... dinyatakan dan dilaporkan dengan jelas. 6.1.2 Sumber

KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKA SURAT

1 PENGENALAN

1.1 TUJUAN1.2 SUMBER RUJUKAN

11

2 DEFINISI 2

3 SUMBER KUASA 3-4

4 PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN SYARIKAT 5

4.1 PENTADBIRAN BERASINGAN 5

4.2 PELANTIKAN MKM DALAM MKMGH 5

4.3 PELANTIKAN JAWATAN KETUA PEGAWAI ESEKUTIF 6SYARIKAT

4.4 PENGLIBATAN STAF MKM 6-7

5 AKTIVITI YANG DIBENARKAN 8

5.1 AKTIVITI SYARIKAT 8-9

6 SUMBER KEWANGAN 10

6.1 PEMBIAYAAN MODAL 10

6.2 PEMBIAYAAN LAIN 10

7 PENGGUNAAN ASET, KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN MKM 11

7.1 ASET, FASILlTI, KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN MKM 11

7.2 CAJ PENGGUNAAN 11

7.3 PERKHIDMATAN LAIN 12

--------- ---------~----------------

Page 3: TERMA RUJUKAN ANTARA MAKTAB KOPERASI MALAYSIA (MKM) DAN ... · PDF fileberkaitan dasar penubuhan syarikat, aktiviti perniagaan ... dinyatakan dan dilaporkan dengan jelas. 6.1.2 Sumber

7.4 PERHATIAN DAN KEUTAMAAN 12

8 KAWALAN PEMANTAIAN DAN PENJANAAN PENDAPATAN

8.1 KEWANGAN DAN AKAUNTABILITI

8.2 KAWALAN TERHADAP SYARIKAT

8.3 LAPORAN AKAUN TAHUNAN

13

13

14

14

9 MANFAAT KEPADA MKM

9.1 MANFAAT

15

15

10 JAWATANKUASA TEKNIKAL

10.1 TUJUAN

10.2 KEANGGOTAAN

10.3 TANGGUNGJAWAB JAWATAN KUASA KHAS

16

16

16

17

11 PEMBUBARAN, HAD DAN TANGGUNG

11.1 PEMBUBARAN

11.2 HAD DAN TANGGUNGAN

18

18

18

12 KERAHSIAAN

12.1 KERAHSIAAN

19

19

13 TARIKH KUAT KUASA 20

Page 4: TERMA RUJUKAN ANTARA MAKTAB KOPERASI MALAYSIA (MKM) DAN ... · PDF fileberkaitan dasar penubuhan syarikat, aktiviti perniagaan ... dinyatakan dan dilaporkan dengan jelas. 6.1.2 Sumber

TERMA RUJUKAN MAKTAB KOPERASI MALAYSIA (MKM) DAN

MKM GLOBAL HOLDINGS SON BHD (MKMGH)

1. PENGENALAN

1.1 Tujuan

1.1.1 Terma Rujukan ini disediakan bertujuan untuk menggariskan skop penglibatan dan

perhubungan di antara Maktab Koperasi Malaysia (selepas ini dirujuk sebagai MKM)

dan MKM Global Holding Sdn Bhd (selepas ini dirujuk sebagai MKMGH) khususnya

berkenaan perkhidmatan dan kepakaran yang diberikan kepada MKMGH oleh MKM.

1.1.2 Terma Rujukan ini mengandungi rujukan terhadap punca kuasa, pentadbiran dan

pengurusan, aktiviti yang dibenarkan, penggunaan aset, fasiliti dan kemudahan,

sistem kawalan dan pemantauan, penjanaan pendapatan dan manfaat kepada MKM

dan komuniti dan perkara-perkara lain yang berkaitan.

1.2 Sumber Rujukan

1.2.1 Garis panduan ini disediakan berdasarkan kelulusan Kementerian Kewangan melalui

surat bertarikh 24 Oktober 2012 (Ruj : KKlBKP(S)10/72-1 Jld. 10(SK3)(7) serta

peraturan yang dikeluarkan oleh MKM, Lembaga dan mana-mana pihak berkuasa

bagi menentukan sesuatu peraturan yang berkaitan dengan kewangan dan

perakaunan MKM.

2.DEFINISI

2.1 Menteri merujuk kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan

Kepenggunaan (KPDNKK).

2.2 Pihak berkuasa MKM adalah merujuk kepada Lembaga MKM.

2.3 Lembaga merujuk kepada Lembaga MKM.

2.4 Pegangan atau penyertaan ekuiti bermaksud pelaburan MKM dalan sesuatu entiti

iaitu syarikat.

2.5 Syarikat adalah syarikat yang ditubuhkan mengikut Akta Syarikat 1965 atau mengikut

mana-mana peruntukan. Syarikat juga adalah merujuk kepada MKM Global Holdings

Sdn Bhd (MKMGH) anak syarikat kepada Maktab Koperasi Malaysia (MKM).

Page 5: TERMA RUJUKAN ANTARA MAKTAB KOPERASI MALAYSIA (MKM) DAN ... · PDF fileberkaitan dasar penubuhan syarikat, aktiviti perniagaan ... dinyatakan dan dilaporkan dengan jelas. 6.1.2 Sumber

3. SUMBER KUASA

3.1 Peruntukan Seksyen 4A (g) Akta Maktab Koperasi (Perbada~a~) (Pindaan) 2011

memberikan kuasa kepada MKM untuk menubuhkan syarikat untuk menjalankan

atau melibatkan diri dalam mana-mana aktiviti yang telah dirancangkan atau

diusahakan oleh MKM.

3.2 Bagi pelaburan dalam ekuiti, MKM boleh mengadakan subsidiari dan usaha sama

(joint venture). Tujuannnya bagi membolehkan satu entiti komersil diwujudkan oleh

MKM bagi mengembangkan peranan serta aktivitinya dengan lebih berkesan di

sektor komersil bagi menjana pendapatan tambahan dan mengurangkan

kebergantungan kewangan kepada kerajaan.

3.3 Fungsi MKM adalah sepertimana diperuntukkan di Seksyen 4 Akta adalah seperti

berikut:

a) Menyediakan kursus pengajian koperasi dan bidang-bidang lain yang berkaitan

dan menganugerah sijil atau diploma yang sesuai;

b) Menerbitkan atau membantu dalam penerbitan bahan yang berkaitan

dengannya;

c) Membuat kaedah sebagaimana yang perlu bagi mengatur tanggungjawab dan

mengawal pegawai dan kakitangan dan mengenakan apa-apa bayaran bagi

mana-mana kursus pengajian sebagaimana yang difikirkan patut.

d) Menjalankan penyelidikan atas perkara berkaitan koperasi;

e) Menyediakan khidmat konsultasi;

f) Menjalankan kursus, penyelidikan, konsultasi dan perkhidmatan berteraskan ilmu

bersesama atau bersama-sama secara bergabung secara usaha sama atau

selainnya, dengan mana-mana institusi pengajian tinggi atau badan professional

atau mana-mana pertubuhan di dalam atau di luar Malaysia; dan

g) Menasihati Menteri mengenai semua perkara-perkara yang berkaitan dengan

latihan, pendidikan dan pembangunan modal insan yang bersangkutan dengan

koperasi.

3.4 MKMGH adalah tertakluk kepada perkara-perkara yang telah ditetapkan di dalam

surat kebenaran Kementerian Kewangan bertarikh 24 Oktober 2012 (Ruj :

KKlBKP(S)10/72-1 Jld. 10(SK3)(7) dan juga Memorandum dan Artikel penubuhan

syarikat serta Malaysian Code On Corporate Governance.

Page 6: TERMA RUJUKAN ANTARA MAKTAB KOPERASI MALAYSIA (MKM) DAN ... · PDF fileberkaitan dasar penubuhan syarikat, aktiviti perniagaan ... dinyatakan dan dilaporkan dengan jelas. 6.1.2 Sumber

3.5 Kuasa kepada MKMGH adalah meliputi nama perbadanan, jangka hayat, meterai,

tindakan guaman, kontrak, urusan harta alih dan tak alih atau perkara lain yang

berkaitan dengannya.

3.6 Mana-mana kuasa yang tidak dinyatakan adalah tertakluk kepada kuasa Lembaga

MKM.

4. PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN SYARIKAT

4.1 Pentadbiran Berasingan

4.1.1 Pentadbiran dan pengurusan MKMGH adalah berasingan daripada pentadbiran

MKM.

4.1.2 MKMGH perlu mempunyai kumpulan pegawai dan staf tetapnya sendiri yang

mengendalikan operasi harian syarikat bertujuan supaya tumpuan sepenuhnya dapat

diberikan dan tidak menjejaskan operasi harian dan kepentingan MKM.

4.1.3 MKMGH boleh mendapatkan khidmat MKM di dalam membantu pentadbiran dan

pengurusan MKMGH dan juga di dalam pengendalian operasi harian syarikat

tertakluk kepada syarat-syarat dan terma-terma yang dipersetujui bersama.

4.1.4 Segala perancangan dan urusan pentadbiran, kewangan dan perniagaan berkaitan

MKMGH hendaklah dibentang dan diluluskan oleh Lembaga Pengarah MKMGH dan

dimaklumkan kepada Lembaga Pengarah MKM.

4.1.5 Lembaga Pengarah MKMGH adalah bertanggungjawab kepada

berkaitan dasar penubuhan syarikat, aktiviti perniagaan

kemajuan/prestasi syarikat

Lembaga MKM

dan laporan

4.2 Pelantikan Wakil MKM Dalam MKMGH

4.2.1 Tertakluk kepada persetujuan Menteri, Wakil MKM yang dilantik sebagai Lembaga

Pengarah MKMGH adalah Ketua Pengarah MKM

4.2.2 Tertakluk kepada Memorandum dan Artikel syarikat, keanggotaan Lembaga MKMGH

adalah terdiri daripada :

Page 7: TERMA RUJUKAN ANTARA MAKTAB KOPERASI MALAYSIA (MKM) DAN ... · PDF fileberkaitan dasar penubuhan syarikat, aktiviti perniagaan ... dinyatakan dan dilaporkan dengan jelas. 6.1.2 Sumber

a) Pengerusi

b) Seorang wakil Koperasi

c) 2 orang lantikan YB Menteri KPDNKK

d) Ketua Pengarah MKM

4.3 Pelantikan Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat

4.3.1 Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah dilantik oleh Lembaga Pengarah MKMGH

setelah diperakukan oleh Lembaga Pengarah MKM dengan persetujuan Menteri.

Beliau bertanggungjawab ke atas keseluruhan fungsi pengurusan dan operasi harian

syarikat.

4.3.2 Lembaga Pengarah MKM atau Lembaga Pengarah MKMGH berhak menamatkan

tempoh lantikan Ketua Pegawai Eksekutif dengan persetujuan Menteri pada bila-bila

masa sepertimana di peruntukkan di para 3.6 Terma Rujukan ini.

4.4 Penglibatan Staf MKM

4.4.1 Staf MKM boleh dilantik dalam pengurusan MKMGH sama ada secara pinjaman atau

perpindahan jawatan tertakluk kepada peraturan dan pekeliling berkenaan

perjawatan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan

4.4.2 Peminjaman staf MKM kepada MKMGH hendaklah secara pakejnya tidak kurang

baik (no less favorable) daripada emolumen dan kemudahan di jawatan hakiki iaitu :

a) MKMGH boleh menawarkan gaji, elaun dan kemudahan secara pakej yang

tidak kurang baik daripada emolumen di jawatan hakiki pegawai dengan

mengambil kira jumlah gaji yang boleh diselaraskan sekurang-kurangnya dua

pergerakan gaji biasa.

b) Sepanjang tempoh pinjaman, pegawai akan diberi pergerakan gaji tahunan

secara isyarat di jawatan hakiki. Pergerakan gaji tahunan di jawatan pinjaman

adalah tertakluk kepada kaedah yang diputuskan oleh MKMGH.

c) Sepanjang tempoh pinjaman, pegawai layak dipertimbangkan kenaikan

pangkat dalam perkhidmatan hakiki mengikut syarat skim dalam

perkhidmatan jawatan hakiki pegawai.

d) Pegawai tersebut bertanggungjawab mengemukakan salinan laporan

penilaian prestasi kepada MKM.

Page 8: TERMA RUJUKAN ANTARA MAKTAB KOPERASI MALAYSIA (MKM) DAN ... · PDF fileberkaitan dasar penubuhan syarikat, aktiviti perniagaan ... dinyatakan dan dilaporkan dengan jelas. 6.1.2 Sumber

4.4.3 Perpindahan perkhidmatan

a) Syarat lantikan tetap ke MKMGH ditentukan oleh dasar MKMGH sendiri.

b) Pegawai yang telah diberi taraf berpencen dan memenuhi syarat yang

ditetapkan boleh memohon untuk bersara pilihan sendtri rnenqikut undang-

undang pencen yang ditetapkan.

c) Pegawai yang belum disahkan dalam perkhidmatan atau yang telah memilih

skim KWSP hendaklah meletak jawatan.

4.4.4 Penglibatan Staf

a) Selain dari staf yang dilantik secara pinjaman atau pertukaran, tahap yang

dibenarkan bagi penglibatan staf MKM adalah terhad kepada:

i. Bagi perkhidmatan yang berasaskan pengetahuan seperti syarahan,

kerja rundingan, penyelidikan dan seumpamanya;

Kadar jam maksimum dalam seminggu atau setahun yang

ditetapkan oleh MKM; dan

Kadar bayaran maksimum yang boleh diterima dalam sebulan

atau setahun seperti yang tertakluk dalam peraturan kerajaan.

b) Bagi kerja-kerja operasi pentadbiran dan pengurusan, MKMGH di benarkan

"outsource" kepada MKM dengan dengan kadar yang dipersetujui oleh MKM

5. AKTIVITI YANG DIBENARKAN

5.1 Aktiviti Syarikat

5.1.1 Tertakluk kepada peruntukan Memorandum dan Artikel syarikat, MKMGH boleh

mengurus dan mengendalikan sebarang aktiviti aktiviti latihan dan pendidikan

bertaraf antarabangsa yang merangkumi program sijil, diploma, diploma lanjutan,

Sarjana Muda, Pasca Siswazah, Sarjana dan PhD dan kursus-kursus professional

dan jangka pendek melalui satu institusi pengajian tinggi swasta yang dikenali

sebagai Kolej Universiti Koperasi Malaysia (KUKOM) setelah memenuhi syarat-

syarat yang ditetapkan oleh undang-undang selagi mana ianya tidak bertindih

dengan program-program latihan dan pendidikan yang dijalankan oleh MKM yang

sedia ada.

5.1.2 Tertakluk kepada kebenaran oleh Lembaga MKM, MKMGH juga boleh

mengendalikan aktiviti program jangka panjang/seminar/latihan dan lain-lain aktiviti

yang dipunyai oleh MKM.

Page 9: TERMA RUJUKAN ANTARA MAKTAB KOPERASI MALAYSIA (MKM) DAN ... · PDF fileberkaitan dasar penubuhan syarikat, aktiviti perniagaan ... dinyatakan dan dilaporkan dengan jelas. 6.1.2 Sumber

5.1.3 MKMGH digalakkan menjalankan lain-lain aktiviti dengan syarat ia tidak bertindih

dengan aktiviti MKM yang sedia ada.

5.1.4 Lembaga Pengarah MKMGH perlu memastikan ; I

a) Syarikat mempunyai perancangan yang baik bagi melaksanakan aktiviti dan

program

b) Objektif program adalah selaras dengan hasrat MKM

c) Semua program dan projek telah dinilai dari segi kesesuaian kos dan faedah

yang lengkap

d) Semua program dan projek telah disemak dari segi implikasi kewangan jangka

pendek dan jangka panjang

5.1.5 Dalam menentukan skop dan jenis perniagaan, Lembaga MKM perlu memastikan

dengan sebaik mungkin perkara berikut

a) Nama baik MKM tidak terjejas

b) Risiko dan liabiliti MKM dari segi kewangan dan undang-undang dapat

dikurangkan

6. SUMBER KEWANGAN

6.1 Pembiayaan Modal

6.1.1 Pembiayaan modal oleh MKM kepada MKMGH iaitu berkaitan modal dibenar dan

modal berbayar syarikat perlu dinyatakan dan dilaporkan dengan jelas.

6.1.2 Sumber kewangan MKM untuk pembiayaan modal permulaan syarikat hendaklah

menggunakan punca-punca lain dan tidak melibatkan peruntukan atau baki

peruntukan kerajaan.

6.1.3 Tertakluk kepada persetujuan menteri, Lembaga MKM dan MKMGH boleh

menjemput koperasi dan/atau apa-apa perbadanan yang dibenarkan oleh undang-

undang untuk melabur di dalam syarikat melalui pegangan ekuiti di dalam MKMGH.

6.2 Pembiayaan Lain

6.2.1 Lembaga Pengarah MKM perlu menekankan supaya MKMGH dibenarkan dan

digalakkan untuk memperoleh pinjaman daripada institusi kewangan, koperasi atau

Page 10: TERMA RUJUKAN ANTARA MAKTAB KOPERASI MALAYSIA (MKM) DAN ... · PDF fileberkaitan dasar penubuhan syarikat, aktiviti perniagaan ... dinyatakan dan dilaporkan dengan jelas. 6.1.2 Sumber

apa-apa perbadanan yang dibenarkan oleh undang-undang untuk memberi pinjaman

sekiranya difikirkan perlu dan wajar.

6.2.2 MKM tidak boleh menjadi penjamin kepada MKMGH bagi pinjaman yang dibuatI .

daripada institusi kewangan

6.2.3 MKM dan MKMGH secara bersesama boleh mendapatkan sumbangan melalui

endowment fund bagi membiayai operasi KUKOM.

7. PENGGUNAAN ASET. KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN MKM

7.1 Aset, Fasiliti, Kemudahan dan Perkhidmatan MKM

7.1.1 MKM boleh membenarkan MKMGH menggunakan aset, kemudahan dan

perkhidmatan yang dimiliki oleh MKM tertakluk kepada syarat-syarat dan terma yang

dipersetujui .

7.2 Caj Penggunaan

7.2.1 Setiap penggunaan aset, kemudahan dan perkhidmatan MKM oleh MKMGH

hendaklah dikenakan bayaran sama ada berbentuk sewa atau caj berdasarkan

kadar yang telah ditetapkan oleh MKM atau jawatankuasa teknikal yang dilantik oleh

Lembaga MKM sepertimana di peruntukkan di para 10.2 bab 10 Terma Rujukan ini.

7.2.2 Aset, Kemudahan dan fasiliti MKM

a) Aset adalah harta benda kepunyaan MKM dan milikan dibawah kawalan MKM

yang meliputi aset tetap dan inventori.

b) Kemudahan merangkumi kelengkapan yang diperlukan, kemudahan penghawa

dingin, talian rangkaian internet, perabot, utiliti dan sebagainya.

c) MKMGH perlu mendapatkan kebenaran bertulis bagi penggunaan aset dan

kemudahan daripada MKM.

d) MKM boleh mengenakan caj tambahan atau gantirugi kepada MKMGH sekiranya

terdapat kecacatan atau kerosakan aset atau kemudahan MKM yang

diberikan/disewakan kepada MKMGH.

Page 11: TERMA RUJUKAN ANTARA MAKTAB KOPERASI MALAYSIA (MKM) DAN ... · PDF fileberkaitan dasar penubuhan syarikat, aktiviti perniagaan ... dinyatakan dan dilaporkan dengan jelas. 6.1.2 Sumber

e) MKMGH perlu mematuhi peraturan dan prosedur yang ditetapkan bagi

penggunaan aset, kemudahan dan perkhidmatan MKM. MKM boleh mengambil

tindakan atas kegagalan MKMGH mematuhi peraturan yang berkaitan.

7.3 Caj Perkhidmatan

7.3.1 Perkhidmatan adalah merujuk kepada kepakaran, guna tenaga, perundingan atau

apa-apa bentuk khidmat ditawarkan.

7.3.2 Setiap perkhidmatan yang ingin diperoleh perlu mendapat kelulusan MKM dengan

persetujuan staf yang berkaitan

7.3.3 Tertakluk kepada pekeliling yang diterima pakai, setiap bantuan perkhidmatan yang

diperolehi daripada MKM adalah tertakluk kepada bayaran yang ditetapkan oleh

MKM dan tertakluk kepada tempoh masa yang ditetapkan oleh MKM dan keputusan

Jawatankuasa Teknikal.

7.4 Perhatian dan Keutamaan

7.4.1 Penggunaan aset, kemudahan dan perkhidmatan oleh MKMGH adalah tertakluk

kepada kebenaran MKM dan tidak akan menjejaskan kepentingan dan kebajikan

pelajar dan staf MKM

7.4.2 MKMGH perlu mematuhi peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan oleh bagi

penggunaan aset, kemudahan dan perkhidmatan MKM. MKM boleh mengambil

tindakan perundangan ke atas MKMGH sekiranya terdapat kegagalan mematuhi

peraturan yang ditetapkan.

8. KAWALAN PEMANTAUAN DAN PENJANAAN PENDAPATAN

8.1 Kewangan Dan Akauntabiliti

8.1.1 MKMGH hendaklah memastikan segala peraturan kewangan yang dietapkan oleh

MKM dan Suruhanjaya Syarikat hendaklah dipatuhi.

8.1.2 MKMGH bertanggungjawab terhadap semua aktiviti dan urusniaga yang dijalankan

tanpa menjejaskan MKM.

8.1.3 MKMGH perlu membentangkan perkara atau usul yang memerlukan kelulusan atau

makluman kepada Lembaga MKM pada setiap suku tahun berkaitan laporan prestasi

kewangan dan analisis berkaitan dengannya.

Page 12: TERMA RUJUKAN ANTARA MAKTAB KOPERASI MALAYSIA (MKM) DAN ... · PDF fileberkaitan dasar penubuhan syarikat, aktiviti perniagaan ... dinyatakan dan dilaporkan dengan jelas. 6.1.2 Sumber

8.1.4 MKMGH perlu memastikan sistem kewangan dan perakaunan yang dibangunkan

hendaklah ditambah baik selaras dengan kehendak Lembaga MKM dan peraturan -

peraturan sedia ada yang berkuatkuasa.

8.1.5 Unit Audit Dalam MKM boleh menjalankan pengawasan audit terhadap aktiviti dan

laporan kewangan MKMGH.

8.1.6 MKMGH boleh menyumbangkan pendapatan dan keuntungan yang diperolehi

kepada MKM dalam bentuk bayaran dividen tahunan, yuran pengurusan, bayaran

sewaan dan lain-lain

8.1.7 Pemberian dividen tahunan atau perkongsian keuntungan oleh MKMGH kepada

MKM adalah bergantung kepada persetujuan bersama dan tertakluk kepada

sebarang perjanjian yang termeterai kelak.

8.1.8 Semua bayaran dividen hendaklah dibuat daripada keuntungan MKMGH sahaja

seperti mana yang diperuntukan di bawah Seksyen 365, Akta Syarikat 1965.

8.2 Kawalan terhadap Syarikat

8.2.1 MKMGH perlu membentangkan Laporan Prestasi Kewangan dan Analisis Kwangan

setiap suku tahun kepada Lembaga Pengarah MKM.

8.2.2 Pembentangan laporan ini perlu merangkumi semua pelaburan yang dilakukan,

perbelanjaan , agihan pendapatan , keuntungan, sumber kewangan dan perkara-

perkara penting yang berkaitan prestasi kewangan MKMGH.

8.2.3 Lembaga MKM boleh memantau, memberi pandangan atau teguran ke atas

pengurusan operasi dan kewangan MKMGH sekiranya terdapat keperluan dari

semasa ke semasa.

8.3 Laporan Akaun Tahunan

8.3.1 Laporan perakaunan tahunan syarikat yang disatukan hendaklah disediakan dan

dibentangkan kepada Lembaga Pengarah MKM pada setiap tahun. la perlu dibentang

tidak lewat daripada tiga bulan selepas akaun ditutup.

8.3.2 Laporan akaun tahunan ini hendaklah mematuhi piawaian perakaunan yang

ditetapkan dan diaudit oleh juru audit yang bertauliah.

Page 13: TERMA RUJUKAN ANTARA MAKTAB KOPERASI MALAYSIA (MKM) DAN ... · PDF fileberkaitan dasar penubuhan syarikat, aktiviti perniagaan ... dinyatakan dan dilaporkan dengan jelas. 6.1.2 Sumber

9. MANFAAT KEPADA MKM

9.1 Manfaat

9.1.1I

Mempercepatkan proses membuat keputusan dalam aktiviti ' pengkomersilan dan

perundingan dengan itu menjadikan MKM lebih efisyen , berkualiti dan dinamik.

9.1.2 Mempelbagaikan dan memperkembangkan program akademik MKM samada untuk

pasaran dalam negeri atau antarabangsa.

9.1.3 Membantu dalam menjana pendapatan dan mengurangkan kebergantungan

kewangan kepada kerajaan pada masa akan datang.

9.1.4 Memberi peluang kepada staf MKM untuk menimba pengalaman dalam budaya kerja

korporat melalui aktiviti yang dijalankan oleh MKMGH.

9.1.5 MKMGH bertanggungjawab membina reputasi MKM melalui jalinan strategik,

perkongsian pintar dan usahasama dengan agensi kerajaan tempatan atau

antarabangsa.

9.1.6 MKMGH membantu masyarakat dalam dasar tanggungjawab sosial korporat (CSR).

10. JAWATANKUASA TEKNIKAL

10.1 Tujuan

10.1.1 Satu Jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Teknikal boleh ditubuhkan

oleh Lembaga MKM bagi membantu melicinkan dan memudahcara sebarang proses

rundingan yang membabitkan penglibatan MKM dan MKMGH dalam perkara-perkara

berikut:

i. Perkhidmatan sokongan melibatkan operasi dan pengurusan

ii. Penggunaan aset MKM oleh MKMGH

iii. Penggunaan fasiliti dan kemudahan MKM oleh MKMGH

iv. Penggunaan kepakaran MKM khususnya perkhidmatan melibatkan

pengetahuan (knowledge based - expertise)

Page 14: TERMA RUJUKAN ANTARA MAKTAB KOPERASI MALAYSIA (MKM) DAN ... · PDF fileberkaitan dasar penubuhan syarikat, aktiviti perniagaan ... dinyatakan dan dilaporkan dengan jelas. 6.1.2 Sumber

10.2 Keanggotaan

10.2.1 Lembaga MKM boleh melantik satu Jawatankuasa Teknikal yang dianggotai oleh

pengurusan tertinggi MKM dan MKMGH dalam merangka terma dan syarat-syaratI , •

perkhidmatan dan kepakaran yang diberikan oleh MKM kepada MKMGH.

10.2.2 Keanggotaan di dalam Jawatankuasa Teknikal akan terlucut secara otomatis

sekiranya status anggota tersebut di dalam pengurusan MKM atau MKMGH

berubah pada bila-bila masa.

10.3 Tanggungjawab Jawatankuasa Teknikal

10.3.1 Jawatankuasa berperanan untuk menentukan asas sesuatu terma dan syarat yang

akan ditetapkan oleh MKM kepada MKMGH.

10.3.2 Jawatankuasa Teknikal juga bertanggungjawab menentukan sesuatu asas bagi caj

kemudahan, perkhidmatan, fasiliti dan kepakaran yang diberikan oleh MKM kepada

MKMGH.

11. PEMBUBARAN, HAD DAN TANGGUNG

11.1 Pembubaran

11.1.1 Sebarang cadangan pembubaran syarikat hendaklah dimaklumkan dan

dibentangkan dengan terperinci untuk pertimbangan dan kelulusan ahli Lembaga

MKM.

11.1.2 MKM berhak membuat penilaian,pemeriksaan dan audit terperinci sebelum

meluluskan cadangan pembuburan tersebut.

11.1.3 Sekiranya syarikat dibubarkan, segala aset MKMGH hendaklah dipindahmilik

kepada dan diletakhakkan kepada MKM selepas dijelaskan segala tanggungannya.

11.1.4 Penggulungan atau pembubaran syarikat hendaklah dibuat mengikut prosedur yang

ditetapkan berdasarkan peruntukan Akta Syarikat 1965 dan peruntukan undang-

undang lain sedia ada yang berkuatkuasa.

Page 15: TERMA RUJUKAN ANTARA MAKTAB KOPERASI MALAYSIA (MKM) DAN ... · PDF fileberkaitan dasar penubuhan syarikat, aktiviti perniagaan ... dinyatakan dan dilaporkan dengan jelas. 6.1.2 Sumber

11.2 Had dan Tanggungan

11.2.1 MKMGH hendaklah memastikan segala urusan dan aktiviti pentadbiran, kewangan

dan perniagaan syarikat tidak menyalahi mana-[11ana peraturan dan peruntukan

undang-undang sedia ada yang berkuatkuasa.

11.2.2 MKM tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tanggungan MKMGH

memandangkan kedua-duanya adalah dua entiti yang berbeza.

11.2.3 MKMGH perlu menanggung rugi dan membayar gantirugi kepada MKM untuk

sebarang kos, kerugian, tindakan undang-undang yang dikenakan ke atas MKM di

atas kegagalan MKMGH melaksanakan tanggungjawabnya sepertimana yang

diperuntukan dalam Akta Syarikat 1965 dan mana-mana peruntukan lain

yang berkuatkuasa.

12. KERAHSIAAN

12.1.1 Segala maklumat dan data (dalam apa jua bentuk) atau sebarang maklumat lain

yang dianggap sebagai sulit milik MKM hanya boleh didedahkan dan diakses oleh

MKMGH dengan kebenaran MKM.

12.1.2 MKMGH dan MKM hendaklah menandatangi satu Perjanjian Tanpa Pendedahan

bagi melindungi segala maklumat dan data yang diterima oleh kedua-dua pihak bagi

mengelakkan isu kebocoran maklumat sulit.

12.1.3 MKMGH juga hendaklah memastikan segala maklumat tentang pihak ketiga yang

diperoleh daripada MKM bagi tujuan operasi dan aktiviti perniagaan MKMGH

hendaklah digunakan dengan sewajarnya.

12.1.4 Segala maklumat dan data (dalam apa jua bentuk) sama ada milik MKM atau pihak

ketiga adalah sulit dan MKMGH hendaklah mengekalkan langkah-Iangkah kawalan

yang berkesan untuk menjaga maklumat sulit tersebut daripada didedahkan oleh

pihak yang tidak diberikuasa penggunaan, salinan atau penyebarannya.

12.1.5 MKMGH hendaklah memaklumkan kepada MKM dengan serta merta jika terdapat

sebarang kemungkinan atau syak tentang pendedahan atau penyebaran maklumat

sulit yang diperolehi.

Page 16: TERMA RUJUKAN ANTARA MAKTAB KOPERASI MALAYSIA (MKM) DAN ... · PDF fileberkaitan dasar penubuhan syarikat, aktiviti perniagaan ... dinyatakan dan dilaporkan dengan jelas. 6.1.2 Sumber

13. TARIKH KUAT KUASA

13.1 Terma rujukan ini berkuat kuasa mulai tarikh 24 April 2014.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

"LATIHAN INOVATIF, KOPERASI PROGRESIF"

V(,USOF BIN S~IN)

Pengerusi

Maktab Koperasi Malaysia