cara muadah print sijil

7
#1 Isikan Maklumat di Excel Buka Excel dan mulakan mengisi nama peserta dan nombor kad pengenalan peserta di dalam perisian tersebut. Isikan pada lajur menegak yang pertama untuk nama dan lajur menegak kedua untuk nombor kad pengenalan. Setelah selesai menaip maklumat-maklumat tersebut, anda boleh menyimpan (save) di desktop dalam format Excel Workbook untuk memudahkan carian. Cara lain selain menaip semula nama dan nombor kad pengenalan peserta adalah dengan kaedah copy dan paste. Ini lebih mudah dan cepat. #2 Buat Reka Bentuk Sijil di Word Bina satu reka bentuk sijil di Word dan pastikan ianya mempunyai ruangan untuk nama dan nombor kad pengenalan peserta tersebut. Boleh rujuk contoh reka bentuk yang saya siapkan di bawah.

Upload: itastefa

Post on 21-Nov-2015

231 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

MERGE SIJIL

TRANSCRIPT

#1Isikan Maklumat di ExcelBuka Excel dan mulakan mengisi nama peserta dan nombor kad pengenalan peserta di dalam perisian tersebut. Isikan pada lajur menegak yang pertama untuk nama dan lajur menegak kedua untuk nombor kad pengenalan.

Setelah selesai menaip maklumat-maklumat tersebut, anda boleh menyimpan (save) didesktopdalam format Excel Workbook untuk memudahkan carian. Cara lain selain menaip semula nama dan nombor kad pengenalan peserta adalah dengan kaedahcopydanpaste. Ini lebih mudah dan cepat.#2 Buat Reka Bentuk Sijil di WordBina satu reka bentuk sijil di Word dan pastikan ianya mempunyai ruangan untuk nama dan nombor kad pengenalan peserta tersebut. Boleh rujuk contoh reka bentuk yang saya siapkan di bawah.

Pastikan jarak ruangan untuk nama cukup luas kerana perlu diingat ada nama peserta yang mempunyai bilangan aksara yang banyak.#3 Gunakan Arahan Mailing di WordKlik padaMailingdi Word (cari bahagian atas) dan klik pada klikselect receipients. Kemudian klikuse existing list.Kemudian andaakan mendapat paparan windows baru yang meminta anda untukselect data source. Di sini anda hanya perlu memilih file excel mempunyai nama dan kad pengenalan peserta yang telah anda simpan didesktop.

Setelah memilih file yang anda simpan tadi,klik open.

Select sheet1.

#4 Menggantikan Nama Peserta di Ruangan NamaSetelah memilih lokasi data, hanya perlu menggantikan nama peserta di ruangan nama dan no kad pengenalan peserta di ruangan no kad pengenalana.Langkah yang mudah, hanya highlight nama di reka bentuk sijil dan klik padainsert merge field.

Lakukan perkara yang sama untuk ruangan kad pengenalan. Setelah selesai anda boleh klik padapreview results.

Anda kini boleh menyemak nama dan nombor kad pengenalan peserta dengan hanya klik pada anak panah biru di sebelahpreview result. Untuk mencetak, hanya klik pada finish & merge dan klik pada print document.Jika anda dapati terdapat kesalahan pada nama atau no kad pengenalan, anda hanya perlu ubah di data Excel sahaja. Kedah yang sama juga boleh digunakan untuk anda mencetak kad jemputan, surat penggilan mesyurat PIBG dan lain-lain lagi. Semoga info ini memberi menfaat kepada anda.