cara mengurus emosi dalam satu situasi yang mencabar

Upload: mohd-amdih-saidi

Post on 04-Apr-2018

247 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Cara Mengurus Emosi Dalam Satu Situasi Yang Mencabar

    1/2

    Contoh Situasi Dari Cerpen Kasut Kelopak Jantung karangan KamalKhalid

    Kamarludin

    Tanggal 16 Mei, Cikgu Harun menerima sebuah bungkusan yang berisi

    sepasangan kasut yang mahal. Walaupun Cikgu Harun sudah dapat mengagak siapa

    pengirim bungkusan tersebut, beliau tidak pasti sama ada pengirimnya benar-benar

    ikhlas atau hendak menyindirnya. Hadiah tersebut telah membangkitkan ingatan Cikgu

    Harun ketika beliau mengajar murid darjah tiga di sebuah sekolah luar bandar, tiga

    puluh tahun dahulu.

    Setelah menerima ucapan selamat pagi daripada murid-murid, Cikgu Harun

    memarahi Ahmad. Ahmad tahu akan kesalahannya yang tidak memakai kasut ke

    sekolah. Perasaan Ahmad bercampur baur antara takut dengan malu. Bagi Cikgu

    Harun, dia terpaksa bertindak demikian supaya Ahmad mendesak ibu bapanya agar

    membelikan kasut sekolah untuknya. Lagipun Cikgu Harun tidak mahu murid-murid

    yang lain mencontohi sikap Ahmad yang tidak memakai pakaian seragam yang lengkap

    ke sekolah.

    Kemarahan Cikgu Harun memuncak lagi apabila Ahmad tidak memakai

    pakaian pendidikan jasmani. Cikgu Harun memungut beberapa keping kelopak jantung

    pisang yang bertaburan di tepi pagar lalu menyuruh Ahmad mengikatnya dengan tali

    rafia pada kedua-dua belah kakinya dengan pesanan jangan menanggalkan kasut

    baharunya itu sehingga dia telha membeli kasut sekolah. Ahmad menangis kerana

    ditertawakan oleh kawan-kawan sekelasnya. Dia berlari pulang ke rumah apabila

    lonceng sekolah terakhir berbunyi. Sejak hari itu, Ahmad tidak hadir ke sekolah lagi.

    Cikgu Harun mulai rasa bersalah. Beliau mengambil keputusan untuk ke rumah Ahmad.

    Kedatangan Cikgu Harun di sambut oleh Ibu Ahmad. Ahmad tiada di rumah

    kerana mengambil upah memetik cili di sebuah kebun sayur. Beberapa minit kemudian,Cikgu Harun ternampak kelibat Ahmad di belakang rumah. Cikgu Harun menangis

    kerana kasut kelompak jantung masih terlekat pada tapak kaki Ahmad. Cikgu Harun

    menunggang motosikal ke pekan yang berdekatan untuk membeli sepasang pakaian

    seragam sekolah dan sepasang kasut sekolah untuk Ahmad.

  • 7/29/2019 Cara Mengurus Emosi Dalam Satu Situasi Yang Mencabar

    2/2

    Cikgu Harun menyerahkan pakaian dan kasut yang baharu dibelinya itu

    kepada Ahmad sambil berpesan kepada Ahmad supaya kembali ke sekolah. Cikgu

    Harun kemudian membuka ikatan kasut kelopak jantung yang berjurai-jurai di kaki

    Ahmad. Ahmad berterima kasih dengan Cikgu Harun dan kini Ahmad telah menjadi

    seorang Pengurus Besar di sebuah syarikat pengeluar kasut terkemuka di bandar.

    Peristiwa memakai kasut kelopak jantung telah menyedarkan Ahmad bertapa

    pentingnya kasut kepada manusia.

    .