reality therapi situasi

28

Upload: niszao

Post on 22-Apr-2015

947 views

Category:

Education


2 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Reality therapi SITUASI
Page 2: Reality therapi SITUASI

Klien lebih senang dikenali dengan nama Alin (bukan nama sebenar), berumur 13 tahun dan berbangsa Melayu. Mempunyai hobi melukis jika ada masa lapang dan membaca buku cerita. Klien merupakan anak yang ke empat daripada lima orang adik beradik. Bapanya bekerja sebagai Pembantu Am Rendah manakala ibunya hanya sebagai surirumah sepenuh masa yang membantu keluarga dengan membuat kuih muih dan menjualnya setiap pagi. Kini klien menetap di asrama dan pulang ke rumah ibu bapanya setiap bulan di Teluk Intan, Perak.

Klien merupakan seorang pelajar yang sederhana dalam akademik dan diterima masuk ke sekolah ini setelah mendapat 4A 1B dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Mempunyai cita-cita yang tinggi untuk mendapat keputusan yang lebih cemerlang dalam peperiksaan PMRnya nanti bagi menandingi abangnya

Page 3: Reality therapi SITUASI

Klien mempunyai sedikit masalah dengan rakan-rakannya yang menyebabkan kebanyakan rakan-rakannya menjauhkan diri daripadanya. Mempunyai kawan baik tetapi tinggal sekampung dengannya. Di sekolah ini, klien tidak mempunyai kawan baik.

Sepanjang sesi, dapat dilihat bahawa penerapan agama dalam diri klien adalah baik kerana sepanjang sesi juga klien ada menyebut akan unsur-unsur agama dalam butir bicaranya. Ibu bapanya juga kelihatan memberi didikan yang baik dalam agama. Klien boleh dikategorikan sebagai seorang pelajar yang sederhana besar. Berat badannya 47 kg. Namun begitu, klien mempunyai masalah migrain yang menyerangnya agak teruk dan kerap hingga ada di antara rakan-rakannya yang bosan dengan migrainnya itu.

Page 4: Reality therapi SITUASI
Page 5: Reality therapi SITUASI

Model dan PendekatanBagi kes ini pendekatan Terapi Realiti digunakan di mana terapi ini telah diutarakan oleh William Glasser di mana terapi ini kaunselor bertindak secara aktif, mengarah, didaktik dan kognitif. Di samping itu, ia juga mengikat kontrak dengan klien di dalam usaha klien untuk mengubah tingkah lakunya. Dalam terapi ini, ia langsung tidak memperdulikan peristiwa-peristiwa masa lampau dan tidak juga memberi perhatian atau fokus kepada sikap, celik akal ataupun motivasi-motivasi tidak sedar.

Page 6: Reality therapi SITUASI

Menurut Amir Awang (1989), terapis realiti yakin yang kliennya mempunyai keupayaan-keupayaan tertentu untuk melakukan sesuatu pada masa kini bagi mengubah tingkah lakunya. Terapis juga yakin tentang adanya komitmen di dalam diri klien untuk mengubah, untuk merancangkan rancangan-rancangan tindakan dan seterusnya untuk melakukan tindakan-tindakan yang dirancangkan itu.

Page 7: Reality therapi SITUASI

Terapi realiti mempercayai bahawa setiap individu, biar apa sekali pun latar kebudayaannya, mempunyai satu keperluan pokok iaitu keperluan untuk mempunyai identiti. Identiti yang dipunyai oleh seseorang itu berbeza dengan identiti yang dipunyai oleh orang lain, dan perbezaan-perbezaan ini dapat dilihat dari segi tingkah laku, perasaan, pemikiran, destini dan lain-lain lagi.

Page 8: Reality therapi SITUASI

Walaupun wujud perbezaan-perbezaan seperti dinyatakan, namun bagi terapi realiti, kita boleh menggolongkan identiti ini kepada dua golongan iaitu:- identiti berjaya- identiti gagal

Semua orang akan tergolong ke dalam salah satu daripada dua golongan ini.

Sungguhpun begitu, semua orang akan berusaha ke arah mencapai identiti berjaya kerana ia memberikan rasa kepuasan dan keselesaan manakala identiti gagal akan membawa perasaan-perasaan yang tidak enak, dan yang menyakitkan.

Page 9: Reality therapi SITUASI

Identiti berjaya atau identiti gagal ini terhasil melalui tindakan-tindakan dan keputusan-keputusan yang dibuat sendiri oleh individu yang berkenaan. Oleh yang demikian, dia sendirilah yang mempunyai segala keupayaan untuk mengubah identitinya dan untuk mengubah identitinya, ia hendaklah mengubah tingkah lakunya.

Di samping kepercayaan atau andaian itu, terapi realiti juga yakin bahawa di dalam diri setiap individu itu terdapat ‘tenaga untuk berkembang’. Tenaga inilah yang akan sentiasa mendorong individu untuk berfikir, merasa dan bertindak dengan cara-cara tertentu yang akhirnya akan membawa kepada identiti berjaya atau identiti gagal.

Masalah penyesuaian yang dihadapi oleh individu itu timbul dari kegagalan individu untuk memenuhi keperluan-keperluannya. Tanda-tanda kegagalan ini menjelma di dalam, berbagai bentuk. Tanda-tanda ini akan luput bila sahaja individu berjaya memenuhi keperluan-keperluannya.

Page 10: Reality therapi SITUASI

Masalah utama yang dihadapi oleh klien ialah tentang penyesuaian dirinya terhadap persekitarannya. Klien yang pertama kali tinggal di asrama merasakan dirinya tidak diterima oleh rakan-rakan lain kerana kekurangan yang ada pada dirinya. Klien merasa rendah diri bila dibandingkan dengan rakan-rakan yang lain. Klien merasakan saiz tubuh badannya yang agak kecil itu mempengaruhi sikap rakan-rakan terhadap dirinya apatah lagi ada di antara mereka yang menegur akan badan klien yang berbau. Ini antara penyebab klien akan mengasingkan diri dan kurang bergaul dengan rakan-rakan yang lain.

Page 11: Reality therapi SITUASI

Klien telah mencipta identiti gagalnya dengan membentuk tingkah laku yang berupa pengasingan. Apa yang dikatakan oleh rakan-rakan tidak diterimanya dengan positif tetapi menganggap ianya sebagai satu cercaan dan penghinaan dan ini menyebabkan klien berasa sangat rendah diri. Pengasingan ini adalah tindakan dan keputusan yang dipilih oleh klien dan kini masalah mula timbul apabila klien tidak mempunyai sesiapa sebagai tempat untuk berbincang tentang pelajaran mahupun masalahnya. Keadaan dirinya menyebabkan klien malu untuk memulakan sebarang persahabatan.

Masalah yang timbul akibat pengasingan inilah yang menyebabkan ‘tenaga untuk berkembang’ klien mula terbentuk. Tenaga inilah yang mendorong individu untuk berfikir, merasa dan bertindak dengan cara yang dipilih klien yang akhirnya membawa kepada identiti gagal klien. Emosi klien kini terganggu adalah hasil daripada tingkah laku yang tidak sesuai atau tidak kena.

Page 12: Reality therapi SITUASI

Menurut Sabariah Siron (2005), apabila identiti gagal klien telah dikenal pasti, kaunselor perlu membina semula konsep dalam identiti gagal klien agar identiti berjaya dapat dibentuk. Ini adalah sangat penting kerana seseorang yang mempunyai identiti kejayaan dapat melihat diri mereka boleh memberi dan menerima kasih sayang, merasa mereka adalah signifikan kepada orang lain, merasa berkuasa, mempunyai perasaan diri yang berguna, memenuhi kehendak diri tanpa mengganggu orang lain.

Terapi realiti menekankan konsep tanggungjawab yang didefiniskan sebagai tingkah laku untuk memenuhi keperluan seseorang tanpa mengganggu orang lain. Seseorang yang bertanggungjawab mempunyai autonomi ke atas diri sendiri kerana ia memenuhi keperluan dan matlamat hidupnya.

Page 13: Reality therapi SITUASI

Kaunselor perlu menolong klien sedar dan selepas itu menolong klien untuk meningkatkan tahap kesedaran itu. Setelah klien sedar tentang tingkah lakunya yang tidak berkesan untuk mengawal dunianya, ia akan lebih terbuka kepada alternatif cara untuk bertingkah laku. Oleh itu, terapi realiti lebih kepada mengajar klien cara yang lebih berkesan untuk menangani dunia (Corey, 1999). Asas utama terapi realiti adalah menolong klien menilai sama ada keperluannya realisitk dan sama ada tingkah lakunya dapat menolongnya.

Klien perlu membuat keputusan jika apa yang dilakukan tidak berkesan untuk memenuhi keperluannya. Dia juga perlu menentukan apakah perubahan-perubahan tingkah laku yang ia patut lakukan. Selepas membuat penilaian ini, ia akan dibantu oleh terapis untuk membuat perancangan untuk berubah.

Page 14: Reality therapi SITUASI

Dalam sesi pertama ini, seperti kebiasaannya, kaunselor akan membina hubungan terlebih dahulu memandangkan ini adalah kali pertama klien berjumpa dengan kaunselor. Secara tidak langsung hubungan yang mesra nanti tidak menyebabkan klien kekok dalam meluahkan permasalahannya. Penerokaan dibuat selepas kaunselor yakin bahawa klien semakin mesra dan tidak takut-takut dan malu-malu.

Menurut Glasser (1992), prosedur ke arah perubahan adalah berdasarkan kepada andaian bahawa manusia dimotivasikan untuk berubah apabila:

Page 15: Reality therapi SITUASI

1. ia yakin bahawa tingkah laku masa kininya tidak dapat menolongnya mendapatkan apa yangia kehendaki.

2. ia percaya bahawa ia boleh memilih tingkah laku lain yang akan mendekatkannya kepada apa yang ia ingini.

Setelah perhubungan dapat dibina dengan baik, terapis realiti akan meneruskan prosedur yang dipraktikkan dalam terapi realiti:

Page 16: Reality therapi SITUASI
Page 17: Reality therapi SITUASI

Daripada penerokaan itu juga, kaunselor dapat mengenalpasti klien yang merasakan kesunyiaan kerana tiada kawan yang rapat dan dia tiada sesiapa untuk dijadikan tempat rujukan jika menghadapi masalah dalam pelajarannya. Pada klien, setiap orang rakannya telah mempunyai kawan rapat, jadi dia tidak dapat untuk rapat dengan sesiapa pun kerana pasti akan menjadi persengketaan jika klien rapat dengan sesiapa yang telah mempunyai kawan rapat.

Daripada penerokaan itu juga, didapati klien juga mendapat layanan yang tidak adil di rumahnya, di mana ibunya sering menyebelahi abang keduanya kerana abangnya itu lebih bijak dan melebihi dalam semua perkara daripada adik beradik yang lain. Klien juga tidak rapat dengan ayahnya kerana ayahnya yang jarang berada di rumah kerana bertugas waktu pejabat dan juga ayahnya adalah seorang yang agak garang orangnya.

Page 18: Reality therapi SITUASI

Dalam proses W ini, jelas klien mengkehendakkan dirinya diterima oleh rakan-rakannya sebagaimana mereka menerima orang lain, tetapi klien menyedari kekurangan diri yang menyebabkan klien agak kecewa dan berasa rendah diri.

Page 19: Reality therapi SITUASI
Page 20: Reality therapi SITUASI

Dalam peringkat ini juga kaunselor menyoal klien tentang tindakan yang akan dilakukan berdasarkan situasinya ini dan juga arah tuju hidupnya selepas ini. Kaunselor juga menumpukan proses kepada mengubah keseluruhan tingkah laku masa kini, bukan sekadar sikap dan perasaan. Oleh itu, kaunselor menumpukan kepada tingkah laku klien kini iaitu sikap pengasingan yang diciptakannya berdasarkan sikap rendah diri klien. Kaunselor akan mencabar klien agar sikap yang dibinanya itu boleh diubah bagi menghasilkan identiti berjaya.

Page 21: Reality therapi SITUASI

Kaunselor: Adakah Alin rasa dengan mengasingkan diri Alin macam ni, Alin dapat apa yang Alin nak?

Kaunselor: Apa yang Alin buat sekarang ni boleh bantu Alin dapat kawan ke?

Page 22: Reality therapi SITUASI

Adalah menjadi tugas kaunselor untuk mempersoalkan klien tentang kesan kepada tingkah lakunya dan mendapatkan klien menilai kutaliti tindakannya. Tanpa penilaian kendiri ini klien tidak akan berubah.

Kaunselor ada mencadangkan kepada klien secara terus apa yang boleh dibuat oleh klien seperti meminta klien menjaga penampilan diri sebagai langkah pertama untuk berubah. Setelah ia berkembang dan secara konsisten berinteraksi dengan kaunselor, ia mula belajar membuat penilaian dengan pertolongan yang kurang dari kaunselor (Wubbolding, 1994).

Klien juga dibawa melihat kelebihan diri kerana klien tidak menyedari beberapa kelebihan dirinya yang boleh dijadikan sumber untuk menarik minat rakan-rakannya untuk berkawan dengannya.

Page 23: Reality therapi SITUASI
Page 24: Reality therapi SITUASI

Klien juga dibimbing dengan kemahiran berkomunikasi agar pengetahuan ini dapat membantu klien berinteraksi dengan orang lain secara berkesan. Ini sangat menolong klien untuk bergaul dengan orang lain.

Page 25: Reality therapi SITUASI

Dengan penggunaan terapi realiti ini, kes di atas dapat dikendalikan dengan baik. Kedatangan klien secara sukarela juga membantu menjayakan lagi sesi kaunseling individu ini. Terapi yang mengutamakan tingkah laku masa kini sememangnya menjurus kepada perubahan yang positif. Klien yang cepat mendapat celik akal juga membantu kepada perubahan diri yang positif.

Terapi ini memfokuskan kepada tingkah laku tidak kepada perasaan kerana terapi realiti percaya tingkah laku akan mempengaruhi perasaan. Ini jelas kerana apabila klien bertingkah laku seperti yang diinginkan, perasaannya juga akan turut dipengaruhi.

Page 26: Reality therapi SITUASI

Sememangnya klien mempunyai komitmen yang tinggi untuk mengubah tanggapan orang ramai terhadap perwatakannya itu dan tidak mahu menipu diri sendiri tentang perasaannya sekarang. Perasaan rendah diri dan disisihkan oleh rakan-rakan menimbulkan persepsi yang negatif terhadap diri klien sendiri dan mendatangkan masalah dalam beberapa perkara dalam rutin hariannya di asrama. Komitmen dan kesungguhan yang ditonjolkan itu merupakan petanda baik untuk kesejahteraan dirinya kelak kerana sanggup berkongsi masalah dengan saya bagi memperbaiki diri dengan sewajarnya.

Page 27: Reality therapi SITUASI

Sememangnya keputusan yang diambil untuk berkongsi dengan saya sangat baik untuk meringankan bebanan yang ditanggungnya itu. Klien begitu mengharapkan beliau dapat menjalani kehidupan dengan baik dan selesa kerana beliau begitu yakin bahawa apa yang dilaluinya adalah suatu teladan dan pengajaran yang berguna untuknya di kemudian hari kelak.

Langkah untuk memperbaiki amalannya adalah menganggap ia sebagai suatu cabaran yang perlu ditempuhi untuk memperlihatkan ciri personaliti yang lebih matang dan berwibawa. Melaluinya sikap prihatin pada diri dapat meningkatkan motivasi dan komitmen yang berguna untuk diri sendiri bagi kesejahteraan bersama.

Melalui sesi yang dijalankan itu banyak mengajar klien tentang erti kesabaran, kesungguhan, yakin pada diri sendiri dan sentiasa berfikiran terbuka menerima kelemahan diri untuk meningkatkan lagi potensi dalam menjalani sesi kaunseling pada masa akan datang. Klien juga yakin bahawa setiap pengalaman yang dilalui akan lebih mematangkan diri klien untuk terus berjaya dalam bidang yang akan diceburinya kelak.

Page 28: Reality therapi SITUASI

Amir Awang. (1989). Teori-teori Pembelajaran. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Corey, G. (1999). Theory and Practice of Counseling and Psychology (6th ed.). Monterey, CA: Brooks, Cole

Glasser W. (1992). The Quality School: Managing Student with Coercion (2nd ed.). New York: Harper Collins

Wubbolding, R.E. (1994). The Early Years of Control Theory. Forerunners Marcus Auxelius & Robert Weiner. Journal of Reality, 13, 51-84