cara mengurus stres yang diamalkan oleh guru- … · tugas juga menyebabkan guru mengalami...

23

Upload: nguyenthuan

Post on 08-Aug-2019

214 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: CARA MENGURUS STRES YANG DIAMALKAN OLEH GURU- … · tugas juga menyebabkan guru mengalami ketegangan di samping situasi pekerjaan, begitu juga tingkahlaku murid dan keperluan menjaga
Page 2: CARA MENGURUS STRES YANG DIAMALKAN OLEH GURU- … · tugas juga menyebabkan guru mengalami ketegangan di samping situasi pekerjaan, begitu juga tingkahlaku murid dan keperluan menjaga

CARA MENGURUS STRES YANG DIAMALKAN OLEH GURU- GURU DI

LIMA BUAH SEKOLAH MENENGAH DI NEGERI MELAKA

Page 3: CARA MENGURUS STRES YANG DIAMALKAN OLEH GURU- … · tugas juga menyebabkan guru mengalami ketegangan di samping situasi pekerjaan, begitu juga tingkahlaku murid dan keperluan menjaga

SALIHATON HUSSIN

Laporan Projek Dikemukakan Sebagai Memenuhi

Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Mekanikal)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

Mac, 2004

Page 4: CARA MENGURUS STRES YANG DIAMALKAN OLEH GURU- … · tugas juga menyebabkan guru mengalami ketegangan di samping situasi pekerjaan, begitu juga tingkahlaku murid dan keperluan menjaga
Page 5: CARA MENGURUS STRES YANG DIAMALKAN OLEH GURU- … · tugas juga menyebabkan guru mengalami ketegangan di samping situasi pekerjaan, begitu juga tingkahlaku murid dan keperluan menjaga

Teristimewa buat keluarga tersayang

Ayahanda Hussin Hj Abd Ghani

Ibunda Hjh Rokiah Hj Abd. Latif

Nenda Hjh Zainab Hj Abdullah Kakanda Salawati, Khariyati & Hishamuddin

Adinda Khairuddin

Serta Abd Aziz, Haikal, Adli, Adila

& Fared

“Dorongan kalian adalah inspirasi yang agung,

Doakan Kejayaanku”

Page 6: CARA MENGURUS STRES YANG DIAMALKAN OLEH GURU- … · tugas juga menyebabkan guru mengalami ketegangan di samping situasi pekerjaan, begitu juga tingkahlaku murid dan keperluan menjaga

PENGHARGAAN

Pertama sekali saya panjatkan puji-pujian dan syukur kepada Allah s.w.t kerana

dengan keizinan-Nya dapat saya menyiapkan projek ini dengan jayanya. Dikesempatan

ini, ingin saya lahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak-pihak berikut yang

telah membantu saya secara langsung mahupun tidak langsung didalam menjayakan

projek penyelidikan ini :

1. En. Jamaludin B. Ramli selaku penyelia yang telah banyak memberi

bimbingan, nasihat dan tunjuk ajar dengan sabar.

2. Pengetua sekolah-sekolah yang terlibat iaitu SMK Dang Anum, SMK Ayer

Molek, SMK Seri Mahkota, SMK Tinggi Perempuan Melaka dan SMK

Agama Mahdi

3. Keluarga yang telah banyak membantu memberi sokongan dan nasihat

4. Rakan-rakan yang telah turut sama membantu menjayakan projek ini,

terutamanya pergi ke lokasi-lokasi kajian.

Page 7: CARA MENGURUS STRES YANG DIAMALKAN OLEH GURU- … · tugas juga menyebabkan guru mengalami ketegangan di samping situasi pekerjaan, begitu juga tingkahlaku murid dan keperluan menjaga

ABSTRAK

Pengurusan stress menjadi suatu isu yang sering diperkatakan sejak akhir-akhir

ini. Kajian yang dijalankan ini adalah kajian deskriptif yang berbentuk tinjauan. Kajian

ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenalpasti apakah kaedah yang sering

diamalkan oleh guru-guru di lima buah sekolah menengah di Negeri Melaka. Sekolah-

sekolah tersebut ialah SMK Dang Anum, SMK Tinggi Perempuan Melaka, SMK Seri

Mahkota, SMK Ayer Molek, SMK Agama Mahdi. Populasi kajian adalah semua guru-

guru di sekolah-sekolah tersebut. Sampel kajian adalah seramai 181 orang yang diambil

secara rawak jumlah responden yang dipilih. Data-data yang dikumpul menggunakan

kertas soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian computer SPSS For Windows

11.0 serta dilaporkan mengikut frekuensi dan peratusan. Hasil kajian mendapati bahawa

guru-guru di lima buah sekolah menengah di negeri Melaka lebih gemar mengamalkan

kaedah psikospiritual bagi mengurus stress yang mereka alami jika dibandingkan dengan

kaedah psikoterapi, bantu diri, psikospiritual dan rawatan fizikal.

Page 8: CARA MENGURUS STRES YANG DIAMALKAN OLEH GURU- … · tugas juga menyebabkan guru mengalami ketegangan di samping situasi pekerjaan, begitu juga tingkahlaku murid dan keperluan menjaga

ABSTRACT

Stress management has become highlight issue. Therefore a descriptive research

by observation was done to relate its affect in teacher’s career. The main objective of this

research is to identify stress management method practiced by teacher in five selected

schools in Malacca, namely SMK Dang Anum, SMK Tinggi Perempuan Melaka, SMK

Seri Mahkota, SMK Ayer Molek, SMK Agama Mahdi. The population of the research

includes all teachers in these schools and samples of 181 respondents were selected

randomly. Data were gathered from questionnaires and analyzed using SPSS for

Windows Version 11.0 computer programming. The analyses were then interpreted to its

frequency mode and percentage. As a result of this research, it is concluded that 80.43%

teachers in these schools in Malacca are more prefer to control their stress by psycho

spiritual method than psychotherapy.

Page 9: CARA MENGURUS STRES YANG DIAMALKAN OLEH GURU- … · tugas juga menyebabkan guru mengalami ketegangan di samping situasi pekerjaan, begitu juga tingkahlaku murid dan keperluan menjaga
Page 10: CARA MENGURUS STRES YANG DIAMALKAN OLEH GURU- … · tugas juga menyebabkan guru mengalami ketegangan di samping situasi pekerjaan, begitu juga tingkahlaku murid dan keperluan menjaga
Page 11: CARA MENGURUS STRES YANG DIAMALKAN OLEH GURU- … · tugas juga menyebabkan guru mengalami ketegangan di samping situasi pekerjaan, begitu juga tingkahlaku murid dan keperluan menjaga
Page 12: CARA MENGURUS STRES YANG DIAMALKAN OLEH GURU- … · tugas juga menyebabkan guru mengalami ketegangan di samping situasi pekerjaan, begitu juga tingkahlaku murid dan keperluan menjaga

SENARAI JADUAL

Page 13: CARA MENGURUS STRES YANG DIAMALKAN OLEH GURU- … · tugas juga menyebabkan guru mengalami ketegangan di samping situasi pekerjaan, begitu juga tingkahlaku murid dan keperluan menjaga

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Taburan populasi guru-guru di lima buah sekolah

menengah di Melaka

26

3.2 Nombor-nombor item yang dikelaskan mengikut setiap

satu persoalan kajian

28

4.1 Taburan peratusan dan kekerapan responden mengikut

jantina

33

4.2 Taburan peratusan dan kekerapan responden mengikut

bangsa

33

4.3 Taburan peratusan dan kekerapan responden mengikut

umur

34

4.4 Taburan peratusan dan kekerapan responden mengikut

status diri

35

4.5 Taburan peratusan dan kekerapan responden mengikut

bilangan anak

35

4.6 Taburan peratusan dan kekerapan responden mengikut

kelulusan

36

4.7 Taburan peratusan dan kekerapan responden mengikut

pendapatan

36

4.8 Taburan peratusan dan kekerapan responden mengikut

pengalaman

37

4.9 Taburan peratusan dan kekerapan responden mengikut

lokasi

38

4.10 Taburan peratusan responden mengikut agama 38

4.11 Analisis Kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai

responden yang menggunakan kaedah bantu diri bagi

mengurus stres mereka

40

Page 14: CARA MENGURUS STRES YANG DIAMALKAN OLEH GURU- … · tugas juga menyebabkan guru mengalami ketegangan di samping situasi pekerjaan, begitu juga tingkahlaku murid dan keperluan menjaga

4.12 Analisis Kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai

responden yang menggunakan kaedah psikoterapi bagi

mengurus stres mereka

44

4.13 Analisis Kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai

responden yang menggunakan kaedah rawatan fizikal

bagi mengurus stres mereka

48

4.14 Analisis Kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai

responden yang menggunakan kaedah psikospiritual

bagi mengurus stres mereka

51

4.15 Taburan keseluruhan min responden mengurus stres

secara perbandingan

55

SENARAI RAJAH

Page 15: CARA MENGURUS STRES YANG DIAMALKAN OLEH GURU- … · tugas juga menyebabkan guru mengalami ketegangan di samping situasi pekerjaan, begitu juga tingkahlaku murid dan keperluan menjaga

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Model Tekanan Guru 10

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

Page 16: CARA MENGURUS STRES YANG DIAMALKAN OLEH GURU- … · tugas juga menyebabkan guru mengalami ketegangan di samping situasi pekerjaan, begitu juga tingkahlaku murid dan keperluan menjaga

1 Borang Soal Selidik

2 Surat Kebenaran Kementerian Pendidikan Malaysia (EPRD)

3 Surat Kebenaran Jabatan Pendidikan Melaka

4 Surat Kebenaran Fakulti Pendidikan

5 Jadual Krejcie Dan Morgan

BAB 1

PENGENALAN

Page 17: CARA MENGURUS STRES YANG DIAMALKAN OLEH GURU- … · tugas juga menyebabkan guru mengalami ketegangan di samping situasi pekerjaan, begitu juga tingkahlaku murid dan keperluan menjaga

1.1 Pengenalan

Selaras dengan peredaran masa, kehidupan menjadi kian mencabar. Akibat

daripada perubahan dan kemajuan yang kian pesat ini, berbagai masalah dan penyakit

telah timbul. Salah satu penyakit yang sering menyerang manusia sama ada secara

disedari atau tidak disedari ialah stres ataupun ketegangan.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Institute Of Stres di New York, Amerika

Syarikat, didapati 90% daripada lelaki dewasa mengalami masalah stres yang berat

sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Manakala 10% lagi mengalaminya setiap hari.

Di Malaysia sendiri tahap stres dikalangan penduduk tidak jauh berbeza daripada

penduduk Amerika. Stres memburu sesiapa sahaja samada di rumah, tempat kerja dan

stres juga tidak kenal siapa mangsanya.

Stres secara teknikalnya merupakan reaksi yang diberikan oleh tubuh di atas

setiap perkara yang terjadi, yang memerlukan mangsanya untuk menyesuaikan diri

dengan masalah yang dihadapinya sama ada perkara yang baik ataupun perkara yang

buruk. Keadaan dunia yang semakin pantas dan mencabar ini, menyebabkan kita sering

mengalami pelbagai perkara yang buruk seperti penceraian atau kematian tanpa henti.

Tekanan kerja, masalah rumahtangga serta persekitaran yang kian sibuk telah menjadi

perkara biasa pada masa ini. Kehidupan yang penuh dengan perlumbaan dan seribu

macam tekanan, baik dalam kerjaya atau rumahtangga merupakan salah satu

menyumbang kepada stres.

Page 18: CARA MENGURUS STRES YANG DIAMALKAN OLEH GURU- … · tugas juga menyebabkan guru mengalami ketegangan di samping situasi pekerjaan, begitu juga tingkahlaku murid dan keperluan menjaga

Stres boleh memusnahkan kehidupan dan kegembiraan manusia. Stres juga boleh

merebakkan penyakit yang lain seperti sakit kepala, sakit belakang, masalah kegemukan,

masalah arak, kemuraman dan hidup penuh kebimbangan. Para doktor di Amerika

Syarikat mempercayai bahawa stres adalah penyebab utama kepada penyakit yang boleh

menyebabkan kematian.

Di Malaysia, golongan guru pernah dikritik kerana dikatakan tidak berupaya

mencapai tahap perkhidmatan yang diharapkan dan banyak kes guru yang mengalami

‘sakit jiwa’ telah dilaporkan (The New Straits Time bertarikh 30 Mac 1990 dalam

Suseela,1994). Sementara itu diantara tahun 1982 hingga 1985, dilaporkan lebih kurang

3000 orang guru sekolah rendah dan menengah telah bersara awal untuk berkhidmat di

sektor swasta (Rohani, 1991 dalam Aminah, 1998).

Selye (1956) memperkenalkan konsep stres ini sebagai general adation syndrome,

iaitu satu set gerakbalas fisiologi yang diwujudkan oleh berbagai-bagai persekitaran.

Selye telah memberi definisi stres sebagai gerak balas badan yang tidak spesifik terhadap

sebarang demand.

Masyarakat mula meragui dan mepertikaikan peranan yang dimainkan oleh guru.

Masalah seperti keruntuhan sosial pada masa ini juga sering dikaitkan dengan kegagalan

guru memainkan peranan dalam membentuk pelajar-pelajar. Malah berbagai tohmahan

yang telah dilemparkan kepada guru-guru.

Keadaan ini telah digawatkan lagi dengan berita-berita mengenai guru- guru yang

menampar murid, merotan murid dan sebagainya yang ditonjolkan sebegitu rupa dalam

media massa. Contohnya satu peristiwa di mana sekumpulan guru pengawas dikatakan

mendera murid di Sekolah Kebangsaan Sungai Pelek, Sepang, Selangor. Guru tersebut

Page 19: CARA MENGURUS STRES YANG DIAMALKAN OLEH GURU- … · tugas juga menyebabkan guru mengalami ketegangan di samping situasi pekerjaan, begitu juga tingkahlaku murid dan keperluan menjaga

telah diberitakan sebagai menendang, menjentik telinga dan tidak mebenarkan 16 murid

meminta kertas kosong yang menduduki UPSR. Malah terdapat laporan yang

menyatakan terdapat guru yang telah diserang sakit jiwa ataupun mental.

1.2 Latar Belakang Masalah

Stres merupakan satu pengalaman yang lumrah dalam kehidupan manusia. Setiap

manusia tidak dapat lari daripada stres yang boleh berpunca daripada peristiwa-peristiwa

dalam kehidupan, situasi-situasi tertentu dan persekitaran yang boleh berbentuk fizikal,

sosial dan psikologikal. Kaedah mengendalikan stres adalah berbeza ke atas seseorang

individu dan ianya banyak bergantung kepada ciri-ciri dan sikap individu itu.

Wawasan 2020 yang diisytiharkan pada 28 febuari 1991 oleh Perdana Menteri

Malaysia Yang Amat Berhormat Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad merupakan cabaran

yang besar kepada Sistem Pendidikan Malaysia. Hasrat untuk melahirkan masyarakat

santifik, progresif dan inovatif merupakan cabaran ke enam yang dibawa oleh Wawasan

2020, dan ini menyebabkan tugas guru semakin menjadi rumit dan mencabar (Mahathir

Mohamad, 1991).

Borg dan Falzon (1990, dalam Anuar, 2000) telah mengkaji strategi menangani

stres yang digunakan oleh 844 orang guru sekolah rendah di Malta. Mereka telah

menggunakan soal selidik yang antara lainnya mengandungi 10 strategi atau tindakan

menangani stres. Sepuluh soalan strategi menangani stres yang digunakan mengandungi

bilangan yang sama banyak strategi tindakan langsung dan strategi benfokuskan emosi.

Dapatan kajian mereka menunjukkan tiga strategi yang paling kerap digunakan ialah

Page 20: CARA MENGURUS STRES YANG DIAMALKAN OLEH GURU- … · tugas juga menyebabkan guru mengalami ketegangan di samping situasi pekerjaan, begitu juga tingkahlaku murid dan keperluan menjaga

cuba untuk berehat selepas bekerja, cuba mengelak konfrontasi dan cuba menghalang

punca stres daripada meletus. Ciri-ciri demografi seperti jantina, pengalaman mengajar,

kumpulan umur pelajar, dan jurusan kebolehan merupakan moderator yang signifikan

bagi sebilangan strategi yang digunakan. Terdapat perbezaan yang signifikan dalam

penggunaan strategi tindakan langsung dengan strategi berfokuskan emosi antara

kumpulan umur pelajar yang diajar dan jantina guru

Rowland dan Birkett (1992, dalam Anuar, 2000) pula mengemukakan cadangan

yang praktikal dalam menangani stres kerja ialah mendengar secara aktif apa yang orang

lain kata, sebelum bercakap dalam mesyuarat atau kepada rakan sejawat, pastikan perkara

yang hendak diperkatakan itu penting, kesediaan orang lain mendengarnya dan

kesesuaian masa mengemukakannya, positif terhadap perubahan terkini dengan melihat

aspek yang akan meningkatkan kerja, mengkaji sistem daya tindak orang lain dan

melakukannya sendiri jika berkenaan, membuat perancangan pembangunan diri dengan

menekankan satu perkara pada satu masa, mengambil masa untuk bersantai dan memikir

secara positif apabila terasa kecewa atau sakit hati, memfokus dan menangani stres satu

persatu sekiranya berdepan dengan suatu stres yang besar, belajar mengatakan 'tidak'

supaya tidak terlalu terbeban dengan tugas, menyediakan jadual perancangan yang

realistik dan tetap dengan perancangan tersebut, mengambil masa rehat seketika dalam

masa bekerja seperti keluar makan tengahari dan berjalan-jalan, melakukan satu perkara

pada satu masa dan ini dapat dilakukan dengan menyediakan senarai semak tugas-tugas

yang perlu disegerakan, mencari ruang melarikan atau mengelakkan diri, menetapkan

unsur pengasingan dalam kerja dan akhir sekali menyemak perkara-perkara seperti

pemakanan seimbang, tidur yang cukup, senaman atau riadah yang mencukupi, elak

merokok dan membuat pemeriksaan kesihatan.

Selain daripada masalah jumlah waktu mengajar, tekanan masa yang terhad dalam

tugas juga menyebabkan guru mengalami ketegangan di samping situasi pekerjaan,

begitu juga tingkahlaku murid dan keperluan menjaga nilai standard sekolah, Norkiah

Page 21: CARA MENGURUS STRES YANG DIAMALKAN OLEH GURU- … · tugas juga menyebabkan guru mengalami ketegangan di samping situasi pekerjaan, begitu juga tingkahlaku murid dan keperluan menjaga

(dalam, Ahmad, 1998). Guru juga terpaksa menghadapi masyarakat yang sentiasa

memerhati mereka berkaitan dengan masalah keruntuhan sosial remaja pada masa ini

Mengikut laporan UPSP( Unit Perkhidmatan Sokongan Pelajar) golongan guru

adalah merupakan golongan yang paling sedikit berjumpa dengan kaunselor untuk

mendapatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Adakah mereka sebenarnya bebas

daripada stres?. Atau apakah perasaan keegoan yang tinggi atau wujudnya perasaan malu

untuk menceritakan masalah mereka.

Tekanan-tekanan di atas menyebabkan bertambahnya tekanan yang dialami oleh

guru-guru dan boleh menyebabkan stres. Kesedaran ini telah membuatkan penyelidik

bercadang mengenalpasti kaedah menguruskan stres dikalangan guru-guru. Walau apa

jua cara yang digunakan bagi menghadapi stres ini yang penting adalah kita merasa

selesa dengan kaedah yang digunakan agar tidak mendatangkan kemudaratan serta

mendapat kepuasan diri masing-masing Kajian ini pada amnya adalah untuk melihat

kaedah manakah yang kerap digunakan oleh guru- guru untuk mengurus stres mereka

merangkumi aspek-aspek berikut iaitu cara bantu diri, rawatan fizikal, psikospiritual dan

psikoterapi di kalangan guru. Untuk itu sampel yang digunakan dalam kajian ini adalah di

kalangan guru-guru di lima buah sekolah menengah di Negeri Melaka. Justeru itu,

penggunaan dapatan kajian ini kepada guru-guru di kawasan lain perlulah mengambil

kira batasan ini.

1.3 Pernyataan Masalah

Kajian ini adalah untuk mengkaji kaedah mengurus stres yang digunakan

dikalangan guru- guru disekolah menengah dan memudahkan pengkaji untuk mengetahui

kaedah mengurus stres yang paling kerap diamalkan oleh guru-guru di lima buah Sekolah

Page 22: CARA MENGURUS STRES YANG DIAMALKAN OLEH GURU- … · tugas juga menyebabkan guru mengalami ketegangan di samping situasi pekerjaan, begitu juga tingkahlaku murid dan keperluan menjaga

Menengah di Negeri Melaka. Oleh itu, pengkaji menjalankan penyelidikan ke atas para

guru di beberapa sekolah menengah di Melaka

1.4 Objektif

Objektif umum kajian ini ialah untuk mengenalpasti kaedah mengurus stres oleh

guru- guru di lima buah sekolah menengah di Negeri Melaka. Objektif khusus kajian ini

adalah seperti berikut:

i. Mengenalpasti cara mengurus stres dikalangan guru menggunakan kaedah

bantu diri

ii. Mengenalpasti cara mengurus stres dikalangan guru menggunakan kaedah

psikoterapi

iii. Mengenalpasti cara mengurus stres dikalangan guru menggunakan kaedah

rawatan fizikal

iv. Mengenalpasti cara mengurus stres dikalangan guru menggunakan kaedah

psikospiritual

v. Mengenalpasti secara perbandingan kaedah mengurus stres iaitu kaedah

bantu diri, psikoterapi, rawatan fizikal dan psikospiritual berdasarkan nilai

min

Page 23: CARA MENGURUS STRES YANG DIAMALKAN OLEH GURU- … · tugas juga menyebabkan guru mengalami ketegangan di samping situasi pekerjaan, begitu juga tingkahlaku murid dan keperluan menjaga

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini dibuat berdasarkan persoalan kajian berikut:

i. Sejauhmanakah guru-guru mengurus stres menggunakah kaedah

bantu diri

ii. Sejauhmanakah guru-guru mengurus menggunakah kaedah

psikoterapi

iii. Sejauhmanakah guru-guru mengurus stres menggunakan kaedah

rawatan fizikal

iv. Sejauhmanakah guru-guru mengurus stres menggunakan kaedah

psikospiritual

v. Sejauhmanakah secara perbandingan kaedah mengurus stres guru-

guru di sekolah iaitu kaedah bantu diri, psikoterapi, rawatan fizikal

dan psikospiritual berdasarkan nilai min