cara memupuk perpaduan antara kaum disekolah

Upload: rohasimah-abd-rashid

Post on 14-Apr-2018

244 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 Cara Memupuk Perpaduan Antara Kaum Disekolah

    1/2

    Sekolah merupakan satu pusat integrasi antara pelajar pelbagai kaum. Ia bukan sahaja tempat untuk

    menimba ilmu malah ia juga menjadi alat memupuk perpaduan di kalangan pelajar. aktivis sosial integrasi

    di peringkat sekolah rendah adalah penting untuk perpaduan. Untuk itu, pihak sekolah perlu mengambil

    pelbagai langkah agar perpaduan serta integrasi dapat dipupuk sejak dari bangku sekolah kepada pemimpin

    masa hadapan.

    Perpaduan di peringkat sekolah saya dapat dicapai melalui pembahagian murid dalam aktiviti kurikulum

    samada unit beruniform,kelab dan persatuan serta permainan. Semua murid yang berlainan kaum akan

    dicampurkan mengikut bilangan yang seimbang.Oleh itu,tidak berlaku hanya satu kaum sahaja yang

    memonopoli satu-satu unit dalam bidang kokurikulum.

    Kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang terancang.

    Kepentingan pelaksanaan aktiviti ini setara dengan kepentingan pelaksanaan aktiviti di dalam bilik darjah

    kerana peranannya juga turut menjadi penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan

    pembelajaran di sekolah keseluruhannya. Aktiviti-aktiviti kokurikulum membantu pelajar untuk

    menambah,mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di

    dalam bilik darjah. Peranan utama kokurikulum ialah untuk memupuk dan mengeratkan hubungan di

    kalangan pelajar dan juga antara sekolah dengan masyarakat. Dengan ini perpaduan mula berpucuk di

    kalangan pelajar dan secara langsung menuju ke arah integrasi nasional.

    Sukan juga menjadi salah satu daripada alat perpaduan di peringkat sekolah. Sukan dijalankan bukan

    semata-mata untuk kesihatan tetapi juga untuk perpaduan di kalangan masyarakat. Matlamat utama hari

    sukan ialah mewujudkan persefahaman, semangat kekitaan dan perpaduan diantara pelajar-pelajar sekolah.

    Pada hari sukan, semua pelajar akan terlibat dalam sesuatu aktiviti permainan, perarakan dan perhiasan

    khemah dengan bersatupadu tanpa mengira apa-apa jua tetapi sebagai satu kumpulan yang majmuk. Ini

    menuju ke arah perpaduan di antara palajar-pelajar.

    Program anak angkat juga diujalankan di sekolah saya.Program anak angkat merupakan satu rancangan

    pertukaran pelajar untuk sesuatu aktiviti demi kebaikan pelajar. Selalunya ia berfokuskan kepada

    pembinaan perhubungan yang tidak mengira agama, bangsa dan negara atau dengan kata lain menuju

    perpaduan. Program anak angkat dijalankan oleh pihak sekolah contohnya ke Kg Orang Asli Pulau Carey, k

    agar seseorang pelajar dapat mengenali ciri-ciri kehidupan dan kebudayaan sesuatu tempat. Dengan ini,

    wujudlah persefahaman dan perpaduan di antara pelajar dan penduduk sesuatu tempat. Ia juga menjurus

    kepada tercapainya integrasi nasional.

    Perkhemahan merupakan satu aktiviti yang dijalankan oleh badan-badan beruniform seperti pengakap,

    pandu puteri, bulan sabit merah dan sebagainya. Tujuan utama aktiviti-aktiviti perkhemahan ini dianjurkan

  • 7/27/2019 Cara Memupuk Perpaduan Antara Kaum Disekolah

    2/2

    adalah untuk memupuk perpaduan dan membentuk integrasi di kalangan peserta-peserta perkhemahan.

    Semangat kekitaan akan mula berbunga apabila menjalankan aktiviti-aktiviti secara kumpulan dan

    berkerjasama untuk mengharungi segala cabaran semasa aktiviti. Kerjasama antara satu sama lain dan

    tolong-menolong akan membentuk sikap bersatupadu. Dengan ini wujudlah perpaduan di antara peserta-

    peserta perkhemahan yang datang dari sekolah yang berbeza, latar belakang yang berbeza dan kebudayaan

    berbeza.

    Dapat disimpulkan bahawa, peranan seorang guru dalam mewujudkan perpaduan dikalangan para pelajar

    amatlah besar. Namun, kerjasama dari pihak yang lain juga perlu dalam merialisasikan perpaduan ini.