fiesta kolej aminuddin baki - ifolio.ukm.my · kekitaan dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi dan...

22
FIESTA KOLEJ AMINUDDIN BAKI (FESKAB ’14) TARIKH 8-9 MAC 2014 (Pra-Feskab) 14-16 MAC 2014 (Feskab) TEMPAT KOLEJ AMINUDDIN BAKI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA ANJURAN MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR KOLEJ AMINUDDIN BAKI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA TEMA Syndicate The Excitement

Upload: vothuan

Post on 18-May-2019

244 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: FIESTA KOLEJ AMINUDDIN BAKI - ifolio.ukm.my · kekitaan dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi dan memupuk perpaduan tanpa mengira bangsa, agama dan kaum. 4.3 Menggalakkan penglibatan

FIESTA KOLEJ AMINUDDIN BAKI

(FESKAB ’14)

TARIKH

8-9 MAC 2014 (Pra-Feskab)

14-16 MAC 2014 (Feskab)

TEMPAT

KOLEJ AMINUDDIN BAKI

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

ANJURAN

MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR

KOLEJ AMINUDDIN BAKI

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

TEMA

“Syndicate The Excitement”

Page 2: FIESTA KOLEJ AMINUDDIN BAKI - ifolio.ukm.my · kekitaan dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi dan memupuk perpaduan tanpa mengira bangsa, agama dan kaum. 4.3 Menggalakkan penglibatan

FESKAB ‘14

“Syndicate The Excitement”

2

KERTAS KERJA

FIESTA KOLEJ AMINUDDIN BAKI (FESKAB ’14)

KOLEJ AMINUDDIN BAKI

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1.0 RINGKASAN EKSEKUTIF

IPTA

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

PROGRAM

FIESTA KOLEJ AMINUDDIN BAKI (FESKAB ’14)

TEMA PROGRAM

“Syndicate The Excitement”

MATLAMAT

PROGRAM

1. Merapatkan hubungan antara warga kolej yang terdiri daripada

pelajar dari pelbagai kaum dan berbeza tahun pengajian.

2. Memupuk dan meneguhkan semangat perpaduan dan jati diri

didalam diri setiap peserta dan warga kolej.

3. Menambahkan pengetahuan dan pengalaman dalam kalangan

penghuni kolej melalui interaksi, penyertaan dan pertukaran

idea sepanjang program.

4. Merealisasikan hasrat universiti untuk melahirkan mahasiswa

yang mempunyai nilai tambah dalam kalangan peserta melalui

program ini.

5. Menonjolkan mahasiswa dan mahasiswi UKM yang

berketrampilan, berkepimpinan dan berkebolehan melalui

penyertaan dalam program yang disediakan.

6. Meningkatkan daya kepimpinan melalui aktiviti dan anjuran

yang disertai.

Page 3: FIESTA KOLEJ AMINUDDIN BAKI - ifolio.ukm.my · kekitaan dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi dan memupuk perpaduan tanpa mengira bangsa, agama dan kaum. 4.3 Menggalakkan penglibatan

FESKAB ‘14

“Syndicate The Excitement”

3

7. Melatih daya dan kemahiran berorganisasi peserta melalui

penganjuran program ini.

ANJURAN

MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR (MEP)

Sesi 2013/2014

KOLEJ AMINUDDIN BAKI,

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.

TARIKH

8-9 MAC 2014

14-16 MAC 2014

TEMPAT

KOLEJ AMINUDDIN BAKI, UNIVERSITI KEBANGSAAN

MALAYSIA

PESERTA SASARAN

1. Barisan Felo Kolej Aminuddin Baki

2. Barisan MEP Kolej Aminuddin Baki

3. Pihak Pentadbiran dan Pengurusan Kolej Aminuddin Baki

4. Penghuni Kolej Aminuddin Baki

5. Barisan Majlis Pengurusan Tertinggi Kolej Aminuddin Baki

6. Seluruh warga Universiti Kebangsaan Malaysia

KETUA PENGARAH

Muhammad Johan Iskandar bin Zahari

Page 4: FIESTA KOLEJ AMINUDDIN BAKI - ifolio.ukm.my · kekitaan dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi dan memupuk perpaduan tanpa mengira bangsa, agama dan kaum. 4.3 Menggalakkan penglibatan

FESKAB ‘14

“Syndicate The Excitement”

4

2.0 TUJUAN

Tujuan utama kertas kerja ini adalah untuk mendapat kelulusan daripada pihak Jabatan

Perkhidmatan Pelajar (JPPEL) untuk mendapatkan pertimbangan kewangan yang dipohon bagi

menjayakan program Fiesta Kolej Aminuddin Baki (FESKAB ’14).

3.0 PENGENALAN

Penganjuran program Fiesta Kolej Aminuddin Baki(FESKAB) merupakan satu karnival hari

keluarga tahunan untuk warga Kolej Aminuddin Baki. Karnival ini dirancang dan dilaksanakan

bersama-sama oleh Sekretariat Hal Ehwal Siswi, Sekretariat Integrasi Perpaduan Kaum dan

Sekretariat Sukan dan Rekreasi di bawah kelolaan Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) Kolej

Aminuddin Baki. Program yang gemilang ini bertemakan “Syndicate The Excitement” akan

diadakan selama tiga hari berturut-turut bermula dari 7 Mac 2014 hingga 9 Mac 2014 yang

merangkumi acara berbentuk holistik seperti sukan, kebudayaan, keusahawanan, dan ilmiah yang

melibatkan warga Kolej Aminuddin Baki pada karnival FESKAB 2014 ini.

Penganjuran program FESKAB ‘14 pada kali ini bertujuan untuk memangkin dan melahirkan

mahasiswa-mahasiswi yang berilmu tinggi dan berkebolehan dalam merancang serta

mengendalikan dan melaksanakan aktiviti yang berkapasiti besar melibatkan pelbagai aktiviti dan

kerjasama bersama peringkat pengurusan iaitu daripada peringkat pelajar sehinggalah ke

peringkat pentadbiran dan pengurusan kolej kediaman serta pihak Universiti Kebangsaan

Malaysia (UKM) disamping kerjasama bersama pihak luar yang lain. Justeru, dengan konsep

pengajaran dan pembelajaran di luar kelas dalam merekrut pemangkin mahasiswa-mahasiswi

yang berpengalaman luas, FESKAB ’14 bakal melahirkan pemimpin yang berketerampilan,

berkredibiliti dan berintergriti tinggi selaras dengan kemajuan dunia tanpa sempadan pada hari

ini.

Dalam menyokong hasrat universiti untuk melahirkan pelajar yang komited, cergas mental dan

fizikal serta merangkumi pendedahan di peringkat kolej, universiti dan kebangsaan, Majlis

Eksekutif Pelajar (MEP) Kolej Aminuddin Baki telah mengorak langkah bagi mencapai hasrat ini

dengan menzahirkannya melalui penghasilkan program seperti ini. Berdasarkan hasil positif

Page 5: FIESTA KOLEJ AMINUDDIN BAKI - ifolio.ukm.my · kekitaan dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi dan memupuk perpaduan tanpa mengira bangsa, agama dan kaum. 4.3 Menggalakkan penglibatan

FESKAB ‘14

“Syndicate The Excitement”

5

selama perlaksanaannya, terbukti bahawa program seperti ini merupakan satu bidang yang

diklasifikasikan sebagai pembelajaran luar kelas yang perlu dipelajari, difahami, dan dipraktikkan

oleh golongan pelajar agar mereka menjadi insan yang berintelektual yang dapat berfikir secara

cerdas dan mencipta idea kreatif khususnya dalam bidang berorganisasi seterusnya melahirkan

insan yang berjaya dalam setiap aspek.

Selain itu, aktiviti serta program yang akan dijalankan oleh FESKAB ‘14 pada kali ini bakal

mengetengahkan empat teras utama yang diilhamkan daripada konsep struktur “Inter-House”

ataupun rumah sukan yang telah dijalankan di Kolej Aminuddin Baki pada tahun ini dan tahun

lalu. Empat teras berikut ialah keusahawanan, kebajikan, kebudayaan, dan sukan. Keempat-empat

teras ini seterusnya akan memangkin para mahasiswa-mahasiswi serta mejadikan organisasi di

bawah kolej menjadi lebih teratur dan berstruktur. FESKAB ‘14 juga bertujuan untuk

mengeratkan lagi hubungan silaturrahim diantara warga Kolej Aminuddin Baki serta memupuk

semangat perpaduan sesama mahasiswa-mahasiswi pelbagai kaum di UKM sejajar dengan

konsep ‘1 Malaysia’ yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berbahagia

Dato’Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. FESKAB ‘14 telah dirancang dengan teliti dan ianya

bakal memastikan seluruh warga kolej serta warga UKM merasai kemeriahannya. Seterusnya,

ianya adalah merupakan satu karnival hari keluarga yang memperkasakan aktiviti mega kolej

serta menaikkan nama Kolej Aminuddin Baki.

Pelbagai aktiviti menarik telah dirancang bagi melaksanakan program FESKAB ‘14 dan

diharapkan penghasilan program ini dapat mencapai matlamat dan tujuan serta mendapat

sokongan penuh daripada pihak UKM, badan-badan kerajaan serta swasta dan juga seluruh warga

Kolej Aminuddin Baki.

Page 6: FIESTA KOLEJ AMINUDDIN BAKI - ifolio.ukm.my · kekitaan dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi dan memupuk perpaduan tanpa mengira bangsa, agama dan kaum. 4.3 Menggalakkan penglibatan

FESKAB ‘14

“Syndicate The Excitement”

6

4.0 OBJEKTIF

4.1 Mengeratkan hubungan antara warga kolej dengan staf-staf sokongan dan felo-felo Kolej

Aminuddin Baki.

4.2 Melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang cemerlang dalam aktiviti berorganisasi

bukan hanya dalam bidang akademik semata-mata disamping meningkat semangat

kekitaan dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi dan memupuk perpaduan tanpa

mengira bangsa, agama dan kaum.

4.3 Menggalakkan penglibatan penghuni kolej dalam aktiviti yang disediakan dan melatih

semangat kepimpinan dan berkumpulan peserta melalui penganjuran program ini.

4.4 Menggalakkan komunikasi dua hala secara lebih formal selaras dengan aliran sistem

berorganisasi.

4.5 Melahirkan pelajar yang kreatif dan sentiasa berinovasi untuk menghasilkan percambahan

idea baru dalam aspek berorganisasi.

5.0 MATLAMAT

Matlamat utama projek ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar kepada aktiviti

berorganisasi dan mengukuhkan hubungan kekeluargaan diantara warga kolej yang terdiri

daripada pelbagai kaum dan lapisan umur. Selain itu, program ini juga dijalankan untuk

meningkatkan semangat kerjasama dalam kalangan peserta dan warga kolej seterusnya

meningkatkan produktiviti kolej dan akhirnya menjulang nama Kolej Aminuddin Baki untuk

mampu bersaing bersama kolej-kolej lain.

Page 7: FIESTA KOLEJ AMINUDDIN BAKI - ifolio.ukm.my · kekitaan dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi dan memupuk perpaduan tanpa mengira bangsa, agama dan kaum. 4.3 Menggalakkan penglibatan

FESKAB ‘14

“Syndicate The Excitement”

7

6.0 PENGISIAN PROGRAM

6.1 PROGRAM PRA-FESKAB

6.1.1 Pertandingan Sukan Antara Inter-house Kolej Aminuddin Baki

Pertandingan ini bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan dan semangat rumah sukan

dalam kalangan warga Kolej Aminuddin Baki. Seluruh warga kolej telah dibahagikan engikut

rumah sukan masing-masing iaitu Vanbrugh (merah), Exeter (biru), Hertford (hijau), Ashby

(kelabu), Ourmond (Jingga), Laureates (Kuning), Rayvens (Ungu) dan Woodsworth (coklat).

Antara acara sukan yang akan dipertandingkan ialah Bola jaring, Bola Sepak, Bola Tampar dan

Futsal.

6.1.2 Peratandingan Pantun dan Debat Antara inter-house Kolej Aminuddin Baki

Pertandingan ini bertujuan untuk memupuk semangat kesenian dan kebudayaan dalam kalangan

warga kolej. Ini juga melibatkan inter-house bagi menggalakkan peserta bersemangat untuk

menangkan rumah sukan masing-masing.

6.2 PROGRAM FESKAB

6.2.1 Bengkel Kecantikan dan Penampilan Diri

Bengkel kecantikan ini merupakan slot penajaan di mana demonstrasi kecantikan dan penampilan

diri akan diadakan dalam kalangan peserta. Bengkel ini adalah terbuka kepada semua pelajar. Ia

adalah bertujuan untuk mendedahkan para peserta tentang penampilan diri bersesuaian imej

seorang mahasiswa yang beretiket.

6.2.2 Rumah Hantu KAB

Rumah hantu ini merupakan program tahunan yang wajib diadakan pada setiap anjuran FESKAB.

Program ini merupakan program yang mendapat sambutan hangat dan juga merupakan

permintaan daripada pelajar kolej sendiri untuk mengadakan rumah hantu.

Page 8: FIESTA KOLEJ AMINUDDIN BAKI - ifolio.ukm.my · kekitaan dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi dan memupuk perpaduan tanpa mengira bangsa, agama dan kaum. 4.3 Menggalakkan penglibatan

FESKAB ‘14

“Syndicate The Excitement”

8

6.2.3 Malam Kebudayaan Inter-house Kolej Aminuddin Baki

Malam kebudayaan ini akan diserikan dengan persembahan teater, nyanyian, lakonan dan sketsa

daripada peserta – peserta inte-rhouse. Setiap inter-house akan menghantar wakil kumpulan

masing-masing. Tajuk persembahan akan di berikan kemudian.

6.2.4 Acara Berbasikal FESKAB ’14 seluruh UKM

Acara ini akan diadakan pada waktu pagi pada hari pertama program FESKAB. Ini bertujuan

untuk memberitahu seluruh warga UKM agar hadir bersama-sama untuk meraikan fiesta keluarga

Kolej Aminuddin Baki. Laluan trek adalah sekitar UKM dibantu penguatkuasaan Wisma Aman

untuk mengawal lalu lintas. Peserta adalah terdiri daripada warja kolej.

6.2.5 Pertunjukan Kereta Hybrid

Pertunjukkan kereta hybrid ini adalah untuk menarik perhatian khususnya warga kolej yang

sukakan reka bentukdan aksesori kereta hybrid yang berada di pasaran. Para pengunjung boleh

mencuba dan membawa sendiri kereta hybrid dan menunggangnya di kawasan trek yang

disediakan.

6.2.6 Pertunjukan oleh Professional Parkour Malaysia dan Skyrunner

Pertunjukan oleh Professional Parkour Malaysia dan Skyrunner diadakan sekali lagi atas

permintaan warga kolej. Program ini berfokuskan kepada remaja – remaja muda yang sukakan

aktiviti lasak dan mencabar yang menjadi tren pada masa kini.

6.2.7 Rock-climbing

Acara ini adalah acara pertama yang diadakan pada FESKAB ’14. Ini adalah untuk melihat

sejauh mana warga boleh menyukai aktivi lasak ini. Acara ini menguatkan ketahanan fizikal dan

mental peserta disamping mampu mengekalkan stamina dan kestabilan semasa kesukaran.

6.2.8 MasterChef KAB

Pertandingan MasterChef KAB juga adalah acara pertama kali dibuat pada FESKAB ’14. Peserta

terdiri daripada pasangan yang akan bertanding memasak paling sedap dalam masa yang

ditetapkan. Tema masakan akan dirahsiakan dan diberitahu hanya sebelum pertandingan bermula.

Page 9: FIESTA KOLEJ AMINUDDIN BAKI - ifolio.ukm.my · kekitaan dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi dan memupuk perpaduan tanpa mengira bangsa, agama dan kaum. 4.3 Menggalakkan penglibatan

FESKAB ‘14

“Syndicate The Excitement”

9

6.2.9 Konsert amal bersama anak yatim oleh artis jemputan

Konsert amal ini dianjurkan adalah untuk meraikan anak-anak yatim terpilih di sekitar kawasan

UKM dan Hulu Langat. Disamping itu, ia juga bertujuan untuk memberi interaksi secara terus

antara anak-anak yatim ini dengan artis jemputan. Selain itu, satu tabung kebajikan akan

diedarkan semasa konsert berlangsung untuk membantu keperluan kewangan anak-anak yatim

ini. Dengan program seperti ini, pengunjung konsert dapat bergembira sambil beramal. Penaja

penuh bagi konsert amal ini bakal menjadi Penaja Utama dan berpeluang mendapat beberapa

manfaat yang lumayan.

6.2.10 Ummah Talk

Pihak FESKAB juga akan mengadakan ummah talk mengenai tajuk hangat dalam kalangan

pelajar. Hal ini adalah untuk merangsang keperibadian pelajar untuk menjadi individu yang lebih

baik dan bebas daripada gejala sosial.

6.2.11 Slot Bersama Kanak – kanak

Bagi slot bersama kanak-kanak, pertandingan mewarna antara kanak-kanak akan diadakan sambil

ditemani oleh pelajar – pelajar Kolej Aminuddin Baki. Hal ini untuk memupuk semangat cintakan

ilmu antara kanak- kanak di peringkat umur yang masih muda di samping melihat keletah para

pelajar bersama si anak kecil.

7.0 TEMA

“Syndicate The Excitement”

8.0 ANJURAN BERSAMA

Page 10: FIESTA KOLEJ AMINUDDIN BAKI - ifolio.ukm.my · kekitaan dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi dan memupuk perpaduan tanpa mengira bangsa, agama dan kaum. 4.3 Menggalakkan penglibatan

FESKAB ‘14

“Syndicate The Excitement”

10

Majlis Eksekutif Pelajar (MEP)

Sesi 2013/2014,

Kolej Aminuddin Baki,

Universiti Kebangsaan Malaysia.

9.0 TARIKH PROGRAM

8-9 Mac 2014 (Sabtu, Ahad)

14-16 Mac 2014 (Jumaat, Sabtu, Ahad)

10.0 TEMPAT PROGRAM

Kolej Aminuddin Baki, Universiti Kebangsaan Malaysia

11.0 PESERTA

Antara pihak-pihak yang bakal terlibat dengan program Fiesta Kolej Aminuddin Baki (FESKAB)

2014 ialah:

Semua barisan Majlis Pengurusan Tertinggi FESKAB 2014.

Semua Ahli Jawatankuasa FESKAB 2014.

Mahasiswa dan mahasiswi Kolej Aminuddin Baki serta kolej-kolej lain yang terdiri daripada

pelbagai kaum.

Pihak Pentadbiran dan Pengurusan Kolej Aminuddin Baki.

Barisan felo Kolej Aminuddin Baki.

Seluruh warga Universiti Kebangsaan Malaysia.

12.0 CADANGAN PERASMI

FESKAB dijangka akan dirasmikan oleh YBhg.Tan Sri Rozali Ismail, Pengerusi Eksekutif dan

pemegang saham utama SYABAS dan Puncak Niaga Holdings Berhad.

Page 11: FIESTA KOLEJ AMINUDDIN BAKI - ifolio.ukm.my · kekitaan dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi dan memupuk perpaduan tanpa mengira bangsa, agama dan kaum. 4.3 Menggalakkan penglibatan

FESKAB ‘14

“Syndicate The Excitement”

11

13.0 PENCAPAIAN HASIL PEMBELAJARAN

Kemahiran Sosial dan Kebertanggungjawaban

Kemahiran Komunikasi

Kemahiran Menunjukkan Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme

Kemahiran Kepimpinan dan Kerja Berpasukan dan Kerja Berorganisasi

Kemahiran Kreatif dan Inovatif

14.0 STRUKTUR ORGANISASI

RUJUK LAMPIRAN A

15.0 TENTATIF PROGRAM

RUJUK LAMPIRAN B

16.0 BELANJAWAN

RUJUK LAMPIRAN C

Page 12: FIESTA KOLEJ AMINUDDIN BAKI - ifolio.ukm.my · kekitaan dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi dan memupuk perpaduan tanpa mengira bangsa, agama dan kaum. 4.3 Menggalakkan penglibatan

FESKAB ‘14

“Syndicate The Excitement”

12

17.0 PEJABAT URUSAN

Sebarang maklumat, penerangan, pertanyaan dan urusan surat-menyurat, sila hubungi :

Muhammad Johan Iskandar bin Zahari

014-7578300

Timbalan Ketua Eksekutif

Majlis Eksekutif Pelajar (MEP)

Sesi 2013/2014

Kolej Aminuddin Baki

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 Bangi

Selangor Darul Ehsan.

Tel: 03-89213074

Faksimili: 03-89215835

E-mel: [email protected]

Page 13: FIESTA KOLEJ AMINUDDIN BAKI - ifolio.ukm.my · kekitaan dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi dan memupuk perpaduan tanpa mengira bangsa, agama dan kaum. 4.3 Menggalakkan penglibatan

FESKAB ‘14

“Syndicate The Excitement”

13

17.0 PENUTUP

Fiesta Kolej Aminuddin Baki (FESKAB ’14) dan seluruh warga kerja mengharapkan agar

karnival hari keluarga Kolej Aminuddin Baki ini akan mendapat sokongan, penyertaan dan

sambutan daripada semua warga Kolej Aminuddin Baki khasnya serta seluruh warga Universiti

Kebangsaan Malaysia umumnya. Disamping itu, diharapkan agar setiap program dan aktiviti

yang dianjurkan dan berasaskan empat bidang kekuatan iaitu keusahawanan, kebajikan,

kebudayaan, dan sukan bakal memberi kesan yang positif, impak yang mendalam, dan

kemeriahan yang maksima serta menjadi salah satu kayu ukur yang bermanfaat buat para siswa

dan siswi untuk menimba ilmu dan pengalaman dalam berorganisasi. Selain itu, FESKAB bakal

memperkasakan aktiviti kolej yang meningkatkan penglibatan mahasiswa-mahasiswi dalam

beraktiviti. Justeru itu, diharapkan FESKAB ’14 dapat menjadi salah satu platform untuk

memangkin usaha kearah melahirkan generasi muda dan bakal pemimpin yang berketerampilan,

berfikiran kreatif dan kritis, serta mampu menerajui cara kerja dalam pelbagai bidang, seterusnya

memupuk semangat kerjasama serta mengeratkan lagi perpaduan dalam kalangan warga Kolej

Aminuddin Baki, Universiti Kebangsaan Malaysia

Diharapkan semoga program ini dapat memberi impak kepada pelajar-pelajar Universiti

Kebangsaan Malaysia dan khususnya kepada pelajar yang terlibat secara langsung serta

menggalakkan lagi penglibatan para pelajar seterusnya membuka ruang kepada pelajar untuk

mendapatkan pendedahan luas kepada aktiviti berorganisasi. Disamping, membuka minda pelajar

untuk menerima ilmu dan pengetahuan baru yang berguna untuk mereka.

Page 14: FIESTA KOLEJ AMINUDDIN BAKI - ifolio.ukm.my · kekitaan dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi dan memupuk perpaduan tanpa mengira bangsa, agama dan kaum. 4.3 Menggalakkan penglibatan

FESKAB ‘14

“Syndicate The Excitement”

14

Disediakan oleh,

EN. MUHAMMAD JOHAN ISKANDAR BIN ZAHARI

Ketua Pengarah

Fiesta Kolej Aminuddin Baki 2014

Kolej Aminuddin Baki

Universiti Kebangsaan Malaysia

Page 15: FIESTA KOLEJ AMINUDDIN BAKI - ifolio.ukm.my · kekitaan dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi dan memupuk perpaduan tanpa mengira bangsa, agama dan kaum. 4.3 Menggalakkan penglibatan

FESKAB ‘14

“Syndicate The Excitement”

15

LAMPIRAN A

STRUKTUR ORGANISASI

FIESTA KOLEJ AMINUDDIN BAKI (FESKAB ’14)

“Syndicate The Excitement”

Penaung

YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin

Naib Canselor, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pengerusi

YBhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Othman A. Karim

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UKM.

Penasihat

Prof. Madya Dr. Ramli bin Omar

Pengetua, Kolej Aminuddin Baki, UKM.

En. Mohd Fairus Bin Shafie

Timbalan Pengetua, Kolej Aminuddin Baki, UKM.

Pengerusi Program

Mohd Reffi Hidayat bin Roslan

A140729

(FTSM/2/017-2302683)

Ketua Pengarah

Muhammad Johan Iskandar bin Zahari

A141651

(FST/1/014-7578300)

Page 16: FIESTA KOLEJ AMINUDDIN BAKI - ifolio.ukm.my · kekitaan dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi dan memupuk perpaduan tanpa mengira bangsa, agama dan kaum. 4.3 Menggalakkan penglibatan

FESKAB ‘14

“Syndicate The Excitement”

16

Timbalan Ketua Pengarah

Nur Adhariah binti Kamaruzaman

(A141968)

(FTSM/2/013-2745748)

Setiausaha

Nurul Shafiqah Nadia Bt Rosmaili

(A140307)

(FST/2/012-3743413)

Timbalan Setiausaha

Khamisah Bt Mohd Noor

A145531

(FST/1/017-7073502)

Bendahari

Siti Husnul Hotimah Binti Samsuddin

(A139861)

(FEP/2/019-5766259)

Timbalan Bendahari

Siti Aisyah Aredha Bt Roslan

(A145647)

(FST/1/012-4749824)

Ketua Penyelaras Publisiti

Nurfaizzin Binti Ismail (FTSM/2/017-6494989)

Ketua Penyelaras Tugas-Tugas Khas

Nurul Falah Binti Abdul Latif (FEP/2/017-3318044)

Page 17: FIESTA KOLEJ AMINUDDIN BAKI - ifolio.ukm.my · kekitaan dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi dan memupuk perpaduan tanpa mengira bangsa, agama dan kaum. 4.3 Menggalakkan penglibatan

FESKAB ‘14

“Syndicate The Excitement”

17

Ketua Penyelaras Teknikal

Muhammad Edwin Bin Ambo Rifai (FTSM/2/014-8615519)

Ketua Penyelaras Protokol

Siti Nurema Syahira Binti Samion (FST/2/013-7001767)

Ketua Penyelaras Program

Nur Shahida binti Abdul Hamid (FEP/2/012-9428594)

Ketua Penyelaras Persembahan

Ulya Sabirah Binti Mohd Hanafi (FEP/2/017-6453501)

Ketua Penyelaras Jamuan

Lee Veng Chuan (FST/2/017-3480398)

Ketua Penyelaras Cenderamata

Noor Hasniza Binti Khalid (FST/2/017-4272324)

Ketua Penyelaras Keselamatan/Kebajikan

Wan Mohamed Ridzwan Bin Wan Ismail (FST/1/012-7075519)

Ketua Penyelaras Pemasaran

Yusnidar Binti Usman (FEP/2/0178805277)

Ketua Penyelaras Ekspo

Tamilarasi A/P Letchumanan (FPEND/2/016-6054957)

Ketua Penyelaras Rumah Hantu

Zaid Asyraf (FPEND/4/017-6244036)

Ketua Penyelaras logistik

Muhammad Fauzan Bin Nor Azman (FPEND/1)

Page 18: FIESTA KOLEJ AMINUDDIN BAKI - ifolio.ukm.my · kekitaan dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi dan memupuk perpaduan tanpa mengira bangsa, agama dan kaum. 4.3 Menggalakkan penglibatan

FESKAB ‘14

“Syndicate The Excitement”

18

LAMPIRAN B

TENTATIF PROGRAM

HARI MASA PENGISIAN

SABTU

(8 Mac 2014)

8.30 pagi -

2.30 petang

Pra-FESKAB

- Pertandingan pantun dan debat Inter-House.

AHAD

(9 Mac 2014)

8.00 pagi –

12.00tengah hari

Pra-FESKAB

- Aminuddin Baki’s Sports Carnival (ABC)

( Pertandingan olahraga Inter-House ).

- Penyampaian hadiah pertandingan olahraga Inter-

House.

JUMAAT

(14 Mac 2014)

3.00 petang

7.30 malam

8.30 malam

11.00 malam

- Bengkel kecantikan dan penampilan diri

(slot penajaan).

- Ekspo.

-Rumah Hantu.

- Ummah talk.

- Bersurai.

Page 19: FIESTA KOLEJ AMINUDDIN BAKI - ifolio.ukm.my · kekitaan dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi dan memupuk perpaduan tanpa mengira bangsa, agama dan kaum. 4.3 Menggalakkan penglibatan

FESKAB ‘14

“Syndicate The Excitement”

19

SABTU

(15 Mac 2014)

8.00 pagi

10.00pagi

11.00 pagi

2.30 petang

5.00 petang

7.30 malam

8.30 malam

11.00 malam

-Acara berbasikal FESKAB sekitar UKM.

-Ekspo.

-Pertunjukan oleh Profesional Parkour.

-Pertunjukkan Skyrunner.

- Slot bersama maggi dan yakult

-Permainan dan pertandingan Extreme Game

( Rock climbing/ dodgeball / fear factor ).

- Penyampaian hadiah pertandingan Extream Game (Rock

climbing/dodge-Ball/fear factor ).

-Rehearsal Konsert Amal.

-Rumah hantu.

-Konsert Amal bersama Anak Yatim

-Bersurai.

AHAD

(16 Mac 2014)

8.30 pagi

9.00 pagi

10.00 pagi

12.00 t/hari

2.30 petang

-Senamrobik.

-Pertandingan Street Soccer.

- Ekspo.

-Pesta buah-buahan.

- Penyampaian hadiah pertandingan Street Soccer.

-Pertandingan mewarna, bercerita, dan sukaneka

kanak-kanak.

- Penyampaian hadiah pertandingan mewarna, bercerita, dan

sukaneka kanak-kanak.

-Pertandingan Masterchef KAB

-Penyampaian hadiah Masterchef KAB

Page 20: FIESTA KOLEJ AMINUDDIN BAKI - ifolio.ukm.my · kekitaan dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi dan memupuk perpaduan tanpa mengira bangsa, agama dan kaum. 4.3 Menggalakkan penglibatan

FESKAB ‘14

“Syndicate The Excitement”

20

MALAM

PENUTUP

FESKAB 2014

4.30 petang

8.00 malam

8.30 malam

8.45 malam

8.50 malam

8.55 malam

9.10 malam

9.40 malam

10.10 malam

10.45 malam

- Persiapan Majlis Penutup FESKAB 2014.

-Hadirin mengambil tempat.

-Ketibaan Ayahanda Pengetua dan dif-dif jemputan.

-Ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis.

-Bacaan doa.

-Ucapan oleh ketua pengarah FESKAB

( Saudara Johan Iskandar Zahari).

-Ucapan dan perasmian penutupan FESKAB 2014 oleh

Ayahanda Pengetua Kolej Aminuddin Baki

( Prof. Madya Dr. Ramli Bin Omar ).

- Persembahan multimedia.

- Jamuan makan.

-Persembahan khas oleh Kelab Kebudayaan KAB.

-Penyampaian hadiah

( Pertandingan Fear-Factor, pertandingan pantun dan debat

Inter-House, pertandingan Inter-House Culture Night, dan

pemenang keseluruhan pertandingan Inter-House ).

-Penyampaian cenderamata.

-Majlis bersurai.

Page 21: FIESTA KOLEJ AMINUDDIN BAKI - ifolio.ukm.my · kekitaan dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi dan memupuk perpaduan tanpa mengira bangsa, agama dan kaum. 4.3 Menggalakkan penglibatan

FESKAB ‘14

“Syndicate The Excitement”

21

LAMPIRAN C

BELANJAWAN

Anggaran perbelanjaan

Perkara RM

Pengurusan dan Urusetia

Belanja Am

Kertas

Alat tulis

Telefon (I-Talk)

Jumlah

300.00

500.00

100.00

300.00

1,200.00

Post Publisiti dan Tugas-tugas Khas

Banting

Banner

Poster

Flyers

Tag nama (RM2.00 X 100)

Baju + Button Badge + Bag ( RM25 X 150)

Jumlah

Program Pra-Feskab

-Pertandingan Sukan antara Inter-house KAB

-Pertandingan Pantun dan Debat antara Inter-house

Jumlah

Program Utama Feskab

-Bengkel Kecantikan dan Penampilan Diri

-Rumah Hantu KAB

-Malam Kebudayaan Inter-house KAB

-Acara Berbasikal KAB

-Pertunjukan Kereta Hybrid

300.00

400.00

100.00

100.00

200.00

3750.00

4850.00

600.00

500.00

1100.00

500.00

400.00

400.00

900.00

3600.00

Page 22: FIESTA KOLEJ AMINUDDIN BAKI - ifolio.ukm.my · kekitaan dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi dan memupuk perpaduan tanpa mengira bangsa, agama dan kaum. 4.3 Menggalakkan penglibatan

FESKAB ‘14

“Syndicate The Excitement”

22

-Pertunjukan oleh Professional Parkour & Skyrunner

-Rock Climbing

-Pertandingan Masterchef KAB

-Konsert artis Jemputan

-Ummah Talk

-Slot Bersama Kanak-kanak

-Majlis Penutupan FESKAB 2014

Jumlah

Kos – Kos Pentadbiran Lain

800.00

6500.00

400.00

12000.00

1100.00

900.00

5200.00

32700.00

3000.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 43850.00