usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan

23
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan di kalangan masyarakat yang terpisah oleh dasar penjajah. KUMPULAN 5: 1. NURAISYAH BINTI ADZMAN D20121058094 2.ASWA AMANINA BINTI ABU SHAIRI 8086 3.ATIKAH ISLAMIAH BINTI AZMAN 098 4.NUR AMIRAH BINTI AB WAHAB 5.NOR SYARAFINA BINTI SABRI 6.NUR SHAHIRA BINTI SARJUNI 7.DAVINDRAN A/L RAMESH

Upload: aswa-nina

Post on 25-May-2015

14.246 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan

Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan di kalangan

masyarakat yang terpisah oleh dasar penjajah.

KUMPULAN 5:

1. NURAISYAH BINTI ADZMAN D201210580942.ASWA AMANINA BINTI ABU SHAIRI 8086

3.ATIKAH ISLAMIAH BINTI AZMAN 0984.NUR AMIRAH BINTI AB WAHAB5.NOR SYARAFINA BINTI SABRI 6.NUR SHAHIRA BINTI SARJUNI

7.DAVINDRAN A/L RAMESH

Page 2: Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan

PENGENALAN

• Secara umum, perpaduan adalah bermaksud satu proses atau sistem hidup yang menyatu-padukan seluruh anggota masyarakat dan negara menerusi ideologi negara supaya setiap anggota masyarakat itu dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta semangat kebangsaan bersama di kalangan mereka.

Page 3: Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan

USAHA KERAJAA

NPOLITIK

SOSIAL

EKONOMI

Page 4: Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan

POLITIK

• Menurut Wong Khek Seng, Raminah Haji Sabran dan Kok Meng Kee (2002), “Malaysia adalah sebuah kerajaan yang mengamalkan demokrasi berparlimen. Perkara utama mengapa Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen adalah galakan British semasa memberi kemerdekaan, Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan sistem ini memberi peluang dalam penganutan agama oleh kaum-kaum tertentu.”

Page 5: Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan

• Dalam Kerajaan Demokrasi Berparlimen Malaysia, rakyat akan memilih pemerintah negara melalui pilihan raya yang diadakan lima tahun sekali dengan parti politik yang memenangi majoriti kerusi dalam pilihan raya akan menjadi pemerintah negara.

Page 6: Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan

• Menurut Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006) “satu cara untuk mewujudkan perpaduan politik negara adalah menerusi konsensus atau persetujuan. Ini bermakna kerajaan yang memerintah diberi kuasa memerintah atas pilihan dan persetujuan rakyat melalui pilihan raya”.

Page 7: Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan

• Di sini parti politik Barisan Nasional menjadi pemerintah kerana memenangi majoriti kerusi yang dipertandingkan kerana Barisan Nasional adalah satu parti politik yang terdiri daripada gabungan UMNO wakil Melayu, MCA wakil Cina dan MIC wakil India yang melambangkan perpaduan antara tiga parti-parti etnik di Malaysia.

Page 8: Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan

• Penggabungan parti-parti politik ini menimbulkan semangat perpaduan politik di bawah satu ideologi yang sama walaupun terdiri daripada pelbagai kaum serta menggalakkan kerjasama, interaksi dan saling tolak ansur sesama ahli.

Page 9: Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan

EKONOMI

• Proses perkembangan ekonomi dirangka untuk membolehkan semua kaum menyertai semua bidang dan peringkat kegiatan ekonomi.

• Menurut Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004) “Proses ini telah dilaksanakan oleh kerajaan menerusi Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mempunyai objektif untuk membasmi kemiskinan dan untuk menyusun semula masyarakat.

Page 10: Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan

• DEB mempunyai dua matlamat yang utama iaitu pengambilan pekerja-pekerja di pelbagai sektor ekonomi dan di semua peringkat pekerjaan serta hakmilik harta-harta produktif yang terdapat di dalam Negara ini disusun semula supaya pada tahun 1990 orang Melayu akan dapat memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah hakmilik tersebut.

Page 11: Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan

• Melalui DEB, peluang pekerjaan yang luas diwujudkan dan pendapatan rakyat diseimbangkan untuk mengurangkan jurang perbezaan diantara etnik-etnik dan kawasan bandar dengan luar bandar.

Page 12: Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan

SOSIAL

• Menurut Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004), “pembangunan sosial adalah penting ke arah pembangunan dan perpaduan negara. Pembangunan sosial dijalankan dalam bentuk pendidikan dan penglibatan aktiviti sosial.” Maka kerajaan perlulah memastikan pembangunan sosial dijalankan dengan sempurna iaitu melalui aplikasi Rukun Negara, pendidikan dan Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan.

Page 13: Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan

• Menurut Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004), “Untuk menyatupadukan rakyat, negara memerlukan satu ideologi iaitu Rukun Negara di mana ia dapat didefinisikan sebagai Ideologi Negara Malaysia.”

Page 14: Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan

• Rukun Negara penting kerana ia merupakan asas perpaduan rakyat. Ia juga merupakan landasan yang menentukan hubungan rakyat sesama mereka selain menjadi satu lambang yang merupakan bentuk rupa masyarakat dan bangsa yang dikehendaki oleh rakyat.

• Melalui amalan-amalan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara di kalangan rakyat ini akan dapat menjamin kewujudan sistem kerajaan yang bersifat demokratik dan stabil.

Page 15: Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan

• Menurut Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006) “Pendidikan adalah alat penting bagi Malaysia untuk memupuk dan menanam semangat perpaduan di kalangan generasi muda terutamanya bagi kanak-kanak dibangku sekolah.”

• Sehingga Penyata Razak 1956, tiada terdapat satu sistem pendidikan nasional di Tanah Melayu.

• Kewujudan sistem sekolah berbilang bahasa telah menyulitkan proses pencapaian perpaduan.

Page 16: Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan

• Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub di dalam Akta Pelajaran 1961 adalah berasaskan Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960.

• Menurut Wong Khek Seng, Raminah Haji Sabran dan Kok Meng Kee (2002), “Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah bertujuan untuk menyatu padu semua kaum dan menyediakan tenaga kerja yang mencukupi untuk pembangunan negara.”

Page 17: Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan

• Kerajaan melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan telah menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa penghantar yang utama. Bahasa kebangsaan merupakan alat perhubungan dan perpaduan yang penting bagi negara yang berbilang bangsa seperti Malaysia.

• Menurut Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004) “Perkara 152 Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahawa Bahasa Melayu dikenali sebagai Bahasa Malaysia selepas 1969 adalah bahasa kebangsaan negara.

Page 18: Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan

• Pada tahun 1957, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah ditubuhkan bagi memaju dan memperkayakan Bahasa Melayu.

• Kerajaan telah mewujudkan Kempen Minggu Bahasa dan Bulan Bahasa bagi menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu oleh semua kaum. Cogan kata, “Bahasa Jiwa Bangsa” dilancarkan pada tahun 1960. Akta Bahasa Kebangsaan 1967 telah memperuntukkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi perpaduan intergrasi nasional.”

Page 19: Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan

• Kerajaan mengaplikasikannya di sekolah dimana pelajar akan belajar semua mata pelajaran melalui Bahasa Melayu kecuali beberapa mata pelajaran dalam Bahasa Inggeris. Penguasaan Bahasa Melayu akan membolehkan pelajar berkomunikasi dengan rakan yang berlainan kaum supaya dapat menggalakkan perpaduan dikalangan pelajar-pelajar di sekolah.

Page 20: Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan

• Kerajaan telah menyediakan pembelajaran secara percuma kepada semua pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah supaya semua orang mendapat peluang pendidikan yang sama tanpa mengira asal-usul mereka. Ini akan membolehkan pelajar miskin boleh mendapat peluang belajar yang sama dengan pelajar lain.

• Semua ini telah menunjukkan pendidikan merupakan salah satu usaha kerajaan untuk memastikan masyarakat Malaysia mencapai perpaduan dan intergrasi nasional.

Page 21: Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan

• Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan bagi Negara-negara yang baru merdeka amatlah penting untuk mewujudkan sebuah Negara yang stabil dan bersatupadu.

• Kerajaan Malaysia telah menggubal Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan kebudayaan rakyat asal negara ini dan agama Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan.

Page 22: Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan

• Unsur-unsur kebudayaan kaum lain yang sesuai dan wajar juga diterima menjadi unsur Dasar Kebudayaan Kebangsaan

• Kerajaan akan menerapkan pepaduan dan intergrasi nasional kepada rakyat yang pelbagai etnik dalam aktiviti yang akan dijalankan menerusi Dasar Kebudayaan Kebangsaan seperti memperkenalkan konsep rumah terbuka semasa perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas untuk mengalakkan masyarakat pelbagai etnik didalam Malaysia untuk saling kunjung-mengunjung di antara satu sama lain tanpa mengira bangsa, kaum, agama dan budaya.

Page 23: Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan

SEKIAN