copy of bab 7 usaha ke arah kemerdekaan · menerajui kerajaan menjelang kemerdekaan - merupakan...

7
1 | Sejarah Tingkatan 4 Ruainun SMK Teriang Hilir NSDK BAB 7 USAHA KE ARAH KEMERDEKAAN 7.1 Latar Belakang Idea Negara Merdeka - perkembangan politik antarabangsa dan serantau mempengaruhi gelombang politik di negara kita 1938 Kesatuan Melayu Muda (KMM) Pemimpin Ibrahim Haji Yaakob Perjuangan - Memperjuang kemerdekaan melalui konsep Melayu Raya - Merupakan penyatuan bangsa dan dunia Melayu berdasarkan aspek persamaan daerah, darah, kebudayaan dan bahasa yg menjadi satu rumpun yg sama iaitu Melayu - Selepas KMM diharamkan, idea Melayu Raya terus diperjuangkan oleh Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) 1945 Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) Pemimpin - Dr. Burhanuddin al-Helmi - Ishak Haji Muhammad - Ahmad Boestamam Matlamat - Matlamat politik utk menanam semangat kebangsaan - Bekerjasama dgn kaum lain membentuk perpaduan Perjuangan - Memperjuang kemerdekaan melalui konsep Melayu Raya - Melalui slogan “Merdeka” - Berhasrat mendaulatkan hak rakyat dlm politik, ekonomi, agama, sosial dan kebudayaan 1946 Angkatan Pemuda Insaf [API] Pemimpin - Ahmad Boestamam Perjuangan - Memperjuangkan idea negara merdeka yg menekankan pemerintahan demokrasi - Dasar ekonomi yang mengutamakan rakyat - Keadilan sosial Risalah - Menerbitkan Risalah Testament Politik API pada Disember 1946 Slogan - “Merdeka dengan Darah” Seruan - Menyeru perjuangan mencapai kemerdekaan bangsa dan tanah air dengan jalan terbuka secara lembut - Namun perjuangan akan diteruskan melalui kekerasan jika terpaksa - Pendekatan dan imej radikal menyebabkan API diharamkan oleh British Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak Pemimpin - Datu Patinggi Abang Haji Abdillah - Pelopor gerakan menentang penyerahan Srwk pd British Matlamat - Mahu Sarawak menjadi negeri merdeka di bawah pemerintahan Raja Brooke - Inginkan kemerdekaan spt yg dijanjikan dlm Perlembagaan 1941 oleh Raja Brooke Pergerakan Pemuda Melayu [PPM] Tempat - Sibu Sebab penubuhan - Kontroversi penyerahan Sarawak melahirkan PPM Perjuangan - Rela bekorban jiwa utk mendapatkan kemerdekaan penuh Sarawak - Catatan “Merdeka” dalam surat menyurat PPM menjelaskan bahawa gerakan PPM adalah utk merdekakan Sarawak Tindakan - Menubuhkan pakatan sulit Rukun 13 - Nekad membunuh gabenor, pegawai British dan Datu Melayu yg menyokong penyerahan Sarawak - Rukun 13 buktikan kebencian PPM kpd kolonial United Malays National Organisation [UMNO] Pimpinan - Dato ‘ Onn Jaafar Peranan Dato’ Onn - Berusaha menyatukan orang Melayu untuk pertahankan hak bangsa Melayu dan kedudukan Raja² Melayu Perjuangan - Dengan slogan “Hidup Melayu”, UMNO berjuang menentang Malyan Union bagi memelihara status quo orang Melayu dan kedaulatan Raja² Melayu - 1951, slogan diubah kpd “Merdeka” utk perjuangkan merdeka melalui rundingan Parti Kebangsaan Melayu Labuan [PKML] Sebab penubuhan - Perjuangan PKMM untuk memerdekakan Tanah Melayu mempengaruhi penubuhan PKML di Sabah Pemimpin - Tengku Noordin - Zakaria Gunn Tindakan - Menjalankan dasar tidak bekerjasama dgn penjajah - Menuntut Sabah dimerdekakan drpd British - Laungan “Hidup Melayu- Merdeka” dlm surat Zakaria Gunn pd ahli PKML tekankan kesedaran utk merdeka Malayan Indian Congres [MIC] Pemimpin - John Thivy Objektif - Bekerjasama dgn kaum lain dlm usaha kemerdekaan TM Perjuangan - Menegaskan bhw kewarganegaraan yg tunggal kpd mrk yg menerima Tanah Melayu sbg tanah air dan sedia taat setia kpd T.Melayu

Upload: others

Post on 16-Dec-2020

18 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Copy of BAB 7 USAHA KE ARAH KEMERDEKAAN · menerajui kerajaan menjelang kemerdekaan - Merupakan proses memupuk perpaduan kaum kerana ahlinya terdiri daripada gabungan pemimpin pelbagai

1 | S e j a r a h T i n g k a t a n 4 R u a i n u n S M K T e r i a n g H i l i r N S D K

BAB 7 USAHA KE ARAH KEMERDEKAAN

7.1 Latar Belakang Idea Negara Merdeka

- perkembangan politik antarabangsa dan serantau

mempengaruhi gelombang politik di negara kita

1938

Kesatuan Melayu Muda (KMM)

Pemimpin Ibrahim Haji Yaakob

Perjuangan - Memperjuang kemerdekaan melalui konsep Melayu Raya

- Merupakan penyatuan bangsa dan dunia Melayu berdasarkan aspek persamaan daerah, darah, kebudayaan dan bahasa yg menjadi satu rumpun yg sama iaitu Melayu

- Selepas KMM diharamkan, idea Melayu Raya terus diperjuangkan oleh Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)

1945

Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)

Pemimpin - Dr. Burhanuddin al-Helmi - Ishak Haji Muhammad - Ahmad Boestamam

Matlamat - Matlamat politik utk menanam semangat kebangsaan

- Bekerjasama dgn kaum lain membentuk perpaduan

Perjuangan - Memperjuang kemerdekaan melalui konsep Melayu Raya

- Melalui slogan “Merdeka” - Berhasrat mendaulatkan hak

rakyat dlm politik, ekonomi, agama, sosial dan kebudayaan

1946

Angkatan Pemuda Insaf [API]

Pemimpin - Ahmad Boestamam

Perjuangan - Memperjuangkan idea negara merdeka yg menekankan pemerintahan demokrasi

- Dasar ekonomi yang mengutamakan rakyat

- Keadilan sosial

Risalah - Menerbitkan Risalah Testament Politik API pada Disember 1946

Slogan - “Merdeka dengan Darah”

Seruan - Menyeru perjuangan mencapai kemerdekaan bangsa dan tanah air dengan jalan terbuka secara lembut

- Namun perjuangan akan diteruskan melalui kekerasan jika terpaksa

- Pendekatan dan imej radikal menyebabkan API diharamkan oleh British

Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak

Pemimpin - Datu Patinggi Abang Haji Abdillah

- Pelopor gerakan menentang penyerahan Srwk pd British

Matlamat - Mahu Sarawak menjadi negeri merdeka di bawah pemerintahan Raja Brooke

- Inginkan kemerdekaan spt yg dijanjikan dlm Perlembagaan 1941 oleh Raja Brooke

Pergerakan Pemuda Melayu [PPM]

Tempat - Sibu Sebab penubuhan

- Kontroversi penyerahan Sarawak melahirkan PPM

Perjuangan - Rela bekorban jiwa utk mendapatkan kemerdekaan penuh Sarawak

- Catatan “Merdeka” dalam surat menyurat PPM menjelaskan bahawa gerakan PPM adalah utk merdekakan Sarawak

Tindakan - Menubuhkan pakatan sulit Rukun 13

- Nekad membunuh gabenor, pegawai British dan Datu Melayu yg menyokong penyerahan Sarawak

- Rukun 13 buktikan kebencian PPM kpd kolonial

United Malays National Organisation [UMNO]

Pimpinan - Dato ‘ Onn Jaafar Peranan Dato’ Onn

- Berusaha menyatukan orang Melayu untuk pertahankan hak bangsa Melayu dan kedudukan Raja² Melayu

Perjuangan - Dengan slogan “Hidup Melayu”, UMNO berjuang menentang Malyan Union bagi memelihara status quo orang Melayu dan kedaulatan Raja² Melayu

- 1951, slogan diubah kpd “Merdeka” utk perjuangkan merdeka melalui rundingan

Parti Kebangsaan Melayu Labuan [PKML]

Sebab penubuhan

- Perjuangan PKMM untuk memerdekakan Tanah Melayu mempengaruhi penubuhan PKML di Sabah

Pemimpin - Tengku Noordin - Zakaria Gunn

Tindakan - Menjalankan dasar tidak bekerjasama dgn penjajah

- Menuntut Sabah dimerdekakan drpd British

- Laungan “Hidup Melayu-Merdeka” dlm surat Zakaria Gunn pd ahli PKML tekankan kesedaran utk merdeka

Malayan Indian Congres [MIC]

Pemimpin - John Thivy Objektif - Bekerjasama dgn kaum lain

dlm usaha kemerdekaan TM Perjuangan - Menegaskan bhw

kewarganegaraan yg tunggal kpd mrk yg menerima Tanah Melayu sbg tanah air dan sedia taat setia kpd T.Melayu

Page 2: Copy of BAB 7 USAHA KE ARAH KEMERDEKAAN · menerajui kerajaan menjelang kemerdekaan - Merupakan proses memupuk perpaduan kaum kerana ahlinya terdiri daripada gabungan pemimpin pelbagai

2 | S e j a r a h T i n g k a t a n 4 R u a i n u n S M K T e r i a n g H i l i r N S D K

1947

Hizbul Muslimin

Penubuhan - Perhimpunan rakyat di Maahad al-Ehya Assharif Gunung Semanggol, Perak melahirkan Majlis Agama Islam Tertinggi (MATA)

- Perhimpunan MATA melahirkan Hizbul Muslimin

Pemimpin - Diterajui ulama - Abu Bakar al-Baqir - Sheikh Fadhlulah Suhaimi - Sheikh Abdullah Fahim

Matlamat - Mencapai kemerdekaan Tanah Melayu sbg negara Islam

Tindakan British

- British tidak senang dengan asas perjuangan Hizbul Muslimin telah mengharamkannya

1949

Malayan Chinese Association [MCA]

Pemimpin - Tan Cheng Lock

Peranan - MCA mempunyai tugas utk jadikan T.Melayu yg berbilang kaum sebuah negara berdemokrasi penuh

- MCA berusaha menyatukan masyarakat Cina dan bekerjasama dgn semua kaum di T.Melayu dlm keadaan harmoni utk kemerdekaan Tanah Melayu

1949

Parti Islam Se-Tanah Melayu [PAS]

Matlamat - Penubuhan negara Islam

Pemimpin - Dr. Burhanuddin al-Helmi , Yang Dipertua PAS

Perjuangan - Menegaskan bhw PAS bercita² membina satu negara.

- Satu bangsa yg teguh dengan bahasa Melayu sbg bahasa kebangsaan dan rasmi yg tunggal

- Kemerdekaan bagi PAS ialah Tanah Melayu merdeka dengan menjalankan hukum Islam

Independence of Malayan Party [IMP]

Pemimpin - Dato’ Onn Jaafar

Peranan Dato’ Onn

- Untuk melaksanakan idea “Tanah Melayu untuk Malayan

- 1949 pemikiran politik Dato’ Onn terarah kepada perpaduan kebangsaan

- Tuntutan kemerdekaan tdk boleh dibuat tanpa kerjasama kaum lain yg diterima menjadi rakyat T.Melayu

- Beliau mahu org Melayu menjadi pemimpin kpd orang bukan Melayu yg turut mempunyai hak dalam politik dan ekonomi

7.2 Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum

- Ketegangan kaum meningkat selepas Perang Dunia Kedua

menimbulkan kesedaran pemimpin dan British tentang

kepentingan perpaduan

- British memberi mesej bahawa kemerdekaan hanya diberikan

bila kerjasama tiga kaum dapat diwujudkan

- Oleh itu, perundingan dilakukan utk wujudkan kestabilan politik,

ekonomi dan sosial ke arah capai status berkerajaan sendiri

Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC)

Tarikh penubuhan

- Januari 1949 - Menghimpunkan pemimpin utama pelbagai

kaum

Objektif - Mengkaji hubungan kaum secara mendalam - Membentuk keadaan politik, ekonomi dan

sosial supaya pembahagian yg adil utk semua komuniti

- Mewujudkan keadaan harmoni dan muhibah dlm kalangan penduduk di negara ini.

Moto CLC - “Kesamaan dan Keadilan utk Penduduk Tanah Melayu

Anggota

Penasihat - Malcom MacDonald (Gabenor Jeneral British di Asia Tenggara

Pengerusi - E.E.C Thuraisingam

Wakil Melayu

- Dato’ Onn Jaafar (Menteri Besar Johor / Presiden UMNO

- Dato’ Abdul Wahab Abdul Aziz Dato’ Panglima Bukit Gantang (Menteri Besar Perak)

- Mohd Salleh Hakim (Ahli Majlis Perundangan Negeri Selangor)

- Dr. Mustapha Osman (Ahli Jawatankuasa Kerja UMNO)

- Zainal Abidin Haji Abas (Setiausaha Agung UMNO)

Wakil Cina - Tan Cheng Lock (Melaka) - L.R. Doraisamy Iyer (wakil

kaum India) - Dr. J.S. Goonting (wakil orang

Serani)

Kesan - Meningkatkan kesedaran kerjasama politik dalam kalangan pemimpin kaum

- Pemimpin sedar bahawa mereka perlu berkongsi kepentingan dan membentuk hala tuju yg sama iaitu membawa negara ke arah kemerdekaan & pembinaan negara dan bangsa

Peranan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC)

Peranan: untuk menyelesaikan pelbagai isu melibatkan pertikaian antara kaum

Isu politik

Isu - Persediaan ke arah berkerajaan sendiri

Peranan CLC - Mencadangkan peralihan ke arah berkerajaan sendiri dilakukan dengan memberikan pengalaman pilihan raya secara berperingkat kepada penduduk TM

Kesan ke arah kemerdekaan

- Pilihanraya di adakan pada peringkat majlis bandaran, majlis negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan

Page 3: Copy of BAB 7 USAHA KE ARAH KEMERDEKAAN · menerajui kerajaan menjelang kemerdekaan - Merupakan proses memupuk perpaduan kaum kerana ahlinya terdiri daripada gabungan pemimpin pelbagai

3 | S e j a r a h T i n g k a t a n 4 R u a i n u n S M K T e r i a n g H i l i r N S D K

Isu Kedudukan Istimewa Orang Melayu

Isu - Orang Melayu menuntut diperakui kedudukan istimewa sebagai penduduk asal rantau Alam Melayu

Peranan CLC - Bersetuju agar orang Melayu wajar mempunyai kedudukan keistimewaan kerana menunjukkan taat setia yg tidak berbelah bagi dan mengiktiraf negara ini satu satunya tanah air mereka

Kesan ke arah kemerdekaan

- Kedudukan istimewa org Melayu diperkaui dan kepentingan sah kaum lain diiktiraf

Kedudukan Ekonomi Orang Melayu

Isu - Org Melayu tidak memperoleh peluang yg sama seperti kaum bukan Melayu dalam sektor perniagaan dan perusahaan

Peranan CLC - Mencadangkan penubuhan agensi untuk meningkatkan ekonomi dan pendidikan orang Melayu

Kesan ke arah kemerdekaan

- Penubuhan Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA) pd 1950

- Merupakan tuntutan Dato’ Onn Jaafar

- Beliau berpendapat bahawa bantuan ekonomi dan kemajuan luar bandar perlu sebagai tolak ansur terhadap persetujuan org Melayu melonggarkan syarat kewarganegaraan kepada bukan Melayu

Kewarga negaraan Bukan Melayu

Isu - Ketegasan orang Melayu terhadap pemberian syarat kewarganegaraan kepada kaum bukan Melayu

Peranan CLC - Bersetuju kewarganegaraan kepada bukan Melayu penting bagi memupuk taat setia kepada Tanah Melayu dan kerjasama dalam kalangan penduduk

Kesan ke arah kemerdekaan

- Syarat kewarganegaraan dilaonggarkan untuk memberikan kedudukan politik kepada kaum bukan Melayu dan melahirkan semangat patriotik serta bertanggungjawab kepada negara

Pendidikan

Isu - Sistem persekolahan yg berbeza² mengikut kaum

- Menggunakan bahasa pengantar, buku teks dan sukatan pelajaran yang berlainan

Peranan CLC - Mencadangkan sistem pendidikan yg seragam untuk memupuk kesetiaan dan perpaduan kaum di Tanah Melayu

Kesan ke arah kemerdekaan

- Penubuhan jawatankuasa pendidikan untuk mengkaji sistem pendidikan bagi melahirkan pendidikan yang seragam dan diterima oleh semua kaum

Rumusan - CLC berperanan penting utk membentuk persefahaman antara pemimpin kaum di Tanah Melayu.

- Penyelesaian isu melalui pendekatan muafakat dan bertoleransi penting utk mewujudkan keharmonian kaum dan memelihara kestabilan politik

- Penyelesaian masalah melalui rundingan yg dilakukan pemimpin wajar diteladani untuk mengukuhkan persefahaman dan kesejahteraan masyarakat di Negara kit ayg berbilang kaum

7.3 Sistem Ahli

- Selepas PD 2 British menjalankan dasar Dekolonisasi iaitu

menyediakan langkah berkerajaan sendiri secara beransur-ansur

kepada tanah jajahannya

- Kekurangan pegawai tempatan dalam perkhidmatan kerajaan

menyebabkan Dato’ Onn Jaafar meminta agar tindakan diambil

untuk menambah peluang pentadbiran kepada wakil tempatan

dalam usaha menyediakan Tanah Melayu ke arah kemerdekaan

- Cadangan Dato’ Onn selari dengan dasar British membawa

kepada pembentukan Sistem Ahli

Sistem Ahli

Pembentukan Sistem Ahli

Diumumkan

- 1951, Sir Henry Gurney(Pesuruhjaya Tinggi British) umumkan senarai anggota Sistem Ahli

Maksud - Merupakan sistem yang melatih penduduk tempatan menerajui pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu

Ahli - Beberapa orang anggota Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) diberikan tanggungjawab terhadap beberapa jabatan dan agensi kerajaan

Tujuan - Memberikan latihan kepada penduduk tempatan berkaitan dengan pentadbiran negeri sebelum British memberikan kemerdekaan

Tarikh laksana

- Dilaksanakan pada April 1951 – Jun 1955 iaitu sebelum pilihan raya MPP (5 Julai 1955)

Portfolio - Tiga portfolio kekal di bawah British Hal Ehwal Ekonomi Perindustrian dan

Perhubungan Sosial Perumahan dan Kerja Raya

Page 4: Copy of BAB 7 USAHA KE ARAH KEMERDEKAAN · menerajui kerajaan menjelang kemerdekaan - Merupakan proses memupuk perpaduan kaum kerana ahlinya terdiri daripada gabungan pemimpin pelbagai

4 | S e j a r a h T i n g k a t a n 4 R u a i n u n S M K T e r i a n g H i l i r N S D K

Ciri-ciri Sistem Ahli

Ahli - Ahli bertaraf “Menteri” - Satu sistem kabinet bayangan yg

terdiri drpd beberapa pegawai tadbir dan tokoh masyarakat

Tugas - Menjaga portfolio yg mengandungi jabatan dan agensi kerajaan

- Mencadangkan undang-undang yg berkaitan dengan jabatannya untuk dibentangkan dalam MPP

Dilantik oleh

- Dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis Raja-Raja

- Diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi

Kepentingan Sistem Ahli

- Menyediakan asas penting utk melatih orang tempatan ke arah berkerajaan sendiri

- Memberikan pendedahan kepada penduduk tempatan untuk belajar mentadbir dan menerajui kerajaan menjelang kemerdekaan

- Merupakan proses memupuk perpaduan kaum kerana ahlinya terdiri daripada gabungan pemimpin pelbagai kaum

- Menentukan kemerdekaan yang diperoleh mendapat sokongan seluruh penduduk PTM

Dato’ Onn Jaafar

- Sbg Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri PTM - Tanggungjawab beliau 1. Hal ehwal imigran 2. Penyiaran dan percetakan 3. Hubungan negeri Melayu dengan Negeri² Selat 4. Hal ehwal menunaikan haji 5. Pendaftaran kerakyatan 6. Perkahwinan 7. Kematian 8. Menjaga jabatan

a) Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA) b) Jabatan Pilihanraya c) Jabatan Rupa Bangsa Nasional

7.4 Sistem Pendidikan Kebangsaan

Sistem pendidikan semasa British

- Sistem persekolahan mengikut kaum - Terdapat sekolah

1. vernakular Melayu 2. vernakular Cina 3. Vernakular Tamil 4. Sekolah aliran agama 5. Sekolah Inggeris

- Persekolahan di Sarawak dan Sabah 1. vernakular Melayu 2. vernakular Cina 3. Sekolah Mubaligh Kristian

Kesannya - Penggunaan bahasa pengantar dan kurikulum berlainan menimbulkan jurang perbezaan ekonomi dan sosial antara rakyat berbilang kaum

- Menghalang usaha menyatupadukan rakyat ke arah melahirkan 1 identiti bangsa&negara

Sekolah vernakular

- Sekolah yg menggunakan bahasa ibunda sbg pengantar

Perkembangan Sistem Pendidikan Kebangsaan

Laporan Barnes 1951

Pengerusi - L.J. Barnes

Tujuan - Mengkaji pelajaran Melayu

Kepentingan - Menekan kepentingan sekolah rendah utk membina satu rupa bangsa penduduk yg menganggap Tanah Melayu sebagai tempat tinggal yg kekal dan tumpuan taat setia

Kandungan - Sekolah rendah guna BM / BI sbg pengantar

- Sekolah menengah guna BI sbg pengantar

Laporan Fenn-Wu 1951

Sebab diterbitkan

- Bantahan dr masyarakat Cina terhadap Laporan Barnes

Pengerusi - Dr William P.Fenn (ahli akademik dr Cina)

- Dr. Wu Teh Yao (Pegawai Pertubuhan Bangsa² Bersatu)

- Mrk diundang British utk kaji Pendidikan Cina di TM

Tujuan - Mengkaji pendidikan Cina - Mencadangkan

penambahbaikan utk menjadikan sekolah Cina sbg institusi yg memberi faedah kepada penduduk TM

Kandungan - Sekolah Cina diteruskan secara berasingan di bawah sistem kebangsaan

- Pendidikan sekolah Cina haruslah berorientasikan TM

Ordinan Pelajaran 1952

Diluluskan - Diluluskan slps Jawatankuasa Penasihat Pusat Pelajaran meneliti Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu (September 1951)

Tujuan - Membentuk sistem pendidikan yg menggunakan bahasa rasmi Persekutuan

- Semua murid dr pelbagai bangsa disatukan dlm satu sistem berorientasikan TM

Kandungan - Tanah Melayu mempunyai 2 jenis sekolah rendah iaitu sekolah yg guna BM dan BI sbg pengantar

- BC dan Bhs Tamil diajar sbg bhs ke 3 jika terdapat 15 org murid dlm kumpulan sama

- Sekolah menengah guna BI sbg pengantar

Kesan - Ordinan Pelajaran 1952 ialah undang² pertama berkaitan pembentukan sekolah rendah berteraskan BI dan BM sbg pengantar

- Masih belum memenuhi inspirasi semua kaum kerana mendapat tentangan dr semua kaum

Page 5: Copy of BAB 7 USAHA KE ARAH KEMERDEKAAN · menerajui kerajaan menjelang kemerdekaan - Merupakan proses memupuk perpaduan kaum kerana ahlinya terdiri daripada gabungan pemimpin pelbagai

5 | S e j a r a h T i n g k a t a n 4 R u a i n u n S M K T e r i a n g H i l i r N S D K

Laporan Woodhead (North Borneo Educational Survey) Di Sarawak dan Sabah 1955

Peranan E.W. Woodhead

- Ketua Pelajaran dari Britain - Diundang utk meninjau

perkembangan pendidikan - Membuat cadangan tentang

pendidikan di Sarawak dan Sabah

Cadangan - Memperkasa pendidikan peringkat rendah dan menengah

- Menitikberatkan kepentingan BI sbg pengantar

- Mewujudkan sistem pembiayaan pendidikan yg teratur

Pendidikan Kebangsaan Di Sarawak

Berdasarkan Laporan Woodhead 1955. Cadangan

- Mewujudkan sekolah menengah berbilang kaum dengan gunakan BI sbg pengantar

- Menyeragamkan sukatan pelajaran dan peperiksaan

- Memperkenalkan buku teks yang berlatarbelakangkan unsur tempatan

- Memastikan pendidikan sivik diajar secara formal di sekolah

Matlamat - Membentuk perasaan kekitaan dan taat setia kepada negeri Sarawak dlm kalangan penduduk berbilang kaum

Pendidikan Kebangsaan Di Sabah Laporan Woodhead 1955 diterima dgn beberapa pindaag

- Mempertingkatkan pengajaran BM dan BI di sekolah Cina

- Memastikan BI diajar di sekolah Melayu dan BM diajar di sekolah Inggeris

- Menetapkan peperiksaan di sekolah menengah dikendalikan dalam BI

Ordinan Pelajaran Koloni 1956

- Untuk meneruskan rancangan Woodhead

- Matlamatnya 1. utk menyeragamkan

kurikulum dan peperiksaan yg meliputi peringkat rendah dan menengah

2. utk melahirkan perasaan kebersamaan dlm kalangan kaum di Sabah

Penyata Jawatan kuasa Pelajaran 1956

Pengerusi - Dato’ Abdul Razak Hussein

Jawatan - Menteri Pelajaran (1955-57)

Tujuan - Untuk mengkaji semula sistem pelajaran kebangsaan yg baharu

Teras - Pembentukan sistem pendidikan kebangsaan dengan hasrat memupuk integrasi dan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum iaitu melalui

a) Sistem persekolahan yg sama bagi kanak² daripada semua bangsa

b) Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama

c) Kandungan kurikulum yg seragam dan bercorak kebangsaan

Cadangan - Sekolah Umum (rendah) menggunakan BM

- Sekolah Jenis Umum (rendah) menggunakan sama ada BI, BC atau B. Tamil

- BM dab BM dijadikan mata pelajaran wajib di semua sekolah

- Sekolah Menengah Kebangsaan menggunakan BM sbg pengantar, manakala BI menjadi mata pelajaran

Rumusan - Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 merupakan asas kpd pembentukan sistem pendidikan kebangsaan

- Sukatan pelajaran dan peperiksaan yg seragam, guna bahasa pengantar yg sama menjadi langkah penting utk memupuk semangat perpaduan, nilai kewarganegaraan, identiti sepunya dan kesetiaan kpd negara oleh generasi muda

7.5 Penubuhan Parti Politik

Sebab penubuhan parti politik

- Perkembangan nasionalisme iaitu semangat utk

membebaskan diri daripada cengkaman penjajah

- Mewujudkan negara yg merdeka dan berdaulat

Tahun 1940-an Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKKM)

Tarikh - Oktober 1945

Pemimpin - Dr. Burhanuddin al-Helmi - Ishak Haji Muhammad - Ahmad Boestamam

Perjuangan - Melahirkan kesedaran politik dalam kalangan org Melayu

- Menekankan perpaduan antara penduduk berbilang kaum

- Mencapai kemerdekaan dan memperjuangkan Melayu Raya

Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak

Tarikh - 1946

Pemimpin - Abang Haji Zaini - Abang Haji Openg - Datu Patinggi Abang Haji

Abdillah

Perjuangan - Memupuk kesetiaan dan perpaduan kaum di Sarawak

- Menentang penyerahan Sarawak kpd British

- Penjenamaan semula Persatuan Melayu Sarawak (PMS) yg diharamkan semasa Jepun

Page 6: Copy of BAB 7 USAHA KE ARAH KEMERDEKAAN · menerajui kerajaan menjelang kemerdekaan - Merupakan proses memupuk perpaduan kaum kerana ahlinya terdiri daripada gabungan pemimpin pelbagai

6 | S e j a r a h T i n g k a t a n 4 R u a i n u n S M K T e r i a n g H i l i r N S D K

Angkatan Pemuda Insaf (API)

Tarikh - Feb 1946

Pemimpin - Ahmad Boestamam

Perjuangan - Menggembleng tenaga pemuda sbg penggerak utk membuat perubahan politik

- Menggunakan slogan “Merdeka dengan Darah” utk memperjuang kemerdekaan

Pergerakan Pemuda Melayu

Tarikh - Mac 1946

Pemimpin - Mohd Sirat Yaman - Awang Rambli - Rosly Dhoby - Morshidi Sidek

Perjuangan - Menentang penjajahan British - Menuntut kemerdekaan

Sarawak

United Malays Organisation (UMNO)

Tarikh - Mei 1946

Pemimpin - Dato’ Onn Jaafar - Tunku Abdul Rahman

Perjuangan - Menentang Malayan Union - Bekerjasama dengan kaum lain

untuk mencapai kemerdekaan

Parti Kebangsaan Melayu Labuan (PKML)

Tarikh - Jun 1946

Pemimpin - Tengku Noordin - Zakaria Gunn

Perjuangan - Meningkatkan kemajuan dalam bidang sosioekonomi

- Menuntut agar Sabah dimerdekakan drp pentadbiran Britih

Malayan Indian Congres (MIC)

Tarikh - Ogos 1946

Pemimpin - John Thivy - K.L Devasar

Perjuangan - Menjaga kepentingan orang India di Tanah Melayu

- Memperjuangkan kemajuan politik bersama² kaum lain

Barisan Pemuda (BARIP)

Tarikh - Disember 1946 (Jesselton dan Labuan)

Pemimpin - Mandur Syarif - Imam Suhaili Yaakub - Pengiran Ahmad

Perjuangan - Menyatukan anak negeri dan bekerjasama memperbaik keadaan ekonomi dan politik

- tuntut keadilan dr pentadbiran British

Barisan Pemuda Sarawak (PBS)

Tarikh - Jun 1947

Pemimpin - Abang Mohd. Kassim Taha - Ahmad Zaidi Adruce

Perjuangan - Memperjuangkan kepentingan penduduk bumiputera ke arah berkerajaan sendiri

- Menentang penyerahan Sarawak kepada British

Malayan Chinese Association (MCA)

Tarikh - Februari 1949

Pemimpin - Tan Cheng Lock - Yong Shook Lin - H.S.Lee

Perjuangan - Memelihara kepentingan kaum Cina

- Bekerjasama menentang komunis di Tanah Melayu

Tahun 1950-an Independence of Malaya Party (IMP)

Tarikh - September 1951

Pemimpin - Dato’ Onn Jaafar - Tan Cheng Lock

Perjuangan - Menyatukan rakyat pelbagai kaum di Tanah Melayu

- Kerjasama kaum sebagai dasar penting untuk mencapai kemerdekaan

Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS)

Tarikh - November 1951

Pemimpin - Haji Ahmad Fuad Hassan - Dr. Burhanuddun al-Helmi

Perjuangan - Memperjuangkan kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu

- Penyatuan pentadbiran Islam di negeri Melayu

People’s Progressive Party (PPP)

Tarikh - Januari 1953

Pemimpin - Dr. S. Kanapathippilai - Dr. Seenivasagam

Perjuangan - Memperjuangkan hak sama untuk semua kaum

- Memperjuangkan keadilan sosioekonomi berasaskan demokrasi berparlimen

Parti Negara

Tarikh - Februari 1954

Pemimpin - Dato’ Onn Jaafar - Dato’ Hamzah Abdullah - Heah Joo Seang - E.E.C Thuraisingam - P. Ramani

Perjuangan - Menuntut kemerdekaan dengan kerjasama semua kaum

- Membentuk satu parti bagi semua rakyat untuk membentuk negara Tanah Melayu

Rumusan - Kebanyakan parti berasaskan dari segi aspirasi dan keahlian

- Sebahagiannya untuk memperjuangkan kepentingan kaum

- Terdapat parti politik pelbagai kaum sebagai usaha membentuk parti bercorak kebangsaan

- Permuafakatan dan kesederhanaan dlm perjuangan penting bagi memastikan keharmonian masyarakat / kestabilan politik

Kerjasama Politik ke Arah Kemerdekaan

- Sikap tolak ansur dlm gerakan politik mencapai kematangan

apabila berlaku kerjasama politik antara kaum pada

pertengahan tahun 1940-an

- Sebelum wujud kerjasama parti politik terdapat pakatan antara

gerakan tertentu yg merintis kerjasama kaum untuk

kemerdekaan

1. Pakatan PUTERA-AMCJA

Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA)

- Pimpinan Dr. Burhanuddin al-Helmi

All Malaya Council of Joint Action (MPAJA)

- Diketuai Tan Cheng Lock

Page 7: Copy of BAB 7 USAHA KE ARAH KEMERDEKAAN · menerajui kerajaan menjelang kemerdekaan - Merupakan proses memupuk perpaduan kaum kerana ahlinya terdiri daripada gabungan pemimpin pelbagai

7 | S e j a r a h T i n g k a t a n 4 R u a i n u n S M K T e r i a n g H i l i r N S D K

Peranan - Perintis untuk memupuk kerjasama politik antara kaum

- Melahirkan Manifesto Perlembagaan Rakyat sbg alternatif pembinaan negara bangsa merdeka

- Manifesto ini cadangkan pemerintahan sendiri, pembentukan Dewan Perundangan dan penerimaan satu kewarganegaraan

2. Persidangan Kebangsaan

Tarikh persidangan

- Februari 1954

Ketua - Dato’ Panglima Bukit Gantang, Menteri Besar Perak iaitu Dato’ Abdul Wahab Abdul Azizi

Peranan - Membincangkan masalah membentuk gabungan parti politik kebangsaan Tanah Melayu yg bersatu

Parti menyertai

- Independence of Malayan Parety (IMP)

- Malayan Indian Congress (MIC)

- Persatuan Ceylonese Malaya

- Persatuan Eurasian Malaya

Tuntutan - Menuntut agar diadakan pilihan raya Persekutuan

3. Konvensyen Kebangsaan

Konvensyen Ialah persidangan anggota pertubuhan politik untuk membincangkan sesuatu perkara

Penganjur - UMNO [Tunku Abdul Rahman]

- MCA [ Tan Cheng Lock]

Tarikh - Ogos 1954

Peranan - Membincangkan usaha ke arah kemerdekaan & masa depan Tanah Melayu

Parti yg hadir

- Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS)

- Persetiaan Melayu Kelantan - Persatuan Melayu

Semenanjung

Keputusan - Meluluskan resolusi mendesak British mengadakan pilihan raya Persekutuan

4. Pembentukan Parti Perikatan

Tarikh pembentukan

- Oktober 1954

Parti - MIC menyertai UMNO dan MCA membentuk Perikatan

- Melengkapkan kerjasama 3 kaum terbesar di T. Melayu

Logo - Kapal layar - Melambangkan

kesediaan menempuh cabaran dan rintangan bagi mencapai kemerdekaan negara

Kepentingan - Kerjasama penting untuk mencapai kemerdekaan dan memastikan penduduk berbilang kaum di negara kita dapat hidup dalam rukun dan damai

Rumusan - Usaha ke arah kemerdekaan menekankan langkah pemupukan kerjasama & perpaduan sbg asas pembinaan negara bangsa

- Persiapan ke arah berkerajaan sendiri diadakan bagi memastikan penduduk tempatan mampu mentadbir sendiri

- Dasar kerjasama / permuafakatan antara kaum dicapai melalui sikap toleransi dan perundingan utk mewujudkan keharmonian dan muhibah dlm kalangan penduduk

- Kegigihan dan kebijaksanaan pemimpin duhulu mewujudkan asas kerjasama aspek politik, ekonomi dan sosial wajar dihargai