meen tahrin fouziah gous...perhimpunan untuk semua rakyat malaysia bagi memupuk perpaduan dan...

1
SINAR HARIAN • JUMAAT 26 OKTOBER 2018 31 @Sinar MEEN TAHRIN BERITABINTANG Editor: Meen Tahrin Wartawan: Aqmar Mustaza, Wan Rahayu Wan Mohd, Zulqarnain Abu Hassan Pereka Grafik: Unit Grafik EPIC @Sinar REDAKSI FREEDOM FESTIVAL TARIK PENGUNJUNG PELBAGAI KAUM FREEDOM Festival merupakan sebuah perhimpunan untuk semua rakyat Malaysia bagi memupuk perpaduan dan keharmonian menerusi platform persembahan muzik serta pelbagai aktiviti yang menarik. Pengisian acara bukan hanya disasarkan kepada satu golongan sahaja, tetapi untuk seisi keluarga tanpa mengira peringkat umur. Festival yang julung kali diadakan ini menyaksikan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai penaung, manakala Pertubuhan Prihatin Harapan Insan pula merupakan NGO rasmi bagi penganjuran Freedom Festival ini. Menurut wakil pihak penganjur, Adam Sofian, menyatakan bahawa penganjuran acara berkenaan diadakan bagi menghimpunkan semua peringkat masyarakat berbilang kaum sekali gus memupuk perpaduan untuk semua pengunjung. “Kami sentiasa percaya rakyat Malaysia ada kebebasan untuk meraikan perpaduan tidak kira dalam apa jua bentuk sekali pun. “Menerusi penganjuran Freedom Festival ini, kami sangat berharap agar pengunjung yang datang dapat menikmati acara yang disediakan tidak kira muzik, makanan, gerai jualan dan pameran. “Oleh kerana itu Freedom Festival tidak dikenakan sebarang bayaran kerana kami mahu pengunjung hadir dan menikmati acara yang disediakan dengan bebas,” ujarnya yang mensasarkan kehadiran 50,000 pengunjung. Freedom Festival juga menampilkan barisan artis popular untuk membuat persembahan pada acara berkenaan yang bakal menarik lebih ramai penganjur. Antaranya ialah Hujan, Kugiran Masdo, Datuk Zainal Abidin, Bittersweet, Reshmonu, Aman RA, Salam Musik, Plague of Happiness, DJ Blink, Pesawat, Mafidz dan FOUZIAH GOUS TEKS: WAWANN MOHD FOTO: MAESTRO MEDIA MY SEDIA KEMBALI BERLAKON DIARI SENI Kekal berhijab, tetap utamakan keluarga P elakon yang kini bergelar ahli perniagaan, Datin Fouziah Gous mengakui sesekali terbit rasa rindu untuk kembali berlakon. Namun bukan mudah baginya untuk ke lokasi kerana ada beberapa perkara yang perlu dibincangkan terlebih dahulu dengan penerbit dan pengarah sebelum bersedia menerima sebarang tawaran. “Antaranya saya tidak boleh terlalu lama berjauhan dengan keluarga dan ada perniagaan yang turut menjadi keutamaan. Jadi, saya berharap ada tolak ansur berkenaan dengan jadual penggambaran. “Selain itu, saya juga kini sudah berhijab sepenuhnya. Watak-watak perlulah bersesuaian dengan imej terbaharu saya ini. Ada batas-batas yang perlu saya ikuti,” katanya. Jelas pemilik nama sebenar Nor Fouziah Mohd Gous, 35, status sebagai Isteri dan ibu kepada dua cahaya mata membuatkan pergerakan kini agak terbatas berbanding dahulu. “Selepas melahirkan anak kedua, saya ada menerima banyak tawaran berlakon tetapi semua terpaksa ditolak dengan baik kerana perlu memberi lebih perhatian kepada anak yang kedua-duanya jarak umur mereka sangat rapat. “Jadi faham sahajalah cabaran membesarkan dua anak yang masih kecil. Saya tak mahu mereka terabai dek kesibukan saya sendiri,” jelas Fouziah yang dikurniakan dua cahaya mata, Zeeshan Yusuf, 3, dan Zaheen Yusuf, 1. KEMBANGKAN PERNIAGAAN Selain daripada itu, isteri kepada ahli perniagaan Datuk Zhafran Md Yusof ini juga sebenarnya turut sibuk mengembangkan perniagaan minuman sarang burung FGWalet. Terbaharu, Fouziah teruja kerana produknya kini sudah boleh didapati di pasar raya antarabangsa Lulu Hypermarket, Kuala Lumpur. “Alhamdulilah, FGWalet kini semakin mendapat perhatian, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga mendapat permintaan di luar negara. “Oleh yang demikian, kerjasama strategik bersama Lulu Hypermarket ini merupakan langkah awal sebelum FGWalet menjangkau jauh sehingga ke Timur Tengah. “InsyaALLAH, besar harapan agar FGWalet terus berkembang,” ujar Fouziah yang ditemui di majlis FGWaletxLuLu di pasar raya Lulu, Kuala Lumpur, Ryot Jones. Kumpulan terkenal, Hujan, yang bakal membuat persembahan pada hari itu juga menyifatkan gandingan pemuzik lama dan baharu di atas satu pentas yang sama juga menepati objektif penganjuran festival ini. Festival yang dianjurkan Bsynclive ini bakal berlangsung di Bandar Malaysia, Sungai Besi, Kuala Lumpur, pada 3 November depan, bermula pukul 10 pagi hingga tengah malam. Selain diadakan percuma untuk pengunjung, pihak penganjur juga turut menyediakan perkhidmatan bas ulang-alik dari Pasar Seni ke lokasi festival selain khidmat pengangkutan Grab.

Upload: others

Post on 01-Mar-2020

18 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MEEN TAHRIN FOUZIAH GOUS...perhimpunan untuk semua rakyat Malaysia bagi memupuk perpaduan dan keharmonian menerusi platform persembahan muzik serta pelbagai aktiviti yang menarik

SINAR HARIAN • JUMAAT 26 OKTOBER 2018 31

@Sin

arMEEN TAHRINBERITABINTANG

Editor: Meen Tahrin Wartawan: Aqmar Mustaza, Wan Rahayu Wan Mohd, Zulqarnain Abu Hassan Pereka Grafik: Unit Grafik EPIC@

Sinar

REDAKSI

FREEDOM FESTIVAL TARIK PENGUNJUNG PELBAGAI KAUMFREEDOM Festival merupakan sebuah perhimpunan untuk semua rakyat Malaysia bagi memupuk perpaduan dan keharmonian menerusi platform persembahan muzik serta pelbagai aktiviti yang menarik.

Pengisian acara bukan hanya disasarkan kepada satu golongan sahaja, tetapi untuk seisi keluarga tanpa mengira peringkat umur.

Festival yang julung kali diadakan ini menyaksikan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai penaung, manakala Pertubuhan Prihatin Harapan Insan pula merupakan NGO rasmi bagi penganjuran Freedom Festival ini.

Menurut wakil pihak penganjur, Adam Sofian, menyatakan bahawa penganjuran acara berkenaan diadakan bagi menghimpunkan semua peringkat masyarakat berbilang kaum sekali gus memupuk perpaduan untuk semua pengunjung.

“Kami sentiasa percaya rakyat Malaysia

ada kebebasan untuk meraikan perpaduan tidak kira dalam apa jua bentuk sekali pun.

“Menerusi penganjuran Freedom Festival ini, kami sangat berharap agar pengunjung yang datang dapat menikmati acara yang disediakan tidak kira muzik, makanan, gerai jualan dan pameran.

“Oleh kerana itu Freedom Festival tidak dikenakan sebarang bayaran kerana kami mahu pengunjung hadir dan menikmati acara yang disediakan dengan bebas,” ujarnya yang mensasarkan kehadiran 50,000 pengunjung.

Freedom Festival juga menampilkan barisan artis popular untuk membuat persembahan pada acara berkenaan yang bakal menarik lebih ramai penganjur.

Antaranya ialah Hujan, Kugiran Masdo, Datuk Zainal Abidin, Bittersweet, Reshmonu, Aman RA, Salam Musik, Plague of Happiness, DJ Blink, Pesawat, Mafidz dan

FOUZIAH GOUS

TEKS: WAWANN MOHD FOTO: MAESTRO MEDIA MY

SEDIA KEMBALI BERLAKON

DIARISENI

Kekal

berhijab, tetap

utamakan

keluarga

Pelakon yang kini bergelar ahli perniagaan, Datin Fouziah Gous mengakui sesekali terbit rasa rindu untuk kembali

berlakon. Namun bukan mudah baginya

untuk ke lokasi kerana ada beberapa perkara yang perlu dibincangkan terlebih dahulu dengan penerbit dan pengarah sebelum bersedia menerima sebarang tawaran.

“Antaranya saya tidak boleh terlalu lama berjauhan dengan keluarga dan ada perniagaan yang turut menjadi keutamaan. Jadi, saya berharap ada tolak ansur berkenaan dengan jadual penggambaran.

“Selain itu, saya juga kini sudah berhijab sepenuhnya. Watak-watak perlulah bersesuaian dengan imej terbaharu saya ini. Ada batas-batas yang perlu saya ikuti,” katanya.

Jelas pemilik nama sebenar Nor Fouziah Mohd Gous, 35, status sebagai Isteri dan ibu kepada dua cahaya mata membuatkan pergerakan kini agak terbatas berbanding dahulu.

“Selepas melahirkan anak kedua, saya ada menerima banyak tawaran berlakon tetapi semua terpaksa ditolak dengan baik kerana perlu memberi lebih perhatian kepada anak yang kedua-duanya jarak umur mereka sangat rapat.

“Jadi faham sahajalah cabaran membesarkan dua anak yang masih kecil. Saya tak mahu mereka terabai dek kesibukan saya sendiri,” jelas Fouziah yang dikurniakan dua cahaya mata, Zeeshan Yusuf, 3, dan Zaheen Yusuf, 1.

KEMBANGKAN PERNIAGAAN Selain daripada itu, isteri kepada ahli

perniagaan Datuk Zhafran Md Yusof ini juga sebenarnya turut sibuk mengembangkan perniagaan minuman sarang burung FGWalet.

Terbaharu, Fouziah teruja kerana produknya kini sudah boleh didapati di pasar raya antarabangsa Lulu Hypermarket, Kuala Lumpur.

“Alhamdulilah, FGWalet kini semakin mendapat perhatian, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga mendapat permintaan di luar negara.

“Oleh yang demikian, kerjasama strategik bersama Lulu Hypermarket ini merupakan langkah awal sebelum FGWalet menjangkau jauh sehingga ke Timur Tengah.

“InsyaALLAH, besar harapan agar FGWalet terus berkembang,” ujar Fouziah yang ditemui di majlis FGWaletxLuLu di pasar raya Lulu, Kuala Lumpur,

Ryot Jones. Kumpulan terkenal, Hujan, yang bakal

membuat persembahan pada hari itu juga menyifatkan gandingan pemuzik lama dan baharu di atas satu pentas yang sama juga menepati objektif penganjuran festival ini.

Festival yang dianjurkan Bsynclive ini

bakal berlangsung di Bandar Malaysia, Sungai Besi, Kuala Lumpur, pada 3 November depan, bermula pukul 10 pagi hingga tengah malam.

Selain diadakan percuma untuk pengunjung, pihak penganjur juga turut menyediakan perkhidmatan bas ulang-alik dari Pasar Seni ke lokasi festival selain khidmat pengangkutan Grab.